Kedamaian Untuk Semua,
Saya sedang menyiapkan sebuah artikel yang agak berat. Ia memerlukan kajian yang lebih dari biasa. Namun, komitmen kerja dan urusan harian tidak mengizinkan saya menyiapkan artikel ini di waktu yang terdekat.
Sementara menunggu saya mencari bahan yang sesuai sambil melakukan pemerhatian sedaya mungkin, saya sajikan dahulu di sini beberapa buah video yang menceritakan perlakuan buruk sekumpulan manusia yang menyangka diri mereka diberi petunjuk.
Ia menyedihkan apabila terkenang bagaimana kita, orang Melayu begitu taksub dengan kumpulan ini sehingga merasakan apa sahaja yang datang dari kumpulan ini adalah benar dan suci.
Fikir-fikirkan.
Anda boleh sahaja melayari sebuah Chanel Youtube yang dikenali sebagai Memri TV untuk melihat lebih banyak koleksi pendapat yang tidak masuk akal, tetapi dijenamakan sebagai Majlis Ilmu oleh orang kita.
Orang Melayu secara sejarahnya adalah suatu bangsa yang lemah lembut dan bersopan santun. Kita terkenal dengan seni diplomasi yang tinggi. Di kala marah pun kita masih berkias. Begitulah tingginya sifat sabar orang kita.
Namun, akhir-akhir ini, sifat-sifat murni bangsa ini hilang. Ia diganti dengan sikap kasar dan gasar bangsa timur tengah yang menjadi idola hampir 2/3 orang kita.
Kerajaan kita melakukan kesilapan besar apabila menghantar ramai anak-anak muda kita pergi belajar ke negara koboi ini. Apabila kita belajar dari satu sistem yang gagal maka sudah semestinya kita juga akan beransur-ansur menjadi gagal.
Ia akan melahirkan terrorist seperti ini ;
Janganlah mengguna alasan dangkal bahawa kebanyakkan terrorist Nusantara tidak menerima pembelajaran dari Timur Tengah, dari Sekolah Agama, Madrasah dan Sekolah Pondok.
Hakikatnya, ideologi ini semua asalnya dari mana ? Bukankah ia datang dari sana. Sekolah Agama, Madrasah dan Sekolah Pondok ini pula mencedok sistemnya dari mana ? Pemikiran asal dari manakah yang mereka ajar di institusi ini ?
Berikut adalah kajian mengenai pendapat rakyat sesebuah negara mengenai Organisasi Terrorist yang dikenali sebagai ISIS atau Daesh ;
Saya agak hairan, bagaimana pula rakyat beragama Buddha di negara ini juga menyokong sebuah kumpulan yang menjadikan pembunuhan sebagai modul perjuangan mereka. Di manakah silap kita ?
Ashwed
Saudara,jika x keberatan & tidak rahsia,mohon kongsi statistik pengunjung blog jika ada..paling kurang memberi harapan kepada kami untuk masa depan negara yang lebih cerah kerana ramai yang baca mesej2 dalam blog ini. Jika masih kurang,kami akan cuba sebarkan lagi.
ReplyDeleteSalam,
DeletePagehit lebih kurang 300 ribu. Masih rendah jika dibandingkan dgn blog mainstream. Sebar2kan mesej blog ini jika ia membawa manfaat kpd masyarakat kita.
Damai
God send all his 25 prophets to the Middle East not because these people are angel but their are problem race and still are. Please note God did not send his prophets in America or South America or China or Europe or Australia but only in Middle East. I find it strange the rest of the world still wants to be like them after God have given up on them after the 25th prophet.
ReplyDeleteSalam.
DeleteLatest one cannot take picture with cat. Apa barang punya thinking. Cannot understand tang nak ikut western culture. I thought dari dulu lagi tak kira from benua mana people dah lukis animals. And kekadang ada manusia hanya tak detail lukis. Macam I draw zaman tadika.
Wonder siapa yang jadi group member yang wujud dari zaman Nabi yang cuba pesong minda manusia. Sudah semestinya berasal from middle east. And don't tell me la yahudi aje sebab dari dulu lagi pak arab pun ada.
Watched all the videos. I sengeh kambing aje la. Hidup kan aman klu ikut guidelines Tuhan. You dengan cara you. I dengan cara I.
Gaduh. Paksa. Hukum. No meaning sebab yang tak setuju akan berlakon ajela depan ramai. Bila takda orang tarakuchachacha.
Non
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/05/27/larang-gambar-dengan-kucing/
ReplyDeleteNi apa cerita ni tuan.. Merepekkkk
tadi dengar khutbah, cerita pasal org arab dulu2 (x ingat dia petik mana sumber, mungkin hadis atau kisah sahabat2), kalau x gi solat jemaah kat masjid, rumah kena bakar...zaman sekarang xde hukuman di dunia, tp di akhirat, teruk kena seksa sebab x solat jemaah..
ReplyDeleteadoi...gila x gila agamawan kita sekarang...
Salamunalaikum saudara!saya ulang-salin 40-ayat terakhir dari Surah At Taubah;
ReplyDelete9:90 Maka datanglah orang yang bermasa’alah dari orang a’raabi meminta izin duduk bersama orang yang mendustakan Allah dan rasulnya maka ditimpakan keatas orang yang tidak percaya azab yang dahsyat.
9:91 Tidak bersalahan bagi orang yang lemah dan yang sakit dan yang tidak cukup perbelanjanya dan yang jujur dan yang tidak berputus-asa membantu dijalan Allah dan rasulNya malahan hanya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
9:92 Dan tidak atas orang yang datang kepadamu dan rela dibawa bersama dan kamu telah berkata aku tidak dapat membawa kamu maka mereka berpaling dan menangis berjuraian air mata kesedihan kerana tidak dapat memberi bantuan kepadamu.
9:93 Malahan jalan bagi orang yang meminta izin darimu sedang mereka kaya dan rela tinggal bersama orang yang tinggal maka Allah menyita hati mereka dan mereka tidak akan memahami sesuatu pun.
9:94 Mereka kemukakan alasan apabila kamu kembali maka katakan jangan kamu beralasan malahan kami tidak percayakan kamu dan Allah dan rasulnya yang khabarkan beritamu dan Allah Melihat segala yang kamu lakukan pastinya kamu dikembalikan kepada yang Mengetahui yang Ghaib dan yang Benar dan dikhabarkan segala apa yang kamu lakukan.
9:95 Mereka berikrar dengan Allah apabila kamu kembali kepada mereka supaya kamu tertekan maka berpalinglah kamu dari mereka malahan mereka sangat keji dan tempat mereka jahannamu sebagai pembalasan kepada apa yang mereka usahakan.
9:96 Mereka bersumpah denganmu supaya kamu meredhai mereka dan jika kamu meredhai mereka maka Allah tidak meredhai kaum yang fasik.
9:97 Orang al a’raabu teramat sangat dahsyat keingkaran dan kemunafikan mereka maka sangat wajar bagi mereka jika tidak mengetahui huduuda Allah yang diturunkan kepada rasulnya malahan hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
9:98 Dan diantara orang a’raabi ada yang mendapat nafkah dari denda yang tidak patut dan mereka hanya menunggu yang baik dan bagi kamu yang buruk malahan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
9:99 Dan diantara orang a’raabi sesiapa amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan berbelanja dijalan Allah dan membantu rasulnya maka Allah dekatkan mereka dan dimasukan kedalam rahmatNya dan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete9:100 Dan orang terdahulu dan yang terawal berhijrah dan menolong dan buat kebaikan maka Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Dia dan disediakan bagi mereka syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka kekal didalamnya dan itulah kejayaan agung.
9:101 Dan dikalangan a’raabi disekeliling kamu adalah orang munafik dari penduduk -lmadiinati mereka berbangga dengan kemunafikan mereka dan kamu tidak mengetahui mereka tetapi Kami ketahui mereka maka diazabkan mereka dua kali dan dikembalikan kepada azab dahsyat.
9:102 Selainya mereka mengakui dosanya dan mencampurkan amalan soleh dengan amalan buruk dengan harapan supaya Allah menerima taubat mereka maka hanya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
9:103 Maka keluarkan sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah supaya dapat kamu mensucikan dan memurnikan mereka dengannya dan mendoakan mereka dan kewajipanmu dapat mententeramkan mereka malahan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
9:104 Tidakkah mereka mengetahui yang Allah sedia menerima taubat dan sedekah hambanya dan Allah Penerima taubat dan yang Penyayang.
9:105 Berkata beramalah kamu dan pasti Allah melihat amalanmu dan rasulnya dan orang yang amanah dan pasti kamu dikembalikan kepada yang Mengetahui yang Ghaib dan yang Menyaksikan maka akan dikhabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan.
9:106 Dan selainya Allah tangguhkan perintahnya sama ada diazabkan atau diterima taubat mereka hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
9:107 Dan orang yang mengambil masjidan sebagai kemudharatan dan keingkaran dan pecah-belahkan orang yang amanah dan tempat menentang Allah dan rasulnya sejak dahulu dan bersumpah palsu dan berkata kami tidak menghendaki melainkan yang terbaik malahan Allah menyaksikan mereka itulah sebenarnya pendusta.
9:108 Maka jangan kamu berdiri didalamnya selama-lamanya melainkan -masjidun yang telah didirikan atas keperihatinan yang sebenar sahaja yang kamu berhak berdiri didalamnya dan terdapat ramai orang yang memurnikanya dan mensucikan diri mereka didalamnya malahan Allah sangat mencintai orang yang bersegera kepada memurnikan dan yang mensucikan diri mereka.
9:109 Maka sesiapa yang mengasaskan pembinaan diatas keperihatinan dan keredhaan Allah diutamakan dan sesiapa mengasaskan pembinaan ‘dipinggir tebing yang curam’ pasti runtuh kedalam jahannama dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete9:110 Tidak akan bertahan binaan yang dibina dengan keraguan melainkan diteguhkan hati mereka maka Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
9:111 Allah menawarkan jiwa orang yang amanah dengan harta dan syurga dan mereka yang berjuang dijalan Allah sama ada dihapuskan atau terhapus maka itulah janji benar dari tauraati dan injiili dan -lqur-ani dan sesiapa menunaikan janjinya dengan Allah maka gembiralah dengan apa yang ditawarkan dan itulah kejayaan agung.
9:112 Orang yang bertaubat dan bekhidmat dan memuji dan mengembara dan merendah diri dan patuh dan menyeru kepada kemakrufan dan mencegah akan kemunkaran dan yang memelihara huduudi Allah maka khabarkan berita gembira ini kepada orang yang amanah.
9:113 Tidaklah bagi nabi dan orang yang amanah memohon keampunan bagi orang yang sekutu walaupun mereka kerabat terdekat sesudah apa yang jelas bagi mereka bahawa mereka itulah penghuni -ljahiimi.
9:114 Dan tidaklah ibraahiima mohon keampunan bagi bapanya melainkan telah ditetapkan kepadanya dan apabila diberi penjelasan yang bapanya itu musuh Allah maka dia berlepas diri darinya malahan ibraahiima seorang yang baik-hati dan seorang yang sangat penyabar.
9:115 Dan Allah tidak sesatkan sesuatu kaum setelah diberi petunjuk dan penjelasan dan mereka prihatin malahan Allah yang Mengetahui.
9:116 Allah, Penguasa langit dan bumi dan Dia yang menghidupkan dan yang mematikan dan tiada selain Allah Pelindung dan Penolong.
9:117 Allah menerima taubat para nabinya dan yang berhijrah dan membantu dan taat ketika kesulitan malahan sebahagian mereka hampir goyah kemudian mereka bertaubat hanya Dia yang Pemaaf yang Penyayang.
9:118 Malahan bagi tiga orang yang ditinggalkan, jiwa mereka terasa sempit bumi ini sedangkan dianya luas dan mereka menyangka tiada lagi tempat berlindung dari Allah bagi menerima taubat mereka malahan hanya Allah Penerima taubat dan yang Penyayang.
9:119 Wahai orang yang amanah prihatinlah kepada Allah yang telah menjadikan kamu -shshaadiqiina.
9:120 Dan tiada warga -lmadiinati dan sesiapa disekitaran dari kalangan orang a’araabi yang tinggal dibelakang rasul melainkan Allah dahului demikian mereka tidak dilanda kehausan/zhama-un dan keletihan dan kebuluran dijalan Allah dan tidak menimbulkan kemarahan bagi orang yang tidak percaya dan mereka tidak memberi tekanan kepada musuh melainkan yang dikitabkan malahan bagi mereka dianya amalan soleh maka Allah tidak mensia-siakan ganjaran bagi orang yang jujur.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete9:121 Dan mereka tidak belanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau pun besar dan mereka tidak merentasi sesuatu lembah melainkan telah dikitabkan bagi mereka dan Allah memberi pembalasan yang terbaik kepada mereka atas apa yang telah mereka lakukan.
9:122 Dan tidak bagi orang yang amanah berpergian kesemuanya melainkan segolongan mereka yang mempelajari dan mendalami diini mereka bagi memberi amaran kepada kaumnya apabila mereka kembali supaya mereka menjadi orang yang prihatin.
9:123 Wahai orang yang amanah perangi orang yang disekitaranmu dari orang yang tidak percaya dan bertegas dengan mereka sesungguhnya Allah bersama orang yang prihatin.
9:124 Apabila diturunkan suatu surah mereka berkata siapa yang bertambah keimananya maka bagi orang yang amanah bertambah keamanahanya dan mereka mendapat berita gembira darinya.
9:125 Dan orang yang didalam hati mereka ada penyakit akan bertambah kekejian atas mereka dan dimatikan mereka sebagai orang yang ingkar.
9:126 Apakah tidak mereka perhatikan, mereka diuji setiap tahun sekali atau dua malahan mereka tidak bertaubat dan tidak ambil peringatan.
9:127 Dan apabila diturunkan suatu surah mereka berpandangan sesama sendiri dan kamu melihat seorang demi seorang mereka berpaling maka Allah palingkan hati mereka maka mereka itu kaum yang tidak faham.
9:128 Pasti telah datang kepadamu seorang rasul dari kalangan kamu yang membanggakan dan mengatasi penderitaan yang kamu ingini dari orang yang amanah dan yang dihormati dan disayangi.
9:129 Jika mereka berpaling maka katakan tiada tuhan melainkan Allah dan kepada Dia aku pasrah malahan Dia Pemelihara -l’arsyi yang Agong.
Sekian, hayati dan fahami dan jawablah sendiri mengapa Surah At Taubah tiada Basmalah??????.....
skrg pencuci lantai pun ada tanda halal. wah tak sangka clorox dari turun temurun guna, tak halal rupanya.
ReplyDeletebanyak betul kegunaan khinzir.