Monday, 30 May 2016

Kun-Fa-Ya-Kun .. Sebuah Pemerhatian

Sejak kebelakangan ini saya dapati terdapat beberapa orang Atheist memberi pandangan mereka di ruangan ini. 

Saya tidak tahu samada mereka ini benar-benar wujud atau sengaja diwujudkan untuk mengelirukan para pembaca blog ini.

Namun, di peringkat internasional kewujudan kumpulan ini adalah nyata. 

Malah saya pernah mengenengahkan beberapa brainy quote dari personaliti terkenal yang memegang pandangan ini.

Saya agak terharu kerana golongan ini sudi membaca blog saya. 

Mungkin pada pandangan masyarakat kita yang terbukti kembali menjadi konservatif, kumpulan ini merupakan ancaman.

Hakikatnya, kewujudan mereka ini bukanlah suatu ancaman. 

Al Quran sudah menjelaskan akan kewujudan kumpulan ini dengan membuat pengkelasan manusia di awal-awal buku itu lagi. 

Setiap pengkelasan ini akan wujud di dalam mana-mana era, negara dan masyarakat pun. Ia adalah satu set-up yang normal

Ada yang yakin, ada yang menolak, ada yang kononnya yakin tetapi sebenarnya mereka menolak, ada yang sarcastical dan bermacam-macam lagi kerenah manusia.

Kita tidak perlu menghukum pandangan orang lain. Akuilah itu bukan tugas kita.


Begitu juga, bukanlah menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah pandangan mereka atau pandangan mana-mana kumpulan pun. 

Hanya individu tersebutlah yang berupaya mengubah pandangan mereka sendiri.

Saya juga sudah menegaskan bahawa kita perlu membenarkan kebebasan berfikir.

Namun, ia perlu diamalkan dengan perasaan tanggungjawab. 

Apabila kita bercakap mengenai tanggungjawab ia sebenarnya memberi erti bahawa setiap pandangan yang kita utarakan perlu di bawa bersama-sama bukti.

Adalah tidak munasabah jika anda memberi komen di ruangan ini dengan membawa bukti-bukti sarcastic sahaja. Para pembaca di ruangan ini terdiri dari mereka yang berfikir. 

Saya tidak sekali-kali akan menyalahkan mereka jika sekiranya mereka terasa terhina dengan pandangan sarcastic anda.

Sudah agak lama saya menulis di blog ini dan pada setiap artikel yang saya karang saya membawa bersama bukti, terutama bukti melalui pemerhatian atau observation.  

Bukan sekadar tulisan yang dipetik dari udara atau dari sumber "jika tiada angin masakan pohon bergoyang".

Pemerhatian adalah sejajar dengan kehendak sains moden.

Walaubagaimanapun, saya akui bahawa terdapat banyak perkara yang saya tidak mempunyai jawapannya. Untuk perkara-perkara ini saya akui bahawa saya sememangnya TIDAK TAHU.

Nothingness

Blog ini berpendapat bahawa Tuhan adalah Zat Asal. Kewujudan Zat Asal ini adalah melalui nothingness atau ketiadaan.

Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2015/05/isra-mikraj-dongengan-arab-dahulukala.html

Pendapat saya ini dikongsi oleh Professor Lawrence M. Krauss seorang Atheist yang terkenal di dalam bidang Theoretical Physics dan Cosmology melalui buku beliau bertajuk "A Universe From Nothing".

Ia juga di setujui oleh seorang lagi rakannya yang sangat dihormati di dalam dunia Atheist iaitu Professor Richard Dawkins dari Universiti Oxford.

Malah Professor Richard Dawkins menyamatarafkan buku ini dengan sebuah buku lain yang telah mengubah pandangan manusia kepada dunia iaitu "The Origin Of Species" karya agong Charles R. Darwin.

Saya sentiasa berpendapat bahawa untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam kita perlu pergi kepada permulaan ianya tercipta. 

Sebagai contoh jika kita mahu mendalami agama kita perlu pergi ke masa pada ia mula-mula tercipta dan melihat bagaimana ia berevolusi

Kita tidak boleh belajar di tengah-tengah dan mendabik dada menyatakan bahawa kita sudah memahami agama. Begitulah juga yang harus kita lakukan untuk perkara-perkara lain.

Jika kita gagal berbuat begini, maka apa sahaja kesimpulan yang kita buat bukanlah suatu kebenaran. Ia hanyalah suatu persangkaan.

Sungguhpun spesis manusia sifatnya sentiasa ingin tahu, malah sudah pun mengetahui pelbagai macam perkara. Namun, terdapat satu perkara yang kita perlu akui bahawa kita tiada jawapannya.

Perkara itu adalah nothingness atau ketiadaan. 

Apa yang ada di dalam nothingness atau apakah yang akan berlaku selepas nothingness tiada siapa pun boleh merungkainya. Ia kekal sebagai sebuah misteri tidak terungkai.

Adakah anda rasa anda benar-benar tahu apakah yang terjadi selepas anda TIADA ? 

Teori Evolusi - Dari Big Bang kepada Bumi yang Di Huni Manusia

Menurut Lambda-CDM concordance model .. kira-kira 13.8 billion tahun dahulu .. dari out of nothing (pandangan saintis fizik) tiba-tiba terjadi sebuah letupan yang dikenali sebagai The Big Bang

Al Quran mengenalinya sebagai Kun-Fa-Ya-Kun.

A117 

"Pencipta langit dan bumi, dan apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanyalah berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia" (kun-fa-ya-kunu)" AQ 2:117

Letupan ini meletus dari satu partikel yang lebih halus dari sel atom. 

Dalam tempoh tidak sampai satu nano-saat letupan ini mencipta satu kosmos yang luasnya (teori cosmic inflation - kerana suhu di setiap penjuru angkasaraya adalah sama) seperti yang kita lihat sekarang.

Kekuatan letupan itu tidak dapat tergambarkan oleh sains moden. Ia di kira dengan satu formula yang diringkaskan seperti berikut ;


A005

"Dia mengarah urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang ukurannya seribu tahun daripada hitungan kamu" AQ 32:5
(ukuran yang dinyatakan di dalam keterangan di atas jika di kira di katakan menyamai kelajuan cahaya secara tepat iaitu 299792458 meter sesaat)

Di saat inilah terciptanya waktu, law of physics, chemistry of life dll yang al quran kenali sebagai Sunnatullah.

Dengan letupan ini juga terciptalah tenaga yang menjadi punca utama kehidupan, sejarah ketamadunan, peperangan, pembunuhan, keamanan, dan ketamakan.

Pendek kata segala-gala yang manusia serta makhluk-makhluk lain seperti binatang, pokok, serangga dan lain-lain alami sepanjang sejarah dunia ini adalah berpunca dari "perebutan" untuk menguasai tenaga yang tercipta 13.8 billion dahulu.

Saudara dan saudari para pembaca yang dihormati sekalian. Inilah asalnya kita dan segala yang ada di dalam Universe ini.

Setiap elemen, partikel yang sehabis besar dan sehabis kecil, diri kita dan segala-galanya yang kita lihat di angkasaraya ini berasal dari Dia iaitu nothingness.

Dengan letupan yang sebegini kuat, 4 unsur asas angkasaraya iaitu Nuklear Lemah, Nuklear Kuat, Magnetism dan Graviti bercantum dan bercampur gaur.

Dari TIADA ianya menjadi ADA dengan terbentuknya  Kosmologi Fizikal yang pertama dikenali sebagai Quark. 

Segala sesuatu yang dahulunya mati (kali pertama) dihidupkan oleh letupan ini.

Let there be light (Genesis 1:3) .. Geseran 4 unsur asas tersebut menyebabkan Universe ini bercahaya dan bergemerlapan.

Proses yang pertama ini dikenali sebagai "Cosmic Inflation". Ia sentiasa meluas sehingga sekarang.

Letupan ini mengambil mengambil masa 380,000 tahun sebelum ianya mula menyejuk.

Dengan penyejukan ini maka terciptalah unsur (matter) yang pertama manusia boleh rungkai dan jelaskan, iaitulah hydrogen yang terbentuk seperti asap.

Ya, inilah kita, separuh dari badan kita adalah dibentuk dari gabungan asas hidrogen dan selebihnya oksigen (air).

Proses penyejukan ini juga menyebabkan terciptanya helium. Kedua-dua hydrogen dan helium melahirkan bintang di dalam suatu proses yang dikenali sebagai Big Bang Nucleosynthesis.


Adakah kita sebagai manusia, bintang, bulan dan segalanya di Universe ini dan lain-lain makhluk terunsur dari Hydrogen dan Helium sahaja ?

Adakah badan kita penuh dengan hydrogen dan helium sahaja ? Bagaimanakah badan kita mempunyai unsur-unsur lain yang lebih sesuai untuk kehidupan ?

Bintang-bintang pertama yang dibentuk melalui "cosmic inflation" ini di matikan (kali kedua) di dalam satu proses yang dikenali sebagai Letupan Supernova.

 A011

"Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar ?"  AQ 40:11

A028

"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?" AQ 2:28

Letupan kedua inilah yang melahirkan unsur-unsur primary element iaitu silicon, sulfur, chlorine, argon, sodium, potassium, calcium, scandium, titanium, vanadium, chromium, manganese, iron, cobalt, dan nickel.  

Unsur-unsur inilah yang seterusnya melahirkan Sistem Galaksi Bima Sakti yang kita huni sekarang.

Jika anda mengira proses dari letupan pertama big bang sehingga terjadinya letupan kedua sebelum terlahirnya modern universe iaitu proses yang melahirkan Galaksi Bima Sakti, anda akan dapati terdapat 6 masa seperti berikut :-

1. Cosmic Inflation
2. Protons Formed
3. Nuclear Fusion Begins
4. Nuclear Fusion Ends
5. Cosmic Microwave Background
6. Neutral Hydrogen Forms

A004 

"Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari (ramai yang menterjemah sebagai enam masa), kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia tahu apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah lihat apa kamu buat" AQ 57:4



Di atas adalah gambar sebuah Letupan Supernova yang di ambil dari sebuah telescope berkuasa tinggi .. kita adalah keturunan Star Dust ini.

Tidak kira siapa pun anda Raja, org kaya, org miskin, gemuk, kurus, kurang upaya, gay, lesbian, Atheist, Agnostic, Deitist, Islam, Kristian, Hindu, Buddha, binatang, pokok, gas, microsel, bintang, bulan, komet dan apa sahaja di Universe ini, kita semua berasal dari asal yang satu. Hydrogen yang sama. 

Adakah anda benar-benar yakin sebagai seorang yang elit tubuh badan anda diperbuat daripada bahan lain dari seorang yang hina ?

A038

"Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan" AQ 6:38

A213

"Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus" AQ 2:213

Bagaimana Bumi Terbentuk

Galaksi Bima Sakti di mana bumi terbentuk dilahirkan melalui Letupan Supernova kira-kira 4.6 billion tahun dahulu.

Perkara ini dibuktikan dengan mengkaji batuan yang mengasaskan kerak bumi. Batu-batu (lebih kepada habuk) inilah yang tercampak keluar dari Letupan Supernova.

 
Ini dikatakan gambar batu tertua yang dijumpai 
di Benua Australia. Padanlah kita begitu taksub 
dengan batu. Rupanya inilah nenek moyang kita.


Letupan ini mengakibatkan pecahan batu besi, unsur kimia dan gas di sebarkan ke seluruh angkasaraya. Graviti akhirnya menyebabkan gabungan ini mengorbit.

Ia membentuk 9 Planet dengan satu bintang. Kita kenalinya sebagai Sistem Surya.

Letupan Supernova tidak menghasilkan oksigen. Oksigen terbentuk khas di planet bumi menjadikan kondisi planet bumi sesuai untuk mengandung kehidupan.

Bumi berevolusi berbillion tahun dari larva dan gunung berapi, menghasilkan awan, menghasilkan cyanobacteria  yang menghasilkan fotosintesis lalu mengeluarkan oksigen, menghasilkan hujan, menghasilkan tasik dan laut.

Dari laut, organisma hidup mula membiak. Segalanya bermula dari mikrob satu sel yang boleh melahirkan pasangannya sendiri (betina) ;

A001

"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia ciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim; sesungguhnya Allah menjagai kamu" AQ 4:1

Dari makhluk satu sel ia membiak menjadi makhluk seperti ikan yang boleh berenang, kemudian makhluk ini menjadi amfibia lalu boleh berada di air dan darat, lama-kelamaan ia berkebolehan bertelur di darat, kemudian menjadi reptilia dan akhirnya menjadi mamalia seterusnya menghasilkan primate seterusnya hominin di mana dari genus homo ini kita mendapat ciri-ciri homo sapien.

Lalu homo sapien diberikan pengetahuan khusus untuk mencari ikhtiar hidup tentang bagaimana untuk menuai tenaga yang berasal dari letupan 13.8 billion tahun dahulu itu.

Tenaga letupan ini diserap dan disampaikan kepada kita selama 4.6 billion tahun tanpa berhenti oleh Matahari. Ya, matahari adalah satu-satunya entiti nyata dan wujud yang patut kita berterima kasih. 

Matahari telah melakukan "solla"nya (iltizam/komitmen/tanggungjawab) dengan penuh "zakka" (murni/dedikasi/khusyuk).

Matahari mencipta kehidupan dari satu sel dan berevolusi menjadi spesis manusia. Tidak kira apa pun jenis makhluk yang kita dijadikan di bumi, kita tak sudah-sudah menuai tenaga ini melalui matahari.

Apakah yang boleh dicipta oleh sebuah tembok batu, kiub batu, berhala batu, tanda salib batu yang kita berperang dan berbunuh untuk mempertahankan kesuciannya itu ? Jawapannya, tidak ada.

A037

"Dan di antara tanda-tanda (ayat-tihi) kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu patuh (tas-judu) menyembah matahari maupun bulan, tetapi patuhlah (was-judu) kepada Allah yang menciptakannya, jika Dialah yang kamu mahu abdikan diri (tak-budu-na) AQ 41:37 


Sedangkan Matahari dan Bulan yang tercipta dari proses Big Bang dan banyak berjasa kepada kita ini pun di larang untuk kita sembah/patuh. Inikan pula sebuah kiub batu, tembok batu, berhala batu dan salib batu.

Kenapakah kita tidak mahu memikirkannya ?

Kejayaan sesuatu spesis itu dihitung melalui tahap efisiensi mereka menuai tenaga dari letupan Big Bang ini.

Tiada satu makhluk pun baik di darat atau di langit atau di angkasaraya yang terlepas dari tidak bergantung kepada tenaga letupan Big Bang ini. Menjadikan pencetus letupan ini sebagai tempat bergantung segala sesuatu.

A002

"Allah, tempat perlindungan yang berkekalan" AQ 112:2


Carta Teori Evolusi

Teori moden mengenai evolusi manusia mungkin baru di bukukan secara akademik pada tahun 1859.

Namun, tamadun Hindu melalui Yogi mereka sudah pun mengeluarkan teori evolusi mereka sendiri berbelas ribu tahun sebelum Charles Darwin.

Mereka menggelarnya sebagai Dashavatar. Berikut adalah evolusi manusia menurut Hinduism.

  1. Matsya, the Fish
  2. Kurma, the Turtle
  3. Varah, the Boar
  4. Narasimha, the Half-man/Half-lion being
  5. Vaman, the Dwarf
  6. Parashurama, Rama with the axe
  7. Rama, Ramachandra, the prince and king of Ayodhya
  8. Krishna in Northern traditions and Balrama in Southern ones.
  9. Buddha, the Spiritual Master, and lastly,
  10. Kalki, expected to appear at the end of the Kali Yuga.
 
 

Biarpun terdapat unsur-unsur mythology yang tinggi di dalam konsep Dashavatar. Namun, kita dapati bahawa ia membuat andaian bahawa spesis manusia ini berevolusi bukan secara tiba-tiba dimunculkan secara ajaib.

Masihkah anda merasakan bahawa theologi agama andalah yang paling sempurna ? Bagaimana pula-pula orang-orang Hindu ini boleh tahu lebih awal dari Judaism, Kristian dan Islam ?

Oleh yang demikian, kita harus menerima pandangan bahawa tidaklah Adam itu secara tiba-tiba diturunkan dari langit dan menjadi keturunan manusia. Ia melalui proses yang mengambil masa yang amat lama.

Bagi saya Adam merupakan simbol seorang homo sapien yang berjaya mengguna akalnya. Ia adalah kemuncak Teori Lamarckian.

Planet bumi pula adalah satu-satunya planet di seluruh angkasaraya yang pada saat ini berjaya menghasilkan oksigen. Lalu kehidupan disemarakkan di planet ini.

Adakah ia sekadar kebetulan ?. Berapa tinggikah nisbah kebarangkalian mengenai perkara ini ?.

Kesimpulan

Saya menulis artikel ini bukanlah untuk meyakinkan sesiapa mengenai kewujudan Tuhan atau Zat Asal atau apa sahaja yang anda mahu panggilNya.

Tiada sesiapa boleh meyakinkan orang lain mengenai perkara ini melainkan orang itu mahu menggunakan akalnya sendiri ;


A164


"Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah turunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang faham" AQ 2:164

Sesungguhnya saya membuat pencarian saya mengenai perkara ini kerana saya dapati jawapan yang diberi oleh para ahli agama tidak begitu meyakinkan.

Akhirnya saya membuat kesimpulan saya sendiri melalui pemerhatian dan pembacaan di antaranya ialah Theory Big Bang ini.

Sehingga kini, tiada saintis yang dapat menyangkal bahawa terdapat ciri-ciri singularity samada melalui cerapan graviti atau melalui Cosmic Microwave Background di angkasaraya.

Ia mengarah kepada suatu punca asal yang saya mahu memanggilnya sebagai Zat Asal sementara orang Melayu secara am mengenalinya sebagai Tuhan, orang Barat God, manakala scripture tamadun lama pula mengenalinya dengan pelbagai nama Yahweh, Elohym, Ellah, El, Ekan Anekan, Brahman, Vishnu, Shiva, Om, Akal Purakh, Nirankar, Satnam, Ahura Mazda, Allah, Illahi dan lain-lain.

Manakala masyakarat kaum tertentu pula mengenalinya sebagai Bunsu Petara, Ra, Hyang, Amateras, Diana, Ah Puch dan lain-lain yang tidak terhitung banyaknya.



Full-sky image derived from nine years' WMAP data
Cosmic Microwave Background..ia mengarah kepada satu titik asal

Apabila kita mencipta pelbagai nama ini, maka kita kini mempunyai masalah untuk menerangkan konsep Tuhan yang kita cipta namanya itu.

Ditambah lagi dengan keangkuhan, ketamakan untuk mendapat pengaruh harta dan sebagainya maka manusia menjadi haloba untuk mencipta konsep Tuhan yang mereka anggap sebagai milik mereka dan kumpulan yang bersama dengan mereka sahaja.

Mereka menuduh konsep kumpulan lain sebagai salah demi untuk meramaikan pengikut sendiri sambil menguatkan kepercayaan para pengikut yang lain terhadapan pemikiran kumpulan mereka.

Namun, saya akui jika anda mahu jawapan yang tepat mengenai misteri Tuhan sesungguhnya saya tiada jawapannya.

Saya hanya boleh merasai pengalamannya tetapi tidak berupaya membuat orang lain faham mengenainya melainkan hanya sedikit informasi sahaja.


Malah para saintis dengan kuasa kajian dan tabung yang tidak terhingga itu pun masih tidak dapat merungkai apakah dia "Dark Energy " dan "Dark Matter" yang sangat jelas kewujudannya di angkasa raya.

 
Berikut adalah komposisi angkasa raya. Hanya 4.9 peratus sahaja merangkumi semua galaksi termasuk bumi dan lain-lain seperti komet, blackhole, bintang dan sebagainya.

Oleh kerana Zat Asal adalah ketiadaan maka kita berkemungkinan melihatnya sebagai kegelapan di tempat yang tiada cahaya dan meresap sebagai udara yang tidak kelihatan apabila dikelilingi cahaya menjadikan ianyanya ghaib.

Dari manakah asalnya letupan yang pertama itu. Apakah yang membuatkan ianya meletup ? Itulah yang setiap manusia mahu tahu dan saya percaya kita tidak akan dapat mengetahui mengenainya sehingga bila-bila.

Pandangan kita mungkin berbeza, namun, hakikatnya kita bukanlah musuh kepada yang lain. 

Jika kita diibaratkan mencari laluan ke sebuah puncak gunung, bukankah walau apa sahaja laluan yang kita pilih yang lurus, yang berliku, yang bengkang-bengkok, yang mencemaskan, yang mudah, yang susah penuh dengan onak dan ranjau, tetap akan membawa kita ke puncak ? Bukankah begitu ?

Hanya jangka waktu yang menentukan.

Terima kasih kerana membaca tulisan saya.

A035

"Atau, adakah mereka dicipta daripada sesuatu yang tiada? Atau, adakah mereka pencipta-pencipta?" AQ 52:35

A036


"Atau, adakah mereka yang cipta langit dan bumi? Tidak, tetapi mereka tidak yakin" AQ 52:36

Ashwed

Friday, 27 May 2016

Kegilaan

Kedamaian Untuk Semua,

Sekali lagi saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat menyiapkan artikel yang sebenar. Apabila ia berkisar mengenai fizik, saya memerlukan masa yang sedikit panjang untuk merealisasi train of thought dengan ayat-ayat yang ringkas.

Sementara itu, saya kumpulkan di sini, beberapa keratan iklan dan berita-berita terkini untuk kita reflect mengenai pemikiran masyarakat kita kini.

In the business of marketing : Perusahaan Hiliran

 


  
Yang ini mungkin hanya parody


 Produk Pelancongan
 
 
 
Berita Semasa
 
 


Apabila ada rakan-rakan kita yang cuba menyingkap kegilaan ini. Kita meminta supaya dia dikenakan tindakan sebegini ;



Namun, hakikatnya kita tidak sedar betapa dangkalnya pemikiran kita.




Ashwed

Wednesday, 25 May 2016

Pewaris Nabi ?

Kedamaian Untuk Semua,

Saya sedang menyiapkan sebuah artikel yang agak berat. Ia memerlukan kajian yang lebih dari biasa. Namun, komitmen kerja dan urusan harian tidak mengizinkan saya menyiapkan artikel ini di waktu yang terdekat.

Sementara menunggu saya mencari bahan yang sesuai sambil melakukan pemerhatian sedaya mungkin, saya sajikan dahulu di sini beberapa buah video yang menceritakan perlakuan buruk sekumpulan manusia yang menyangka diri mereka diberi petunjuk.

Ia menyedihkan apabila terkenang bagaimana kita, orang Melayu begitu taksub dengan kumpulan ini sehingga merasakan apa sahaja yang datang dari kumpulan ini adalah benar dan suci.

Fikir-fikirkan.








Anda boleh sahaja melayari sebuah Chanel Youtube yang dikenali sebagai Memri TV untuk melihat lebih banyak koleksi pendapat yang tidak masuk akal, tetapi dijenamakan sebagai Majlis Ilmu oleh orang kita.

Orang Melayu secara sejarahnya adalah suatu bangsa yang lemah lembut dan bersopan santun. Kita terkenal dengan seni diplomasi yang tinggi. Di kala marah pun kita masih berkias. Begitulah tingginya sifat sabar orang kita.

Namun, akhir-akhir ini, sifat-sifat murni bangsa ini hilang. Ia diganti dengan sikap kasar dan gasar bangsa timur tengah yang menjadi idola hampir 2/3 orang kita.

Kerajaan kita melakukan kesilapan besar apabila menghantar ramai anak-anak muda kita pergi belajar ke negara koboi ini. Apabila kita belajar dari satu sistem yang gagal maka sudah semestinya kita juga akan beransur-ansur menjadi gagal.

Ia akan melahirkan terrorist seperti ini ;


Janganlah mengguna alasan dangkal bahawa kebanyakkan terrorist Nusantara tidak menerima pembelajaran dari Timur Tengah, dari Sekolah Agama, Madrasah dan Sekolah Pondok.

Hakikatnya, ideologi ini semua asalnya dari mana ? Bukankah ia datang dari sana. Sekolah Agama, Madrasah dan Sekolah Pondok ini pula mencedok sistemnya dari mana ? Pemikiran asal dari manakah yang mereka ajar di institusi ini ?

Berikut adalah kajian mengenai pendapat rakyat sesebuah negara mengenai Organisasi Terrorist yang dikenali sebagai ISIS atau Daesh ;

Saya agak hairan, bagaimana pula rakyat beragama Buddha di negara ini juga menyokong sebuah kumpulan yang menjadikan pembunuhan sebagai modul perjuangan mereka. Di manakah silap kita ?


Ashwed

Wednesday, 18 May 2016

Da'i - Pendakwah Millenia .. Benarkah Ia Profesion Para Nabi ?

Kedamaian Untuk Semua,

Pernahkah anda di datangi oleh kumpulan yang mendakwa mereka dari satu jenis agama lalu menceritakan hal-hal yang akan berlaku di syurga serta kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati di sana jika kita mahu mengikuti ideologi mereka ?

Perkara ini dikenali sebagai dakwah. Secara etymologi dakwah membawa maksud mengajak penganut kepercayaan yang berbeza untuk mengikut ajaran, ideologi dan theologi yang sesebuah kumpulan itu ikuti.

Asas untuk ajakan ini ialah kumpulan ini merasakan bahawa ajaran kumpulan mereka adalah benar, sementara ajaran yang diikuti kumpulan lain adalah salah.

Dua agama yang terkenal mempunyai sikap sebegini ialah Kristian dan Islam. 

Ini dibuktikan dengan usaha kedua-dua agama dan cabang mazhab darinya yang cuba untuk menakluki dunia dengan ajaran mereka.

Masing-masing mengatakan bahawa penaklukan dan seterusnya menghapuskan ajaran lain yang salah pada pandangan mata mereka adalah perintah Tuhan.

Pernahkah anda membaca kenyataan atau artikel yang menyatakan bahawa berdakwah adalah karier Nabi Terakhir ?

Benarkah ia begitu ?

Hari ini kita menyaksikan begitu ramai generasi anak-anak kita di didik sedari kecil di sekolah agama rakyat

Mereka ini diberi pelajaran mengenai selok belok agama, ritual dan doa dengan membelakangkan intisari utama perintah Tuhan

Iaitu perintah yang sama yang diberi kepada setiap Nabi yakni untuk beriltizam bersungguh-sungguh.

Sedang tamadun lain semakin ke hadapan dengan iltizam untuk memudahkan kehidupan mereka. 

Kita pula di dalam tamadun "Islam" setiap hari beriltizam untuk menghukum sesama kita, menyusahkan kehidupan sesama kita dengan mencipta peraturan-peraturan yang tidak munasabah untuk masyarakat kita ikuti.

Kita terpesong dan tersesat tetapi kita tidak mahu mengakuinya. 

Jika kita seorang penagih alkohol atau penagih dadah, perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk menghilangkan ketagihan itu ialah mengakui bahawa kita adalah penagih.

Maknanya jika kita tidak mahu mengakui kesalahan kita, peratusan untuk kita berubah dan menjadi cemerlang adalah sangat tipis.   

A036   

"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan "syaitanan" (sikap buruk) untuk menjadi teman yang dipercayai" AQ 43:36  

A037  

"Dan mereka (merujuk kepada sikap buruk atau syaitan) halangi  mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk" AQ 43:37

Anda juga boleh membaca artikel yang lepas di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/07/ramadhan-siri-akhir-analogi-ladang.html

Dakwah di dalam Al Quran

Dakwah berasal dari akar kata Dal-Ain-Waw (d-a'-w) yang membawa maksud mengajak atau menyeru.

Mereka yang menjadi penyeru ini dikenali sebagai Da'i.  

Menurut Al Quran perkataan dakwah diguna khas oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa seperti di keterangan ini ;

A025

"Dan daripada tanda-tanda-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu (da-a'-kum) dengan satu seruan (dak-wa-tan), kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar" AQ 30:25

Keterangan ini menunjukkan bahawa perkataan dakwah bukanlah digunakan oleh calang-calang pihak.

Ia adalah satu seruan yang sangat besar dan mempunyai kesan yang maha hebat.

Di mana kita rela atau terpaksa, mahu atau tidak, perlu mematuhi seruan itu.

Di dalam keterangan ini juga si Penyeru yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Tuhan sendiri. 

Maka adakah manusia biasa seperti kita sesuai menggunakan perkataan ini selain menggelar diri mereka sebagai Da'i ?

Sebelum kita menjawab persoalan ini, elok kita selidik dahulu apakah pekerjaan para Nabi seperti yang diberitahu di dalam Al Quran.

Apakah benar mereka ini kerjanya mendakwah iaitu bercerita mengenai kisah-kisah yang tidak boleh dikenal pasti kesahihahnya.

Selain dari menjanjikan bulan dan bintang kepada orang yang diseru supaya menyertai kumpulan mereka seperti resamnya perayu undi.

Profesion Para Nabi Menurut Al Quran

Apabila kita mendalami Al Quran, kita pasti perasan bahawa Al Quran tidak memperinci kisah kehidupan seseorang secara mendalam.

Al Quran hanya memberitahu perkara-perkara yang mempunyai signifikan kepada manusia secara umum sahaja. 

Hal ini menjadikan Al Quran dapat digunakan sepanjang zaman. 

Oleh kerana zaman dan ketamadunan berubah mengikut perkembangan semasa maka pastilah juga teknologi yang digunakan oleh manusia dahulu dan sekarang juga berbeza.

Penggunaan teknologi-teknologi ini dan cara kehidupan manusia mengikut zaman tidak boleh di istinbat hukum kerana ia adalah semata-mata untuk kemudahan kehidupan di zaman itu sahaja. 

Adakah wajar kita mengistinbat hukum naik kenderaan unta, kuda, kereta dan lain-lain ? Atau cara memegang berus siwak dibandingkan dengan berus gigi ? Atau cara memasuki rumah ? Sedangkan semua perkara ini setiap hari berevolusi. 

Adakah anda benar-benar rasa Tuhan Yang Maha Kaya dan tidak memerlukan sesuatu apapun dari kita ini mahu menyusahkan kita di dalam menjalani kehidupan di dunia ciptaanNya dengan meminta kita membuat istinbat hukum yang rigid ?

Adakah Tuhan tidak tahu bahawa bumi yang di ciptaNya ini ada tempat yang bercuaca sejuk manakala ada pula tempat yang bercuaca panas ? 

Mereka yang tinggal di tempat yang sejuk atau di tempat yang berdebu mungkin sesuai untuk menutup anggota tubuh dari kepala ke kaki.

Tetapi, ianya tidak begitu sesuai ditempat yang cuacanya panas dan lembap yang akan mengakibat kulit berpeluh dan berlengas. 

 
Kehidupan di padang pasir yang berdebu memerlukan lelaki dan perempuan di sini
menutup muka dan keseluruhan badan mereka

 
Di dalam keadaan sejuk yang melampau
manusia perlu menutup keseluruhan tubuh
badan bagi mengelak dari frostbite

  
Yuri Gagarin .. Astranaut pertama ini
menutup rambutnya sebagai protokol keselamatan 

Kita tidak memakai semua ini untuk memuaskan hati Tuhan tetapi ianya adalah tekadhidup atau survivorship kita. 

Kehendak untuk mengikuti seseorang idol dari cara beliau tidur sehinggalah ke cara beliau masuk jamban, berak dan mencebuk hanyalah menunjukkan obsesi yang keterlaluan terhadap seseorang, tidak lebih dari itu.

Berikut adalah beberapa jenis pekerjaan para Nabi yang disebut Al Quran (Kekangan masa menyebabkan saya hanya sempat menemukan beberapa contoh sahaja. Para pembaca dijemput untuk memberikan keterangan-keterangan lain);

Nabi Adam

Agroculturer

A027

"Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurbanna, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa" AQ 5:27

Keterangan ini menguatkan teori saya bahawa Nabi Adam adalah spesis dari tribe hominini genus homo  pertama yang diberikan pengetahuan mengenai kemahiran hidup.

Sebelum mendapat ciri-ciri homo sapien manusia berevolusi dari homo neanderthalensis, homo naledi, homo haidelbergensis, homo habilis, homo floresiensis dan homo erectus (ada beberapa lagi sub-spesis genus yang tidak saya sebutkan di sini).

Anda boleh baca mengenainya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2015/04/organisasi-agama.html

Baginda tidak hidup sebagai sebuah kumpulan nomad kerana di zaman itu teknologi bertani sudah ditemukan.

Ini menurut pakar sejarah adalah permulaan kebudayaan tamadun. 

Malah dari keterangan tersebut kita dapat membuat kesimpulan bahawa baginda dan kumpulannya bercucuk tanam dan berternak di sebuah kawasan yang khas.

Nabi Nuh 

Shipping Industry

 A037

"Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan janganlah kamu ucapkan kepada Aku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan." AQ 11:37 

Juga di AQ 23:27

Sesuatu yang menarik untuk kita fikirkan ialah adakah benar Nabi Nuh hidup selama 950 tahun ?

Nabi Salleh

Construction Industry

A074 

"Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."AQ 7:74

Baginda hidup di sebuah tempat bernama Madain. Peninggalannya boleh dilawati sehingga kini.

Nabi Yusuf 

State Financial Officer/Politician

A055



Berkata, "Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."AQ 12:55

Nabi Musa 

Agroculturer

 A018

Berkata, "Ia tongkatku; aku bersandar padanya, dan dengannya aku memukul pokok untuk daun-daun kambingku, dan keperluan lain juga aku dapati padanya."AQ 20:18

Baginda adalah penternak kambing atau juga mungkin membuat oddjob tanpa pengkhususan 

Nabi Daud 

Steel Industry

 A080

"Dan Kami mengajarnya membuat baju besi untuk kamu, untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri; maka adakah kamu bersyukur (berterima kasih) ?" AQ 21:80

 A011

"Buatlah baju besi yang lebar, dan ukurlah betul-betul gelang-gelang rantai. Dan kamu buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku lihat apa kamu buat."   AQ 34:11

Nabi Sulaiman

Ethologist (non-human behavioral)/Zoologist

A016 

"Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata" AQ 27:16

Nabi Isa 

Doctor/Scientist/Medicine Man

A049

"Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang kepada kamu dengan satu tanda (bi-ayatin) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin" AQ 3:49 

Nabi Terakhir

Saya tidak menemukan keterangan yang menyatakan bahawa Nabi Terakhir ini sebagai seorang pedagang di dalam Al Quran seperti yang ditulis melalui sejarah sirah dan hadis.

Ini adalah keterangan yang berkemungkinan merujuk kepada profesion baginda.

 A020

"Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, "Mahukah kamu sabar?" Pemelihara kamu melihat" AQ 25: 20

Kesimpulan

Saya mungkin salah, saya juga mungkin benar mengenai profesion para Nabi ini.

Tiada seorang pun yang hidup kini sebenarnya mempunyai pengetahuan mengenainya iaitu nampak dengan mata kepala sendiri melainkan dari pembacaan.

Sumber bacaan yang manakah yang paling tepat, isu itu masih kita perdebatkan dan saya berani kerat jari tidak akan selesai sehingga bila-bila.

Yang boleh kita ambil iktibar dari keterangan dan bukti Al Quran ini ialah tiada seorang pun dari para Nabi yang saya temukan keterangannya di sini mencari makan dengan menjadi pendakwah.

Iaitu bercerita mengenai ajaran, ideologi dan theoloji serta bercerita mengenai hal-hal yang akan berlaku di masa hadapan seolah-olah menjadi penglipurlara kepada masyarakatnya.

Banyak keterangan di dalam Al Quran yang mengarahkan kita supaya mengikuti mereka yang tidak meminta upah AQ 6:90, AQ 10:72, AQ 11:50-51, AQ 12:104, AQ 26:145, AQ 26:164, AQ 34:47, AQ 36:21

Para Nabi juga berkali-kali menegaskan kepada masyarakat mereka bahawa seruan mereka itu adalah percuma.

Persoalan yang harus kita jawab seruan manakah yang percuma. Adakah para Nabi ini tidak boleh cari makan melalui profesion mereka yang diterangkan di atas dengan meminta upah ?

Menurut Al Quran, para Nabi dibenarkan untuk meminta upah melalui profesion mereka, jika tidak bagaimana pula mereka mahu hidup.


A056

"Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia hendaki, dan Kami tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik" AQ 12:56

Yang tidak boleh di minta upah ialah apabila mereka menceritakan tentang kebenaran.

Sebagai contoh Nabi Daud mengambil upah dengan bekerja sebagai Tukang Besi. Baginda sudah tentu memerlukan upah sebagai kesinambungan hidup baginda.

Namun, untuk kebenaran mengenai bagaimana mahu menjadi seorang tukang besi yang berjaya seperti untuk berjaya ia perlu mendirikan iltizam bersungguh-sungguh, mendedikasikan seluruh hidup untuk iltizam itu, menepati masa, amanah, mengajar orang lain tentang pengetahuan pandai besi dan lain-lain seperti yang tertera di dalam Al Quran itulah perkara yang tidak boleh di minta upah.

Segala seruan kebenaran ini pula digalakkan supaya menuruti protokol seperti berikut ; 

A125


"Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk" AQ 16:125

A033


"Dan siapakah lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan buat kerja-kerja baik , dan berkata, "Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim" AQ 41:33

Kebenaran sangat berbeza dengan persangkaan. Kebenaran boleh dibuktikan di hadapan kita, sementara persangkaan memerlukan kepercayaan yang melulu.

A099

"Dan jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ? AQ 10:99

Ashwed