Wednesday, 18 May 2016

Da'i - Pendakwah Millenia .. Benarkah Ia Profesion Para Nabi ?

Kedamaian Untuk Semua,

Pernahkah anda di datangi oleh kumpulan yang mendakwa mereka dari satu jenis agama lalu menceritakan hal-hal yang akan berlaku di syurga serta kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati di sana jika kita mahu mengikuti ideologi mereka ?

Perkara ini dikenali sebagai dakwah. Secara etymologi dakwah membawa maksud mengajak penganut kepercayaan yang berbeza untuk mengikut ajaran, ideologi dan theologi yang sesebuah kumpulan itu ikuti.

Asas untuk ajakan ini ialah kumpulan ini merasakan bahawa ajaran kumpulan mereka adalah benar, sementara ajaran yang diikuti kumpulan lain adalah salah.

Dua agama yang terkenal mempunyai sikap sebegini ialah Kristian dan Islam. 

Ini dibuktikan dengan usaha kedua-dua agama dan cabang mazhab darinya yang cuba untuk menakluki dunia dengan ajaran mereka.

Masing-masing mengatakan bahawa penaklukan dan seterusnya menghapuskan ajaran lain yang salah pada pandangan mata mereka adalah perintah Tuhan.

Pernahkah anda membaca kenyataan atau artikel yang menyatakan bahawa berdakwah adalah karier Nabi Terakhir ?

Benarkah ia begitu ?

Hari ini kita menyaksikan begitu ramai generasi anak-anak kita di didik sedari kecil di sekolah agama rakyat

Mereka ini diberi pelajaran mengenai selok belok agama, ritual dan doa dengan membelakangkan intisari utama perintah Tuhan

Iaitu perintah yang sama yang diberi kepada setiap Nabi yakni untuk beriltizam bersungguh-sungguh.

Sedang tamadun lain semakin ke hadapan dengan iltizam untuk memudahkan kehidupan mereka. 

Kita pula di dalam tamadun "Islam" setiap hari beriltizam untuk menghukum sesama kita, menyusahkan kehidupan sesama kita dengan mencipta peraturan-peraturan yang tidak munasabah untuk masyarakat kita ikuti.

Kita terpesong dan tersesat tetapi kita tidak mahu mengakuinya. 

Jika kita seorang penagih alkohol atau penagih dadah, perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk menghilangkan ketagihan itu ialah mengakui bahawa kita adalah penagih.

Maknanya jika kita tidak mahu mengakui kesalahan kita, peratusan untuk kita berubah dan menjadi cemerlang adalah sangat tipis.   

A036   

"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan "syaitanan" (sikap buruk) untuk menjadi teman yang dipercayai" AQ 43:36  

A037  

"Dan mereka (merujuk kepada sikap buruk atau syaitan) halangi  mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk" AQ 43:37

Anda juga boleh membaca artikel yang lepas di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/07/ramadhan-siri-akhir-analogi-ladang.html

Dakwah di dalam Al Quran

Dakwah berasal dari akar kata Dal-Ain-Waw (d-a'-w) yang membawa maksud mengajak atau menyeru.

Mereka yang menjadi penyeru ini dikenali sebagai Da'i.  

Menurut Al Quran perkataan dakwah diguna khas oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa seperti di keterangan ini ;

A025

"Dan daripada tanda-tanda-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu (da-a'-kum) dengan satu seruan (dak-wa-tan), kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar" AQ 30:25

Keterangan ini menunjukkan bahawa perkataan dakwah bukanlah digunakan oleh calang-calang pihak.

Ia adalah satu seruan yang sangat besar dan mempunyai kesan yang maha hebat.

Di mana kita rela atau terpaksa, mahu atau tidak, perlu mematuhi seruan itu.

Di dalam keterangan ini juga si Penyeru yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Tuhan sendiri. 

Maka adakah manusia biasa seperti kita sesuai menggunakan perkataan ini selain menggelar diri mereka sebagai Da'i ?

Sebelum kita menjawab persoalan ini, elok kita selidik dahulu apakah pekerjaan para Nabi seperti yang diberitahu di dalam Al Quran.

Apakah benar mereka ini kerjanya mendakwah iaitu bercerita mengenai kisah-kisah yang tidak boleh dikenal pasti kesahihahnya.

Selain dari menjanjikan bulan dan bintang kepada orang yang diseru supaya menyertai kumpulan mereka seperti resamnya perayu undi.

Profesion Para Nabi Menurut Al Quran

Apabila kita mendalami Al Quran, kita pasti perasan bahawa Al Quran tidak memperinci kisah kehidupan seseorang secara mendalam.

Al Quran hanya memberitahu perkara-perkara yang mempunyai signifikan kepada manusia secara umum sahaja. 

Hal ini menjadikan Al Quran dapat digunakan sepanjang zaman. 

Oleh kerana zaman dan ketamadunan berubah mengikut perkembangan semasa maka pastilah juga teknologi yang digunakan oleh manusia dahulu dan sekarang juga berbeza.

Penggunaan teknologi-teknologi ini dan cara kehidupan manusia mengikut zaman tidak boleh di istinbat hukum kerana ia adalah semata-mata untuk kemudahan kehidupan di zaman itu sahaja. 

Adakah wajar kita mengistinbat hukum naik kenderaan unta, kuda, kereta dan lain-lain ? Atau cara memegang berus siwak dibandingkan dengan berus gigi ? Atau cara memasuki rumah ? Sedangkan semua perkara ini setiap hari berevolusi. 

Adakah anda benar-benar rasa Tuhan Yang Maha Kaya dan tidak memerlukan sesuatu apapun dari kita ini mahu menyusahkan kita di dalam menjalani kehidupan di dunia ciptaanNya dengan meminta kita membuat istinbat hukum yang rigid ?

Adakah Tuhan tidak tahu bahawa bumi yang di ciptaNya ini ada tempat yang bercuaca sejuk manakala ada pula tempat yang bercuaca panas ? 

Mereka yang tinggal di tempat yang sejuk atau di tempat yang berdebu mungkin sesuai untuk menutup anggota tubuh dari kepala ke kaki.

Tetapi, ianya tidak begitu sesuai ditempat yang cuacanya panas dan lembap yang akan mengakibat kulit berpeluh dan berlengas. 

 
Kehidupan di padang pasir yang berdebu memerlukan lelaki dan perempuan di sini
menutup muka dan keseluruhan badan mereka

 
Di dalam keadaan sejuk yang melampau
manusia perlu menutup keseluruhan tubuh
badan bagi mengelak dari frostbite

  
Yuri Gagarin .. Astranaut pertama ini
menutup rambutnya sebagai protokol keselamatan 

Kita tidak memakai semua ini untuk memuaskan hati Tuhan tetapi ianya adalah tekadhidup atau survivorship kita. 

Kehendak untuk mengikuti seseorang idol dari cara beliau tidur sehinggalah ke cara beliau masuk jamban, berak dan mencebuk hanyalah menunjukkan obsesi yang keterlaluan terhadap seseorang, tidak lebih dari itu.

Berikut adalah beberapa jenis pekerjaan para Nabi yang disebut Al Quran (Kekangan masa menyebabkan saya hanya sempat menemukan beberapa contoh sahaja. Para pembaca dijemput untuk memberikan keterangan-keterangan lain);

Nabi Adam

Agroculturer

A027

"Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurbanna, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa" AQ 5:27

Keterangan ini menguatkan teori saya bahawa Nabi Adam adalah spesis dari tribe hominini genus homo  pertama yang diberikan pengetahuan mengenai kemahiran hidup.

Sebelum mendapat ciri-ciri homo sapien manusia berevolusi dari homo neanderthalensis, homo naledi, homo haidelbergensis, homo habilis, homo floresiensis dan homo erectus (ada beberapa lagi sub-spesis genus yang tidak saya sebutkan di sini).

Anda boleh baca mengenainya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2015/04/organisasi-agama.html

Baginda tidak hidup sebagai sebuah kumpulan nomad kerana di zaman itu teknologi bertani sudah ditemukan.

Ini menurut pakar sejarah adalah permulaan kebudayaan tamadun. 

Malah dari keterangan tersebut kita dapat membuat kesimpulan bahawa baginda dan kumpulannya bercucuk tanam dan berternak di sebuah kawasan yang khas.

Nabi Nuh 

Shipping Industry

 A037

"Buatlah kapal di bawah mata (pengawasan) Kami, dan seperti wahyu Kami, dan janganlah kamu ucapkan kepada Aku mengenai orang-orang buat kezaliman ; mereka akan ditenggelamkan." AQ 11:37 

Juga di AQ 23:27

Sesuatu yang menarik untuk kita fikirkan ialah adakah benar Nabi Nuh hidup selama 950 tahun ?

Nabi Salleh

Construction Industry

A074 

"Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."AQ 7:74

Baginda hidup di sebuah tempat bernama Madain. Peninggalannya boleh dilawati sehingga kini.

Nabi Yusuf 

State Financial Officer/Politician

A055



Berkata, "Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."AQ 12:55

Nabi Musa 

Agroculturer

 A018

Berkata, "Ia tongkatku; aku bersandar padanya, dan dengannya aku memukul pokok untuk daun-daun kambingku, dan keperluan lain juga aku dapati padanya."AQ 20:18

Baginda adalah penternak kambing atau juga mungkin membuat oddjob tanpa pengkhususan 

Nabi Daud 

Steel Industry

 A080

"Dan Kami mengajarnya membuat baju besi untuk kamu, untuk melindungi kamu daripada bencana kamu sendiri; maka adakah kamu bersyukur (berterima kasih) ?" AQ 21:80

 A011

"Buatlah baju besi yang lebar, dan ukurlah betul-betul gelang-gelang rantai. Dan kamu buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku lihat apa kamu buat."   AQ 34:11

Nabi Sulaiman

Ethologist (non-human behavioral)/Zoologist

A016 

"Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata" AQ 27:16

Nabi Isa 

Doctor/Scientist/Medicine Man

A049

"Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang kepada kamu dengan satu tanda (bi-ayatin) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin" AQ 3:49 

Nabi Terakhir

Saya tidak menemukan keterangan yang menyatakan bahawa Nabi Terakhir ini sebagai seorang pedagang di dalam Al Quran seperti yang ditulis melalui sejarah sirah dan hadis.

Ini adalah keterangan yang berkemungkinan merujuk kepada profesion baginda.

 A020

"Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, "Mahukah kamu sabar?" Pemelihara kamu melihat" AQ 25: 20

Kesimpulan

Saya mungkin salah, saya juga mungkin benar mengenai profesion para Nabi ini.

Tiada seorang pun yang hidup kini sebenarnya mempunyai pengetahuan mengenainya iaitu nampak dengan mata kepala sendiri melainkan dari pembacaan.

Sumber bacaan yang manakah yang paling tepat, isu itu masih kita perdebatkan dan saya berani kerat jari tidak akan selesai sehingga bila-bila.

Yang boleh kita ambil iktibar dari keterangan dan bukti Al Quran ini ialah tiada seorang pun dari para Nabi yang saya temukan keterangannya di sini mencari makan dengan menjadi pendakwah.

Iaitu bercerita mengenai ajaran, ideologi dan theoloji serta bercerita mengenai hal-hal yang akan berlaku di masa hadapan seolah-olah menjadi penglipurlara kepada masyarakatnya.

Banyak keterangan di dalam Al Quran yang mengarahkan kita supaya mengikuti mereka yang tidak meminta upah AQ 6:90, AQ 10:72, AQ 11:50-51, AQ 12:104, AQ 26:145, AQ 26:164, AQ 34:47, AQ 36:21

Para Nabi juga berkali-kali menegaskan kepada masyarakat mereka bahawa seruan mereka itu adalah percuma.

Persoalan yang harus kita jawab seruan manakah yang percuma. Adakah para Nabi ini tidak boleh cari makan melalui profesion mereka yang diterangkan di atas dengan meminta upah ?

Menurut Al Quran, para Nabi dibenarkan untuk meminta upah melalui profesion mereka, jika tidak bagaimana pula mereka mahu hidup.


A056

"Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia hendaki, dan Kami tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik" AQ 12:56

Yang tidak boleh di minta upah ialah apabila mereka menceritakan tentang kebenaran.

Sebagai contoh Nabi Daud mengambil upah dengan bekerja sebagai Tukang Besi. Baginda sudah tentu memerlukan upah sebagai kesinambungan hidup baginda.

Namun, untuk kebenaran mengenai bagaimana mahu menjadi seorang tukang besi yang berjaya seperti untuk berjaya ia perlu mendirikan iltizam bersungguh-sungguh, mendedikasikan seluruh hidup untuk iltizam itu, menepati masa, amanah, mengajar orang lain tentang pengetahuan pandai besi dan lain-lain seperti yang tertera di dalam Al Quran itulah perkara yang tidak boleh di minta upah.

Segala seruan kebenaran ini pula digalakkan supaya menuruti protokol seperti berikut ; 

A125


"Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk" AQ 16:125

A033


"Dan siapakah lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan buat kerja-kerja baik , dan berkata, "Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim" AQ 41:33

Kebenaran sangat berbeza dengan persangkaan. Kebenaran boleh dibuktikan di hadapan kita, sementara persangkaan memerlukan kepercayaan yang melulu.

A099

"Dan jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ? AQ 10:99

Ashwed

37 comments:

  1. First place.. Why Perlu dakwah? Tuhan maha segala2...tuhan sudah tentu tahu apa yg. Baik until kita.. Make tuhan menghantar kita ke dunia.. Siapa pula kita untok berdakwah of. Orang lain masuk agama kita.. Kita lebih tahu dpd Pencipta kita ke? Ini bermaksud kita kata Tuhan telah buat silap lah...???? Fikir lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agamawan sering berkata bhw kita semua (termasuk dia sendiri) tidak tahu bagai mana pengakhiran hidup kita ie sama ada baik/syurga atau sebaliknya. Kalau dah mcm tu, eloklah agamawan/pendakwah jaga dan pastikan diri anda dan keluarga anda berakhir dgn kebaikan dr menyibuk psl org lain. Tapi, peluang cari makan dgn cara eksploitasi agama ni terlalu lumayan utk dilepaskan. As the saying goes.....no $, no religion

      Delete
  2. nabi ibrahim kerja dia ialah bercucuk tanam, membina empangan dan menternak lembu. bukan membina bangunan batu. ibrahim jejak kaki kat mekah pun tak pernah.

    ReplyDelete
  3. Damai tuan ashwed,

    Baru tadi saya tgk filem 10,000 BC di HBO. Apa yg menarik dlm filem ini tentang sebahagian kaum Yagahl diculik menjadi hamba utk membina satu kompleks pemujaan seperti piramid. Hamba2 ini takut utk memberontak terhadap penguasa agama yg mendakwa mereka adalah Dewa yg dtg dari sebuah negeri yg telah tenggelam di bawah laut.

    Lesson 1 : Manusia berevolusi dr primat ttp paling maju berbanding haiwan2 lain kerana kebolehan ikhtiar hidup dan menggunakan peralatan.

    Lesson 2 : Agama ialah satu doktrin paling primitif menakut-nakutkan masyarakat massa utk dieksploitasi oleh diktator agama.

    Lesson 3 : Mungkin tamadun homo sapien pertama ialah Atlantis yg dikatakan tenggelam di bawah laut dan ada kaitan dgn Nuh. Saya pernah baca di internet tentang sebuah buku yg ditulis Arysio Santos yg mengatakan Atlantis terletak di atas Pentas Sunda. Salah satu teori beliau ialah kewujudan spesis gajah yg sama di Sabah dan semenanjung Malaysia.

    Kalaulah saya ada masa utk kongsikan pendapat saya tentang Nuh dan Atlantis di Asia Tenggara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zack,

      Hantar ke email ashwed1973@gmail.com. Dengan izin Tuhan saya saya akan post sbg Siri "Ramadhan".

      Damai

      Delete
  4. Mohon tuan beri pandangan tentang konsep maksum para nabi. Pada saya konsep tersebut seolah mengatakan tuhan menarik nikmat free will daripada para nabi. Harap tuan dapat kongsikan pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Jika saya boleh terangkan seringkas mungkin tentang perihalnya manusia mungkin ini frasa yang paling sesuai. Manusia adalah "perfectly imperfect".

      Jika saudara mahu berdiskusi mengenai maksum atau konsep bebas dari kesalahan maka kita perlu terlebih dahulu membincang mengenai apakah perbuatan yg tertakluk sbg suatu kesalahan ?

      Di dalam budaya barat mereka perlu makan dgn mengguna sudu, garpu, pisau pemotong dll. Menurut pendapat mereka makan dgn tangan adalah suatu kesalahan. Adakah ia salah di dalam budaya nusantara?

      Terdapat banyak keterangan di mana Nabi Terakhir di tegur krn membuat keputusan yg tidak tepat. Ini sudah cukup membuktikan bhw tiada siapa pun yg maksum. Malah Nabi Musa pula direkodkan sbg seorang yg pernah membunuh akibat sifat panas barannya.

      Adalah mustahil utk seseorang itu bebas dari melakukan kesalahan. Manusia sifatnya bukan begitu. Sekurang-kurangnya pasti seseorang itu pernah tergigit lidah sendiri, bukankah begitu ?

      Damai

      Delete
    2. salam tuan.

      saya setuju dengan rumusan manusia itu perfectly imperfect.

      Struggle dalam membuat keputusan itu adalah nikmat dan tanda hidup bagi seorang manusia.

      tapi agamawan selalu menjaja cerita kemaksuman para nabi bagi mengiyakan dan meyakinkan orang ramai akan status hadis - hadis.

      Kadang terasa macam mereka nak kata nabi itu ibarat puppet stoking yang digerakkan tuhan pun ada.

      Apabila diajukan situasi dimana para nabi kelihatan membuat salah, agamawan akan mengatakan itu sudah diaturkan tuhan supaya kita dapat mengambil iktibar.

      Bila ditunjuk ayat yang para nabi mengatakan mereka manusia biasa, agamawan mengatakan itu hanya ayat merendah diri. Dah macam nabi tu suka menipu pula untuk tunjuk rendah diri.

      Padahal bagi saya secara individu, apabila menganggap para nabi itu hanya manusia biasa, itu lebih mengagumkan apabila dilihat semula pencapaian mereka. Menunjukkan betapa mereka struggle dalam tugasan dan misi membentuk dan membina masyarakat serta ketamadunan. Tak mungkin boleh tercapai dengan sekadar duduk atas tikar sembahyang di rumah ibadat, dan bercerita tentang perkara - perkara ghaib.

      Delete
  5. Slow sikit kali ni orang komen, kalau ada masa cuba jenguk2 lak artikel ni, http://keretamayat.blogspot.my/2016/05/anti-hadis-meroyan.html?m=1. Tengok komen, macam mana org 'hadis' x boleh bg bukti yg meyakinkan utk kita renung2kan.

    Tuan blog pun selalu perasan kononnya memperjuangkan profession nabi iaitu pendakwah, jd tabligh bagai. Kita perlu bergerak macam ni, melalui persoalan2 di komen2 blog, media sosial bagai. Supaya dpt membuka minda lebih ramai pembaca. Sy tengok org yg berpegang pd Quran makin ramai.

    Supaya kita dpt melahirkan generasi berfikir...untuk masa depan anak cucu negara tercinta. Dan menjadi bangsa yg berjaya.

    ReplyDelete
  6. Berjela-jela kelebihan membaca Al Quran dalam bahasa Arab di terangkan oleh ustaz di stesyen radio IKIM. Saya rasa malu sangat bila dengar,mengarut, bukanlah Allah tak mampu bagi seperti yang disenaraikan oleh ustaz tersebut tetapi itu semua sebenarnya bertujuan menyelewengkan tujuan sebenar Allah turunkan Al Quran pada manusia. Manusia akan ambil jalan mudah, konon baca tapi tak faham pun tak apa,janji masuk syurga juga lain nikmat. Setakat yang saya tahu"syurga dan neraka"-jawapannya "tak tahu".

    Bagi saya kelebihan2 yang dinyatakan adalah satu muslihat zaman berzaman supaya manusia tidak memahami isi kandung Al Quran dan hanya bergantung pada "holy people" sahaja.

    Ini pendapat saya setakat yang saya faham tentang Al Quran. Tiada istilah "belum dapat hidayah dari Allah" semua manusia dapat hidayah cuma kita yang tak sedar dan asyik menolak keluar hidayah tersebut dari fikiran kita.

    ReplyDelete
  7. Saja nak kongsi, perkara ini dah lama tapi saya baru baca. Kot ada yg belum baca lagi. Saya tertarik sebab ada kaitan dengan Malaysia yang lagi ke depan dari negara Pak Arab

    http://aididsafar.com/spacepray.html

    dan saya petik dari http://www.spacedaily.com/reports/Malaysia_Conference_Considers_How_To_Practice_Islam_In_Space.html -

    "The astronaut will also visit the International Space Station, which circles the earth 16 times in 24 hours, so another thorny question is how to pray five times a day as required by Islam, she said.

    Muslims also have to turn towards Mecca to pray and working out which direction that will be while hovering above the earth might also be challenging.

    The two-day Islam and Life in Space seminar will begin next Tuesday and brings together 150 scientists, astronauts, religious scholars and academics."

    ReplyDelete
  8. Saya baru menjenguk blog keretamayat yg cikgu rosli sebut di atas.

    Para penganut hadith berhujah dgn ayat berkenaan perlu taat pd Allah dan Rasul sbg justifikasi wajib ikut hadith. Tapi mereka tak pula berpegang pd ayat berkenaan 'hadith mana yg akan kamu beriman selepas AlQuran?' dan ttg ''celakalah' mereka yg menulis dgn tgn mereka dan berkata ia dari sisi Allah'. Mereka juga mengabaikan ayat ttg bgmana Nabi sendiri dilarang utk mengada2kan walau satu perkataan pun atas nama Allah.

    Nampak sgt mereka hanya berpegang pd ayat yg terpilih sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hadis yg mana? Geng sunni ada buku hadisnya tersendiri dan geng shiah pula ada buku hadisnya yg eksklusif. Kedua2 buku hadis tu sama sekali tak sama malah byk pula yg bertentangan sbb nak jaga kepentingan puak masing2....maka sampai kiamat pun x akan jumpa titik persamaan. Jika mereka letak ketepi buku hadis msg2 dan hanya quran sbg pedoman.....rasanya islam boleh kembali relevan dan gemilang.

      Delete
  9. Blog keretamayat memaparkan sikap typical pengikut hadith / penganut agama Arab / Islamists ... or whatever they are. Hati dan perasaan mereka keras, takbur, gemar menghina, serta tidak dpt memberi bukti dlm berhujah.

    They are definitely not Muslims (orang2 yg berdamai). Let's just keep our distance from them.

    ReplyDelete
  10. Org melayu yg cuba nak jadi pak arab ni betul2 mencabar minda saya... hehehe...

    Skrg baru sy faham kenapa mahathir betul2 xnak bg malaysia di pegang oleh puak2 agamawan yg giler ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,tun seorang quranist yg sy kagumi. Bila dia bersolat/beriltizam,dia akn berusaha hingga berjaya.

      Sy x percaya dia yg cerdik & mengkaji Quran sanggup tunduk pd kaabah. Cuma atas kapasiti dia sbg tokoh yg ada ramai pengikut,x mungkin dia buat kenyataan yg buat rakyatnya lbh berpecah,spt jgn sembah kaabah atau ikut agama arab. Cuma dia byk bg hint suruh kita sendiri fikir & berusaha,spt baca quran dlm bhs yg mudah difahami & tolak hadis yg bertentangan dgn quran.

      Dia tau kalau dia ckp tolak semua hadis,ramai akn gaduh & akhirnya chaos. Matlamat utama quran adalah kedamaian. Dan dia sedar yg nabi pn x blh betulkan umatnya,inikan dia. Dia hny cuba yg termampu.

      Ini hny pndpt sy terhadap tun.

      Delete
    2. Najib pernah mengumumkan nak meminda Perlembagaan Persekutuan untuk masukkan doktrin Ahli Sunnah Wal-Jama'ah tetapi telah dinasihati oleh Kassim Ahmad.. Lega sikit..

      Delete
  11. Anon, tidak ssh menafikan pegangan mereka. Mula2 komen disana,x sangka ada ramai quranist yg mencelah. Kita perlu sebarkan mesej2 ini spy lbh ramai akn sedar & buka minda. Jgn biarkan islamofoscist berleluasa,biar ada pro n con utk pembaca menilai.

    Sesuatu mesti dimulakan utk ms dpn yg lbh cemerlang, its now or never.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. ada yang mula2 musykil dengan golongan anti hadis tapi dia cari sendiri, buat kajian dan akhirnya dia faham apa isi kandung Al Quran yang sebenarnya, dan apa yang diinginkan oleh Allah.

      Delete
    2. Politicalamity921 May 2016 at 19:59

      haaa... itu belom depa baca Quranic Geography lagi.. mau melompat.

      Delete
    3. Slowly but surely. Ini zmn internet dan demokrasi internet akan disrupt/runtuhkan semua yg sepatutnya diruntuhkan.....termasuk organisasi agama dan institusinya. Dymm Sultan Johor telah tanya kenapa jakim perlu bajet sampai 1bilion?? Haa sila jwb....

      Delete
    4. Mereka x percaya org 'kafir'..

      Delete
  12. Salam Damai En Ashwed,
    Sejak blog ini diperkenalkan oleh ibu angkat saya, tiada sehari pun saya tidak membaca blog tuan. Saya amat setuju dengan pendapat Tuan tentang agama dan kebobrokan yang dibawa oleh agamawan di negara kita ini. Namun saya amat tertekan dengan keadaan sekeliling saya apabila mata saya telah dibuka dengan kebenaran hakiki bahawa agama itu bukanlah dari Tuhan. Tuhan tidak memaksa kita beragama dan kita semua bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan kita.
    Saya bekerja di dalam sebuah agensi kerajaan yang tiada kaitan langsung dengan agama Islam. Namun setiap hari kami dipaksa dam didoktrinkan dengan ritual2 mengarut yang bukan sahaja menganggu tugas harian sebafai penjawar awam tetapi juga mendidik manusia supaya sering menghukum antara satu sama lain.
    Ditempat saya bekerja ini wanita yang tidak bertudung akam dipulau, yang tidak solat akan dihina dan bermacam lagi doktrin keagamaan yang entah bagaimana telah merasuk agensi yang saya sayangi ini.
    Saya amat tertekan apabila dipaksa mengikuti ritual sia2 oleh majikan dan pejabat saya. Saya menjadi buntu. Jika saya khabarkan kepercayaan saya nescaya saya akan dipandang serong dan dikenakan tindakan tatatertib.
    Hanya perbualan dengan Ibu angkat saya dan tulisan2 En Ashwed menjadi peneman jiwa saya.
    Semoga Tuhan limpahkan ketenangan kepada en ashwed dan kaum keluarga En ashwed. Terima kasih kerana telah memerdekakan hidup saya.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kedamaian tidak boleh diperolehi diluar dari jiwa kita. Ia hanya boleh diperolehi di dalam diri kita. Andalah yang membuat keputusan ttg apa yang anda mahu rasakan pada hari itu bukan org lain. Jika sebaik shj bangun dari tidur anda sudah memutuskan utk merasa gembira maka apa shj perkara yg terjadi di luar diri anda bukanlah faktor yg baik utk anda mengubah keputusan itu.

      Hiduplah utk diri kita. Semakin lama anda hidup semakin anda akan memahami bahawa kita tidak mempunyai kuasa sedikit pun ke atas org lain. Ini termasuk ke atas ibu, bapa, suami, isteri, anak2 dan kaum keluarga.

      Damai

      Delete
    2. Salam

      Sy ingin kongsi pengalaman peribadi sy. Ketika mula2 sy berpegang pd Quran, sy ada cuba utk sampaikam apa yg sy fhm kpd seluruh ahli keluarga sy.

      Tp sy silap,ianya tdk semudah yg sy sangka. Semua menolak pegangan sy & kata sy gila,hingga sy hampir kehilangan org tersayang krn dia nak lari dr rumah. Mereka juga larang sy baca sendiri Quran.

      Akhirnya sy sedar yg sy x akn dpt ubah mereka kalau mereka pn tdk buat pilihan utk membaca,jd sy ubah diri sy krn sy rs tdk guna kalau pertahankan pegangan sy kalau sy sendiri tdk damai.

      Sy rasa lbh tenang sekarang krn telah faham. Sy hny ikut apa yg org lain buat,tp di hati sy hny Allah tahu. Sy hny berpura2 'solat' tp x ambil wuduk,baca pn tibai je. Walau perlu hipokrit,sy ttp tenang.

      Dan sekarang sy juga simpan duit utk mak bapa sy utk mereka buat umrah,krn ini yg mereka impikan. Jd pd sy ini 1 cara sy berbakti & buat baik pd mereka,sy x akan dpt ubah pendirian mereka. Itu pilihan mereka. Sy juga x akn hntr ank ke sek agama,sy galakkan mereka rajin membaca. Sesudah itu,pilihan di tgn mereka.

      Apapun pegangan & pilihan anda,pastikan hidup anda sentiasa damai krn itulah tujuan utama Quran. Jika anda dpt damai,anda dpt jalani hidup dgn tenang & capai cita2 dgn berjaya.

      Ini hny pglmn sy. Mungkin kes saudari berbeza krn perempun,atau keadaan keliling yg berbeza serta watak2 yg berbeza. Pilihan di tgn saudari.

      Yakinlah dgn tuhan, tiada paksaan dlm cara hdp. Tuhan beri kebebasan utk buat pilihan,pastikan ia bawa kebaikan. hny Dia tahu apa dlm hati kita, Dia sentiasa bersama kita.

      Delete
    3. Politicalamity922 May 2016 at 18:59

      saya sama macam cikgu rosli..sehingga digelar syiah..haha.. last last, buat saja la nak bagi penyedap mata mereka.

      Untuk saudara/i Anon.. tak perlu ikut sangat pandangan orang. Buat apa yang perlu saja.

      Delete
    4. Salam,

      Syabas Cikgu Rosli. Saya sendiri sudah menghantar ramai ahli keluarga saya ke mekah. Sanak saudara saya ramai yg miskin tegar. Walaupun miskin mereka masih mempunyai harapan utk berbuat yg terbaik sblm mereka meninggal dunia. Harapan ini yg saya mahu mereka nikmati dan perolehi sesudah seumur hidup berada dalam kemiskinan.

      Saya mungkin mempunyai pendapat yg berbeza dari mereka. Namun, mereka bukanlah musuh saya. Semasa saya kecil tidak tahu apa2. Org2 inilah yg membesarkan saya sehingga berpengetahuan dan berupaya menjaga diri sendiri. Ingat seorang yg mukhlas berada di mana2 shj. Mereka inilah satu2nya manusia yg tidak berjaya diselewengkan oleh "syaitan".

      Kedamaian adalah objektif utama Al Quran. Jika kita mengaku bhw kita berpegang kpd Al Quran maka inilah jalan hidup kita sehingga kita kembali kpd Zat Asal. Apa shj yg org disekeliling kita buat dan percayai adalah keputusan mereka. Kita tidak Akan dipertanggungjawabkan di atas usaha dan keputusan mereka. Bukanlah tugas kita utk menghukum mereka apatah lagi menjadikan mereka musuh.

      Kedamaian Untuk Semua

      Delete
    5. Buat apa yg mereka nak kita buat setakat yg sanggup utk mengelak masalah. Lebih dari itu, yakinlah bahawa masa depan kita bukan di tangan mereka. Biarlah mereka menghukum kita atas apa yg kita percaya tetapi pastikan tugas dan tanggungjawab yg utama di pejabat dipikul sebaiknya. Buktikan pd mereka bahawa yg bakal menentukan nasib kita adalah solah (iltizam & komitmen) bukannya solat tunggang tebalik.

      Delete
  13. Salam tuan ash wed,‎
    Saya remaja berumur 23 tahun ( baru habis degree dan kini di alam pekerjaan). Saya mula ‎medalamai pekara ini ( berpegang teguh pada quran sahaja) ketika saya berumur 18 tahun . ‎Pekara ini diperkenalkan oleh ibu saya sendiri. ‎
    Pada mulanya , saya risau ibu saya mendalami ajaran sesat. Apa yang ibu saya cerita ‎langsung saya tak dengar. Lama-lama hati saya terbuka untuk menerima apa yang ibu saya ‎beritahu.‎
    Membesar dengan mempercayai Al quran sahaja di alam remaja memang memcabar. ‎Ramai kawan saya yang sebaya tidak mahu berkawan disebabkan saya mempunyai ‎fahaman yang berbeza (saya di besarkan diluar Bandar) dan di university saya lebih rapat ‎degn non-muslim sebb tak perlu berlakon depan mereka.‎
    Berbalik pada keluarga, Ibu saya tetap berpegang pada fahamannya walaupun di tentang ‎oleh anak-anak/suami (ayah saya) dan sanak saudara. Ramai yang gelar ibu saya kurang ‎waras.‎
    Apa yang merisaukan saya sekrg, saya mempunyai seorg teman wanita dan mungkin kami ‎akan berkhawin (“mungkin” 2 tahun akan datang) . Dia mempunyai fahaman yang berbeza. ‎Apa yang merungsingkan saya sekrg, jika kami berkahwin saya risau perkahwinan saya akan ‎menjadi pergaduhan sebb saya lihat ibu bapa saya sendiri tidak sefahaman dan mereka ‎berdebat sehingga menimbulkan pergaduhan antara mereka. ‎
    Sekrg saya boleh berlakon sembahyang ritual/puasa di hadapan ayah/saudaramara tapi ‎kalau dah kahwin sampai bila saya nak berlakon depan isteri saya? ‎
    Saya hanya berkongsi masalah yang merungsingkn diri saya.‎

    Peace. ‎

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan ashwed, saya mencelah dulu (bukan Shamsul Yang Mencelah :)).

      Tuan Anon beruntung kerana dapat merasakan 'kekurangan' dalam ritual-ritual 'Islam' mainstream...

      Bab kahwin, belom terlambat..masih boleh difikirkan masak-masak, sebab nanti bila dah kahwin agak susah. Unless Tuan Anon boleh menilai pendapat bakal isteri samada bersependapat dgn tuan atau sebaliknya. Bila dah berkahwin banyak lagi benda-benda yang expected dari tuan dan pasangan..bukan setakat lakonan-lakonan basic...akan tiba masa expectation akan melwati cultural influence eg. nak buat aqiqah anak lah, kenduri masuk rumah, tahlil, ritual ritual lain yang bukannya menjadi tuntutan dan ajaran al Quran.
      Jangan kalah pada tekanan-tekanan untuk berkahwin cepat... dalami betul-betul isi hati...
      last but not least.... KEDAMAIAN adalah matlamat. Tidak mahu berkelahi sesama saudara dan memporak perandakan perkahwinan.

      Salamun Alaikum.

      Delete
    2. tidak elok tuan ”attack”golongan pro-hadis kerana naturally mereka akan berhujah defend amalan mereka yg.sudah sebati dengan subcobsciousness mereka...so..saya fikir lebih baik tuan buktikan secara real ..dengan banyak membaca Quran..dan aktualiasasikan atau menzahirkan kejayaan n kedamaian dlm hidup tuan..so..bakal isteri akan sense Aura ketenangan yg.menular,dlm hidup tuan.Thats the best way untuk prove bahawa hanya Quran yg.benar membimbing hidup..bukan rhetoric sahaja but hidup seharian tuan mesti reflect Quran.

      Delete
    3. Kadangkala perkataan atau ayat yg diguna utk terangkan fahaman ini pd org juga memainkan peranan penting utk menentukan reaksi mereka.

      Saya pernah berkongsi artikel fahaman quranist dgn suami tp ditolak mentah2. Dia yg dtg dari kampung langsung tidak menerima semua ini dan menganggapnya sbg konspirasi kristian atau puak liberal.

      Saya tidak putus asa...saya fikir cara terbaik utk mengasak mindanya kerana saya tahu dia seorang yg intelligent.

      Saya cuba lagi beberapa lama selepas itu...kali ini dgn merujuk kpd fakta dari buku quranic geography, lembah indus...agama zoroastrian iaitu kembar islam dll lagi secara kasual, iaitu spt mengajaknya berbincang atau perbualan santai tanpa apa2 tujuan. Saya offer utk kongsikan semua itu dgnnya dan dia setuju agar saya email pdnya.

      Selepas itu...suami tidak lg memberi komen negatif mengenai quranists dan tidak pernah bertanya kenapa saya tak solat. Malah dia juga turut tidak solat skrg. Sehingga kini dia tidak pula membangkitkan atau mengajak saya berbincang lanjut. Nampaknya dia spt sedang berfikir sendirian. Saya pula tidak mendesaknya langsung...saya biarkan saja dia begitu. Tapi saya sering mengaitkan hujah quranist ketika berbual2 berkenaan apa saja dgnnya. Sekali sekala saya kongsikan artikel quranist dgnnya..tapi haruslah yg mempunyai bukti atau fakta yg jelas supaya dia tidak dpt menempelaknya.

      Alhamdulillah...so far...we have no problem walaupun tidak pernah mengupas fahaman kami secara 'all-out'. Mungkin dia juga mula menjadi quranist, mungkin juga dia sekadar tidak mahu bergaduh..saya tidak tahu. Yg saya tahu itu tidak penting. Yg penting rumahtangga kami damai...insyaAllah..

      Delete
    4. Saudara anon 23 May,

      Cinta adalah sesuatu yg ganjil. Oleh krn ia ganjil maka agak sukar utk kita mengutarakan nasihat yg rasional kpd si pencinta.

      Namun, cinta juga adalah suatu fenomena yg mempunyai tarikh luput. Oleh sbb itu apa shj nasihat yg saya beri ini hanya boleh di ambil kira oleh saudara apabila fenomena cinta saudara berakhir dan saudara mula sedar ada perkara yg lebih besar drpd cinta iaitulah komitmen.

      Komitmen adalah perkara yg akan membawa saudara all the way. Komitmen juga diruangan ini sering saya gantikan dgn iltizam atau kesungguhan yg mana di dalam bahasa al quran ia dikenali sbg solla.

      Jika saudara sungguh-sungguh cintakan bakal isteri saudara perkara pertama yg saudara perlu buat ialah membuang perasaan itu dan menggantikannya dgn kesungguhan. Ketahuilah jika saudara nanti bergaduh disebabkan ideologi yg berbeza maka tidaklah saudara mendirikan iltizam spt yg disarankan al Quran. Ingat, iltizam bukanlah sesuatu yg boleh di dirikan di dalam tempoh 5 Minit. Ia adalah perjuangan seumur hidup dari kita buka mata di pagi hari sehinggalah kita tidur di malamnya sehinggalah kita pergi buat selama-lamanya. Gunakan akal yg diberikan Tuhan. Berikan pengetahuan. Cari pengetahuan. Yg paling penting tunjukkan nilai-nilai al quran di dalam diri saudara. Visual merangkumi 90 peratus tauladan di pandangan orang lain.

      Menurut al Quran Agama, theologi, ideologi tidak pernah menjadi penghalang sesuatu perkahwinan. Bagaimana pula ia menjadi penghalang sedangkan ia sendiri tidak pernah wujud di dalam kamus al Quran.

      Akhir sekali, hanya saudara shj yg tahu hakikat cinta saudara. Adakah ia adalah yg teragong atau sekadar obsesi. Obsesi akan menyebabkan saudara mahu memiliki. Ia bukanlah suatu perasaan yg benar dan perlu dijauhi. Ikutlah kata hati. Saudara hidup utk diri saudara bukan utk org lain.

      Damai

      Delete
  14. kalau lah ada org macam russel brand di Malaysia, berdiskusi dgn "wakil2" Tuhan- https://youtu.be/OBA6qlHW8po

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka Russel Brand, baru tengok dokumentari Emperor's New Clothes semalam. Rancangan mcm ni takkan dibenarkan di Malaysia. AKan mengancam periuk nasi agamawan. Satu lagi cuba cari video George Carlin.

      Delete
    2. Ya. I did watched it yesterday. Very interesting. If tengok Game of Thrones boleh tengok bagaimana agama digunakan untuk tujuan kuasa.


      Non

      Delete
  15. setiap hari kita ditunjuk cara untuk berfikir.....pernahkah kita berfikir sebenarnya.....masa saya kecil dulu rambut kerinting diketengahkan sebagai cantik....bercambah kedai kerinting rambut....sekarang dah terbalik rambut kerinting digelakkan....rambut lurus pulak cantik....... Semua nak jadi putih....Putih tu cantik..... Pernahkah kita berfikir? Atau Pemikiran kita ni hanya hasil dari tunjuk jalan mcm mana berfikir???

    ReplyDelete