Saturday, 24 June 2017

Eid-ul-Fitri

Kedamaian Untuk Semua,

Setiap organisasi keagamaan mempunyai hari perayaan mereka yang tersendiri.

Kebiasaanya, hari perayaan ini akan berkaitan dengan tarikh tertentu di dalam kalendar keagamaan masing-masing.

Tarikh yang suci di dalam sesuatu agama, tidak semestinya suci pada agama yang lain.

Sungguh pelik jika difikirkan. 

Tuhan yang sama mengarahkan tarikh suci yang berbeza mengikut budaya, ketamadunan dan era yang berbeza ?

Adakah Tuhan ini terlupa bahawa Dia pernah memilih satu tarikh suci untuk suatu kaum terpilih di sebuah era yang sudah berlalu ? 

Mengapa Dia memilih tarikh yang lain pula untuk kaum yang lain ?

Jika kita membuat sedikit penyelidikan, kita akan dapati bahawa terdapat sejarah di sebalik setiap tarikh perayaan di dalam sesebuah organisasi keagamaan. 

Ia kebiasaanya di ambil sempena sesuatu peristiwa yang terjadi di era itu.

Yang memilih tarikh-tarikh ini bukanlah Tuhan, tetapi manusia yang menjadi pemimpin di era tersebut. Ia menjadi ikutan dan tradisi yang lama-kelamaan di anggap suci.

Berikut adalah sedikit latar belakang perayaan Eid-ul-Fitri mengikut wikipedia;

Eid al-Fitr was originated by the Islamic prophet Muhammad. It is observed on the first of the month of Shawwal at the end of the month of Ramadan, during which Muslims undergo a period of fasting.

According to certain traditions, these festivals were initiated in Medina after the migration of Muhammad from Mecca. Anas reports:
When the Prophet arrived in Madinah, he found people celebrating two specific days in which they used to entertain themselves with recreation and merriment. He asked them about the nature of these festivities at which they replied that these days were occasions of fun and recreation. At this, the Prophet remarked that the Almighty has fixed two days [of festivity] instead of these for you which are better than these: Eid al-Fitr and Eid al-Adha
For Muslims, both the festivals of Eid al-Fitr and Eid al-Adha are occasions for showing gratitude to Allah and remembering Him, as well as giving alms to the poor.

Perkataan yang wajar kita ambil perhatian ialah TRADISI.

Seperti yang telah saya simpulkan. Kalendar Hijri di cipta di zaman Saidina Umar berbelas tahun selepas kewafatan Nabi Terakhir. 

Ini adalah sejarah dari perspektif bangsa Arab.

Oleh yang demikian, semasa hayatnya Nabi Terakhir tidak mungkin pernah melalui bulan yang dinamakan Syawal iaitu bulan kesepuluh di dalam kalendar hijri.

Ini adalah kerana bulan tersebut belum lagi dicipta semasa baginda hidup.

Nabi Terakhir, mengikut sejarah orang Arab sendiri, mengikuti kalendar yang dipanggil kalendar jahili. Bulan ke-10 di dalam kalendar ini dikenali sebagai Wa'l atau Wa'il.

Oleh kerana baginda tidak pernah melalui bulan ini, maka setiap tradisi ritual yang dipraktis pada hari pertama bulan Syawal sebenarnya dimulakan oleh orang lain.

Berikut adalah bukti jelas orang yang memulakan setiap tradisi ritual pada hari pertama bulan Syawal. 

Nama mereka tertulis dengan sebegitu terang di bawah amalan yang mereka mulakan.


image

Pun begitu, saya mengambil kedudukan untuk sama-sama meraikan perayaan ini bersama keluarga dan rakan taulan.

Ini adalah kerana fitrah yang diredhai hanyalah KEDAMAIAN. Mana-mana perayaan di dalam mana-mana jenama agama mempunyai ciri-ciri kedamaian.

Sungguhpun ia hanya seketika dan agak plastik. Namun, ia sudah cukup membuktikan tanpa ragu-ragu bahawa KEDAMAIAN sememangnya fitrah yang diredhai.  

Semoga golongan ekstremis, tidak kira di dalam organisasi apa pun yang mereka berada sedar bahawa hanya dengan menerima perbezaan di antara manusia sahaja, kita dapat menerbitkan KEDAMAIAN. 

KEDAMAIAN adalah asas kehidupan. Ia bukanlah matlamat.

Ashwed

4 comments:

  1. Perhatikan ungkapan berciri battle cry / aggressive posturing yg diselit oleh panglima perang arab (selepas zmn nabi) dlm senikata takbir hari raya. Ini menyusup masuk dlm minda bwh sedar umat tanpa mereka sedari. Mcm mana nak damai/islam.....hari raya pun nak perang

    ".....Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
    Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah."

    "Ada pun lafaz takbir yang pelbagai pada masa kini, yang lebih utama adalah lafaz takbir yang diriwayatkan daripada para sahabat sebagaimana yang dikemukakan di atas. Sekali pun dalam riwayat-riwayat tersebut tidak dinyatakan bahawa ia berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dalam kaedah usul fiqh sedia diterangkan bahawa perbuatan sahabat dalam ibadah memiliki nilai marfu' (bersambung kepada Rasulullah s.a.w.), iaitu berasal daripada Rasulullah, sekali pun mereka tidak menyandarkan secara jelas kepada baginda." (Sumber : link di bawah)

    http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007_09_01_archive.html

    ReplyDelete
  2. Diposkan 40-ayat dari Surah Al Qiyamah/Kiamat/Pengharapan/ Resurrection/Kembali/Terdiri etc.

    75:1 Aku bersumpah dengan hari kiamat.
    75:2 Dan aku bersumpah dengan jiwa yang berkesesalan.
    75:3 Apakah manusia anggap Kami tidak berupaya kumpulkan tulangnya.
    75:4 Malahan Kami berupaya membentuk semula jari-jemari mereka.
    75:5 Dan manusia berterusan melakukan dosa terdahulu dan terkini.
    75:6 Malahan mereka bertanya bilakah hari kiamatnya akan datang.
    75:7 Dan apabila pandanganya menjadi kabur.
    75:8 Dan bulan dihilangkan cahayanya.
    75:9 Dan dihimpunkan matahari dan bulan.
    75:10 Maka berkata manusia dimanakah tempat pelindungan pada hari ini.
    75:11 Malahan tiada lagi tempat perlindungan bagi mereka.
    75:12 Pada hari itu hanya kepada Pemeliharamu tempat kembali kekal.
    75:13 Dan diberitahu kepada manusia pada hari itu apa yang telah mereka mendahuluinya dan membelakangkanya.
    75:14 Malahan manusia dapat menyaksikan dirinya dengan jelas.
    75:15 Walaupun dia melemparkan berbagai alasan.
    75:16 Jangan kamu gerakkan lidahmu dan bersegera berkata-kata.
    75:17 Maka Kami yang menghimpunkan dan membacakan -lqur’aana.
    75:18 Dan ketika Kami qara’naahu maka kamu ikutlah membacanya.
    75:19 Sesungguhnya atas Kami yang menjelaskanya.
    75:20 Tidak! malahan kamu menyukai sesuatu yang segera.
    75:21 Dan meninggalkan akhiratnya.
    75:22 Penampilan wajah-wajah pada hari itu berseri-seri.
    75:23 Apabila melihat Pemelihara mereka.
    75:24 Dan penampilan wajah-wajah pada hari itu bermuram-durja.
    75:25 Bagi yang berprasangka berlakunya malapetaka keatas mereka.
    75:26 Tidak sesekali! jika dianya telah sampai ketekak mereka.
    75:27 Dan katakan siapakah yang akan merawat dan mengawal mereka.
    75:28 Dan disangkakan inilah perpisahan mereka.
    75:29 Dan apabila bertaut betis dengan betis.
    75:30 Pada hari itu hanya kepada Pemelihara kamu tempat kembali.
    75:31 Maka tiada lagi kebenaran dan kewajipan bagi mereka.
    75:32 Malahan mereka mendustakanya dan berpaling darinya.
    75:33 Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong.
    75:34 Malahan lebih dekat bagimu dan dianya sudah terlalu dekat.
    75:35 Kemudian dekat dengan kamu malahan tersangat dekat.
    75:36 Apakah manusia menganggap dia dibiarkan begitu sahaja.
    75:37 Bukankah dia diciptakan dari titisan mani yang terpancut.
    75:38 Kemudian menjadi segumpal darah maka disempurnakan ciptanya.
    75:39 Maka dijadikan darinya pasangan lelaki dan perempuan.
    75:40 Maka tidakkah yang Dia yang berkuasa menghidupkan yang mati.

    Hayati dan fahamilah!

    ReplyDelete
  3. Salam! apakah tiada sesiapa yang nak tanya keterangan ayat 14 - 19 dari surah 75 diatas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang nak tanya....tulisan saudara ashweed cukup naikkan semangat untuk terus hidup dalam dunia sekarang...andainya diberi peluang hidup adalah nikmat dari tuhan...adakah saat hadapi kematian juga sepatutnya dianggap sebagai nikmat...kerana selama ni kita dididik agar takut kepada mati...saya agak keliru kerana semua yang datang dari tuhan semuanya nikmat...tapi bila bab kematian ianya seperi bala...harap tuan dapat kupas isu mati ni agar ianya dapat mengubah fikiran masyarakat agar menerima kematian itu sebagai satu nikmat dari tuhan...

      Delete