Saturday, 17 September 2016

ORANG KITA

Ku berjalan di lorong mu kota Praha
keras sejarah masih terasa tersusun di batu granit
lalu benakku larut ke tanah jauh

orang kita
pengikut nombor satu !
pemimpin kata lompat
orang kita tanya "tinggi mana" ?"

orang kita
pengikut nombor satu !
agamawan kata sarung jubah
orang kita tanya "panjang mana ?"

akal ada seratus
orang kita bahagi sepuluh
kita mahu buang dunia
svarga tempat abadinya
bila sepuluh jadi seratus
baru tahu
svarganya di sini
dunia
prithvi
bumi
di sini kita pergi .....

Ashwed
Prague
17 Sept 2016


9 comments:

  1. Salam.

    How's Prague? Maybe one day I can visit Prague.


    Non

    ReplyDelete
  2. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/muslim-husbands-cant-pull-out-during-sex-without-wifes-consent-says-perlis

    Macam mana la melayu ku nak maju tuan....? Sedihnya..

    ReplyDelete
  3. Lama rasanya ketandusan ayat2 Al Quran, oleh itu di cp'kan 12-ayat dari muka pertama Surah An Ammu;

    6. SURAH AN’AM – Ternakan.
    (165 ayat)


    Dengan nama Allah yang Pemurah yang Penyayang.



    6:1 Segala pujian bagi Allah yang mencipta langit dan bumi dan yang mejadikan gelap dan terang malahan orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka pasti dalam kesesatan.
    6:2 Dia yang mencipta kamu dari debu tanah dan ditentukan ajalnya kepada tempoh yang ditetapkan disisinya sedangkan kamu meraguinya.
    6:3 Dia Allah dilangit dan dibumi dan mengetahui rahsiamu walau tidak kamu zahirkan dan pasti Dia mengetahui apa yang kamu usahakan.
    6:4 Dan tidak datang kepada mereka suatu ayat dari ayat-ayat Pemelihara mereka melainkan mereka berpaling darinya.
    6:5 Pastinya mereka mendustakan kebenaran apabila datang kepada mereka maka didatangkan berita dengan apa yang telah mereka persendakan.
    6:6 Apakah tidak mereka perhatikan beberapa banyak generasi telah Kami laknati sebelum Kami mantapkan mereka dibumi dan Kami turunkan dari langitnya hujan dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir dibawahnya kemudian Kami laknati mereka atas dosa-dosa mereka dan Kami bangkitkan sesudah mereka generasi terkini.
    6:7 Walaupun Kami turunkan kepadamu catatan diatas kertas dan mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka pasti berkata orang yang tidak percaya tidaklah ini melainkan sihir yang nyata.
    6:8 Dan mereka berkata kenapa tidak diturunkan malaikat jika diturunkan maka terlaksana perintah Kami malahan mereka tidak diberi tangguh.
    6:9 Dan sekiranya Kami menjadikan malaikat pasti dijadikanya lelaki maka Kami menambah keraguanya dengan apa yang mereka meraguinya.
    6:10 Dan telah dipersendakan beberapa rasul sebelum kamu termasuk orang yang memandang rendah dan yang mengejeknya.
    6:11 Katakan terokailah buminya dan perhatikan bagaimana kesudahan azab pembalasan keatas orang yang dusta.
    6:12 Katakan bagi siapakah apa yang dilangit dan dibumi maka katakan bagi Allah dan telah dikitabkan didalam jiwa mereka pengasihan dan pasti dihimpunkan kamu semua pada hari kebangkitan yang tiada keraguan padanya maka orang yang merugikan jiwa mereka pasti tidak amanah.

    Sekian, renungkanlah bersama.....

    ReplyDelete
  4. ..dan disambongkan lagi 13-ayat dari 39 - 51;

    6:39 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami mereka pekak mereka bisu dan mereka dalam kegelapan maka terpulang kepada Allah sesiapa yang dikehendaki sesat atau sesiapa diatas jalan yang lurus.
    6:40 Katakan apakah pandangan kamu jika datang kepadamu azab Allah atau datang kepadamu detik-saatnya sedangkan kamu menyeru kepada selain Allah jika kamu orang yang benar.
    6:41 Malahan hanya kepada Dia hendaknya kamu menyeru maka hilanglah apa yang kamu seru selain dari Dia malahan Dia mengkehendaki kamu melupakan apa yang telah kamu sekutukan dengannya.
    6:42 Pasti Kami telah mengutuskanya kepada umat sebelum kamu maka Kami mengambil mereka dengan kesengsaraan dan penderitaan supaya mereka patuh dan merendah diri.
    6:43 Maka mengapa mereka tidak merendah diri ketika datang bencana Kami malahan hati mereka menjadi keras maka memudahkan syaitan mengillusikan indah segala apa yang mereka lakukan.
    6:44 Dan ketika mereka lupa apa yang diingatkan kepada mereka Kami buka segala pintu sehingga mereka gembira dengan apa yang diberikan maka Kami azabkan mereka serta-merta lalu mereka berputus-asa.
    6:45 Maka dihapuskan sekelian kaum yang zalim dan segala pujian bagi Allah Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
    6:46 Katakan apa pandangan kamu jika Allah mengambil pendengaranmu dan penglihatanmu dan menutup hatimu maka siapakah tuhan selain Allah yang dapat mengadakanya dan perhatikan bagaimana Kami mengulangi ayat-ayatnya malahan mereka berpaling darinya.
    6:47 Katakan apa pandangan kamu jika datang azab Allah serta-merta atau dengan jejas malahan tidak akan binasa melainkan kaum yang zalim.
    6:48 Dan Kami tidak utuskan rasul melainkan bagi memberi khabar gembira dan memberi amaran maka sesiapa amanah dan mengadakan pemulihan maka tiada ketakutan dan tiada keraguan bagi mereka.
    6:49 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami maka ditimpakan dengan azab dahsyat atas apa yang telah mereka lakukan kefasikan dengannya.
    6:50 Katakan aku tidak berkata kepadamu bahawa disisiku perbendaharaan Allah dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan aku tidak katakan yang aku malaikat dan tidaklah aku mengikuti melainkan apa yang telah diilhamkan kepadaku dan apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat maka tidakkah kamu merenungkanya.
    6:51 Dan berilah amaran kepada orang yang takut akan dihimpunkan kepada Pemelihara mereka malahan tidak akan ada bagi mereka pelindungan dan perantaraan selain dari Dia supaya mereka prihatin.

    Teruskan renungan anda!

    ReplyDelete
  5. Selagi orang melayu berlumba-lumba nak menghantar anak2 ke sekolah pondok atau tahfiz atau pengajian agama di timur tengah kononnya untuk mrnjadi org islam yang lebih baik.. untuk kumpul pahala banyak2, nanti boleh mendoakan mak bapak mati dan kirimkan pahala, maka selagi itulah jangan mimpi org melayu akan maju. Mengaji agama tinggi2 matlamatnya nak jadi ostad popular mcm selebriti, nak jadi pencetus ummah (entah apa yg dicetuskan utk kemudahan org awam) sedangkan bangsa yg mrk kata kafir berlumba2 hantar anak belajar sains. Tak payah mimpilah jadi bangsa yang maju.

    Bagi orang melayu moosleem, hidup tak perlu maju. Hanya fikir tentang berapa banyak pahala nak dikumpul untuk akhirat kelak supaya masuk syurga. Sebabtu apa yg melayu buat semua mrk kata 'kerana Allah" sbab nak dapat pahala. Nak kawin lagi satu pun dikatanya kerana Allah. Kemajuan sains dan ciptaan pelbagai teknologi untuk kemudahan awam serahkan saja pada org kafir yang buat. Nasib baiklah anak2 muda kafir tak berlumba2 nak jadi sami, paderi atau pendita. Kalau tak, susahlah org melayu nak makan, kalau kereta rosak takde siapa nak repair.

    Ironinya, apabila org kafir dah capai kemajuan sains yang tinggi dan buat pelbagai teknologi, org2 melayu yang berlumba jadi ostad ni sibuk pulak mengeluarkan hukum itu ini.. Hukum main pokimon, hukum keluar dari wasap group, hukum naik motor berdua bukan muhrim dan macam2. Pendek kata, semua benda dan perkara mesti ada hukumnya. Pathetic sungguh jadi melayu.

    Anyway, thank you very much orang kafir. Without you kami melayu mungkin masih tinggal di atas pokok.

    Mu'izzah

    ReplyDelete
  6. Di US skrg popular dgn Tesla Powerwall, Tesla Model 3, Microsoft Surface Hub, GoPro Karma, SpaceShip 2 dn pelbagai teknologi inovatif baru yg bakal mencorak gaya hidup manusia masa hadapan lebih baik, mesra alam, mampu milik, peningkatan sosio ekonomi dsbg.

    Bahagian dunia lain termasuk Eropah, China, Korea Selatan, Jepun dan negara2 bukan 'Islam' sibuk menjadikan dunia lebih baik utk semua orang.

    Tapi di Malaysia orang Melayu sibuk dgn perbalahan mazhab siapa paling suci di sisi Tuhan. Di TV pula terlalu byk rancangan keagamaan. Dlm program realiti Da'i saya anggap lebih kelakar dr mr bean. Penonton di studio bukan main taksub smpi berselawat dan gelak ketawa.

    Tapi bukak natgeo & discovery channel amat berbeza byk rancangan inovasi teknologi spt megafactory, mighty ship, innovation nation, gadget nation dll. yg beri manfaat & inspirasi utk jadikan dunia sbg. utopia utk semua manusia.

    Teknologi jadikan hidup kita lebih mudah spt utopia. Contoh dr pengalaman saya. Dulu kalau nk shave muka sy perlu sediakan cermin muka, air panas, pencukur & foam amik masa 10 minit. Tp lepas pakai aquatouch 3D, amik masa dlm 30 saat. X perlu air panas dan tukar blade tiap mggu. Skali cas tahan sebulan.

    Ini contoh teknologi utopia. Pergi dapor cuma tekan nak air panas atau sejuk. Panaskan frozen food dlm microwave oven. Unifi utk satu rumah, komputer, tablet, phone. Online banking. Teknologi jadikan dunia manusia spt utopia.

    Malangnya pengguna seperti majoriti org Melayu masih berdelusi dgn seksaan kubur, padang masyar, jambatan senipis rambut dibelah 7, seksaan neraka.

    ReplyDelete
  7. Tuan ashwed, why dont you start an fbpage to discuss Quran and debunk the habrs who corrupted the message of the Reading? I know that there is at least one page dedicated to this same issue but it's too provoking for most Islamists that it makes them angry and refused to read it altogether. Your way of writing is more convincing and will help people to think rationally.

    ReplyDelete