Hari ini 20hb Mac, 2016 adalah hari di mana matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa.
Perkara ini terjadi dua kali setahun dan sudah berlaku semenjak planet bumi dan cakerawala yang mengelilinginya terbentuk.
Kebiasannya pada hari ini bumi mengalami suhu "panas yang ketara" atau "bahang nyata".
Jika diterjemahkan perkataan ini ke dalam Bahasa Inggeris ia akan berbunyi sebegini "Manifest Heat".
Perkataan ini muncul sekali di dalam Bahasa Arab Al Quran, ia dikenali sebagai "Syahru Ramadhan".
2:185 manifest heat which was sent within it, the Quran a
guidance for the people, and explanations from the guidance, and
the criterion. Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation
shall "yasyumhu". And those who are ill, or on assignments
may therefore, account an equal number of other days. God wishes
convenience for you, and He does not impose hardship upon you;
and so that you could fulfill the schedule, and you shall glorify God
for guiding you, so that you be appreciative.
Inilah yang dipanggil Ekuinks.
Saya pernah menulis mengenai ekuinoks melalui artikel bertajuk Siri Ramadhan : Ekuinoks.
Saya pernah menulis mengenai ekuinoks melalui artikel bertajuk Siri Ramadhan : Ekuinoks.
Tiada apa-apa kesimpulan saya buat untuk artikel kali ini.
Hanya sekadar pengetahuan dan renungan rakan pembaca.
Juga nasihat supaya menjaga kesihatan dari heat stroke selama kita melalui proses tahunan ini.
MInumlah air dalam jumlah yang banyak dan elakkan berada di bawah panas sang surya.
Ini adalah sebahagian dari sunnatullah yang kita hormati .
Juga nasihat supaya menjaga kesihatan dari heat stroke selama kita melalui proses tahunan ini.
MInumlah air dalam jumlah yang banyak dan elakkan berada di bawah panas sang surya.
Ini adalah sebahagian dari sunnatullah yang kita hormati .
Berikut adalah jadual kejadian ekuinoks untuk tempoh masa 10 tahun ;
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ashwed | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Salam tuan ashwed,
ReplyDeleteTafsiran Al-Quran mengikut pemahaman saintifik dan logik byk memberi kebaikan kepada manusia berbanding tafsiran ahli2 ritual berIQ bo***.
Saya akui hari ni memang panas. Setakat pukul 2 petang saya dh mandi shower tiga kali. Rumah sy xde aircond, tp pakai air cooler masih rasa bahang panas lain macam berbanding hari lain.
Tadi saya keluar memandu ke KL, 2 botol air meneral 500ml saya habiskan. Nampak laku gerai jual air kelapa, cendol, ABC dll. Fenomena equinox ialah kebesaran Pencipta mengingatkan kita untuk reset.
Tp rasa kelakar bile saya baca terjemahan 2:185 al-quran versi JAKIM.
Kita percaya Allah itu maha bijaksana, tapi kita tak yakin. Kita tak yakin yg Allah itu maha bijaksana kerana setelah Dia mencipta manusia kpd pelbagai bangsa, budaya, cuaca yang berbeza, pelbagai keinginan, mcm2 lagi dan menyuruh kita mengikut budaya Arab, berpakaian macam org Arab, makan makanan org Arab dsb.
ReplyDelete"O children of Adam, We have bestowed upon you clothing to conceal your private parts and as adornment. But the clothing of righteousness - that is best. That is from the signs of Allah that perhaps they will remember." 7:26 (Sahih International)
Salamunalaikum saudara sekelian di'copy-paste'kan 45-ayat pertama dari 206-ayat, Surah Al A'raf(7)bagi direnungkan;
ReplyDelete7:1 Alif laam miin shood.
7:2 Sebuah kitab yang telah diturunkan kepadamu maka jangan kamu menjadikan halangan didalam dadamu darinya bagi memberi amaran dan peringatan bagi orang yang amanah.
7:3 Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Pemeliharamu dan jangan kamu ikuti kepimpinan selain Dia malahan sangat sedikit dari kamu yang mengambil sebagai peringatan.
7:4 Dan beberapa banyak dari khariah yang Kami laknati dan didatangkan bencana dimalamnya atau sedang mereka rehat disiangnya.
7:5 Maka tiada dakwaan ketika datang bencana Kami melainkan mereka berkata sesungguhnya kamilah orang yang zalim.
7:6 Pasti Kami tanyakan kepada orang yang diturunkan utusan kepada mereka malahan kepada semua para nabi Kami.
7:7 Dan pastinya Kami menceritakan kepada mereka ilmunya dan tidaklah Kami akan menghilangkanya.
7:8 Dan timbangan pada hari itu pasti benar maka siapa berat timbanganya maka mereka itulah orang yang beruntung.
7:9 Dan siapa ringan timbanganya maka itulah orang yang merugikan diri mereka malahan mereka telah menzalimi ayat-ayat Kami.
7:10 Dan yang pasti Kami yang menempatkan kamu dibumi dan menjadikan kehidupan didalamnya malahan sedikit dari kamu berterima kasih.
7:11 Dan Kami yang mencipta dan membentuk kamu maka Kami katakan kepada malaikat patuhilah kepada aadama maka mereka patuh kecuali ibliisa dia bukan darinya orang yang patuh.
7:12 Berkata apakah yang menghalang kamu dari mematuhinya ketika Aku perintahkan kamu dia berkata aku lebih utama darinya Kamu mencipta aku dari api dan Kamu mencipta dia dari tanah.
7:13 Berkata nyahlah kamu darinya maka tiada apa bagimu malahan kamu takbur maka keluarlah dan pastinya kamu orang yang disingkirkan.
7:14 Berkata tangguhkan aku sehingga hari mereka akan dibangkitkan.
7:15 Maka Dia berkata kamu darinya orang yang ditangguhkan.
bsmbg,
smbg.
ReplyDelete7:16 Berkata oleh kerana Kamu telah mensasarkan aku kepada kesesatan pastinya aku akan duduk menunggu mereka dijalan Kamu yang lurus.
7:17 Kemudian aku datang dari hadapan dan belakang dan kiri dan kanan mereka dan Kamu dapati kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
7:18 Berkata keluarlah kamu darinya tercela dan tersingkir dan sesiapa mengikuti kamu pasti Kami penuhi jahannama dengan mereka semua.
7:19 Wahai aadamu hunilah kamu dan pasanganmu disyurga dan makanlah dari apa yang kamu kehendaki dan jangan kamu hampiri ‘struktur’ ini jika demikian kamu darinya orang yang zalim.
7:20 Maka syaitan telah membisikan supaya mereka mendedahkan apa yang tersembunyi dari ‘keaiban’ mereka dan dia berkata Pemeliharamu tidak melarang kamu dari ‘struktur’ ini melainkan bagi menghindari kamu dari menjadi malaikat dan berkekalan didalamnya.
7:21 Dan dia bersumpah dengan mereka yang dia hanya memberi nasihat.
7:22 Dan dia merangsang mereka dengan penipuan maka setelah merasai ‘struktur’ itu nyatalah ‘keaiban’ mereka dan mereka mulai menutupnya dengan dedaun dari syurga dan menyeru Pemelihara mereka maka Dia berkata bukankah Aku melarang kamu dari ‘struktur’ itu dan Aku katakan yang syaitan itu bagimu adalah musuh yang nyata.
7:23 Mereka berkata Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri kami dan jika Kamu tidak mengampunkan kami dan tidak memberi rahmatnya kepada kami pastinya kami darinya orang yang kerugian.
7:24 Maka Dia berkata turunlah sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain bermusuhan dan bumi tempat penginapan kamu dan bersenanglah hingga kepada suatu tempoh yang telah ditetapkan.
7:25 Berkata didalamnya kamu akan hidup dan didalamnya kamu akan mati dan darinya kamu akan dikeluarkan.
7:26 Wahai banii aadama Kami turunkan pakaian bagimu menutup keaiban dan perhiasanmu malahan pakaian keprihatinan diutamakan itulah tanda-ayat Allah supaya kamu jadikan peringatan.
7:27 Wahai banii aadama jangan tergoda dengan pujukkan syaitan seperti mana dikeluarkan kedua moyangmu dari syurga dengan menanggalkan pakaian dan menampakan keaiban mereka pasti dia dan kuncunya melihat kamu dimana saja tetapi kamu tidak melihat mereka dan Kami jadikan syaitan pemimpin bagi orang yang tidak amanah.
7:28 Dan apabila mereka melakukan maksiat mereka berkata Allah dan moyang kami yang memerintahkanya maka katakan Allah tidak pernah perintahkan kamu melakukan maksiat maka mengapa kamu katakan terhadap Allah apa yang kamu tiada pengetahuan dengannya.
7:29 Berkata Pemeliharaku perintahkan supaya melakukan keadilan maka hadapkan wajahmu disetiap tempat kepatuhanya dan berdoa dengan seikhlasnya dengan -ddiina kamu dan sepertimana kamu datang diawalnya begitulah kamu dikembalikan kemudianya.
7:30 Sebahagian mereka diberi petunjuk dan sebahagian lagi wajar baginya kesesatan sesungguhnya mereka mengambil syaitan sebagai auliyaa-a selain Allah dan mereka beranggapan telah mendapat petunjuk.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete7:31 Wahai banii aadama pakailah/berhiasanlah kamu ketika hadir disetiap masjidin dan makanlah dan minumlah dan janganlah kamu membazir sesungguhnya Dia tidak mencintai orang yang membazir.
7:32 Berkata sesiapa mengharamkan perhiasan yang Allah keluarkan bagi hambanya dan makanan terbaik dari rezekinya katakan dianya bagi orang yang amanah didunia dan dikhaskan pada hari kebangkitan mereka demikian dijelaskan tanda-ayatnya bagi kaum yang mengetahui.
7:33 Katakan Pemeliharaku mengharamkan maksiat yang nyata atau yang tersembunyi dan dosa dan keangkuhan tanpa hak dan mensyirikan Allah dengannya dari apa yang tidak diturunkan kuasa kepadanya dan mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya.
7:34 Dan bagi setiap ummat ditetapkan ajalnya dan ketika datang ajalnya maka tidak dapat diundurkan atau dilanjutkan walau sesaat pun.
7:35 Wahai banii aadama jika datang kepadamu rasulKu dan menceritakan ayat-ayatKu maka sesiapa yang prihatin dan melakukan pemulihan darinya maka tiada ketakutan dan kesedihan bagi mereka.
7:36 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan takbur maka mereka itulah penghuni api dan mereka berkekalan didalamnya.
7:37 Maka siapa lebih zalim dari yang mengadakan dusta terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayatnya malahan mereka mendapat bahagian seperti yang dikitabkan apabila datang rasul Kami mewafatkan mereka maka dia bertanya dimanakah sekutumu yang kamu seru selain Allah, mereka berkata telah hilang dari kami malahan mereka bersaksikan diri mereka bahawasanya mereka adalah orang yang tidak percaya.
7:38 Berkata masuklah kamu bersama ummat yang masuk sebelum kamu dari jinni dan manusia kedalam apinya dan setiap kali masuknya sesuatu ummat yang baru pasti dilaknati kekawan lama mereka ketika dihimpunkan mereka kesemuanya maka berkata kekawan yang kemudian kepada kekawan yang dahulu, Pemelihara kami! mereka inilah yang telah menyesatkan kami maka gandakan azab api Kamu keatas mereka dan Dia berkata gandaan pasti dikenakan keatas setiap penghuninya malahan kamu yang tidak mengetahuinya.
7:39 Dan berkata orang yang terdahulu kepada orang yang kemudian tiada diantara kita kelebihan maka rasakan azabnya atas apa yang telah kita usahakan bersama terdahulunya.
7:40 Orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan takbur dengannya tidak akan dibuka pintu langitnya dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga ‘masuknya unta kedalam lubang jarum’ maka demikian itulah misalan pembalasan Kami keatas orang yang berdosa.
7:41 Dan bagi mereka jahannama tempat pembaringan dan pasti mereka diselimuti dengannya itulah pembalasan Kami keatas orang yang zalim.
7:42 Dan bagi orang yang amanah dan beramal soleh tidak Kami bebani sesuatu jiwa melainkan atas kesanggupanya maka mereka penghuni syurga dan mereka berkekalan didalamnya.
7:43 Dan Kami cabutkan kedengkian didada mereka maka mereka berkata segala pujian bagi Allah atas petunjuknya dan tidak kami mendapat petunjuk jika Allah tidak memberinya dan didatangkan rasulnya dari Pemelihara kami dan menyeru inilah syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan diwariskan keatas apa yang telah kamu lakukan.
7:44 Maka menyeru penghuni syurga kepada penghuni api kami perolehi apa yang dijanjikan Pemelihara kami adalah benar dan apakah kamu perolehi apa yang sebenar yang dijanjikan Pemeliharamu, mereka berkata ya! maka menghebahkan seorang diantara mereka malahan Allah melaknati sekelian orang yang zalim.
7:45 Dan orang yang menghalangi dijalan Allah dan berpaling darinya maka mereka itu dengan akhiratnya mereka tidak percaya.
Sekian buat masa ini.
maaf lari tajuk sebb baru baca bahagian
ReplyDeleteSiri Ramadhan : Malaikat, Iblis, Jin dan Syaitan Friday, 19 June 2015.
salam tuan,
terima kasih atas penerangan mengenai Malaikat, Iblis, Jin dan Syaitan di url
http://ashwed1973.blogspot.my/2015/06/siri-ramadhan-malaikat-iblis-jin-dan.html
tapi saya ada keraguan,tuan kata iblis tu adalah kuasa yang wujud secara tersembunyi di pemikiran kita,
tapi bukan kah nabi sulaiman pernah menjadi ketua kepada iblis dan dalam alquran juga pernah menceritakan kisah tersebut?
Kedamaian untuk kamu saudara anon 22 March 2016, 5:41.
DeleteSaya tidak menjumpai keterangan mengenai Nabi Sulaiman mengetuai iblis. Hanya disebutkan bhw Jin pernah berkerja membina peralatannya dan binaan spt yg diarahkan oleh Nabi Sulaiman (AQ 34:13). Namun, oleh kerana saya membuat kesimpulan bahawa iblis dan Jin adalah makhluk yg sama maka saya berharap jawapan saya ini dapat memberi sedikit idea kpd saudara.
Jin Dan iblis adalah pemikiran jahat yg tidak mau tunduk kpd manusia. Fikiran ini akan sentiasa memberi idea2 jahat kpd manusia. Jika kita membuat keputusan yg silap iaitu mengikuti idea jahat ini maka terjerumuslah kita kpd sikap yg buruk.Sikap ini dikenali sbg syaitan mengikut perspektif al Quran.
Saya secara peribadi berpendapat mereka yg mengikat perjanjian dan mengikuti pemikiran jahat kebiasaanya menerima akibat yg buruk spt berkemungkinan dipenjarakan. Kita kenali mereka yg dipenjarakan ini sbg banduan.
Banyak contoh yg kita boleh lihat di mana banduan dihukum dgn bekerja sbg buruh pembinaan atau membina peralatan tertentu bagi pihak kerajaan negeri di mana mereka di penjarakan. Oleh, yg demikian saya berpendapat Nabi Sulaiman, bukanlah mengetuai makhluk jin yg mempunyai muka buruk, tanduk,ekor dan memegang serampang. Ia mungkin simbolik kpd menjadi ketua kpd banduan yg mempunyai pemikiran jahat.
Wallahualam. Damai.
Ntah2 nabi sulaiman salah satu firaun yg menggunakan jin (banduan) utk membina piramid.
ReplyDeleteJin tu cuma kataganti org yg jahat...bersalah. so kenalah dgn banduan.
Entah2 je?
DeleteAku fikir ramadan bermaksud bahang "asmara"
ReplyDelete