Monday, 6 June 2016

Siri Ramadhan : 1 Ramadhan 1437

Ramadhan kembali lagi. Mahu tidak mahu, masyarakat kita tetap kekal dengan tradisi Arabnya.

Bangun sahur, tahan dari makan dan minum, tunggu maghrib lalu berbuka bersama keluarga dengan meja sepenuh-penuh makanan.

Selepas berbuka, yang kaki merokok tetap mencari rokoknya. 

Yang kaki menonton gambar lucah sebenarnya dari tengahari tadi masih meneruskan aktiviti itu. Malah, masa di bazaar ramadhan tadi jenuh usha sana-sini.

Semasa di bazaar ramadhan, kereta parking tidak mengikut peraturan menyebabkan suasana menjadi hiruk-pikuk. Itu belum kira asap dari juadah ikan bakar, kambing dan daging bakar

Walaubagaimanapun, di sebalik semua suasana havoc ini, saya masih kekal menegaskan bahawa ini adalah "bulan arab" kegemaran saya.

Pada bulan inilah orang kita kembali membuka lembaran Al Quran sungguhpun sekadar menyanyikan ritma dari bait-bait keterangannya sahaja. Namun, ia sudah cukup memberikan kesyahduan.

Suatu ketika dahulu, saya merasakan bahawa kita pernah berjaya menjadikan bulan ramadhan ini benar-benar sebagai festival kita. Festival Melayu.

Saya teringat di zaman kanak-kanak, semasa di kampung, masyarakat kita mengamalkan tradisi bertukar-tukar juadah bersama jiran tetangga di bulan ini.

Seingat saya, pada zaman itu, orang Melayu masih kurang taksub menghabiskan waktu dengan ber"solat" Arab di masjid-masjid.

Suasananya meriah dengan hilai-tawa, bermain meriam buluh di antara kampung dan memasang pelita minyak tanah yang dikenali sebagai panjut. Siap ada pertandingan.

 

 

Namun, semua suasana itu hilang apabila seorang politikus yang mempunyai sejarah penuh warna dan pernah di gelar sebagai "Pak Syeikh" membawa budaya Islamisasi ke Malaysia. 

Sebenarnya, bukan Islamisasi kerana Islam membawa maksud Damai, saya tidak nampak bukti bahawa orang Melayu begitu damai dengan alam dan orang sekelilingnya. 

Ia sebenarnya ialah proses Arabisasi yang bertopengkan nama Islam.

Semenjak dari itu, orang Melayu bersungguh-sungguh mahu menjadi Arab dan seperti Arab kita menjadi prejudis terhadap orang lain. Kita menjadi seorang yang merasa cemburu melihat orang lain gembira. 

Kita menjadi seorang "hater". Pembenci segala perkara yang orang lain buat untuk menjadikan hidup mereka indah dan ceria.

Kalau dulu kita berbaju melayu dan berbaju kurung ketika menghadiri majlis berbuka puasa, kini ia diganti dengan jubah dan sarban.

Majlis berbuka puasa kini sudah menjadi sejarah, sekarang ia dikenali dengan nama Iftar. 

 
Seingat saya, semasa zaman saya kecil saya berbuka puasa dengan meneguk air bandung ais. Sekarang kurma dan tamar menjadi juadah wajib.

Membaca Al Quran tiba-tiba digelar tadabbur dan tadarus seolah-olah jika kita "membaca" Al Quran ianya menjadi salah.  Namun, bila di sebut tadabbur dan tadarus ia bertukar menjadi suci dan mendapat pahala.

Kalau dulu kita bermain meriam buluh dan memakmurkan malam-malam bulan Ramadhan dengan panjut dan suasana perayaan. 

 

Kini, kita menghabiskan masa di dalam masjid ber"solat" Arab dan mendengar lebih banyak cerita tentang bagaimana mahu menjadi Arab sungguhpun tadinya kita baru sahaja makan sambal belacan cicah petai semasa berbuka. Tangan pun masih berbau belacan.

Mamat yang tengahari tadinya sibuk melayan gambar lucah di smartphone apabila malam menjelang dia menebus "dosa"nya dengan memakai jubah, berkopiah dan mengucap Jazakallah Hu Khairan Kathira di setiap whatsapp mesej yang diterimanya.

Masakan tidak, tadi ada member mengviralkan satu mesej dari seorang ustaz yang mengatakan jika "solat" malam pada sekian-sekian hari, akan dapat pahala begini.

Di malam yang lain, dapat pahala lain pula. 

Berikut adalah Jadual Ganjaran Pahala Yang Di Janjikan oleh Ustaz ;

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : “Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Begitulah ajaibnya bulan ini, "dosa" dan "pahala" menurut pandangan sesetengah manusia di bulan ini boleh ditebus guna seperti membeli kredit handphone.

Kadang-kadang terasa begitu murahnya konsep tuhan yang kita jaja.

Sedang rakan kita yang lain meneruskan iltizam mereka dengan mentelaah pengetahuan mengenai perniagaan, sains dan matematik serta pengetahuan-pengetahuan lain yang boleh memajukan diri termasuk meneruskan latihan sukan untuk mengejar cita-cita menjadikan diri mereka gemilang.

Kita pula begitu mendabik dada menyatakan bahawa kita sedang berada di jalan yang benar dengan mempercayai fadhilat "solat" malam suatu perkara yang kita tidak boleh memberikan suatu jawapan yang logik selain mengatakan 'jika tidak percaya kamu sesat'. 

Siapakah sebenarnya yang kita mahu tipu ?

Kini, kita hanya tinggal bulan syawal yang masih meneruskan tradisi festival Melayu. Kita merayakannya dengan penuh meriah dengan berbaju tradisi Melayu selama sebulan sambil mengadakan Majlis Rumah Terbuka.

Janganlah pula Majlis Rumah Terbuka ini ditukar ke nama Arab pula. 

Janganlah lagu-lagu raya kita ditukar dengan lagu Arab. Apa salahnya jika kita meraikan kehidupan ini dengan gaya kita ?

Semakin hari kita semakin hilang tradisi bangsa kita. 

Yang malangnya ialah kita benar-benar merasakan kita boleh mencapai kejayaan dengan menjadi orang lain.

Ashwed




 

21 comments:

  1. Saya dilahirkan pada tahun 1960an. Saya rindu tahun tersebut, 70an dan awal 80an. Semakin dunia maju kedepan, masyarakat Melayu berhijrah kebelakang pula...

    ReplyDelete
  2. Sebab itu lagu2 raya 60 dan 70an sedap2...sebab masih original feel melayu...sampai ke hari ni masih sedap...tak luput di zaman....adakah ianya akan berulang kembali zaman tradisi melayu dulu?

    ReplyDelete
  3. Dalam bulan ini..cikgu2 perempuan di sekolah saya tidak akan bersalam dengan anak murid non Muslim Ting.1..yg.baru berumur 13 tahun..konon nya dosa....walaupun ada yg.berijazah di luar negara..dan konon nya bukan muhrim....inilah lawak Ramadan di sekolah saya setiap tahun.

    ReplyDelete
  4. Politicalamity96 June 2016 at 18:19

    tak payah buat apa.. tunggu ramadhan saja..terjamin segalanya.
    dan yang bestnya..orang kalau dapat mesej ganjaran pahala ni dalam email ka wassap ka... viral tak sangga.

    ReplyDelete
  5. Bulan ramathan lebih baik dari 1000 bulan...tu antara sbb berlumba2 buat amalan solat sunat,tadarus dn sbgainya..pandangan Ash wed bagaimana..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Secara peribadi saya tidak merasakan sebegitu. Jikalah sekiranya bulan Ramadhan itulah yang terbaik masakan kemunculannya tidak tepat pada setiap tahun solar? Mengapa ada kalanya ia muncul di musim panas di tahun yg lain di musim sejuk. Adakalanya di musim bunga dan ada pula di musim luruh? Persoalan ini sahaja sudah cukup memberitahu kita ada yang tidak kena dengan ketepatan pengiraan bulan kalendar ramadhan itu sendiri iaitu pengiraan berdasarkan lunar.

    Tentang dosa dan pahala yakni jika dibuat sesuatu pada tempoh waktu tertentu akan mendapat ganjaran berlipatganda bagi saya ia adalah suatu sistem marketing yang licik. Kita mungkin berjaya menipu sesama manusia. Tetapi, saya kira kita tidak mungkin berjaya menipu Tuhan Yang Maha Mengetahui.

    Damai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity96 June 2016 at 21:16

      saya setuju. susah nak cerita kat orang tentang ramadhan ni...perlu dibezakan antara proper name atau common name. ramadhan dalam erti kata nama bulan di dalam kalendar hijrah diwujudkan selepas dari penurunan al Quran. Jadi saya tak nampak relation antara keduanya...ramadhan yang dinyatakan dalam Quran dan antara nama nama bulan calendar H.
      Tak guna juga kalau hanya fokus pada satu bulan dan yg lain-lainnya kurang... macam mempermainkan Allah pulak. Kenalah konsisten kalau betul-betul mengESAkan Allah. Tadarus semedang tak guna juga kalau tak paham.

      Delete
    2. Tuan Ashwed,...Ostad mengatakan ganjaran berlipat kali ganda ditawarkan oleh Allah pada bulan mulia ini,siap dengan angka-angkanya sekali.Soalan saya,dari mana ostad pewaris nabi dapat 'detail' tentang hal ini,adakah Allah menyebut semua ini di dalam Al-Quran?Terima Kasih.

      Delete
  7. Saya tak suka orang yang terkejar2kan ganjaran pada hari tertentu atau bulan tertentu. Ada ganjaran yg diharamkan api nerakalah.. di hapuskan dosalah.. tapi bila hari lain perangai habih syaitan. Orang lain bersusah payah berkomitmen tapi mereka pulak yg senang2 nak masuk syurga kononnya, walaupun kerja malas dan busy body lebih.
    Bukanlah nak dengki tapi berhenti busy body,tangkap sana sini, hukum sana sini untuk sesuatu yg tak memudaratkan org lain.(cth- tak sembahyang,pemakaian,tak puasa)

    ReplyDelete
  8. Paling tak boleh blah, ada sejenis manusia ni yang pandang orang tak pergi solat terawih macam tengah berzina je dosanya. haha

    ReplyDelete
  9. Salam tuan Ashwed,

    Bulan puasa dikatakan untuk merasai kelaparan yg dialami oleh golongan miskin. Yang lucu : -

    1. Kenapa kita perlu menghukum diri sendiri atas kesusahan orang lain?

    2. Ikut empati, kita bantu sahaja golongan kelaparan dengan memberi makanan. Ini dinamakan kebajikan.

    3. Tak pernah saya dengar orang di Malaysia mati sebab kebuluran. Kalau mati sebab terlajak makan itu memang ramai mcm darah tinggi, diabetes dsbg. It is pointless utk berpuasa kerana mahu merasai rasa lapar orang susah.

    4. Bulan puasa ialah bulan pesta makanan, cuba selidik berapa ribu tan makanan dibuang pada bulan puasa. Ini berlawanan dengan kepercayaan 'merasai rasa lapar orang kelaparan'.

    5. Bulan puasa jadikan kita x produktif. Siang cepat penat, malas buat kerja tapi malam banyak beribadat x mcm bulan2 lain. Kalau kat negara2 arab padang pasir, malam di bulan puasa jadi mcm satu pesta makanan.

    6. Bulan puasa jadikan ramai orang hipokrit. Contoh mcm buat kebajikan anak yatim. Time bulan puasa semua nk menunjuk jadi baik dan suci.

    ReplyDelete
  10. Aku rindu pada melayu yg dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity97 June 2016 at 18:09

      hmm.. aku rindu Malaysia yg dulu...kurang keArabannya...

      Delete
  11. Bulan ramadhan syaitan di rantai..

    Kejadahnya syaitan dirantai.. syaitan itu sendiri tidak wujud... yg syaitannya ialah manusia yg berperangai syaitan/jahat...

    Syaitan dan malaikat tdk wujud... konsep malaikat dan syaitan ini sudah lama wujud sejak permulaan ketamadunan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaitan dirantai? Sapa ckp?

      Delete
  12. Kedamaian untuk semua

    Saya juga ada terfikir seperti bulan Ramadan ini bulan kumpul point, bulan lain tidak. Perkara paling utama saya fikir juga sama seperti saudara Ashwed, apa methodology orang yang bertanggungjawab mencipta bulan bernama Ramadan. Kenapa method nya tidak consistent? Maksudnya di sini, ada tempat Ramadan nya musim panas dan ada sebahagian musim sejuk. Adilkah kalau ada yang perlu berpuasa 20 jam seperti tempat saya dengan panas matahari yang terik terbakar tidak seperti panas di Malaysia , dan di tempat lain cuma 11 jam atau kurang? Kalau tidak consistent maksudnya segala outcome juga tidak valid. Kenapa perkara utama ini para pengikut tidak pernah terfikir?... Yang mereka tahu cuma agama orang lain telah di korupsi, bagaimana pula agama berpuasa Ramadan ini? Tidakkah ini juga seperti korupsi, malah berat sebelah? Ada pula yang berpendapat, itu tandanya ujian. Kalau ujian, mengapa tidak sama di seluruh dunia? Contohnya macam peperiksaan spm, mengapa seluruh Malaysia sama.. Mengapa tidak ada negeri yang lebih susah atau lebih senang? Kalau jawapan nya tanda kebesaran Tuhan, kenapa Tuhan tidak menyatakan sebelum turunnya al Quran bulan Ramadan tu? Adakah ada double standard or special case umat manusia sebelum ada Ramadan dan zaman ada Ramadan? Padahal zaman sebelum turunnya al Quran, bukankah terdapat nabi nabi yang terdahulu? Jadi, apa pula nasib nabi nabi yang tidak pernah jumpa Ramadan?

    Manusia dijadikan untuk menjadi manusia, berTuhan kan yang satu, bukan mengikut ikut manusia lain yang mencipta sesuatu ciptaan. Setiap kejadian makhluk, ada life cycle tersendiri. Manusia perlu makan minum udara keperluan asas untuk hidup jadi mengapa melawan kejadian asas Tuhan? Tidakkah kita bersyukur?. Mungkin saya salah tetapi ini sekadar pandangan. Teruskan melakukan kebajikan dan kebaikan...

    Damai

    ReplyDelete
    Replies
    1. damai,

      sebab masa doktrin dibangunkan, mereka tak terfikir pun ada pelbagai iklim dekat muka bumi ni

      Delete
  13. apa benda pun korang nak bising 2 pasal ramadhan ni lantak korang lah, yang penting masa bulan ni, aku sebagai penjawat awam dapat balik awal untuk majlis iftar, dapat duit hari raya rm 500, dan bertuah penjawat awam pulau pinang dpt 3/4gaji. yang lagi best lepas cuti raya pejabat aku akan adakan majlis hari raya peringkat pejabat pula.....:-)

    ReplyDelete
  14. Politicalamity98 June 2016 at 22:21

    too many similarities... ramadhan = Lent, Yom Kippur.
    what if during the course of time...one ulamak decided... hmm.. org lain ada puasa..pasai pa Islam tak dak... tu la maksud syiyam dalam Quran kot?
    Sekarang ok la..org boleh semak Google... 1000 tahun dulu?? nak tak nak percaya ja la...

    ReplyDelete
  15. Kamu mmg tiada penghayatan Ramadhan.....kamu mmg tolak rukun iman dan rukun islam

    ReplyDelete