Kedamaian Untuk Semua,
Negara kita menerima berita yang sangat membanggakan dari Sukan Paralimpik Rio 2016.
Kita menerima kejutan menggondol 3 pingat emas, bukan itu sahaja atlet kita berjaya memecahkan rekod dunia dan rekod temasya di dalam disiplin sukan masing-masing.
Tahniah kepada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi merangkul emas dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy) beliau memecah rekod temasya. Tahniah kepada Muhammad Ziyad Zolkefli melalui acara melontar peluru F20 (intellectual disability), beliau memecah rekod dunia. Tahniah juga kepada Abdul Latif Romly yang memecah rekod dunia di dalam acara lompat jauh T20 (intellectual disability).
Anda semua adalah hero rakyat Malaysia.
Membayangkan ketidakupayaan yang perlu mereka harungi dalam waktu yang sama mendirikan iltizam (solla) dengan penuh dedikasi (zakka) di dalam bidang yang mereka ceburi, hanya yang boleh saya katakan ialah RESPECT.
Mereka adalah contoh insan muttaqi (orang yang benar) kerana memperoleh akhirati (pengakhiran) yang begitu manis berkat kekhusyukan (fokus) yang tidak berbelah bahagi.
Saya kira ibubapa manusia luarbiasa ini sudah tentu bergolok bergadai membesarkan anak-anak ini.
Sekarang tibalah masanya kerajaan negara mereka pula membalas jasa dan pengorbanan ini.
Saya juga merasakan mereka ini selayaknya diberi gelaran dan kebesaran negara berbanding dengan artis rakyat asing yang sudah beberapa orang menerima darjah kebesaran. Saya kurang pasti apakah jasa artis rakyat luar ini kepada negara kita ?
Ashwed
I am very impressed with our OKU athletes. I am sure they were not given all the opportunities like our normal athletes and yet they performed beyond expectation. Bravo!!! They deserved whatever rewards that people want to give them.
ReplyDeleteHaving said that I am very angry when the country increase the rewards given to our able bodied silver medalists from the agreed 300k to 600k. It is just like the country to reward mediocrity. Not that silver medals are mediocre but why must we increase the reward? It gave the message that it is ok to be 2nd best.
Furthermore the country is short of funds.. thus the need for us to pay GST but the gomen can simply waste people's money with grand gestures. So silly.
Salam.
ReplyDeleteTahniah kepada atlit kita.
At the same time sedih tengok cerita pemain bolasepak 1980 yang tak dapat ke Moscow. Negara Islam yang lain pulak ganti. Negara yang propose boikot masa OIC yang pergi Moscow plak. Kenapa la nak ikut sangat depa tu. So cunning.
Itulah beza orang sini dengan orang sana. Tapi sekarang orang sini mau menjadi orang sana. We are better than them la. Zaman sinar kegemilangan orang sana dah padam sama seperti Rom, Greek, etc. Why? Complacent? Ego? Rigid?
Non
Salam...
ReplyDeleteTahniah kepada paralympian kita terutama nya our gold medalists... ini adalah apa yg saya panggil kejayaan... mereka tidak mungkin akan dpt meraih kejayaan melainkan longs hours of hard work, applying sport science, perseverance and overcoming failures in the past... Sekali lagi, setinggi2 tahniah...
becks
Tumpang gembira sangat-sangat dengan kejayaan diaorang..banyak kali ulang tengok kat youtube.
ReplyDelete