Wednesday, 3 February 2016

Cogito Ergo Sum

Cogito Ergo Sum = I think, therefore I am.

Frasa ini di cipta oleh seorang Ahli Falsafah Perancis bernama Rene Descartes.

Dalam tulisan asal bukunya di dalam Bahasa Perancis frasa yang digunakan ialah je pense, donc je suis.

Ia kemudiannya dialih bahasa kepada bahasa latin berbunyi "Cogito Ergo Sum" sebagai cubaan untuk mempromosi cadangan itu kepada segmen yang lebih ramai.

Secara am, frasa ini membawa maksud seperti berikut, sebelum kita dianggap wujud kita perlu berfikir dahulu atau I think, therefore I am exist.

Ia adalah aliran falsafah mengenai konsep kewujudan kita di dunia ini.

Frasa ini di kembangkan lagi  oleh Antoine LĂ©onard Thomas juga seorang yang berbangsa Perancis dengan falsafah berikut di dalam latin Dubito, ergo cogito, ergo sum.

Yang membawa maksud "I doubt, therefore I think, therefore I am exist"

Saudara pembaca, sebelum kita berpengalaman mengalami semua yang kita alami di alam realisma (alam wujud) perkara pertama yang perlu hidup ialah akal kita. 

Untuk akal kita hidup, ia perlu dahulu meragui sesuatu. Melalui keraguan baharulah kita boleh mencapai kebenaran yang hakiki.

Keraguan adalah penyebab kita membuat ujikaji ilmiah. 

Keraguan jugalah yang menyebabkan kita akhirnya berjaya membuat keputusan berdasarkan ujikaji tersebut.

Keraguan jugalah yang menyebabkan saya mengembara mencari jawapan kepada persoalan yang ada di dalam akal saya 10 tahun lepas.

Dek kerana keraguan inilah terwujudnya satu persoalan di dalam diri kita.

Jika persoalan ini cukup besar, iaitu persoalan yang kita tidak boleh untuk tidak mencari jawapan.

Persoalan yang jika kita tidak mencari jawapannya maka kita tidak boleh tidur lena, tidak boleh makan atau minum. 

Persoalan yang jika kita tidak tahu jawapannya hati kita seolah-olah terbelah oleh ketidaktahuan tersebut.

Persoalan yang cukup besar sebegini akan menyebabkan anda mengembara. 

Orang dahulukala mereka memang benar-benar mengembara untuk mencari jawapan kepada persoalan mereka.

Kita di zaman moden ini, disebabkan oleh pencarian yang orang dahulu sudah lakukan, maka yang perlu kita buat ialah meneroka kesemua informasi yang mereka kumpul.

Jika kita benar-benar berazam nescaya sudah tentulah kita akan mendapat jawapan kepada persoalan besar yang ketidaktahuannya boleh merobek jiwa kita itu.

Maka tanyalah kepada diri sendiri dari perkara-perkara kecil sehinggalah kepada perkara-perkara besar. Raguilah kebenarannya.

Dari situ anda akan memulakan suatu pengembaraan.

Sebagai contoh mari kita lihat kepada keterangan ini ;

 A029

"Katakanlah : Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan. Dan (katakanlah): Luruskanlah muka (diri) mu di setiap sembahyang dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepadaNya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikianlah pula kamu akan kembali kepadaNya" AQ 7:29

# Terjemahan Al Quran Bahasa Indonesia

"Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)" AQ 7:29

# Terjemahan Surah.My

Terjemahan seperti ini terdapat di kebanyakkan terjemahan Al Quran Bahasa Melayu.

Soalnya ? Di dalam teks asal Bahasa Arab terdapat perkataan "masjidin", namun perkataan itu tiada di dalam terjemahan yang tertera.

Begitu juga di dalam terjemahan Bahasa Melayu terdapat perkataan sembahyang yang secara tiba-tiba muncul. 

Manakala di dalam teks asal tiada perkataan Bahasa Arab yang biasanya diterjemah sebagai sembahayang iaitu solat.

Maka bagi mereka yang hidup hatinya sudah tentu mereka akan meragui terjemahan ini.

Sudah tentu akhirnya mereka akan bertanya kepada diri sendiri, luruskan wajah itu maksudnya apa ? Apa kaitannya dengan perkataan "masjidin" ?

Adakah ianya bermaksud meluruskan wajah kepada sebuah binaan bangunan ?

Apa kena mengena  melihat binaan bangunan dengan perintah Tuhan di dalam ayat tersebut iaitu untuk menjalankan keadilan ?

Apakah dengan melihat kepada struktur sebuah bangunan kita tiba-tiba boleh mencapai keadilan ?

Hati yang hidup sudah pasti akan tertanya-tanya, kalau begitu apakah maksud sebenar perkataan "masjidin" di keterangan ini ?

Apabila keraguan sebegini muncul nescaya ia akan melahirkan satu persoalan yang kita mahu mencari jawapan. 

Di mana jika ianya cukup besar, persoalan itu akan merubah pandangan kita kepada kehidupan yang kita jalani selama ini.

Pelajaran dari kisah Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim adalah seorang yang hanif.

Pencapaian dan karakter baginda adalah penanda aras kepada semua manusia termasuklah para Nabi lain.

Kisah baginda boleh di baca di dalam Al Quran.

Nabi Ibrahim memulakan pengembaraannya dengan suatu bentuk keraguan. 

A074

"Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata." AQ 6:74

Dengan keraguan itulah timbul pelbagai persoalan di dalam dirinya lalu baginda mencari jawapan melalui tanda-tanda (ayat) yang Tuhan ciptakan disekelilingnya ;

A075

"Demikianlah Kami lihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi, supaya dia jadi antara orang-orang yang yakin" AQ 6:75

Baginda memulakan pengembaraannya untuk mencari jawapan kepada kebenaran yang hakiki dengan melihat kepada bintang yang dicipta Tuhan ... lalu baginda meraguinya ;


A076

"Apabila malam menutupi di atasnya, dia lihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak suka yang terbenam." AQ 6:76

Di malam yang lain baginda melihat pula kepada bulan ciptaan Tuhan ... lalu baginda turut meraguinya ;

A077

"Apabila dia lihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak beri petunjuk kepada aku, tentu aku jadi daripada kaum yang sesat." AQ 6:77

Di suatu siang pula baginda melihat ke arah sang mentari ... baginda masih meraguinya ;

A078

"Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan" AQ 6:78

Begitulah pengembaraan yang dilalui Nabi Ibrahim untuk mencari kebenaran.

Saya percaya pencarian baginda bukanlah di dalam tempoh sehari dua seperti yang kita bayangkan dengan pembacaan santai keterangan-keterangan Al Quran.

Mungkin baginda pernah merasakan bintang itulah Pemeliharanya untuk suatu tempoh jangka masa yang panjang. 

Setelah mengumpul lebih banyak bukti barulah baginda sedar bahawa konsep bintang sebagai Pemelihara tidak begitu meyakinkan dan tidak munasabah.

Begitulah seterusnya proses kepada entiti lain seperti bulan dan matahari.

Sesudah mengumpul segala bukti yang munasabah melalui teknologi yang ada di zamannya, akhirnya baginda berjumpa dengan kebenaran yang hakiki bahawa sang Pemelihara pastilah yang memulakan segala-gala yang baginda saksikan tanda-tandanya di langit dan di bumi itu.


A079

"Aku hadapkan wajahku kepada Dia yang mulakan langit dan bumi; seorang yang lurus, dan bukanlah aku daripada orang-orang yang sekutukan." AQ 6:79

# Di dalam kebanyakkan terjemahan Al Quran Bahasa Melayu di tulis perkataan Allah. Namun, di dalam teks asal ia tiada, ini adalah kerana Tuhan, Zat Asal tidak bernama. Kita cuma merujuk Zat Asal ini dengan berbagai panggilan.

Dengan penemuan ini, saya percaya pandangan baginda kepada kehidupan di alam semesta berubah menjadi lebih luas.

Baginda menjadi lebih bijaksana dari segi tindak tanduk dan hujah-hujah di dalam bicara baginda sehari-hari.

Begitulah secara ringkas kisah Nabi Ibrahim yang menjadi suri tauladan kepada semua manusia yang percaya kepada potensi diri dan ingin mencari kebenaran.

Kesimpulan

Nabi Ibrahim menjumpai kebenaran yang hakiki kerana baginda yakin kepada dirinya sendiri.

Ianya bermula dengan keraguan, dengan keraguan ini timbul persoalan dan dari persoalan itu baginda berfikir.

Perkara ini membuktikan bahawa kesemua data mengenai Tuhan dan jalan yang lurus sudah sememangnya berada di dalam "essence" diri kita. 

Tiada siapa perlu memberitahu kita bahawa membunuh ibu sendiri adalah suatu perbuatan yang salah, bukankah begitu ? Ia sudah terbina di dalam naluri diri kita secara semulajadi.

Nabi Ibrahim meragui sistem korup yang dicipta oleh kaumnya.

Baginda tidak menjadi pak turut dengan mengiyakan sahaja sistem tersebut.

Perlu diingat bahawa kaum baginda adalah juga termasuk kaum keluarga seperti ayah dan ibu baginda sendiri.

Bermakna ianya bukanlah suatu kerja yang mudah.

Berkat keyakinan baginda kepada potensi dirinya sendiri, baginda dianugerahkan idea ;

A051
 
"Kami beri Ibrahim sebelum itu kelurusan hatinya kerana Kami tahu dia," AQ 21:51

Apabila baginda sudah cukup bukti dan pengetahuan yang penuh di dada barulah baginda menentang kaumnya dan sistem korup mereka dengan hujah-hujah yang nyata.

Kita boleh membaca kisah ini di dalam Al Quran seperti berikut  ;

A052

"Apabila dia berkata kepada bapa dan kaumnya, "Apakah patung-patung ini yang padanya kamu bertekun?" AQ 21:52

A053

"Mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami sembah mereka." AQ 21:53

A054

"Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata." AQ 21:54

A055

"Mereka berkata, "Apa, adakah kamu datang kepada kami dengan yang benar, atau kamu antara orang-orang yang bermain-main?" AQ 21:55

A056

"Berkata, "Tidak, tetapi Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi, yang memulakan mereka, dan aku adalah antara orang-orang yang saksikan atas yang demikian" AQ 21:56

.. Dan terpatrilah nama baginda sebagai Iconoclast terhebat yang pernah berjalan di muka bumi ini.

Adakah kita mempunyai naluri seperti Nabi Ibrahim, hanya diri kita yang bisa mengetahuinya. If you never try, you will never know ..

# Terjemahan Al Quran di artikel ini jika tidak diberitahu sebaliknya adalah dari e-bacaan, Othman Ali

Ashwed

12 comments:

  1. saudara Ashwed... saya ada terbaca blog ini

    buleh dikatakan pendapat beliau seakanakan saudara Ashwed juga... tetapi yang paling menarik bagi saya ada kommentar dari pembacanya bernama "naveed bari."

    ReplyDelete
  2. salepas membaca komentar naveed bari saya terjumpa pula laman web ini

    selamat membaca.

    ReplyDelete
  3. maaf tersilap link. ini link yang sabenarnya untok yang diatas klik sini

    ReplyDelete
  4. Salam saudaraku sekelian,diulang-cetak Surah Al Hujrat (49) 18-ayat sahaja;

    49. SURAH AL HUJRAT – Ruang Terpencil.
    (18 ayat)


    Dengan nama Allah yang Pemurah yang Penyayang.



    49:1 Wahai orang yang amanah jangan mendahului Allah dan rasulnya maka prihatinlah Allah malahan Allah yang Mendengar yang Melihat.
    49:2 Wahai orang yang amanah jangan meninggikan suaramu mengatasi suara nabi dan jangan menengking dikalayak malahan dianya mensia-siakan amalan kamu sedang kamu tidak menyedarinya.
    49:3 Maka orang yang merendahkan suaranya terhadap rasul Allah maka mereka sedang diuji Allah hatinya supaya prihatin dan bagi mereka keampunan dan ganjaran agung.
    49:4 Malahan orang yang menyeru kamu dari belakang dan bilik-bilik tinggi kebanyakanya mereka tidak berfikir.
    49:5 Dan jika mereka bersabar sehingga kamu keluar menemui mereka pasti diutamakan maka hanya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    49:6 Wahai orang yang amanah jika datang kepadamu orang fasik membawa berita maka pastikan diperjelaskanya supaya tidak mendorong kaum kamu menjadi jahil dan menyesal atas apa yang kamu lakukan.
    49:7 Dan ketahuilah diantara kamu ada rasul Allah jika dia mentaati kamu dalam banyak urusan pasti merumitkan kamu tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keamanahan dan mengilhamkan yang indah kedalam hatimu dan dijadikan kamu benci kepada keingkaran dan kefasikan dan kedurhakan maka merekalah orang yang mengikuti jalan yang lurus.
    49:8 Pengurnian nikmat hanyalah dari Allah malahan hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    49:9 Dan jika dua golongan diantara orang yang amanah bersengketa maka puliharakan sengketa diantara mereka dan sekiranya mereka berterusan melakukan kezaliman maka perangilah kezaliman diantara mereka sehingga mereka kembali kepada perintah Allah maka puliharakan dan laksanakan keadilan keatas mereka sesungguhnya Allah mencitai orang yang melakukan keadilan.
    49:10 Sesungguhnya orang yang amanah itu bersaudara maka peliharalah dan kekalkan ikatan persaudaraan diantara kamu dan prihatinlah Allah supaya kamu mendapat pengurniaan rahmat dari Dia.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  5. smbg..

    49:11 Wahai orang yang amanah jangan kamu mencerca diantara kaum boleh jadi mereka lebih baik dari kamu dan yang perempuan dengan perempuan lain boleh jadi mereka lebih baik dari kamu dan jangan kamu mencerca diri sendiri dan jangan menggelar orang dengan nama-nama keji dianya kefasikan jika kamu tidak bertaubat maka jadilah kamu darinya orang yang zalim.
    49:12 Wahai orang yang amanah jauhilah prasangka kerana prasangka adalah dosa dan jangan mengitip dan mengumpat diantara kamu apakah kamu suka makan daging mayat saudara kamu pasti kamu bencikanya maka prihatinlah Allah hanya Dia menerima taubat dan yang Penyayang.
    49:13 Wahai manusia Kami telah mencipta kamu dari jantan dan betina dan dijadikan berbagai bangsa dan puak supaya kamu mengenali diantara satu dengan yang lain itulah kemuliaan dan keperihatinan disisi Allah malahan Allah yang Mengetahui yang Menyedari.
    49:14 Berkata -l a’raabu kami amanah, tidak! kamu belum amanah, mereka berkata aslamnaa, tidak! belum masuk keamanahan dalam jiwamu jika kamu mentaati Allah dan rasulnya maka tidak dikurangi amalanmu sedikit pun dan hanya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    49:15 Orang -lmu’minuna itulah orang yang amanah kepada Allah dan rasulnya mereka tidak keraguan berjuang dengan harta dan jiwa mereka dijalan Allah maka mereka itulah orang yang benar.
    49:16 Berkata apakah kamu hendak mengajar Allah tentang -diinikum walhal Allah mengetahui segala apa yang dilangit dan segala apa yang dibumi malahan Allah mengetahui segala-galanya.
    49:17 Mereka mengagap ‘pemurah’ denganmu kerana telah menjadi islam maka katakan jangan kamu beranggapan telah menjadi ‘pemurah’ atas keislamanmu malahan Allah yang Pemurah dan memberi petunjuk atas keamanahan kamu jika kamu adalah darinya orang yang benar.
    49:18 Sesungguhnya Allah yang mengetahui segala keghaiban dilangit dan dibumi malahan Allah Melihat segala apa yang kamu lakukan.





    Akhirnya Surah (49) Al Hujrat.

    ReplyDelete
  6. Perhatikan pula ayat dari Surah Qaf (50:1 - 45);

    50:1 Qaf demi alqur-ani yang mulia.
    50:2 Dianya menghairankan mereka dan apabila datang kepada mereka seorang pemberi amaran dari kalangan mereka maka berkata orang yang tidak percaya dianya sesuatu yang menakjubkan bagi kami.
    50:3 Apakah setelah kami mati dan menjadi tanah malahan yang demikian itu suatu pengembalian yang sangat jauh.
    50:4 Pasti Kami mengatahui terdapat kekurangan diantara mereka dibumi malahan disisi Kami sebuah kitab yang terpelihara telah mencatatnya.
    50:5 Malahan mereka telah mendustakan yang benar apabila datang kepada mereka maka segala urusan mereka menjadi kucar-kacir.
    50:6 Maka tidakkah mereka melihat kepada langitnya bagaimana Kami telah membinanya dan menghiasinya malahan tidak terdapat keretakan pun.
    50:7 Dan buminya Kami bentangkan dan Kami pasakkan gunung padanya dan Kami tumbuhkan bermacam tumbuhan berpasangan yang indah.
    50:8 Suatu penelitian dan peringatan bagi hamba Kami yang berkesesalan.
    50:9 Dan Kami turunkan dari langitnya air dengan keberkatan maka Kami tumbuhkan tanaman herba yang mengeluarkan benih setelah dituai.
    50:10 Dan pepohon palma meninggi dan julaian mayangnya tersusun rapi.
    50:11 Rezeki bagi sekelian hambanya dan dihidupkan tanah yang mati dengan demikian dapatlah dianya mengeluarkan hasil.
    50:12 Malahan telah didustakan sebelum mereka kaum nuhin dan penghuni -rassi dan tsamudu.
    50:13 Dan‘aadun dan fir’aunu dan rakan mereka luthin.
    50:14 Dan penghuni -l aikati dan kaum tubba-in semua mereka mendustakan rasul-rasul mereka maka benarlah apa yang telah dijanjikan.
    50:15 Maka apakah Kami disentuh keletihan dengan ciptaan pertama malahan mereka meragui dengan ciptaan Kami yang terkini.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  7. smbg.

    50:16 Pasti Kami yang mencipta manusia maka Kami yang mengetahui bisikkan hatinya malahan Kami lebih dekat dari urat nafasnya.
    50:17 Dan dua pencatat duduk dikiri dan kanannya mencatat segalanya.
    50:18 Tiada kata-kata melainkan disisinya sedia mengawasi dan mencatat.
    50:19 Dan kedatangan sakrathu -lmaauti pasti benar demikianlah apa yang kamu berusaha mengelak darinya.
    50:20 Dan ditiupkan fi-shuuri maka itulah hari yang dijanjikan.
    50:21 Dan datang bersama setiap jiwa pengiring dan saksinya.
    50:22 Malahan kamu lalai darinya maka Kami bukakan tudungmu supaya menjadi tajam penglihatan kamu pada hari kedatanganya.
    50:23 Maka berkata teman karibmu dianya sudah tersedia disisimu.
    50:24 Maka dilemparkan orang yang ingkar dan degil kedalam jahanama.
    50:25 Dan orang yang menghidari kebaikan dan yang keji dan yang keraguan.
    50:26 Dan orang yang setarakan tuhan-tuhan selain Allah dengannya juga dilemparkan mereka kedalam azab yang dahsyat.
    50:27 Berkata teman karib mereka Pemelihara kami! kami tidak mendurhakai Kamu jika demikian kami dalam kesesatan yang jauh.
    50:28 Dia berkata janganlah kamu berbalahan dihadapanKu malahan Aku telah melaksanakan janjiKu keatas kamu.
    50:29 Dan tidaklah Aku akan menggantikan perkataan disisiKu dan tidaklah Aku akan menzalimi hamba-hambaKu.
    50:30 Pada hari Kami berkata kepada jahanama adakah kamu telah dipenuhi maka dianya berkata adakah lagi penambahan darinya.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  8. smbg.

    50:31 Didekatkan syurga bagi orang yang prihatin dan bukan dijauhkan.
    50:32 Inilah yang dijanjikan bagi setiap penyesalan dan pemuliharaan.
    50:33 Sesiapa yang takut kepada yang Pemurah dengan ghaib dan datang kepada Dia dengan hati yang berkesesalan.
    50:34 Masuklah dengan kesejahteran demikianlah hari yang berkekalan.
    50:35 Bagi mereka apa sahaja yang dikehendaki dan pasti disisi Kami tersedia segala penambahan.
    50:36 Dan beberapa genarasi telah Kami laknati sebelum mereka dan mereka sangat handal dan mereka telah menjelajah disegenap negeri maka apakah dapat mereka mencari tempat perlindungan.
    50:37 Demikian itulah suatu peringatan bagi sesiapa yang memiliki hati dan pendengaran malahan bersaksikan dengannya.
    50:38 Dan Kami telah mencipta langit dan bumi dan apa diantara keduanya dalam enam masa malahan tidak menyentuh Kami keletihan.
    50:39 Maka bersabarlah dengan apa yang mereka katakan dan sanjungi Pemeliharamu dengan pujian sebelum terbit dan terbenam matahari.
    50:40 Dan sebahagian malam maka sanjungi Dia sesudah kepatuhanmu.
    50:41 Dan dengarlah pada hari menyeru penyerunya dari tempat terdekat.
    50:42 Pada hari mereka mendengar teriakkan maka itulah hari sebenarnya mereka dikeluarkan/dilahirkan.
    50:43 Sesungguhnya Kami yang menghidupkan dan Kami yang mematikan dan hanya kepada Kami tempat kamu dikembalikan.
    50:44 Dan pada hari bumi berpecah dengan pantas maka itulah hari bagi Kami menghimpunkan suatu perhimpunan.
    50:45 Malahan Kami mengetahui segala apa yang mereka katakan maka janganlah kamu mengasari mereka tetapi berikan peringatan dari -lqur’aani bagi sesiapa yang takut akan janji Kami.

    Sekian.

    ReplyDelete
  9. Salaam! diteruskan dengan Surah Az-Zariyaat(51 : 1 - 60)

    51:1 Demi yang menyebarkan sebaran.
    51:2 Maka yang mengandungi bebanan.
    51:3 Maka yang belayar dengan mudah.
    51:4 Maka yang mengagihkan urusan.
    51:5 Sesungguhnya apa yang dijanjikan pasti benar.
    51:6 Malahan -ddiina pasti terlaksana.
    51:7 Dan dilangitnya terdapat berbilion jalur-lebar/-lhubuki.
    51:8 Malahan kamu telah membezakan/perkecilkan kata-kata Dia.
    51:9 Maka dipalingkanya dari mereka yang menipu.
    51:10 Maka dihapuskan penjaja perbohongan.
    51:11 Dan orang yang binggung dan mereka yang lalai.
    51:12 Mereka bertanya bilakah hari -ddiini.
    51:13 Itulah hari diatas api menghadapi apa yang mereka dustakan.
    51:14 Rasakan ujian yang kamu minta disegerakan.
    51:15 Malahan orang yang prihatin dalam syurga tersedia punca air.
    51:16 Mereka mengambil apa sahaja yang diberikan oleh Pemelihara mereka malahan sebelumnya mereka itulah orang yang jujur.
    51:17 Dan daripada malamnya mereka tidur hanya sedikit.
    51:18 Dan mereka memohon keampunan sehingga dinihari.
    51:19 Dan dari hartanya diadakan bahagian bagi yang daif dan ditindas.
    51:20 Dan dibuminya terdapat tanda-ayat bagi orang yang yakin.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  10. smbg..

    51:21 Dan didalam dirimu juga malahan kamu tidak memberi tupuan.
    51:22 Dan dari langitnya rezeki kamu seperti apa yang dijanjikan.
    51:23 Demi Pemelihara langit dan bumi pasti benar apa yang kamu katakan.
    51:24 Apakah datang kepadamu hadiitsu tetamu ibraahiima yang dimuliakan.
    51:25 Ketika masuk kepadanya mereka berkata salaaman dan dia berkata salaamun wahai kaum yang tidak dikenali.
    51:26 Dia menoleh kearah puannya maka didatangkan ‘bi’ijlin’ yang gemok.
    51:27 Maka didekatkan kepada mereka dan berkata tidakkah kamu makan.
    51:28 Maka curiga dan takut meliputi mereka dan berkata jangan takut kami datang membawa khabar gembira dengan seorang anak yang’aliimin.
    51:29 Maka meluru puannya dan menepuk-nepuk mukanya dan berkata aku ini seorang perempuan tua yang mandul.
    51:30 Demikian yang telah difirmankan Pemeliharamu sesungguhnya Dia yang Bijaksana yang Mengetahui.
    51:31 Berkata apakah berita kamu wahai utusan.
    51:32 Mereka berkata kami diutuskan bagi kaum yang berdosa.
    51:33 Supaya diturunkan atas mereka batu-batu dan debu tanah.
    51:34 Malahan Pemeliharamu mengenal-pasti orang yang membazir.
    51:35 Maka Kami keluarkan darinya orang yang amanah.
    51:36 Tidak Kami dapati didalam ‘rumah’ melainkan dianya muslimiina.
    51:37 Dan Kami tinggalkan didalamnya tanda-ayat bagi orang yang takut kepada azab yang dahsyat.
    51:38 Dan kepada muusaa ketika Kami utuskanya kepada fir’auna dengan kuasa Kami yang jelas.
    51:39 Maka dia berpaling dengan keangkuhanya dan berkata dia seorang ahli sihir atau majnuunun.
    51:40 Maka Kami azabkan dia dan angkatanya dan Kami lemaskan mereka dilautan maka mereka itulah orang yang terhina.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  11. bsmbg..

    51:41 Dan kepada ‘aadin ketika Kami utuskan angin yang menyakitkan.
    51:42 Tidak meninggalkan sesuatu setelah dilandanya mereka melainkan dijadikan mereka seperti abu berterbangan.
    51:43 Dan kepada tsamuuda ketika dikatakan kepada mereka bersenang-senanglah kamu sehingga kepada suatu masa.
    51:44 Malahan mereka menentang perintah Pemeliharanya maka mengambil mereka dengan petir dahsyat sedang mereka melihatnya.
    51:45 Maka mereka tidak berupaya berdiri malahan mereka tidak ditolong.
    51:46 Dan kaum nuuhin sebelumnya mereka adalah kaum yang fasik.
    51:47 Dan langit, Kami bangunkan dengan ‘tangan’ Kami dan tersangat luas.
    51:48 Dan bumi Kami bentangkan maka nikmatilah buaian/ayunanya.
    51:49 Dan segalanya Kami cipta berpasangan bagimu jadikan peringatan.
    51:50 Maka bersegeralah menuju kepada Allah malahan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.
    51:51 Dan jangan sesekali setarakan Allah dengan tuhan-tuhan selain Dia malahan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.
    51:52 Demikianlah tidak datang sebelumnya seorang rasul melainkan mereka berkata dianya seorang ahli sihir atau seorang yang gila/majnun.
    51:53 Apakah mereka berwasiat dengannya maka mereka kaum yang angkuh.
    51:54 Maka berpalinglah dari mereka supaya kamu tidak dipersalahkan.
    51:55 Dan teruskan memberi peringatan sesungguhnya peringatan memberi manfaat bagi orang yang amanah.
    51:56 Malahan tidakkah Aku mencipta -ljinna dan manusia melainkan bagi mereka berkhidmat kepada Aku.
    51:57 Dan Aku tidak menghendaki mereka memberi Aku rezeki malahan Aku tidak kehendaki mereka memberi makan kepadaKu.
    51:58 Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki dan Dia yang punyai kekuatan yang tiada tandinganya.
    51:59 Maka bagi orang yang zalim dosa mereka sama seperti dosa sahabat mereka maka jangan kamu minta Aku menyegerakanya.
    51:60 Maka celakalah bagi orang yang tidak percaya pada hari yang mereka telah dijanjikanya.

    Sekian.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete