Friday, 14 April 2017

Tahniah The Pocket Rocketman

Kedamaian Untuk Semua,

Hari ini saya keluar menunaikan solla (iltizam/kesungguhan/komitmen/determination) dengan perasaan yang sangat bangga.

Bangun sahaja dari tidur kira-kira pukul 5 pagi tadi sehinggalah sewaktu artikel ini ditulis perasaan confident memuncak apabila berkomunikasi dengan rakan lain.

Semuanya kerana berita ini ;

http://www.thestar.com.my/videos/2017/04/14/pocket-rocketman-azizulhasni-awang-is-keirin-king/


Tahniah Azizul Hasni. Andalah kebanggaan negara.
 
Sangat pelik apabila difikirkan bagaimana kejayaan orang lain boleh mempengaruhi nilai diri kita.

Tetapi, itulah hakikatnya kehidupan ini. 

Bagi saya, ini adalah bukti bahawa ritma kehidupan kita sebagai manusia saling kait mengait di antara satu sama lain.

Sebagai ibubapa, pasti kita akan merasa bangga apabila anak-anak kita mencipta kejayaan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Begitu juga, jika adik beradik kita atau rakan-rakan kita mencapai kejayaan kita pasti akan merasa bangga. 

Kadang-kadang, tanpa di sedari kita bercerita tentang ketika mana orang-orang yang kita kenali ini mula-mula menceburi bidang yang membawa kejayaan itu.

Jika anda pernah mengalami perkara sebegini, cuba anda ingat kembali apakah sebenarnya resipi kejayaan anak-anak, adik-beradik atau rakan-rakan yang kita kenali itu ? 

Cerita anda itu, ia berkisar mengenai apa ?

Dari bertatih sehinggalah melangkah seumpama gergasi, orang-orang yang berjaya ini tidak henti-henti berusaha dengan gigih untuk mencapai impian mereka. 

Itulah sebenarnya tema yang kita sampaikan semasa kita bercerita mengenai mereka.

Cuba pula anda hitung berapa lamakah masa yang dikorbankan oleh orang-orang ini sebelum mereka benar-benar mencapai kemuncak, bolehkah ia dicapai di dalam tempoh 5-10 minit ?

Sebagai contoh Sdr Azizul Hasni mengambil masa 10 tahun sebelum berjaya menjadi juara dunia.

http://www.utusan.com.my/sukan/berbasikal/azizulhasni-juara-dunia-selepas-10-tahun-mencuba-1.469141

http://mediaterjah.com/2017/04/azizulhasni-juara-dunia-keirin-selepas-10-tahun-mencuba/

Oleh itu, masihkah kita mahu menipu diri sendiri dengan menyampaikan kepada anak-anak kita pewaris generasi hadapan bahawa resipi kejayaan yang utama terletak kepada beberapa pose ritual yang diulang-ulang dan mampu ditunaikan di dalam tempoh 5 minit ?

Sedangkan setiap hari kita di tayangkan dengan pembuktian yang kukuh tentang bagaimana mahu berjaya ?

"HAYYA ALLASH SOLLA"
 (marilah menunaikan "solla")

"HAYYA 'ALLAL FALAH
 (marilah menuju kejayaan)

Sehari 5 kali pembesar suara di kampung-kampung dan di bandar-bandar berkemundang dengan seruan ini.

Malangnya kita memilih untuk memekakkan telinga dan membutakan hati.

Ashwed 

5 comments:

  1. Slm tuan, i got ur points but saya tak fikir azan tu ada dipraktis di zmn nabi dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      It's not the AZAN. Maksud perkataan tu yg kita abaikan walaupun hari2 dengar.

      Damai

      Delete
    2. Diorang ni bukan abaikan maksud dalam azan tu, tapi pemahaman diorang lain.

      Solla tu sebab wajib, jika laksanakan manusia akan "berjaya" ke syurga. Solla kan tiang agama. Jika tiada tiang agama sia2lah amalan yg lain. Tulah yg ustaz ajar masa sekolah dulu.

      Diorang takut nak ubah tafsiran azan tu ikut makna yg Ashwed nyatakan sebab dah kearah keduniaan sedangkan sembahyang bagi mereka melupakan hal keduniaan sebentar hanya fokus pada tuhan semata2.

      Delete
  2. Salam.

    Mostly all yang berjaya akan bagi tips kejayaan. Common tips:
    * persistent
    * never give up
    * work hard

    Non

    ReplyDelete
  3. rukun solat untuk kurangkan berat badan

    1. kurangkan makan
    2. bersenam
    3. tiap-tiap hari

    kalau tinggal salah satu rukun tak sah solat

    ReplyDelete