Menurut Oxford Dictionaries, DOGMA membawa erti "A principle or set of principles laid down by an authority as incontrovertibly true".
Secara asasnya dogma membawa maksud satu set prinsipal yang telah disenaraikan sebagai benar oleh pihak yang berwajib atau yang telah diterimapakai oleh masyarakat sesuatu negara samada ia secara bertulis ataupun tidak.
Pada dasarnya ianya akan semakin ketara apabila ia melibatkan hal keagamaan.
Semasa cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini saya menerima satu quote berbunyi seperti berikut ;
Sejurus selepas membaca brainy quote ini saya terlihat gambaran diri sendiri di suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba saya merasa tolol kerana menghabiskan masa muda remaja dengan membaca kisah-kisah dongeng orang-orang Arab dan merasai diri serta-merta menjadi suci dari orang lain yang belum membacanya.
Saya juga merasa seperti mahu menghantuk kepala ke dinding apabila memikirkan bahawa saya pernah pada suatu ketika dahulu menganggap kisah-kisah dongeng ini sebagai ilmu.
Kebebasan Minda
Saudara pembaca, hanya melalui kebenaran sahaja kita boleh membebaskan minda dari belenggu dogma.
Dogma pada asasnya diletak oleh orang lain dan disuap secara paksa ke dalam mulut kita sebagai kebenaran hakiki.
Dengan mengetahui kebenaran maka dengan serta-merta segala tembok dogma akan terpecah lalu kita menjadi seperti lahir semula ke dalam satu dunia yang sungguh luas yang tidak pernah kita diami sebelum ini.
Terlalu banyak contoh bagaimana dogma membentuk pemikiran seseorang.
Jika difikirkan, untuk kebanyakkan perkara, halangan utamanya hanyalah minda kita sahaja. Juga, tiada mana-mana pihak pun yang memantau samada kita ada melanggar dogma ini atau tidak.
Ianya hanyalah di antara diri dan minda kita sahaja.
Terlalu banyak contoh dogma di dalam kehidupan seharian kita.
Untuk kali ini, saya mengambil contoh bagaimana ia berlaku di dalam diet makanan harian kerana saya tidak pernah lagi menyentuh mengenai diet di dalam mana-mana artikel di blog ini.
Selain dari itu saya juga akan cuba mengupas dogma memegang binatang secara sekali imbas.
Walaubagaimanapun, saya perlu memberi amaran bahawa mengupas mengenai diet makanan adalah perkara yang sangat sensitif.
Jika anda perhatikan orang-orang kita, ada yang minum minuman keras sehingga mabuk, ramai yang berjudi, ramai juga yang melanggan pelacur berlainan jenis atau sesama jenis.
Namun, di sebalik semua perbuatan ini janganlah sesekali mengajak orang-mereka ini makan 'babi'. Perkara ini sangat sensitif pada kebanyakkan orang.
Bagi mereka perbuatan yang disenaraikan di atas tidaklah menjadikan seseorang itu kufur (menolak). Mungkin mereka merasakan untuk dosa-dosa ini, ianya boleh dihapuskan dengan bertaubat ?
Tetapi kalau makan babi otomatik kita menjadi kafir yang tidak diterima taubatnya dan mengakibatkan boleh masuk naraka.
Inilah dogma dalam bentuknya yang paling klasik
Selain dari itu saya juga akan cuba mengupas dogma memegang binatang secara sekali imbas.
Walaubagaimanapun, saya perlu memberi amaran bahawa mengupas mengenai diet makanan adalah perkara yang sangat sensitif.
Jika anda perhatikan orang-orang kita, ada yang minum minuman keras sehingga mabuk, ramai yang berjudi, ramai juga yang melanggan pelacur berlainan jenis atau sesama jenis.
Namun, di sebalik semua perbuatan ini janganlah sesekali mengajak orang-mereka ini makan 'babi'. Perkara ini sangat sensitif pada kebanyakkan orang.
Bagi mereka perbuatan yang disenaraikan di atas tidaklah menjadikan seseorang itu kufur (menolak). Mungkin mereka merasakan untuk dosa-dosa ini, ianya boleh dihapuskan dengan bertaubat ?
Tetapi kalau makan babi otomatik kita menjadi kafir yang tidak diterima taubatnya dan mengakibatkan boleh masuk naraka.
Inilah dogma dalam bentuknya yang paling klasik
Diet
Tahun lepas saya berkesempatan bercuti di sebuah negara Eropah sambil menyaksi pembukaan temasya sukan antarabangsa dan menonton pasukan bolasepak kegemaran saya bermain di stadium keramat mereka.
Saya pergi bersama seorang kenalan rapat. Pada mulanya kami membuat pelan untuk pergi berdua sahaja. All boys trip.
Tetapi di saat akhir kenalan saya ini mengambil keputusan untuk membawa isteri beliau bersama (geng PERTABI). Jangan marah .. Sekali sekala mengusik kawan.
Di sana saya perhatikan rakan saya dan isterinya begitu teliti di dalam soal pemakanan. Mereka seboleh-bolehnya mencari kedai yang mempunyai logo halal.
Jika tidak pun mereka akan mengambil makanan yang tidak mempunyai ramuan daging atau ayam.
Di ketika itu saya teringat kepada beberapa keterangan Al Quran mengenai diet makanan yang disarankan untuk kita amalkan.
Ianya sangat mudah dan tidak membebankan. Namun, manusia lebih suka membebankan diri sendiri dengan dogma yang direka-reka.
Berikut adalah keterangan mengenai diet makanan secara am dan menjadi teras panduan utama untuk manusia ;
"Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi KAMU; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan." AQ 5:4
"They ask you what is halal for them. Say, "Halal for YOU are all good things, including what the dogs (mukallibeen) catch for you." You train them according to Allah's teachings. You may eat what they catch for you, and mention Allah’s name thereupon. You shall observe Allah. Allah is most efficient in reckoning" AQ 5:4
Keterangan ini menjelaskan kepada kita bahawa makanan yang HALAL untuk KAMU makan ialah "YANG BAIK-BAIK UNTUK KAMU".
Frasa yang utama untuk kita jadikan panduan ialah KAMU. Bermakna yang baik dan halal untuk kita makan adalah makanan yang boleh diterima oleh badan kita sendiri.
“Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di
bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana
sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” AQ 2:168
Menurut keterangan di atas, sesiapa yang mempunyai sifat buruk mengenai makanan yakni mereka yang pelahap dan tidak boleh menahan diri dari memakan makanan yang tidak baik untuk dirinya.
Mereka ini mengikut sifat buruk (syaitan). Ia akan pasti menyebabkan dirinya menerima kesan buruk akibat makanan yang dia makan.
Ini adalah satu lagi keterangan Al Quran dengan penumpuan kepada KAMU.
Menurut keterangan di atas, sesiapa yang mempunyai sifat buruk mengenai makanan yakni mereka yang pelahap dan tidak boleh menahan diri dari memakan makanan yang tidak baik untuk dirinya.
Mereka ini mengikut sifat buruk (syaitan). Ia akan pasti menyebabkan dirinya menerima kesan buruk akibat makanan yang dia makan.
Ini adalah satu lagi keterangan Al Quran dengan penumpuan kepada KAMU.
“Hai orang-orang yang beriman, makanlah
di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan
bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada Allah kamu
menyembah” AQ 2:172
Apakah makanan yang baik untuk diri kita ?
Ia pastilah jenis makanan yang tidak membawa mudarat jika kita memakannya.
Sebagai contoh pada kebanyakkan orang, gula tidak membawa mudarat kepadanya.
Tetapi jika anda mengalami diabetes kronik sudah tentulah gula tidak lagi baik dan halal untuk anda.
Begitu juga jika badan anda selalu berangin maka makanan yang boleh menyebabkan angin seperti nangka, kacang panjang, petai tidak baik dan halal untuk anda.
Perlu juga diingati bahawa tidak semestinya jika A dan B mempunyai masalah badan berangin kedua-dua mereka tidak boleh makan nangka.
Ada juga kes yang nangka tidak menyebabkan angin kepada orang-orang tertentu tetapi untuk orang lain, mak datuk punyalah angin sampai tidak boleh bangun.
Apa akan jadi jika anda makan juga nangka sedangkan badan anda tidak boleh menerimanya ?
Jawapannya adalah sangat jelas anda akan sakit perut, badan anda akan berangin. Anda mungkin tidak boleh melakukan iltizam anda untuk hari itu.
Kehidupan anda untuk hari itu mithalannya seperti berada di dalam "naar".
The Curious Case of "khinziri"
Kebanyakan penterjemah mentafsir khinzir sebagai haiwan babi. Namun, kita perlu melihat keterangan ini dengan lebih teliti.
Berikut adalah senarai panduan makanan yang haram (sanction - boleh jadi positif atau negatif) untuk kita makan.
Haram di dalam maksud keterangan ini ialah tidak baik untuk kita makan.
"Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih" AQ 6:145
Di dalam keterangan di atas, Tuhan menerangkan dengan jelas kenapa Dia tidak membenarkan kita memakan bangkai, darah, daging "khinzirin" dan kefasiqan untuk selain dari Allah (makanan yang dijadikan dana - hidangan tuhan palsu, yang dibiar terdedah berhari-hari).
Makanan-makanan ini dilarang untuk kita makan kerana ia KOTOR.
Namun, di dalam keadaan tertentu kita dibenarkan utnuk memakannya. Mudah-mudahan perut kita tidak sakit kerana perkara-perkara yang secara jelas nampak kotor ini.
"Maka makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal, yang
baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah" AQ 16:114
"Hanya benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan
darah, dan daging babi, dan apa yang disucikan kepada selain Allah.
Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak
juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih" AQ 16:115
Di kedua-dua keterangan mengenai makanan yang tidak baik untuk kita makan ini tertera perkataan "khinzirin" dan "khinziri" yang secara biasa kita terjemah sebagai haiwan babi.
Namun, kedua-dua perkataan ini bukanlah isim makrifah atau kata nama khas.
Kedua-dua perkataan ini adalah adjective iaitu perkataan yang menerangkan perbuatan iaitu "khin" - perkara buruk/busuk dan "ziri" - yang kamu nampak.
Maka, jika terjemah kembali keterangan-keterangan di atas secara rigid maka jadilah ia seperti berikut .. Hanya benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging perkara buruk/busuk yang kamu nampak..
Jangan salah sangka, saya tidak makan babi. Bagi saya ianya kotor tetapi saya sekali-kali tidak akan memandai-mandai mengharamkan segala-galanya mengenai haiwan babi.
Kita perlu selalu ingat bahawa satu-satunya entiti yang layak meletakkan hukum haram ialah Tuhan Yang Maha Esa kerana Dialah yang mencipta segala binatang, sayur, buah dan lain-lain untuk manusia makan. Bukannya para ustaz.
Lagipun, keterangan di atas sangat spesifik iaitu yang kotor ialah DAGING. Bukan kulit, lemak, dna dan lain-lain. Kenapakah kita selalu menyusahkan diri sendiri.
Tahukah kita haiwan babi ciptaan Tuhan ni begitu banyak kegunaannya di dunia. Sehinggakan jantung palsu pun dicipta menggunakan babi.
Dogma Anjing
Di dalam keterangan AQ 5:4 juga tertera dengan jelas bahawa Tuhan membenarkan kita makan makanan yang diburu oleh ANJING.
Alamak macamana ini, Ustaz kata anjing haram untuk dipegang ?
Ada pulak Ustaz yang sedikit liberal kata boleh pegang anjing tapi pastikan anjing itu kering. Kalau basah haram.
Adoi, ustaz-ustaz ini sememangnya perasan diri dia tuhan.
Di tangan dialah letaknya Halal/Haram. Dialah yang call the shot. Seolah-olah dia ada saham di dalam penciptaan dunia ini.
"Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan" AQ35:40
Tuhan kata boleh pegang anjing malah boleh makan dari makanan yang pernah digongong anjing, mereka memandai kata haram.
Yang sebenarnya, yang Tuhan suruh kita amalkan ialah menjaga kebersihan. Selepas pegang apa-apa jenis binatang basuhlah tangan. Tidak kiralah apa jenis binatang.
Lepas pegang kucing pun kita perlu basuh tangan tambahan pula kalau selepas pegang itu anda mahu menjamah makanan.
Takkan nak makan dalam keadaan tangan berkemungkinan dipenuhi kuman dari badan kucing ?
Apa bezanya kucing dengan anjing ? Badan kedua-duanya dipenuhi bulu yang Tuhan cipta. Kedua-duanya merayap merata di bumi Tuhan ini untuk mencari makan.
Basuh tangan pulak macamana ? Oh kita perlu guna tanah ... kalau tidak tak suci tangan.
Bukankah sabun dettol sudah terbukti berkesan membunuh kuman. Gunalah dettol. Yang susah hati nak pergi mencari tanah tu nak buat apa ?
Tidakkah kita boleh bezakan di antara apa yang haram dengan tatacara menjaga hygiene ?
Kesimpulan
Inilah antara dogma yang diletakkan secara halimunan di fikiran kita.
Kadangkala dogma ini begitu mempengaruhi seseorang sehinggakan dia sanggup pergi lebih jauh untuk mempertahankan tradisi yang sudah sekian lama dipraktisnya.
Cuba anda fikir. Jikalah babi dan anjing itu begitu teruk dan hina mengapa berbillion manusia yang sehari-hari hidup dengan anjing dan babi tidak ditimpa malapetaka yang buruk ?
Orang-orang Cina di Malaysia makan babi dan pegang anjing. Adakah mereka menjadi lebih teruk dari orang Melayu dan India ? Statistik menunjukkan mereka lebih berjaya dari bangsa-bangsa yang lain. Bagaimanakah anda mahu menerangkan perkara ini ?
Janganlah kita hidup dengan dogma orang lain.
Ingatlah sesuatu itu menjadi baik atau buruk bukan disebabkan orang lain mengatakan begitu.
Ianya adalah kerana tubuh kita yang tidak boleh menerimannya. Oleh itu kita perlu sentiasa peka kepada tindakbalas tubuh badan kita sendiri. Insyallah kita akan selamat.
Ashwed
Salam.
ReplyDeleteTalking about dog, how about wolf? All dogs are descended from wolves. Share a few characteristics.
And if the only option is using pig's heart or kidney for transplant operation then how?
Kena la tanya majlis fatwa. So complicated it is becoming.
Non
Please dont waste your time with those religious morons
DeleteThey are all village idiots that are trying to divert you from the truth as what Allah had ordained
Salam.
DeleteItu ayat last sesaja tulis.
Sebab itu yang kebanyakan orang buat.
Any statement from them yang tak masuk akal I ignore jo.
Non
Salam
ReplyDeleteSaya malu sangat-sangat dengan diri sendiri. Dulu, walaupun saya ragu-ragu dengan ajaran ustaz-ustaz tapi saya cuba berusaha untuk mengikuti apa yang diajar supaya saya dapat rasakan saya salah seorang yang diberkati, konon adalah seorang antara yang mengikuti ajaran agama yang suci hasil penggaruh persekitaran dan keturunan. Walaupun usaha saya tak menjadi sebab saya tak amalkan kerana saya rasa tak kena dengan jiwa, rasa tak ikhlas, juga ada rasa memberontak. Saya fikir tak akan Tuhan nak kita tunjukkan yang kita patuh padaNya dengan cara yang agak remeh seperti, jika puasa tak boleh korek hidung nanti batal atau bila sembahyang kena tahan rasa kentut ketat-ketat kalau tak kena ulang balik.
Ada juga saya dengar, orang Islam jahat macamana pun tetap masuk syurga, masuk neraka kejap je kononnnya (dalam Quran ada ayat khas tuk golongan perasan seperti ini termasuk saya yg dulu.)
Hanya Tuhan yang tau siapa berada di jalan yang benar. Kita tunggu sahaja keputusan di Hari Peraturan.
Yang penting kita berusaha guna akal sendiri dan petunjuk dari Quran.
salam tuan ashwed dan para pembaca,
ReplyDeletesaya mohon pandangan tentang satu persoalan. Adakah tuhan akan menghukum bangsa Aztec di akhirat kelak kerana mereka tidak memeluk Islam? Sedangkan pengetahuan tentang Islam tidak pernah sampai kepada mereka sepanjang hidup mereka?
Kedamaian Untuk Semua,
DeleteSusah nak jawab persoalan sebegini sebab bentuk pertanyaan itu ditujukan kpd Tuhan. Logiknya oleh kerana semua manusia yg pernah hidup dahulu dan kini bukan Tuhan maka apa sahaja jawapan yg manusia beri sebenarnya hanyalah berbentuk satu spekulasi.
Di dalam blog ini saya sudah membuat kesimpulan bahawa "agama" adalah satu konsep ciptaan manusia.Al Quran membuktikan dgn begitu jelas mengenai perkara ini. Soalnya adakah kita mahu mengambil pelajaran dari penjelasan ini.
Sejarah dan ketamadunan manusia tidak bermula di tanah Arab 1400 tahun lepas. Ia bermula berbillion tahun dahulu dgn tercetusnya letupan supernova dari KETIADAAN. Lalu terbentuk himpunan gas yg kebanyakkannya terdiri dari karbon yg dikenali sbg dark matter. Dari permulaan inilah berevolusi segala2 yg kita lihat skrg termasuk saya, anda, para nabi, para raja, org kaya, org miskin, org cacat,org yg kuat dll.
Membataskan sejarah alam dgn sebuah organisasi agama yg dikenali sbg Islam adalah sesuatu yg tidak wajar.
Sejarah membuktikan bhw kaum aztec pernah mencipta ketamadunan yg gilang gemilang. Ini adalah bukti jelas bahawa mereka pernah membuat sesuatu yg benar lalu mereka berjaya. Apabila tamaddun ini pupus ia juga petunjuk jelas bhw mereka terkeliru dan keluar dari jalan yg lurus. Itulah peng"akhirati" mereka.
Samada Tuhan akan menghukum mereka tidaklah layak utk kita memberikan jawapan.
Damai
Soalan yang sama saya bertanya kepada diri saya sendiri... adakah nenek saya yang meninggal di awal 90an kurang beriman berbanding dengan ibu saya..kerana, nenek saya dulu tak bertudung berhijab macam sekarang...cuma selendang (style melayu dulu. cuma sekarang saja semua bertutup macam paderi kristian :)
Deletesalam,
Deleteterima kasih tuan ashwed dan politicalamity kerana sudi memberi pandangan.
Saya bersetuju dengan pandangan tuan yang mengatakan agama adalah ciptaan manusia semata-mata.
Saya juga bersetuju yang pengakhiran sesuatu bangsa atau tamadun adalah hasil dari perbuatan bangsa itu sendiri.
Saya merasakan setiap penciptaan yang wujud di muka bumi ini termasuk alam dan manusia adalah ketentuan Ilahi. Untuk itu, saya merasakan adalah mustahil sebagai ciptaan, manusia yang memilih samada mahu lahir di bumi ataupun tidak, seperti yang di tulis di dalam hadis.
Saya tidak melihat kewajaran manusia itu hidup sebagai seorang orang asli di tengah hutan Amazon dihukum di padang mashyar hanya kerana dia tidak mengenali Islam sedangkan dia itu sendiri tidak mungkin mahu memilih untuk lahir seperti itu di muka bumi ini.
Amat sukar sekali usaha nak menukar dogma yang dianuti pemikiran orang Melayu. Kita nak ajak mereka kepada kebenaran sebaliknya kita yang dikatakan sesat dan jahil.
ReplyDeleteKepada Mu'izzah sila rujuk Surah Al Imran, 3-ayat berikut; 118, 119, 120. Malahan telah ada jawapan keatas setiap perkara yang dimuskilkan oleh manusia sejak adanya alam ini... Aminnnn.
Delete"Aku NAIK SAKSI bahawa penghayatan tradisi dan DOGMA ARAB (Sunni atau Syiah dsb) PASTI akan membawa orang2 Melayu sipemuja Arab ke arah KEANGKUHAN, PERPECAHAN, KESANGSIAN, SYAK-WASANGKA, KETAKUTAN, KEBENCIAN, PEPERANGAN, KESENGSARAAN & KEMUSNAHAN."
ReplyDelete"I BEAR WITNESS that subscribing to the stone-worshipping ARAB’s DOGMA and tradition (Sunni or Shia and whatnots) will SURELY lead the Arab-worshiping Malays towards ARROGANCE, DIVISIVENESS, INSECURITY, SUSPICION, FEAR, HATRED, WAR, MISERY & DESTRUCTION."
\Alhamd.
Semenjak mendalami isi AlQuran saya dah tak fanatic sangat pasal makan. Babi yg terang2 memang saya tak makan tapi saya takde lah sampai nak cari DNA babi dalam makanan. So dessert dan coklat selalunya saya kira halal je.
ReplyDeleteAnjing pun saya suka, lebih2 lagi yg comel2 tu tapi saya masih takut nak pegang. Takut kena jilat or worse gigit. Kuching pun saya tak minat nak pegang so kira saya treat sama standard je anjing dengan kuching :P
Ayat mengenai anjing inilah yg paling mudah dan jelas utk dijadikan bukti bgmn agamawan menolak AlQuran mentah2 dan degil ingin berpegang pd hadith sbg lebih tinggi dan pelengkap kpd AlQuran.
ReplyDeleteSetuju Tuan..
DeleteAdalah IRONIS apabila ANJING menjadi makhluk yg PENTING bagi MEMBUKA hijab PENIPUAN oleh para AGAMAWAN..
Sangat halus perancangan Tuhan..
It is IRONIC that a DOGS become SIGNIFICANT in UNVEILING the FALSEHOOD by the RELIGIONISTS..
They planned, but God is BEST of planner..
I fully agree..
Thank you for agreeing..still, i cannot bring myself to point it out to them whenever the subject arised. Guess, i'm not strong enough to drag myself into a debate. Is it wrong to let them be? Should i try to help them see?
DeleteSalam Anon 00:21
DeleteSaya copy je dari komen saya yang lepas-lepas. Ni sekadar pendapat saya berdasar ayat Quran.
---27:92 Dan membaca -lqur-aana maka sesiapa yang mendapat petunjuk hanyalah bagi dirinya dan sesiapa yang sesat maka katakan aku tidak lain melainkan hanyalah seorang pemberi amaran.
Ayat ini terang menyatakan sesiapa yg membaca Quran, jika mendapat petunjuk hanya untuk diri sendiri. Dan hanya mampu sebagai pemberi amaran sahaja.
Bagi pendapat saya sebabnya ;
-HANYA Tuhan yg tahu siapa yg dapat petunjukNya.
-HANYA Tuhan yg tau siapa yg benar, siapa yg sesat.
Jadi..manusia tak layak memaksa manusia lain untuk mengikuti jejaknya sebab tiada kepastian sama ada jejaknya benar atau sesat. Manusia hanya perlu yakin pada diri sendiri yg dibekalkan oleh Tuhan dgn akal dan Quran. Setiap manusia perlu mulakan kebaikan dari diri sendiri.
Manusia tidak layak mengatakan siapa yg beriman dan siapa yg kafir. Dan paling teruk manusia tak layak menjatuhan hukuman bunuh kepada si murtad.
Boleh sesiapa bagi pendapat ayat ini ; 27:82 Dan apabila ditetapkan perkataanya atas mereka maka Kami keluarkan suatu “mahluk” dari bumi dan bercakap dengan mereka yang demikian itu bagi manusia yang tidak yakin dengan ayat-ayat Kami.---
Salam
Salam..
ReplyDeleteLOL dan ROFL.. minta maaf Tuan punya blog kerana saya ketawa melampau2.. cuma cerita tentang anjing ni mengingatkan saya tentang seseorang muslim (jambang, turban dan jubah) yg kakinya tersentuh seekor anjing, dia punyai reaksi badan seperti kungfu wong fei hung campur mulut melatah2..
Cerita pasal anjing ni juga ada disebut sebagai teman atau penjaga 'people of the cave' dalam Surah Kafi..
Saya mempunyai 2 ekor anjing dan saya mandikan nya 2 kali seminggu.. 2 ekor ini walaupun baka kampung ia begitu taat setalah diajar (saya belajar dari Cesar Milan Dog Whisperer) dan saya berikan tugasan untuk menjaga perimeter kawasan rumah saya yg tidak berpagar.. Ada sahaja unwanted guest sure kena gong gong wof wof..
Becks