Tuesday, 7 June 2016

Siri Ramadhan : Perang Yang Lagi Satu

Hampir semua umat Islam berpendapat bahawa Bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan. Bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.

Perkara ini mungkin di ambil dari keterangan mengenai malam qadar. 


A003

"Malam qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan" AQ 97:3

Saya sudah membuat kesimpulan bahawa malam qadar bukanlah suatu malam khas di antara salah satu malam bulan Ramadhan.

Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.ca/2015/07/siri-ramadhan-laylatul-qadar.html

Ia boleh sahaja muncul di mana-mana malam di dalam mana-mana bulan sepanjang tahun. 

Malam itu akan menjadi satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan jika pada malam tersebut anda menyemat cita-cita untuk mencapai iltizam anda demi suatu masa hadapan yang lebih cemerlang dari yang sebelumnya.

Ramai juga yang percaya bahawa di bulan ini Iblis dan Syaitan di pasung kaki dan tangannya dari mempengaruhi umat Islam.

Blog ini berpendapat bahawa Malaikat, Iblis dan Jin adalah suatu kuasa yang tersembunyi di dalam akal manusia. 

Anda boleh membacanya di sini ;

http://ashwed1973.blogspot.ca/2015/06/siri-ramadhan-malaikat-iblis-jin-dan.html
 
http://ashwed1973.blogspot.ca/2015/07/siri-ramadhan-malaikat-iblis-jin-dan.html 

Malaikat adalah pemikiran baik yang mencetuskan sifat-sifat baik dan murni di kalangan manusia.

Manakala Iblis dan Jin pula adalah pemikiran jahat manusia yang sentiasa tercetus ketika kita ingin mengambil sesuatu keputusan.

Apabila seseorang manusia terjerumus mengikuti hasutan jahat ini maka sifat-sifat buruk ini di gelar "Syaitan" di dalam Al Quran.

Secara ringkasnya, Malaikat, Iblis, Jin dan Syaitan bukanlah satu entiti asing yang kerjanya menghasut umat manusia. Ia adalah diri kita sendiri. Apa yang kita fikir dan lakukan menjadikan kita Malaikat dan Syaitan.

Peperangan dan Pembunuhan

Peperangan dan pembunuhan di antara manusia tidak pernah berhenti semenjak kita berjaya menggunapakai tangan sebagai mekanisma mekanikal utama untuk menuai tenaga dari letupan Big Bang yang tercetus kira-kira 13.8 billion tahun dahulu.

Segala-galanya bermula dari keturunan Adam yang melakukan pembunuhan kerana ketamakan dan keinginan untuk mementingkan diri.

A030

"Kemudian jiwanya mendorongnya untuk membunuh saudaranya, dan dia membunuhnya, dan jadi antara orang-orang yang rugi" AQ 5:30

Di dalam keterangan di atas ianya adalah jelas bahawa syaitan tidak memainkan peranannya sebagai satu entiti asing .. Jiwanya sendirilah yang mendorong untuk membunuh saudaranya ..

Mulai dari saat itu, manusia menjadikan pembunuhan sebagai di antara salah satu skil ikhtiar hidup untuk merebut tenaga dari letupan Big Bang. 

Apabila ia dilakukan secara skala yang besar maka kita mencipta satu perkataan baru untuk mendefinisinya. Kita menggelarnya sebagai peperangan.

Sebagai cara untuk mewajarkan perbuatan kita membunuh dalam skala yang besar kita mencipta terma "Peperangan Suci". 

Dengan terciptanya terma peperangan suci ini maka manusia berjaya menghilangkan perasaan bersalah membunuh rakan manusianya yang lain.

Tidakkah kita terfikir, di kala kita mempercayai bahawa Iblis dan Syaitan di pasung ketika bulan Ramadhan ini, bukankah ia sedikit pelik apabila kita masih mendapati bahawa peperangan di Timur Tengah tidak pernah ada tanda-tanda untuk berakhir ?

Pembunuhan masih di lakukan oleh umat yang merasakan diri mereka mukmin di merata tempat di sana. 

Di sana mereka bukan sahaja membunuh di dalam peperangan sahaja malah  mereka membunuh secara legal hanya kerana orang itu mempunyai pemikiran yang berbeza dengan yang lain.

Mungkin kita boleh mengatakan bahawa orang-orang ini tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, namun, tiada sesiapa pun dikalangan "ulama" zaman ini yang boleh mendefinisikan apakah ajaran Islam yang sebenar ?

Jika 5 rukun Islam itu dikira sebagai ajaran Islam yang sebenar maka kita perlu membuktikan bahawa para pembunuh dan penjenayah yang beragama Islam ini sememangnya tidak pernah melakukan 5 rukun ini malah menolaknya.

Walaupun jika ianya benar, kita masih mempunyai suatu masalah lain untuk diterangkan kepada khalayak.

Mengapa orang bukan Islam yang langsung tidak pernah melakukan 5 rukun ini sebahagian besarnya adalah orang-orang yang damai ? Ramai yang lebih penyabar dan berfikir lebih rasional dari umat Islam ?

Mereka juga membuat kebajikan sesama manusia. Ramai non muslim ini yang membuat kebajikan di negara-negara Islam yang berperang itu sendiri.

Adakah mereka ini akan berkesudahan berada di dalam "neraka". 

Sudah tentu tidak, hanya kedengkian kita yang membuatkan kita mahu memikirkan sebegitu.


A062

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih" AQ 2:62

Di Malaysia ini, terlalu ramai di antara mereka yang non muslim ini mencipta pekerjaan bagi rakan-rakan muslim mereka mencari rezeki. Bukankah ini kebajikan yang tiada tolok bandingnya.

Bukanlah saya ingin menyatakan semua non muslim ini lebih baik dari yang muslim. 

Tetapi, hakikatnya saya melihat terlalu ramai mereka yang non muslim lebih berdamai dengan alam sekeliling dan sesama manusia dari yang muslim.


 sungai di New Zealand negara non muslim

 
Sungai dijadikan produk pelancongan di Australia. Mereka berjaya melakukan perkara ini kerana mengekalkan kebersihan sungai 

sebatang sungai di Jakarta, negara Islam. Walaupun tercemar, masih lagi ada warga Jakarta mencari rezeki di sungai ini, sungguh sedih apabila merenung nasib umat Islam. Damaikah kita ?

Saya pernah melancong ke beberapa buah negara Islam di sekitar Asia Tenggara dan di benua lain. 

Secara jujur, saya melihat tahap kebersihan di negara-negara yang menggelar dirinya Islam sangat buruk jika dibandingkan dengan negara yang kita gelar non muslim.

Hakikat ini perlu kita jadikan point untuk kita, warga yang menggelar dirinya muslim yang hidup di negara yang digelar Islam supaya banyak bermuhasabah diri.

Adakah kita sebenarnya berada di jalan yang benar.

Jika sekiranya kita melihat akhlak warga kita begitu buruk, membuang sampah merata-rata, kurang sabar, berperang saban hari tak kira bulan Ramadhan atau tidak, menjadikan kebencian sebagai motto hidup, adakah kita layak menggelar diri kita Muslim, manusia yang damai ?

Perang Yang Lagi Satu

Satu-satunya peperangan yang perlu kita warga muslim lalui ialah peperangan dengan diri kita sendiri.

Objektif utama peperangan ini ialah membuang semua sikap buruk yang membelenggu diri kita. Sikap buruk (syaitan) inilah yang menjadikan kita mundur.

Kita perlu sedar bahawa syaitan bukanlah makhluk lain tetapi ianya adalah diri kita sendiri.

Bukti yang paling besar ialah, jika anda mempercayai di bulan ini "Iblis" dan "Syaitan" dipasung maka ini menjadikan manusia yang berbuat kemungkaran seperti membunuh dan berperang di timur tengah ketika di bulan ini adalah iblis dan syaitan yang sebenar.

Perhatikan adakah mereka ini berbeza dari diri kita. 

Adakah mereka berwarna merah, bertanduk, memegang tombak serampang tiga, mempunyai lidah bercabang yang dijelirkan seperti gambaran yang selalu kita bayangkan ?
 

Tidak, mereka memakai pakaian biasa seperti kita. Ada tangan, kaki, hidung, telinga dan mata seperti kita. 

Malah sesetengahnya mempunyai wajah yang lebih cantik dari kita.

Mereka membaca Al Quran yang sama dengan kita. Ramai di antara mereka pula adalah tahfiz. 

 
Tidaklah syaitan itu makhluk lain melainkan ianya adalah diri kita 
sendiri

 
melakukan kekejaman terhadap insan yang lemah adalah ciri-ciri syaitan 

Yang membezakan dan mencetuskan peperangan di antara kita ialah kepercayaan kepada satu set perkara tambahan di samping ajaran Al Quran.

Yang Syiah ada set "Khabar" yang tersendiri. Yang Sunni mempunyai set hadis mereka yang berbeza pula di antara pegangan imam-imam.

Perkara-perkara inilah yang membuatkan kita bermusuh. Bertegas menyatakan pegangan yang lain sesat dari pegangan kumpulan kita.

Kesimpulan

Di kesempatan ini, di bulan yang paling dihormati di kalangan umat Islam ini, saya menyeru kepada semua supaya hentikanlah peperangan.

Tiadalah peperangan itu suci melainkan ianya adalah terma dan konsep yang kita reka-reka demi melangsungkan kesinambungan ideologi kumpulan kita.

Peperangan hanya membawa kemusnahan dan kesengsaraan tidak kira apa pun jua anutan kita.

Berdamailah. Inilah yang menjadikan kita Islam. Janganlah kita bergolongan mengatakan kumpulan kitalah yang terbaik.

Hakikatnya, semua manusia boleh menjadi muslim jika kita berdamai. 

Gelaran muslim ini dikurniakan kepada semua umat manusia tidak kira siapa, bangsa dan anutan tidak lain dan tidak bukan oleh Zat Asal Yang Maha Mencipta, tempat bergantung segala sesuatu lagi berkekalan.

A078

"Dan berjuanglah di atas jalan Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan  dalam cara hidup (deeni) kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim (huwa samma kumu muslimoon) dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka dirikanlah iltizam (as-solla-wa-ta) dan murnikanlah ia  (wa-zakka-wa-ta) dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik" AQ  22:78




HENTIKAN PEPERANGAN

Ashwed 

17 comments:

  1. Trend terkini umat islam di malaysia ialah cari org tak pakai tudung di bazaar ramadhan, ambik gambar dan viralkan... katanya tak hormat bulan ramadhan dan kurangkan pahala org lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedamaian untuk semua

      Dan kita pula sudah nampak sikap sikap begini dan janganlah diikuti. Malah jika pandangan kita juga dikatakan sesat kafir, kita maafkan saja dan teruskan hidup seperti biasa. Berlapang dada. Kita telah menyatakan apa yang patut dengan akal yang dikurniakan Tuhan tetapi manusia ada pilihan sendiri. Pilihan mereka untuk terus mengikuti nenek moyang, tetapi pilihan kita untuk terus mencari dan mengetahui dan beriman dengan apa yang diketahui.

      Damai

      Delete
    2. Ada bdn agama satu negeri tu mengadakan penguatkuasa utk tangkap org tak tutup aurat ikut definasi mereka. Tak pula adakan penguatkuasa utk cari org yg melarat /miskin utk dibaiki sistem ekonominya. Sistem Amanah Ikhtiar. Memang mcm gangster diaorg ni. Begitu juga dgn org yg tak berpuasa ikut definasi diaorg.

      Mungkin sudah tiba masa utk istihar diri sebagai pengikut Quran secara legal, supaya tak kena ikut cara2 arab jahiliah ni secara paksa. Org agama lain senang aje nak amalkan cara mereka. Kita yg nak amalkan cara Quran byk pula sekatan n undang2nya.

      Delete
    3. Bagus cadangan ni. Minta Ashwed jadi pemimpinnya. Hantar surat pada PM..hehe.

      Tuan blog rasanya pakar hal2 negara.

      Untuk meminta hak kebebasan rakyat selagi tak melampaui batas yg merosakkan negara.

      Saya tak suka pemimpin gila kuasa dan menjadi tuhan olok2.

      http://www.thevocket.com/sebab-lebih-selesa-menetap-di-jepun/

      Salam

      Delete
  2. Always looking forward to your articles. Pleased to know that there are many of us, those who are labelled anti-hadis, liberal, kafir, murtad, laknatullah, Quranist (jadi Quranist pun berdosa! Tak paham I) and the likes. There was a tragedy in my family, a loss of a young soul, which triggered me to question the religion and the afterlife. And then there was Kassim Ahmad. Yes, it was Kassim Ahmad's Court case that brought me to his writings. I started to follow his and others of similar subjects, including your blog. In short, I have lost my religion. And found my faith. I have been a what they would call a murtad since 2015. And I have never been happier and freer.

    As most of you are, I had been brought up with Islamic lessons (pagi SRK, petang Sekolah Agama, malam pi mengaji. Dari darjah 1 sampai darjah 6. Penat oo.), even though my parents are far from religious. But what an eye opener that what had been taught all these silly whiles were bullfreakingshit! They said Islam itu mudah, but then we have najis mughalazah najis mutawasitah najis mukhafafah. And then tidak ada paksaan dalam Islam. But those murtads must be executed. Then what happens to "Most Gracious, Most merciful". Bulls.

    Anyway, I'm not fasting. Kbai.

    http://biblicalmullahs.blogspot.my/2015/10/chapter-19-there-is-no-fasting-in-koran.html

    ReplyDelete
  3. Politicalamity98 June 2016 at 02:47

    hehe I like that last..."Anyway" part...

    ReplyDelete
  4. Benarlah kewajipan menuntut ilmu dan verse bacalah bacalah bacalah. Sesungguhnya kita adalah orang orang yang rugi jika tidak melakukan perkara yang jelas ini - membaca dan menuntut ilmu. Kerana dua perkara ini boleh stimulate akal melalui kemahiran berfikir, memori, logik, common sense, dsb. Demi masa yang berlalu pantas, bila sedar satu hari nanti, adakah kita mahu menjadi golongan yang rugi kerana kita sekadar ikut ikutan.? Oh ya, dalam verse tersebut tidak ada dinyatakan ilmu spesifik agama. Jadi ilmu itu luas. Membaca juga, tidak ada halangan. Tetapi kenapa negara islam banyak suka ban material bacaan ilmiah atau kajian terhadap sesuatu perkara terutama tentang ideologi, teologi dsb? Pelik, tapi ini realiti. Tentunya orang berilmu tidak akan melakukan perkara perkara mungkar/bad habit/riot kerana kesedaran daripada ilmu dan akal yang diperolehnya. Tetapi yang kurang membaca dan kurang ilmu tentunya akan marah dan beremosi terutamanya apabila hal perbezaan berkaitan ideologi dan teologi kerana mereka diajar perlu buat begitu begini melalui idola atau generasi terdahulu yang menyampaikannya melalui oral seperti, wajib diperangi, halal dibunuh dsb. Bukankah dua contoh ini sangat jelas? Dan inilah sebab mengapa Tuhan suruh membaca dan menuntut ilmu sekali gus meransang penggunaan akal.

    Damai

    ReplyDelete
    Replies
    1. damai,

      sebab dari dulu lagi negara Islam mengamalkan doktrinasi terhadap minda masyarakat. Doktrin Piety yang dibawa oleh kesatuan melayu muda, dipelopori oleh Dr Burhanuddin Helmi dan Zaba, membentuk masyarakat yang kita ada sekarang ini. Piety adalah doktrin membentuk minda radikal, unity dan konservatif.

      Sebelum gerakan kesatuan melayu muda yang membawa budaya Timur Tengah, masyarakat Melayu sebelum itu lebih adaptasikan pacifism. Mengamalkan kesederhanaan, keamanan dan keharmonian. Walau bagaimanapun, disebabkan lokasi negara kita yang strategik dan kaya mineral, pacifism bukanlah polisi yang sesuai bagi kita untuk tempoh jangka panjang.

      Ketika era Tun M, beliau menggalakkan masyarakat untuk beradaptasikan polisi reason sebagai teras utama. Reason adalah polisi sosial yang mengkaji, mencari pengetahuan, masyarakat berintelek. Ketika era Tun M, terdapat banyak program khusus untuk pembentukan minda seperti Malaysia Boleh, Rakan Muda, Bina Negara, Gerakan Belia, Wawasan 2020 semuanya adalah bermatlamatkan untuk menukar pradigma yang melanda masyarakat Melayu. Malah buku beliau, The Malay Dilemma adalah satu wadah untuk membuat anjakan paradigma kaum Melayu dari pacifist / piety kepada reason/commerce.

      Damai


      Delete
    2. Bukan kah di zamannya Za'ba juga dicap sebagai kafir oleh agamawan dan bukunya bertajuk 'Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri' diharamkan?Dalam buku itu beliau mengkritik orang Melayu dengan kepercayaan mereka,sedangkan menurutnya Al-Quran memperingatkan sebaliknya.Prof. DiRaja Ungku Aziz adalah antara ilmuan yang berkempen supaya orang Melayu membaca buku ini.Damai.

      Delete
  5. Salamun,..nilai2 moral yg diamalkan sepanjang ramadhan spt mengaji,bertukar juadah,bersedekah ,memakmurkn masjid,kurang mengumpat ,berpakaian dn berperangai lebih sopan ,menahan sabar,ingat pd anak yatim dn bnyak lagi sgtlah terpuji namun berkurangn mnjelang syawal.konon syaitan dh x kena rantai.Alangkah baiknya klu berterusan sepanjang masa.Tidaklah ramadhan bulan untk menunjuk2kn amal jariah yang bermusim.klu bole tidak merokok kenapa tidak diteruskan selepas ramadhan...

    ReplyDelete
  6. Aku pernah berguru dgn ahi sufi dlm perjalanan aku mencari kebenaran. Suatu hari dia tanya...

    Guru: Kau nak tengok syaitan tak?

    Aku: Hah!!.. syaitan?

    Guru: Ye la.. syaitan.. asyik nak kenal Tuhan saja tapi syaitan tak nak kenal.

    Aku: Betul juga ye Tok.. err.. macam mana nak tengok syaitan tu tok?

    Guru: Senang saja.. kau bawakan cermin.

    Aku: Cermin?..

    Guru: Iye.. cermin.

    Aku pun bawakan cermin yg ada terlekat pada dinding.

    Aku: Ni cerminnya tok.

    Gutu: Bagus.. sekarang kau lihat ke dlm cermin tu.

    Aku pun lihat ke dlmnya dengan perasaan agak takut juga kalau2 ada rupa yg mengerikan muncul didlmnya. Lama juga aku lihat sambil membelek2 cermin tu.

    Aku: Tak de pun tok?

    Senyum saja dia melihat gelagat aku.

    Guru: Kan ada tu.

    Aku: Mana ada tok.. muka saya ada la ni.

    Guru: Haa... itu lah dia syaitan.

    Aku: Apa?.. saya syaitan.

    Guru: Iye la... itulah rupa syaitan. Rupa diri kita sendiri... Kan dah dikatakan syaitan itu musuh yg nyata.

    ...................................

    Alam

    ReplyDelete
  7. Muslims in this country will fast for more than 21 hours.
    http://m.gdnonline.com/multidetails.html?id=92170

    ReplyDelete
  8. Tuhan yang menciptakan tubuh badan manusia itu perlu kepada pengambilan nutrisi melalui pemakanan dan minuman, maka untuk tuhan itu menetapkan supaya dalam satu - satu tempoh supaya diharamkan makan dan minum, pada saya adalah sesuatu yang tidak logik dan bertentangan dengan nature tubuh manusia.

    Makan dan minum bukanlah perkara jenayah yang perlu ditegah, malahan adalah perbuatan yang penting untuk kelansungan hidup semua makhluk.

    Maka saya berpendapat, berpuasa makan dan minum itu adalah menahan diri daripada makan dan minum secara berlebihan. Menjadi batal apabila kita makan dalam satu hari macam tak ingat dunia seperti di buffet2 ramadhan.

    Dua kutub ekstremism, satu tidak makan langsung, satu lagi makan sebanyak - banyaknya. Memilih antara dua ini pada saya mudah sangat. Apa yang mencabar adalah memilih kesederhanaan. Makan dan minum sebagai sustenance, dan tidak berlebihan.

    Pada saya itulah puasa / menahan diri.

    Betulkan andai ada fallacy dalam pendapat saya. Saya budak baru belajar semula. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brother Ashwed
      Peace.

      Shahru Ramadan...... AQ 2:185.

      Kisah di Malaysia:
      satu bulan bernama Ramadan menurut hitungan kalendar islam.
      siyam=puasa= no food, no drink,no sex ,tak boleh telan air liur berlebihan,tak boleh mandi petang,tak boleh korek hidung, tak boleh korek telinga, tak boleh pakai wangian, tak boleh muntah, tak boleh tidor saja, tak boleh pakai minyak angin , tak boleh macam macam lagi from dawn to dusk.
      Kalau buat kena tangkap .

      Bukan senang nak jadi islam.

      Selamat berposa.Lepas tu dapat jadi Muttaqi.???

      Its ok. Islam itu mudah, God wishes convenience for all of us.God does not impose hardship on all of us.


      Confused and dunno what to say laa.

      Delete
    2. Salam,...tidak perlu confuse bro!Dalam Al-Quran ada segalanya yang menjawab semua karut marut yang diamalkan oleh agama isle yang ditulis tangan oleh tok guru.

      I know,you know it,and we know,but buat buat donno.

      Delete
  9. salam tuan,

    boleh tulis tentang perayaan 1 syawal. dari mana asalnya hingga masuk ke dalam amalan agama...

    ReplyDelete