Monday, 2 January 2017

Ilmu Mengenal Diri

Kedamaian Untuk Semua,

Di dalam masyarakat kita apabila disebut "orang itu berilmu", secara otomatis kita merasakan orang itu mempunyai kuasa sakti.

Kuasa sakti itu seringkali diceritakan secara ditambah-tambah sehingga ia menjadikan seseorang itu lebih besar dari dirinya.

Apabila perkara ini diulang cerita selama beratus-ratus tahun ia akhirnya membentuk mitologi di mana untuk memastikan generasi yang seterusnya mempercayai cerita ini satu mekanisma pertahanan akan di cipta.

Di antaranya, "dalam soal agama kita tidak boleh mengguna akal", "kalau tidak percaya anda murtad", "hanya orang yang beriman sahaja boleh mempercayai hal ini", "dia sudah menerima hidayah" dan lain-lain lagi.

Masyarakat kita seolah-olah memandang tinggi akan kesaktian seseorang itu sehingga kita menggelarnya sebagai seorang "yang berilmu" sungguhpun kita tidak pernah pun meyaksikan kesaktian itu. Yang sebenarnya kita sendiri pun dengar orang lain beritahu. Begitu juga orang lain itu.



Ada yang boleh menewaskan buaya dengan tangan, ada yang boleh menangkap hantu, ada yang boleh "bersolat" di Mekah pada setiap waktu sungguhpun beliau hanya menginap diceruk kampung, ada yang kerjayanya menangkap jin sehingga diberikan PHd dan macam-macam lagi karier dari alam melayu kuno yang dibawa ke alaf baru.

Untuk belajar ilmu-ilmu "ghaib" ini pelbagai syarat dikenakan sebelum boleh memulakan pembelajaran, di antaranya ialah seseorang itu perlu mandi rawatan dengan bahan-bahan seperti berikut :-

a. 7 botol minyak attar kasturi ;
b. 7 biji limau nipis atau limau purut ;
c. 7 kuntum bunga kenanga atau bunga cempaka putih ; dan
d. sedikit serbuk kemenyan

** saya tidak meragui bahawa bahan-bahan semulajadi ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Namun, menjadikan ia pra-syarat untuk berguru adalah sesuatu yang tidak masuk akal **

Anda boleh membacanya di sini http://kenal-diri.net/pengenalan-alam-diri/

Sebagai artikel pertama pada tahun ini, apa kata kita melihat sedikit apakah sebenarnya ilmu mengenal diri.

Adakah setelah kita menguasai ilmu ini diri kita akan mendapat kuasa sakti sehingga kita boleh berjalan di atas air ?

Diri Ini

Kebanyakkan ahli falsafah dunia seperti Socrates, Plato dan Aristotle berpendapat bahawa permulaan kepada kebijaksanaan ialah dengan mengenal diri.

Di dalam Bahasa Greek kuno ia dikenali sebagai GNOTHI SEAUTON atau Know Thyself.

Know Thyself adalah salah satu dari Delphic Maxim yang membentuk prinsip kehidupan orang-orang Greek zaman silam.


** Socrates yang mengenengah maxim ini. Aristotle menggunakannya sebagai sebahagian daripada hujah beliau semasa dibicarakan **

Sementara di dalam Al Quran pula, ia menyarankan supaya kita merenung alam sekeliling dan ke dalam diri sendiri untuk mempelajari bagaimana dunia ini beroperasi.

A020

"Di bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin " AQ 51:20

A021

"Dan di dalam diri-diri kamu sendiri; apa, tidakkah kamu lihat?" AQ 51:21

Mengapa kita perlu mengenal diri sendiri ?

Di dalam dunia pop, terdapat satu kegilaan di mana para peminat tegar seseorang penyanyi akan mempelajari segala-galanya mengenai penyanyi itu .

Dari warna kegemaran, makanan kegemaran, minuman kegemaran, hobi dan sebagainya semuanya dipelajari oleh para peminat penyanyi itu.

Di dalam dunia normal pula, kebiasaanya kita diperlukan untuk mengetahui hal-hal peribadi pasangan kita barulah kita boleh dikatakan sebagai pasangan yang romantis.

Pernahkah kita terfikir, di antara contoh yang saya berikan di atas dengan siapakah yang kita paling lama hidup ? Penyanyi pop ? pasangan kita ? atau diri kita sendiri ?

Sudah tentulah diri kita sendiri.

Adakah logik, apabila diri kita sendiri, iaitu satu-satunya individu yang akan kita habiskan masa bersama seumur hidup itu kita langsung tidak mengambil inisiatif mengetahui mengenainya ?

Persoalan yang seterusnya ialah benarkah anda sudah mengenal diri anda sendiri ?

Jika benar, cuba anda jawab apakah jenis darah anda ?

Ramai yang masih belum mengetahui jenis darah sendiri. Itulah hakikatnya.

Mengenal Diri

Mengenal diri bukanlah satu jenis ilmu yang darinya kita beroleh kesaktian.

Berikut adalah dakwaan apa yang akan diperolehi oleh seseorang apabila belajar "Ilmu Mengenal Diri".

*************************************************
Apa yang akan anda dapat setelah khatam ?

  • Dapat mengingat, mentauhid dan mengEsakan Allah setiap masa dan ketika.
  • Terhindar dari syirik jali dan syirik khafi.
  • Akan ditemukan dengan guru mursyid di dalam diri.
  • Dapat merawat diri sendiri, keluarga, sahabat dan orang yang memerlukan.
  • Dapat mengunci diri dari sebarang perbuatan / gangguan jin.
  • Urusan kehidupan seharian akan lebih mudah atas kehendak Allah.
  • Akan terus dibimbing tentang kaedah rawatan dari masa ke semasa.
******************************************************************

Pada pendapat saya apa yang dimaksudkan dengan maxim GNOTHI SEAUTON atau yang orang kita kenali sebagai "Ilmu Mengenal Diri" ialah mengambil tahu mengenai ciri-ciri diri sendiri.

Sebagai contoh dengan mengetahui mengenai jenis darah yang mengalir di dalam diri kita, maka kita boleh merancang mengenai pemakanan yang sesuai dengan kita.

Ini adalah antara perkara yang paling asas untuk kita ketahui kerana diet pemakanan kita sangat berkait rapat dengan jenis darah kita.

Tidak semua makanan yang baik untuk orang lain adalah baik untuk kita.

Jika kita tidak mengambil tahu mengenai perkara ini, kemungkinan untuk kita ditimpa penyakit berbahaya adalah tinggi.

Berikut adalah catatan Dr Peter J'adamo di dalam bukunya "Eat Right For Your Type".

Do you think knowing your blood type is only important in the event of a transfusion? Think again! Research indicates that your blood type is a key genetic factor that influences many areas of health and well-being.

Throughout your life, you’ve probably observed that some people tend to lose weight more easily, while for others, their weight is an ongoing battle. Or wondered why some people are plagued by chronic illness while others stay healthy and vital well into their advanced years. Very simply, the answer is in your blood type.

Knowing your blood type is an important tool for understanding how your body reacts to food, your susceptibility to disease, your natural reaction to stress, and so much more. A single drop of blood contains a biochemical makeup as unique to you as your fingerprint. 



Anda boleh membacanya di sini https://www.dadamo.com/

Berikut adalah contoh diet yang sesuai dengan jenis darah ;



Kita adalah apa yang kita makan ..." Di bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin". Alam inilah yang mengeluarkan semua nutrisi yang menjadi makanan kita.


Namun kita perlu, melihat .. " dan di dalam diri-diri kamu sendiri " untuk mendapat kebaikan yang maksimum daripadanya.

Apabila kesihatan kita bercelaru, maka kita dengan mudah menjadi stress, kurang keyakinan diri, cepat marah dan yang paling penting, jika kesihatan kita terganggu kita akan gagal mencapai ILTIZAM (solla) yang kita impikan.

Ini adalah salah satu contoh dari pelbagai ciri diri yang kita perlu kenali dan fahami untuk mendapat kebaikan maksimum dari kehidupan ini.

Kita perlu ketahui ciri-ciri ini secara sendiri kerana setiap kita mempunyai ciri-ciri khas yang berbeza dari orang lain malah corak garisan di kulit kita pun tidak sama di antara seorang dengan yang lain.

Kesimpulan

Mengenal diri  bukanlah mempelajari hal-hal ghaib yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya.

Hal-hal ghaib ini tidak boleh dipanggil sebagai satu fakta. Ini adalah kerana tiada satu ujikaji muktamad yang pernah dibuat untuk menguji kebenaran hal ini.

Menjaga kesihatan dengan mengetahui diet yang sesuai dengan kita adalah di antara ciri-ciri mengenal diri yang paling asas untuk kita pakari.

Ini adalah suatu yang berbentuk fakta kerana sebelum mendapat keputusan yang muktamad banyak ujikaji telah dibuat. Kadang-kadang ia mengambil masa berpuluh tahun untuk mendapat keputusan yang paling tepat.

Selain daripada itu, banyak lagi perkara lain mengenai diri kita sendiri yang kita tidak ketahui.

Contohnya jika kita seorang yang mempunyai ketagihan samada ketagihan bahan terlarang atau ketagihan saikologi adakah ia adalah disebabkan oleh habit atau kimia yang dikeluarkan oleh organ otak ?

Mengetahui perkara ini akan memudahkan kita mencari jalan penyelesaiannya.

Itulah yang sepatutnya kita cari di dalam hidup ini, bukan mencari suatu jawapan kepada persoalan ghaib.

Apabila kita belajar sesuatu "ilmu"  kemudian mendakwa apabila tamat mempelajarinya kita sudah menjadi seorang yang berilmu bermakna kita mengakui bahawa kita sebenarnya tidaklah begitu cerdik.

Ini adalah kerana pengetahuan (ilmu) tidak berpenghujung.

Untuk menjadi seorang yang bijak kita perlu akui dahulu bahawa kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu.

Inilah yang dilakukan oleh Aristotle semasa perbicaraannya.

Beliau berhujah bahawa beliau adalah bijak daripada mereka yang membicarakannya kerana beliau mengetahui yang beliau tidak mengetahui segala-galanya.

Sedangkan mereka yang membicarakannya merasakan mereka mengetahui segala-galanya walaupun yang sebenarnya mereka tidak.

Mengakui bahawa diri kita tidak mengetahui ... Inilah awalan kepada permulaan menjadi seorang yang bijaksana.

Ashwed



25 comments:

  1. 10:89. Berkata, "Seruan (doa) kamu disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan jangan ikut jalan orang-orang yang tidak tahu."

    10:108. Katakanlah, "Wahai manusia, yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah terhadap dirinya sendiri. Aku bukanlah wakil kepada kamu.

    10:109. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim."

    Terjemahan Othman Ali

    Salam

    ReplyDelete
  2. I oredi know my blood type and tau what food to avoid tapi tak follow. Less meat. More green.
    If ikut betui betui tersangat la slim I ni. Hehehe...

    Macam lagu To know Malaysia is to love Malaysia. I pun kena la To know me is to love me. . Macam 'Oh! My English' jer ayat I.

    Tak cukup love me la I tak ikut sangat makan food yang sesuai with my blood type.

    Non

    ReplyDelete
  3. Salam ashwed, surah maryam ayat 44 adalah contoh cara allah ilhamkan pada hambanya kisah silam (maryam) dalam keadaan hambanya tiada pada zaman maryam dan kita diberitahu melalui pembacaan quran.

    Di saat penulisan ini sungguh tidak logic jika seseorang memberitahu kita yang dia dapat belajar dengan guru di alam mimpi dan bertemu dengan orang2 yang sudah tiada. Dan tidak logic ini disandarkan atas keupayaan keilmuan kita pada masa ini terbatas membuktikan pertemuan ini berlaku . Adakah adil kita melabel orang2 ini sesat hanya kerana keilmuan kita tidak mampu merungkai cara mereka diberi ilham. Allah juga berkata hanya dia yg tahu siapa sesat dan siapa yang dapat petunjuk (nahlu:125).

    Dari perspektif kebebasan berilmu pada saya kita perlu berlapang dada kalau tidak kita sama sahaja dengan ulama islam mainstreme yang suka menghukum sesiapa yang berlainan pendapat.

    Apa pun terus kan menulis ashwed, saya suka penulisan anda dan kita sama2 kosongkan gelas untuk menerima lebih banyak air.

    ReplyDelete
  4. Silakan buat semakan sendiri Surah Azzariyat (51) hanya 60 ayat dan perhatikan apa pelajaran yang anda dapat darinya.Menyemak sendiri lebih bermanfaat dari hanya membaca apa yang diterjemahkan oleh orang lain, sekian.

    ReplyDelete
  5. Diet ikut kumpulan darah nampak seperti " pseudoscience " pada hemat saya .

    Saya tidak fikir itu adalah maksud sebenar " mengenal diri " .

    Antara ahli yang mengajar mengenal diri secara benar adalah Siddharta Gautam .

    Boleh mula dengan amalan " Vipassana " , antara yang paling baik adalah seperti yang diajarkan oleh U Ba Khin melalui anak muridnya SN Goenka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. i beg to disagree..

      apa yang Anonymous 4 January 2017 at 05:14 sarankan tiada beza dengan nasihat pembesar2 agama yang lain

      Delete
    2. Salam

      Saya rasa tiada salahnya pendapat Anon 05:14.

      Saya tak nak sempitkan fikiran saya dengan mengaitkan sesuatu bahan bacaan dengan agama walaupun ianya ada kaitan dengan agama. Kita sudah memang hidup dikelilingi agama dan tak dapat nak elak dari berhadapan dengannya. Tetapi kita mampu asingkan amalan agama melalui fikiran kita dan tindakan kita.

      Kita baca melalui apa yang kita faham bukan kita baca melalui kefahaman orang lain. Dan paling perlu dielakkan adalah kefahaman seorang penganut agama dan pembesar agama.

      Delete
    3. mungkin lagi tepat jika saya tukar amalan kepada ajaran.

      "Tetapi kita mampu asingkan ajaran agama melalui fikiran kita dan tindakan kita."

      Delete
    4. bagi saya, amalan adalah perbuatan yang dilakukan berulang untuk kebaikan sendiri dan persekitaran.

      tiada amalan yang khusus kepada semua manusia.

      kecuali amalan dalam kitab al Quran seperti puasa

      Delete
    5. betul kah puasa (yang dipraktikkan sekarang) itu ada dlam Quran? :)

      Delete
    6. tidak, amalan puasa yang dilakukan oleh manusia sekarang bercanggah dengan al quran

      Delete
    7. Vipassana hanya satu teknik atau tatacara untuk mengenal diri . Tidak ada ritual . Tidak ada dogma . Tidak ada kepercayaan pada elemen supernatural dsb.

      Mula dengan duduk secara selesa dan perhatikan diri sendiri . Perhatikan nafas yang naik turun . Perhatikan fikiran yang datang dan pergi . Perhatikan rasa dan perasaan di dalam tubuh dan minda .

      Perhatikan bahawa tidak ada yang kekal . Perhatikan bahawa fikiran mahu itu dan ini . Perhatikan bahawa wujud ketidak-puasan dan sengsara kerana kemahuan . Perhatikan bahawa tidak ada " aku " yang kekal abadi . Perhatikan saja . Jangan memilih .

      Ini vipassana . Tidak ada ajaran agama . Tidak ada guru . Tidak ada minta duit .

      Delete
    8. maaf, ajaran buddha tidak menekankan ada kuasa besar yang mentadbir bumi ini

      Delete
    9. apa yang tidak sains nya dengan diet jenis darah? bukankah darah dikatogerikan dengan ada/tidak ada antibodi dalam sel merah? antigen dihasilkan oleh protin dan karbohidrat. penambahan/pengurangan protin dan karbohidrat adalah melalui makanan..

      Delete
    10. Untuk saya, saya tak bertujuan nak ambil "ajaran buddha" tapi saya ambil kebaikannya.

      Vipassana ada kebaikannya tuk diri sendiri iaitu latihan mental. Andai kata saya dapat mempelajari teknik vipassana secara langsug saya tak akan pakai pakaian ihram der...haha..memuja2..kumat kamit itu ini..memang tak la. Lagipun mempelajari teknik vipassana dilarang aktiviti keagamaan..termasuk memuja2..bertasbih..sembahyang..menyembah nyembah..dll.

      Serupa juga, saya tak bertujuan nak ambil "ajaran agama Islam" tapi saya baca quran dan mengikut apa yang saya fikirkan dan fahamkan. Bukannya baca quran ikut kefahaman orang yang beragama-ulama/ustaz-.

      Ada antara kita, boleh terima quran walaupun tolak agama islam. Sebabnya dalam quran ada kebaikannya. Bukannya buta2 tolak quran.

      Kenapa kita terima quran tapi tak terima hukum potong tangan untuk si pencuri? Sebab..kita tau.. itu adalah tafsiran atau kefahaman orang yang beragama..jadi, kita tolak pendapat itu. Kita juga tolak segala ritual yang wujud dalam quran yang sekian lama bertapak dalam tafsiran ulama, sebabnya kita sendiri boleh fikirkan bahawa kita tak perlukan ritual. Bagi kita tak masuk akal... pusing2 batu contohnya.

      Kita fikir apa yang kita fikirkan.

      Lagipun, mengenal jenis darah adalah salah satu cabang mengenal diri. Tak salah pun.

      Damai..

      Delete
    11. ...saya juga sangat setuju dengan Ashwed, mengenal diri bukan untuk beroleh kesaktian seperti yang telah disenaraikan oleh Ashwed.

      Delete
    12. " apa yang tidak sains nya dengan diet jenis darah? bukankah darah dikatogerikan dengan ada/tidak ada antibodi dalam sel merah? antigen dihasilkan oleh protin dan karbohidrat. penambahan/pengurangan protin dan karbohidrat adalah melalui makanan.."

      Fahami apa itu " sains " dahulu .

      Pendapat dan keinginan peribadi bukan sains . Kemahuan dan kepercayaan peribadi bukan sains .

      Sains ada tatacara yang khusus . Ada formulasi hipotesis , membuat experimen , menguji penemuan experimen berkali-kali , terbitkan penemuan di dalam jurnal sains yang diiktiraf dan saintis lain pula akan menguji experimen anda . Baru kemudian terbit teori atau hukum .

      Pendapat semborono bukan sains . Diet mengikut darah bukan sains .

      Delete
    13. "Sains ada tatacara yang khusus . Ada formulasi hipotesis , membuat experimen , menguji penemuan experimen berkali-kali , terbitkan penemuan di dalam jurnal sains yang diiktiraf dan saintis lain pula akan menguji experimen anda . Baru kemudian terbit teori atau hukum." - setuju

      tapi kalau tiada yang membuktikan tidak bermakna ia tidak boleh dibuktikan. selagi ia tidak dibuktikan salah, teruskan..

      Delete
  6. Salam,
    Entah berapa kali tengok movie Unbroken.

    http://www.history.com/news/8-things-you-may-not-know-about-louis-zamperini

    Very inspiring. My will power tak sampai level dia. Pasal bab makan macam setengah orang kata 'Bukan pantang makan tapi pantang nampak makanan'. ;-)

    Non

    ReplyDelete
  7. Salam semua,

    "If you are grateful, I will surely give you more and more" (Ibrahim 14:7)

    ReplyDelete
  8. Mungkin ini salah satu buah fikiran yang timbul dlm minda nenek moyang kita masa menyebut pepatah "tak kenal maka tak cinta"

    ReplyDelete
  9. Ashwed, keep on writing.
    Zack, keep on contributing.
    You both inspired many.
    Thanks

    Pak Wan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pujian pada tuan ashwed tu betul, tp komen pd saya sangat overrated. Maybe sy patut buat blog sendiri utk dptkan pujian setinggi itu.

      Delete
  10. Salam,

    En Ashwed. Ada kemungkinan untuk En Ashwed melakukan terjemahan ke Bahasa Inggeris bagi blog ini?

    Sy rasa adalah baik untuk maklumat dan penemuan hasil dari kajian En Ashwed ini dikongsikan ke seluruh dunia. Terutama sekali kajian tentang agama. Kaitan, persamaan serta permulaannya dan rupa bentuk & branding masing2.

    Secara falsafah juga saya rasakan ia akan menanam kebaikan di dalam diri setiap individu. Memandangkan juga trend dunia semasa yg semakin ke arah kanan(conservatives) serta regressives terutama di negara2 maju.

    -mimn-

    ReplyDelete
  11. salam saudara mimn,

    saya sangat mengalukan jika ada sesiapa yang mahu menterjemah blog ini ke bahasa inggeris. namun saya sendiri buat masa ini tidak mempunyai peluang masa utk berbuat demikian. artikel terbaru pun tertangguh lebih sepuluh hari.

    damai

    ReplyDelete