Kedamaian Untuk Semua,
Baru-baru ini, seorang kenalan Al Quran yang sudah sekian lama saya tidak ketemu menghantar kiriman whatsapp.
Beliau memohon saya untuk mengupas sedikit mengenai ungkapan " Laa-kum-deenukum-waa-lee-yaa-deen".
Ungkapan yang terkenal ini boleh di dapati melalui AQ 109:6
Ungkapan yang terkenal ini boleh di dapati melalui AQ 109:6
Versi asal keterangan penuh surah yang dikenali sebagai Al-Kaafirun di dalam Bahasa Arab Al Quran adalah seperti berikut ;
Berikut pula adalah beberapa versi terjemahan yang boleh kita dapati secara online :-
E-Bacaan oleh Othman Ali
109:1. Katakanlah, "Wahai orang-orang tidak percaya,
109:2. Aku tidak sembah apa kamu sembah,
109:3. Dan kamu tidak sembah apa aku sembah,
109:4. Dan tidak juga aku sembah apa kamu sembah,
109:5. Dan tidak juga kamu sembah apa aku sembah.
109:6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!"
Surah.My
109:1 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!"
109:2 "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah"
109:3 "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah"
109:4 "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat"
109:5 "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat"
109:6 "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"
Marmaduke Pickthall
109:1 "Say: O disbelievers!"
109:2 "I worship not that which ye worship"
109:3 "Nor worship ye that which I worship"
109:4 "And I shall not worship that which ye worship"
109:5 "Nor will ye worship that which I worship"
109:6 "Unto you your religion, and unto me my religion"
109:2 "I worship not that which ye worship"
109:3 "Nor worship ye that which I worship"
109:4 "And I shall not worship that which ye worship"
109:5 "Nor will ye worship that which I worship"
109:6 "Unto you your religion, and unto me my religion"
Yusuf Ali
109:1 "Say: O ye that reject Faith!"
109:2 "I worship not that which ye worship"
109:3 "Nor will ye worship that which I worship"
Terjemahan Bahasa Indonesia
109:1 "Katakanlah: "Wahai golongan kafir"
109:2 "aku tidak menyembah yang kalian sembah"
109:3 "dan kalian tidak akan menyembah yang kusembah"
109:4 "dan aku tak akan menyembah yang selama ini kalian sembah"
109:5 "dan kalian tidak akan menyembah yang kusembah"
109:6 "Diri kalian, agama kalian; sedangkan diriku, agamaku"
Terdapat 3 kata kunci untuk memahami keterangan Surah ini. Kata-kata itu adalah KAAFIR, ABDI dan DEEN.
Kaafir
Kaafir berakar kata dari huruf kaf-fa-ra yang membawa maksud mereka yang menolak atau rejectors.
Persoalannya, perkara apakah yang golongan ini tolak.
Seperti yang sidang pembaca boleh simpulkan dari contoh-contoh keterangan yang saya lampirkan di atas, kebanyakkan penterjemah menafsir bahawa perkara yang golongan ini tolak ialah kepercayaan atau faith.
Ini membawa kita kepada persoalan besar yang manusia masih buntu di dalam menemui jawapannya selama beribu-ribu tahun.
Suatu persoalan yang menjerumus manusia kepada nasib malang yang berterusan dengan pembunuhan, peperangan dan penganiayaan.
IAITU KEPERCAYAAN MANAKAH YANG PALING BENAR ? DI ANTARA HINDU, BUDDHA, JUDAISM, KRISTIAN DAN ISLAM YANG MANA SATUKAH YANG PALING BENAR ?
Jika perkara mengenai kepercayaan ini tidak dapat menjadikan manusia berdamai secara menyeluruh maka sudah tentulah perkara ini bukanlah sesuatu yang berbentuk kebenaran hakiki.
Kebenaran hakiki adalah suatu perkara yang kita tidak ada jawapan lain selain dari mengatakan ianya benar.
Suatu jawapan yang setiap manusia tidak kira bangsa dan ideologi terpaksa mengakui bahawa ia adalah benar. Sebagai contoh jika dahaga kita minum dan jika lapar kita perlukan makanan.
Anda boleh membaca mengenai kebenaran hakiki di artikel ini untuk memahaminya secara lebih lanjut http://ashwed1973.blogspot.my/2016/04/the-ultimate-truth.html
Oleh yang demikian, kaafir dari sudut yang menyeluruh ialah mereka yang menolak kebenaran hakiki.
Tidak kira apa jenis kepercayaan kita, jika kita menolak kebenaran hakiki maka kita adalah seorang yang kaafir.
Dan yang paling penting, hakikatnya setiap manusia ini sebenarnya sekejap kaafir dan sekejap tidak.
Ini adalah kerana, tidak semua kebenaran hakiki telah kita temui jawapannya.
Menyebabkan kita masih mempraktis perkara salah atau mempercayai idea yang salah di dalam pemikiran kita mengenai sesuatu.
Ada manusia yang mempercayai memukul badan sendiri dengan rantai pada suatu tarikh yang tertentu dapat menghapuskan dosa mereka.
Mereka ini kita boleh kategorikan sebagai kaafir dari melindungi tubuh daripada kecederaan.
Namun, di sudut yang lain mereka ini juga sudah menemui jawapan kebenaran hakiki bahawa apabila dahaga kita perlu minum air dan makan makanan apabila lapar.
Mereka beramanah (iman) kepada seperkara dan menolak (kaafir) kepada perkara yang lain.
Abdi
Abdi berakar kata dari huruf ain-ba-dal.
Abdi bukanlah suatu bentuk perbuatan tetapi adalah suatu keadaan yang dirasai oleh minda.
Ia adalah sangat berbeza dari menyembah. Menyembah adalah suatu perbuatan yang berbentuk fizikal.
Untuk membuat proses penyembahan, suatu medium yang juga berbentuk fizikal perlu berada di hadapan mereka yang melakukan proses ini.
Ia boleh jadi berbentuk batu kiub, batu berhala, batu tembok atau batu berbentuk manusia.
Ia boleh juga berbentuk makhluk alam yang lain seperti gunung-ganang, pohon besar dan pelbagai lagi item yang kadang-kadang menyebabkan kita terfikir apa benarkah manusia ini adalah spesis yang terpelajar dan sudah mencapai kemajuan tinggi di dalam bidang berfikir ?
Untuk melakukan proses penyembahan, manusia mencipta tatacara khas yang standard dan perlu diikuti oleh kumpulan manusia yang mengakui tergolong di dalam golongan mereka.
Oleh kerana manusia jumlahnya ramai, mempunyai budaya yang berbeza, mempunyai bentuk geografi negara yang pelbagai dan ketamadunan yang berbeza di era yang berbeza, maka terdapat beratus ribu tatacara telah mereka cipta sebagai proses penyembahan kumpulan mereka.
Kita mengenalinya dengan lebih mudah sebagai ritual.
Bagi kebanyakkan manusia, agama adalah bersamaan dengan ritual (proses penyembahan). Ritual inilah yang membezakan mereka dari kumpulan yang lain.
Bagi mereka ritual inilah yang menjadikan ada sesetengan kumpulan benar dan setengah yang lain sesat. Ritual inilah sebenarnya tajuk utama peperangan yang mereka masuki.
Al Quran mempunyai kata khas mengenai proses penyembahan (ritual). Ia dikenali sebagai yad-oo
"yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan dengan itu mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka" AQ 4:117
Menurut Al Quran manusia dan pemikiran mereka yang tersembunyi (jin) dicipta untuk mengabdikan diri kepada KU.
Siapakah KU di dalam keterangan tersebut ?
"Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (li-yak-budu-ni)" AQ 51:56
Menurut Al Quran juga Tuhan adalah Maha Kaya dari segala sesuatu.
"Sesiapa berjuang, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam" AQ 29:6
Oleh itu, kepada siapakah sebenarnya kita perlu mengabdikan diri ?
Kita sebenarnya mengabdi kepada diri kita sendiri (KU), kepada iltizam yang kita impikan.
Mereka yang khusyuk (fokus) mengabdikan diri kepada kesungguhan yang mereka cita-citakan akan berjaya dari mereka yang tidak berapa khusyuk (fokus).
Sebab itu ada peguam yang berjaya ada yang tidak. Ada doktor yang terkenal ada yang tidak. Ada artis yang popular, ada yang hanya suam-suam kuku.
Ada agamawan, kata-katanya boleh dijual kepada orang awam, ada pula yang jarang-jarang dipanggil membuat upacara doa. Lol : = )
Hakikatnya siapa yang berusaha bersungguh-sungguh dialah yang akan menuai hasil.
Deen
Dan akhir sekali ialah perkataan deen. Ini adalah perkataan yang membentuk tema keseluruhan Al Quran.
Memahami perkataan ini akan membuka pandangan kita kepada kehidupan. Ia akan membuatkan kita lebih memahami kepelbagaian yang tercipta di dunia ini.
Deen bukanlah agama. Ia tidak boleh membawa maksud agama kerana agama adalah kepercayaan. Kepercayaan bukan bersifat kebenaran hakiki.
Ia juga bukan bermaksud tatacara hidup kerana tatacara hidup juga adalah suatu yang berbentuk kepercayaan. Ia adalah suatu bentuk ritual yang lebih halus.
Maksud sebenar deen adalah begini ;
"Maka tegakkanlah wajah kamu kepada Ad-Deen, seorang yang lurus - fitrah (fit-ra-ta) Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam fitrah (fa-ta-ra) Allah. Itu Deen yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" AQ 30:30
Deen adalah fitrah iaitu sesuatu yang berbentuk hakikat.
Untuk menerangkan perkara ini, mari kita buat sedikit analisa kepada suatu peristiwa buli yang menjadi tular di tanahair kita.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/15/teenager-dies/
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada kedua-dua ibubapa adik T. Nhaveen.
Mengenangkan apa yang beliau perlu lalui semasa diperlakukan sedemikian rupa menyebabkan emosi kita menjadi sedih.
Memikirkan pula peristiwa sebegini terjadi selepas kes dera seterika wap di Universiti Pertahanan Negara akan membuatkan kita terfikir bahawa ada yang tidak kena dengan saikologi masyarakat kita.
Dan tiada yang lebih tepat untuk menerangkan maksud frasa "Laa-kum-deenukum-waa-lee-yaa-deen" dari analisa Saudara Mak Chee Kin dari Melaka Action Group for Parents in Education .. "At the same time time, children must be taught to be accepting of peoples' differences".
Bagi kamu fitrahmu dan bagiku fitrahku.
Tiada perubahan di dalam fitrah. Jika seseorang lelaki dilahirkan bersuara dan berperwatakan lembut. Ketahuilah ini adalah fitrah beliau.
Menggelar beliau dengan gelaran kurang sopan seperti sotong, pondan, sissy, akua dan sebagainya hanya menyerlahkan kedangkalan kita mengenai fitrah/deen kejadian sesuatu.
Ia sama sahaja dengan mengutuk mengapa seorang cacat dilahirkan dengan sebelah tangan sahaja, tidak berkaki, mulut sumbing dan sebagainya.
Mereka ini tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu.
Begitu juga dengan kamu yang dilahirkan berbadan besar dan tinggi yang dengannya kamu gunakan untuk membelasah orang lain.
Adakah kamu pernah membuat permintaan untuk dilahirkan sebegitu ? Itu adalah fitrahmu. Bagi kamu fitrahmu dan bagi Nhaveen fitrahnya.
Namun, apa yang dikumpul dan dipercayai oleh pemikiran kamu, itu bukan fitrah.
Ia adalah satu ideologi yang dibentuk oleh orang disekeliling ke dalam pemikiran kamu.
Pembentukkan itu menjadikan kamu seorang yang prejudis.
Kamu mengutuk orang yang lembut seolah-olah mereka bukan seorang lelaki seperti dirimu hanya kerana hakikat suaranya yang tidak kasar.
Jikalah ibu kamu menjadi obese akibat ketidakseimbangan hormon kerana melahirkan kamu, adakah patut datang sekumpulan remaja mengutuknya sebagai gemuk. Lalu membelasah dan menderanya kerana fitrahnya yang gemuk itu ?
Ideologi kejam yang terbentuk akibat prejudis masyarakat ini boleh dikekang dengan melakukan soum. Tahanlah diri kamu sehingga kamu dapat membezakan yang benar dari yang salah.
Bukakan minda, buat pemerhatian nescaya kita akan menyedari dan berkata "Laa-kum-deenukum-waa-lee-yaa-deen"
Terimalah hakikat/deen bahawa jumlah manusia di dunia ini lebih dari 7,000,000,000.00 orang. Sudah tentu terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara seorang dengan yang lain.
Bagimu fitrahmu dan bagiku fitrahku.
Ashwed
hmmm. yg ni paling payah. soum is always equal to tak makan tak minum... tapi yang sebenarnya soum ini lebih kepada menahan diri dari pelbagai aspek. payah nak cerita ni kat orang lain.
ReplyDeletePeace all,
ReplyDeleteI really wish if this article could be published into the mainstream internet medias such as freemalaysiatoday, the malaysian insight, malaysiakini, malaysia today, the star online etc. At least more people will start to think, and, as well online bashing from the religionist and their followers as well :)
Agree.
DeleteI shared on fb. I always share articles from this blogs. Very very few will dare to 'like' them. And it's always the same people.
Ppl tell me about other ppl talking behind my back that i am 'sesat'. But i just dont care... These type of articles should be read by all.
I shared with one person and the next day... don't want to be closed with me.
DeleteNon
Perhatikan 10-ayat dari Surah Al Baqoroh 181 - 190;
ReplyDelete2:181 Maka sesiapa mengubah setelah mendengarnya maka dosa diatas orang yang mengubahnya dan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
2:182 Maka sesiapa kuatiri wasiatnya menyeleweng atau mendatangkan dosa maka lakukan pemulihan diantaranya dan tidak bersalahan baginya malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
2:183 Wahai orang yang amanah dikitabkan bagimu -shiyaamu/berpantang seperti dikitabkan kepada orang sebelum kamu supaya kamu prihatin.
2:184 Beberapa hari yang ditetapkan maka siapa sakit atau mengembara maka aturkan hari lain jika tidak mampu maka tebus dengan memberi makan orang miskin maka sesiapa menta’atinya keutamaan baginya malahan berpantangan keutamaan jika kamu mengetahuinya.
2:185 Bulan ramadhaana diturunkan alqur-aanu didalamnya petunjuk bagi manusia dan penjelasan dari petunjuknya dan pembeza maka sesiapa menyaksikan bulannya maka berpantanglah dan sesiapa sakit atau dalam perjalanan maka aturkan hari lain malahan Allah menghendaki kemudahan bagimu dan menghindari kesulitan menimpa kamu supaya dapat kamu mencukupkan bilangan harinya maka agungkan Allah dengan petunjuk Dia supaya kamu berterima kasih.
2:186 Jika hambaKu bertanyakan Aku! Katakan Aku dekat bagi menunaikan doa orang yang memohon pasti Aku perkenankanya maka berkenanlah dan amanahlah kepada Aku supaya kamu dapat kebenaran dari Aku.
2:187 Dan dihalalkan bagimu pada malam -shiyaami campuri pasanganmu mereka pakaianmu dan kamu pakaian mereka dan Allah mengetahui kamu kianati dirimu maka bertaubatlah malahan kamu dimaafkan dan bermesra dengan mereka dan dapatkan apa yang ditetapkan Allah maka ‘makan dan minum’ sehingga jelas ‘benang putih dari benang hitamnya’ hingga terbit fajar maka sempurnakan -shiyaama kepada malam dan jangan kamu campuri mereka ketika bertekun dalam institusi kepatuhan demikian itulah hukum Allah malahan Allah yang menjelaskan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka prihatin.
2:188 Dan jangan kamu makan harta diantara kamu dengan kepalsuan dan kamu merasuah hakim supaya kamu dapat ‘memakan harta’ manusia dengan jalan dosa sedang kamu mengetahuinya.
2:189 Mereka bertanya kamu hal bulan baru katakan suatu waktu yang telah ditetapkan dan cabaran kepada manusia dan bukanlah kebaktian bagimu masuk ‘rumah’ dari belakang tetapi kebaktian siapa prihatin dan masuk rumah dari ‘pintu’nya dan prihatinlah Allah supaya kamu berjaya.
2:190 Dan perangi orang yang memerangi kamu dijalan Allah dan jangan melampaui batas dan Allah tidak menyukai orang malampaui batas.
Jangan hanya asyik bertanya perkara yang kamu sendiri pun tidak fahami apa yang kamu tanya?
Apa maksud sebenar perkatan Allah? Adakah tuhan, diri atau alam?
ReplyDeleteMungkin saudara/saudari boleh baca link ini http://ahleaqal.blogspot.my/2017/05/the-linguistic-analysis-of-term-allah.html?m=1 sebagai rujukan untuk difikirkan.
DeleteSalam,
DeleteSebenarnya saya sudah menerangkan pandangan saya mengenai Allah. Ia bukanlah suatu perkataan sebaliknya adalah sebuah terma yg merujuk kepada suatu zat asal yg berbentuk ketiadaan.
Saya berpendapat masih belum tiba masanya untuk saya menulis suatu artikel khas mengenai perkara ini. Namun, artikel sdr ahleaqal adalah suatu permulaan yg sangat baik untuk dijadikan pemangkin fikiran yg lebih dalam.
Damai/ peace/shalom/shanti
Teringat dulu masa rusuhan Bersih, yg datang ramai2 tu bukannya nk tegakkan keadilan ke apa tp tunggu peluang gaduh.
ReplyDeleteIni salah satu sifat binatang yg masih wujud dalam DNA manusia dari evolusi homo sapiens 200,000 tahun.
Spt dlm intro 2001 : A Space Odyssey, dua kumpulan monyet bergaduh hanya kerana perkara remeh sampai membunuh.
Kerana itu ada satu KUASA memberi inspirasi kpd sebahagian manusia terpilih utk mengajak kita belajar menuju ke arah kehidupan aman damai menjadi 'ahli syurga'. Manusia akan mengalami kehidupan 'syurga' apabila 100% minda kita meninggalkan alam binatan.
"Bagi kamu fitrahmu dan bagiku fitrahku" lebih kurang macam "agreeing to disagree" - walaupun tidak setuju tapi bertolak ansur
ReplyDelete"Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (li-yak-budu-ni)" AQ 51:56
ReplyDeleteKita sebenarnya mengabdi kepada diri kita sendiri (KU), kepada iltizam yang kita impikan.
soalan: 1. adakah kita allah? kalau ya, bila kita cipta jin & manusia? 2. deen & fitrah dua2nya bahasa arab. sama juga dgn perkataan arab solat yg ertinya iltizam, takdak perkataan melayu ka?
Salam sdr kampong lad,
ReplyDeleteSebelum saya menjawab persoalan sdr. Saya ingin menegaskan bhw blog ini bukan bertujuan menjawab persoalan di minda orang ramai. Tujuan besar blog ini ialah menyeru kita semua berfikir. Kita tidak boleh mengharap orang lain menyuap jawapan kpd persoalan peribadi kita. Kitalah yg perlu melangkah utk mencari jawapan kpd persoalan kita krn diri kita adalah tersendiri, tidak sama dgn orang lain dari segi latar belakangnya.
Saya sudah menulis panjang lebar mengenai jin, saya harap sdr sudah membacanya. Allah adalah suatu terma rujukan bukan entiti. Dari segi sains manusia mencipta manusia. Bapa dan ibu saya bersama2 menjadikan saya. Begitu juga dgn ibu dan bapa sdr.
Iltizam dalam bahasa melayu ialah kesungguhan. Sementara fitrah ialah hakikat. Dalam penulisan kadang2 kita perlu cara menulis yang boleh menarik orang utk membaca tulisan kita sbb itu perkataan itu memainkan peranan. Mereka yg ikhlas akan faham maknanya yg sebenar jika benar2 telah mengikuti tulisan diblog ini.
Damai/Peace/Shalom/Shanti
Salam saudara! diposkan 118-ayat dari Surah Al Mukminun;
ReplyDelete23:1 Sesungguhnya beruntunglah orang yang amanah.
23:2 Orang yang melaksanakan kewajipanya dan yang merendah diri.
23:3 Dan orang yang berpaling dari perkara yang mensia-siakan mereka.
23:4 Dan orang yang dengan kemurnian mereka patuh melaksanakanya.
23:5 Dan orang yang dengan kemaluan mereka mengawalnya.
23:6 Kecuali bagi pasanganya atau yang mereka miliki restu keatasnya malahan mereka bukan darinya orang yang tercela.
23:7 Dan sesiapa cari ‘balakang’ mereka melakukan perkara ‘luar-tabiee’.
23:8 Orang yang dengan keamanahan dan perjanjian mereka beri tupuan.
23:9 Dan orang yang dengan kewajipan mereka memeliharanya.
23:10 Maka mereka itulah orang yang mewarisinya.
23:11 Mewarisi -lfirdausa dan bekekalan didalamnya.
23:12 Dan Kami mencipta manusia dari debu tanah.
23:13 Kemudian Kami jadikan titisan mani didalam tempat yang terjamin.
23:14 Dan darinya Kami ciptakan menjadi segumpal darah kepada daging kemudian dibaluti tulang kemudian diproses menjadi mahluk yang diberkati Allah malahan Allah Pencipta yang terbaik/excellent.
23:15 Kemudian sesudahnya pasti kamu menemui kematian.
23:16 Kemudian kamu dibangkitkan pada hari kebangkitanya.
23:17 Sesungguhnya Kami mencipta bagimu tujuh tharaa-iqa/tahap dan tiadaklah Kami lalai dari menciptanya.
23:18 Dan Kami turunkan dari langit hujan dengan kadar yang ditetapkan dan diresapi bumi malahan Kami berkuasa menghilangkanya.
23:19 Maka Kami tumbuhkan pelbagai tanaman dari palma dan anggur dan buah-buahan yang banyak supaya dapat kamu jadikan makanan.
23:20 Dan bermacam pucuk dari pepohon yang mengeluarkan herba-rasa sebagai pembuka selera bagi orang yang memakannya.
bsmbg'
smbg'
ReplyDelete23:21 Sesungguhnya dari ternakan kamu dapat banyak pelajaran yang Kami rezekikan kamu dari apa yang terdapat didalam perutnya dan banyak manfaat yang dapat kamu jadikan makanan darinya.
23:22 Dan diatas kapal yang kamu belayar didalamnya.
23:23 Dan Kami utuskan nuuhan kepada kaumnya maka dia berkata wahai kaumku berkhidmatlah kepada Allah dan tiada tuhan selain Dia maka apakah tidak kamu prihatin kepadanya.
23:24 Maka berkata -lmala-u yang tidak percaya dari kaumnya tidaklah dia melainkan seorang manusia seperti kamu, dia menginginkan kelebihan darimu dan jika dikehendaki Allah pasti diturunkan malaikat dan tidak kami dengar sebelumnya dari bapa kami atau orang yang terdahulu.
23:25 Tidak lain dianya seorang lelaki yang tidak siuman maka tunggulah sehingga tiba masanya.
23:26 Dia berkata wahai Pemeliharaku tolonglah aku dari apa yang telah mereka mendustakan perihal aku yang telah diceritakan kepada mereka.
23:27 Maka Kami ilhamkan kepadanya supaya membina kapal dibawah pengawasan dan ilham dari Kami dan apabila datang perintah Kami maka menggelegaklah relau didasar lautan maka masuklah kedalamnya setiap darinya berpasangan dan ahli keluargamu kecuali orang terdahulu yang telah ditetapkan takdir mereka dan jangan kamu persoalkan mereka yang zalim sesungguhnya mereka pasti ditenggelamkan.
23:28 Dan apabila kamu dan sesiapa bersamamu diatas kapal merasa selesa maka ucaplah ‘segala pujian bagi Allah yang telah menyelamatkan kamu dari kaum yang zalim’.
23:29 Dan katakan wahai Pemeliharaku labuhkan kami ditempat berlabuh yang diberkati dan Kamu yang terutama penentu pelabuhan kami.
23:30 Demikian tanda-ayatnya malahan Kami yang tentukan keputusanya.
23:31 Kemudian Kami bangkitkan sesudah mereka generasi yang terkini.
23:32 Maka Kami utuskan kepada mereka seorang rasul dikalangan mereka dan menyeru supaya berkhidmat kepada Allah malahan tiada tuhan selain Dia maka apakah tidak kamu prihatin dengannya.
23:33 Dan berkata -lmala-u dari kaum yang tidak percaya yang mendustakan pertemuan akhiratnya dan yang Kami telah berikan nikmat duniawi malahan mereka berkata tidaklah dia melainkan mahluk seperti kami yang makan dan minum seperti mana kami makan dan minum.
23:34 Jika kamu mentaati manusia seperti mereka ini sesungguhnya kamu darinya orang yang dalam kerugian.
23:35 Apakah yang dijanjikan kepadamu setelah kamu mati dan tulang kamu menjadi debu maka adakah kamu akan dibangkitkan.
23:36 Maka jauh sekali dari apa yang kamu telah dijanjikan dengannya.
23:37 Tidaklah kehidupan duniawi melainkan kita hidup kemudian kita dimatikan malahan tidaklah kita akan dibangkitkan.
23:38 Tidaklah dia melainkan seorang lelaki yang mengadakan pembohongan terhadap Allah dan kami tidaklah amanah kepadanya.
23:39 Maka dia berkata Pemeliharaku bantulah aku dengan apa yang telah mereka mendustakan fakta yang aku berikan kepada mereka.
23:40 Berkata dalam sedikit masa pasti mereka ditimpakan penyesalan.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete23:41 Maka mengambil mereka dengan tempikan dahsyat dan menjadikan mereka seperti sampah terbuang maka jauhilah dari kaum yang zalim.
23:42 Kemudian Kami tumbuhkan/adakan sesudah mereka generasi terkini.
23:43 Dan tidak diundurkan atau didahulukan tempoh ajal setiap ummatnya.
23:44 Kemudian Kami utuskan rasul Kami berturutan malahan setiap kali rasul datang ummatnya mendustakanya maka Kami iringkan sebahgian mereka dari sebahgian yang lain dan Kami jadikan mereka ahaadiitsa /sejarah maka jauhilah dari kaum yang tidak amanah.
23:45 Kemudian Kami utuskan muusaa dan saudaranya haaruuna dengan tanda-ayat Kami dengan kekuasaan Kami yang jelas.
23:46 Kepada fir’auna dan mala-ihii tetapi mereka takbur dengannya dan mereka itulah kaum yang angkuh dan sombong.
23:47 Maka mereka berkata apakah kita akan amanah kepada dua mahluk ini yang sama seperti kita dan kaumnya pernah berkhidmat dengan kita.
23:48 Maka mereka mendustakan kedua-duanya dan jadilah mereka darinya orang yang dilaknati.
23:49 Sesungguhnya Kami berikan kepada muusa kitab supaya dengannya mereka mendapat petunjuk.
23:50 Dan Kami jadikan anak dan ibunya maryama suatu tanda-ayat dan Kami lindungi mereka didataran yang terdapat padang ragut yang subur dan terdapat punca mata air didalamnya.
23:51 Wahai rasul Kami makanlah dari yang terbaik dan lakukan amalan soleh dan apa yang kamu amalkan pasti Kami mengetahuinya.
23:52 Ummatmu adalah ummat yang satu dan Aku adalah Pemelihara kamu maka prihatinlah kepadaKu.
23:53 Malahan mereka berpecah dalam urusan mereka kepada beberapa mazhab setiap hizbin bergembira dengan apa yang disisi mereka.
23:54 Maka dibiarkan mereka dalam kekeliruan sehingga kesuatu tempoh.
23:55 Apakah mereka menganggap yang Kami tidak membantu mereka dengan harta dan anak-anak.
23:56 Dan Kami yang segerakan bagi mereka setiap kebajikan/khairaati malahan mereka tidak menyedarinya.
23:57 Sesungguhnya orang yang takut kepada Pemeliharanya maka itulah dianya orang yang Dia mengasihi mereka.
23:58 Dan orang yang dengan ayat-ayat Pemeliharanya mereka amanah.
23:59 Dan orang yang dengan Pemeliharanya mereka tidak menyengutukan.
23:60 Dan orang yang diberikan dengan apa yang telah diberikan hati mereka takut pasti mereka dikembalikan kepada Pemelihara mereka.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete23:61 Dan mereka bersegera kepada khairaati dan mereka mendahuluinya.
23:62 Dan Kami tidak membebankan keatas suatu jiwa melainkan dengan kesanggupanya dan disisi Kami sebuah kitab yang bicarakan hal yang sebenar malahan mereka tidak dizalimi sedikit pun dengannya.
23:63 Dan mereka yang hatinya dalam kecelaruan/kekeliruan dengan ini dan mengamalkan selain dari yang dikatakan.
23:64 Maka Kami gantikan keistimewaan mereka dengan keazaban maka mereka bersegera merayu pertolongan dari Kami.
23:65 Jangan kamu merayu pada hari itu pastinya kamu tidak akan ditolong.
23:66 Sesungguhnya telah dibacakan ayat-ayat Kami kepadamu tetapi kamu telah berpaling darinya atas tumit kamu.
23:67 Orang yang takbur dengannya mereka bercakap perkara mengarut dan mensia-siakan maka tinggalkan mereka dengan kekarutan mereka.
23:68 Apakah tidak mereka mengambil perhatian kepada kata-katanya atau tidakkah datang kepada moyang mereka sebelumnya.
23:69 Atau mereka tidak kenal rasulnya lalu mereka mungkiri janjinya.
23:70 Atau mereka berkata dia gila sedangkan dia yang datangkan kebenaran malahan kebanyakan mereka sangat benci kepada kebenaran.
23:71 Sekiranya kebenaran mengikuti nafsu mereka pasti hancur langit dan bumi dan siapa didalamnya malahan Kami yang datangkan peringatan kepada mereka tetapi mereka berpaling darinya.
23:72 Atau kamu telah meminta pampasan dari mereka malahan pampasan Pemeliharamu keutamaan dan hanya Dia yang terutama pemberi rezeki.
23:73 Sesungguhnya kamu telah menyeru mereka kepada jalan yang lurus.
23:74 Malahan orang yang tidak amanah dengan akhiratnya, mereka telah menyimpang dari jalannya.
23:75 Walaupun Kami mengasihani dan menghilangkan penderitaan mereka namun mereka teruskan kebiadapan mereka dan menjadi bingung.
23:76 Malahan Kami mengambil mereka dengan azab tetapi mereka tidak patuh dan tidak merendah diri.
23:77 Sehingga Kami bukakan pintu azab yang dahsyat maka mereka berputus-asa dan kecewa didalamnya.
23:78 Dia yang mencipta bagimu pendengaran dan penglihatan dan deria malahan sangat sedikit dari kamu yang berterima kasih.
23:79 Dia yang membiakan kamu dibumi dan kepadaNya kamu dihimpunkan.
23:80 Malahan Dia yang menghidupkan dan mematikan dan mengendalikan kitaran malam dan siang maka apakah tidak kamu fikirkan.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete23:81 Malahan mereka berkata seperti apa yang dikatakan orang terdahulu.
23:82 Dan seperti yang mereka berkata apabila kami mati dan menjadi debu dan tulang-belulang apakah kami akan dibangkitkan.
23:83 Pasti telah dijanjikan bagi kami dan moyang kami hal ini sejak dahulu dan tidak lain melainkan dianya suatu dongengan orang terdahulu.
23:84 Katakan bagi siapakah bumi ini dan apa yang didalamnya jika kamu mengetahuinya.
23:85 Mereka berkata bagi Allah, katakan tidakkah kamu mengingatinya.
23:86 Katakan siapakah Pemelihara langit yang tujuh dan -l arsyi yang agung.
23:87 Mereka mengatakan Allah maka mengapa kamu tidak prihatin.
23:88 Katakan siapakah yang ditanganya kuasa keatas sesuatu dan yang melindungi dan tidak melindungi baginya jika kamu mengetahuinya.
23:89 Malahan mereka berkata Allah maka bagaimana kamu diselewengkan.
23:90 Kami yang datangkan kepada mereka yang sebenar malahan mereka telah mendustakanya.
23:91 Allah tidak mengambil baginya anak dan tiada tuhan selain Dia jika demikian masing-masing tuhan mengazabkan apa yang telah mereka ciptakan dan bersaing bagi mengatasi diantara satu sama lain maka sanjungan hanya bagi Allah atas apa yang mereka sifatkanya.
23:92 Dan Dia mengetahui yang ghaib dan Dia yang menyaksikan maka Dia yang teramat Mulia dari apa yang telah mereka sekutukanya.
23:93 Katakan Pemeliharaku perlihatkan apa yang telah dijanjikan.
23:94 Pemeliharaku janganlah jadikan aku dari kalangan kaum yang zalim.
23:95 Malahan Kami berkuasa perlihatkan kepadamu apa yang dijanjikan.
23:96 Maka hindarilah kami dari kejahatan dan pandulah kami kepada kebaikan malahan Kamu mengtahui apa yang mereka sifatkan.
23:97 Dan katakan wahai Pemeliharaku! aku berlindung kepadaMu dari bisikkan syaitan yang direjam.
23:98 Dan aku berlindung kepadaMu dari mereka hadir kepadaku.
23:99 Dan apabila datang kepada seseorang kematianya maka mereka berkata wahai Pemeliharaku kembalikan aku kepada tempat kembali sebenar.
23:100 Supaya dapat aku melaksanakan amalan soleh yang aku tinggalkan malahan tidak sesekali! dianya diucapkan disebalik barzakhun maka tunggulah sehingga hari kebangkitan kamu.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete23:101 Dan ketika ditiupkan fishshuuri maka hilanglah talian-hayat diantara mereka pada hari itu dan tidaklah dapat mereka persoalkan lagi.
23:102 Maka sesiapa berat timbanganya mereka itulah orang yang beruntung.
23:103 Dan sesiapa yang ringan timbanganya maka mereka itulah orang yang telah merugikan diri dan mereka berkekalan didalam jahannama.
23:104 Api membakar muka mereka sehingga meninggalkan parut kekal.
23:105 Apakah tidak dibacakan ayat-ayatKu kepada mereka malahan mereka telah mendustakanya.
23:106 Mereka berkata wahai Pemelihara kami, kami telah dikuasai dengan penderitaan maka itulah yang menjadikan kami kaum yang sesat.
23:107 Pemelihara kami keluarkan kami darinya dan jika kami dikekalkan didalamnya maka jadilah kami darinya orang yang zalim.
23:108 Berkata tinggallah kamu menderita didalamnya dan jangan kamu berinterasi denganKu lagi.
23:109 Malahan ada segolongan dari hambaKu mereka berkata Pemelihara kami, kami amanah maka ampunilah kami dan berikan kami rahmat dan hanya Kamu yang terutama pemberi rahmat.
23:110 Malahan kamu telah menjadikan mereka bahan cemohan sehingga kamu melupai dari mengingati Aku dan kamu tetawakan mereka.
23:111 Sesungguhnya Aku memberi pembalasanKu hari ini atas apa yang mereka bersabar dengannya sesungguhnya mereka orang yang berjaya.
23:112 Berkata berapa tahunkah kamu telah menghuni dibumi ini.
23:113 Mereka berkata kami menghuni sehari atau sebahagian hari maka tanyalah orang yang menghitungnya.
23:114 Berkata tidaklah kamu menghuni didalamnya melainkan sebentar jika kamu hendak mengetahuinya.
23:115 Apakah kamu menganggap Kami mencipta kamu bagi dipermainkan atau kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.
23:116 Maka teramat mulianya Allah Penguasa yang sebenar dan tiada tuhan melainkan Dia, Pemelihara -l’arsyi yang mulia.
23:117 Dan sesiapa yang menyeru tuhan selain Allah tanpa bukti kukuh sesungguhnya perhitungan mereka disisi Pemelihara mereka malahan tidak beruntung sedikit pun bagi orang yang tidak percaya.
23:118 Dan katakan Pemelihara kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami dan hanya Kamu yang terutama pemberi rahmat.
Sekian.
Salam
ReplyDeleteTuan, saya sedikit keliru dgn terjemahan tuan mengenai program SOUM ayat 2:187 drp e-book tuan ms170. Saya tidak dapat mencari terjemahan tuan di mana-mana. Dlm terjemahan itu perkataan SAVOUR digunakan. Tidakkah perkataan savour itu membawa makna makanan dan minuman. Kalau ia membawa makna makanan dan minuman maka puasa itu tentulah menahan diri dari lapar dan dahaga. Saya telah merujuk kpd banyak terjemahan semuanya sebut and eat and drink. Begitu juga perkataan apparent kalau dilihat pada perkataannya ialah I-fijri yang bermaksud fajar. Satu lagi ialah perkataan masjid yg menurut tuan ialah kepatuhan tetapi dlm terjemahan ini membawa makna institutions. Saya begitu keliru dgn terjemahan ini. Diharap tuan dapat menjelaskannya.Sekian
salam,
Deleteayat 2:187 tidak tertulis makan dan minum. untuk lebih lanjut sila rujuk ayat 19:26 berkaitan Maryam.
Masjid adalah berasaskan kata akar sa-ja-da yg membawa erti patuh. ma-sa-ja-da membawa erti orang yg patuh. sila rujuk lexicon utk maklumat lanjut.
salam.
Sdr anon 11.48,
DeleteTapi utk ayat 9:18 ni, jika kita terjemah masjid sbg org yg patuh, rasa mcm x "masuk" pula, mohon sesiapa boleh bg pencerahan erti masjid dgn lbh jelas atau bg spesifik link utk bacaan lbh lanjut. Tqvm
(At-Taubah 9:18) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
The mosques of Allah shall be visited and maintained by such as believe in Allah and the Last Day, establish regular prayers, and practise regular charity, and fear none (at all) except Allah. It is they who are expected to be on true guidance
salam anon 17:37,
DeleteIn-nama ya’muru masa-jidil-lah man-amana-bil-lah wal-yaumil akhirah al-ak-siru wa-aqor-mus-Sol-laa ta-wa-ataz zaka-ta wa-lamyaksha il-lal-lah fa-‘sha. Ulaa-ika aye-yaku-nu minal-muh-tadin (9:18)
The only people who deserve to promote (ya’muru) God’s consented decrees (masa-jidil-lah) are those who believe in God and the Last Day. They observe their commitments and keep them pure. They fear no one except Allah. They are the ones who are guided. (9:18)
salam.
anon 7:37
DeleteI suggest you read mentalbondageinthenameofgod.wordpress.com
And check corpus.quran.com for word by word translation, its root and the number of times a word was mentioned in the Quran. It helps me to ponder and question the traditional translations thus understand the Quran without the influence of other people's opinions.
Salam,
ReplyDeleteUntuk pengetahuan terjemahan AQ 2:187 dalam artikel tersebut bukan terjemahan saya. Saya masih belum berkesempatan membuat terjemahan al quran sendiri.
Apa yg saya buat sepanjang blog ini ialah mengambil perkataan kunci di dalam keterangan-keterangan al quran yang berkait dgn tajuk artikel yg saya tulis. Perkataan itu saya kupas dengan pemerhatian di buat kpd kehidupan manusia di muka bumi ini.
Damai/Peace/Shalom/Shanti
Salam! sila renungankan 30-ayat dari Surah Al Mulk/Kuasa;
ReplyDelete67:1 Tiada tandingan keberkatan ditangan Dia kuasa mutlaknya malahan hanya Dia yang berkuasa keatas segalanya.
67:2 Yang mencipta kematian dan kehidupan bagi menguji siapa diantara kamu terbaik amalannya dan Dia yang Perkasa yang Pengampun.
67:3 Yang mencipta tujuh langit berlapisan dan tiada kecacatan dalam ciptaan yang Pemurah maka ulangilah pandanganmu maka adakah kamu mendapati kecacatan padanya.
67:4 Malahan teruskan mengulangi pandanganmu berkali-kali kemudian dikembalikan penglihatanmu adakah terdapat sebarang kecacatan.
67:5 Kami yang menghiasi langit dunianya dengan bintang-bintang pagi dan Kami jadikan darinya peledak/meteos bagi syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab yang marak menyala.
67:6 Dan bagi orang yang tidak percaya Pemeliharamu telah sediakan azab jahannama yang sangat buruk tempat kembali mereka.
67:7 Apabila dilempar mereka kedalamnya maka kedengaran raungan yang sangat dahsyat malahan itulah bunyinya yang menggelegak.
67:8 Memuncak kemarahan mereka setiap kali dilemparkan kedalamnya dan penjaganya bertanya tidakkah datang kepadamu pemberi amaran.
67:9 Mereka berkata ya! telah datang kepada kami pemberi amaran malahan kami mendustakanya dan kami katakan Allah tidak menurunkan apa-apa malahan kami yang dalam kesesatan yang nyata.
67:10 Dan mereka berkata jika kami mendengar dan memahaminya maka tidaklah kami menjadi penghuni yang marak menyala.
67:11 Jika mereka mengakui kesilapan mereka maka terhindarlah mereka dari menghuni didalam yang marak menyala.
67:12 Malahan orang yang takut kepada Pemelihara mereka dengan ghaib bagi mereka keampunan dan ganjaran yang agung.
67:13 Malahan jika dirahsiakan atau dizahirkan perkataan kamu pasti Dia mengetahui segala isi hati yang didalam dadamu.
67:14 Apakah tidak Dia mengetahui siapa yang diciptakanya malahan Dia yang teramat teliti yang menyedari.
67:15 Dia yang menjadikan bumi kemudahan bagimu maka terokai disegenap sudut dan makan dari rezekinya dan kepada Dia kamu dikembalikan.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete67:16 Apakah kamu merasa aman jika siapa yang dilangit menghilangkan bumi ketika dianya bergoncangan.
67:17 Atau amankah kamu jika siapa yang dilangit turunkan ribut batu-batan barulah kamu mengerti dianya amaran dari Dia.
67:18 Sesungguhnya orang yang sebelum mereka telah mendustakanya maka bagaimanakah kamu hendak menafikanya.
67:19 Dan tidakkah mereka perhatikan burung yang terbang berbarisan diangkasa dan kembangkan sayap malahan siapakah yang menahanya kalau bukan yang Pemurah dan Dia dengan segalanya melihat.
67:20 Atau angkatan siapakah yang akan menolong kamu selain yang Pemurah maka tidaklah bagi orang yang tidak percaya melainkan mereka didalam golongan orang yang dilitupi/buta-hatinya.
67:21 Atau siapakah yang memberi rezeki kepadamu jika ditahan rezekimu maka adakah kamu berterusan rakus dan menjadi pembelot.
67:22 Maka siapa yang berjalan tunduk mukanya mendapat petunjuk atau siapa yang berjalan betul diatas shiraathin mustaqiimin.
67:23 Katakan Dia yang proses kamu dan menjadikan pendengaran dan penglihatan dan deriamu malahan sedikit darimu yang berterima kasih.
67:24 Katakan Dia yang membiakan kamu dibumi dan hanya kepada Dia kamu dihimpunkan dan dikembalikan.
67:25 Dan mereka berkata bilakah janji ini jika kamu berkata benar.
67:26 Katakan sesungguhnya segala ilmu disisi Allah dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.
67:27 Dan ketika mereka mendekati dan melihat buruknya muka orang yang ingkar maka berkata apakah ini yang kamu minta disegerakan.
67:28 Katakan adakah kamu melihat Allah melaknati aku dan sesiapa yang bersamaku atau Dia memberi rahmat kepada kami maka siapa pula yang melindungi orang yang tidak percaya dari azab yang dahsyat.
67:29 Katakan Dia yang Pemurah malahan kami hanya amanah dan berserah kepada Dia kelak kamu mengetahui siapa dalam kesesatan yang nyata.
67:30 Katakan tidakkah kamu perhatikan jika dijadikan air takunganmu meresapi kedalam buminya maka siapakah yang akan menyalirkanya semula bagimu dari punca mata-airnya.
Sekian.
Salam...
ReplyDeletesatu lagi hypothesis yg diutarakan oleh Tuan Ashwed, layak diberikan pemerhatian yang lebih mendalam... bagi saya, cabaran terbesar kita ialah cuba sedaya upaya mendapatkan intipati (essence) sepatah perkataan bagi menghasilkan maksud dan pemahaman terbaik terhadap sesuatu perkataan... dlm kes artikel kali ini; kafir, abdi dan deen... kalau pemahaman / maksud sesuatu perkataan itu salah, maka keseluruhan mesej ayat2 Quran akan terjejas..
pengalaman saya jalan2 umrah tidak lama dahulu sememangnya an eye opener for me apabila banyak masa saya habiskan lepak dengan arabs/persians (syrian, turks, yemeni, egyptian, saudis, iranian) dan juga bapak2 dari indonesia semata2 cuba mendapatkan pemahaman mereka tentang Quran... to my 'disbelief' even the arabs have difficulties to understand the meaning of a particular word in the Quran!!
i would like to share my view on what the word kafir means (root word kaf-fa-ra).. all this while i thought the meaning is disbeliever / rejector / reject faith.. but somehow kaf-fa-ra cannot mean disbelievers in this verse;
Yusuf Ali
[57:20]... How rain and the growth which it brings forth, delight (the hearts of) the tillers...
Transliteration
[57:20]... wal-awladikamathali ghaythin aAAjaba alkuffara (kaf-ra-ra)...
in this verse, kaf-ra-ra means the tillers or 'the act of concealing the seed with the soil'... or in layman terms a farmer laying seeds in the soil (perbuatan petani menanam benih ke dalam tanah)... no matter how you adjust or try to fit it, kaf-ra-ra cannot mean disbeliever or rejector in [57:20].
my hypothesis is that kaf-ra-ra means; covering / hiding / concealing / blocking (melitupi / menutupi / menyembunyi / menghalangi)...
[109:1] Katakanlah, "Wahai orang-orang yang menyembunyikan"
akan di sambung..
Becks
Tq Becks. Pls sambung ya
Delete