Friday, 4 March 2016

Pengumuman

Saya dapati artikel-artikel awal blog ini tidak disertai dengan teks asal Al Quran di dalam scripture Bahasa Arab.

Saya memerlukan sedikit masa untuk berbuat demikian.

Sementara itu, disertakan di sini keterangan Al Quran berikut untuk sama-sama kita renungkan ;

A099  


"Katakanlah, "Hai ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah yakin ('amana), kamu mengkehendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan ? Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan." AQ 3:99

Ashwed

11 comments:

  1. Berikutan dengan saranan tuan, sila perhatikan ayat berkaitan dengan apa yang tuan ajukan dan disertakan soalan berikut; mana lebih manfaat, ayat2 yang kita fahami dengan ayat yang kita tidak faham kitaka membacanya;

    3:98 Katakan wahai ahli kitab mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah sedangkan Allah menyaksikan setiap sesuatu yang kamu lakukan.
    3:99 Katakan wahai ahli kitab mengapa kamu menghalang orang yang amanah dari jalan Allah dan menyelewengkan mereka sedang kamu menyaksikanya dan Allah tidak lalai dengan apa yang kamu lakukan.
    3:100 Wahai orang yang amanah jika kamu mentaati sebahagian dari orang yang diberi kitab mereka mengembalikan kamu kepada orang yang tidak amanah sesudah keamanahanmu.
    3:101 Dan bagaimana kamu mengingkarinya sedangkan telah dibacakan ayat- ayat Allah kepadamu dan rasulnya dari kalangan kamu dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah pasti diberi petunjuk kepada jalan lurus.
    3:102 Wahai orang yang amanah prihatinlah Allah sebenar-benar prihatin dan jangan kamu mati melainkan dalam muslimuuna.
    3:103 Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah keseluruhnya dan jangan berpecah darinya dan ingatlah nikmat Allah keatasmu ketika kamu bermusuhan maka disatukan hatimu maka dengan nikmatnya dijalinkan hubungan persaudaraan dan ketika kamu berada dijurang apinya kamu diselamatkan maka demikian itulah Allah menjelaskan ayat-ayatnya supaya kamu mendapat petunjuk.
    3:104 Dan jadilah kamu suatu ummat yang menyeru kepada kebaikan dan kemulian dan mencegah kemungkaran yang demikian itulah orang yang mendapat kejayaan.
    3:105 Dan jangan kamu menjadi seperti orang yang berpecah-belah dan berselisih faham sesudah datang keterangan yang jelas malahan bagi mereka itu hanyalah azab yang dahsyat.
    3:106 Dan terjadi suatu hari muka berseri dan muka muram maka bagi yang mukanya muram kerana mereka mengingkari sesudah keamanahanya maka rasakan azabnya atas apa yang telah mereka mengingkarinya.
    3:107 Dan bagi orang yang berseri mukanya kerana mereka berada didalam rahmat Allah dan mereka berkekalan didalamnya.
    3:108 Itulah tanda-ayat Allah yang telah dibacakan kepadamu dengan benar dan Allah tidak menghendaki menzalimi kamu diseluruh alamnya.
    3:109 Dan kepunyaan Allah segala apa yang dilangit dan dibumi dan hanya kepada Allah dikembalikan segalanya dengan perintahnya.
    3:110 Maka kamu adalah ummat terbaik dikeluarkan dari spisis manusia dan kamu menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu amanah kepada Allah malahan sekiranya semua ahli kitab amanah seperti kamu alangkah baiknya bagi mereka dan diantara mereka amanah tetapi kebanyakan dari mereka menjadi fasik.

    Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon anon 6.21 tolong terjemah ayat ayat AQ 39:23 dan 77:50.
      penggunaan perkataan hadith dalam ayat tersebut .Kebanyakan terjemahan dalam B. melayu tidak gunakan perkataan hadiths . Ada yang terjemah perkataan hadiths sebagai berita dalam ayat ayat tersebut .adakah ini terjemahan paling tepat ? adakah ini terjemahan yang terbaik ?Adakah ini kerana tidak mahu pembaca keliru dengan penggunaan perkataan Hadiths Nabi .
      Sekian semoga dapat kongsikan pandangan Saudara.
      Semoga aman ,damai dan sejahtera.


      Delete

  2. Quote: "Harussani berkata, Al-Quran yg diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa membolehkan mereka yg tidak memahami bahasa Arab memahami makna Al-Quran, namun terjemahan itu bukan naskhah Al-Quran tetapi "terjemahan Al-Quran" atau "tafsir Al-Quran".

    Quote: "Namun begitu, terjemahan Al-Quran hendaklah bersama2 dgn teks Al-Quran dalam bahasa Arab. Terjemahan Al-Quran tanpa teks bahasa Arab adalah dilarang dan bimbang disalah faham, selain membacanya tidak mendapat pahala," katanya.

    Persoalanya -

    1. Sedangkan teks dalam bahasa Arab itu pun sepatah haram TIDAK kita fahami, bagaimana pula ia boleh kita terSALAH fahami?

    2. Adalah Al Quran itu WAJIB dibaca dalam bahasa yg kita FAHAMI untuk mendapat PANDUAN; dan BUKANnya dihafalkan dalam bahasa yg LANGSUNG kita TIDAK FAHAM untuk mengejar 'pahala'.

    Hakikatnya -

    Apabila REALITI buruk kita adalah berTENTANGAN dgn prinsip MULIA kita, maka adalah NYATA bahawa kita sedang hidup didalam KEPURAAN.

    \Alhamd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. \bersambung..

      Adakah " PAHALA" itu yuran pra-bayar ("pre-paid") yg kita kumpul untuk dapat masuk, ehem, Sorga Arab?

      Atau ianya satu MUNAFAAT yg kita perolehi, drp ILMU yg terdapat dlm Al Quran - apabila kita MEMAHAMI Surah/ayat2 yg kita baca..

      Istilah "Pahala" dalam bahasa Melayu berasal drp perkataan Sanskrit "Phala" - yg bermaksud "ganjaran" bagi perbuatan seseorang...

      https://en.m.wikipedia.org/wiki/Phala

      Delete
  3. Harussani dulu dia cakaptak boleh guna akal. Sedangkan beribu ayat dalam alquran menyuruh kita menggunakan akal.

    Macam mana tu? kita nak ikut ahli agama ke ikut alquran?

    ReplyDelete
  4. Salamunalaikum saudara sekelian! diulang-salin ayat-ayat yang ada perkataan 'Hadith'. Terdapat 36x dari 30 surah;

    4:42 Pada hari orang yang tidak percaya dan mendurhakai rasul mereka menginginkan disetarakan bumi dengan mereka dan tidaklah mereka dapat sembunyikan sesuatu hadiitsan pun dari Allah.
    4:78 Dimana sahaja kamu berada kematian pasti datang walaupun kamu berada diplanet yang terpencil dan jika ditimpa kebaikan mereka berkata ini dari Allah dan jika ditimpa keburukan mereka berkata ini dari kamu maka katakan semuanya dari Allah sebenarnya mereka itulah kaum yang tidak memahami hadiitsan.
    4:87 Allah tiada tuhan melainkan Dia dan pasti dihimpunkan kamu pada hari kebangkitan yang tiada keraguan didalamnya dan siapakah yang lebih benar hadiitsan selain Allah.
    6:68 Apabila kamu melihat orang yang persendakan ayat-ayat Kami maka berpalinglah darinya sehingga mereka menceburi hadiitsin lain waima syaitan telah melalaikan kamu maka janganlah kamu duduk bersama kaum yang zalim setelah kamu menyedarinya.
    7:185 Tidakkah mereka perhatikan Penguasa langit dan bumi dan segala apa yang Allah ciptakan dan mudah-mudahan telah dekat ajal mereka maka dengan hadiitsin manakah sesudahnya mereka akan amanah.
    12:6 Demikian Pemeliharamu perkenan mengajar kamu terjemahan mimpi/-l ahaadiitsi dan disempurnakan nikmatnya atas kamu dan ahli ya’quuba seperti disempurnakan keatas moyang kamu ibraahiima dan ishaaqa sebelumnya malahan Pemeliharamu yang Mengetahui yang Bijaksana.
    12:21 Dan berkata orang yang membelinya dari mishra kepada puannya berikan penginapan kepadanya mungkin kita dapat manfaat atau mengambilnya sebagai anak demikianlah Kami meneguhkan yuusufa didunia dan mengajar kepadanya tafsir -l ahaditsi dan Allah berkuasa keatas segalanya malahan kebanyakan manusia tidak memikirkanya.
    12:101 Dan Pemeliharaku yang mendatangkan kuasanya kepadaku dan Dia yang mengajar aku tafsir -l ahaadiitsi dan Dia pengasas langit dan bumi dan pelindungku didunia dan diakhirat dan diwafatkan aku sebagai musliman dan digabungkan aku bersama orang yang soleh.
    12:111 Pastinya kisah mereka ini menjadi pengajaran bagi sesiapa yang bijaksana dan bukanlah hadiitsan ini diada-adakan malahan dianya yang sebenar ‘diantara dua tangannya’ dan menjelaskan segalanya dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang amanah.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  5. smbg..
    23:44 Kemudian Kami utuskan rasul Kami berturutan malahan setiap kali rasul datang ummatnya mendustakanya maka Kami iringkan sebahgian mereka dari sebahgian yang lain dan Kami jadikan mereka ahaadiitsa maka jauhilah dari kaum yang tidak amanah.
    31:6 Dan diantara manusia sesiapa yang mengikuti lahwa -lhadiitsi yang menyesatkan dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikanya cemohan darinya maka bagi mereka azab yang sangat hina.
    33:53 Wahai orang yang amanah jangan kamu masuki rumah nabi melainkan diizinkan kamu makan jika dijemput maka masuklah dan selepas makan bersurailah dan jangan kamu leka dengan hadiitsin jika demikian akan mengganggu nabi dan dia malu memberi tahu malahan Allah tidak malu kepada perkara yang benar dan jika kamu bertanya sesuatu keperluan maka bertanya disebalik tabir yang demikian adalah kemurnian hatimu dan jangan mengganggu rasul Allah dan jangan nikahi pasanganya selama-lamanya yang demikian disisi Allah sesuatu kesalahan besar.
    34:19 Maka mereka berkata Pemelihara kami jauhkan pengembaran kami dari mereka yang menzalimi diri mereka maka Kami jadikan mereka ahaadiitsa lalu Kami musnahkan mereka semusnahnya itulah tanda-ayat bagi orang yang sabar dan mereka yang berterima kasih.
    39:23 Allah telah menurunkan sebuah kitab -lhadiitsi terbaik yang serupa berulang-ulang dan menjadikan mengeletar kulit orang yang mereka takut kepada Pemelihara mereka dan menjadi lembut kulit dan hati mereka apabila mengingati Allah dengannya demikian petunjuk Allah malahan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan bagi sesiapa yang sesat tiada baginya petunjuk dari Allah.
    45:6 Itulah ayat-ayat Allah yang dibacakan kepada kamu dengan benar maka dengan hadiitsin yang manakah selain dari Allah yang kamu hendak mengadakan fitnah darinya.
    51:24 Apakah datang kepadamu hadiitsu tetamu ibraahiima yang dimuliakan.
    52:34 Maka hendaklah mereka datangkan hadiitsin yang semisal dengannya jika mereka orang yang benar.
    53:59 Maka apakah -lhadiitsi ini yang kamu hairankan.
    56:81 Maka apakah -lhadiitsi ini yang kamu pandang hina dengannya.
    66:3 Dan ketika nabi merahsiakan sebahagian hadiitsan dari pasanganya dan ketika dihebahkan berita yang Allah zahirkan kepadanya dia beritahu sebahagian dan dipalingkan sebahagian dan ketika dikhabarkan, pasanganya berkata siapa yang memberi tahu kamu maka dia berkata diberitakan kepadaku dari yang Mengetahui yang Menyedari.
    68:44 Maka serahkan kepadaKu siapa yang mendustakan -lhadiitsi ini kelak Kami tarik beransur-ansur dari arah yang mereka tidak ketahui.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  6. smbg..
    77:50 Maka dengan hadiitsin yang manakah sesudah yang ini
    mereka hendak amanah dengannya.
    79:15 Apakah telah sampai kepadamu hadiitsu muusaa.
    85:17 Apakah telah datang kepadamu hadiitsu angkatan.
    88:1 Apakah telah datang kepadamu hadiitsu peristiwa dahsyat.
    2:76 Dan apabila mereka bertemu orang yang amanah mereka berkata kami amanah dan apabila mereka berkumpul dengan sebahagian yang lain mereka berkata apakah yang tuhadditsu kepadamu dan bagaimanakah Allah memulainya dengan kamu supaya mereka dapat berhujah dengannya disisi Pemeliharamu maka apakah tidak kamu fikirkan.
    93:11 Dan dengan nikmat Pemeliharamu maka ceritakanlah/fahaddist.
    99:4 Pada hari itu tuhadditsu menceritakan segalanya.

    Bacalah dengan hati/jiwa yang tenang! Sekian.

    ReplyDelete
  7. Maaf tertinggal 05-ayat berikut,

    18:70 Berkata jika kamu mengikuti aku maka jangan kamu bertanya sesuatu sehingga aku uhditsa peristiwa/peringatan darinya.

    20:113 Demikian Kami turunkan qur-aanan arabiyyan dan Kami senaraikan amaran didalamnya supaya mereka prihatin dan yuditsu bagi mereka sebagai peringatan.

    65:1 Wahai nabi apabila kamu menceraikan pasanganmu maka cerailah mereka dengan suatu tempoh yang telah ditetapkan dan prihatinlah Allah, Pemeliharamu dan jangan kamu keluarkan mereka dari rumah melainkan mereka mendatangkan kesumbangan dan sahih buktinya maka itulah hukum Allah dan sesiapa melanggar hukum Allah maka dia menzalimi dirinya malahan kamu tidak mengetahui yang Allah telah mengadakan yuhditsu maka itulah apa yang telah diperintahkan.

    21:2 Dan tidak datang kepada mereka muhdatsin dari Pemelihara mereka melainkan mereka dengar kemudian mereka persendakanya.

    26:5 Dan tidak datang kepada mereka peringatan dari yang Pemurah suatu muhdatsin melainkan mereka berpaling darinya.

    Maafkan atas kesilapan... Aminnn!

    ReplyDelete
  8. Minta maaf! masih tertinggal lagi 03-ayat spt berikut;

    4:140 Dan telah diturunkan kepadamu didalam kitab apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperkecilkan maka jangan kamu duduk bersama mereka sehingga mereka memasuki hadiitsin yang lain dan jika demikian kamu serupa mereka maka pasti Allah menghimpunkan orang munafik dan orang yang tidak percaya dalam jahannama.

    18:6 Mungkin terkesan bagi dirimu akan jejak langkah mereka jika mereka tidak amanah dengan -lhadiitsi yang jelas.

    20:9 Dan apakah telah datang kepadamu hadiitsu muusaa.

    Diharapkan kemaafan dari saudara sekelian, Aminnn..

    ReplyDelete
  9. Salam saudara sekelian! saya pernah terbaca suatu cerita 'sindiran' beberapa tahun dahulu dilaman sesawang dirumah jiran berkaitan adap 'makan orang Melayu' terdapat 2-versi cerita dan diakhirnya pencerita bertanya soalan;

    1. Duduk bersila, basuh tangan kanan dan jemput makanan serta menyuapkan kemulut dan kunyah tanpa membuka mulut.

    2. ...jemput makanan dan bawa melalui telinga kanan, belakang kepala dan melalui telinga kiri dan seterusnya kepada mulut.

    Keputusanya sila jawab sendiri versi yang mana lebih senang dan mudah dan selesa?
    Begitulah adanya.

    Ini zaman cyber-multi-media-super-trillion n nano tecnology. Omlayu masih tidor pakai selimut kain-pelekat.

    Mohon maaf jika ada yang tersinggung, Sekian.

    ReplyDelete