Sunday, 2 April 2017

@!*#%@

Kedamaian Untuk Semua,

Saya memohon jutaan kemaafan kerana tidak berjaya mencuri masa untuk menulis, sungguhpun beberapa idea berlegar di ruang fikiran menanti untuk ditaipkan.

Sebenarnya, saya diberi mandat untuk mengetuai sebuah NGO kebajikan di tempat kelahiran saya bermula awal tahun ini.

Sebagai menghormati perlantikan ini, maka saya perlu memberi sepenuh tumpuan.

Saya sudah merangka projek kebajikan untuk sepanjang tahun 2017, oleh yang demikian saya perlu memastikan projek ini berjaya dilaksanakan satu per satu.

Namun, ini bukanlah alasan untuk kita melupakan terus usaha lain yang sudah lama kita mulakan.

Baru-baru ini saya membaca berita mengenai serangan eksterimis pertama di negara kita.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/03/29/movida-bombers-sentenced-to-25-years-jail/

# maaf saya tidak sempat memperbetulkan keratan akhbar ini.

Saya terdetik untuk berkongsi berita ini bersama rakan-rakan peguam yang lain.

Sebaik sahaja saya menunjukkan keratan akhbar ini kepada mereka, tanpa berselindung ada antara mereka memberi komen ringkas ; 

... B_D_HNYA MELAYU.

Kedengaran agak kasar, namun tiada siapa boleh menafikan hakikat itu.

Saya amat memahami perasaan rakan saya itu, beliau juga seorang Melayu seperti saya.

Berkata begitu bukanlah bermakna beliau bersikap prejudis dan generalising sesuatu tanpa usul periksa. Ia juga bukan bermakna beliau bencikan bangsanya. Tetapi ia lebih kepada manifestasi perasaan yang tidak terbendung lagi.

Apa yang sedang kita alami kini adalah proses semulajadi akibat dari perbuatan menolak kebenaran dan kebebasan berfikir.

Di hari yang sama, saya menerima pula video yang menarik ini dari rakan yang lain.


                                                                  versi ringkas


Sekarang giliran saya pula memberi komen ringkas.

B_D_HNYA ARAB.

Bukanlah niat saya untuk menghina daya intelek mana-mana bangsa di dunia ini. 

Saya amat memahami bahawa bukanlah semua dari mereka mempunyai pemikiran yang tertutup sebegitu.

Namun, sesungguhnya saya tidak dapat mencari nahu bahasa yang paling sesuai untuk menerangkan tahap pemikiran bagi video di atas.

Mungkin ini emoji paling sesuai di pemikiran mereka.


Jika kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri akibat buruk yang dialami oleh orang lain akibat pemikiran dan perbuatan yang dangkal, maka, mengapakah kita masih mahu mengikuti mereka ?

Adakah kita merasakan kita akan mendapat keputusan yang berlainan dengan mengikut orang-orang yang sedang ditimpa nasib buruk itu ?

Tidakkah lebih bijak untuk kita melakukan perkara yang sama sekali lain dari orang itu ?

Renung-renungkan.

Semoga orang kita berjaya membuang ketaksuban agama sebegini.

Ashwed

5 comments:

  1. That video... OMG! Now i understand why you cant think of a title for this piece.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketahuilah bhw mengakui diri kita muslim atau memukul canang bhw kita adalah muslim tidak semestinya menjadikan kita muslim disisi-Nya. Sebaliknya, ada yg tidak mengaku dirinya muslim namun berperibadi elok dan melaksana ciri-ciri seorang muslim tanpa sedar, maka dia muslim sejati. Boleh lihat dan banding apa yg sedang berlaku di timur tengah vs negara2 eropah. Di holland, tiada hudud tapi penjara kian kosong hingga perlu import pesalah dari negara luar. Di norway, sampah kian pupus hingga perlu import sampah dari luar utk bolehkan incinerator berfungsi utk jana elektrik. Sendiri kena fikir dan fahami quran. Moga kita diberi petunjuk

      Delete
  2. Salam,

    Baru teringat 2 minggu lepas saya attend satu event teknologi di Cyberjaya. Event ni disertai ramai kawan2 dalam komuniti tech startup. Saya nampak semakin ramai anak-anak Melayu berminat dengan masa depan pembangunan pelbagai jenis teknologi.

    Selepas habis event, macam biasa saya dan kawan-kawan dalam komuniti ini melepak di sebuah restoran nasi lemak di Puchong (dekat dengan Movida). Kami semua 11 orang gabungkan 2 meja di luar dan makan.

    Nasi lemak bungkus di sana sangat sedap. saya seorang sahaja makan 5 bungkus. Pemilik restoran ini ialah contoh manusia yang memberi nilai kebaikan pada masyarakat. Selesai makan, sambil merokok kami berborak pasal teknologi yang bakal kami terlibat majukan.

    Saya sedar kebanyakan dari kami mempunyai sekurang-kurangnya satu gadget canggih spt macbook pro, ipad pro, ipad mini, laptop high spec jenama lain, DSLR, action camera dan sebagainya.

    Kami berborak pasal perkembangan teknologi, crowdfunding, model macbook pro terbaru, software, hardware dan sebagainya. Agak lama kami lepak hampir 4 jam berborak dan berbincang sehingga salah seorang dari kami minta diri pulang dan mengingatkan apa-apa komunikasi selepas itu melalui whatsapp group.

    Bagi saya komunikasi melalui whatsapp banyak membantu kami berkongsi idea, dokumen, 3D design, electronic schematic, foto, video utk melancarkan perjalanan kerja kerana boleh dihubungkan dengan komputer.

    Bila baca post di atas, saya teringat pulak seorang rakan subahat pengebom Movida ialah peniaga DVD haram di pasar malam. Bukan saya nak menghina peniaga pasar malam. Kalau berniaga makanan, minuman - itu bagus utk orang ramai tapi DVD haram?

    Ini masalah mindset. Lowest order thinking suka berpura-pura alim dan pertikaikan amalan-amalan ritual agama individu lain. Orang ini kafir, orang itu murtad, orang lain liberal, orang ni semayang tak betul, orang itu tak pakai tudung dan sebagainya. Orang2 sebegini tidak banyak contribution pada masyarakat.

    Masyarakat maju bercakap tentang idea dan inovasi. Saya harap kita semua meneruskan usaha menyedarkan masyarakat ke arah cara pemikiran lebih maju.

    ReplyDelete
  3. salam,

    bagi saya cerdik atau bodoh sesuatu kaum itu bukanlah dtg dr genetik tetapi lebih kepada kesempitan akal yg dipengaruhi oleh faktor luaran.

    apabila pemimpin agama menyatakan tidak boleh menggunakan akal, maka hilanglah satu keistimewaan spesis manusia. kerana dari permulaan lantikan khalifah di muka bumi ini sehinggalah sekarang, manusia diberikan akal sebagai satu kelebihan berbanding makhluk lain.

    di dalam quran, terdapat banyak ayat menyuruh manusia menggunakan akal. tetapi apabila kita lebih percaya kepada habar, maka fikiran akan menjadi jumud dan sempit.

    ekstremist adalah contoh manusia yang tidak mampu menggunakan akal. sehinggakan akal tidak mampu mengawal lagi pemikiran mereka.

    manusia adalah spesis makhluk yang lemah. disebabkan akal lah. manusia berada di tempat teratas dalam rantaian makanan.

    ReplyDelete
  4. " bagi saya cerdik atau bodoh sesuatu kaum itu bukanlah dtg dr genetik tetapi lebih kepada kesempitan akal yg dipengaruhi oleh faktor luaran. "

    Saya fikir perkembangan dalam sains evolutionary biology yang terbaharu mengatakan sebaliknya ;

    https://www.washingtonpost.com/national/health-science/study-finds-that-fear-can-travel-quickly-through-generations-of-mice-dna/2013/12/07/94dc97f2-5e8e-11e3-bc56-c6ca94801fac_story.html?utm_term=.0c5ce803bae3

    Kesemua pengetahuan , perasaan , outlook dalam kehidupan diwarisi secara turun temurun melalui nurture ( pendidikan ) dan lebih mustahak secara nature ( semulajadi yakni DNA ) .

    Sebab itu bangsa Yahudi ( jews secara bangsa ) amat berjaya dalam pelbagai bidang secara umumnya .

    Ada bangsa yang memang tidak dapat belajar matematik . Ada yang memang tidak dapat menangkap sains dan teknologi .

    Kecuali ada mutasi DNA dalam satu individu yang boleh menyumbang kepada komponen DNA baru dalam bangsa tersebut , maklumat serta pengalaman sesuatu bangsa akan terus diwarisi turun temurun ...

    ReplyDelete