Sunday, 23 April 2017

Rahmatan Lil 'Alamin

Kedamaian Untuk Semua,

Kepercayaan adalah sesuatu yang subjektif. 

Apabila berbicara mengenai kepercayaan kebiasaannya ia tidak disokong dengan fakta.

Ini adalah kerana ketiadaan fakta yang cukup kuat untuk menyokong kepercayaan itu. Inilah sebabnya ia dikenali sebagai kepercayaan.

Di zaman kecil, saya sering mendengar mengenai Hantu Kum-Kum yang akan memberi salam di pintu rumah-rumah di kampung.

Jika kita tidak membuka, hantu ini akan mula mencakar pintu rumah dengan kukunya yang tajam.

Suatu hari, ibu saya memberitahu bahawa hantu kum-kum telah tiba di kampung kami. 

Saya tertanya-tanya sendiri dia datang ke kampung kami ini menaiki kenderaan apa agaknya ?

Namun, sebagai seorang anak yang menyayangi ibunya saya ikuti sahaja saranan beliau supaya memastikan pintu dan tingkap rumah kami ditutup.

Sebenarnya, rumah kayu kami di kampung adalah amat daif.

Oleh kerana set kunci pintu depan hanya ada satu, maka saya sering sahaja membuka pintu bilik air dengan jari untuk masuk ke rumah jika sekiranya ibu saya keluar.

Begitu juga, saya perhatikan rumah jiran-jiran tempat saya bermain pun bukanlah kukuh sangat, sama sahaja dengan rumah saya.

Saya kira, rumah kebanyakkan orang melayu di waktu itu 2 x 5 sahaja.

Saya tertanya-tanya sendiri, buat apalah hantu kum-kum ini sekadar mencakar pintu rumah orang melayu. 

Mengapa tidak tendang sahaja pintu itu untuk masuk ke rumah. Bukannya kukuh sangat pun rumah kebanyakkan orang melayu ?

Dan kenapa pulak yang dia hanya pilih untuk mencakar rumah orang melayu sahaja ? Pelik sungguh.

Itulah yang dinamakan kepercayaan. Ia bergantung kepada diri kita samada mahu menerima atau menolaknya.

Sistem

Di peringkat antarabangsa pula kepercayaan boleh menjadi begitu besar sehingga ia membentuk sistem.

Ia bukan perkara yang main-main. Ramai yang dipenjara dan dibunuh dek kerana sistem kepercayaan.

Kebanyakkan perang bermula hanya kerana saling tuduh-menuduh mengenai kepercayaan pihak lain. 

Orang Islam percaya definisi Tuhan merekalah yang paling benar. Mereka menuduh kepercayaan orang Kristian mengenai Tuhan salah, maka mereka berperang.

Orang Islam kata Hindu sembah lembu salah, perang (buat sajak dulu sebelum perang).

Begitulah mudahnya peperangan bermula.

Image result for john shelby speng god is not christian

Kontroversi Perkahwinan Dengan Kanak-kanak

Baru-baru ini seorang Ahli Parlimen dari Pulau Pinang terpalit dengan kontroversi. 

Beliau menyatakan solusi untuk mereka yang merogol secara statutori (melakukan seks dengan gadis bawah umur) ialah berkahwin dengan si perogol.

Seperti biasa, lidah akhbar kedua-dua belah parti yang berseteru pun mulalah spin isu tersebut.

Saya agak pasti beliau mengeluarkan pendapat tersebut berdasarkan hadis "Nabi Terakhir" berkahwin dengan kanak-kanak berumur 6 tahun dan melakukan hubungan jenis dengan kanak-kanak tersebut ketika beliau berumur 9 tahun.

Entah macamana, saya pun kurang pasti, baru-baru ini saya berdebat dengan seorang rakan peguam mengenai perkara ini.

Beliau menghantar satu artikel untuk saya baca bagi mengukuhkan hujahnya. Berikut adalah artikel tersebut. 

http://www.call-to-monotheism.com/why_did_prophet_muhammed_marry_aisha_at_a_young_age__is_that_morally_right__what_about_paedophilia___by_dan_1988

Sementara itu, seperti biasa rakan-rakan lain sudah mula meminta saya supaya kembali beriman apabila saya mengatakan "Nabi Terakhir" ini seolah mempunyai dual-character kerana kelakuan beliau di dalam Al Quran sangat berbeza dengan kelakuannya di dalam Ilmu Hadis.

Kebetulan, semasa saya melayari Facebook seorang rakan yang lain berkongsi video mengenai isu Nabi berkahwin dengan kanak-kanak dengan komen "Sharing is Caring".


Di dalam dunia media sosial yang penuh mencabar ini, saya akui perkara utama yang perlu kita praktis ialah self-restraint. Jika tidak, alamatnya hari-hari kita akan bertelagah dengan kawan.

Berbalik kepada pertelagahan saya dengan rakan mengenai isu Nabi berkahwin dengan kanak-kanak, akhirnya, saya dicabar oleh seorang rakan lain untuk menyatakan pendirian saya mengenai isu tersebut.
Saya hanya menjawab ringkas bahawa ianya adalah suatu fitnah lalu saya menerangkan kepada mereka mengapa saya berpendapat begitu.

Sehingga ke hari ini, saya masih belum menerima apa-apa feed back dari rakan-rakan saya.

Seperti biasa orang kita mengambil pendekatan menyapu fakta baru ini ke  bawah karpet dan meneruskan kepercayaan lama seperti biasa.

Harap-harap mereka tidaklah sampai ke tahap enggan mengajak saya minum pula.

Lain Yang Dia Percaya, Lain Yang Dia Bikin

Sidang pembaca yang dihormati sekelian. Sebenarnya saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan apa jenis kepercayaan seseorang pun.

Di peringkat ini, setelah mengembara berpuluh tahun mencari kebenaran, sejujurnya saya merasakan sudah banyak tembok yang telah saya runtuhkan di dalam jiwa ini menjadikan pemikiran saya lebih terbuka.

Kepercayaan seseorang adalah hak pilihannya, kita perlu menghormati pilihan orang lain sama juga seperti kita mahu orang lain menghormati pilihan kita

Namun, apabila kita mempercayai sesuatu, setidak-tidaknya kita perlu walk-the-talk.

Janganlah di mulut kita mengatakan yang lain, tetapi lain pula di hati.

Kesimpulan

Kebanyakkan orang Melayu yang mengikuti kepercayaan ahli sunnah wal jamaah mempercayai bahawa Nabi Muhammad dan agama yang dibawanya adalah rahmatan lil 'alamin yang membawa maksud rahmat kepada sekalian alam.

Seterusnya, kita dituntut mempercayai bahawa Nabi ini membawa bersamanya sebuah buku yang menjadi Al Furqan, pembeda di antara yang hak dengan yang batil.

Kita diajar untuk mempercayai bahawa Nabi ini diutus untuk merubah praktis kaumnya yang jahil oleh sebab itu baginda menjadi rahmat kepada kaumnya.

Sedari kecil kita ditagih supaya memberi penghormatan yang setinggi-tingginya kepada Nabi yang terakhir ini, terbawa-bawa sehingga kepada tahap memuja.

Setiap doa yang dititip di dahului dengan memberi penghormatan kepada Nabi dan sahabatnya.

Begitulah tingginya tahap pengagongan kita kepada insan ini.

Namun, di sebalik semua itu, kita gagal mempertahankan kredibilit orang yang kita agongkan itu.

Kita percaya bulat-bulat kepada suatu fakta liar yang di bawa oleh seorang yang mendengarnya dari A, yang mendengarnya pula dari B, yang mendengar pula dari C, yang mendengarnya dari D bahawa Nabi yang kita agongkan itu menikah dengan kanak-kanak.

Kita tiba-tiba menggagau mencari hujah untuk menyokong fakta yang di dengar dari A, yang mengatakan dia mendengar dari B yang mendengarnya pula dari C dan D itu.

Akibatnya, kita menyatakan bahawa tamadun Kristian di Amerika juga pernah membuat undang-undang umur perkahwinan pada usia 7 tahun.

Bahawa orang Hindu di India juga pernah mempunyai Undang-undang usia perkahwinan 10 tahun.

Kita memberi pula hujah bahawa adalah menjadi resam praktis kaum Nabi sebelum beliau diutus, mengahwinkan kanak-kanak mereka yang berumur 6 tahun.

Kita merasa semua hujah ini cukup kukuh untuk menyokong fakta liar ini.

Saya sungguh tidak faham cara kita mempercayai sesuatu.

Pada mulanya kita menyatakan Nabi dan Agama Islam itu adalah rahmatan lil 'alamin

Kini, kita berhujah pula oleh kerana agama-agama lain juga melakukannya maka tidak salah untuk Nabi kita melakukannya.

Agama mana satu yang menjadi rahmatan lil 'alamin ini sebenarnya ? Kristian, Hindu atau Islam ? Mengapa yang menjadi rahmat pula yang mengikut agama yang batil ?

Terbukti terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kepercayaan kita. 

Mulut kata lain, hati mempercayai yang lain.

Adalah tidak logik seorang yang diutus untuk membawa perubahan, sebaliknya hanya mengikut praktis mungkar kaum yang sepatutnya dia ubah.

Saya membayangkan, sebagai seorang iconoclast dan reformis dengan minda revolusinair, baginda dengan berani pergi ke tengah-tengah kaumnya yang jahil lalu menyeru kepada kaumnya bahawa apa yang mereka praktis itu adalah salah.

Kanak-kanak yang berumur 6 tahun sepatutnya bermain dan berseronok bersama-sama kanak-kanak yang lain bukannya dikahwinkan dengan orang tua berumur 40-50 tahun. 

Lalu, baginda mengisytiharkan bahawa had umur minimum untuk sebuah perkahwinan ialah setelah lelaki dan perempuan itu tahu menguruskan harta.


Ini tidak, kita menuduh pula Nabi Terakhir menyertai bandwagon, menjadi paedofil saling tak ubah seperti kaumnya yang jahil itu. 

Tidakkah kita merasa kita menghina intelek sendiri.
Kepercayaan sebegini sedikit pun tidak membayangkan kasih sayang dan penghormatan kita kepada insan ini.

Sebaliknya, kita membunuh kredibiliti baginda, menyebabkan sukar untuk kita mempertahankan integriti baginda apabila diserang.


Yang sebenarnya, mereka ini bukan mempertahankan Nabi, yang mereka pertahankan ialah si pembuat fakta fitnah ini.

Si pembuat fakta inilah yang sebenarnya mereka agongkan, tetapi di mulut dikatakan sedang mempertahankan dan mengagongkan Nabi. 

What an insult !

Ashwed



12 comments:

  1. Salam. Logically umur Aishah sepatutnya dalam 19 tahun kalau dinuat kajian secara reference.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Dari pengamatan, seorang remaja berumur 19 tahun lebih logik memahami pengurusan kewangan spt yg disaran Al Quran.

      Anak saya lelaki dan perempuan semasa berumur 6 tahun beli ais krim pun masih belum pandai. Bagaimana pula nak diharap mereka ini menjaga harta.

      Saya selalu memperingatkan mereka yg cuba mempertahan fakta liar berkahwin dgn kanak2 berumur 6 tahun bhw mereka mempunyai minda yg sakit.

      Peace

      Delete
  2. Saya baru paste-kan link ke artikel tuan ashwed ttg isra mikraj di satu wall kawan yg membincangkan tentangnya.

    Ia dibalas oleh org ramai secara bertalu2 mengenai peristiwa isra mikraj dari hadith tanpa mengambil kisah langsung apa yg ditulis di dlm Quran mahupun fakta sejarah pembinaan masjid al aqsa. Itu belum lagi dibincangkan mengenai arah kiblat yg bertukar..

    Apa yg menyedihkan ialah org2 kita sangat yakin berhujah tanpa bukti melainkan sekadar merujuk hadith sahaja seolah2 hadith itu sudah cukup utk mereka dan tidak perlu lagi kpd alQuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdr anon 24 apr 3:22,

      Jgn bersedih. Kebebasan fikiran adalah sesuatu yg individu. Mereka mungkin merasa megah dapat troll sdr. Tapi mereka tidak mungkin dapat merasakan kebebasan fikiran yg sdr sedang rasakan.

      Yg penting ialah apa yg kita rasa dan fikir bukan apa yg org lain rasa dan fikir. The beginning of all wisdom is to know yourself.

      Damai

      Delete
    2. demi menjaga silaturrahim dan setiakawan...saya banyak berdiam dan menyimpan buah fikiran dari keluarga dan rakan2...

      Delete
    3. Thats very comforting. Thank you.

      Delete
  3. Ketahuilah bhw susuk tubuh under aged girls tidak dicipta utk hbgn seksual dan hamil. Akibat budaya rakus itu, ramai anak perempuan telah mati (see news below). Kemungkinan bagaimana ia berlaku adalah bila agamawan diminta utk justify nafsu rakus pemerintah/sultan/khalifah selepas nabi terakhir. Bila sultan berkenan kpd anak2 gadis yg menghuni harem di kawasan istana, maka agamawan yg digaji sultan akn reka apa saja utk justify nafsu gila itu. Oleh sbb quran dgn terang sebut umur matang bagi perkahwinan gadis, maka jln keluar agamawan adalah rekacipta hadis2. Inilah agaknya yg berlaku. Wallahuaklam


    https://www.dailymail.co.uk/news/article-3845244/amp/Child-bride-15-forced-marry-14-Turkey-dies-labour-complications-brought-giving-birth-young.html

    http://www.dailymail.co.uk/news/article-1264729/Child-bride-13-dies-internal-injuries-days-arranged-marriage-Yemen.html

    ReplyDelete
  4. Esse quam videri, 'to be (muslim) rather than to seem (muslim)'

    Bagi kebanyakan manusia memilih kepercayaan ikut ikutan adalah lebih mudah tanpa perlu 'struggle'. Mereka ini bagaikan aktor yg cuba menaikkan imej sendiri. Tanpa mereka2 ini sedar kepercayan tanpa kajian & ilmu adalah ciri2 orang2 yg sesat seperti yang dituntut didalam Quran untuk mengenali Tuhan kita dituntut mengkaji & mengenal alam ciptaan tuhan ini.
    Sejauh mana kajian & ilmu kita dibandingkan dengan bangsa asing?
    -Hairi

    ReplyDelete
  5. salam,

    Pendapat saya, mereka lebih menjurus ke arah 'matlamat menghalalkan cara'. Mereka yg mempunyai keinginan seks yg pelik, sentiasa akan bersandarkan kepada sesuatu riwayat untuk menjustifikasikan perbuatan mereka adalah benar.

    Selain dari seks bawah umur, seks melalui dubur isteri juga dibenarkan melalui riwayat. Juga seks semasa perang, seks melalui kontrak tanpa tanggungjawab juga mempunyai dasar keinginan seks yg pelik yg disandarkan kepada riwayat.

    Kesemua ini menjurus kepada satu kesimpulan iaitu wanita adalah satu produk seks semata-mata.

    Bagi saya, paganism arab (Cresent moon and star gods family) meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam melalui riwayat. Sebab itu ramai yang takut apabila kita membawa Quran semata-mata. Sebab Quran adalah Furqan.

    Peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. remind me of the story of the 5 monkeys...

      Delete
  6. Salam,

    What an article! Inilah juga yang saya jawab kepada rakan dalam grup whatsapp saya cuma ayat saya tidaklah sebaik tuan. Dua points yang amat penting tuan timbulkan: umur yang ditetapkan oleh Quran dan siapa figur yang sebenarnya kita pertahankan, Nabi Terakhir atau periwayat cerita. I guess bila kita refer kepada Quran kita akan dapat jawapan yang sama seperti yang tuan nukilkan. Malangnya kita terlalu banyak sumber rujukan yang kita letak setaraf dengan Quran atau lebih malang lagi tanpa kita sedari kita angkat lebih tinggi dari Quran.

    Please continue your great work brother.

    Terima kasih.

    Muhammad

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Ini adalah satu keadaan di mana 'kita' kembali kepada cara mereka. Tengok video tu dah nampak point pembikin video tu yang 'kita' ikut cara mereka.

    Sama sperti pakaian. Hanya focus pada pakaian barat yang dikatakan corrupt tetapi 'kita' dah ikut cara mereka yang mereka sendiri dah lama ditinggalkan kecuali hanya segelintir yang masih practice cara lama yang cuba dihapuskan.

    Semuanya mengalami evolusi. Bahasa. Pakaian. Pemikiran. Etc.
    Dari complicated kepada mudah dan praktikal.

    Another argument pasal pertembungan antara dua agama (A &B). Masing-masing merasakan mereka lah yang betul. Perang la jawabnya. Sesetengah pihak berpendapat dulu agama A ni pun menyerang agama B. Maka itulah karma agama B menyerang sana sini. Tapi bukankah sepatutnya semua manusia hidup dalam aman damai.

    But to live in peace ni memang mencabar. Kekadang ingat lain apa orang buat atau kata. Banyak sangat assumptions. I do assume sometimes and other people also assume about me.

    To be a good Muslim must have strong mental, articulate, patience, etc. Me still a work in-progress. Sumber inspirasi my cat la. So patience and love un conditionally.

    Non

    ReplyDelete