Friday, 28 April 2017

Maahad Tahfiz

Kedamaian Untuk Semua,

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi di atas kehilangan insan yang mereka sayangi.

Sejak kali pertama berita mengenai adik Thaqif disiar melalui akhbar arus perdana dan portal berita internet, saya sudah merasakan kesedihan yang tidak terbendung.

Kebetulan anak lelaki saya yang paling tua berumur sekitar adik Thaqif. Membayangkan beliau perlu dipotong kedua-dua belah kakinya kemudian merebak kepada tangan membuatkan hati sesiapa pun akan menjadi emosi.

Jikalah beliau tidak dipanggil kembali kepada zat asalnya, saya tidak dapat membayangkan bagaimana beliau mahu meneruskan kehidupan tanpa tangan dan kedua belah kaki.

Sesungguhnya, saya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kecederaan beliau. Adakah ia akibat langsung pukulan paip getah di bahagian telapak kaki ?

Melalui pembacaan dan jawapan daripada rakan-rakan saya yang pakar di dalam bidang kedoktoran, kecederan akibat pukulan hanya bersifat setempat. Ia tidak boleh merebak ke bahagian anggota badan yang lain.

Bagaimana pula tisu tubuh adik ini boleh secara tiba-tiba diserang kuman ? Bagaimana salur darah beliau boleh tersumbat sehingga mengakibatkan gangrene seolah-olah beliau menghidap kencing manis ?

Begitu banyak persoalan yang tidak terjawab. Saya pasti sebuah pasukan penyiasat sudah ditubuh untuk menyiasat mengenai perkara ini.

Sehingga keputusan siasatan lengkap dan dibentang, saya fikir ada baiknya kita jangan terus cepat menghukum.

Pengalaman sendiri

Seperti yang telah saya beritahu di artikel sebelum ini. Saya sedang mengetuai sebuah badan bukan kerajaan yang menumpu kepada kerja-kerja kebajikan.

Pertubuhan ini sudah hampir separuh abad tertubuh dengan ahli-ahli di pelawa dari kalangan profesional, ahli perniagaan, ahli politik dan mereka yang mencipta nama yang tersendiri di dalam bidang masing-masing di negeri kelahiran saya.

Ahli-ahli lama pertubuhan ini kebanyakkannya sudah berjaya di dalam kerjaya mereka. Kini, kebanyakkan mereka sudah berumur. Saya adalah antara ahli yang masih muda jika dibandingkan dengan mereka.

Sebagai seorang manusia, setelah mengamati cerita lampau ahli-ahli veteran ini, saya dapati mereka juga agak nakal semasa mudanya. 

Saya sendiri pun begitu juga. Ia adalah resam dunia. Janganlah kita menjadi hipokrit dan merasa diri kita sempurna dan suci.

Seperkara yang saya sedari, ahli-ahli lama ini seolah-olah semakin menumpu kepada hal-hal keagamaan. Saya memahami bahawa ini adalah reaksi semulajadi manusia yang merasakan diri mereka dahulunya banyak berbuat "dosa".

Apabila sudah berumur, kini mereka merasakan diri mereka perlu ber"taubat" dengan membuat perkara yang baik. 

Bagi kebanyakkan orang, agama adalah termasuk di dalam definisi perkara baik.

Oleh kerana mereka mempunyai harta yang banyak, maka harta ini kini digunakan untuk tujuan keagamaan.

Di antaranya ialah membina pusat tahfiz dengan wang yang dikumpul di kalangan sendiri. Tabung untuk pembinaan ini bukanlah sedikit.

Sebagai seorang yang mempunyai pemikiran yang berbeza, saya sedaya upaya cuba memujuk supaya tabung ini dilabur ke dalam bidang-bidang pendidikan yang lebih suaimanfaat seperti sains dan teknologi, linguistik dan falsafah.

Ia belum membawa hasil, namun saya percaya jika saya fokus dan berterusan berhujah mengenainya, lambat laun ianya akan berhasil.

Kebersihan

Saya percaya ramai di antara kita pernah melawat ke pusat-pusat tahfiz persendirian. Ada yang dikenali dengan nama maahad dan madrasah. Manakala ada pula yang dikenali sebagai pondok.

Saya juga percaya, ramai di antara kita yang sudah faham benar mengenai syllabus yang di ajar di pusat-pusat ini.

Saya tidak mahu menulis panjang mengenai kurikulum yang diajar di pusat tahfiz. Sudah banyak individu yang memperkatakan mengenai hal ini.

Cuma, kebanyakkan mereka masih mengeluarkan pendapat dengan melihat dari tingkap dan bilik yang sama. 

Mereka masih terperangkap di dalam rumah yang sama dengan rakan lain yang mempraktis agama. 

Mereka rasa mereka berbeza, hakikatnya mereka sama sahaja. Cuma jenama yang berlain nama.

Maka dengan itu, apa sahaja pandangan yang dikeluarkan tidak memungkinkan mereka keluar dari ruang lingkup dan dinamik kehidupan masa kini. 

Sukar untuk pembaharuan dicapai dengan menaruh harapan kepada pendapat yang sebegini.

Apabila dijemput membuat lawatan ke pusat-pusat tahfiz yang dibiaya oleh pertubuhan kami, perkara pertama yang saya perasan ialah soal kebersihan tidak berada di peringkat utama polisi pendidikan pusat-pusat tahfiz.

Ini menyebabkan saya secara berperibadi berpendapat kes adik Thaqif berkait rapat dengan soal ini. Kebersihan.

Kebanyakkan pusat tahfiz menitikberat hal mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan di dalam aktiviti harian mereka, tetapi hal yang paling asas iaitu kebersihan tidak diserap masuk membentuk mentaliti para pelajar yang mengimpikan "svarga" ini.

Sedih mengenangkan mentaliti orang kita.

Ucapan

Baru-baru ini, semasa melawat tapak pembinaan pusat tahfiz terbaru yang mahu dibina oleh pertubuhan kami, pengurusan pusat tersebut secara tidak dijangka menjemput saya untuk memberikan sepatah dua kata kepada para pelajar pusat tahfiz mereka.

Sambil melangkah menuju rostrum, fikiran saya berputar ligat mencari idea yang tidak begitu kontroversi tetapi mampu meninggalkan persoalan besar kepada para pelajar ini. 

Saya mahu ucapan ini menjadi pemangkin untuk para pelajar ini membuka ruang minda mereka. Semoga mereka terinspirasi untuk memulakan pencarian terbesar di dalam hidup mereka. 

Para pembaca yang sering membaca blog ini, pasti boleh mengecam biji butir point yang ingin saya sampaikan kepada para pelajar ini.

Berikut adalah asas ucapan saya setakat yang mampu saya ingat.

Salamun 'Alaykum,

Sesungguhnya Al Quran benar-benar membawa erti yang besar di dalam hidup saya. Sedari kecil, sehinggalah kini memasuki umur 40 an, buku ini tidak henti-henti memberi kejutan demi kejutan kepada diri saya.

Saya tidak berminat untuk berkongsi pengalaman mengenai bidang hafazan kerana saya bukanlah pakar di dalam bidang ini. Ayat yang saya hafal pun setakat ayat lazim sahaja.

Namun, saya amat berminat di dalam proses epistemology. Iaitu proses sesuatu pengetahuan itu diperolehi atau lebih senang difahami sebagai disiplin ilmu.

Cuba anak-anak bayangkan sebuah buku atau manual tentang cara membina sebuah jet. Bayangkan ianya ditulis di dalam Bahasa Russia.

Bolehkah anak-anak pada akhirnya membina sebuah jet dengan hanya sekadar menghafal setiap bait yang muncul di lembaran buku manual ini ? Tentulah tidak boleh, bukan ?

Begitulah juga dengan Al Quran, buku ini tidak akan menjadi berguna kepada kita jika kita sekadar menghafalnya seumpama syair tanpa memahami maksud kandungan buku ini.

Oleh itu, kita perlu mencari jalan untuk memahami isi kandungan buku ini sehabis daya. 

Di mana, cabaran utama kita ialah untuk memahami maksud setiap perkataan yang muncul di buku ini mengikut pemahaman bahasa semasa ianya ditulis.

(Oleh kerana para pelajar ini hafal Al Quran maka saya meminta mereka membacakan keterangan 69-70 dari Surah Yaasin lalu saya bacakan lebih kurang maksud keterangan itu)

 A069
A070 

 

"Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah bacaan (qur-'a-nun) yang jelas. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya ucapan jadi wajar ke atas orang-orang tidak percaya" AQ 36:69-70

Saya pasti anak-anak pernah menonton sebuah filem bernama Hobbit bukan ? 

Bagaimana pula dengan Harry Potter tentu anak-anak pernah menontonnya atau sekurang-kurangnya membaca mengenainya, bukan ?

Kedua-dua filem ini disadur dari novel sains fiksyen. Dengan kata lain, ini adalah cerita tahyul. 

Cerita Hobbit ditulis oleh seorang Inggeris bernama JRR Tolkien, sementara cerita Harry Potter ditulis juga oleh seorang Inggeris bernama JK Rowling.

Sekarang, bolehkah anak-anak mengetahui mengenai ciri-ciri Hobbit di dalam buku tulisan JK Rowling bertajuk Harry Potter ? 

Sudah tentu ia tidak masuk dek akal. Bagaimana JK Rowling mahu menulis tentang Hobbit sedangkan ia adalah idea orang lain ?

Begitulah juga dengan Al Quran, epistemology atau disiplin ilmu yang betul untuk memahami Al Quran ialah dengan mencari maksud perkataan yang keluar di lembarannya melalui buku itu sendiri. 

Ia perlu dilakukan dengan mengambil maksud sesuatu perkataan itu secara konsisten.

Ini adalah kerana penulis asal buku ini tidak pernah menulis buku lain melainkan Al Quran ini sahaja. 

Oleh yang demikian, mana mungkin kita mengambil buku lain untuk menginterpretasi maksud kandungannya.


A079

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis Buku (al-Kitaba) dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka" AQ 2:79

Kita ambil perkataan "deen" sebagai contoh, adakah ia membawa maksud agama sepertimana yang kita fahami di dalam Bahasa Melayu ?

Dari mana pula asal-usul perkataan Melayu yang sedang kita tuturkan ini ? Adakah ia berasal dari Bahasa Sanskrit, Bahasa Pali, Bahasa Latin mungkin ?  

Adakah tepat jika kita terus memutuskan untuk menterjemah perkataan "deen" ini sebagai agama dengan definisi seperti yang selama hari ini kita ketahui ?

Sudahkah kita benar-benar memahami agama ? 

Jika kita mengatakan bahawa kita sudah memahami Agama Islam apakah kita sudah boleh menyatakan yang kita memahami agama secara keseluruhan ?

Perlu di ingat bahawa agama Islam sekadar berumur lebih kurang sekitar 1400 tahun sahaja, sedangkan sejarah dunia berumur lebih tua dari itu. 

Adakah sebelum Islam tidak terdapat langsung sebarang agama dipraktis oleh penduduk dunia ?

Oleh itu, saya menyeru kepada anak-anak yang masih muda dan masih panjang perjalanan hidup ini supaya memberi peluang kepada diri sendiri.

Berilah peluang kepada diri sendiri untuk belajar bersungguh-sungguh. Berilah peluang kepada diri sendiri untuk tidak menutup minda. Sebaliknya bukalah seluas-luasnya minda kita demi menimba sebuah ilmu. 

Sekian.

(Ucapan ini disampaikan dengan bahasa pasar supaya ia mudah diresap oleh para pelajar tahfiz di hadapan saya. Untuk tujuan blog ini, saya menulis ia kembali dengan memberi sedikit suntikan ilmiah)

######################

Saya berhenti setakat itu.

Namun, di dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa saya ingin sahaja meneruskan dengan membuat penjelasan sebegini ...

Saya amat pasti anak-anak sudah menghafal keterangan AQ 30:30, bukan ?

Ini adalah maksud keterangan tersebut ;

A030
 
"Maka tegakkanlah wajah kamu kepada Ad-Deen, seorang yang lurus - fitrah (fit-ra-ta) Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam fitrah (fa-ta-ra) Allah. Itu Deen yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" AQ 30:30

Untuk pengetahuan anak-anak, inilah maksud perkataan Ad Deen. Ad Deen membawa maksud fitrah atau hakikat. Iaitu sesuatu yang berbentuk asas.

Ad deen tidak boleh membawa maksud Organisasi Agama. 

Surah Al-Fatihah keterangan no. 4 berbunyi "Maliki-yaw-mid-deen". Pernahkah ada penterjemah yang menterjemah keterangan ini sebagai "Penguasa hari Organisasi Agama" ?

Oleh itu, jika kita membaca ad deen dengan maksud fitrah secara konsisten, maka, dapatlah kita decipher maksud sebenar keterangan yang amat penting yang membentuk kunci memahami Al Quran ;


A019 

"Fitrah (innal-deena) yang benar di sisi Allah ialah Al-Islamu, dan orang-orang diberi al-Kitab tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan" AQ 3:19
Apa pula maksud perkataan Al-Islam ? Adakah ia merujuk kepada sebuah Organisasi Agama ?

Islam berasal dari akar kata salam (sin-lam-mim). Menurut keterangan di bawah ia membawa maksud "damai".


A046

"Dan di antara keduanya ada tabir, dan di atas benteng (al-'araf) adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil penghuni-penghuni Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya" AQ 7:46
 
Perkataan ini sama maksud dengan sebuah perkataan Bahasa Hebrew, Shalom, yang juga membawa maksud yang sama iaitu "damai".

Ramai orang melayu mahu memahaminya sebagai "sejahtera". Tidak kisahlah. Yang penting ia tetap tidak membawa maksud sebagai sebuah jenama organisasi.

Oleh kerana "damai" adalah suatu fitrah. Maka kita perlu memahami bahawa ia adalah suatu yang berbentuk asas. Bukan sesuatu yang berbentuk tujuan. 

Asas dan tujuan adalah suatu yang sangat berbeza.

Jika kita mahu makan kita perlulah berdamai dengan diri sendiri. 

Kita mesti memutuskan bahawa kita mahu benar-benar makan. Baharulah kita boleh duduk dan menyuap makanan ke mulut kita dengan tenang. Ini dinamakan asas.

Bolehkah kita berbuat begini sedang kita bermain bola ? Tentulah tidak.

Daesh adalah sebuah pertubuhan yang mahu semua manusia di dunia ini mengikuti aliran agama islam ahli sunnah wal jamaah. 

Bagi mereka dunia tidak boleh mencapai kedamaian jika manusia masih tidak memeluk agama islam versi ahli sunnah wal jamaah.

Inilah tujuan mereka ditubuhkan. 

Jalan yang mereka ambil bagi memastikan TUJUAN ini dicapai ialah dengan mengangkat senjata. Adakah anak-anak rasa logik KEDAMAIAN boleh dicapai dengan cara ini ?

Apabila manusia bergolongan, kita akan memulakan peperangan. Bergolongan adalah ciri utama ORGANISASI AGAMA.

Oleh sebab itu, Al Quran mengingatkan kita supaya jangan bergolongan atau dengan kata lain, Al Quran melarang kita memasuki Organisasi Agama.


A031

"Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah iltizam (wa-aqeemus-solla) dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah" AQ 30:31

A032

"iaitu orang-orang yang memecah-belah fitrah mereka (deenahum) dan mereka menjadi beberapa golongan (syi-yaa-an). Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka" AQ 30:32
KEDAMAIAN inilah yang sebenarnya kita cari di dalam hidup ini. 

Inilah Ad Deen yang diredhai oleh Allah. Inilah asas untuk menjadi sejahtera dikalangan umat manusia.


Beginilah juga ungkapan para Nabi. Mereka yang sudah mencapai kebijaksanaan tertinggi. Yang sudah mengenali diri mereka sendiri.
 
Nabi Ibrahim ;
 
A131 
 
"Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, "Berdamailah" (islim), dia berkata, "Aku berdamai (as-lam-tu) demi Pemelihara seluruh alam (li-rabb bil 'alamin)" AQ 2:131
 
Ungkapan dan kefahaman inilah yang diwariskan kepada keturunan baginda.  ASLAM-TU LI-RABB BIL 'ALAMIN.
 
A132  

"Dan Ibrahim wasiatkan anak-anaknya dengan ini, dan Yaakub, "Wahai anak-anakku, Allah telah pilih untuk kamu fitrah (deen-na); maka jangan kamu mati kecuali dalam keadaan damai (musliman)" AQ 2:132

Nabi Sulaiman dan Balqish ;

A044  

"Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku berdamai (aslam-tu)  bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam (li-rabb bil alamin)" AQ 27:44

Dan akhir sekali, inilah juga ungkapan Nabi yang orang Melayu gelar sebagai junjungan besar dan rahmat kepadian seluruh alam. Yang kita mahu kenali sebagai Muhammad ;

A066 

"Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah supaya berdamai (Us-lima) demi Pemelihara seluruh alam (li-rabb bil 'alamin)" AQ 40:66

Ashwed

18 comments:

  1. Orang kita tak mungkin faham apa yg tuan ashwed cuba sampaikan. Saya sendiri sering bercakap perkara sama di media sosial...ramai rakan2 yg menyokong secara umum tetapi sebenarnya tidak faham apa yg saya katakan. Spt kata tuan ashwed, mereka melihat dari tingkap yg sama. Ajaran sebenar Quran seolah2 terlalu asing dan tidak pernah terfikir oleh mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketahuilah bahawa internet is the greatest disruptor. Slowly but surely organisasi agama2 incumbency will be disrupted with the help of internet.

      Delete
    2. Ucapan tuan di sek tahfiz tu patut didengari dan dihadam oleh their parents. Bdk2 tu masih mentah dan x mungkin mrk akn faham. Fitrah bdk2 ni adalah mek suka bermain dan belajar. Maka pd usia itu patutnya mrk diterapkan dgn edutainment yg meliputi semua cbg disiplin ilmu berlandaskan fitrah ie sains dan moral. Bila mrk cecah usia 40 thn baru mrk fhm psl ad.diin iaitu bila frontal area of their brains r fully develop. Ini sesuai dgn ayat quran yg sentuh psl usia 40 thn dan kisah pencarian tauhid.

      Sebetulnya saya sgt risau dgn isu sekolah tahfiz yg makin byk dan their impact on employability of those kids after leaving tahfiz. Jika mrk x dpt kerja dan jadi kecewa, mrk sgt mudah diresapi anasir yg x betul spt indoktrinasi radikalisme. Tambah pula bila mrk lihat kaum lain berjaya dan kuasai ekonomi negara.

      Ketahuilah bhw anak2 di sekolah hari ini tidak tahu apa jenis kerja baru yg akn muncul bila mrk tamat univ kelak. Hari ini, kerjaya Data Saintis adlh antara kerja yg bergaji plg tinggi. Mrk yg jd data saintis/big data analyst hari ini tdk pernah bljr kursus lgsg psl data saintis di univ dulu sbb krg 10 thn dulu, x ada 1 univ pun yg twr kursus khusus on data sci.

      Jd berbalik kpd isu sek tahfiz tadi, jika hanya tekan kpd hafazan saja tanpa sci n tech, ini cukup bahaya kpd daya saing org melayu dan blh beri kesan kpd kestabilan sosio.ekon negara ini kelak. Wallahuaklam

      Delete
    3. Salam Anonymous29 April 2017 at 23:12...

      Well said.

      Excellent article by Tuan Ashwed..

      What needs to be done now is to stop and gradually reduce this madrasah and sekolah pondok OR change their education blueprint altogether.. they are growing like nobody's business but in the end it is them (malays) that loses.. most significantly, lose competitiveness.. like what you said, when you keep on losing you end up depressed.. and when your depressed you become desperate.. desperation leads to radical and irrational and finally become violent...

      becks

      Delete
  2. Ucapan yang baik... tapi seeloknya diteruskan sehingga ke nukilan terakhir...
    Tiada salahnya menghafal Al Quran sekali dengan maknanya... dan yg terbaik makna yang difahami sendiri dan bukannya melalui terjemahan orang lain.
    Masalah utama melihat dari tingkap yg sama ini adalah... uncertainty, fear, complacent, comfort zone dengan tingkap yang ada... tak mau susah pikir nak pi jengok tingkap lain.

    ReplyDelete
  3. Quran diturun kepada manusia sbb manusia ada akal. Burung tiong pun jika dilatih ia boleh hafal ayat quran. tapi apa kesannya?? Ibu bapa hantar anak masuk sek tahfiz sbb nak dpt tiket ke svarga. Katanya hafiz quran boleh bagi syafaat kpd ibu bapa utk masuk svarga. Yg duk sponsor bina sek tahfiz pun nak juga saham syafaat. Tapi org non.muslim dah lama duduk dlm jannah sbb tekun bersolat. Lepasan sekolah tahfiz yg x diajar skills lain yg bermanfaat bakal menjadi risiko kpd negara. Jika di kemudian hari mereka x dapat cari kerja utk sara diri dan keluarga, mcm mana mau damai/islam jika makan pakai tak cukup? Bukan ke papa itu dekat dgn kufur??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, sambg sikit lg ya.

      "Between new technologies, multiplying media, and layers of intercontinental connection, “global citizenship education is a ‘must have’ and not a ‘nice to have’ — for everyone,”

      The above quote taken fr harvard uni grad school for edu's report titled "Teaching and Learning for the Twenty-First Century"

      Dlm dunia abad 21 yg makin erat integrasi ekonomi dan budayanya, sistem pendidikan juga perlu diubah supaya dpt capai "key themes pertaining to how it is that schools prepare youth to become architects of their own lives and contributing members of their communities". Salah satu caranya adalah menggiatkan kolaborasi rentas sempadan atr pelajar di serata dunia khasnya melalui ict. Utk itu, titik persamaan atr pelajar perlu dieratkan dan jurang perbezaan perlu dirapatkan.

      Saya x pasti sama ada elemen "titik persamaan dan jurang perbezaan" diberi fokus di sekolah2 tahfiz.

      Delete
  4. Salam saudara sekelian, saya selesaikan Surah Yunus(10) dari ayat 51 - 109;

    10:51 Kemudian apabila dianya terjadi adakah kamu amanah dengannya sedangkan kamu yang meminta disegerakan kedatanganya.
    10:52 Maka katakan kepada orang yang zalim rasakan azab yang berkekalan sebagai balasan atas apa yang telah kamu usahakan.
    10:53 Sudahkah mereka mengistiharkan kepadamu dianya yang sebenar katakan ya! benar demi Pemeliharaku pasti benar maka tidaklah kamu dengannya menjadi orang yang kecewa.
    10:54 Maka setiap jiwa yang melakukan kezaliman keatas apa yang dibumi pasti ditebus/laftadat dengannya dan mereka merahsiakan penyesalan mereka apabila melihat azabnya maka mereka diadili dengan seadilnya dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
    10:55 Ingatlah Allah memiliki segala apa yang dilangit dan dibumi dan janji Allah pasti benar malahan kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
    10:56 Dia yang menghidupkan dan mematikan dan kepada Dia kamu kembali.
    10:57 Wahai manusia pastinya telah datang kepada kamu amaran dari Pemelihara kamu sebagai rawatan/syifaa-un bagi apa yang didalam dada kamu dan petunjuk dan rahmat bagi orang yang amanah.
    10:58 Katakan hanya dengan pengurnian dan rahmat dari Allah pasti kamu bergembira dengannya malahan dianya lebih utama dari apa yang mereka kumpulkan.
    10:59 Katakan apakah pandangan kamu dengan apa yang diturunkan Allah sebagai rezeki sedangkan kamu mengatakan yang itu haram dan yang ini halal maka katakan apakah Allah memberi izin kepada kamu atau kamu yang mengadakan dusta terhadap Allah.
    10:60 Dan apakah sangkaan orang yang mengadakan dusta terhadap Allah pada hari kebangkitanya sedangkan Allah menyediakan kurniaanya bagi sekelian manusia malahan kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
    10:61 Dan tidak kamu dapati sesuatu urusan atau membaca qur-aanin dan melakukan amalan melainkan Kami yang menjadi saksinya malahan Pemeliharamu tidak melupai sesuatu walaupun dianya seberat zarah dilangit atau dibumi waima halus atau besar pasti dicatatkanya.
    10:62 Sesungguhnya auliyaa-a Allah tiada ketakutan dan tiada kesedihan bagi mereka sedikit pun.
    10:63 Sesungguhnya orang yang amanah itulah mereka yang prihatin.
    10:64 Bagi mereka khabar gembira dalam kehidupan diduniawi dan akhirati malahan tiada perubahan atas kalimah Allah itulah kejayaan agung.
    10:65 Dan jangan kamu merasa sedih akan ucapan mereka malahan segala kemulian milik Allah dan Dia yang Mendengar yang Mengetahui.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  5. smbgn,

    10:66 Ingatlah milik Allah segala yang dilangit dan dibumi malahan tidak termasuk orang yang menyeru selain Allah dan mereka yang sekutu tidak mengikuti melainkan prasangka dan agakkan semata-mata.
    10:67 Dia yang menjadikan malam bagimu beristirehat dan siang yang terang demikian itulah tanda-ayat bagi kaum yang mendengar.
    10:68 Mereka berkata Allah mengambil anak malahan Dia disanjung dan Dia yang terkaya dan Dia memiliki segala apa yang dilangit dan dibumi sedangkan kamu tidak punyai apa-apa kuasa maka apakah kamu berkata terhadap Allah apa yang kamu tiada pengetahuan dengannya.
    10:69 Katakan orang yang mengadakan dusta terhadap Allah tidak berjaya.
    10:70 Walaupun dengan nikmat kesenangan duniawi pasti kepada Kami tempat kembali mereka maka Kami rasakan azab yang dahsyat keatas apa yang telah mereka mengingkarinya.
    10:71 Dan bacakan kepada mereka berita nuuhin ketika dia berkata kepada kaumnya wahai kaumku jika keberatan bagimu kedudukanku dan peringatanku dari ayat-ayat Allah maka kepada Allah aku pasrah maka himpunkan perintahmu dan sekutumu dan jangan perintahmu itu meragukan dan kemukakan kepadaku dan jangan kamu tangguhkan.
    10:72 Jika kamu berpaling maka aku tidak meminta upah darimu malahan upahku dari Allah dan aku diperintahkan menjadi -lmuslimiina.
    10:73 Malahan mereka telah mendustakanya maka Kami selamatkan dia dan sesiapa bersamanya kedalam kapal dan Kami jadikan mereka kalifah dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami maka perhatikan akibat pembalasan keatas orang yang diberi amaran.
    10:74 Kemudian Kami utuskan beberapa rasul sesudahnya dan mereka datang dengan keterangan jelas namun tidaklah mereka amanah dengannya melainkan mereka mendustakanya sejak dahulu maka Kami sita hati mereka jadilah mereka darinya orang yang murtad/-lmu’tadiina.
    10:75 Kemudian Kami utuskan sesudah mereka muusaa dan haaruuna kepada fir’auna dan pembesarnya dengan ayat-ayat Kami malahan mereka takbur dengannya maka mereka itulah kaum yang berdosa.
    10:76 Dan apabila datang kepada mereka yang benar dari Kami mereka berkata ini pastinya sihir yang nyata.
    10:77 Berkata muusaa apakah kamu katakan sihir kepada perkara yang benar setelah dianya datang kepadamu maka tiada kejayaan bagi ahli sihir.
    10:78 Mereka berkata apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari amalan moyang kami terdahulu dan adakah kamu pembesar bumi ini maka tidaklah kami akan amanah dengan kamu berdua.
    10:79 Dan fir’aunu berkata datangkan kepadaku semua ahli sihir yang mahir.
    10:80 Ketika datang ahli sihir yang mahir, muusaa berkata lemparkan apa yang kamu ingin lemparkan.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  6. smbg,

    10:81 Dan setelah mereka melemparkanya muusaa berkata apa yang kamu datangkan adalah sihir dan pasti Allah batalkanya dan Allah tidak membiarkan terhasil amalan orang yang fasik.
    10:82 Malahan Allah membenarkan hanya yang benar dari kalimah Dia walaupun dianya sangat dibenci oleh orang yang berdosa.
    10:83 Maka tiada yang amanah kepada muusaa melainkan keturunan dari kaumnya yang takutkan fir’auna dan pembesarnya yang menindas mereka dan fir’auna berleluasa dibumi dan dia dari golongan fasik.
    10:84 Dan muusaa berkata wahai kaumku jika kamu amanah kepada Allah maka pasrahlah kepada Dia jika kamu muslimiina.
    10:85 Maka mereka berkata kami pasrah kepada Allah, Pemelihara kami janganlah Kamu jadikan kami bahan penindasan kaum yang zalim.
    10:86 Dan selamatkan kami dengan rahmatMu dari kaum yang tidak percaya.
    10:87 Maka Kami ilhamkan muusaa dan saudaranya supaya tempatkan kaum mereka dimishra dan jadikan rumah kamu kiblat dan laksanakan kewajipanmu dan sebarkan berita ini kepada orang yang amanah.
    10:88 Dan muusaa berkata Pemelihara kami! Kamu berikan fir’auna dan pembesarnya perhiasan dan kekayaan duniawi yang menjadikan kaumnya sesat dari jalan Kamu maka musnahkan kekayanya dan sita hati mereka sehingga mereka melihat azab Kamu yang dahsyat.
    10:89 Berkata pasti diperkenankan doamu dan diteguhkan kamu berdua maka jangan kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui.
    10:90 Dan Kami seberangkan banii israa-iila dilautan ketika mereka diekori fir’aunu dan angkatanya yang angkuh dan bengis malahan ketika dia hampir tenggelam dia berkata “aku percaya bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia” Tuhan yang banii israa-iila telah amanah kepada Dia malahan aku darinya muslimina.
    10:91 Apakah baru sekarang! yang pasti kamu telah mendurhakai Dia sejak dahulu malahan kamulah sebenarnya orang yang fasik.
    10:92 Maka pada hari ini Kami awetkan badan kamu bagi dijadikan tanda-ayat bagi kaum selepas kamu malahan kebanyakan dari kalangan manusia dengan ayat-ayat Kami mereka lalai.
    10:93 Dan pastinya Kami menempatkan banii israa-iila ditempat yang sebenar dan Kami menrezekikan mereka dari apa yang terbaik malahan mereka tidak mempertikaikan sehingga datang kepada mereka ilmu pengetahuan malahan Pemeliharamu yang menetapkan ketetapan keatas mereka pada hari kebangkitan mereka dengan apa yang telah mereka mempertikaikan dengannya.
    10:94 Jika kamu berprasangka dengan apa yang Kami telah turunkan maka tanyalah orang yang membaca kitabnya sebelum kamu pasti telah datang kepada mereka yang sebenar dari Pemelihara mereka maka janganlah kamu menjadi darinya orang yang dalam keraguan.
    10:95 Dan jangan kamu menjadi orang yang mendustakan ayat-ayat Allah jika demikian jadilah kamu darinya orang yang dalam kerugian.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  7. smbg,

    10:81 Dan setelah mereka melemparkanya muusaa berkata apa yang kamu datangkan adalah sihir dan pasti Allah batalkanya dan Allah tidak membiarkan terhasil amalan orang yang fasik.
    10:82 Malahan Allah membenarkan hanya yang benar dari kalimah Dia walaupun dianya sangat dibenci oleh orang yang berdosa.
    10:83 Maka tiada yang amanah kepada muusaa melainkan keturunan dari kaumnya yang takutkan fir’auna dan pembesarnya yang menindas mereka dan fir’auna berleluasa dibumi dan dia dari golongan fasik.
    10:84 Dan muusaa berkata wahai kaumku jika kamu amanah kepada Allah maka pasrahlah kepada Dia jika kamu muslimiina.
    10:85 Maka mereka berkata kami pasrah kepada Allah, Pemelihara kami janganlah Kamu jadikan kami bahan penindasan kaum yang zalim.
    10:86 Dan selamatkan kami dengan rahmatMu dari kaum yang tidak percaya.
    10:87 Maka Kami ilhamkan muusaa dan saudaranya supaya tempatkan kaum mereka dimishra dan jadikan rumah kamu kiblat dan laksanakan kewajipanmu dan sebarkan berita ini kepada orang yang amanah.
    10:88 Dan muusaa berkata Pemelihara kami! Kamu berikan fir’auna dan pembesarnya perhiasan dan kekayaan duniawi yang menjadikan kaumnya sesat dari jalan Kamu maka musnahkan kekayanya dan sita hati mereka sehingga mereka melihat azab Kamu yang dahsyat.
    10:89 Berkata pasti diperkenankan doamu dan diteguhkan kamu berdua maka jangan kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui.
    10:90 Dan Kami seberangkan banii israa-iila dilautan ketika mereka diekori fir’aunu dan angkatanya yang angkuh dan bengis malahan ketika dia hampir tenggelam dia berkata “aku percaya bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia” Tuhan yang banii israa-iila telah amanah kepada Dia malahan aku darinya muslimina.
    10:91 Apakah baru sekarang! yang pasti kamu telah mendurhakai Dia sejak dahulu malahan kamulah sebenarnya orang yang fasik.
    10:92 Maka pada hari ini Kami awetkan badan kamu bagi dijadikan tanda-ayat bagi kaum selepas kamu malahan kebanyakan dari kalangan manusia dengan ayat-ayat Kami mereka lalai.
    10:93 Dan pastinya Kami menempatkan banii israa-iila ditempat yang sebenar dan Kami menrezekikan mereka dari apa yang terbaik malahan mereka tidak mempertikaikan sehingga datang kepada mereka ilmu pengetahuan malahan Pemeliharamu yang menetapkan ketetapan keatas mereka pada hari kebangkitan mereka dengan apa yang telah mereka mempertikaikan dengannya.
    10:94 Jika kamu berprasangka dengan apa yang Kami telah turunkan maka tanyalah orang yang membaca kitabnya sebelum kamu pasti telah datang kepada mereka yang sebenar dari Pemelihara mereka maka janganlah kamu menjadi darinya orang yang dalam keraguan.
    10:95 Dan jangan kamu menjadi orang yang mendustakan ayat-ayat Allah jika demikian jadilah kamu darinya orang yang dalam kerugian.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  8. smbg,

    10:96 Sesungguhnya orang yang Pemeliharanya menetapkan kalimahnya keatas mereka pasti mereka tidak amanah dengannya.
    10:97 Walaupun telah datang kepada mereka setiap ayat atau sehingga mereka melihat azab yang dahsyat.
    10:98 Maka mengapa tidak sesuatu khariah yang amanah, Kami berikan manfaat atas keamanahan mereka melainkan kaum yuunusa setelah mereka amanah dan Kami hilangkan penderitaan dari kehinaan duniawi dan Kami berikan kesenangan kepada tempoh yang ditetapkan.
    10:99 Dan jika dikehendaki Pemelihara kamu pasti dijadikan sekelian mahluk dibumi amanah maka apakah kamu hendak memaksa sekelian manusia menjadi amanah.
    10:100 Dan tiada suatu jiwa akan amanah kecuali diizinkan Allah maka dijadikan najis keatas sesiapa yang tidak mengunakan akalnya.
    10:101 Perhatikan apa yang dilangit dan dibumi dan tidak memberi kelebihan dari tanda-ayatnya dan amaranya bagi kaum yang tidak amanah.
    10:102 Maka apakah yang mereka tunggu melainkan misalan hari orang terdahulu sebelum mereka maka katakan tunggulah aku juga bersama kamu orang yang menunggu.
    10:103 Kemudian Kami selamatkan rasul Kami dan orang yang amanah dianya kemestian bagi Kami menyelamatkan orang yang amanah.
    10:104 Katakan wahai manusia jika kamu berprasangka dengan diinii maka aku tidak berkhidmat kepada apa yang kamu berkhidmat selain Allah malahan aku hanya berkhidmat kepada Allah yang mewafatkan aku dan kamu dan aku diperintahkan menjadi orang yang amanah.
    10:105 Dan aku menghadapkan wajahku kepada diini dengan ikhlas dan setia maka jangan kamu menjadi orang yang sekutu.
    10:106 Dan jangan kamu berkhidmat selain Allah yang tidak dapat memberi manfaat atau mudharat jika demikian kamu darinya orang yang zalim.
    10:107 Jika Allah menimpakan penderitaan tiada siapa dapat hilangkanya melainkan Dia dan jika dikehendaki kebaikan maka tidak sesiapa dapat menghalang pemberian Dia dan diberikan kepada sesiapa dikehendaki malahan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
    10:108 Katakan wahai manusia pasti telah datang kepadamu yang benar dari Pemeliharamu maka siapa mendapat petunjuk dianya bagi dirinya dan siapa sesat dia menyesatkan dirinya dan aku bukanlah wakil mereka.
    10:109 Dan ikuti apa yang diilhamkan kepadamu dan bersabarlah sehingga Allah berikan keputusanya malahan Dia hakim yang terutama.

    Sekian dan Selamat Membaca.

    ReplyDelete
  9. cukup memberi makna tuan...cuma saya gunakan untuk di sendiri saja...sebab nak terangkan pada sahabat lain tak reti ( takut mereka salah faham )

    ReplyDelete
  10. cukup memberi makna tuan...cuma saya gunakan untuk di sendiri saja...sebab nak terangkan pada sahabat lain tak reti ( takut mereka salah faham )

    ReplyDelete
  11. Salam Ashwed,

    Ramai tak dalam persatuan tu yang berpegang pada Quran dan menolak hadis perawi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Kesemua mereka berpegang kpd tradisi lama orang kita mengenai agama.

      Peace

      Delete
    2. ahh..sadly..patutla ashwed tak abiskan ucapan tu.

      Delete
  12. Tuan, mohon tuan tulis sikit psl penemuan rangka manusia zmn neolitik ie "penang woman" di s.perai baru2 ini. Ritual pengkebumian beliau dan kaitan kepercayaan hidup lps mati zmn itu dgn hari ini seakan tdk jauh beza. Tq

    ReplyDelete