Kedamaian Untuk Semua,
Baru-baru ini seorang penyanyi sebuah kumpulan yang mencetus fenomena era 'grunge' di zaman awal 90an meninggal dunia.
Beliau dikatakan membunuh dirinya di sebuah bilik hotel bernombor 1136, MGM Grand Detroit, Amerika Syarikat.
Bagi mereka yang tidak pernah melalui era muzik ini, grunge adalah sebuah genre rock yang boleh dikenalpasti dengan ketukan drum malas, bunyi guitar berat tetapi tidak berapa laju, bass yang berbunga dan vokal yang mantap.
Pemuzik genre ini gemar bermain dengan tune tali gitar mereka. Seperti yang kita ketahui standard tuning untuk tali gitar dari tali ke-6 (paling atas) hingga 1 (paling bawah) ialah EADGBE.
Namun, pemuzik era ini gemar membuat alternative tuning.
Kebiasaanya tali ke-6 akan diturunkan tona kepada nota D dikenali sebagai "Drop D". Arrangement ini mengakibatkan gitar mereka berbunyi berat.
Entah di mana silapnya, kebanyakkan vokalis genre ini menghadapi kemurungan tahap tinggi.
Perkara ini dapat diperhatikan melalui lirik lagu-lagu ciptaan mereka yang sering berkisar mengenai perasaan yang mendalam seolah-olah diri mereka terpisah dari masyarakat yang mereka anggotai.
Di antara penyanyi generasi ini yang menemui kematian di usia muda ialah Andy Wood (Mother Love Bone), Kurt Cobain (Nirvana), Layne Staley (Alice in Chains) dan terkini Chris Cornell (Soundgarden, Audioslave).
Chris Cornell pernah menghasilkan lirik lagu seperti berikut semasa beliau menganggotai sebuah superband yang dikenali sebagai Audioslave pada tahun 2003.
"LIKE A STONE"
On a cob web afternoon,
In a room full of emptiness
By a freeway, I confess
I was lost in the pages of a book full of death;
Reading how we'll die alone.
And if we're good we'll lay to rest,
Anywhere we want to go.
In your house I long to be
Room by room patiently,
I'll wait for you there like a stone.
I'll wait for you there alone.
And on my deathbed I will pray to the gods and the angels,
Like a pagan to anyone who will take me to heaven
To a place I recall, I was there so long ago.
The sky was bruised, the wine was bled, and there you led me on.
In your house I long to be
Room by room, patiently,
I'll wait for you there like a stone.
I'll wait for you there alone, alone.
And on I read until the day was gone
And I sat in regret of all the things I've done
For all that I've blessed, and all that I've wronged.
In dreams until my death I will wander on.
In your house I long to be
Room by room, patiently,
I'll wait for you there like a stone.
I'll wait for you there alone, alone.
In a room full of emptiness
By a freeway, I confess
I was lost in the pages of a book full of death;
Reading how we'll die alone.
And if we're good we'll lay to rest,
Anywhere we want to go.
In your house I long to be
Room by room patiently,
I'll wait for you there like a stone.
I'll wait for you there alone.
And on my deathbed I will pray to the gods and the angels,
Like a pagan to anyone who will take me to heaven
To a place I recall, I was there so long ago.
The sky was bruised, the wine was bled, and there you led me on.
In your house I long to be
Room by room, patiently,
I'll wait for you there like a stone.
I'll wait for you there alone, alone.
And on I read until the day was gone
And I sat in regret of all the things I've done
For all that I've blessed, and all that I've wronged.
In dreams until my death I will wander on.
In your house I long to be
Room by room, patiently,
I'll wait for you there like a stone.
I'll wait for you there alone, alone.
Dari lirik lagu ini kita dapat merasai luahan perasaan yang cuba disampaikan oleh beliau selepas membaca sebuah buku dari zaman silam. Saya percaya ia adalah Bible.
Buku ini (Bible) diwarisi dari sebuah generasi ke sebuah generasi dan diletakkan di tempat yang tinggi di dalam sistem masyarakat mereka sepertimana Al Quran di dalam masyarakat kita.
Walaupun begitu, buku-buku ini seringkali disalah erti.
Tema utamanya sering disalahtafsir. Kesalahan ini diwarisi dari sebuah generasi ke generasi yang lain. Yang tinggal hanyalah sebuah kegelapan yang hitam legam, selegam jiwa yang membacanya.
Walaupun begitu, buku-buku ini seringkali disalah erti.
Tema utamanya sering disalahtafsir. Kesalahan ini diwarisi dari sebuah generasi ke generasi yang lain. Yang tinggal hanyalah sebuah kegelapan yang hitam legam, selegam jiwa yang membacanya.
Lagu ini mempunyai pengaruh yang kuat di dalam kehidupan saya.
Sebagai seorang penggemar muzik rock dan secara kebetulan mula mendalami sebuah buku juga dari zaman silam pada waktu lagu ini menjadi popular, maka saya dapat menikmati dan mengaitkan diri dengan cetusan perasaan yang dilahirkan melalui lirik lagu ini.
Pengalaman Peribadi
Sememangnya, kepada sesiapa sahaja yang mula menjinakkan diri membaca dan memahami buku-buku berbentuk sebegini, akan berpendapat bahawa buku genre ini adalah sebuah manual kematian.
Ini adalah persepsi yang sering dipancarkan oleh kebanyakkan ahli agama di sekeliling kita.
Terutama sekali, jika kita membenarkan tafsiran mereka mengatur pola hidup kita.
Terutama sekali, jika kita membenarkan tafsiran mereka mengatur pola hidup kita.
Tidak kira samada ianya adalah Bible Old Testament dan New Testament (Taurat, Zabur dan Injil), Al Quran atau Vedas, ramai yang akan berpendapat bahawa buku-buku ini berkisar mengenai kematian dan alam selepas kematian.
Saya tidak ketinggalan menempuh pengalaman ini serta pernah duduk sebegitu lama di atas sejadah menyesali segala "dosa" yang telah saya lakukan.
Saya juga pernah membuat segala ritual yang diamalkan oleh masyarakat saya untuk mensucikan diri dan memohon kepada Tuhan untuk menghapuskan "dosa-dosa" saya.
Tidak cukup di rumah dan di masjid, saya pernah terbang ke sebuah tanah asing untuk memohon kepada Tuhan agar "dosa-dosa" saya diampuni.
Tidak cukup di rumah dan di masjid, saya pernah terbang ke sebuah tanah asing untuk memohon kepada Tuhan agar "dosa-dosa" saya diampuni.
Sehinggalah pada suatu hari saya terfikir, benarkah buku yang saya baca ini adalah mengenai kematian ?
Benarkah ia adalah sebuah manual bagaimana cara menyelamatkan diri selepas mati ?
Benarkah ia adalah sebuah manual bagaimana cara menyelamatkan diri selepas mati ?
Jika benarlah buku ini mengenai kematian bagaimanakah si penulis buku ini mengetahui mengenainya?
Adakah beliau pernah mati lalu hidup kembali untuk mencatatkan pengalaman beliau mengenai kematian ?
Adakah beliau pernah mati lalu hidup kembali untuk mencatatkan pengalaman beliau mengenai kematian ?
Kemudian saya berfikir lagi, jikalah saya sudah mati, perlukah lagi saya menyelamatkan diri saya ?
Bukankah fakta bahawa saya sudah mati bererti saya tidaklah selamat lagi ?
Bukankah fakta bahawa saya sudah mati bererti saya tidaklah selamat lagi ?
Semua persoalan ini menghantui diri saya untuk suatu tempoh yang agak panjang. Ia bukanlah suatu tempoh yang saya ingin kenang sebagai hari-hari yang produktif.
Sehinggalah keterangan ini membuka jiwa saya untuk memulakan suatu pengembaraan ;
"Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah bacaan (qur-'a-nun) yang jelas. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya ucapan jadi wajar ke atas orang-orang yang menolak (kafiri-na)" AQ 36:69-70
Keterangan ini menyebabkan saya terfikir bahawa saya perlu terlebih dahulu hidup sebelum boleh menemui mati.
Saya terfikir, apa benarkah selama 40 tahun ini saya sedang hidup ? Bagaimana sekiranya selama hari ini saya sebenarnya sedang mati ?
Perkara ini menyebabkan saya nekad untuk mencari suatu jawapan.
Perkara ini menyebabkan saya nekad untuk mencari suatu jawapan.
Di mana di penghujung pencarian itu, saya berharap untuk menemui sebuah pencerahan (consciousness).
Sekurang-kurangnya saya membuka potensi untuk mengenali diri saya sendiri dan mula hidup dalam erti kata yang sebenar.
Sekurang-kurangnya, kini, saya dapat mengenali dan membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang menolak (lil-kafirina) itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan" AQ 6:122
Sekurang-kurangnya saya membuka potensi untuk mengenali diri saya sendiri dan mula hidup dalam erti kata yang sebenar.
Sekurang-kurangnya, kini, saya dapat mengenali dan membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang menolak (lil-kafirina) itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan" AQ 6:122
Mereka yang hidupnya sekadar menjadi pengikut kepada suatu ideologi yang difikirkan oleh orang lain sebenarnya masih berada di dalam keadaan mati.
Orang yang mati tidak sesekali dapat mendengar. Mereka pekak.
Orang yang mati tidak sesekali dapat mendengar. Mereka pekak.
"Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur" AQ 27:80
"Kamu tidak akan jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur" AQ 30:52
Mereka ini adalah orang-orang yang menolak (kafir) untuk menggunakan akal, malah sanggup mengatakan bahawa di dalam sesetengah perkara manusia dilarang dari mengguna akal.
Di mata Allah mereka inilah yang sebenarnya pekak dan tuli serta disamakan dengan haiwan kerana enggan mengguna akal yang dikurniakan kepadanya.
Mereka ini adalah orang-orang yang menolak (kafir) untuk menggunakan akal, malah sanggup mengatakan bahawa di dalam sesetengah perkara manusia dilarang dari mengguna akal.
Di mata Allah mereka inilah yang sebenarnya pekak dan tuli serta disamakan dengan haiwan kerana enggan mengguna akal yang dikurniakan kepadanya.
“Sungguh, seburuk-buruk haiwan melata yang ada di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli, yang tidak mengunakan aqalnya (la-yaq-qi-loo-na).” (8:22)
"Dan misalan (ma-sa-loo) orang-orang yang menolak (ka-fa-roo) seperti persamaan orang yang teriak kepada apa yang tidak mendengar, kecuali satu panggilan dan seruan; pekak, bisu, buta - mereka tidak berakal (la-yaq-qi-loo-na).
Kesimpulan
Al Quran bukanlah sebuah manual mengenai kematian. Ia adalah sebuah pesanan dan saranan tentang bagaimana untuk approach kehidupan ini.
Oleh kerana, manusia mempunyai pelbagai ragam maka approach yang mereka praktiskan sewajarnya juga pelbagai.
Memperjuangkan suatu pemikiran standard mengikut versi aliran pemikiran seseorang. Di tambah lagi dengan kehendak luaran seperti fesyen dan kata-kata yang standard tidak akan menyebabkan kita menemui kebenaran.
Ia menjadi semakin merapu jika kita cuba memaksa orang lain untuk mengikut versi kita ini sehingga sanggup mengangkat senjata serta mengebom orang yang kita mahu ubah itu.
Adalah sesuatu yang mustahil untuk memberitahu kepada mereka yang enggan mengguna akal mengenai kebenaran Al Quran.
Seumpama kita melaung sehabis suara nama rakan kita yang berada di suatu tempat yang jauh, yang kita lihat melalui sebuah teropong.
Rakan itu sekadar membuat kerjanya sendiri seolah-olah namanya tidak dipanggil. Sedikit pun beliau tidak akan mendongak untuk mencari suara itu.
Begitulah perumpamaan cabaran yang bakal dihadapi untuk menerangkan kebenaran Al Quran kepada mereka yang menolak mengguna akal.
Perkara ini seringkali terjadi kepada diri saya apabila cuba menerangkan isikandung Al Quran kepada mereka yang berada di sekeliling saya.
Seringkali saya merasa diri tersisih akibat pemikiran yang berbeza.
Saya seumpama seekor binatang jalang, terbuang dari sebuah kumpulan yang merasakan diri mereka berada di jalan yang benar.
Akhirnya, untuk melindungi kewarasan diri, jalan ringkas dan mudah ialah berdiam sahaja daripada jiwa tertekan sehingga mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal.
Kadang-kadang berpura-pura tidak tahu adalah lebih sesuai dan tenang daripada cuba memberi penerangan tetapi disalahertikan.
Di bulan ini, sesungguhnya saya merasa ada sedikit kesedihan bercampur gembira.
Sedih kerana sebegitu ramai ahli masyarakat saya yang membaca Al Quran sehingga khatam namun bacaan (quran) itu diumpamakan sebagai sebuah kegelapan apabila kita gagal berfikir mengenainya.
"Jika Kami membuatnya sebuah bacaan (quran-nan) dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah keterangannya ('aya-tu-hu) tidak dijelaskan? Adakah patut ianya di dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang amanah (a-ma-noo), ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang tidak amanah (la-yuk-mi-nu-na), di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, bacaan itu adalah satu kegelapan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh." AQ 41:44
Dalam waktu yang sama saya merasa gembira kerana dapat mendengar keterangan-keterangan mengenai kehidupan dibaca dan dilagukan semerdu-merdunya.
Alangkah indahnya jika masyarakat kita mendapat keberanian untuk berfikir, atau sekurang-kurangnya mula mencurigai sesuatu fakta. Inilah permulaan kewujudan diri kita di dunia ini.
Dubito, ergo cogito, ergo sum. I doubt therefore i think therefore i am.
Ashwed
Dalam waktu yang sama saya merasa gembira kerana dapat mendengar keterangan-keterangan mengenai kehidupan dibaca dan dilagukan semerdu-merdunya.
Alangkah indahnya jika masyarakat kita mendapat keberanian untuk berfikir, atau sekurang-kurangnya mula mencurigai sesuatu fakta. Inilah permulaan kewujudan diri kita di dunia ini.
Dubito, ergo cogito, ergo sum. I doubt therefore i think therefore i am.
Ashwed
Salam semua
ReplyDeleteI teringat apa Leah Remini mengenai Scientology. Ahli tak boleh bertanya langsung. Semua rituals yang dilakukan tak bermakna a better human but a better Scientologist.
Beliau juga menyatakan tak mau tahu selama ini apa yang telah dilakukan selama bertahun-tahun adalah suatu kepalsuan. Lebih kurang begitu.
Hanya empunya diri yang perlu fikir dan decide perkara berkaitan tentang faith.
Non
Salamunalaikum
ReplyDeleteSy warga malaysia yg sedang dlm pengembaraan ke tanah asing Australia. Tujuan sy ke mari hanyalah ingin berjauhan dari amalan puasa dan sembahyang yg di salahsalah tafsirkan oleh masyarakat melayu kita. Sy berpendapat apabila sy di negara asing, sy tak perlu lagi utk berpura2 tak makan dan minum, sembahyang dan juga hal ritual lain.
Pada pendapat tuan, apakah sy harus berdiam diri dengan ilmu perihal kebenaran ini, ataupun harus dikongsi kepada org2 sekeliling yg rapat dgndgn sy.? Ini kerana sy tak pandai utk berpura2 dan bermuka2. Pernah sabahat yg sama2 membaca quran beri peringatan, masuk kandang kambing kita mengembek la. Jika tak mahu dicemuh oleh masyarakat
Salam,
DeleteUntuk pengetahuan sdr infiniteenergy saya sudah sekian lama berhujah dgn rakan2 yg mengikuti tradisi lama masyarakat kita.
Pemikiran yg kita bawa ini boleh dikatakan hanya berjumlah 0.01 peratus dari keseluruhan masyarakat kita. Dgn jumlah yg kecil ini tugas kita bolehlah dianggap spt david vs goliath. Saya tidak segan untuk mengakui bhw utk menjaga kewarasan saya terpaksa berpura2. Jgn memandang rendah mengenai perkara ini krn jika tidak menjaganya kita berkemungkinan besar mengalami kemurungan dgn akibat seburuk yg menimpa Chris Cornell.
Spt yg saya katakan di artikel lalu garisan di antara above intellect dgn below intellect (gila) sangat nipis. Cukuplah kita sendiri shj dpt membezakan di antara yg benar dgn palsu. Tetapi jika sekali sekala dpt berjumpa dgn rakan2 yg sependapat memang terasa lega dpt meluahkan apa yg dipendam.
Damai
Saya pun telan berdiam diri...kawan kawan mula jauh kan diri...alasan kita bukan ahli untuk bincang soal ugama
DeleteFind new friends, non Malay preferably as they don't judge what and how you believe Islam really means to you.
DeleteSalam Sejahtera,
ReplyDeleteSaya juga byk mendiamkan diri, cuba berdiskusi dgn rakan2 terdekat, tapi, seperti perumpamaan Tuan mengenai teropong tadi... Terfikir juga, sampai bila..? Kadang terasa diri hipokrit terpaksa berpura2 didlm masyarakat. Kalau mengikut mereka yang beragama, gelarannya munafik.
Arip IP
Saya bertuah kerana berjaya membuka mata suami. Pada mulanya dia spt yg lain, seolah2 ingin memarahi saya bila dibawakan kpdnya kebenaran alQuran. Artikel tuan yg saya kongsikan mulanya ditepis sbg konspirasi musuh Islam. Tapi saya tidak putus asa...saya berikan ayat mengenai org yg marah bila dibawakan ayat Quran. Saya cari artikel yg memberikan bukti2 persoalan saya seolah2 saya juga masih keliru. Dan mengajaknya sama2 mencari kebenaran... Rupanya tak susah pun utk buat dia membuka mata. Alhamdulillah... I feel so blessed that i dont hv to pretend at my own home.
ReplyDeleteSalamun 'alaykum kerana mereka telah sabar, tahniah puan. Perumpamaan hidup puan kini seperti sedang berada di dalam sebuah taman yang mengalir sungai di bawahnya. Ia dimasuki dengan pasangan masing-masing. AQ 13:23-24
DeleteDamai.
Ya, i feel so free and peaceful. Life is just beautiful. Hopefully it last forever... Thanks to you, for all your writings. I could not have cracked these questions that had been in my head since i was very little if not for you, aidid safar and the likes..
DeleteMy mind has always rejected nonsense. Even when i was in primary school..i never believe in isra mikraj and always been skeptical of ibadah puasa. I found the story about the prophet negotiating with God about prayer times is ridiculous. And I always thought that breaking fast at sunset is a rule invented by ppl who didnt know that sun doesnt set at the same time all over the world. Therefore, the rules or puasa itself, cannot be from the Creator of this universe.
Salam...
DeleteSama seperti apabila orang2 yg berada di Int'l Space Station yg mengalami 16 kali matahari terbit dan terbenam dalam tempoh 24 jam... 16 kali sahur dan 16 kali berbuka dan 80 kali ritual... belum termasuk 16 kali terawih...
Becks
Salamun alaikum.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan sudi membalas komentar saya. Saya dapat memahami maksud tuan tentang david vs goliath. Berkaitan 'aurat' yg perlu dijaga, adakah dengan berpura2 melakukan ritual mampu menjaga kawarasan kita? What is the right mean to approach people around us to share about the truth? Kerana tugas kita seperti yg ditulis dalam al kitab hanyalah utk menyampaikan. Akan tetapi apabila kita start membuka cerita, then 'aurat' kita secara langsung akan terdedah. Tidak sedikit yg menggelar sy yahudi, dan hanya sedikit yg mahu mendengar. Ataupun jalan yg terbaik bagi sya hanyalah berdiam diri. Paham sendiri sudah lah.. Namun sampai bila??
Membaca ayat quran sebaiknya disesuaikan dgn kondisi sekarang iaitu siang atau malam...kondisi skrg adalah malam..so Jln terbaik sememangnya pemahaman diri sendiri itu yg lebih utama dan terbaik...sampai bila? Jwpnnya apabila sampai masa kondisi siang
ReplyDeleteSalam saudara sekelian! diposkan 50 dari 165 ayat dari Surah An'am / Ternakan;
ReplyDelete6:1 Segala pujian bagi Allah yang mencipta langit dan bumi dan yang mejadikan gelap dan terang malahan orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka pasti dalam kesesatan.
6:2 Dia yang mencipta kamu dari debu tanah dan ditentukan ajalnya kepada tempoh yang ditetapkan disisinya sedangkan kamu meraguinya.
6:3 Dia Allah dilangit dan dibumi dan mengetahui rahsiamu walau tidak kamu zahirkan dan pasti Dia mengetahui apa yang kamu usahakan.
6:4 Dan tidak datang kepada mereka suatu ayat dari ayat-ayat Pemelihara mereka melainkan mereka berpaling darinya.
6:5 Pastinya mereka mendustakan kebenaran apabila datang kepada mereka maka didatangkan berita dengan apa yang telah mereka persendakan.
6:6 Apakah tidak mereka perhatikan beberapa banyak generasi telah Kami laknati sebelum Kami mantapkan mereka dibumi dan Kami yang turunkan dari langitnya hujan dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawahnya kemudian Kami laknati mereka atas dosa-dosa mereka dan Kami bangkitkan sesudah mereka generasi terkini.
6:7 Walaupun Kami turunkan kepadamu catatan diatas kertas dan mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka pasti berkata orang yang tidak percaya tidaklah ini melainkan sihir yang nyata.
6:8 Dan mereka berkata kenapa tidak diturunkan malaikat jika diturunkan maka terlaksana perintah Kami malahan mereka tidak diberi tangguh.
6:9 Dan sekiranya Kami jadikan malaikat pasti dijadikan dari lelaki maka bertambah keraguan mereka dengan apa yang mereka meraguinya.
6:10 Dan telah dipersendakan beberapa rasul sebelum kamu termasuk orang yang memandang rendah dan yang mengejeknya.
6:11 Katakan terokailah buminya dan perhatikan bagaimana kesudahan azab pembalasan keatas orang yang berdusta.
6:12 Katakan bagi siapakah apa yang dilangit dan dibumi maka katakan bagi Allah dan telah dikitabkan didalam jiwa mereka pengasihan dan pasti dihimpunkan kamu semua pada hari kebangkitan yang tiada keraguan padanya maka orang yang merugikan jiwa mereka pasti tidak amanah.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete6:13 Dan bagi sekelian penghuni malam dan siang dan hanya Dia yang Mendengar yang Mengetahui.
6:14 Katakan apakah selain Allah aku mengambil Pelindung dan Pengasas langit dan bumi sedang Dia yang memberi makan atau tidak memberi makan maka katakan aku diperintahkan menjadi yang terawal aslama dan janganlah hendaknya jadikan aku darinya orang yang sekutu.
6:15 Katakan aku takut jika mendurhakai Pemeliharaku dan azab hari agung.
6:16 Sesiapa dipalingkan darinya pada hari itu pasti dianya telah dirahmati demikian itulah suatu keuntungan yang nyata.
6:17 Jika Allah menimpakan bencana keatasmu maka tiada sesiapa dapat menghilangkanya melainkan Dia dan jika ditimpakan kebaikan maka Dia dengan segala sesuatu berkuasa keatasnya.
6:18 Dia yang Bijaksana yang Mengetahui yang Berkuasa keatas segalanya.
6:19 Katakan apakah yang lebih besar dari selain kesaksian katakan Allah menjadi saksi diantara aku dan kamu dan diilhamkan -lquraanu supaya aku memberi amaran kepadamu dan sesiapa yang sampai kepadanya maka adakah kamu bersaksikan tuhan selain Allah katakan tidak! aku tidak bersaksikan selain Dia malahan Tuhan hanya satu dan aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan Dia dengannya.
6:20 Dan orang yang Kami berikan kitab mereka mengenalinya seperti mana mereka mengenali anak-anak mereka malahan orang yang merugikan diri maka mereka itulah orang yang tidak amanah/laayu’minuna.
6:21 Dan siapa yang lebih zalim dari orang yang mengadakan dusta terhadap Allah dan yang mendustakan ayat-ayatnya malahan tidaklah mendapat kejayaan bagi orang yang zalim.
6:22 Dan pada hari Kami menghimpunkan mereka kesemuanya maka Kami tanyakan orang yang sekutu dimanakah orang yang kamu sekutukan dengan Aku dan yang kamu mengagung-agungkan itu.
6:23 Maka tidaklah mereka dianaiya melainkan mereka berkata demi Allah hanya Dia, Pemelihara kami dan bukanlah kami orang yang sekutu.
6:24 Perhatikan bagaimana mereka telah mendustakan diri mereka maka hilanglah dari mereka apa yang telah mereka mengadakanya.
6:25 Dan bagi mereka yang tidak mendengar kamu, Kami sita hati mereka dari memahaminya dan telinga mereka tersumbat dan jika mereka melihat tanda-ayatnya mereka tidak amanah dan apabila mereka datang kepadamu mereka berhujah denganmu maka berkata orang yang tidak percaya tidak lain ini hanyalah dongengan orang terdahulu.
6:26 Dan mereka menjauhinya dan bertambah jauh dan mereka tidak musnah melainkan diri mereka sendiri malahan mereka tidak menyedarinya.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete6:27 Jika kamu lihat mereka ketika menghadapi apinya mereka berkata alahai! jika kami dikembalikan tidaklah kami mendustakan ayat-ayat Pemelihara kami malahan kami akan menjadikan orang yang amanah.
6:28 Maka telah jelaslah dengan apa yang mereka sembunyikan sejak dahulu dan sekiranya mereka dikembalikan pasti mereka mengulangi apa yang mereka dilarang darinya malahan mereka itulah pendusta sebenar.
6:29 Dan mereka berkata tiada kehidupan selain dari kehidupan duniawi dan kami bukanlah orang yang akan dibangkitkan.
6:30 Jika kamu melihat mereka ketika menghadap Pemelihara mereka Dia berkata bukankah Aku ini yang benar mereka berkata ya! benar dan Pemelihara mereka berkata rasakan azab yang kamu mengingkarinya.
6:31 Pasti rugi orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah apabila datang detik-saatnya dengan serta-merta maka mereka berkata alahai! menyesalnya atas kelalaian kami dan mereka memikul beban azabnya atas belakang mereka dan sangat buruk apa yang mereka pikul.
6:32 Dan tidaklah kehidupan duniawi melainkan suatu permainan dan kepalsuan sesungguhnya daerah akhirat lebih utama bagi orang yang prihatin maka apakah kamu tidak memikirkanya.
6:33 Sesungguhnya Kami mengetahui pasti menyedihkan kamu dengan apa yang mereka katakan malahan mereka tidak mendustakan kamu akan tetapi orang yang zalim telah mempertikaikan ayat-ayat Allah.
6:34 Malahan mereka mendustakan para rasulnya sebelum kamu maka bersabarlah dengan apa yang mereka dustakan dan sakiti kamu sehingga datang pertolongan Kami malahan tidak berubah kalimah Allah dan pasti datang kepada kamu berita ini dari para rasul Kami.
6:35 Jika berat bagi kamu maka berpalinglah dari mereka dan jika kamu mendapati terowong dibumi atau ‘bagi menaiki tangga kelangit bagi mendatangkan keterangan tanda-ayatnya jika dikehendaki Allah’ pasti dihimpunkan mereka kepada pertunjuknya maka janganlah kamu menjadi darinya orang yang bodoh.
6:36 Malahan diperkenankan bagi orang yang mendengar dan orang mati yang dibangkitkan Allah kemudian kepada Dia mereka dikembalikan.
6:37 Dan mereka berkata mengapa tidak diturunkan ayat-ayat Pemelihara kamu katakan Allah yang berkuasa menurunkan tanda-ayatnya malahan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
6:38 Dan tiada mahluk dibumi dan tiada burung yang terbang dengan sayapnya melainkan semua itu adalah ummat yang semisalan kamu dan tidaklah Kami abaikan sesuatu pun didalam kitabnya kemudian hanya kepada Pemeliharanya, kamu pasti dihimpunkan.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete6:39 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami mereka pekak mereka bisu dan mereka dalam kegelapan maka terpulang kepada Allah sesiapa yang dikehendaki sesat atau sesiapa diatas jalan yang lurus.
6:40 Katakan apakah pandangan kamu jika datang kepadamu azab Allah atau datang kepadamu detik-saatnya sedangkan kamu menyeru kepada selain Allah jika kamu orang yang benar.
6:41 Malahan hanya kepada Dia hendaknya kamu menyeru maka hilanglah apa yang kamu seru selain dari Dia malahan Dia mengkehendaki kamu melupakan apa yang telah kamu sekutukan dengannya.
6:42 Pasti Kami telah mengutuskanya kepada umat sebelum kamu maka Kami mengambil mereka dengan kesengsaraan dan penderitaan supaya mereka patuh dan merendah diri.
6:43 Maka mengapa mereka tidak merendah diri ketika datang bencana Kami malahan hati mereka menjadi keras maka memudahkan syaitan mengillusikan indah segala apa yang mereka lakukan.
6:44 Dan ketika mereka lupa apa yang diingatkan kepada mereka Kami buka segala pintu sehingga mereka gembira dengan apa yang diberikan maka Kami azabkan mereka serta-merta lalu mereka berputus-asa.
6:45 Maka dihapuskan sekelian kaum yang zalim dan segala pujian bagi Allah Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
6:46 Katakan apa pandangan kamu jika Allah mengambil pendengaranmu dan penglihatanmu dan menutup hatimu maka siapakah tuhan selain Allah yang dapat mengadakanya dan perhatikan bagaimana Kami mengulangi ayat-ayatnya malahan mereka berpaling darinya.
6:47 Katakan apa pandangan kamu jika datang azab Allah serta-merta atau dengan jejas malahan tidak akan binasa melainkan kaum yang zalim.
6:48 Dan Kami tidak utuskan rasul melainkan bagi memberi khabar gembira dan memberi amaran maka sesiapa amanah dan mengadakan pemulihan maka tiada ketakutan dan tiada keraguan bagi mereka.
6:49 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami maka ditimpakan dengan azab dahsyat atas apa yang telah mereka lakukan kefasikan dengannya.
6:50 Katakan aku tidak berkata kepadamu bahawa disisiku perbendaharaan Allah dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan aku tidak katakan yang aku malaikat dan tidaklah aku mengikuti melainkan apa yang telah diilhamkan kepadaku dan apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat maka tidakkah kamu merenungkanya.
Sekian.
Kedamaian semua
ReplyDeleteX dinafikan bila dpt berdiskusi dgn org yg sealiran rasa sgt lega namun sedikit stress bila melihat si ekstrimis agama cuba represent seluruh org islam dgn pemikiran tertutup mereka. Sy memilih utk berdiskusi dgn ahli keluarga dan alhamdulillah ibu adik n abg boleh bertukar2 pendapat walaupun sesetengahnya masih berpegang pd "islam mainstream". Sy sedar allah yg pegang hati kita maka samada terima atau tidak sesuatu kebenaran yg dibentangkan hanya bergantung pd keizinanNYA melalui kesungguhan masing2 melaksanakan tuntutan iqra. Cabaran seterusnya pd sy adalah memastikan anak2 sy dapat berfikiran terbuka bukan seperti ayah nya dah berpuluh tahun baru sedar itupun masih merangkak menerima kebenaran quran. Damai semua.
so.. mcmana kita berpuasa tahun ni? adakah mengikut aliran mainstream atau mengikut ertikata sebenar?
ReplyDeletekalau di ikutkan bila dah tau kebenaran tapi kita x laksanakan nya kita jadi org yg menipu diri sendiri (2:9). maka tiada pilihan melainkan melaksanakan puasa yg sebenar. Cuma pandai2 lah bergaul dengan mereka yg berpuasa cara mainstream kerana Bukan siap yg betul menjadi persoalan tetapi siapa yg lebih baik amalnya 67:2
ReplyDeleteTerima kasih Anonymous 09:17. Saya faham.
ReplyDeleteSaya pernah ajak family saya supaya sama2 baca Quran bersama makna. Tapi akhirnya saya disuruh mengucap. Sedih sebab ibu sendiri kata saya sesat. Katanya kita jangan suka2 tafsir quran kalau tiada ilmu. Lainlah ulama'sebab mereka belajar tinggi. Kita ni bukan siapa2. Tak boleh baca sendiri2. Akhirnya saya ambil pendekatan diam sahaja. Cukuplah sekali itu. Memang susah sebab terpaksa berpura2 terutama bila mereka sembang tentang hal agama.
ReplyDeleteSalamun alaikum
ReplyDeleteSaudara 5 June 20:42.
Mereka selalu kata kita tak boleh tafsir sendiri Quran. Bila kita membaca Quran adakah kita oerlu tafsir apa2. Byk ayat Quran adalah dlm simple form. Baca , dh boleh faham. Contoh, klu kita baca ...Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yg bertakwa. Adakah kita perlu tafsir apa2? Apa definasi org bertakwa tu pun diberikan pada beberapa ayat berikutnya.
Langkah pertama adalah mendorong mereka membaca, bila dah baca sendiri byk persoalan akan timbul dan perbincangan boleh dimulakan.
Saya byk mengasah skil berfikir dgn menbaca di FB, argumen pro and kontra ahli2 dlm perbincangan. Ada argumen mereka adalah argumen biasa/copypest spt, kita tak bleh baca sendiri Quran, nanti berguru dgn shaitan dll. U know they are just parroting their argument. Jika kita korek lagi ,kebanyakkannya tidak baca Quran atau hadis. Bila cakap hadis tu, ada yg tak betul, marah bukan main,sedangkan bukan diaorg bacapun buku hadis. Semua ikut agamawan,sedangkan agamawan sendiri tak ikut larangan Quran utk tak ambil upah dlm menyampai kebenaran. Siap terbitkan buku agama lagi.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteRasa macam pelik bila korek hidung batal puasa.
Bagaimana dengan perbuatan yang lebih teruk seperti berbohong, mencuri, rasuah dan lain-lain perbuatan yang sewaktu dengannya.
Ini macam ada yang tanya soalan apa yang membatalkan puasa. Yang bertanya mungkin dah biasa dengan amalan lama yang mempunyai peraturan. Ini pendapat saya.
And on being hypocrite, I tak ikut la apa yang orang buat. Dulu memang takda yang bersuara. Tapi sejak dua menjak ni ada la yang say it out loud so I dengar la. Email pun ada. Masa tu memang mental tapi sekarang... no feeling. Unless...
Bulan puasa ikut la kan. Kantin tak buka. :-)
Non
Saya selalu kongsi kebenaran AlQuran di facebook especially bila nampak kawan2 post seauatu yg mengarut dari ostard2 mereka. Saya akan counter balik dgn post status ayat Quran yg menyanggah kekarutan itu. Saya tahu ramai yg mula berckp di belakang saya, dan tuduh saya sesat termasuk ahli keluarga sendiri. Tapi seorang pun tak berani menuduh saya secara berdepan atau menyanggah hujah saya kerana mereka sedar yg saya bukan berhujah kosong tapi dgn merujuk ayat Quran.
ReplyDeleteApapun mereka tuduh, bukan masalah saya. Kalau tak mau berkawan dgn saya lagi pun, bukan masalah saya. Ttg diri saya, saya tetap melayan mereka semua spt biasa.
The best way. Letak dalil Quran. Tak perlu cakap byk. Klu depa nak percaya...syukur. Klu tidak, its their loss. Kerja menyampai sudah selesai. As long as kita jaga hubungan baik, it's good
DeleteSalam...
ReplyDeleteSaya memahami betapa tingginya cabaran untuk berkongsi kan kebenaran... at least we try, but don't stop trying especially with your closest family members... at the end of day you never know when "Allah wills" atau dengan "izin Allah"... Its only a matter of when...
Seperti saudara Anon 9 June 05:56 katakan, hubungan baik harus juga dijaga dan dikekalkan...
Berbalik kepada artikel Tuan Ashwed, Chris Cornell mempunyai suara yg sangat unik 'four octave vocal range'... boleh google klu nak tau lebih lanjut... Semasa bersama Audioslave (btw, ahli2 band audioslave adalah bekas ahli2 band Rage Against The Machine - antara my favourite bands), Chris Cornell ada juga menulis sebuah lagu bertajuk "Show Me How To Live".. Lirik korusnya seperti berikut;
"Nail in my head, from my creator,
You gave me life now, show me how to live"
does it ring a bell??
Becks
Agamawan kalau sembang agama mcm lah dia tu org kanan tuhan. Dia punya cerita tu seolah2 mcm dia je yg melalui keadaan masa tu tak ubah mcm aku masa kecik2 dgr cerita dongeng dari org2 tua2 sampai naik kecut n kagum masa tu.
ReplyDeleteCerita dongeng dibuat sebagai hiburan ok lah tp ini dah sampai nak percaya bulat2 mmg tak membuka minda lansung.
Kesiannnn... masih duduk dlm tempurung