Kedamaian Untuk Semua,
Untuk pengetahuan pembaca baru, saya sudah agak lama menulis di ruangan ini.
Artikel kali ini adalah yang ke-103 saya karang. Blog ini juga sudah menjangkau usia setahun lebih.
Oleh yang demikian, saya rasa elok sekiranya di "Bulan Ramadhan" ini saya membuat sedikit analisis ringkas mengenai konklusi, dapatan dan kedudukan blog ini mengenai program soum melalui persepsi roda kehidupan manusia.
Saya
tidak mempunyai pengetahuan samada terdapat kehidupan di planet yang
lain samada di dalam sistem Galaksi Bima Sakti atau sistem galaksi yang
lain.
Oleh yang demikian, analisis ringkas ini hanya dibuat melalui pemerhatian kepada sistem kehidupan yang ada di bumi sahaja.
Intro
Segala-galanya bermula kira-kira 13.8 billion dahulu dengan tercetusnya sebuah letupan yang dikenali sebagai The Big Bang.
Letupan ini melahirkan sebuah tenaga yang maha hebat yang tidak pernah ada tanda-tanda untuk berakhir dalam tempoh yang terdekat.
Tenaga inilah yang sentiasa dituai dan menjadi sumber kehidupan segala makhluk cakerawala seperti planet, komet, bulan dan bintang.
Ini termasuklah segala makhluk yang sekarang ini sedang hidup dan berevolusi di sebuah planet yang diberi nama bumi.
Tenaga dari letupan Big Bang ini diserap oleh bintang di galaksi kita iaitu matahari melalui letupan kedua yang dikenali sebagai Supernova.
Ia kemudiannya disampaikan kepada kita melalui pancaran cahayanya selama lebih kurang 4.6 billion tahun tanpa henti dan berkemungkinan besar akan kekal memancar untuk tempoh berbillion tahun lagi.
Melalui pancaran matahari inilah kita makhluk yang hidup di dunia menuai tenaga itu untuk memulakan roda kehidupan masing-masing.
Kita sendirilah yang menetukan halatuju dan potensi kita sendiri.
Kita sendirilah yang menetukan halatuju dan potensi kita sendiri.
"He to Whom belongs the Kingship of the heavens and earth. He has chosen no son, nor does He have a partner in His Kingship. He
is the One Who creates all things in precise design and gives them the
potential (takdir) to become what they are meant to be" AQ 25:2 (terjemahan Dr Shabbir Ahmed)
Bagi kita manusia, segalanya bermula dengan setetes mani. Lalu kita berevolusi di dalam perut ibu kita.
"Kemudian Kami
buat dia setitis mani di dalam satu bekas yang kukuh" AQ 23:13
"Kemudian Kami
ciptakan daripada setitis mani, dadih darah; kemudian Kami ciptakan
daripada dadih darah, seketul daging yang kecil; kemudian Kami ciptakan
daripada seketul daging yang kecil, tulang; kemudian Kami kelubungkan tulang
dengan daging; kemudian Kami tumbuhkan dia sebagai ciptaan yang lain.
Berkatnya Allah, pencipta paling baik ! " AQ 23:14
Zat Asal memutuskan supaya manusia diberi pancaindera yang paling dominan dari makhluk lain iaitu akal.
"Dan Dia ajar Adam nama-nama,
kesemuanya, kemudian Dia kemukakan kepada para malaikat. Dia berkata,
"Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar." AQ2:31
Kemudiannya kita dilahirkan menjadi ADA di dalam dunia ini dengan tidak mempunyai pengetahuan satu apa pun.
Dari pancaindera yang diberi inilah manusia berevolusi lagi dengan memperkemas sistem ketajaman berfikir lalu berjaya mencari ikhtiar hidup yang paling efisien dan akhirnya menguasai Planet Bumi.
"Dan Allah keluarkan kamu dengan tidak tahu sesuatu dari rahim ibu-ibu kamu, dan Dia buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati, supaya kamu berterima kasih" AQ 16:78
"Dan Allah keluarkan kamu dengan tidak tahu sesuatu dari rahim ibu-ibu kamu, dan Dia buatkan untuk kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati, supaya kamu berterima kasih" AQ 16:78
Kita berikhtiar hidup dengan tujuan yang sama dengan makhluk lain di bumi ini iaitu untuk menuai tenaga dari letupan Big Bang.
Namun perbezaan terbesar di antara kita dengan makhluk lain ialah keupayaan kita untuk berfikir.
Di mana dengan keupayaan ini Zat Asal memandu kita berikhtiar hidup melalui scripture yang diturunkan dari zaman ke zaman mengikut budaya dan tamadun di ketika itu.
Maka scripture inilah yang menjadi panduan kita spesis manusia untuk menjadi yang paling agong di antara makhluk-makhluk lain yang sedang sama-sama hidup di Planet Bumi ini.
Scripture ini hanyalah manual kehidupan peraturan hidup untuk menuai tenaga yang tercetus itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
Ia sekali-kali tidak mempunyai apa-apa kuasa suci yang berupaya mengubat penyakit atau berupaya menghalau hantu jembalang atau berupaya menjadi tangkal ibu duit sebagai penarik rezeki.
Hanya kitalah yang berupaya merealisasi potensi kita sendiri.
Ia bermula dengan Rig Vedas kepada Taurat kepada Zabur kepada Injil dan akhirnya kepada Al Quran (sekadar menyebut beberapa nama).
Panduan Hidup Untuk Berjaya
Bayangkan jika anda adalah pencetus letupan Big Bang itu.
Anda sudah tentu ingin memberitahu kepada subjek anda tentang cara dan peraturan untuk menuai tenaga yang anda cipta itu ? Bukankah begitu ?
Anda sudah berjanji tidak akan menukar walau sekecil zarah akan peraturan untuk hidup di dunia yang anda reka ini maka itulah panduan pertama anda kepada subjek anda iaitu manusia.
Bahawa tidak akan ada pertukaran kepada Sunnatullah (peraturan) anda kecuali di dalam keadaan tertentu yang kita kenali sebagai mukjizat.
"Sunnah (resam) Allah seperti yang telah berlalu sebelumnya, dan kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah" AQ 48:23
Ia adalah cara anda memberitahu subjek anda bahawa Andalah Yang Paling Berkuasa, satu-satunya entiti yang berupaya mengubah Peraturan Anda sendiri.
Ia hanya terjadi beberapa kali sahaja di dalam sejarah 4.6 billion tahun kehidupan di Planet Bumi ini.
Selain daripada itu, sudah tentulah Anda ingin memberitahu bahawa oleh kerana Sunnatullah ini tidak akan berubah maka satu-satunya cara untuk subjek Anda menempa kejayaan menuai tenaga yang tercetus dengan efisien ialah dengan mengikuti peraturan-peraturan ini. Tiada jalan pintas.
Maka Anda pun menyampaikan supaya subjek Anda menepati masa, menjaga kebersihan, menghormati orang tua, mencari pengetahuan, membuat kebajikan, menjaga integriti dan kehormatan dan lain-lain sifat positif.
Kesemua perkara ini perlu dilakukan dengan penuh iltizam dan dedikasi yang semurni-murninya. Inilah peraturan Anda.
Oleh kerana Andalah Yang Paling Berkuasa di dunia yang Anda reka, maka Anda sudah tentu tidak perlu bantuan sesiapa untuk membawa idea ini kepada subjek Anda.
Maka Anda pun mencetuskannya terus ke dalam pemikiran seorang yang paling murni dan istimewa dikalangan subjek Anda.
Subjek Anda menggelar pemikiran murni ini dengan pelbagai gelaran seperti Djibril, Gabriel, Ruhul Kudus, Vohu Manah, Holy Ghost dan lain-lain.
Oleh kerana pemikiran ini dicetuskan di zaman yang berbeza di dalam budaya dan ketamadunan yang berbeza maka kita dapati tulisan-tulisan yang tercetus dari pemikiran murni ini mempunyai pengaruh kehidupan setempat yang sangat berat.
Walaupun begitu, intipati scripture yang ada cetuskan ke dalam pemikiran setiap utusan Anda tetap sama tidak kira zaman, kebudayaan dan tamadun.
Iaitu untuk merealisasi potensi mereka, mereka perlu tertakluk kepada peraturan Anda.
Program Soum
Sesungguhnya segala sifat positif ini sebenarnya sudah Anda tanamkan ke dalam diri setiap subjek Anda semenjak hari pertama mereka dilahirkan ke dunia mereka lagi.
Namun, ternyata manusia memang mudah lupa dan suka membantah lalu cuba menipu diri sendiri kononnya ada jalan pintas kepada peraturan Anda.
"Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah" AQ 18:54
Mereka mencipta ritual di dalam kebudayaan dan ketamadunan mereka dan membuat rancangan menyatakan inilah jalan pintas kepada peraturan Anda.
Apabila ini berlaku maka subjek anda kini tidak lagi menjadi begitu efisien untuk menuai tenaga yang Anda cetus itu lagi.
Untuk mengawal keadaan ini Anda mencadangkan satu program untuk mereka ikuti supaya mereka kembali menjadi produktif.
Program ini adalah sebagai satu usaha untuk mereka mengenalpasti kelemahan yang ada dalam diri mereka lantas mengubahnya supaya mereka tidak ketinggalan.
Di dalam Bahasa Arab utusan yang anda pilih menulisnya sebagai Soum yang membawa erti menahan diri atau an act of restrain or abstain.
Jika subjek Anda seorang yang cepat marah dan panas baran Anda menyarankan supaya mereka menahan diri dari perbuatan itu dengan bersabar.
Jika subjek Anda seorang yang malas berusaha Anda menyarankan supaya mereka menahan diri dari merasa malas dan mengubahnya menjadi rajin.
Jika subjek Anda seorang yang gemuk, Anda menyarankan supaya mereka menahan diri dari makan dan minum dengan keterlaluan.
Begitulah seterusnya yang subjek Anda harus lakukan tertakluk kepada kelemahan diri masing-masing. Ia bukan satu program umum yang sama kepada semua subjek.
Mereka perlu melalui program ini sehingga mereka boleh membezakan di antara yang baik dengan yang buruk atau seperti yang ditulis oleh utusan Anda .. 'sehingga kamu dapat membezakan benang putih dari benang hitam'
Outro - Pengakhiran
Apabila subjek Anda mengikuti program ini dengan baik atau secara umumnya mengamalkan cara hidup yang menepati Sunnatullah atau peraturan yang Anda buat.
Anda berjanji bahawa kehidupan mereka akan berakhir dengan gemilang. Tidaklah Anda sedikit pun mahu meyusahkan kehidupan subjek Anda.
Segalanya adalah untuk diri mereka sendiri sahaja supaya mereka tidak terlalu jauh terkeluar dari garisan peraturan (sunnatullah) Anda yang tidak akan berubah itu.
Merekalah yang harus berubah bukan peraturan Anda.
Utusan Anda membuat metafora mengenai keadaan ini dengan membuat misalan .. 'seperti hidup di dalam sebuah taman yang mengalir di bawahnya sungai-sungai' .
Ini kemungkinan besar adalah disebabkan utusan itu tinggal di sebuah tanah yang tandus dipenuhi padang pasir di mana air adalah satu komoditi yang sangat berharga lalu beliau berfantasi sedemikian.
Utusan Anda tidak terfikir bahawa 1400 tahun selepas kematiannya akan benar-benar ada banyak negara yang mengamalkan sebahagian besar panduan yang tercetus kepadanya itu.
Lalu penduduk di negara-negara ini benar-benar tinggal di bandar-bandar yang mengalir sungai-sungai jernih di tengah-tengahnya.
Kesimpulan
Program Soum bukanlah satu program umum yang sama untuk semua kerana jika ianya sebegitu adalah jelas bahawa akan ada ketidakadilan kepada manusia sejagat.
Al Quran diturunkan supaya dunia menjadi adil bukan sebaliknya
Adakah anda merasakan penduduk Ethiopia yang kebuluran itu perlu lagi menahan diri dari makan dan minum apabila tiba "Bulan Ramadhan" sedangkan sepanjang tahun mereka tidak langsung dapat menuai apa-apa nutrisi dan mineral ke dalam tubuh mereka ?
Adakah anda benar-benar merasakan Zat Asal Yang Maha Mengetahui ini benar-benar mahu penduduk Ethiopia menambah lagi satu derita di dalam kehidupan mereka ?
Fikir-fikirkan.
Perlukah manusia ini "berpuasa" lagi
jika beliau seorang beragama Islam ?
Atau beliau perlu mengubah sikap yang lain
yang menjadikan mereka begini ? Sikap suka
berperang mungkin ?
Perlukah kanak-kanak ini bangun sahur seperti anak-anak orang Melayu di tanahair kita ..
Ashwed

Gambar yang sangat menyedihkan untuk kemanusiaan .. burung bangkai ini sedang menunggu untuk menuai tenaga dari letupan big bang
2:183 O you faithfuls, "asshiyaamu" is programmed
for you, as it was programmed for those before you, so that you
are observant.
2:184 A few specific days, therefore those who fall ill, or on
assignments, so schedule it on other days. And for those
who find difficulties in doing it, substitute the feeding of a poor
person. Hence, whoever works goodness, so it would do him
good, and that you "tasyuumu" is better if you know,
2:185 manifest heat which was sent within it, the Quran a
guidance for the people, and explanations from the guidance, and
the criterion. Therefore, whoever amongst you experiences the manifestation
shall "yasyumhu". And those who are ill, or on assignments
may therefore, account an equal number of other days. God wishes
convenience for you, and He does not impose hardship upon you;
and so that you could fulfill the schedule, and you shall glorify God
for guiding you, so that you be appreciative.
2:186 And when My servants ask you about Me, I am always
near, I respond to the call of any caller who calls on Me.
Therefore, they shall respond to Me, and be faithful to Me, that
they may be guided.
2:187 You are permitted during the nights of "asshiyaami" to
mix with your women. They are your confidantes, and you are
their confidants. God knew that you have betrayed yourselves,
and therefore He redeemed you and pardoned you.
Henceforth, mix with them, and seek you of what God has
programmed for you, and savour it until its clear for you
as that of a white thread distinguishable from a black thread
is apparent. Then fulfill "asshiyaama" to the night. And
you shall not mix with them whilst retreating in the institutions.
These are the bounds of God (tilka hudud-dullah); therefore you shall not be near
them. God thus clarifies His revelations for the people, that they
become observant. Ashwed
A brilliant article saudara..namun..Zat Tuhan sentiasa dan akan forever bimbing manusia mengikut capacity orang itu menerimaNya...oleh itu Mana2 kitab suci tidak boleh bimbing dan hanya sebagai guideline dan peringatan.Bayangkan Tuhan bercakap 1400 tahun dahulu dan cakapanNya di bukukan..habis..selepas itu Tuhan membisukan DiriNya sahaja ke?life still goes,on..tapi..bimbinganNya statik dari kitab yg.perlu manusia pula tafsir ke?Time changes..situasi berubah..dan kalau masih pakai manual 1400.tahun dulu..maka huru hara lah hidup ini..macam keadaan di dunia Islam sekarang....so..yg.kita perlu adalah mendengar bimbingan Tuhan melalui suara hati or conscience kita samada membawa cahaya or kegelapan dalam hidup ini.Kita perlu peka dan sensitif dan bukan macam agamawan yg.menjadi hati batu berdasarkan tafsiran buku manual 1400 tahun dahulu.
ReplyDeletesaya setuju.. tetapi sebagaimana yang saudara sendiri nyatakan, Quran adalah guideline dan peringatan dan sebarang consciences atau suara hati yang kita 'dapati' semestinya tidak lari dari Quran itu sendiri.
DeleteBahayanya bile kita tak berlandaskan Al Quran dalam mengikuti suara hati dan conscience adalah akan wujudnya tafsiran syok sendiri, conjectures dan wujudlah fatwa-fatwa dan 'hadis' to suit suara hati tersebut, dengan tidak merujuk pula guideline yang diberikan Al Quran.
The guideline stated in the Quran is relevant till the end of time. If you think it's not, can you at least point out which verse?
DeleteUntuk memudahkan semua pihak..boleh lah saudara2 yg.ingin tahu secara jujur dan open minded..sila google “Controversial verses in the Quran”...semoga menjadi bahan renungan.terima kasih.
Delete14:49 kamu seperti mengatakan yang Tuhan itu ada 'expiry date' ke?Itu mungkin tuhan kamu kot.Huru hara sebab tidak faham peringatan Tuhan.Bertuhankan tok guru dengan kitab-kitab tulisan tangan mereka sendiri.
ReplyDeleteKaji lah Bab 66 Ayat 1-AlQuran...dan cuba jelaskan tentang perlakuan Nabi..adakah Quran authentic sptmana di wahyukan atau susunan semula oleh Khalifah Uthman?Mengapa kah tidak ada satu ayat pun memerintahkan supaya quran di jilidkan?ini menunjukkan bahawa message quran hanya lah untuk ruang dan masa itu sahaja.
DeleteBab 66 Ayat 1-5....
Deletethe Quran must be read in context..not a single liner. Understand the story and its message.
ReplyDeleteNoted..ini membuktikan message/verses di turunkan sbg.respons terhadap sesuatu insiden yg.berlaku..maka message Quran hanyalah utk.situasi itu dan bukan utk.“till end of time”...yg.memerlukan Pencipta memberi bimbingan terus menerus as life goes on dan bukannya berhenti memberi wahyu atau bimbingan hanya 1400 tahun dahulu...yg.punca kami berperang n bergaduh sesama muslim n non muslim pun sepanjang zaman hingga kini..oleh itu adanya konsep Avatar dlm.Hindu..dan Sifu dalam Tao dan MahaGuru di kalangan Muslim Nusantara.
DeleteI beg to differ. I think you are missing the point. The verses and message(s) in it is universal and timeless. For example (some, the rest I am sure you can deduce by reading and understand):
Delete1. The messengers are not infallible (maksum) and so are the wives,
2. when you tell something, tell the whole truth, not half truth,
3. repentance is the only way to ask for God forgiveness, no intermediaries.
So tell me if they are not guidelines to our submission and a Muslim?
Berperang/bergaduh to date is due to our over reliance to tok guru dan sebagainya.
salam,
Deletememang ayat yang diturunkan telah berhenti 1500 tahun dahulu tetapi pesanannya boleh digunakan sehingga akhir masa dan ruang.
peperangan akan tetap berlaku sebagai hukum alam ini bagi manusia. hanya yang memahami pesanan dalam al quran yang akan berperang untuk kebaikan
http://zamkata.blogspot.my/2016/06/umat-islam-kiamat-lebih-dahulu-dari.html
ReplyDeleteUmat Melayu kena candu agama tahap overdose...
http://zamkata.blogspot.my/2016/06/kearah-selamatkan-umat-islam-malaysia.html
ReplyDeleteOtak melayu dah membeku dan malas membaca dan berfikir. Kena sodok dan sondol hari2 dengan ostad cari makan...
Dari pengamatan saya..penbaca2 blog ini jujur untuk menzahirkan yg.Haq dalam hidup mereka...tapi..nampak seolah2 ada dalam paradigma yg.salah..iaitu kedua2 nya bersandarkan samada Hadis atau Quran dan tidak voleh membawa seseorang itu ke God Realization.Hadis dan Quran hanyalah jari menunjukkan Bulan tapi kita tak mampu mencapai bulan itu melalui bacaan,perbincangan atau berdiskusi atau berdebat.Haq hanya boleh di capai secara experiential atau terus berenang dgn.bimbingan coach dan bukan melalui bacaan kitab atau manual berenang.Manual hanya untuk membina konsep dan idea..tapi tidak mampu membuat kita “mengalami” Tuhan.Sila baca tentang fahaman Syeh Siti Jenar sbg.example yg.praktikal.Salam damai pada semua...jangan marah2.
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat tuan bahawa Quran memberi konsep. Dan tidak keterlaluan pada pendapat saya bahawa Dari konsep2 inilah membolehkan manusia mencapai matlamatnya. Konsep ataupun framework sangat penting sebagai guideline dari terjerumus kepada keadaan 'naar'.untuk extract konsep2 ini semestinya Quran perlu di tafsir menggunakan bahasa Zaman INI Dan bukan lagi menggunakan tafsir yang sinonim seperti hamka Dan lain2. Saya percaya Syeh Siti jenar ada cara tersendiri untuk mencapai matlamatnya Dan setiap Dari kita memang akan ada cara yang berbeza tetapi menggunapakai konsep2 yang sama.
Deleteadalah digalakkan untok anon 03:50 dan 06:28 untok mencari kamus dan semak erti perkataan konsep kerana terbukti kamu berdua TIDAK FAHAM makna perkataan itu!
Deletedan terbukti ketidakfahaman mereka berdua bukan setakat itu saja tetapi termasuk juga TIDAK FAHAM apa itu Al-Quran.
untok pengetahuan umum, perkataan "konsep" atau dalam bahasa inggerisnya "concept" membawa erti an abstract idea or a general notion
dan sekiranya kita tidak berbohong kepada diri kita sendiri dan benarbenar membaca AlQuran, kita akan baca surah 31 : ayat 2 yang dalam terjemahan inggerisnya these are the verses of the Book of Wisdom ...
... ini bermakna Al-quran bukanlah sebuah buku yang penuh dgn "concept" tetapi ia adalah the book of wisdom dan jika kamu benar membaca al-quran , kamu akan dapati segala isi kandung nya penuh dengan wisdom dan bukan konsep....
bersambung...
... sambungan...
Deleteuntuk pengetahuan anon 03:50... apa yang kamu syiorkan itu , yakni adalah "satu konsep."
ini bererti, kamulah yg sebenarnya mengikuti "konsep" ... jangan marah.
LOL.
kepada anon 03:50...
Deleteternyata kamu TIDAK faham apa itu QURAN & apa itu HADIS... ini terbukti apabila kamu tulis, Hadis dan Quran hanyalah jari menunjukkan Bulan tapi kita tak mampu mencapai bulan itu...
ada baiknya jika kamu pergi membaca & belajar apa sebenarnya itu Hadis & apa sebenarnya itu Quran... kerana buat masa sekarang ternyata kamu hanyalah mengulangi apa yg telah di keatas kamu dari tok&mahaguru kamu... jangan marah2.
LOL.
... pembetulan...
Delete"God Realization" saperti yg disyiorkan oleh anon 03:50 adalah sesuatu yg berbentuk konsep...
LOL.
Salam damai saudara...nampaknya Tuan adalah teoritis macam tok2guru dan ustad freelance yg.ada banyak sekarang ini...tapu..Anon。3.50...kelihatan seorang pengamal mistik...maka...tak payah fikir dan cari kamus...kerana akhir sekali..perbuatan dan perlakuan yg.menentukan status kita di akhirat.dan bukannya bookish knowledge yg.cuba saudara tunjuk2...jangan marah...sabar..bulan posa...lol.
DeleteKedamaian Untuk Semua,
ReplyDeleteSaya amat berbesar hati jika sekiranya pemberi komen dapat sekurang-kurangnya meletakkan nama samaran masing2.
Ini supaya hujah balas jika sekiranya ada bolehlah ditujukan kepada anda.
Tiada siapa pun dibenarkan menjadi Tuhan di ruangan ini. Oleh itu sila elakkan diri dari menghukum orang lain.
Bagi saya sebaik-baik pendapat ialah ianya mesti praktikal. Yang setidak-tidaknya dapat mengubah diri sendiri menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Semoga bermanfaat.
Damai
Salam,
ReplyDeleteSaya percaya dan yakin bahawa pencipta kita semua tahu mengenai geografi dunia. Untuk itu, al-quran adalah benar kerana tiada ritual yang berada di dalamnya untuk berkontradiksi dengan kejadian alam ini.
damai - kipidap_guy!
Salam saudara Ashwed, tuhan bagitau bahawa Quran itu mudah tp kenapa realitinya mcm tidak? Macam saudara sendiri pun, ambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji & mendalami Quran. Adakah ianya mudah dalam erti kata lain? Bagaimana pula kanak2 atau budak2, mudahkah bagi mereka, atau mereka hanya perlu ikut apa yg org dewasa ajar? Bagaimana pula orang asli yg tinggal di hutan2 atau pulau2 jauh dr manusia lain, tidakkah mereka dapat petunjuk.?
ReplyDeleteLagi satu, bagaimana saudara yakin kitab Quran benar2 dari tuhan? Kitab2 lain bagaimana, mereka juga claim ianya dari tuhan?
salam uncle, walaupun soalan itu kepada ashwed harap sudi baca jawapan ini..
Deletequran itu mudah untuk difahami jika kita baca dengan minda yang terbuka dan jujur mencari panduannya. tapi sejak dari kecil minda kita telah dicorak maka agak sukar untuk memahami isi al quran. dan hanya yang maha berkuasa saja yang memberi kefahamanan quran kepada sesiapa yang dikehendakinya..
kanak2 tidak mudah untuk memahami quran kerana belum matang memahami kehidupan ini
quran menegaskan setiap manusia diberi petunjuk dan diberi pilihan untuk menerima atau tidak
yakinlah quran dari pencipta alam ini seperti buku2 yang pernah diturunnya sebelum ini. kenapa perlu hanya mengikut al quran? kerana ia last edition
Kedamaian Untuk Semua,
DeleteSaya amat berharap saudara uncle sudah membaca keseluruhan post di blog ini sebelum membuat pertanyaan sebegini.
Saya juga berharap saudara uncle dan pemberi komen mengguna nama anonymous yang banyak memberi komen di sini bukanlah orang yang sama. Kerana jika saudara adalah orang yang sama maka falsafah yoga yang saudara belajar menjadi sia-sia. Saudara bertanya sesuatu yang selama ini berada di dalam diri saudara. Menjadikan kewujudan saudara selama hari ini adalah utterly rubbish.
Tahan diri saudara. Keghairahan untuk menonjolkan pengetahuan yg saudara belajar tidak membawa apa-apa makna tambahan melainkan ia hanya menyerlahkan sudut bongkak saudara.
Kita bukan musuh kpd yang lain.
Damai
Quran adalah “last edition?”...ini jelas saudara maksudkan bahawa Tuhan telah membisukan DiriNya selama 1400 tahun dan tiada bimbingan baru kecuali yg.terhasil di kawasan tandus dan gersang..di padang pasir....Spt.di aebyt oleh seorang pembaca di atas...Life adalah Eternity.Infinity..maka bimbingan Tuhan juga perlu sampai eternity-infinity..dan ini tidak boleh di beri melalui mana2 kitab pun.
Deletelast edition adalah tafsiran peribadi. pencipta quran menamakannya dengan berbagai nama (sila baca sendiri)
Deletetuhan membisu selepas bukunya diturunkan? tidakkah tuhan berkata dia sendiri yang akan memperjelaskan quran ini? sebagaimana setiap manusia mempunyai cap jari atau corak mata yang unik, mampukah bimbingan tuhan kepada manusia juga unik?
bimbingan tuhan kepada manusia hanyalah didunia ini. selepas manusia dihidupkan kembali sudah tiada bimbingan hanya balasan
Quran sebuah kitab yang terakhir tetapi di dalam Quran sendiri ada menyatakan bahawa Tuhan lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Tuhan sentiasa dengan kita dan beri ilham pada kita. Seperti anon kata (salah satu contoh) Tuhan sendiri akan menjelaskan Quran.
DeleteBagi pendapat saya antara pentingnya Quran adalah sebagai rujukan jika ada perbalahan atau tidak sependapat dengan keadaan semasa.
Contoh- isu tentang Tuhan Yang Maha Esa tiada perataraan atau sekutu.-Ada golongan berkeras mengatakan mereka hanya sembah Tuhan dan tiada sekutu, tetapi dalam masa yang sama, ada perantaraan dan sekutu antara mereka dan Tuhan. Apabila ini berlaku Quran adalah sebagai petunjuk yang JELAS DAN TERANG (bukan andaian semata2)untuk menunjukkan mana yang benar dan tidak. Jika yakin dangan Quran ikut jika tidak terpulang apa pandangan masing-masing.
Quran penting untuk orang-orang yang inginkan kebenaran hakiki berbanding disogokkan khayalan dan andaian semata-mata yang datang daripada pelbagai fikiran manusia yang pelbagai ragam, ego dan bernafsu.
Salam saudara,terima kasih atas segala jawapan. Utk makluman,sy pertama kali komen disini,bukan antara anon2 ni. Sy ikhlas bertanya.
DeleteMungkin sy faham apa yg disampaikan.terima kasih
soalan: bagaimana saudara yakin kitab Quran benar2 dari tuhan?
ReplyDeletejawapannya: iqrar...
yakni... bacalah sendiri... dan cubalah kamu membantah (membantah itu adalah satu tabiat maknusia semula jadi) apa yg tertulis itu... akan sampai kepada kamu satu ketika nescaya kamu akan YAKIN bahawa sememangnya Al-Quran itu dari Allah, the One god.
iqrar..baca..yakin..hmmm....setelah.di applikasikan ke atas kitab2 Vedas,Dhammapada,Bible,Granth Sahib dll.kitab suci...dan yakin bahawa semua itu dari Allah the One God....then..bagaimana?Tapi kita di brainwash bahawa kitab2 suci yg.lain sudah ada perubahan kecuali AlQuran?Mana keikhlasan dan kejujuran mendampingi yg.haq?
Deletekepada anon 01:12 yang menulis, Tapi kita di brainwash bahawa kitab2 suci yg.lain sudah ada perubahan kecuali AlQuran?
Deletesudah ternyata anon 01:20 sudah membuat andaian yang salah!
pertama sekali... andaian salah yg disimpulkan oleh anon 01:20 ialah bila dia menggunakan perkataan brainwash... ini ternyata silap kerana mengikut kajian sejarah, kitab injil diturunkan dalam bahasa Armenia... mana ada kitab injil dalam bahasa yang sudah luput ini?
kitab torah pula diturunkan dalam bahasa old hebrew tetapi bahasa _hebrew_ yg ditutur sekarang adalah berbedza dgn old hebrew.
LOL.
Kata sanskritnya Puasa adalah UPAVASA, kata yang sangat indah. Kata ini tidak mengandung makna yang berkaitan dengan makanan, tidak ada makna puasa di dalamnya, kata upavasa artinya adalah "berada lebih dekat dengan dirimu sendiri". Upavasa artinya "Berada/tinggal/berdiam lebih dekat dengan dirimu. Sebuah moment yang hadir ketika engkau begitu terpusat di dalam dirimu sehingga engkau melupakan tubuhmu, seolah-olah tidak ada tubuh. Dengan begitu engkau tidak merasa lapar dan puasa terjadi dengan sendirinya. Ini adalah keadaan yang terjadi dengan sendirinya, bukannya engkau dengan sengaja tidak makan.
ReplyDeleteThe word for fast in Sanskrit is very beautiful; that word is UPAVASA. The word carries no sense at all of food or no food, it has nothing of fasting in it, nothing at all, the word simply means “living nearer to yourself.” Upavas means “living nearer to yourself,” “being nearer to yourself.” A moment comes when you are so centered that the body is completely forgotten, as if there is no body. Then you cannot feel the hunger and fasting happens; but it is a happening, it is not a doing.
Engkau bisa tetap ada dalam keterpusatan ini dan tanpa makanan hingga berhari-hari. Hal ini pernah terjadi pada Ramakrisha (guru dari Svami Vivekananda). Ia berada dalam keadaan ekstatik dan selama enam hingga tujuh hari seperti orang mati, tubuhnya tidak bergerak sama sekali, tetap berada pada posisi yang sama, jika Ia berdiri Ia akan tetap berdiri. Murid-muridnya akan menidurkannya, dan mereka akan memberinya minum air atau susu dengan paksa , tetapi bagaimanapun Ramakrishna seolah-olah tidak ada disana. Inilah puasa; karena engkau tidak lagi di dalam badan.
You can remain in this centering for many days. It happened to Ramakrishna: he would go into ecstasy and for six or seven days he would remain as if dead, his body would not move, it kept the same gesture. If he was standing he would continue standing; disciples would have to make him lie down, and they would have to feed him forcibly with some water, some milk, but it was as if he were not there. This is a fast, because you are no longer in the body.
Berada di dalam badan, tetapi engkau tidak lagi di dalam badan. Tetapi engkau tidak dapat melakukan puasa itu dengan sengaja. Bagaimana engkau dapat melakukannya? Karena apa yg disebut "melakukan" adalah melalui badan, oleh badan, engkau harus menggunakan badan untuk melakukan sesuatu. Puasa yang seperti ini tidak dapat dengan sengaja dilakukan karena puasa yang seperti ini artinya keadaan yang tanpa badan. Ini dapat terjadi. Ini sudah terjadi pada Mahavira, kepada Jesus, kepada Muhamad. Ini juga dapat terjadi padamu.
Being in the body, you are no longer in the body. But you cannot do this. How can you do it? - because all doing is through the body, you have to use the body to do anything. This fast cannot be done because this fast means bodilessness. This can happen: it happens to a Mahavira, to a Jesus, to a Mohammed; it can happen to you too.
Dari: The Mustard Seed: My most Loved Gospel on Jesus. Chapter 5. The Strangest of Saying.
(Komentar OSHO pada Injil ke lima dari Santo Thomas)
Dari page: Osho Indonesia.
Terima kasih saudara....sangat indah pebjelasan...tetapi ia sesuatu untuk kita alami atau experience..insyaallah...ada pembaca2 di sini dapat capai level of Consciousnesss ini.Thank you sekali lagi.
DeleteInilah kebenarannya.. bahawasanya roh lah yg puasa kerana ia tidak perlukan makanan kerana ia hidup abadi. Namun apabila kembali ke jasad maka makanan adalah keperluan.
ReplyDeleteKita telah disalah ertikan akan maksud puasa yg sebenar. Tuhan tidak pernah mahu menyusahkan manusia tetapi manusialah yg menyusahkan diri mereka dengan segala ciptaan hukum hakam dan amalan.
Malah agama itu sendiri adalah ciptaan manusia dengan menggunakan nama Tuhan bagi menakutkan manusia. Sedangkan Tuhan itu bukan untuk ditakuti tapi untuk dicintai.
Alam
"God is Love and Love is God”..inilah haqiqatNya.Salam damai kpd.semua...theorists dan mistics.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSemua ilmu di muka bumi ini adalah milik pencipta. Samada datang dari al-quran, buku principle of mathematics, theory of universe, semuanya hanya ilmu dari pencipta kita semua.
Al-quran spesifik memberi penerangan tentang pegangan monotheism. Jika kita merasakan susah untuk memahami al-quran, sama juga kita susah untuk memahami matematik tambahan, applied science...jadi untuk memahami setiap titik ilmu maka kita kena bersungguh sungguh untuk mempelajarinya.
jika kita kata semua kitab suci di muka bumi ini adalah datang dari pencipta, maka betullah pegangan itu kerana pencipta memberi akal kepada manusia dan melalui ilhamNya maka kita dapat mempelbagaikan budaya dan adat resam di muka bumi ini.
Tak perlu kita menuduh sama sendiri siapa yang salah atau benar dengan kitab suci masing masing. Pencipta yang satu sangat tahu siapa yang benar bagi Dia. Maka sepatutnya kita mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan. Di situ lahirnya damai dan harmoni.
Persamaan di antara kita semua adalah kita manusia yang tinggal di bumi yang sama. Agama memang banyak tetapi planet bumi hanya satu. Maka sayangilah bumi anda.
Salam. Maaf lari dari tajuk tapi ini salah satu tulisan Zainal Abidin Ahmad (Zaba) didalam buku beliau "jalan keselamatan melayu bagi orang-orang melayu" yang sedar akan kelemahan orang melayu islam dari awal tahun 20an lagi.
ReplyDelete"Sekiranya tiada pelajaran nescayalah tetaplah juga mereka(orang melayu) ini seperti keadaannya sekarang serta berkekalan lagi demikian itu dari satu keturunan kepada satu keturunan iaitu sebenar-benar katak dibawah temputung,baiknya pun orang alimnya dan jahilnya serupa sahaja, tidak pernah terlintas dimuka hati mereka itu apa erti kemajuan.Orang alim mereka tidak pernah terpikir mengatakan ada ilmu-ilmu lain yang lebih luas daripada kulit-kulit agama yang telah kering yang diketehuinya oleh mereka sedikit-sedikit itu dan orang-orang jahilnya pula tiada tersangka ada orang-orang lain yang lebih alim daripada tuan-tuan guru dan tuk-tuk sheikh tarekatnya yang 'alim besar' dan 'keramat' masing-masing itu"
Dulu....memang saya merasakan AlQuran itu susah utk difahami. Tapi..kini tidak lagi.
ReplyDeleteKita perlu baca Quran dgn minda yg terbuka, bebas dari pengaruh fahaman tradisi, abaikan segala kurungan yg ditambah2 oleh penterjemah) dan benar2 pasrah yg kita tidak tahu apa2...merendah diri dan berserah sepenuhnya dlm mencari kebenaran.
Dari situ baru kita dapati bahawa Allah benar2 bercakap dgn kita secara langsung melalui AlQuran. Setiap ayat perintah, setiap kisah org Arab dahulu dan perumpamaan adalah untuk peringatan kita dan ia sgt2 relevan wpun zan telah berubah.
Pun begitu..fahaman masing2 dlm membaca AlQuran tidak mungkin sama.
Kita tidak mungkin dpt mencari kebenaran jika sebahagian diri kita merasakan yg kita sudah tahu apa yg benar.
salam ajhdsi,
DeleteKebenaran hanya satu. Apa jenis yang melata, melintang, berlari, berjalan di muka bumi ini semuanya tunduk kepada perintah Allah, nama bagi Pencipta yang satu.
Al-quran hanya guideline untuk mengenal Dia. Sama saja taurat, injil, zabur, vedas, theravada, mahayana semuanya guideline bagi mengenal Dia yang satu.
Pemikiran manusia yang menjadikan monotheism sebagai polytheism dengan mewujudkan sesuatu sebagai ganti atau hos bagi pencipta yang satu yang ghaib. Kuasa pencipta di sandarkan kepada sesuatu sedangkan pencipta tidak memerlukan sekutu kerana Dia hanya satu.
Monotheism melepasi semua jangkauan polytheism dengan beriman dengan kuasa ghaib, yang menjadikan semua kewujudan adalah di bawah kuasa mutlak yang ghaib. Ini yang dilakukan oleh semua para nabi yang beriman dengan perkara ghaib, bercanggah dengan aliran masyarakat ketika itu yang menjadikan benda yang diwujudkan sebagai satu sembahan atau sekutu.
Ada para nabi yang dihukum bunuh, dituduh sesat, disalibkan. Mereka ini tidak tunduk kepada permintaan masyarakat sekeliling yang menjadikan sekutu bagi pencipta.
Kepada komentar yang pernah mengalami masalah kerana tidak sefahaman dengan ahli keluarga, masyarakat, kakitangan pejabat hanya kerana tidak sehaluan dengan mereka, tanyalah diri anda sendiri kenapa anda tidak sehaluan dengan mereka?
Jika para nabi dicemuh, dihina, dikeji malah dibunuh kerana tidak ingin menyekutukan pencipta, kenapa anda mahu membuat perkara yang sama?
Kerana, itulah jalan kebenaran. Tiada harta di muka bumi ini yang boleh membeli kebenaran. Dan kebenaran itu harganya sangat tinggi.
saya setuju dgn kata2 anon 10:29 kecuali diperenggan kedua, iaitu :
DeleteAl-quran hanya guideline untuk mengenal Dia. Sama saja taurat, injil, zabur, vedas, theravada, mahayana semuanya guideline bagi mengenal Dia yang satu.
isu pertama adalah pengunaan perkataan guideline atau dalam melayunya panduan.
bagi saya Al-Quran bukan buku panduan tetapi the book of wisdom kalau melayunya buku penuh hikmah ( perhatian: perkataan melayu hikmah ada unsur-unsur sihir atau supernatural... tetapi ini TIDAK tepat kerana perkataan ingeris wisdom lagi tepat.)... bersambung...
Salam damai,,
ReplyDeleteSya kira isu ttg al quran dan seumpamanya telah pun ada pencerahannnya sblm2 ni,,,latest nye tulisan penulis blog pun ada kefahamannya,,rujuk http://ashwed1973.blogspot.my/2016/06/siri-ramadhan-ada-apa-dengan-solat.html
Mudahan2an kita terus move on utk mencapai destinasi masing2....
Salam saudara ashwed,saudara ada akaun fb tak utk di follow? Sy sekarang follow ramai juga penggerak2 muslim yg berpegang pd quran ni.kebanyakannya anonymous,tidak dedahkan identiti dalam menyampaikan mesej2 Quran. Ini 1 usaha yg bagus dlm meningkatkan kesedaran.
ReplyDeleteSalam saudara incognito,
ReplyDeleteSaya belum ada akaun fb atas nama ashwed. Saya pernah mempunyai fb atas nama sendiri namun bila membaca kenyataan2 dari rakan2 saya yang kebanyakkan begitu taksub kepada agama membuatkan saya tidak mengemaskini akaun. Akhirnya saya sudah lupa pun password kpd akaun saya. Bagi menjawab soalan saudara setakat ini saya belum mempunyai rancangan utk membuka akaun fb.
Damai
In 2:184, when do you think are 'a few specific days'. Likewise, in 2:185, can I know what is your opinion on 'manifestations'. Thanks.
ReplyDeleteJack
Salam saudara jack,
ReplyDeleteTo me a few spesific days are the days that suitable to you. On the meaning of manifestation I've explained in detailed via past articles. Pls look out for Islam moden vs Islam al Quran, Siri Ramadhan : program soum, Siri Ramadhan : Ekuinoks. Tq
Peace
Yes, I found it. I googled 'manifest heat' and yr posting was on the top 10 hits. I must say that the articles are mind blowing but logical. It is so ..... contrarion (for want of a better word) and it got me really thinking.
DeleteDo write more sir. Thank you.
Jack
romadona = bahang (asmara)
ReplyDelete