Sejak kebelakangan ini saya dapati terdapat beberapa orang Atheist memberi pandangan mereka di ruangan ini.
Saya tidak tahu samada mereka ini benar-benar wujud atau sengaja diwujudkan untuk mengelirukan para pembaca blog ini.
Namun, di peringkat internasional kewujudan kumpulan ini adalah nyata.
Malah saya pernah mengenengahkan beberapa brainy quote dari personaliti terkenal yang memegang pandangan ini.
Saya agak terharu kerana golongan ini sudi membaca blog saya.
Mungkin pada pandangan masyarakat kita yang terbukti kembali menjadi konservatif, kumpulan ini merupakan ancaman.
Hakikatnya, kewujudan mereka ini bukanlah suatu ancaman.
Al Quran sudah menjelaskan akan kewujudan kumpulan ini dengan membuat pengkelasan manusia di awal-awal buku itu lagi.
Setiap pengkelasan ini akan wujud di dalam mana-mana era, negara dan masyarakat pun. Ia adalah satu set-up yang normal.
Ada yang yakin, ada yang menolak, ada yang kononnya yakin tetapi sebenarnya mereka menolak, ada yang sarcastical dan bermacam-macam lagi kerenah manusia.
Ada yang yakin, ada yang menolak, ada yang kononnya yakin tetapi sebenarnya mereka menolak, ada yang sarcastical dan bermacam-macam lagi kerenah manusia.
Kita tidak perlu menghukum pandangan orang lain. Akuilah itu bukan tugas kita.
Begitu juga, bukanlah menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah pandangan mereka atau pandangan mana-mana kumpulan pun.
Hanya individu tersebutlah yang berupaya mengubah pandangan mereka sendiri.
Saya juga sudah menegaskan bahawa kita perlu membenarkan kebebasan berfikir.
Namun, ia perlu diamalkan dengan perasaan tanggungjawab.
Apabila kita bercakap mengenai tanggungjawab ia sebenarnya memberi erti bahawa setiap pandangan yang kita utarakan perlu di bawa bersama-sama bukti.
Adalah tidak munasabah jika anda memberi komen di ruangan ini dengan membawa bukti-bukti sarcastic sahaja. Para pembaca di ruangan ini terdiri dari mereka yang berfikir.
Saya tidak sekali-kali akan menyalahkan mereka jika sekiranya mereka terasa terhina dengan pandangan sarcastic anda.
Adalah tidak munasabah jika anda memberi komen di ruangan ini dengan membawa bukti-bukti sarcastic sahaja. Para pembaca di ruangan ini terdiri dari mereka yang berfikir.
Saya tidak sekali-kali akan menyalahkan mereka jika sekiranya mereka terasa terhina dengan pandangan sarcastic anda.
Sudah agak lama saya menulis di blog ini dan pada setiap artikel yang saya karang saya membawa bersama bukti, terutama bukti melalui pemerhatian atau observation.
Bukan sekadar tulisan yang dipetik dari udara atau dari sumber "jika tiada angin masakan pohon bergoyang".
Bukan sekadar tulisan yang dipetik dari udara atau dari sumber "jika tiada angin masakan pohon bergoyang".
Pemerhatian adalah sejajar dengan kehendak sains moden.
Walaubagaimanapun, saya akui bahawa terdapat banyak perkara yang saya tidak mempunyai jawapannya. Untuk perkara-perkara ini saya akui bahawa saya sememangnya TIDAK TAHU.
Walaubagaimanapun, saya akui bahawa terdapat banyak perkara yang saya tidak mempunyai jawapannya. Untuk perkara-perkara ini saya akui bahawa saya sememangnya TIDAK TAHU.
Nothingness
Blog ini berpendapat bahawa Tuhan adalah Zat Asal. Kewujudan Zat Asal ini adalah melalui nothingness atau ketiadaan.
Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2015/05/isra-mikraj-dongengan-arab-dahulukala.html
Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2015/05/isra-mikraj-dongengan-arab-dahulukala.html
Pendapat saya ini dikongsi oleh Professor Lawrence M. Krauss seorang Atheist yang terkenal di dalam bidang Theoretical Physics dan Cosmology melalui buku beliau bertajuk "A Universe From Nothing".
Ia juga di setujui oleh seorang lagi rakannya yang sangat dihormati di dalam dunia Atheist iaitu Professor Richard Dawkins dari Universiti Oxford.
Malah Professor Richard Dawkins menyamatarafkan buku ini dengan sebuah buku lain yang telah mengubah pandangan manusia kepada dunia iaitu "The Origin Of Species" karya agong Charles R. Darwin.
Saya sentiasa berpendapat bahawa untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam kita perlu pergi kepada permulaan ianya tercipta.
Sebagai contoh jika kita mahu mendalami agama kita perlu pergi ke masa pada ia mula-mula tercipta dan melihat bagaimana ia berevolusi
Kita tidak boleh belajar di tengah-tengah dan mendabik dada menyatakan bahawa kita sudah memahami agama. Begitulah juga yang harus kita lakukan untuk perkara-perkara lain.
Jika kita gagal berbuat begini, maka apa sahaja kesimpulan yang kita buat bukanlah suatu kebenaran. Ia hanyalah suatu persangkaan.
Sungguhpun spesis manusia
sifatnya sentiasa ingin tahu, malah sudah pun mengetahui pelbagai macam perkara. Namun, terdapat satu perkara yang kita perlu akui bahawa kita tiada jawapannya.
Perkara itu adalah nothingness atau ketiadaan.
Apa yang ada di dalam nothingness atau apakah yang akan berlaku selepas nothingness tiada siapa pun boleh merungkainya. Ia kekal sebagai sebuah misteri tidak terungkai.
Adakah anda rasa anda benar-benar tahu apakah yang terjadi selepas anda TIADA ?
Adakah anda rasa anda benar-benar tahu apakah yang terjadi selepas anda TIADA ?
Teori Evolusi - Dari Big Bang kepada Bumi yang Di Huni Manusia
Menurut Lambda-CDM concordance model .. kira-kira 13.8 billion tahun dahulu .. dari out of nothing (pandangan saintis fizik) tiba-tiba terjadi sebuah letupan yang dikenali sebagai The Big Bang.
Al Quran mengenalinya sebagai Kun-Fa-Ya-Kun.
"Pencipta langit dan bumi, dan apabila Dia tentukan sesuatu perkara, Dia hanyalah berkata padanya, "Jadilah", maka jadilah ia" (kun-fa-ya-kunu)" AQ 2:117
Letupan ini meletus dari satu partikel yang lebih halus dari sel atom.
Dalam tempoh tidak sampai satu nano-saat letupan ini mencipta satu kosmos yang luasnya (teori cosmic inflation - kerana suhu di setiap penjuru angkasaraya adalah sama) seperti yang kita lihat sekarang.
Kekuatan letupan itu tidak dapat tergambarkan oleh sains moden. Ia di kira dengan satu formula yang diringkaskan seperti berikut ;
"Dia mengarah urusan dari langit ke bumi, kemudian ia naik kepada-Nya dalam satu hari yang ukurannya seribu tahun daripada hitungan kamu" AQ 32:5
(ukuran yang dinyatakan di dalam keterangan di atas jika di kira di katakan menyamai kelajuan cahaya secara tepat iaitu 299792458 meter sesaat)
Di saat inilah terciptanya waktu, law of physics, chemistry of life dll yang al quran kenali sebagai Sunnatullah.
Dengan letupan ini juga terciptalah tenaga yang menjadi punca utama kehidupan, sejarah ketamadunan, peperangan, pembunuhan, keamanan, dan ketamakan.
Pendek kata segala-gala yang manusia serta makhluk-makhluk lain seperti binatang, pokok, serangga dan lain-lain alami sepanjang sejarah dunia ini adalah berpunca dari "perebutan" untuk menguasai tenaga yang tercipta 13.8 billion dahulu.
Saudara dan saudari para pembaca yang dihormati sekalian. Inilah asalnya kita dan segala yang ada di dalam Universe ini.
Setiap elemen, partikel yang sehabis besar dan sehabis kecil, diri kita dan segala-galanya yang kita lihat di angkasaraya ini berasal dari Dia iaitu nothingness.
Dengan letupan yang sebegini kuat, 4 unsur asas angkasaraya iaitu Nuklear Lemah, Nuklear Kuat, Magnetism dan Graviti bercantum dan bercampur gaur.
Dari TIADA ianya menjadi ADA dengan terbentuknya Kosmologi Fizikal yang pertama dikenali sebagai Quark.
Segala sesuatu yang dahulunya mati (kali pertama) dihidupkan oleh letupan ini.
Segala sesuatu yang dahulunya mati (kali pertama) dihidupkan oleh letupan ini.
Let there be light (Genesis 1:3) .. Geseran 4 unsur asas tersebut menyebabkan Universe ini bercahaya dan bergemerlapan.
Proses yang pertama ini dikenali sebagai "Cosmic Inflation". Ia sentiasa meluas sehingga sekarang.
Letupan ini mengambil mengambil masa 380,000 tahun sebelum ianya mula menyejuk.
Dengan penyejukan ini maka terciptalah unsur (matter) yang pertama manusia boleh rungkai dan jelaskan, iaitulah hydrogen yang terbentuk seperti asap.
Ya, inilah kita, separuh dari badan kita adalah dibentuk dari gabungan asas hidrogen dan selebihnya oksigen (air).
Proses penyejukan ini juga menyebabkan terciptanya helium. Kedua-dua hydrogen dan helium melahirkan bintang di dalam suatu proses yang dikenali sebagai Big Bang Nucleosynthesis.
Proses yang pertama ini dikenali sebagai "Cosmic Inflation". Ia sentiasa meluas sehingga sekarang.
Letupan ini mengambil mengambil masa 380,000 tahun sebelum ianya mula menyejuk.
Dengan penyejukan ini maka terciptalah unsur (matter) yang pertama manusia boleh rungkai dan jelaskan, iaitulah hydrogen yang terbentuk seperti asap.
Ya, inilah kita, separuh dari badan kita adalah dibentuk dari gabungan asas hidrogen dan selebihnya oksigen (air).
Proses penyejukan ini juga menyebabkan terciptanya helium. Kedua-dua hydrogen dan helium melahirkan bintang di dalam suatu proses yang dikenali sebagai Big Bang Nucleosynthesis.
Adakah kita sebagai manusia, bintang, bulan dan segalanya di Universe ini dan lain-lain makhluk terunsur dari Hydrogen dan Helium sahaja ?
Adakah badan kita penuh dengan hydrogen dan helium sahaja ? Bagaimanakah badan kita mempunyai unsur-unsur lain yang lebih sesuai untuk kehidupan ?
Bintang-bintang pertama yang dibentuk melalui "cosmic inflation" ini di matikan (kali kedua) di dalam satu proses yang dikenali sebagai Letupan Supernova.
"Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar ?" AQ 40:11
"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?" AQ 2:28
Letupan kedua inilah yang melahirkan unsur-unsur primary element iaitu silicon, sulfur, chlorine, argon, sodium, potassium, calcium, scandium, titanium, vanadium, chromium, manganese, iron, cobalt, dan nickel.
Unsur-unsur inilah yang seterusnya melahirkan Sistem Galaksi Bima Sakti yang kita huni sekarang.
Jika anda mengira proses dari letupan pertama big bang sehingga terjadinya letupan kedua sebelum terlahirnya modern universe iaitu proses yang melahirkan Galaksi Bima Sakti, anda akan dapati terdapat 6 masa seperti berikut :-
1. Cosmic Inflation
2. Protons Formed
3. Nuclear Fusion Begins
4. Nuclear Fusion Ends
5. Cosmic Microwave Background
6. Neutral Hydrogen Forms
"Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari (ramai yang menterjemah sebagai enam masa), kemudian Dia duduk di atas Arasy. Dia tahu apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya. Dia berserta kamu di mana sahaja kamu berada; dan Allah lihat apa kamu buat" AQ 57:4
Di atas adalah gambar sebuah Letupan Supernova yang di ambil dari sebuah telescope berkuasa tinggi .. kita adalah keturunan Star Dust ini.
Tidak kira siapa pun anda Raja, org kaya, org miskin, gemuk, kurus, kurang upaya, gay, lesbian, Atheist, Agnostic, Deitist, Islam, Kristian, Hindu, Buddha, binatang, pokok, gas, microsel, bintang, bulan, komet dan apa sahaja di Universe ini, kita semua berasal dari asal yang satu. Hydrogen yang sama.
Adakah anda benar-benar yakin sebagai seorang yang elit tubuh badan anda diperbuat daripada bahan lain dari seorang yang hina ?
"Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan" AQ 6:38
Adakah anda benar-benar yakin sebagai seorang yang elit tubuh badan anda diperbuat daripada bahan lain dari seorang yang hina ?
"Tiada makhluk yang merayap di bumi, tiada burung yang terbang dengan sayap-sayapnya, melainkan mereka adalah umat-umat yang serupa dengan kamu. Kami tidak alpakan sesuatu di dalam al-Kitab; kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka akan dikumpulkan" AQ 6:38
"Manusia adalah
umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab
dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka
selisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah
bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka;
kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar
mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada
sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus" AQ 2:213
Galaksi Bima Sakti di mana bumi terbentuk dilahirkan melalui Letupan Supernova kira-kira 4.6 billion tahun dahulu.
Perkara ini dibuktikan dengan mengkaji batuan yang mengasaskan kerak bumi. Batu-batu (lebih kepada habuk) inilah yang tercampak keluar dari Letupan Supernova.
Ini dikatakan gambar batu tertua yang dijumpai
di Benua Australia. Padanlah kita begitu taksub
dengan batu. Rupanya inilah nenek moyang kita.
Letupan ini mengakibatkan pecahan batu besi, unsur kimia dan gas di sebarkan ke seluruh angkasaraya. Graviti akhirnya menyebabkan gabungan ini mengorbit.
Ia membentuk 9 Planet dengan satu bintang. Kita kenalinya sebagai Sistem Surya.
Letupan Supernova tidak menghasilkan oksigen. Oksigen terbentuk khas di planet bumi menjadikan kondisi planet bumi sesuai untuk mengandung kehidupan.
Bumi berevolusi berbillion tahun dari larva dan gunung berapi, menghasilkan awan, menghasilkan cyanobacteria yang menghasilkan fotosintesis lalu mengeluarkan oksigen, menghasilkan hujan, menghasilkan tasik dan laut.
Dari laut, organisma hidup mula membiak. Segalanya bermula dari mikrob satu sel yang boleh melahirkan pasangannya sendiri (betina) ;
"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia ciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim; sesungguhnya Allah menjagai kamu" AQ 4:1
Dari makhluk satu sel ia membiak menjadi makhluk seperti ikan yang boleh berenang, kemudian makhluk ini menjadi amfibia lalu boleh berada di air dan darat, lama-kelamaan ia berkebolehan bertelur di darat, kemudian menjadi reptilia dan akhirnya menjadi mamalia seterusnya menghasilkan primate seterusnya hominin di mana dari genus homo ini kita mendapat ciri-ciri homo sapien.
Lalu homo sapien diberikan pengetahuan khusus untuk mencari ikhtiar hidup tentang bagaimana untuk menuai tenaga yang berasal dari letupan 13.8 billion tahun dahulu itu.
Tenaga letupan ini diserap dan disampaikan kepada kita selama 4.6 billion tahun tanpa berhenti oleh Matahari. Ya, matahari adalah satu-satunya entiti nyata dan wujud yang patut kita berterima kasih.
Matahari telah melakukan "solla"nya (iltizam/komitmen/tanggungjawab) dengan penuh "zakka" (murni/dedikasi/khusyuk).
Matahari mencipta kehidupan dari satu sel dan berevolusi menjadi spesis manusia. Tidak kira apa pun jenis makhluk yang kita dijadikan di bumi, kita tak sudah-sudah menuai tenaga ini melalui matahari.
Apakah yang boleh dicipta oleh sebuah tembok batu, kiub batu, berhala batu, tanda salib batu yang kita berperang dan berbunuh untuk mempertahankan kesuciannya itu ? Jawapannya, tidak ada.
"Dan di antara tanda-tanda (ayat-tihi) kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu patuh (tas-judu) menyembah matahari maupun bulan, tetapi patuhlah (was-judu) kepada Allah yang menciptakannya, jika Dialah yang kamu mahu abdikan diri (tak-budu-na) AQ 41:37
Sedangkan Matahari dan Bulan yang tercipta dari proses Big Bang dan banyak berjasa kepada kita ini pun di larang untuk kita sembah/patuh. Inikan pula sebuah kiub batu, tembok batu, berhala batu dan salib batu.
Kenapakah kita tidak mahu memikirkannya ?
Kejayaan sesuatu spesis itu dihitung melalui tahap efisiensi mereka menuai tenaga dari letupan Big Bang ini.
Tiada satu makhluk pun baik di darat atau di langit atau di angkasaraya yang terlepas dari tidak bergantung kepada tenaga letupan Big Bang ini. Menjadikan pencetus letupan ini sebagai tempat bergantung segala sesuatu.
"Allah, tempat perlindungan yang berkekalan" AQ 112:2
Carta Teori Evolusi
Teori moden mengenai evolusi manusia mungkin baru di bukukan secara akademik pada tahun 1859.
Namun, tamadun Hindu melalui Yogi mereka sudah pun mengeluarkan teori evolusi mereka sendiri berbelas ribu tahun sebelum Charles Darwin.
Mereka menggelarnya sebagai Dashavatar. Berikut adalah evolusi manusia menurut Hinduism.
- Matsya, the Fish
- Kurma, the Turtle
- Varah, the Boar
- Narasimha, the Half-man/Half-lion being
- Vaman, the Dwarf
- Parashurama, Rama with the axe
- Rama, Ramachandra, the prince and king of Ayodhya
- Krishna in Northern traditions and Balrama in Southern ones.
- Buddha, the Spiritual Master, and lastly,
- Kalki, expected to appear at the end of the Kali Yuga.
Biarpun terdapat unsur-unsur mythology yang tinggi di dalam konsep Dashavatar. Namun, kita dapati bahawa ia membuat andaian bahawa spesis manusia ini berevolusi bukan secara tiba-tiba dimunculkan secara ajaib.
Masihkah anda merasakan bahawa theologi agama andalah yang paling sempurna ? Bagaimana pula-pula orang-orang Hindu ini boleh tahu lebih awal dari Judaism, Kristian dan Islam ?
Oleh yang demikian, kita harus menerima pandangan bahawa tidaklah Adam itu secara tiba-tiba diturunkan dari langit dan menjadi keturunan manusia. Ia melalui proses yang mengambil masa yang amat lama.
Bagi saya Adam merupakan simbol seorang homo sapien yang berjaya mengguna akalnya. Ia adalah kemuncak Teori Lamarckian.
Bagi saya Adam merupakan simbol seorang homo sapien yang berjaya mengguna akalnya. Ia adalah kemuncak Teori Lamarckian.
Planet bumi pula adalah satu-satunya planet di seluruh angkasaraya yang pada saat ini berjaya menghasilkan oksigen. Lalu kehidupan disemarakkan di planet ini.
Adakah ia sekadar kebetulan ?. Berapa tinggikah nisbah kebarangkalian mengenai perkara ini ?.
Kesimpulan
Saya menulis artikel ini bukanlah untuk meyakinkan sesiapa mengenai kewujudan Tuhan atau Zat Asal atau apa sahaja yang anda mahu panggilNya.
Tiada sesiapa boleh meyakinkan orang lain mengenai perkara ini melainkan orang itu mahu menggunakan akalnya sendiri ;
"Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah turunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang faham" AQ 2:164
Sesungguhnya saya membuat pencarian saya mengenai perkara ini kerana saya dapati jawapan yang diberi oleh para ahli agama tidak begitu meyakinkan.
Akhirnya saya membuat kesimpulan saya sendiri melalui pemerhatian dan pembacaan di antaranya ialah Theory Big Bang ini.
Sehingga kini, tiada saintis yang dapat menyangkal bahawa terdapat ciri-ciri singularity samada melalui cerapan graviti atau melalui Cosmic Microwave Background di angkasaraya.
Ia mengarah kepada suatu punca asal yang saya mahu memanggilnya sebagai Zat Asal sementara orang Melayu secara am mengenalinya sebagai Tuhan, orang Barat God, manakala scripture tamadun lama pula mengenalinya dengan pelbagai nama Yahweh, Elohym, Ellah, El, Ekan Anekan, Brahman, Vishnu, Shiva, Om, Akal Purakh, Nirankar, Satnam, Ahura Mazda, Allah, Illahi dan lain-lain.
Manakala masyakarat kaum tertentu pula mengenalinya sebagai Bunsu Petara, Ra, Hyang, Amateras, Diana, Ah Puch dan lain-lain yang tidak terhitung banyaknya.
Cosmic Microwave Background..ia mengarah kepada satu titik asal
Apabila kita mencipta pelbagai nama ini, maka kita kini mempunyai masalah untuk menerangkan konsep Tuhan yang kita cipta namanya itu.
Ditambah lagi dengan keangkuhan, ketamakan untuk mendapat pengaruh harta dan sebagainya maka manusia menjadi haloba untuk mencipta konsep Tuhan yang mereka anggap sebagai milik mereka dan kumpulan yang bersama dengan mereka sahaja.
Mereka menuduh konsep kumpulan lain sebagai salah demi untuk meramaikan pengikut sendiri sambil menguatkan kepercayaan para pengikut yang lain terhadapan pemikiran kumpulan mereka.
Namun, saya akui jika anda mahu jawapan yang tepat mengenai misteri Tuhan sesungguhnya saya tiada jawapannya.
Saya hanya boleh merasai pengalamannya tetapi tidak berupaya membuat orang lain faham mengenainya melainkan hanya sedikit informasi sahaja.
Malah para saintis dengan kuasa kajian dan tabung yang tidak terhingga itu pun masih tidak dapat merungkai apakah dia "Dark Energy " dan "Dark Matter" yang sangat jelas kewujudannya di angkasa raya.
Berikut adalah komposisi angkasa raya. Hanya 4.9 peratus sahaja merangkumi semua galaksi termasuk bumi dan lain-lain seperti komet, blackhole, bintang dan sebagainya.
Oleh kerana Zat Asal adalah ketiadaan maka kita berkemungkinan melihatnya sebagai kegelapan di tempat yang tiada cahaya dan meresap sebagai udara yang tidak kelihatan apabila dikelilingi cahaya menjadikan ianyanya ghaib.
Dari manakah asalnya letupan yang pertama itu. Apakah yang membuatkan ianya meletup ? Itulah yang setiap manusia mahu tahu dan saya percaya kita tidak akan dapat mengetahui mengenainya sehingga bila-bila.
Pandangan kita mungkin berbeza, namun, hakikatnya kita bukanlah musuh kepada yang lain.
Jika kita diibaratkan mencari laluan ke sebuah puncak gunung, bukankah walau apa sahaja laluan yang kita pilih yang lurus, yang berliku, yang bengkang-bengkok, yang mencemaskan, yang mudah, yang susah penuh dengan onak dan ranjau, tetap akan membawa kita ke puncak ? Bukankah begitu ?
Hanya jangka waktu yang menentukan.
Terima kasih kerana membaca tulisan saya.
Ashwed
Dari manakah asalnya letupan yang pertama itu. Apakah yang membuatkan ianya meletup ? Itulah yang setiap manusia mahu tahu dan saya percaya kita tidak akan dapat mengetahui mengenainya sehingga bila-bila.
Pandangan kita mungkin berbeza, namun, hakikatnya kita bukanlah musuh kepada yang lain.
Jika kita diibaratkan mencari laluan ke sebuah puncak gunung, bukankah walau apa sahaja laluan yang kita pilih yang lurus, yang berliku, yang bengkang-bengkok, yang mencemaskan, yang mudah, yang susah penuh dengan onak dan ranjau, tetap akan membawa kita ke puncak ? Bukankah begitu ?
Hanya jangka waktu yang menentukan.
Terima kasih kerana membaca tulisan saya.
"Atau, adakah mereka
dicipta daripada sesuatu yang tiada? Atau, adakah mereka
pencipta-pencipta?" AQ 52:35
"Atau,
adakah mereka yang cipta langit dan bumi? Tidak, tetapi mereka tidak yakin" AQ 52:36
Salam.
ReplyDeleteBaca post ni teringat dokumentari about big bang, evolution, etc. Most people bila bicara about kun fa ya kun, imaginasi mereka macam tengok cerita Harry Potter. Baca ayat sambil pusing-pusing magic wand maka terjadilah ia dengan sekelip mata. Itu yang telah diajar sejak kecil lagi.
Human share common ancestor with african apes. Human DNA is 98% similar with pig. So the teori semua kehidupan berasal dari star dust is plausible. And the pig is not hina as what 'we' always like to perceive them. Every thing that God create have a purpose in this world.
Non
Ya, spt yg dibicara dlm Big History tedtalk (dan mini siri di astro History channel) oleh para ulama tasawuff spt prof david christian n co. Semua kejadian dirancang rapi oleh Dia dan bukanlah series of lucky breaks. Bila kita kenali siapa diri kita yg sebenarnya dan bhw unsur2 dlm diri ini adalah sama dgn unsur2 yg membentuk galaxy ini, maka dari situ kita sedar akan sebab kenapa kita dicipta-Nya dgn pemberian akal dan tgg jwb sbg khalifah di dunia ini.
Deletewow..hebat penulisan anda, ashwed. izinkan saya berkongsi penulisan ini di dalam satu group di facebook iaitu Kiub Batu Itu Berhala.
ReplyDelete-HB
saudara, apa link untuk ke group tu? sy dari dulu cari x jumpa..kalau nak masuk, melalui invitation je ke.
Deletetaip je kat facebook, kiub batu itu berhala. group tu closed group. maknanya hanya orang yg diapprove admin sahaja boleh melihat isi dalam group tu. jangan lupa pakai fake account.
Delete-HB
Salam,...."Saya hanya boleh merasai pengalamannya tetapi tidak berupaya membuat orang lain faham mengenainya melainkan hanya sedikit informasi sahaja."Sempoi!Itulah hakikatnya.Ini lebih daripada cukup untuk menjadikan manusia itu 'damai'.Bagaikan aku bermimpi menyaksikan warna-warna indah yang sangat luarbiasa,turun bak 'bebunga' hujan dari langit yang terindah,yang mana aku sedar warna-warna yang tersangat luarbiasa itu tidak wujud di alam nyata ini untuk ku sebut namanya satu persatu.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBlog ini sememangnya ditubuh utk dikongsi bersama. Tidak perlu kebenaran saya utk berkongsi.
Damai
Salam..saya pernah hampir tertewas dengan pertanyaan atheist..jika tuhan itu wujud siapa yg menciptakannya..?jika kita boleh cakap yg tuhan mengwujudkan dirinya sendiri, maka kenapa tak boleh cakap alam semesta pun wujud dengan sendirinya..?boleh bawakan bukti saintifik tentang kewujudan tuhan..?saya hanya boleh jawab setiap yg terjadi ada sistemnya..ada kasih sayangnya..seperti teori big bang..letupan yg menakutkan, menyeramkan, mengerikan yg akhirnya membentuk kehidupan yg unik dan terus berevolusi tanpa henti..semua yg berlaku tersusun tanpa cacat cela..bayangkan ada kecacatan pasti tiada kesempurnaan..maka di sini lah kasih sayang tu perlu ada..dan itu kuasa yg saya anggap sebagai tuhan..
ReplyDeleteWell done Ashwed. As an evolutionist-comparatist, I am agreed with this post. Your writing is well written and easy to understand. Everything in the world evolved over time since at date of creation, not only tangible creation but also intangible and human, and not only horizontally but also vertically. I wrote academic papers with evidence but not easy to share with my community in home country. Therefore, I submitted to more open community and platform in the west. Looking forward to read more on your research and observation. Best wishes!
ReplyDeleteMantap..kena baca berkali2...sains dan al quran..semoga Allah terus beri petunjuk...teruskan menulis..
ReplyDeleteBaca artikel ni, teringat video ni (https://goo.gl/1zUpty - It's Time To Wake Up - We Are All One)
ReplyDeleteModern Science is now beginning to confirm what Spirituality, Philosophy, Sages, Ancient teachings and psychedelics have been saying for millennia, that the entire Universe is One and that what we think of as "reality" is just an illusion.. And the only real thing in the Universe is Consciousness.
Ucapan Jim Carrey dlm video tu best,mendalam..
DeleteTerima kasih Ashwed atas artikel ini. Ianya memberi penuh makna dlm hidup saya.
yes cikgu rosli...a Holographic Cosciousness Here.Now...ever effulgencing..ever manifesting..ever vibrating as OM/HU...and tugas kita sebagai khalifah di bumi hanyalah..to exppress n spread Tuhan punya Noor as kasih-sayang,baik hati,bantu membantu,damai dan memajukan life kita.itu lah hukum Tuhan dan untuk capainya..kita di anugerah tools iaitu Intention,Attention/Focus,Imagization,Believe and bertindak AsIf...untuk menzahirkan kebaikan di dunia.Life is a refection of our state of Consciousness..Bagi yg.minat,bacalah The Power of Now oleh Eckhart Tolle.Salam Damai kat semua.
ReplyDeleteSaya pernah kaji serba sedikit pasal avatar dalam Hinduism. Proses yg terakhir iaitu Kalki, banyak digambarkan dengan kuda bersayap.
ReplyDeleteKuda bersayap = simbol kapal angkasa
Pada pendapat saya, proses evolusi manusia yg seterusnya ialah menjadi satu spesis yang space-faring. Dalam Star Trek, dunia masa hadapan digambarkan sebagai syurga, semua negara bersatu di bawah sebuah sistem persekutuan, ekonomi tidak berasaskan wang, teknologi kapal angkasa merentas sistem bintang.
Saya tak bermaksud masa hadapan manusia nanti sama macam jalan cerita Star Trek, ada perang dgn Klingon, Gorn, Borg dsbg. Tetapi idea kemajuan dalam teknologi kapal angkasa menjadikan dunia manusia bersatu dan saksama dalam sosio-ekonomi, saintifik dll.
Cuba search 'humanism in star trek'.
Saya selalu bayangkan dunia manusia akan menjadi seperti seni digital Kagaya Art.
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih tuan ashwed kerana sudi memberikan pandangan yang amat bernas di dalam artikel di atas. Izinkan saya untuk memberikan pandangan saya tentang isu ini.
Persoalan saya kepada golongan atheist ialah apa yang dimaksudkan sebagai tuhan? Apa itu Allah? God? Yahweh? Apakah yang mereka takrifkan sebagai tidak mempercayai tuhan itu sendiri?
Bagi saya sebagai seorang monotheism, tuhan/Allah/God/Yahweh adalah istilah/nama/gelaran semata-mata. Kesemua istilah / nama ini adalah merujuk kepada satu kuasa/tenaga yang melepasi batas semua kuasa/tenaga yang wujud di alam semesta ini.
Kita ambil lojik mudah, bagaimana kita ingin mengwujudkan sesuatu dari TIADA kepada ADA? Adakah api boleh terbakar tanpa bahan? Jika api itu wujud dengan perbuatan manusia yang menggunakan kaedah dan bahan bakar, adakah secara lojiknya alam ini akan terjadi dengan sendirinya tanpa ada sebarang kuasa yang menjadikannya???
Sudah beribu tahun manusia memikirkan perkara ini. Sehinggalah sekarang, manusia sudah memiliki teknologi partikel fizik, telah membangunkan makmal pemecut zarah untuk mengenalpasti teori 'Big Bang' tersebut. Hasil dari ujian ini, para saintis bersetuju bahawa letupan 'Big Bang' itu menghasilkan masa dan ruang.
Persoalannya, jika melakukan simulasi ini di CERN, saintis memerlukan kadar tenaga yang sangat tinggi untuk melakukan ujian ini, adakah terhasilnya alam semesta akibat letupan Big Bang itu tanpa ada sebarang kuasa yang melakukannya?
Kini, selepas beribu tahun perdebatan, saya berpendapat manusia boleh bersetuju dengan lojik asas yang dinyatakan tadi mengenai isu tentang wujudnya tuhan. Lojiknya, adalah MUSTAHIL sesuatu benda diwujudkan dari TIADA kepada ADA tanpa sebarang KUASA yang melakukannya.
Lojiknya adalah setiap benda diwujudkan daripada TIADA kepada ADA.... ini baru logik....cuba nak explain tapi tarikh dah lama...
DeleteBoleh kah kita berbincang ttg AQ 57:4 seperti yg Ash Wed quote dalam artikel di atas sebab soalan ini sudah lama berlegar di benak saya.
ReplyDeleteSeperti dalam diskusi kita yg terawal, kita setuju bhw Quran adalah konsisten dalam pengertian satu2 perkatakan. Berdasarkan argument ini yg membawa kepada persetujuan ttg erti sebenar "solla" dan "zaka".
Isu saya dalam AQ 57:4 adalah perkataan "yaum-u" atau "al-yaum". Berdasarkan tafsir yg kita tau, perkataan ini diertikan sebagai "hari" di byk tempat kecuali beberapa. Dan beberapa itu adalah pada ayat ini di mana "al-yaum" diertikan sebagai "masa". Apa pendapat Ash Wed dan saudara yg lain ttg "inconsistency" ini?
salam,
Deleteyaum-u atau al-yaum adalah berdasarkan kata akar ya-wau-mim yang bermaksud masa/hari/tempoh masa...
saudara boleh merujuk kepada arabic lexicon untuk nengetahui dengan lebih lanjut
Di dalam Quran surah Al-Baqarah ayat 30-31 menceritakan bahawa tuhan hendak melantik manusia sebagai khalifah di bumi ini tapi malaikat persoalkan kenapa menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah sedangkan malaikat sentiasa memuliakan & mensucikan tuhan? Kemudian tuhan memberi Adam pengetahuan yg malaikat tidak tahu.
ReplyDeleteIni menggambarkan spesis manusia sebelum Adam banyak melakukan kerosakan & menumpahkan darah, ini yg disaksikan malaikat, sebab itu mereka persoalkan. Kemudian di ayat 32 malaikat mengaku yg mereka tidak tahu melainkan apa yg Dia ajar dan tuhan lebih mengetahui.
Kesimpulan yg blh dibuat, kita memang ada mewarisi sifat melakukan kerosakan itu tp kita juga diberi akal & tanggungjawab untuk menguruskan alam ini dgn bijaksana melalui panduan yg diberikan. Malaikat yg dimaksudkan dlm ayat itu adalah tenaga2 yg wujud di alam ini, yg patuh melakukan solla masing2. Tp manusia seperti tuhan berfirman, memang makhluk yg paling banyak membantah. Jadi buat pilihan dgn bijak, samada nak buat keingkaran atau mencari kedamaian. Syurga & neraka berlaku di dunia ini di mana jika betul keputusan yg dibuat dgn usaha, nikmat yg kita dapat, sebaliknya jika kita pilih jln yg salah, kita yg tersiksa. Hiduplah di alam realiti, bukan persangkaan. Berpijak di bumi yg nyata.
Ini hanya pendapat sy & apa yg sy faham. Dan ya, kelajuan cahaya jika dikira memang sama seperti yg diumpamakan dalam Quran.
Salam Tuan Ashwed & Anon 22.30,
DeleteBolehkah saya dapat penerangan bagaimanakah 'kelajuan cahaya jika dikira memamg sama seperti yang diumpamakan dalam Quran'. Terima kasih - Muhammad
Salam, saya bukan ahli mathematic/fizik. Ini adalah maklumat copy n paste. Oleh krn itu saya tidak dapat memastikan kebenaran pengiraan tersebut. Penjelasan yg saya buat di artikel di atas juga menggunakan perkataan bhw saya tidak dpt memastikan. Mungkin ahli mathematic/fizik di antara kita dapat memberi sedikit pandangan .
DeleteSkrg kita perhatikan dengan seksama.
Jarak yang dicapai “Sang urusan” selama 1 hari = jarak yang ditempuh bulan selama 1000 tahun atau 12000 bulan.
C . t = 12000 . L
dimana : C = kecepatan Sang urusan
t = waktu selama satu hari
L = panjang rute edar bulan selama satu bulan
Sekarang, sistem kalender telah diuji mendapatkan nilai C yang sama dengan nilai C yang sudah diketahui setelah pengukuran.
Ada dua jenis sistem kalender bulan:
1. Sistem sinodik, didasarkan atas penampakan semu gerak bulan dan matahari dari bumi.
1 hari = 24 jam
1 bulan = 29.53059 hari
2. Sistem sidereal, didasarkan atas pergerakan relatif bulan dan matahari terhadap bintang dan alam semesta.
1 hari = 23 jam 56 minit 4.0906 saat = 86164.0906 saat
1 bulan = 27.321661 hari
Bulan kembali ke posisi semula tepat pada garis lurus antara matahari dan bumi. Periode ini disebut “satu bulan sinodik”
Selanjutnya perhatikan rute bulan selama satu bulan sidereal, Rutenya bukan berupa lingkaran seperti yang mungkin anda bayangkan melainkan berbentuk kurva yang panjangnya L = v . T.
Dimana:
v = kecepatan bulan
T = periode revolusi bulan
= 27.321661 hari
a = 27.321661 days/365.25636 days x 360° = 26.92848°
Ada dua tipe kecepatan bulan :
1. Kecepatan relatif terhadap bumi yang bisa dihitung dengan
rumus berikut: ve = 2 . p . R / T
dimana R = jari-jari revolusi bulan = 384264 km
T = periode revolusi bulan = 655.71986 jam
Jadi ve = 2 * 3.14162 * 384264 km / 655.71986 jam
= 3682.07 km/jam
2. Kecepatan relatif terhadap bintang atau alam semesta. Yang ini yang akan diperlukan. Einstein mengusulkan bahwa kecepatan jenis kedua ini dihitung dengan mengalikan yang pertama dengan cosinus a, sehingga: v = Ve * Cos a
Dimana a adalah sudut yang dibentuk oleh revolusi bumi selama satu bulan sidereal
a = 26.92848°
Bandingkan C (kecepatan sang urusan) hasil perhitungan dengan nilai C (kecepatan cahaya) yang sudah diketahui !
Jika:
L = v . T
v = Ve * Cos a
Ve = 3682.07 km/jam
a = 26.92848°
T = 655.71986 jam
t = 86164.0906 saat
Maka:
C . t = 12000 . L
C . t = 12000 . v . T
C . t = 12000 . (Ve * Cos a) . T
C = 12000 . ve . Cos a . T / t
C = 12000 * 3682.07 km/jam * 0.89157 * 655.71986 jam / 86164.0906 saat
C = 299792.5 km/det
Sekarang,,, mari kita bandingkan antara perhitungan yg ditulis Qur’an dengan perhitungan abad 20.
Qur’an ————————————-> C = 299792.5 km/saat
US National Bureau of Standards, ———-> C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat
The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat
Persidangan ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standar: ”Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum selama jangka waktu 1/299792458 detik”.
Damai
Tuan Ashwed,
DeleteTerima kasih atas penjelasan. I googled around too after reading your great article yesterday. Salam.
Muhammad
Kedamaian untuk semua,
ReplyDeleteDalam Al Quran terlalu banyak menghuraikan bangsa Arab dan ianya juga diturunkan dalam bahasa Arab. Bangsa yang pada azali nya dan juga mungkin sehingga ke hari ini sangat suka berperang dan berbunuh,serta berpuak- puak. Saya sangat pelik dengan bangsa sendiri yang suka mengagungkan bangsa Arab contohnya, bila menyambung belajar di timur tengah semuanya baik tapi sangat risau bila anak sambung belajar di negara barat, bila mempelajari bahasa Arab amat dipandang mulia tapi bila belajar bahasa Inggeris, Spanish dan sebagainya dipersoalkan kenapa mempelajarinya, sama juga berpakaian yang menjurus kepada Arab dan melupuskan identiti sendiri. Bukankah abu lahab dan konco konco nya berpakaian jubah dan menutup muka? Yang lagi pelik, bila bangsa sendiri bangga dengan kuantiti umat islam yang semakin ramai dan majoritinya tinggal di luar timur tengah tetapi bila melihat perbezaan berpakaian, terus tak boleh terima realiti 'keislaman' mereka. Contohnya orang Melayu islam Malaysia pergi ke Turkmenistan, Azerbaijan, Russia, Turkey atau di mana saja selain di tanah Arab, mereka terkejut dan mempersoalkan mengapa orang islam di negara tersebut tidak mengikut seperti yang digambarkan (pakai jubah, bertudung, dsb). Persoalannya, adakah perlu mengikut spesifikasi Arab baru boleh jadi islam. Waima, nama pun kena tukar jadi Arab walaupun tak tau berbahasa Arab? Sudah terang lagi bersuluh dan jelas, bangsa Arab memang tidak pernah damai sehingga ke hari ini, kalau tidak mengapa al Quran di turun dalam bahasa mereka dan kita pula terhegeh hegeh mahu jadi Arab? Tidak terfikirkah petunjuk tuhan yang nyata ini? Sekadar berkongsi.
Damai
saya amat bersetuju dengan pandangan saudara. Quran specifically addressed the Arabs at the time of revelation (untuk diperbetulkan). Bangsa lain lebih kepada historical reference. Paling best Q9:97
DeleteSy ada abang & adik..Ibu bapa sy hantar kedua-duanya belajar di Mesir dgn duit sendiri tanpa apa2 pinjaman walaupun ibubapa sy bukanlah orang senang. Kononnya takut nanti x berkat belajar ilmu agama guna duit pinjaman sbb ada riba. Begitulah kuatnya doktrin ostad2 ni dlm mendidik masyarakat.
DeleteSy yg belajar sains (ilmu dunia) ni, xpe guna PTPTN je. Ibubapa sy pula sanggup susah2 guna duit sendiri untuk hantar abg & adk sy belajar agama, supaya dpt mendoakan mereka kelak. Satu ketika, sy pernah ternampak ayah sy menangis x cukup duit nk hantar duit kpd abg sy, hingga sanggup pinjam dgn kawan dulu. Begitulah nasib org Melayu akibat ajaran2 agamawan ni.
Moga generasi akan datang x macam ni la... Sy sangat hargai apa yg Ashwed & yg lain2 buat dalam menyeimbangkan apa yg agamawan ajar.
Kalau kita pelan-pelan baca dan fahami Al-Quran,ia membawa kita kepada agama sebenar melalui peringatan-peringatan Allah.Semasa kecil semacam sudah ada unsur kebenaran itu,sehinggalah kita diwarnai oleh sistem ciptaan dan rekaan hasil tulisan tangan manusia atau tok guru.Namun,selagi seruan 'bacalah' kita amalkan dengan niat mencari,maka damailah ia jadinya.
DeleteI chanced on this site through Syed's. Great article. I myself am fascinated with quantum physics and Einstein's work on relativity. I believe we live in a time space continuum which is not unlike the story - Matrix. However, the illusion we all live in now is so magnificently awesome, it is impossible if there is no Creator to all this. Carry on sir ....
ReplyDeleteAgree with Anon 21:34, this is such a great article. Salam and thanks a lot.
ReplyDeleteSalam sejahtera.
ReplyDeleteI baca artikel yang mengatakan bahawa ritual-ritual tu adalah dari zaman Nabi Ibrahim. Ianya diajar turun temurun. Argument macam ni memang saya ada masalah. Ada bukti ke?
Jika zaman ni ada buku panduan siap gambar lagi takkan zaman tu takda. People loves to record event, info, etc. Macam zaman sekarang suka selfie. Takkan takda buku atau lukisan kat dinding atau apa-apa la kan.
Kenapa bila bab sembahyang bukan Nabi Ibrahim yang jumpa Nabi Muhammad tapi Nabi Musa?
Banyak lagi soalan dan points dalam minda berkaitan dengan isu ni. Yang I tau kena ikut blindly. Tapi how to follow setulus mulus if ada kemusykilan. Just do without essence. Yang penting kuantiti. Ramai yang jadi membership lagi hebat la group tu. Walaupun jadi membership sebab dilahirkan dalam group.
My opinion is semua ritual ni macam show off to group members how pious you are. Lain-lain perbuatan mostly hanya Tuhan jer tau especially yang kita consider as small gestures.
Seperkara lagi macamana boleh tau buat ini pahala banyak ni. Buat ni sikit jer pahala. Adakah tak buang sampah merata-rata pahala sikit. I think we should do what is right. Just do it if you want to. Tak perlu fikir as saham akhirat. If ada buat salah try to improve. Kan Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. MANUSIA jer suka beri hukuman yang melampau. Even kes bunuh pun kasi option untuk diampunkan oleh keluarga mangsa. Maknanya Tuhan suka jika maafkan pembunuh. Maybe difficult kot klu pembunuh tu a serial killer. Tapi yang mencuri memang takda second chance langsung. One swing no more hand.
Should focus more on good governance, care for living creatures wellbeing, education, health care, faifness, etc that matter most to people. Yang bab
"Should focus more on good governance, care for living creatures wellbeing, education, health care....., etc that matter most to people"
DeleteThese are the things being a muslim is all about.
Salam you all.
DeletePetang tadi Badan Agama Islam P....a ada post dalam company public announcement pasal amalan puasa.
Banyak la hadis untuk cerita pasal
amalan puasa ni.
Ada gak terselit pasal hudud untuk apostate iaitu hukuman bunuh. Ini company gradually sudah mau jadi company apa ek? Ada gak pasal jika tak ikut adalah menjadi tanggungjawab agamawan untuk betulkan supaya ikut amalan yang telah ditetapkan.
Sejak bila manusia diberi tanggungjawab especially yang melantik diri sebagai guardian ni?
Even cerita pasal Nabi yang I dengar tak ler pi bunuh orang. Kecuali Nabi Misa. Itu pun bila orang tak ikut message yang disampaikan baru Nabi berdoa supaya Tuhan tunjukkan kebenaran atau kebinasaan. Otherwise tak da la kan kebinasaan.
Nabi Ibrahim musnahkan patung for argument sake. Tetiba pengajaran dari cerita tu adalah haram ada patung.
Maybe resign kot if the company intrude people life regarding religion. Migrate pun these people dah merata-rata. Baik layan kucing I.
Non
Oops.. lupa. About hudud for apostate teringat Spanish Inquisition.
DeleteNon
Once semua orang paham kehidupan di dunia ni Illusion....damailah....
DeleteSaya rasa golongan athies kena baca kesemua artikel dan fahamkan blog ini bagaimana.
ReplyDeleteJika sekadar nak bagitahu atau nak luahkan tentang peribadinya yg tolak agama termasuk kitab. Ok lah. Bacalah komen sy sampai di sini shj.
Dan kalau tak setuju dgn orang yg berpegang al quran tak apa tetapi biarlah hujahnya berkaitan al quran sahaja. Tunjukkan yg al quran ini buatan manusia dan ditokok tambah. Kenapa nak campur adukkan hujah yg dikutip dari hadis2 yg terang2 blog ini tolak.
Atau golongan athies tidak dapat bezakan antara hadis dgn al quran?
Nak berhujah dgn orang yg dilabel quranist kenalah berhujah dgn al quran shj. Buktikan kalau mampu bahawa al quran buatan manusia.
Lainlah untuk orang yang komen yang berpegang pada agama dan percaya Tuhan, mereka dah tentu2 akan berhujah dengan blog ini dgn hadis sbb mereka berpegang kuat pada hadis. Mereka akan pertahankan hadis.
Salam
Good morning.
ReplyDeleteAa... am I being labeled as atheist? No lar... I am not an atheist.
Maybe the way I wrote plus campur-campur hadis dan Quran, and opinions. Maksud tak kesampaian.
I read all the posts in this blog and other blogs. Any topic pun I baca.
Just like Nabi Ibrahim always think rationally. Everything must make sense. The world and people are my best references.
Thank you to the owner of this blog. It is very therapeutic for me to let my steam off by pen down my thoughts in this blog. Previously I was so stressful. Have no one to talk too. The badan agama Islam of my company and some people is making me sick. Asyik remind remind paksa paksa. Must follow blindly which is against my conviction. Thanks again to empunya blog.
Non
Jika bukan awak maknanya bukanlah tertuju pada awak :)
DeleteSaya ada selak artikel lama dlm blog ini tuk cari satu link blog dlm ruang komen yg ada kaitan dgn artikel yg baru ini. Jadi, sambil2 tu, sy baca la komen dr pembaca yg terbaru, dan terjumpa la komen dr org yg terang2 tolak kitab ni. Yg nama samaran yg dia guna sama dgn yg sy jumpa di 'kereta mayat'.
DeleteSetakat yg sy perasan la, dia sorang yg tolak kitab, yg lain sy x tau termasuk awak. :)
Aku dulu penganut agama islam. Berkitabkan Al quran sebagai pegangan dan hadis sebagai rujukan.
ReplyDeleteSegala ritual agama ini aku lakukan dgn sebaik mungkin cuma tak berkesempatan ke tanah Arob utk umrah dan haji.
Kini itu semua tinggal kenagan saja. Segala ritual malah kitabnya telah aku tinggalkan setelah melalui proses pencarian dan kajian yang panjang. Pengalaman dan pengetahuan ini sukar utk dijelaskan pada mereka2 yg tidak mahu berfikir terbuka dan berlapang dada.
Aku mula perjalanan ini setelah merasakan sesuatu yg tidak kena dengan setiap ajaran yg terdapat dlm agama ini. Pelbagai persoalan timbul dn jawaban yg dibeikan oleh ostad2 sering berbeza dan tidak memuaskan.Aku semakin kritikal atas setiap perkara berkenaan agama ini.
Bertahun lamanya mencari sebuah kebenaran. Al quran mula aku baca dengan terjemahan terus setiap perkataan. Sangat berbeza dari apa yg diajarkan oleh ostad2. Aku kecilkan lagi skop didlmnya dgn mengambil yg berkenaan pengenalan tentang Tuhan sahaja. Kemudian bandingkan dgn pengenalan tersebut yg terdapat pada kitab2 agama lain juga seperti Bible Kitab Hindu dan Buddha dn beberpa yg lain. Malah buku sais juga ada kaitannya.
Hanya satu saja yg dpt aku simpulkan bahawa ianya selari iaitu Tuha itu wujud dan Esa. Seperti tuan Ashwed terangkan tentang Zat asal.
Kitab2 ini tidak lebih sebagai puzzle yg bertaburan diluar tapaknya. Perlu diambil dan disusun dgn teliti bagi memadankannya ke atas tapak yg telah sediada. Setelah siap maka akan nampaklah apa sebenarnya gambaran yg tersembunyi.
Ia adalah tentang hidup di alam maya ini. Hidup hanya untuk dinikmati. Susah dan senang merupakan 2 perkara yg setiap insan melaluinya setiap saat. Tidak boleh dielakan ketika hidup dgn berjasad ini.
Samada susah atau senang yg kita lalui. Inilah nikmatnya. Kita hanya perlu enjoy saja dgn nikmat2 ini kerana ketika berjasad ini saja kita nikmati hal ini.
Beruntunglah bagi mereka yg mengunakan akal mereka dan tidak mensia-siakannya.
Bak kata hikmah Muhammad Ali..
Jika anda melihat dunia ini sama seperti anda berumur 20 pada umur anda 50 tahun ini bermakna anda telah rugi masa selama 30 tahun.
Pada aku Tuhan itu wujud tapi segala agama dan kitab2nya hanyalah sebagai kepingan puzzles yg perlu dicantum oleh kita sendiri. Maka sekarang aku bebas merdeka menikmati hidup.
Alam
Salam
ReplyDeleteAda sesiapa pernah terbaca tentang isu bumi adalah rata?
https://www.youtube.com/watch?v=E9tL-lPsDZM&list=PLQt5a4m_Y05VI4WwgOLKxWXIw655PlHH2
Ada pendapat?
Sy pernah terserempak dgn teori ini sbb ada org share d fb. Tp sy x pasti dgn teori flat earth sbb kite sdh ada satelit dan berbgai kemajuan dr segi penemuan angkasa. bahkan sdh ada drone yg di hantar ke Marikh. Mungkin tuan bole baca pendapat dr kajian blog di sini...
Deletehttps://lampofislam.wordpress.com/2016/02/26/earth-is-a-spinning-ball/
Sebenarnya sy jgk belum buat cross check verse2 yg d jdkan rujukan penulis berikut tp, berdasarkan kajiannya ia seiring dgn hasil kajian semasa.
-mimn-
Oh ya. Ini pula berkenaan flat earth society.
ReplyDeletehttps://en.m.wikipedia.org/wiki/Modern_flat_Earth_societies
Mereka menolak konsep sains semasa atas pilihan mereka utk mengikuti penerangan drp kitab bible sbg kebenaran mutlak.
Jd di situlah sbnrnya sy sceptical dgn teori ini.
Dan ini sbg rujukan tambahan.
http://www.popsci.com/10-ways-you-can-prove-earth-is-round
-mimn-
those who say the earth is flat do so with their limited worldly knowledge and without further scrutiny of their knowledge of Physics. This is one of the danger of conjectures.
ReplyDeletePepatah Melayu ada exactly perumpamaan untuk ini..kalau dah duduk hanya di bawah tempurung..mestilah tak tau bumbumg tempurung tu macamana rupa.
Kalau dunia ni rata dah tentu kita nampak big ben dari petronas towers...
ReplyDeletejauh tu bang, kalau burj khalifah mungkin nampak kot
Delete