Anda sudah tentu biasa mendapat pesanan di media sosial mengenai sunnah "Nabi Muhammad" untuk di amalkan.
Di antara sunnah yang tersenarai ialah bagaimana untuk :-
a. tidur
b. mengunyah makanan
c. memegang berus sugi
d. mandi
e. menziarahi kubur
f. memakai baju
g. membasuh baju
dan lain-lain urusan kehidupan harian yang menjadi amalan sehari-hari keseluruhan manusia tidak kira agama, bangsa dan negara di dunia ini.
Kebiasaannya di akhir senarai tersebut akan diselitkan frasa standard "Sila sebarkan ilmu ini supaya ramai orang Islam mengamalkan sunnah".
Para pembaca yang budiman, kita perlu membezakan apakah perkara yang berada di bawah kebolehan manusia dengan perkara yang hanya boleh dibuat oleh Tuhan.
Secara umumnya, satu-satunya sunnah yang wujud di dunia ini adalah sunnah Allah atau dikenali di dalam Al Quran sebagai "Sunnatullah".
Makhluk ciptaanNya tidak sesekali mempunyai sunnah kerana semua makhluk bergantung kepada Zat Asal ini.
Tidak kiralah apa pun gelaran seseorang Rasul, Nabi, Raja, Presiden atau Perdana Menteri. Mereka ini semua sama sahaja dengan kita iaitu makhluk yang bernama manusia.
Tidak kiralah apa pun gelaran seseorang Rasul, Nabi, Raja, Presiden atau Perdana Menteri. Mereka ini semua sama sahaja dengan kita iaitu makhluk yang bernama manusia.
Zat Asal adalah As-Samad, tempat semua makhluk bergantung harap.
Mengatakan manusia mempunyai sunnah adalah suatu bentuk kegilaan, tidak lebih dari itu.
Ia adalah manifestasi obsesi manusia kepada rakan manusianya yang lain. Ia tidak terjadi di dalam komuniti "muslim" sahaja.
Komuniti lain juga obses kepada rakan manusia mereka yang lain seperti Isa, Musa, Krishna, Gautama Siddharta, Ali dan lain-lain mengikut budaya, agama dan mazhab.
Sunnatullah
Saya sudah membuat kesimpulan dan menerangkan apakah dia Sunnatullah di dalam sebuah artikel bertajuk "Demi Masa dan Kegelapan".
Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2016/01/demi-masa-dan-kegelapan.html
Secara ringkasnya sunnatullah di dalam bahasa moden adalah rational law.
Sesungguhnya Tuhan mentadbir alam semesta ini dengan rational law yang lengkap dan terperinci.
Ia telah dihitung dari saat terjadinya letupan supernova sehinggalah ke saat anda membaca tulisan ini.
"Matahari dan bulan
menurut hitungan" AQ 55:5
"Dan langit - Dia
naikkannya, dan letak Timbangan" AQ 55:7
Apa sahaja perkara yang terjadi samada kejadian alam, sejarah ketamadunan, penemuan sains dan sebagainya terjadi kerana kaitan yang harmoni di antara satu sama lain.
Asasnya semua perkara ini dapat dikira melalui suatu kiraan rawak yang dikenali Probability Theory dan juga melalui Uncertainty Theory rekaan Heisenberg.
Apa sahaja yang anda fikirkan dan putuskan akan mempengaruhi orang lain dan alam sekeliling dari yang terdekat sehinggalah ke yang paling jauh.
Apa yang saya fikirkan dan putuskan sudah tentu akan mempengaruhi anda dan begitu juga sebaliknya.
Oleh sebab itulah kita sentiasa diperingatkan di dalam Al Quran supaya menjaga integriti samada semasa berada di kalangan awam ataupun semasa berkeseorangan.
Ulama
Dari rational law inilah timbul pelbagai lagi undang-undang alam seperti Law of Graviti, Law of Mechanics, Law of Causality dan pelbagai lagi undang-undang yang secara asasnya kita kenali sebagai sains.
Mereka yang memikirkan mengenai perkara inilah yang Al Quran panggil sebagai Ulama.
"Tidakkah kamu
lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami
keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung
terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam
yang pekat" AQ 35:27
"Antara manusia
juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya
yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang
yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun" AQ 35:28
Perkataan Ulama berasal dari akar kata ain-lam-mim atau dalam abjad romawi i-l-m yang membawa maksud ilmu di dalam Bahasa Arab, pengetahuan dalam Bahasa Melayu dan knowledge dalam Bahasa Inggeris.
Perkataan dari akar kata ini diulang sebanyak 854 kali di dalam Al Quran.
Perkataan dari akar kata ini diulang sebanyak 854 kali di dalam Al Quran.
Orang yang banyak berfikir dan mencari sumber untuk berfikir sudah tentulah mempunyai banyak pengetahuan. Orang sebegini dikenali sebagai mu-alim.
Di dalam keadaan yang ramai atau plural atau jamak maka terbitlah perkataan ulama.
Menurut Al Quran, syarat utama untuk mengenali mereka yang mempunyai banyak pengetahuan ialah mereka itu mestilah seorang yang takut kepada Tuhan.
Merasa takut kepada Tuhan membawa erti menghormati rational law atau sunnatullah yang dicipta Tuhan itu.
Sir Isaac Newton setelah menemui dan mengkaji Law of Gravity sudah pasti tidak akan terjun dari sebuah bangunan yang tinggi.
Beliau pasti tidak akan berbuat begitu tanpa apa-apa peralatan yang direka khas dengan perkiraan yang terperinci untuk mengurangkan kesan Law of Gravity.
Penghormatan kepada rational law inilah yang menjadikan seseorang itu layak dipanggil ulama.
Izinkan saya mengambil contoh kejadian yang berlaku di negara kita.
Saya mengambil contoh ini bukan kerana saya benci kepada personaliti yang seorang ini.
Tetapi sekadar untuk membuktikan betapa jauhnya tersasar definisi ulama di kalangan orang kita.
"Ulama" yang saya ingin kaitkan ini sudah pun meninggal dunia. Semoga beliau ditempatkan bersama para Mukhlasin.
Di sebuah negeri pantai timur, tempat "ulama" paling besar dalam sejarah moden Malaysia semenjak merdeka ini tinggal, setiap tahun negerinya pasti mengalami banjir.
Menurut catatan sejarah, banjir paling buruk yang dikenali sebagai bah merah terjadi di negeri tersebut pada tahun 1926. Di ikuti dengan banjir besar pada tahun 1967.
Mulai pada tahun 1969, "ulama" besar ini sudah pun menjadi seorang ahli parlimen Malaysia dan seterusnya bertukar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Ini bermakna "ulama" ini diberi peluang oleh Tuhan selama 46 tahun serta diberi kemampuan yang sangat lengkap untuk berbuat sesuatu kepada negeri yang diketuainya.
Namun, malangnya kejadian banjir ini tidak pernah diberi keutamaan.
Namun, malangnya kejadian banjir ini tidak pernah diberi keutamaan.
Ia dibiarkan terjadi saban tahun sehingga kejadian bah besar berulang lagi pada tahun 2004 dan yang paling buruk pada tahun 2014.
Apabila diajukan mengenai persoalan ini sudah pasti jawapan yang akan kita dengar ialah "Ini kuasa Tuhan".
Benarlah ianya adalah kuasa Tuhan, persoalannya adakah kita menghormati kuasa ini ?
Apabila kita tidak menghormati kuasa ini maka adakah kita termasuk di dalam kategori "mereka yang takut kepada Tuhan" seperti di AQ 35:28 ?
Akibat perbuatan seorang ketua sebuah negeri tidak menghormati kuasa Tuhan maka negeri ini mengalami kerugian yang amat besar.
Jika kita mengira kerugian ini semenjak dari kejadian banjir pada tahun 1967 saya percaya ia boleh mencecah puluhan billion ringgit.
Seorang yang mempunyai banyak pengetahuan (mu-alim) sudah tentu tidak akan menyebabkan kita mengalami kerugian.
Pengetahuan beliau sepatutnya menjadikan rakyatnya mengalami keuntungan dan kemajuan.
Persis kajian pengetahuan yang dibuat oleh Sir Isaac Newton, kajian ini menyebabkan sebegitu banyak peralatan dan teknoloji terhasil.
Pengetahuan Sir Isaac Newton memudahkan kehidupan ramai manusia di muka bumi ini.
Persis kajian pengetahuan yang dibuat oleh Sir Isaac Newton, kajian ini menyebabkan sebegitu banyak peralatan dan teknoloji terhasil.
Pengetahuan Sir Isaac Newton memudahkan kehidupan ramai manusia di muka bumi ini.
Selayaknya kita tidak menggelar orang-orang yang tidak menghormati rational law sebagai ulama kerana ia sangat tidak bertepatan dan akan mengelirukan masyarakat.
Kesimpulan
Rakyat negara ini perlu mula menggelar seseorang bertepatan dengan jati diri orang itu.
Jika tidak masyarakat akan terus keliru dan ditipu hidup-hidup.
Ia juga akan menyebabkan kemajuan negara kita terbantut kerana kepercayaan yang tidak masuk akal, lapuk dan tiada keputusan ilmiah.
Memakai jubah, berkopiah atau bersarban, berjanggut panjang serta memakai celak tidak menjadikan seseorang itu layak digelar ulama.
Yang paling penting ialah keupayaan akal kita mencipta idea.
Idea dikenali sebagai ilham, wahyu atau hikmah.
Ia adalah anugerah Tuhan kepada sesiapa yang mempercayaiNya dan menghormati sunnatullah ciptaanNya.
Seorang ulama yang sebenar pasti tidak akan menyebabkan dirinya sendiri berulangkali ditimpa musibah yang sama.
Ia bukanlah nilai seorang yang berpengetahuan tinggi.
Seorang ulama mestilah mereka yang memikir, takut serta hormat kepada sunnatullah/rational law.
Mereka ini boleh dikenalpasti dengan kajian dan teknoloji yang mereka tinggalkan untuk kegunaan manusia lain.
Mereka adalah manusia-manusia yang berfikir seperti di dalam video ini.
Seorang ulama yang sebenar pasti tidak akan menyebabkan dirinya sendiri berulangkali ditimpa musibah yang sama.
Ia bukanlah nilai seorang yang berpengetahuan tinggi.
Seorang ulama mestilah mereka yang memikir, takut serta hormat kepada sunnatullah/rational law.
Mereka ini boleh dikenalpasti dengan kajian dan teknoloji yang mereka tinggalkan untuk kegunaan manusia lain.
Mereka adalah manusia-manusia yang berfikir seperti di dalam video ini.
Ashwed
salam bro ashwed . dari artikel ni baru saya faham apa erti takut pada tuhan. setiap kali dengar khutbah jumaat perkataan ittakullah wajib di laungkan imam tapi saya tak rasa apa2 sebab saya tak tahu nak rasa takut yang macam mana.explanation bro memang ngam. takut disini boleh saya gambarkan takut untuk melanggar sesuatu rule dimana kita tahu naar yang bakal kita hadapi jika melanggarnya dan ini merupakan seruan universal yang pasti boleh diterima kecuali mereka yang tidak tahu rule tersebut.
ReplyDeleteSalam,
Delete1. Mmg sgt tepat tuan bw cth sir isaac newton dlm post tuan kali ni sbb beliau pun percaya pd tuhan yg 1. Sila google (the economist + isaac newton + sarah dry ) utk baca komentar ke atas buku tulisan s.dry yg berasaskan manuskrip sir isaac yg belum pernah di publish. Antara lain sir isaac menulis bhw beliau menolak doktrin triniti !
2) kita perlukan hero spt kemal ataturk utk bersihkan bumi dr ulama celup keparat yg telah mengangkat diri mrk seakan tuhan dan memesong umah. Kemudian baru kita boleh maju spt zmn keagungan islam dulu.
Natural law Tuan adalah spt.hukum2 alam fizikal gravity dll.Hukum2 Tuan di psnggil Karmic law kerana segala tindakan ada tindakbalasnya...kesemua hukum Tuhan bertindak setiap masa n saat...utk.menzahirkan kuasa n cahaya. Nya. Oleh itu APA jua hukum Manusia berdasarkan kitab2 tidak boleh did katakan hukum Tuhan.Maka patut lah Kira menghukum manusia lain dengan sembelihan atas nama Pencipta?
ReplyDeleteBiarkan saja gelaran ulama tu dirujuk kpd org yg beserban, pakai jubah dan berjanggut... Gelaran tu pun dah tiada nilai.
ReplyDeletebukankah kita ada ulama yang mengatakan tidak boleh gunakan akal?
ReplyDeleteKalau macam tu tahap ulama kita, elok la kita jadi rakyat afghanistan. Sebab tak mampu gunakan akal yang diberikan spesifik untuk spesis manusia.
Di Malaysia yang dikatakan Ulama itu adalah mereka yang meletakan otak mereka kat bontot dan merapu pasal agama dengan tidak tentu arah
ReplyDeleteSalam tuan ashwed dan para pembaca..saya ada persoalan..benarkah Adam tu adalah manusia pertama diciptakan Tuhan..?pada pendapat saya Adam hanyalah manusia pertama yg diberi akal (homo sapien) dan menjadi utusan Tuhan yg pertama serta mampu untuk menyebarkan pengetahuan kepada manusia lain (homo erectus)..kira saya dah selitkan teori evolusi Darwin yg sering ditolak masyarakat Islam..saya sangat mengharapkan pendapat lain dalam persoalan ini dan saya merujuk Quran 2:30 untuk membuat kesimpulan pada pemikiran saya..
ReplyDeletesalam mok,
Deleteada terbaca dalam satu forum membincangkan ayat al quran 3:59 "Indeed, the example of Jesus to Allah is like that of Adam. He created Him from dust; then He said to him, "Be," and he was."
kita tahu isa dilahirkan dari seorang ibu. mungkinkah adam juga dilahirkan dari seorang ibu?
Cuba baca tentang Anunaki. Pasti akan memberikan jawapan yg mengagumkan minda anda berkenaan hal ini.
DeleteKedamaian Untuk Semua,
DeleteSaya ada tulis sedikit mengenai "adamma" di dalam artikel bertajuk Organisasi Agama. Namun, sudah tentu semua penerangan yang kita buat hanya berbentuk spekulasi kerana kekurangan bukti.
Bagi saya, idelism Al Quran boleh dipraktis di kehidupan sekarang tanpa perlu kita mengetahui dengan tuntas apa yang terjadi di masa lampau.
Idealism Al Quran berbentuk pragmatik. Ia adalah untuk kegunaan masa hadapan. Ia memberi kita harapan kerana kita hidup untuk masa hadapan bukan untuk masa lampau.
Damai.
Apakah maknanya bila kita dilarang menggunakan akal? Adakah kita perlu guna perasaan, atau naluri, atau nafsu, atau kepala lutut? Ya akal harus berpandukan ilmu, tp bukankah jika kita nak menghadam ilmu yg diajar pun masih perlu menggunakan akal walaupun sedikit, kalau masih nak guna. Melainkan kita pilih utk jd pak turut, angguk2, geleng2, ikut kbykn org (6:116), utk score exam, atau utk jaga pangkat. Jgn lupa semua pilihan kita ini akn dipersoalkan nnt (17:36).
ReplyDeleteByk ayt dlm Quran menyuruh kita memikir atau memahami yg bererti perlu guna akal (5:100, 6:50, 11:51, 16:44, 16:78, 38:29, 50:37, 67:10). Allah mengumpamakan orang yg tak guna akal lebih teruk dr ternakan krn itulah yg membezakan kita dgn makhluk lain (7:179). Tak tahulah apa yg lbh teruk dr ternakan bila Allah sendiri umpamakan begitu. Dan Dia juga melaknat org yg tdk menggunakannya (10:100).
Begitulah ada golongan yg ingin melindungi ilmu2 mereka, kita dilarang berfikir & mempersoalkan ajaran mrk. Supaya tiada banyak penentangan & mudah utk sebarkan ajaran. Kalau dipersoalkan, akan diberi macam2 hukuman & gelaran, krn itu sajalah yg hny mampu dilakukan. Mrk sgt hbt dlm menggunakan nama nabi & tuhan utk menakutkan org. Kita juga dilarang 'membaca' sendiri Quran,kononnya x mengapa hny melagukannya walau x faham,bergantung hny pd mereka seolah-olah mrk wakil tuhan.kononnya 1 huruf 10 pahala,whaaat!? Tujuannya cuma 1,spy dpt melindungi ajrn mrk krn bila kita fhm sendiri Quran,ianya jauh berbeza dgn apa yg diajar.
Maka bila kita gagal gunakan akal yg dianugerahkan, hiduplah kita dlm dogma org lain. Jadilah kita mangsa perhambaan minda. Hiduplah kita di alam fantasi ciptaan mereka dgn mengharapkan syurga yg dijanjikan mereka sdngkan hny Allah yg layak buat begitu, hny Allah tahu kedudukan kita, apa dlm hati kita,apa usaha kita. Mereka tiada saham satupun dalam penciptaan langit & bumi ini utk kita sekutukan dgn Allah yg maha kuasa (35:40). Tiada sekutu bagiNya samada batu ataupun manusia, krn mmg Dia tdk layak utk disekutukan (3:80, 3:126, 4:36, 6:19, 6:51, 6:74, 6:88, 6:94, 6:100, 6:106, 6:128, 6:148, 7:194, 9:31, 10:18, 10:28, 10:35, 13:16, 16:86, 16:20-21, 16:27, 16:35, 18:110, 20:88, 22:26, 22:30, 22:73-74, 28:88, 29:17, 30:31-32, 32:4, 34:27, 36:74, 39:3, 40:12, 42:13, 42:21, 72:2, 72:6).
Kita patut bersyukur dgn anugerah akal yg diberi dgn menggunakannya. Menyesal kemudian sdh tdk berguna krn sudah byk amaran yg diberi dalam Quran, hanya kita tidak mahu ambil pengajaran. Kita hny perlu baca dgn penuh teliti (spt baca pelbagai terjemahan, bandingkan penggunaan perkataan di ayat2 lain, dptkan makna akar kata setiap perkataan, jujur, buang ego, dsb), krn sdh terlalu byk korupsi yg dilakukan yg mengubah terus mesej2 yg hndk disampaikan. Ajrn Quran yg sbnr sgt mudah utk diikuti sbg panduan hidup kita di dunia ini. Tdk menyempitkan,tdk menyusahkan,tiada pemujaan kpd makhluk.
"....Whoever disbelieves in false deities and believes in Allah, then he has grasped the most trustworthy handhold that will never break...." 2:256
Tapi orang Melayu kurang budaya membaca. Hanya suka disuapkan(suka dengar cakap2 orang saja).
DeleteSaya pernah cuba nak berbahas tentang Quran dgn sepupu, dia balas. Saya tanya dia dah pernah baca Quran dlm BM? Dia jawab tidak pernah. Last2 dia kata "kita kena la tanya ustaz, diorang lagi tau". Lepas tu saya berhenti cakap sebab, yg pertama dia tak pernah baca Quran(susah saya nak berbahas kalau dia tak ada ilmu sikitpun tentang Quran, dia cakap cincai je tak ada fakta yg penting lawan, pening kepala saya. Lagipun saya tak pakar berbahas), kedua, dia sibuk cakap "kenalah tanya ustaz". Okay.....
Smbg.... Dia cakap "kenala tanya ustaz" bila dia tak boleh bangkang cakap saya berdasarkan Quran.
DeleteMenurut kamus DBP online ( http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=baca ), baca atau membaca itu sendiri bermaksud 'membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan MEMAHAMI APA2 YG TERTULIS..'
DeleteMenurut Wikipedia pula ( https://en.wikipedia.org/wiki/Reading_(process) ), ia ditakrifkan sebagai 'Membaca adalah satu proses kognitif kompleks penyahkodan (decoding) simbol untuk membina atau mendapat makna ( kefahaman membaca )' atau secara ringkas, membaca adalah satu proses di mana kita mendapatkan maksud atau dalam bahasa mudah, 'BACA UNTUK MEMAHAMI'.
Kedua-dua kamus memberi maksud yang sama, iaitu membaca adalah untuk memahami apa-apa yang tertulis. Jadi jika kita hanya membaca Quran dgn hny melagukannya tanpa memahami, ia tidak jauh beza dengan kita nyanyi lagu Janam2, cuma bahasa yang berbeza.
Membesarkan anak2 dalam masyarakat Aswaja sangat susah, apa yg boleh dilakukan adalah menanam minat membaca mereka dari kecil.
"Kita juga dilarang 'membaca' sendiri Quran,kononnya x mengapa hny melagukannya walau x faham,bergantung hny pd mereka seolah-olah mrk wakil tuhan".
ReplyDeleteI like to add the logic that only ulamak can decipher Quran is similar to the how Catholic control their followers. In fact, the early bible were written in Latin and only Catholic priest could understand the language and translate to the followers. Those who translate to other language are consider as heretic. Religion per se has common control objectives I.e. Keep them in the dark and Make them depend on the priest/ulamak/etc to understand religion. Free yourself and stop following ulamak blindly, learn to read Quran in your own prefer language. Reading Quran is a lifetime journey.
well said bro..
DeleteBecks
Salam sejahtera.
ReplyDeleteJika kita membuat penyelidikan dan memahami hukum alam pasti kita tidak akan buat kerosakan di dunia ni. Pasti takut kesan buruk yang akan terjadi.
Seperti apa kita selalu dengar 'Yang baik dari Tuhan, yang buruk dari kita.
Non
sedikit off topic...best advise to date:
ReplyDeletehttp://www.thestar.com.my/news/nation/2016/03/24/stop-trying-to-be-like-arabs-ruler-advises-malays/
Sebelum ini saya pelik knp ada org 'bijak pandai' susah nak faham apa kehendak Quran yg mudah. Apakah hatinya dah dikunci oleh Tuhan? Ya atau tidak, tiada jawapan pd saya. Jawapan pd Tuhan. Sebagai manusia, setakat yg boleh sy nampak shj, iaitu... barulah sy boleh faham kenapa org 'bijak pandai' yg bergelar 'ulama' menolak Quran. >>>Mereka mendewakan nabi<<<
ReplyDeleteMereka mmg dah diterapkan dlm ajaran sunnah nabi oleh pak Arab begitu. Mereka lebih utamakan nabi dari Allah dgn alasan ada ayat2 Quran mengatakan(contoh) "jika cintakan Allah ikutlah aku(nabi) tapi sampai tahap melebihi Allah.
Ini(bwh) antara cabang ajaran sunnah nabi. Perhatikan no 3 & 4. Saya petik dari blog seorang ustaz.
Pertama – al-Sunnah menguatkan apa yang telah ada di dalam al-Qurān.
Kedua – Al-Sunnah Memberi Penjelasan terhadap al-Quran. Terbahagi 3 bahagian-
a- Menjelaskan ayat al-Quran yang mujmal (ringkas)
b- Mengkhususkan ayat al-Quran yang bersifat `Ām (umum)
c- Mengikat ayat al-Quran yang Muṭlaq.
Ketiga – Al-Sunnah memansuhkan (hukum) al-Quran.: Seperti hadis:
لَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Tiada wasiat buat waris.
Ia memansuhkan (nasakh) ayat wasiat kepada waris berikut:
180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah: 180)
Ini adalah pendapat jumhur kecuali al-Syāfii.
Keempat: Al-Sunnah membawa hukum yang tidak ada di dalam al-Quran: Seperti hadis-hadis rejam penzina yang muhṣan, hukum saksi dan sumpah, haram memakai emas dan sutera bagi lelaki, zakat fitrah, kewajipan zakat al-`Aqilah, pengharaman keldai, pembebasan tawanan dan sebagainya.
Sekadar berkongsi...salam..
Dahsyat! Siap mansuhkan AlQuran dan tambah apa yg tiada. Jelaslah mereka pengikut hadith dan bukan AlQuran. Jadi mereka beriman pd penulis hadith, bukan Allah.
DeleteNo wonder muslims are so messed up.
Jesus answered, "I am the way and the truth and the life. No one comes to the Father except through me.
Delete(john 14:6)
" Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih " (Ali Imran -31)
***
Kristian guna ayat atas untuk dewakan Isa, Muslim guna ayat bawah untuk tinggikan Muhammad.
dan mereka kata Kristian saja yang sesat :p
Sbgn
ReplyDeleteBukan bermaksud sy tak percayakan nabi tapi maksud sy 'mendewakan 'nabi' atau 'hadis' ciptaan org Arab'.
Sorry to say AQ itu adalah ciptaan mohd berdasarkan penceritaan2 terdahulu... beliau pandai berniaga jd beliau mesti otak mcm org berniaga... beliau pengembala.. jd beliau mesti selalu berfikir sementara menanti kambing meragut.
ReplyDeleteJika perhatikan byk ayat2 AQ terbit mengikut situasi semasa... ada juga ayat yg dialog...
Byk juga ayat yg turun semata2 utk bolehkan beliau buat sesuatu lain drpd org lain contohnya berkawin lebih 4...
X ubah sama shj mcm org yg gunakan agama utk sex semata2... amik contoh ayah pin... maybe ramai muslim akan marah dgn kata2 sy ini tp ini lah yg berlaku dlm golongan ayah pin.. mereka mengakui kerasulan ayah pin.. sama juga mcm golongan2 lain.
Ini semua adalah hanya idelogi buatan yg hanya utk mengubah manusia menjadi lebih baik, membela golongan bawahan... tp bila semakin lama kekuasaan menjadi tuhan rasul2 ini. Maka peperangan pun berlaku... mula2 sbgai pembelaan tentangan tp lama2 jadi kemaruk berperang bila geng dah makin besar... sama shj manusia ni dari dulu hingga kini...
AQ pun bukan 100% benar dah sebab AQ dibukukan lebih 150 tahun.