Friday, 10 June 2016

Siri Ramadhan : Ada Apa Dengan Yoga

Kedamaian Untuk Semua,

Gerakan yoga secara asasnya di praktis oleh kebanyakkan agama-agama besar dunia.

Dari agama pertama dunia iaitu Hindu melalui postur Hatha Yoga ;

Agama Hindu berkembang berbelas tahun 
sebelum agama-agama lain

Kepada serpihan Hindu melalui agama Buddha, yang menjadi anutan tanah-tanah di timur benua India ;






Kemudian digunapakai oleh agama adik kembarnya iaitu Zoroastrianism kira-kira 8000 tahun dahulu.



sama tapi masih ramai tidak mahu mengaku ia serupa..
Gah Worship ini dilakukan lima kali sehari 
berpandukan kepada gerakan matahari. 

 
solat jenazah zoroastrianism



kepada batu jugak yang manusia serahkan 
jiwa dan raga

Juga dikongsi oleh tamadun-tamadun besar dunia yang lain ;



Kemudiannya oleh orang-orang Yahudi melalui Kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru iaitu melalui agama Judaism dan Nasara kira-kira 2500 tahun dahulu.


 

Maka, di sebalik semua ini adalah tidak munasabah jika masyarakat kita mempercayai bahawa Tuhan secara khusus menurunkan "Ritual Solat" kepada Nabi Terakhir seperti yang kita amalkan sekarang.

Sedang informasi-informasi di hadapan kita menunjukkan dengan jelas bagaimana masyarakat lain terlebih dahulu mempraktikkannya.

Agama yang masyarakat kita amalkan baharu berusia lebih kurang 1400 sahaja. 

Ia adalah antara agama termuda jika dibandingkan dengan agama-agama lain.

Maka sudah tentulah di dalam sejarah awal penubuhan sistem agama ini para pemain terawalnya berkemungkinan besar mengembara dan melihat rakan agamawan mereka yang lain sedang mengamalkan ritual-ritual yoga ini terlebih dahulu.

Mereka kemudiannya memasukkan ritual ini ke dalam theologi agama mereka yang masih muda bersama-sama dengan perkataan "suci" maka kini semuanya menjadi tidak lagi boleh dipertikaikan

Perkara ini diterangkan tanpa bukti kukuh melainkan memaksa khalayak mempercayainya secara halus yakni dengan menggelar sesiapa yang cuba membantah dengan gelaran sesat, kafir dan murtad.

Ramai yang cuba mempertikaikan perkara ini dikenakan tindakan samada secara undang-undang atau dipencilkan dari masyarakat sekelilingnya.


Saya percaya, postur yoga ini sememangnya memberi manfaat kepada manusia sejagat dengan melicinkan aliran perjalanan darah ke bahagian tubuh yang memerlukan.

Aliran ini akan membawa oksigen bersama-sama dengannya, seterusnya menyihatkan bahagian tubuh berkenaan.

Tetapi, menyatakan secara paksa bahawa gerakan ini perlu dibuat sebagai "ibadah" kepada Tuhan adalah sesuatu yang keterlaluan.

Tidakkah kita tahu bahawa Tuhan adalah Maha Kaya yang tidak memerlukan sesuatu dari makhluk ciptaanNya ?

Jika kita membuat gerakan ini, ia hanya memberi manfaat kepada diri kita sendiri sahaja bukan untuk Tuhan.

 A006 

"Sesiapa berjuang, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam" AQ 29:6

Dengan meledaknya era internet, kini segala-galanya tidak dapat ditutup lagi.  

Kita perlu berfikir dengan lebih mendalam. Selain dari mengelak diri dari cepat menghukum pemikiran rakan masyarakat kita yang lain.

Jika kita membuka mata dan sedikit dari minda kita, kita akan mengakui bahawa di dalam dunia sekarang, masyarakat Kristian di baratlah yang paling ke hadapan. Mengapakah ia terjadi sedemikian ?

Ini adalah kerana masyarakat Kristian barat saat ini mengadaptasi prinsip-prinsip Al Quran di dalam kehidupan mereka. 

Terutamanya prinsip-prinsip seperti di tiga keterangan-keterangan berikut ;

A018


A011

"Wahai orang-orang yang percaya, apabila dikatakan kepada kamu, "Adakanlah ruang dalam perhimpunan", maka adakanlah ruang, dan Allah akan adakan ruang untuk kamu; dan apabila dikatakan, "Bangunlah kamu", maka bangunlah, dan Allah akan naikkan darjat orang-orang antara kamu yang percaya dan yang diberi pengetahuan. Dan Allah sedar apa kamu buat" AQ 58:11

 A059

"Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul (utusan), dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik" AQ 4:59

Masyarakat Kristian barat menggunapakai prinsip sebuah negara demokrasi yang progresif serta menghormati kebebasan berfikir persis di tiga keterangan seperti di atas.

Mereka sudah lama membuang ideologi Bible melainkan hanya segelintir sahaja yang masih meneruskan pemikiran sebegitu.

Mereka menghidupkan dan percaya kepada prinsip Al Quran tanpa mereka sedari lalu masyarakat ini dijanjikan Allah dengan kejayaan.

Mereka tidak lagi menghukum pemikiran orang lain, sebaliknya berdebat mengenainya untuk mendapat jawapan yang terbaik sebelum menyerapnya sebagai pengetahuan di dalam masyarakat mereka.

Saudara dan saudari para pembaca yang dihormati sekalian, bukanlah saya seorang yang anti masyarakat Islam atau pro-barat.

Saya adalah seorang yang sangat ingin menyaksikan negara kita menjadi maju serta berteknologi tinggi seperti negara maju yang lain.

Untuk melakukannya kita perlu melakukan anjakan paradigma, iaitu menukar cara berfikir kita. 

Membuang semua pemikiran lama dan mendorong serta mencetus daya pemikiran baru. 

Janganlah kita mengguna agama demi melangsungkan sebuah pemikiran yang begitu jumud dan tertutup yang terpinggir dari arus kemodenan dunia lalu kita bertegas menyatakan bahawa kitalah kumpulan terpilih.

Tidakkah kita nampak bahawa Tuhan sedang menjatuhkan azab kepada kumpulan kita disebabkan ketidakmahuan kita berfikir ?  

Ashwed 

39 comments:

  1. Salam.

    Saya masih lagi baru didalam memahami dan mengkaji AQ. Bacaan pertama nukilan Aidid Safar banyak membuka mata hati saya untuk membuat lebih banyak bacaan dan analisa sendiri. InsyaAllah kini diri lebih tenang dan damai. Pada mulanya memang ada perasaan geram dan mungkin marah terhadap mereka2 yang menyalahtafsir dan mengelirukan orangramai, tapi lama kelamaan semakin hilang perasaan tersebut.

    Saya yakin apabila masyarakat semakin menggunakan akal yang diberikan, fahaman agama dan ritualnya akan hilang secara sendirinya. Semuga kita semua dirahmati dan diberkati Pencipta kita didalam mencari kebenaran hakiki.

    Terima kasih diatas usaha penulis blog ini didalam berkongsi pengalaman, fahaman dan analisis beliau.

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Sekadar bertanya. Adakah tuan menulis blog ini dari Amerika, mungkin dalam zon California/Las Vegas?

    Adakah tuan juga orang yang sama menggunakan nama Aidid Safar?

    Mohon pencerahan / jawapan..

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Pendapat oleh Neil Degrasse Tyson ttg punca kejatuhan Islam.
    https://www.youtube.com/watch?v=WZCuF733p88

    -mimn-

    ReplyDelete
  4. El Nino merupakan kejadian yang selalu berlaku. Banyak tamadun manusia musnah disebabkan oleh El Nino. Boleh rujuk Wikipedia untuk ketahui bagaimana El Nino terjadi.

    Ada yang kaitkan kejadian ini sebagai satu bala dari Tuhan, tidak mendapat rahmat Tuhan. Malahan dikaitkan dengan tidak mahu melaksanakan perundangan Islam.

    Adakah negara yang melaksanakan perundangan Islam ini kehidupan mereka mendapat rahmat? Bagaimana dengan negara yang tidak melaksanakannya. Adakah negara tersebut tidak mendapat rahmat.

    Bagaimana dengan kejadian yang berlaku di Mekah bila angin kuat menyebabkan crane tumbang?

    Apabila seseorang yang so called religious mendapat musibah ianya adalah dugaan dari Tuhan. Tapi mungin dia ada buat salah dan Tuhan turunkan bala.

    Apabila seseorang yang banyak dosa mendapat musibah ianya adalah bala dari Tuhan. Tetapi mungkin dia diampunkan Tuhan dan tidak melakukan kesalahan dan ianya adalah dugaan.

    Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  5. Insan serba salah13 June 2016 at 01:41

    Aduhaiii pedihnyaa...

    Bini aku minta cerai n halau aku dari rumah... sebab dok marah2 aku x puasa dan semayang... dok perli2 dan marah2... last2 aku cakaplah yg puasa dan semayang tu mana wajib... takda show pun dlm AQ...

    Terus dia melenting cakap aku kafir... dah mcm org sawan dia melenting.... fuhhh allahu penangan ajaran fanatik ulama islam... giler lah... dia punya melenting tu mcm dunia ni nak kiamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertenang bro. lu duduk diam2 cool n mengadu kat Tuhan. nanti isyaallah dia bagi tolong n bagi petunjuk. aku pernah kena lebihkurang gini. minta tolong tuhan n serah diri betul2. memang dia tolong. betul bro. bukan main2. dia dah mention dlm quran.

      Delete
    2. Insan serba salah13 June 2016 at 03:14

      Bini aku siap dah bgtau mak dia tadi... pastu ugut nak bgtau family aku... aku lak naik sawan... habis dia ugut nak bgtau semua org..

      Delete
    3. Dulu kat office asyik cakap jangan lupa sembahyang. Siap perli-perli hari-hari. Memang stress giler.
      Sekarang tak ler tekanan sangat. Still ada yang suka memperli tapi I akan terus terbayang gambar bagaimana agama lama sembahyang.
      I just ignore, continue buat kerja dan tak cakap apa-apa.

      Delete
    4. Samalah. Mula-mula kawan-kawan ingat sakit ke apa. Lama-lama depa dah mula perli terang-terang. Kadang-kadang sembang sengaja depa kasi contoh tak sembahyang macam depa. Kita tidak pula memaksa depa atau mengaibkan depa. Tapi kenapa depa buat begitu? Katanya nasihat tak pun sampaikan amanah. Amanah siapa? Kita teruskan kerja sebab gaji dibayar untuk kerja, tapi depa? So apakah amanah itu kalau sendiri tidak melakukan dengan betul (amanah bekerja dengan bayaran gaji yang telah ditetapkan).

      Delete
    5. My pity goes to some of you for having to hide and be pretentious. Such an inconvenience. Thankfully in Sabah, things are much more open and tolerant. My friends and some of my family members are aware I'm not a practicing Muslim and/or that I have left Islam. Nobody gives a hoot. At the same time, I'm also seeing the Islamification rapidly creeping into Sabah. The receiving ends are the school children. I dare not think what will become in years to come!!

      Delete
    6. Anonymous13 June 2016 at 02:39 - Macammana saudara yakinkan isteri saudara?Sy masih belum dpt yakinkan isteri...

      Delete
    7. Tak payah nak pening. Solat dan puasa je bersama. Ambil hati dulu. Titisan air dalam gua nampak lemah berbanding dengan batu. Ikut je bentuk batu. Tapi lepas jutaan kali lalu kat batu, batu tu yang akan ikut bentuk air. Jadilah stalagtit dan stalagmit. Sekadar cadangan.

      Delete
    8. Alhamdulillah isteri saya tidaklah melenting sangat kerana dia sentiasa memerhati setiap perjalanan pengalaman saya untuk hanya mempraktiskan deenulislam. Cuma keluarga sendiri dan keluarga mertua ada sedikit kegusaran walau pernah hampir bergaduh gara-gara waktu berbuka dengan biras.

      Delete
    9. Betul tu. Kena slow2. Saya pernah jugak cuba cucuk2 kawan ttg ni. Tapi susah. Hanya seorg saja yg boleh terima dgn terbuka. Itu pun sebab dia juga mencari kebenaran yg sebenar. Pendek kata, merujuk kpd artikel "dogma", bukan senang kita nak merubah mereka yg sejak kecik dah di "brainwash". Hanya mereka yg ada kesedaran utk mempersoal kan perkara2 pelik dalam ajaran mereka shj yg berani utk terima pendapat yg berbeza.

      Bila baca Quran part yg Allah kata "jgn ikut ajaran nenek moyang kamu membuta tuli", mereka anggap ayat itu merujuk kepada Arab jahilliyah. Pada saya ayat itu utk kita semua. Supaya jgn ikut semata2, sebaliknya cari lah ad-deen sebenar dalam Quran.

      Delete
    10. Maybe sebab bro kata solat Dan puasa x wajib sedangkan is perlu dilakukan cuma pemahaman solat Dan puasa yg mcm mana lebih relevant Dan mencapai objective. Semoga terus tabah

      Delete
    11. I terlupa tajuk cerita tentang satu group di USA. Di mana beberapa orang melarikan diri dari group ni. Memang agak sukar untuk tinggalkan apa yang telah diamalkan.

      Delete
    12. Salam bro, dalam hal nie, kita perlulah ikut sunnah / perlakuan Nabi saw ketika beliau mula mendapat wahyu dan menyebarkan Islam. Ikut je dan tak perlu melawan terang-terangan. Jiwa dan raga, hanya Allah yang tahu.

      Saya juga pernah dicop Syiah la, sesatla, oleh anak dan isteri saya sendiri...

      Delete
  6. Insan serba salah13 June 2016 at 02:21

    Takut wehh ngan golongan fanatik yg jenis pemikiran dijail. Dia punya fanatik jadi sawan. Memang sanggup bermusuh dan membunuh. Kadang2 aku rasa baik shj aku berlakon dan memencilkan diri dr golongan2 sebegini.

    ReplyDelete
  7. Ya bro. Keadaan ko mungkin agak darurat Berlakonlah utk bagi keadaan tenang kalau itu yg perlu. Kita hidup dlm masyarakat, kena ada kedamaian. Pendapat aku, x perlu tunjuk terang2 x puasa dan semayang. Ceritalah apa pun kat depa, depa x terima.Yg penting kita dgn Tuhan. Doa elok2 dan bertenang bro.

    ReplyDelete
  8. Salamunalaikum! Insan serba salah dan saudara sekelian, dapat kiranya 20-ayat akhir dari Surah Al Maidah(5) berikut dapat memberi sedikit pencerahan darinya;

    5:100 Katakan tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun banyak dari yang buruk menakjubkan kamu maka prihatinlah Allah wahai kaum yang bijaksana supaya kamu mendapat kejayaan.
    5:101 Wahai orang yang amanah jangan bertanya sesuatu jika diterangkan menghairankan kamu dan jangan bertanya bila -lqur-aanu diturunkan malahan Allah yang Pemaaf yang Pengampun lagi Bijaksana.
    5:102 Pasti telah bertanya kaum sebelum kamu kemudian jadilah mereka itu orang yang tidak percaya.
    5:103 Allah tidak menjadikan ‘kenderaan boraq’ dan tidak dikhaskan dianya betina dan tidak dikhaskan korban dibakar dihadapan berhala malahan orang yang tidak percaya telah mengadakan dusta terhadap Allah dan kebanyakan dari mereka tidak menggunakan akal / tidak berfikir.
    5:104 Dan apabila dikatakan kepada mereka taati apa yang diturunkan Allah dan kepada rasulnya maka mereka berkata cukuplah dengan apa yang kami dapati bapa kami lakukan maka katakan walaupun bapa-bapa kamu tidak mengetahui sesuatu dan tidak mendapat petunjuk.
    5:105 Wahai orang yang amanah, tidak dapat memudaratkan kamu sedikit pun dari orang yang sesat jika kamu mendapat petunjuk malahan kepada Allah tempat kamu semua dihimpunkan dan dikhabarkan dengan apa yang telah kamu lakukan.
    5:106 Wahai orang yang amanah adakan saksi diantara kamu apabila hadir kematian diantara kamu dan berwasiatlah dengan dua orang yang adil atau dua orang selain kamu jika kamu berpergian dibumi lalu kematian menimpamu maka tangguhkan sesudah melaksanakan kewajipanmu dan bersumpahlah dengan Allah jika meragukan kamu dan tidak ditawarkan dengan sesuatu nilai walaupun kerabatmu dan tidak disembunyikan kesaksian Allah jika demikian kamu darinya orang yang berdosa.
    5:107 Jika didapati keduanya benar berdosa maka gantikan keduanya dengan orang yang benar dan hendaklah mereka bersumpah dengan Allah yang kesaksian mereka benar dan jangan kamu mungkirinya jika demikian mereka darinya termasuk orang yang zalim.
    5:108 Demikian itu lebih dekat bagi mereka datang dengan kesaksian yang dikemukakan atau mereka takut dikembalikan bersumpah sesudah sumpah mereka terdahulu dan prihatinlah Allah dan dengarlah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
    5:109 Pada hari Allah himpunkan rasulnya Dia berkata apakah kamu punyai jawapanya maka mereka berkata tiada bagi kami ilmunya melainkan apa yang Kamu ajarkan yang ghaib darinya.
    5:110 Ketika Allah berkata wahai ‘iisa putera maryama ingatlah nikmatKu atasmu dan ibumu ketika Aku mantapkan kamu dengan ruuhil qudusi dan kamu berucap kepada manusia sejak dari buaian hingga dewasa dan Aku ajarkan kitab dan hikmahnya dan -ttauraata dan injiila dan ketika kamu membentuk tanah seperti burung dengan izin Aku dan apabila kamu meniupkanya maka jadilah dianya burung dan kamu berjaya sembuhkan sibuta dan sikusta dan dapat menyelamatkan orang yang dihampiri kematian dan Aku pertahankan kamu dari banii-israaiila ketika kamu datang kepada mereka dengan penjelasan maka berkata orang yang tidak percaya tidaklah ini melainkan sihir yang nyata.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  9. smbg,

    5:111 Dan ketika Aku ilhamkan kepada sekelian para pengikut setianya, amanahlah kamu kepadaKu dan rasulKu mereka berkata kami amanah dan bersaksikanya sesungguhnya kami muslimuuna.
    5:112 Ketika berkata pengikut setianya wahai -iisaa putera maryama apakah mampu Pemeliharamu menurunkan kepada kami hidangan dari langit maka dia berkata prihatinlah kepada Allah jika kamu amanah.
    5:113 Mereka berkata kami inginkan makanan bagi mententeramkan hati kami dan kami mengetahui kamu yang benar dan kami menyaksikanya.
    5:114 Berkata -iisa putera maryama ya! Allah Pemelihara kami turunkan kepada kami hidangan dari langit dan jadikan bagi kami pesta/’iidan yang terawal dan yang terakhir dan sebagai tanda-ayat Kamu dan berikan kami rezeki malahan Kamu yang terutama pemberi rezeki.
    5:115 Allah berfirman sesungguhnya Aku yang menurunkan kepadamu maka sesiapa ingkar sesudah itu pasti Aku azabkan mereka dengan azab yang belum pernah diazabkan keatas sesiapa dari seluruh alamnya.
    5:116 Dan Allah berfirman wahai ‘iisa putera maryama adakah kamu kata kepada manusia supaya ambil aku dan ibumu dua tuhan selain Allah, dia berkata Kamu disanjung tidaklah aku katakan melainkan yang benar dan jika aku yang katakan pasti Kamu mengetahuinya dan Kamu mengetahui apa yang didalam jiwaku dan aku tidak mengetahui apa yang didalam jiwaMu hanya Kamu yang Mengetahui yang ghaib.
    5:117 Aku tidak berkata kepada mereka kecuali apa yang Kamu perintahkan maka berkhidmatlah kepada Allah Pemeliharaku dan Pemeliharamu dan aku menjadi saksi selama aku berada bersama mereka jika diwafatkan aku maka Kamu menjadi penunggangku dan saksiku atas segalanya.
    5:118 Jika Kamu azabkan mereka maka mereka juga hamba Kamu dan jika Kamu ampuni mereka maka Kamu yang Perkasa yang Bijaksana.
    5:119 Allah berkata inilah hari bermanfaat bagi orang yang benar dengan kebenaranya dan bagi mereka syurga mengalir dibawahnya sungai- sungai dan mereka berkekalan didalamnya dan Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Dia demikian itulah kejayaan agung.
    5:120 Allah Penguasa langit dan bumi dan Dia berkuasa keatas segalanya.

    Sekian hayati dengan jiwa yang tenang.

    ReplyDelete
  10. http://www.askwhy.co.uk/judaism/0200PersiaJudaism.php

    untuk rujukan semua...bagaimana Zoroastrian mencipta Judaism

    ReplyDelete
  11. Kedamaian untuk semua

    Kenapa menurut agama Arab solat itu tiang agama? Tidak pernah jumpa mana mana verse yang ada ceramah ustad. Kalau tidak buat terus diseksa dalam neraka beribu tahun, atau untuk anak anak wajib disebat. Saya agak sedih, bila ada segelintir yang terdekat semakin rancak dan seronok ke ceramah ceramah agama (menurut mereka majlis ilmu) dan bila lama-lama ianya mempengaruhi dan merubah seseorang itu menjadi lebih tertutup, keras dan judgemental. Kalau untuk mereka saya tiada masalah tetapi mengajak orang lain, memaksa dan sentiasa mengingatkan setiap masa. Kalau tidak buat, nanti mula lah dikongsi hasil ceramah ustad tadi, membebel dan bila kita diam mereka marah beremosi. Kita diam kerana tidak mahu sebarang masalah. Hmm.. Kalau beginilah, apakah benar agama yang dianuti itu? Bukankah sepatutnya berdamai dan toleransi? Mengapa terlalu jauh dari definisi dan contradict?

    Damai

    ReplyDelete
  12. Ada juga yang bila solat banyak ada tanda dahi warna hitam. Memang perlu begitu kah?

    Yang lebih pelik, al Quran diturunkan dalam bahasa Arab, mengapa orang Arab tidak faham atau mengkaji isi kandungan al Quran sendiri? Malah orang Arab ikut hadith tulisan tangan manusia yang dikumpulkan oleh buka dari bangsa mereka? Malah, kebanyakan orang Melayu islam Malaysia rata rata percaya segala hadith adalah dari tulisan bangsa Arab. Dari awal sudah tau ia ciptaan manusia kenapa tidak nampak? Malah al Quran sendiri bilang hadith menurut al Quran adalah merujuk kepada al Quran itu sendiri. Jelas.

    Akhirnya, bila yang mengkaji dan memahami al Quran adalah bukan dari lepasan madrasah atau Mesir, majoriti orang Melayu Islam Malaysia tidak akan menerima langsung, malah ketika berbicara saja sudah senyum sinis, di katakan sesat lagi. Apa boleh buat, tak kan mahu bergaduh dan paksa pula...

    ReplyDelete
  13. Anonymous13 June 2016 at 07:52 - "20-ayat akhir dari Surah Al Maidah(5) berikut dapat memberi sedikit pencerahan darinya". Apa pencerahan? Jika sekadar 'Copy paste'. Mana ulasan dan counter pendapat anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 13 June 2016 at 18:03, anda ni Bangla kah? Rohinga kah? Mianma kah? malahan mereka pun faham BM dengan baik walaupun sebutan kurang tepat! Sampai bila anda nak jadi "spoon-feeding" atau "bertongkat"

      Delete
    2. Salamunalaikum! saudara sekelian, di c/p kan ayat2 yang ada perkataan 'BODOH'.

      2:13 Dan apabila dikatakan kepada mereka amanahlah kamu sepertimana telah amanahnya manusia mereka berkata apakah kami akan amanah seperti orang yang bodoh amanah maka ingatlah bahawa mereka itulah sebenarnya orang bodoh tetapi mereka tidak menyedarinya.

      2:130 Dan tidak siapa yang berpaling dari anutan ibraahiima melainkan orang yang perbodohkan diri mereka malahan Kami memilih dia didunia dan diakhirat dan dia seorang yang soleh.

      2:142 Dan orang yang bodoh dikalangan manusia berkata mengapa mereka alehkan haluan mereka dari apa yang mereka halakan dahulu katakan kepunyaan Allah timur dan barat dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa dikehendaki menuju kepada jalan yang lurus.

      2:282 Wahai orang yang amanah apabila kamu berhutang diantara kamu dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah seorang pencatat mencatat dengan adil dan dia tidak boleh menolak bagi mencatat sepertimana Allah telah ajarkan dan setelah dicatatkan maka peminjam bacakanya dan perihatinlah Allah dan jangan kamu kurangi sesuatu dari apa yang dipersetujui jika peminjam jahil/bodoh atau kurang upaya dan tidak boleh membaca maka penjaganya hendaklah bacakan dengan diadili dua saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua perempuan yang kamu percayai jika salah seorang dari kamu lupa atau tersilap maka seorang dari kamu mengingatkanya dan saksi janganlah menolak apabila dipanggil dan jangan beralasan bagi mencatat walau sekejap atau selama mana pun tempohnya dan disisi Allah dianya lebih adil dan telus dalam kesaksian supaya kamu tidak meraguinya dan bagi pinjaman tunai tidak bersalah jika tidak mencatatnya tetapi adakan saksi apabila kamu berurusan dan jangan jadikan masaalah kepada pencatat atau saksi dan jika kamu lakukan dianya suatu kefasikan maka perihatinlah Allah yang mengajar kamu malahan hanya Dia yang mengetahui segalanya.

      4:5 Dan jangan kamu berikan hartamu yang Allah telah menjadikan bagimu ‘berdiri’/established kepada orang yang bodoh malahan berikan rezeki dan pakaian kepada mereka dan berkata sopan dengan mereka.

      6:140 Pasti rugi orang yang menghapuskan anak mereka atas kebodohanya dan tanpa ilmu dan mereka haramkan apa yang Allah rezekikan mereka dan mengadakan dusta terhadap Allah pasti mereka sesat darinya dan mereka itulah orang yang tidak mendapat petunjuk.

      7:66 Berkata -lmala-u orang yang tidak percaya dari kaumnya kami melihat kamu dalam kebodohan dan kami anggap kamu berdusta.

      7:67 Berkata wahai kaumku aku bukannya bodoh malahan aku inilah rasul Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.

      7:155 Dan muusaa memilih tujuh puluh lelaki dari kaumnya untuk datang pada waktu yang Kami tetapkan dan ketika mereka ditimpa gempa dia berkata Pemeliharaku jika dikehendaki pastinya telah dilaknati mereka sejak dahulu bersamaku dan adakah Kamu melaknati kami kerana amalan orang yang bodoh diantara kami dan tidaklah dianya melainkan suatu ujian dari Kami maka disesatkan sesiapa dikehendaki dan diberi petunjuk kepada sesiapa dikehendaki dan hanya Kamu Pelindung kami maka ampunilah dan berikanlah rahmatMu kepada kami dan hanya Kamu yang terutama Pengampun.

      27:55 Kenapa kamu bernafsu dengan lelaki selain perempuan malahan kamu inilah kaum yang bodoh.

      33:72 Kami tawarkan amanat kepada langit dan bumi dan gunung mereka enggan menerimanya dan takut memikulnya malahan manusia sanggup memikulnya sesungguhnya manusia adalah bodoh dan zalim.

      72:4 Dan telah berkata orang yang bodoh dikalangan kami terhadap Allah ini sesuatu yang syathathan/ mengarut.

      Tepuk dada! tanyalah 'mata-hati' anda!! Salam.....

      Delete
  14. Maybe somebody can give their points or pengajaran for the above. So that we can learn something and exchange pengajaran from each other. No harm done.

    Stay calm and keep learning.

    ReplyDelete
  15. bagaimana dgn.mereka yg.lahir kat Antartika/hutan Amazon..tak dapat seruan islam....masuk neraka ke? tapi siapa cipta mereka kat sana? bercanggah pula dgn.sifat Allah..Ar Rahman-Rahim....??

    ReplyDelete
  16. Kecoh UTM kata pengasas agama Sikh itu kurang faham Islam..maka telah mendirikan Sikh..hmmm..so kalau ikut logik yg.sama..jika di katakan Mohammad kurang faham Judaism n Keristian maka telah mendirikan Islam..ok ke? Orang islam boleh terima ke? Tentu marah kan....?...so..sama lah dgn.orang Sikh..tak boleh terima.

    ReplyDelete
  17. "From the earth We created you, and into it We will return you, and from it We will extract you another time" Quran 20:55.

    Cuba fikirkan ayat ini. Bukankan correlation dengan science evolution?

    ReplyDelete
  18. Saya ada satu soalan. Dalam Al Quran ada jelas menyatakan syaitan akal sesat kan manusia sampai dunia ini berakhir. Soal nya bagaimana? Menyekutukan kan Tuhan adalah yang paling tidak sepatutnya dilakukan. Apa yang saya nampak, contohnya penganut Kristian menyatakan Jesus adalah son of God. Bagaimana pula islam? Majoriti di Malaysia cukup senang dengan ayat Nabi Muhammad kekasih Allah, dan kalau ke rumah rumah mereka, nama Allah itu sendiri sama tarafnya dengan Muhammad. Soalan saya, dari mana ianya bermula dan kena itu terjadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity917 June 2016 at 07:22

      apabila kita memilih sumber rujukan selain dari Al Quran.

      Delete
  19. yang ghaib tidak boleh dinyatakan dengan satu bentuk yang nyata kerana kesemua yang nyata adalah terhasil dari satu yang ghaib.

    Itulah monotheism. Beriman kepada yang satu. yang ghaib. yang berkuasa di atas segala sesuatu yang nyata.

    ReplyDelete
  20. Facts about yoga in losing weight http://www.livescience.com/35962-yoga-weight-loss.html. Or at any other sites. Drinks plenty of water also help. But too many. If have heart problem consult doctor on water intake.

    ReplyDelete
  21. Correction.
    But not too many.

    ReplyDelete
  22. Son of God..hanya figure of speech eg.anak emas,anak buah,anak manja dll.Jesus lebih di iktiraf Son of Man..iaitu Yang Mulia dipilih Tuhan....ini lah konteks sebenar..dan menerima Jesus sebagai Christ atau yg.Bercahaya...bukan bererti masuk Christian...kerana Haq tidak boleh di hakmilik oleh siapa pun..Haq adalah utk semua manusia.

    ReplyDelete
  23. Kedamaian untuk semua,

    Apa itu istidraj? Banyak saya lihat post di media social banyak orang menyatakan ianya ialah kemudahan yg Tuhan beri walaupun tidak solat, contoh seperti firaun. Apa pendapat dan huraian saudara saudari di sini?

    Damai

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Menurut pendapat agamawan tradisi ritual solat diperintahkan melalui peristiwa isra' mikraj khusus kepada Nabi Mohd.

    Maka secara logiknya oleh kerana firaun hidup di zaman Nabi Musa beribu-ribu tahun sebelum zaman Nabi Mohd maka firaun tidak pernahlah menerima perintah solat.

    Istidraj berasal dari root word dal-ro-jim atau da-ra-ja yang membawa maksud meningkatkan darjat seseorang. Perkataan ini tidak pernah digunakan di dalam al quran. Oleh krn ia tidak pernah diguna di dalam Al Quran maka kita hanya boleh membuat konklusi bhw perkara ini adalah rekaan manusia di antara kita shj. Satu bentuk persangkaan tidak lebih dari itu.

    Namun, terdapat beberapa keterangan yang menjuruskan kpd hukuman dari Zat Asal kpd mereka yang melakukan maksiat dengan memberi mereka kelekaan dan keseronokan sementara. Sila lihat AQ 6:44 dan AQ 68:44

    Perlu diberi perhatian bahawa Tuhan melarang melakukan ritual. Intipati Al Quran ialah menolak ritual kerana ritual adalah ciptaan manusia sementara Tuhan hanya memerintahkan kita supaya mengikut cara hidup positif mengikut sunnatullahNya. Sila lihat AQ 71:23 ini adalah nama-nama ritual ciptaan manusia di zaman Nabi Nuh. Nabi Nuh menyeru kaumnya supaya menuruti satu cara hidup positif bukan melakukan ritual.

    Konklusi yang saya boleh buat ialah Firaun dihukum bukan krn dia tidak beritual solat spt kita di zaman ini. Beliau dihukum kerana dia mencipta syi-ya-an (agama) dan menjadikan kaumnya menjadi bergolongan. Dgn agama inilah firaun mencipta ritual-ritual yg sangat ditegah Al Quran. Lalu Nabi Musa dihantar untuk melawan doktrin ini dengan membawa kebenaran tentang apakah yang sebenarnya cara hidup yang perlu dilalui oleh manusia untuk menuai tenaga dari alam ini secara efisien.

    Maka jikalah istidraj itu wujud, ia berkemungkinan besar dikenakan kpd mereka yang melakukan ritual seterusnya menyerahkan jiwa dan raga mereka kpd taghut iaitu tuhan palsu yang mempunyai nama-nama yang mereka cipta sendiri di antara mereka. Allah Al A'lam.

    Damai

    ReplyDelete