Kedamaian Untuk Semua,
Untuk pengetahuan para pembaca, saya telah menulis sebanyak 164 buah artikel di ruangan blog ini semenjak dari bulan Mac, 2015.
Di dalam banyak-banyak artikel yang saya tulis, terdapat satu artikel yang setiap hari menerima hit yang banyak.
Dari statistik blog, saya dapati artikel ini telah diulang baca berpuluh ribu kali semenjak kali pertama ia di pos.
Saya berpendapat artikel ini mendapat perhatian kerana ia berbaur sains fiksyen.
Manusia sememangnya meminati sains fiksyen.
Oleh kerana itu, kita dapati filem-filem seperti Star Wars, Lord Of The Ring, The Hobbit dan Harry Potter mendapat kutipan box office yang sangat tinggi.
Oleh kerana itu, kita dapati filem-filem seperti Star Wars, Lord Of The Ring, The Hobbit dan Harry Potter mendapat kutipan box office yang sangat tinggi.
Artikel yang saya maksudkan ialah http://ashwed1973.blogspot.my/2015/05/isra-mikraj-dongengan-arab-dahulukala.html
Walaupun ia ditulis lebih dari 2 tahun lepas, namun masih ramai para pembaca yang menghantar komentar mereka sehingga ke hari ini.
Seperti biasa terdapat komentar yang menyokong dan menolak pendapat saya.
Semenjak dari hari pertama menulis, saya sudah nekad untuk menyiarkan apa sahaja pendapat orang ramai mengenai artikel di ruangan blog ini.
Saya hampir berjaya mengotakan janji itu, sehinggalah, komentar berbaur kebencian seperti di bawah muncul di beberapa buah artikel blog ini.
Perkara ini menyebabkan saya membuat keputusan untuk membaca terlebih dahulu setiap komentar yang dihantar untuk mengelak dari ada hati yang terguris dengan kata-kata sesetengah pembaca.
Berikut adalah contoh komentar yang saya tolak dari siaran.
Untuk kajian akademik, saya paparkan komentar tersebut di sini untuk dijadikan iktibar sambil membuat analisa mengenai cara berfikir sesetengah manusia yang bernama Melayu.
Untuk kajian akademik, saya paparkan komentar tersebut di sini untuk dijadikan iktibar sambil membuat analisa mengenai cara berfikir sesetengah manusia yang bernama Melayu.
#############################
tuan bukhari, nanti kalau saya kata bodoh marah pulak. bacalah ayat saya betul2. kita tidak boleh menggunakan akal SEMATA-MATA. faham ke dok perkataan "GUNAKAN AKAL SEMATA-MATA". bahasa melayu spm lulus ke gagal. saya rasa mungkin tuan bercakap guna kepala lutut. semoga tuan mendapat hidayah.
kalau kita menggunakan akal semata-mata, sesuatu hujah akan bersandar pada logik akal. dalam ertikata lain kita akan menolak sesuatu walaupun ianya benar selagi mana ianya tidak logik pada akal seseorang. sebab itu penggunaan akal perlu pada tempatnya. wallahu alam.
###############################################
Dari dahulu lagi saya menyedari bahawa apabila seseorang gagal mengguna hujah bernas yang bersandarkan fakta bagi menggulung kes mereka. Mereka akan beralih kepada cara klasik mematahkan hujah orang lain. Mereka mula memberi gelaran kepada lawan debat mereka.
Bodoh, bangang, bahlul, sesat, kafir ini semua adalah contoh klasik seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas untuk mematahkan hujah lawannya.
Ada seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang seringkali mengguna kaedah ini untuk menewaskan hujah lawannya.
Bodoh, bangang, bahlul, sesat, kafir ini semua adalah contoh klasik seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas untuk mematahkan hujah lawannya.
Ada seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang seringkali mengguna kaedah ini untuk menewaskan hujah lawannya.
Untuk artikel kali ini, saya ingin mengupas sedikit komen saudara ini berdasarkan beberapa kunci perkataan yang beliau gunakan.
Akal
Akal bukanlah otak.
Otak hanyalah sebuah organ yang mentafsir isyarat elektrik yang dihantar oleh indera yang Allah kurniakan kepada kita.
Orang Melayu mengenali proses ini sebagai deria.
Otak hanyalah sebuah organ yang mentafsir isyarat elektrik yang dihantar oleh indera yang Allah kurniakan kepada kita.
Orang Melayu mengenali proses ini sebagai deria.
Manusia secara asasnya mempunyai 5 jenis deria iaitu rasa melalui indera lidah, bau melalui indera hidung, lihat melalui indera mata, sentuh melalui indera kulit dan dengar melalui indera telinga.
Di dalam Bahasa Sanskrit yang menjadi asas komunikasi ideologi Hinduisma, perkataan lima dikenali sebagai pancha.
Maka dengan itu, orang Melayu yang jalur bahasanya adalah sanskrit memanggil 5 indera ini sebagai panchaindera.
Maka dengan itu, orang Melayu yang jalur bahasanya adalah sanskrit memanggil 5 indera ini sebagai panchaindera.
Untuk pengetahuan, di dalam ideologi Hindu terdapat banyak perkara yang diasaskan dari nombor 5.
Ritual harian misalnya, merangkumi 5 tugasan dikenali sebagai Pancha Mahayagna.
Rukun Hinduisma juga diasaskan kepada 5 perkara. Ia dikenali sebagai Pancha Shradda iaitu ;
1. Percaya kepada Brahman (salah satu sifat tuhan)
2. Percaya kepada Hukum Karma (kehidupan)
3. Percaya kepada Hukum Rta (hukum alam semesta)
4. Percaya kepada Samsara (putaran roda reincarnation) dan
5. Percaya kepada Mokhsa (pembebasan sempurna/consciousness)
Selain daripada itu mereka juga mempercayai kepada 5 elemen yang mempengaruhi bumi dikenali sebagai Panchabootha. Bootha membawa maksud elemen iaitu air, api, tanah, angkasa dan udara.
Oleh yang demikian, apabila kita berbicara mengenai akal, kita bukanlah hanya berbicara mengenai daya otak untuk membuat analisa mengenai sesuatu kejadian sahaja.
Jika kita melakukan ini, maka kita menjurus kepada suatu keputusan yang berbentuk kosmetik sahaja.
Ini adalah kerana otak boleh diperdaya dengan mudah oleh diri kita sendiri melalui suatu konsep yang dikenali sebagai kepercayaan.
Kepercayaan atau faith yang menjadi asas kepada semua agama yang wujud di dunia ini tidak diikat dengan satu ujian empirikal (ujian deria - dilakukan secara pemerhatian dan eksperimen) yang boleh membawa kita kepada suatu kesimpulan yang boleh dipanggil fakta.
Sebagai contoh semasa memandu disebuah lebuhraya, kereta yang kelihatan dihadapan kita sebenarnya bukanlah berada di hadapan kita.
Ia diwujudkan dihadapan kita oleh otak yang menerima isyarat elektronik dari indera mata akibat pantulan cahaya yang diterima.
Otaklah sebenarnya yang mewujudkan kereta yang kelihatan di hadapan mata kita.
Jika kita memejamkan mata. Kereta ini tidak kelihatan lagi. Ini adalah kerana tiada rangsangan yang perlu ditafsirkan oleh otak. Namun, ini bukan bererti ianya tidak wujud.
Jika kita memejamkan mata. Kereta ini tidak kelihatan lagi. Ini adalah kerana tiada rangsangan yang perlu ditafsirkan oleh otak. Namun, ini bukan bererti ianya tidak wujud.
Apabila kita bertembung dengan kereta itu dek kerana mata kita yang terpejam tadi maka di sinilah ujian empirikal bermula.
Di kala ini indera kita yang lain mula menerima rangsangan dan menghantar isyarat elektronik kepada otak.
Sekali lagi otak mentafsirkan rangsangan ini dan mengenalinya sebagai kesakitan akibat pertembungan yang terjadi.
Makanya, apabila kita berbicara mengenai akal. Kita sebenarnya berbicara mengenai keputusan yang dibuat oleh panchaindera kita.
Semua perkara yang kita lihat, rasa, bau, dengar dan sentuh. Kesemua perkara inilah yang membentuk keputusan analisa kita.
Semua perkara yang kita lihat, rasa, bau, dengar dan sentuh. Kesemua perkara inilah yang membentuk keputusan analisa kita.
Panchaindera tertakluk kepada hukum rta atau hukum alam semesta. Di dalam Al Quran perkara ini dikenali sebagai Sunnatullah.
"Sunnah (resam) Allah seperti yang telah berlalu sebelumnya, dan kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah" AQ 48:23
Tiada perubahan kepada Sunnatullah kerana ia telah dikira dengan terperinci dari perkataan kun fa ya kun sehingga ke saat anda membaca tulisan ini.
Di dalam sains moden, apabila kita melihat ke angkasa raya, kita akan melihat sebahagian besar angkasa sebagai sebuah kegelapan. Ia dikenali sebagai dark matter.
Untuk sekian lama, para saintis (dibaca sebagai ulama - mereka yang berpengetahuan tinggi) tidak dapat merungkai apakah komponen dark matter ini.
Namun, mutakhir ini para saintis yang diketuai oleh Michio Kaku sedang mempelopri suatu teori yang dikenali sebagai “primitive semi – radius tachyons" atau "string theory".
Secara dasarnya teori ini berpendapat bahawa angkasa raya ini ditadbir secara saling berkaitan seperti sebuah sarang labah-labah.
Kita dipercayai hidup di dalam sebuah matriks yang tiada perubahan hukum alamnya.
Oleh yang demikian, untuk makhluk di dunia ini terbang, berjalan, merangkak dan menyusur ia perlu kepada suatu hukum fizik yang terperinci untuk makhluk ini berbuat demikian.
Sebagai contoh seekor burung itu boleh terbang kerana beberapa perkara berikut ;
a. bentuk fizikal seperti berat badan, bulu, tulang, kedudukan paruh, hidung dan mata
b. sayap
c. udara
d. suhu badan yang sesuai bagi mempengaruhi tahap penyembuhan otot untuk penerbangan.
Berikut adalah keratan ringkas sistem penerbangan seekor burung. Para saintis menggunanya sebagai asas untuk membina sistem kapal terbang.
Untuk sekian lama, para saintis (dibaca sebagai ulama - mereka yang berpengetahuan tinggi) tidak dapat merungkai apakah komponen dark matter ini.
Namun, mutakhir ini para saintis yang diketuai oleh Michio Kaku sedang mempelopri suatu teori yang dikenali sebagai “primitive semi – radius tachyons" atau "string theory".
Secara dasarnya teori ini berpendapat bahawa angkasa raya ini ditadbir secara saling berkaitan seperti sebuah sarang labah-labah.
Kita dipercayai hidup di dalam sebuah matriks yang tiada perubahan hukum alamnya.
Oleh yang demikian, untuk makhluk di dunia ini terbang, berjalan, merangkak dan menyusur ia perlu kepada suatu hukum fizik yang terperinci untuk makhluk ini berbuat demikian.
Sebagai contoh seekor burung itu boleh terbang kerana beberapa perkara berikut ;
a. bentuk fizikal seperti berat badan, bulu, tulang, kedudukan paruh, hidung dan mata
b. sayap
c. udara
d. suhu badan yang sesuai bagi mempengaruhi tahap penyembuhan otot untuk penerbangan.
Berikut adalah keratan ringkas sistem penerbangan seekor burung. Para saintis menggunanya sebagai asas untuk membina sistem kapal terbang.
Semua perkara ini dikenali sebagai hukum rta/hukum alam/sunnatullah. Ia adalah sebuah fitrah atau ad deen yang tiada perubahan.
Segalanya telah ditetapkan hukum fiziknya dengan sempurna.
"Sesungguhnya Kami cipta segala sesuatu menurut ukuran" AQ 54:49
Akal dengan segala indera yang dikurniakan akan melihat alam ini, lalu membuat analisa secara semulajadi.
Tiada siapa perlu memberitahu kita bahawa seekor burung boleh terbang berdasarkan kepada kondisi yang tertera di atas ini. Sesungguhnya kita mengetahuinya secara semulajadi.
Logik
Panchaindera (akal) melalui pelajaran yang diterimanya dari alam menganggap seekor burung boleh terbang sebagai logik kerana kondisinya membolehkan ia berbuat begitu.
Sebaliknya, ia akan menolak jika ada seseorang membawa perkara-perkara asing selain dari contoh yang ditunjuk oleh alam sebagai suatu makhluk yang boleh terbang.
Berikut adalah contoh makhluk yang tidak boleh terbang. Dunia moden mengenali perkara ini sebagai sains fiksyen.
Ia adalah tidak logik kerana kondisi dan bentuk fizikal makhluk ini tidak membenarkannya untuk terbang.
Sesungguhnya, tiada saintis perlu membuktikan kepada kita bahawa binatang-binatang di atas tidak boleh terbang.
Kita dengan akal (panchindera) kita secara semulajadi boleh membuat analisa tersebut.
Namun, jika kita berpendapat bahawa akal adalah organ otak semata-mata, maka kita akan terpedaya dan menjerumuskan diri kepada sebuah kepercayaan/faith bahawa perkara ini boleh terjadi.
Otak kita dengan mudah dipengaruhi dan ditipu oleh dongengan yang dibawa oleh orang lain kerana kita tidak lagi mahu mengguna akal (panchaindera yang lima).
Dengan ketidakupayaan ini maka pemikiran kita menjadi kotor, kolot dan terpenjara.
"Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk amanah (tuq-mee-na, dari akar kata alif-mim-nun disebut sebanyak 890 kali), melainkan dengan izin Allah, dan Dia letak kotoran ke atas orang-orang yang tidak menggunakan akalnya (yaq-qee-loo-na, dari akar kata ain-kaf-lam, disebut sebanyak 49 kali)" AQ 10:100
Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai makhluk-makhluk yang gambarnya tertera di atas di artikel seperti berikut http://ashwed1973.blogspot.my/2015/08/abra-cadabra-jula-juli-bintang-tujuh.html
Wahyu
Apakah dia wahyu ? Adakah ia adalah sebuah hubungan formal di antara Tuhan dengan hambaNya ?
Perkataan wahyu di asaskan dari akar kata waw-ha-ya. Ia membawa erti ilham atau inspirasi.
Suatu perkara yang kita perlu belajar dari Al Quran ialah inspirasi (wahyu) ini pada hakikatnya adalah berbentuk semula jadi.
Ini adalah kerana setiap sesuatu perbuatan tertakluk kepada hukum rta/hukum alam/sunnatullah.
Berikut adalah contoh inspirasi semulajadi yang diperintah Tuhan kepada makhluk-makhluknya.
"Dan Pemelihara kamu wahyukan lebah, "Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka bangunkan" AQ 16:68
Keterangan di atas menceritakan di manakah lebah patut membuat sarangnya.
"Dan bumi keluarkan beban-bebannya" AQ 99:2
"Dan manusia berkata, "Mengapakah ia?" AQ 99:3
"Pada hari itu, ia ceritakan beritanya" AQ 99:4
"Kerana apa yang Pemeliharanya wahyukannya" AQ 99:5
Keterangan di atas pula menceritakan bagaimana bumi mengeluarkan larva apabila sampai waktunya mengikut proses seismologi.
"Maka Kami wahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan jangan takut, dan jangan juga sedih, kerana Kami akan kembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan." AQ 28:7
Sementara keterangan di atas, menceritakan bagaimanakah seorang ibu perlu berbuat kepada bayinya.
Tetapi, Al Quran menulis dengan jelas bahawa ilham palsu, yang tidak semulajadi akan datang dari makhluk-makhluk ini
"Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" AQ 6:112
Ucapan-ucapan indah ini adalah palsu dan sengaja dibuat untuk niat menipu.
Oleh yang demikian, apabila kita diberi suatu berita bahawa kuda boleh terbang ke langit. Secara semulajadi, akal (panchaindera) akan mengatakan bahawa ini adalah suatu fakta palsu.
Hanya suatu keadaan sahaja yang akan membuat organ otak menerima kenyataan ini sebagai benar. Iaitu di atas dasar KEPERCAYAAN.
Saya tidak mempunyai masalah dengan KEPERCAYAAN seseorang. Di sebabkan itu saya boleh hidup di negara ini yang boleh dianggap sebagai sebuah pluralist society.
Namun, kekalkanlah ia setakat KEPERCAYAAN sahaja.
Janganlah cuba memaksanya kepercayaan ini kepada orang lain yang sudah membuat keputusan untuk tidak mahu mempercayainya dan sekadar menganggap cerita-cerita ini sebagai tidak logik dan dongeng.
Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berfikir dan mempercayai sesuatu. Hak asas ini diberi dan dilindungi leh Al Quran.
Saya tidak mempunyai masalah dengan KEPERCAYAAN seseorang. Di sebabkan itu saya boleh hidup di negara ini yang boleh dianggap sebagai sebuah pluralist society.
Namun, kekalkanlah ia setakat KEPERCAYAAN sahaja.
Janganlah cuba memaksanya kepercayaan ini kepada orang lain yang sudah membuat keputusan untuk tidak mahu mempercayainya dan sekadar menganggap cerita-cerita ini sebagai tidak logik dan dongeng.
Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berfikir dan mempercayai sesuatu. Hak asas ini diberi dan dilindungi leh Al Quran.
Kesimpulan
Jika ada seseorang datang kepada kita dan membawa berita-berita yang tidak semulajadi seperti seekor kuda boleh terbang membelah langit dengan kelajuan cahaya. Apakah yang perlu kita perbuat terhadap orang itu.
AQ 6:112 dengan jelas mengatakan bahawa kita perlu ... "Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" .
Namun, sebaliknya apa yang terjadi ialah kita mengangkat orang-orang sebegini sebegitu tinggi di dalam hairarki masyarakat kita.
Kita menggelarnya pula sebagai ulama (saintis). Seorang yang kita anggap mempunyai pengetahuan tinggi.
Walaupun pada hakikatnya, dek kerana mempercayai perkara-perkara dongeng seperti Santa Claus terbang dengan rusanya, orang-orang ini sebenarnya sekadar mempunyai tahap berfikir serupa dengan anak-anak kita yang berumur 2-3 tahun.
Walaupun pada hakikatnya, dek kerana mempercayai perkara-perkara dongeng seperti Santa Claus terbang dengan rusanya, orang-orang ini sebenarnya sekadar mempunyai tahap berfikir serupa dengan anak-anak kita yang berumur 2-3 tahun.
Orang ini, membawa keterangannya tanpa hujah yang kuat.
Tiada satu pun ujian saintifik yang orang ini lakukan melainkan dengan berkata "jika tidak percaya kamu kafir".
Tiada satu pun ujian saintifik yang orang ini lakukan melainkan dengan berkata "jika tidak percaya kamu kafir".
Sedangkan Al Quran sentiasa menyuruh kita meminta bukti sebelum mempercayai sesuatu itu sebagai fakta.
Dan mereka berkata, "Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Nasrani" Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar." AQ 2:111
Oleh itu, saya meminta kepada saudara/saudari yang memberikan komentar seperti di atas untuk membawa bukti bahawa spesis kuda sebenarnya boleh terbang sebelum kita berbincang lebih lanjut mengenai peristiwa isra' mikraj.
Ashwed
Nukilan bukhari psl israq mikraq ni adalah 'hadis' yg paling pjg. Dikatakan tuhan pd asalnya perintah nabi 'solat' 50 kali sehari ie tiap 28minit kena solat !. Satu arahan yg mustahil manusia boleh laksana. Adakah tuhan yg maha mengetahui itu tak tahu/lupa bhw manusia tak mampu kerjakan 'solat' 50x setiap hari? Nasib baik ler 'nabi' tu ada skill mcm kepala kesatuan sekerja, dia pi negotiates, so kurang dapat byk diskaun jadilah 5x ja.
ReplyDeleteTapi secara x lsg, pereka hadis ni dah hina tuhan sebab dia kata tuhan tak tahu/jahil/lupa bhw manusia memang tak mampu utk kerjakan 50x 'solat' in the first place. Tuhan perlukan 'nabi' utk kurangkan dari 50 kpd 5. Nauzubillah
yg best tu nabi jumpa tuhan mcm jumpa Zeus je.
DeleteSalamunalaikum sahabat sekelian! Sila perhatikan cara susunan Al Quran oleh Yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana, ALLAH Pemelihara sekelian alam ini; Surah (1) Al Fatehah(Pembuka) itulah 7-ayat yang diulang2 sejak duhulu...kini...dan...sehingga ALLAH lenyapkan "ALAM" ini. Surah 2 Al Baqoroh - Lembu???( apa lak 'LEMBU'???NI!! dan Surah 114 - akhir An Naas 'MANUSIA" Fikir2kan lahhhhh!!!
ReplyDeleteSalam! diposkan 60 dari 123 ayat dari Surah Hud (11);
ReplyDelete11:1 Alif laam raa sebuah kitab yang disusun rapi dan diperjelaskan dengan terperinci dari sisi yang Bijaksana yang Mengetahui.
11:2 Supaya kamu tidak akan berkhidmat kepada selain Allah malahan aku bagimu seorang pemberi amaran dan pembawa berita yang jelas.
11:3 Maka hendaknya kamu memohon keampunan dari Pemeliharamu dan bertaubat kepada Dia pasti diberi nikmat kepada suatu tempoh yang ditetapkan dan kepada setiap yang mengharapkan kurnianya dan jika kamu berpaling maka aku takut azab agung akan menimpa kamu.
11:4 Kepada Allah tempat kembalimu dan Dia berkuasa keatas segalanya.
11:5 Ingat ketika mereka mendakap dada mereka bagi menyembunyikan diri dan menyelubungi diri dengan pakaian mereka pasti Dia mengetahui segala apa yang disembunyikan maupun yang dizahirkan malahan Dia mengetahui segala apa yang didalam dada mereka.
11:6 Dan tiada suatu mahluk yang melata dibuminya melainkan Allah yang memberi rezekinya dan ditentukan tempat penginapan dan persemadian mereka malahan segalanya telah dikitabkan dengan jelas.
11:7 Dia yang mencipta langit dan bumi dalam enam fasa dan mengasaskan kemutlakanya dari air bagi menguji siapa diantara kamu yang terbaik amalanya dan sekiranya kamu berkata sekelian mahluk akan bangkit sesudah kematian mereka pasti orang yang tidak percaya berkata tidak lain ini hanyalah sihir yang nyata.
11:8 Dan jika Kami tangguhkan azab keatas mereka kepada suatu tempoh pasti mereka berkata apakah yang menghalangnya dan ingatlah hari yang jika datang kepada mereka pasti tidak dapat dihindari lagi maka benarlah dengan apa yang telah mereka persendakanya.
11:9 Dan jika ditimpakan keatas manusia rahmatnya kemudian dicabutkan darinya pasti mereka kecewa dan bertambah keingkaran mereka.
11:10 Jika menimpa nikmat sesudah derita pasti mereka berkata telah hilang keburukan kami maka mereka bergembira dan berbangga dengannya.
11:11 Kecuali orang yang sabar dan yang beramal soleh maka bagi mereka keampunan dan ganjaran besar.
11:12 Maka boleh jadi kamu tertinggal sebahagian dari apa yang diilhamkan atau sesak dadamu atas apa yang mereka katakan, mengapa tidak diturunkan perbendaharan atau didatangkan malaikat bersama malahan kamu hanya pemberi amaran sedang Allah yang mewakili segalanya.
11:13 Atau mereka berkata kamu yang telah mengadakanya maka katakan datangkan sepuluh surah semisalanya yang diadakan itu dan serulah sesiapa yang kamu sanggup selain Allah jika kamu berkata benar.
11:14 Jika mereka tidak dapat mengadakanya maka ketahuilah hanya Allah yang dapat mencari/mengadakan segala ilmu dan tiada tuhan selain Dia maka adakah kamu orang yang berserah/muslimuuna.
11:15 Siapa menghendaki kehidupan duniawi dan perhiasanya Kami penuhi dan bagi mereka apa yang dilakukan tidak akan dikurangi sedikit pun.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete11:16 Maka tiada akhirat bagi mereka kecuali api dan lenyap segala apa yang mereka usahakan didalamnya dan batal segala amalan mereka.
11:17 Adakah dianya suatu penjelasan dan rahmat dari Pemeliharanya yang dibacakan kesaksinya sebelum kitaabu muusaa yang mereka amanah dengannya maka sesiapa yang ingkar diantara beberapa mazhab hanya api yang dijanjikan bagi mereka maka jangan kamu dalam keraguan malahan dianya yang benar dari Pemelihara kamu dan kebanyakan dari manusia tidak amanah dengannya.
11:18 Dan siapa yang lebih zalim dari orang yang mengadakan dusta terhadap Allah malahan mereka pasti dihadapkan kepada Pemeliharanya dan berkata para saksi inilah orang yang telah mengadakan dusta terhadap Pemeliharanya maka ingat! pasti Allah melaknati orang yang zalim.
11:19 Dan orang yang menghalangi dijalan Allah dan menyeleweng darinya dan dengan akhirat mereka tidak percaya dengannya.
11:20 Dan mereka tidak dapat menahan kekecewaan dibumi dari selain Allah sebagai pelindung mereka maka dilipat-gandakan azabnya malahan mereka tidak manfaatkan pendengaran dan penglihatan mereka.
11:21 Mereka itulah orang yang merugikan diri sendiri maka hilanglah dari mereka apa yang telah mereka mengadakanya.
11:22 Dan tiada keraguan diakhirat kelak mereka inilah orang yang rugi.
11:23 Malahan orang yang amanah dan beramal soleh dan merendah diri kepada Pemelihara mereka maka mereka itulah penghuni syurga malahan mereka berkekalan didalamnya.
11:24 Maka misalan dua golongan sibuta dan sipekak dan yang melihat dan yang mendengar apakah mereka sama, tidakkah kamu ambil ingatan.
11:25 Dan pastinya Kami telah utuskan nuuhan kepada kaumnya maka dia berkata aku pemberi amaran yang jelas kepadamu.
11:26 Dan jangan kamu berkhidmat selain Allah sesungguhnya aku takut bagimu azab hari yang sangat dahsyat.
11:27 Maka berkata -lm-ala-un orang yang tidak percaya dari kaumnya kami tidak melihat kamu melainkan mahluk seperti kami dan kami tidak melihat pengikutmu melainkan mereka yang terhina dikalangan kami apabila pertama kali melihatnya dan kami tidak melihat kelebihan apa pun dari kamu malahan kami mengsyaki kamu inilah pendusta.
11:28 Berkata wahai kaumku apa pandangan kamu jika aku diatas penjelasan yang benar dari Pemeliharaku dan diberikan kepadaku rahmatNya dan sebaliknya dibutakan matamu maka adakah aku yang mezalimi kamu sedangkan kamu sangat benci kepada Dia.
11:29 Wahai kaumku, aku tidak minta upah darimu malahan upahku hanya dari Allah dan tidaklah aku akan mengusir orang yang amanah dan pastinya mereka akan menemui Pemelihara mereka tetapi aku melihat kamu ini suatu kaum yang telah diperbodohkan.
11:30 Wahai kaumku siapakah yang akan menolong aku selain Allah jika aku mengusir mereka apakah kamu tidak mengambil ingatan.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete11:31 Dan aku tidak mengatakan disisiku perbendaharaan Allah dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan aku tidak katakan aku malaikat dan mencaci orang yang kamu pandang hina keatas mereka dan yang Allah tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka malahan hanya Allah yang mengetahui segala apa yang didalam setiap jiwa dan jika aku yang lakukan yang demikian pastinya aku darinya orang yang zalim.
11:32 Mereka berkata wahai nuuhu kamu membantah kami malahan kamu menambah bantahan terhadap kami maka datangkan apa yang kamu mengancam kami dengannya jika kamu darinya orang yang benar.
11:33 Berkata pasti datang jika dikehendaki Allah dan tidak dikecewakan.
11:34 Dan tidak guna bagimu nasihatku jika Allah hendak selewengkan kamu darinya maka Dia Pemeliharamu dan kepada Dia kamu dikembalikan.
11:35 Atau mereka mengatakan yang dia telah mengadakanya maka katakan jika aku yang mengadakanya maka atasku dosaku dan aku berlepas diri dari dosa yang kamu lakukan.
11:36 Dan diilhamkan kepada nuuhin tidak amanah kaumnya melainkan orang yang telah dipastikan keamanahanya maka janganlah kamu bersedih dengan apa yang telah mereka lakukan.
11:37 Maka usahakan sebuah kapal dibawah pengawasan Kami seperti yang diilhamkan kepada kamu dan jangan kamu hebahkan kepada Aku perihal orang yang zalim sesungguhnya mereka itulah orang yang akan Kami tenggelamkan mereka.
11:38 Dan ketika dia mengusahakan kapal, setiap kali mala-un dari kaumnya melewatinya mereka mengejek maka dia berkata jika kamu mengejek kami pasti kami mengejek semisal yang kamu ejekkan.
11:39 Kelak kamu mengetahui siapa yang akan didatangkan azab yang hina dan dihalalkan keatas mereka azab yang berkekalan.
11:40 Sehingga apabila datang perintah Kami maka menggelegak kerak bumi lalu Kami berkata muatkan kedalamnya masing-masing berpasangan dan keluargamu melainkan sesiapa yang telah mendahului ketetapanya dan tidaklah orang yang amanah bersamanya melainkan sedikit.
11:41 Dan dia berkata naiklah kamu sekelian kedalamnya dengan nama Allah ketika memulai pelayaranya atau apabila kamu berlabuh maka hanya Pemeliharaku yang Pengampun yang Penyayang.
11:42 Dan belayarlah dia bersama mereka dalam maujin/tsunami/gelombang seperti “dinding” maka nuuhu menyeru anaknya yang berada ditempat terpencil, wahai anakku naiklah kamu bersama kami dan jangan kamu bersama orang yang tidak percaya.
11:43 Berkata aku mencari dataran digunung yang dapat melindungi aku dari bajir maka dia berkata tiada perlindungan pada hari ini dari perintah Allah melainkan yang Dia kasihi maka melanda diantara mereka gelombang/tsunami maka dia termasuk orang yang ditenggelamkan.
11:44 Dia berkata wahai bumi resapilah airmu dan wahai langit redalah dan surutlah airmu maka terlaksanalah perintahnya dan dianya terdampar disuatu dataran tinggi dan dijauhkan mereka dari kaum yang zalim.
11:45 Maka nuuhun menyeru wahai Pemeliharaku anakku adalah keluargaku dan janjimu pasti benar dan hukumanmu sangat adil dari yang teradil.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete11:46 Berkata wahai nuuhu dia bukan dari keluargamu dan dia tidak beramal soleh maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan dengannya dan Aku telah memberi amaran kepadamu jika tidak kamu darinya termasuk orang yang bodoh.
11:47 Berkata Pemeliharaku aku berlindung hanya kepada Kamu atas kesalahanku kerana bertanya Kamu apa yang aku tiada pengetahuan dengannya jika Kamu tidak ampunkan aku dan mengasihani aku maka jadilah aku darinya orang yang rugi.
11:48 Berkata wahai nuuhu turunlah dengan selamat dan keberkatan atasmu dan ummat yang bersamamu dan ummat yang Kami berikan nikmat kesenangan atas mereka dan yang Kami timpakan azab yang dahsyat.
11:49 Itulah berita ghaib yang Kami ilhamkan kepadamu dan tidaklah kamu dan kaum kamu mengetahuinya sebelum ini maka bersabarlah dan itulah kesudahan pembalasan bagi orang yang prihatin.
11:50 Dan kepada ‘aadin saudara mereka huudan dia berkata wahai kaumku berkhidmatlah hanya kepada Allah dan tiada tuhan selain Dia malahan kamu telah mengadakan selain darinya.
11:51 Wahai kaumku aku tidak meminta upah darimu tidak lain upahku hanya dari yang memulakan aku maka apakah tidak kamu fikirkan.
11:52 Wahai kaumku mohonlah keampunan Pemeliharamu dan bertaubat kepada Dia yang mengutuskan hujan dari langitnya bagi menambah kekuatanmu maka jangan kamu berpaling kepada orang yang berdosa.
11:53 Mereka berkata wahai huudu kamu tidak mendatangkan penjelasan bagi kami maka kami tidak akan meninggalkan sembahan kami seperti yang kamu katakan dan tidaklah kami dengannya orang yang amanah.
11:54 Kami tidak mengatakan melainkan sembahan kami yang menimpakan keburukan atasmu, dia berkata aku bersaksikan Allah maka saksikan olehmu yang aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan.
11:55 Selain Dia maka kamu teruskan muslihat kamu kesemuanya malahan jangan kamu menangguhkanya.
11:56 Dan aku pasrah kepada Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu maka tiada mahluk melata dibumi melainkan Dia yang ‘kendalikan fikiran’ mereka semua pastinya Pemeliharaku diatas jalan yang lurus.
11:57 Dan jika kamu berpaling maka aku telah menyampaikan apa yang diutuskan kepadaku dan Pemeliharaku akan menggantikan kaum selain kamu malahan tidak akan dapat kamu memudaratkan Dia sedikit pun sesungguhnya Pemeliharaku atas segala sesuatu menjadi pelindungnya.
11:58 Dan setelah datang perintah Kami maka diselamatkan huudan dan orang yang amanah bersamanya dengan rahmat Kami dari azab yang dahsyat.
11:59 Maka itulah’aadun mereka telah mengingkari ayat-ayat Pemelihara mereka dan mendurhakai rasul mereka malahan mereka mentaati semua perintah penguasa yang zalim dan durhaka.
11:60 Dan mereka diawasi didunia dan dilaknati dihari kebangkitan dan ingat ’aadan ingkari Pemelihara mereka dan menjauhi kaum huudin juga.
Sekian.
saya bila berfikir bab agama ni, saya selalu teringat firman allah seperti ALLAH tidak akan menzalimi/membebankan manusia, tp manusia itu sendiri membebani/menzalimi diri mereka sendiri.
ReplyDeleteteringat kisah bani israel yang mendapat arahan utk menyembelih sapi betina, arahan simple tetapi bani israel bertanya mcm2 soalan berkenaan dengan sapi betina sehinga mereka hampir tidak melaksanakannya.
arahan ALLAH dlm quran itu mudah untuk di fahami, tetapi manusia yang membebankan diri mereka sendiri. Di suruh fahamkan arahan dan amalkan. Tapi kita duk sebuk tajwid, hukum bacaan, kena berguru lah, kena pandai bahasa arab, dan macam macam lagi. akhirnya langsung tidak terusik quran itu.
itu lah kita, hanya pandai mengkut sahaja tanpa bukti dan fakta.
seperti kefahaman kita dari dulu sampai sekarang dengan peribahasa ini "harapkan pagar, pagar makan padi" . kita duk percaya dan fikir betul je. takde terfikir pagar ke yang makan padi ? lalu di biarkan tanpa kita usul periksa. kita percaya peribahasa ini dari turun temurun. yg bodoh kita juga.
my 2 cents.
Bukan pagar tapi pegar iaitu sejenis burung. Dulu saya terfikir peribahasa tu maksudkan sejenis binatang yg mempunyai sebutan sama seperti perkataan pagar. Bila dh tahu maksud sebenar merujuk kepada burung pegar, so mudah untuk saya terima fakta sebenar.
DeleteDulu saya pernah bertikam lidah dgn seorang kawan tentang tatabahasa betul sama ada pisang goreng atau goreng pisang merujuk pada nama makanan. Dia bertegas pertahankan 'goreng pisang'.
Manusia jahil akan pertahankan apa yg dia biasa dgr. Satu masalah Malaysia lambat maju ialah kerana ramai manusia2 jahil ini diberi kuasa terlalu besar utk menghalang pemikiran berlawanan disuarakan.
Sama juga jika kita kata 'kaabah' adalah batu, ramai yg akan marah mempertahankan itu hanyalah simbol tp kalau agama lain sembah patung batu akan dikata sebagai syirik.
Orang jahil susah terima kebenaran kerana ego. Ego ialah syaitan dlm diri manusia. Nk dapat petunjuk kita perlu berfikiran terbuka dgn bimbingan akhlak yg baik.
Akal vs agama = logik vs tak logik = betul vs tak betul.
ReplyDeleteAlam ini makhluk. Segala dalam alam ini makhluk. Quran makhluk. Manusia tulis Quran. Semua hukum dalam ini makhluk. Menyatakan hukum Quran sebagai hukum Tuhan sebenarnya mensyirikkan Tuhan dengan makhluk.
ReplyDeletebukan pagar tapi pegar. burung pegar. ni pun tau lepas baca artikel bro ashwed yg lepas
ReplyDeleteMungkin tuan maksudkan 'lava' iaitu batuan lebur bukan 'larva' yg bermaksud satu peringkat kitaran hidup serangga.
ReplyDeleteSalamunalaikum saudara! saya selesaikan Surah Hud 123-ayat;
ReplyDelete11:61 Dan kepada tsamuuda saudara mereka shaalihan dia berkata wahai kaumku berkhidmatlah kepada Allah dan tiada tuhan selain Dia yang mencipta kamu dari tanah dan memakmurkan kamu didalamnya maka mohonlah keampunan dan bertaubatlah kepada Dia malahan Pemelihara kamu sangat dekat dengan orang yang diperkenankan doa mereka.
11:62 Mereka berkata wahai shaalihu! kamu bersama kami sebelum ini dan menjadi harapan kami maka mengapa sekarang kamu melarang kami berkhidmat kepada apa yang moyang kami telah berkhidmat maka kami mencurigai dengan apa yang kamu menyeru kami kepadanya.
11:63 Berkata wahai kaumku apa pandanganmu jika aku diatas keterangan jelas dari Pemeliharaku dan Dia memberikan aku rahmatNya maka siapa yang akan menolong aku jika aku mendurhakai Allah maka tidaklah kamu menambah sesuatu melainkan kerugian.
11:64 Wahai kaumku ini unta betina dari Allah sebagai tanda-ayat bagimu maka biarkan dia makan dibumi Allah dan jangan kamu tamassuuhaa dengan kejahatan jika demikian kamu ditimpakan azab serta-merta.
11:65 Mereka memandulkanya maka katakan bersenanglah kamu didaerah ini tiga hari demikianlah janji yang pasti tidak akan dimungkiri.
11:66 Apabila datang perintah Kami maka diselamatkan shaalihan dan orang yang amanah bersamanya dengan rahmat Kami dari kehinaan pada hari itu sesungguhnya Pemeliharamu yang Kuat yang Perkasa.
11:67 Maka ditimpakan keatas orang yang melakukan kezaliman dengan suatu azab darinya tempikkan yang dahsyat maka bergelimpang jasad mereka disekitaran daerahnya.
11:68 Seakan mereka tidak pernah menginap disitu dan ingatlah tsamuda telah mengingkari Pemelihara mereka maka jauhilah tsamuda.
11:69 Dan pasti telah datang rasul Kami kepada ibraahiima membawa khabar gembira dan mereka berkata kepadanya salaaman dan dia menjawab salaamun malahan tidak lama kemudian mereka membawa‘ijlin yang dipanggang dengan serta-merta.
11:70 Apabila dilihatnya tangan mereka tidak dapat mencapainya dia merasa curiga dan diliputi ketakutan maka mereka berkata jangan kamu takut kami telah diutuskan kepada kaum luuthin sebelumnya.
11:71 Dan puannya yang berdiri berhampiran ketawa maka mereka berkata kami hanya menyampaikan khabar gembira dengan ishaaqa dan diikuti selepas ishaaqa adalah ya’quuba.
11:72 Berkata celakalah! apakah aku akan melahirkan sedangkan aku sudah tua dan ini suamiku sudah lanjut usia pastinya ini suatu keajaiban.
11:73 Mereka berkata apakah yang kamu hairankan dengan perintah Allah dan itulah rahmatnya dan suatu keberkatan bagi kamu wahai ahli rumah sesungguhnya Dia yang Terpuji dan yang teramat Mulia.
11:74 Setelah lenyap cemasnya ibraahiima maka datang kepadanya khabar gembira kemudian dia berhujah dengan kami hal kaum luuthin.
11:75 ibraahiima seorang penyabar dan lembut hati dan yang berkesesalan.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete11:76 Wahai ibraahiimu berpalinglah kamu dari ini setelah datang perintah Pemeliharamu pasti didatangkan azab yang tidak dapat dihindari.
11:77 Ketika datang rasul Kami, luuthan tertekan dan sesak dadanya maka dia berkata inilah hari yang sangat sukar bagiku.
11:78 Dan kaumnya datang bergegas kepadanya malahan sejak dahulu mereka melakukan maksiat maka dia berkata wahai kaumku ini puteriku mereka suci bagimu maka prihatinlah Allah dan jangan kamu hina aku didepan tetamuku dan dikalangan kamu bukankah dianya lelaki sejati.
11:79 Mereka berkata pastinya kamu mengetahui yang kami tiada hak keatas puterimu dan kamu mengetahui apa yang kami ingini.
11:80 Berkata jika diberi kekuatan pasti aku mencari perlindung yang teguh.
11:81 Mereka berkata wahai luuthu kami utusan Pemeliharamu dan mereka tidak sampai kepadamu maka berangkatlah bersama keluargamu pada lewat malam dan jangan sesiapa berpatah balik kecuali puanmu dia ditimpakan bencana seperti yang menimpa mereka sesungguhnya waktu yang dijanjikan adalah dipaginya bukankah waktu pagi sudah dekat.
11:82 Dan ketika datang perintah Kami maka diterbalikan yang atas kebawah dan kami hujani mereka dengan rangkaian batu-batan yang panas.
11:83 Dan orang yang dikenali pasti disisi Pemeliharamu dan bukan mereka dari orang yang zalim malahan jauh perbezanya dengan mereka.
11:84 Dan kepada madyana saudaranya syu’aiban dia berkata wahai kaumku berkhidmatlah kepada Allah tiada bagimu tuhan selain Dia dan jangan kamu mengurangi ukuran dan timbangan dan aku melihat kamu yang terbaik dan aku takut bagimu azab hari yang dahsyat.
11:85 Wahai kaumku penuhi ukuran dan timbangan dengan adil dan jangan kurangi sesuatu dan jangan lakukan kejahatan dan kefasikan dibumi.
11:86 Sisa Allah lebih utama bagimu jika kamu orang yang amanah dan bukanlah aku darinya pengawas kamu.
11:87 Mereka berkata wahai syu’aibu apakah kewajipanmu menyeru kami supaya meninggalkan apa yang moyang kami belanjakan dengan harta kami apa yang kami kehendaki sedangkan kamu, orang yang berilmu.
11:88 Berkata wahai kaumku apa pandangan kamu jika aku diatas keterangan jelas dari Pemeliharaku dan Dia yang memberi rezeki yang terbaik dan aku tidak menyalahimu atas apa yang aku melarang kamu darinya dan tidaklah aku inginkan melainkan bagi memulihkan kamu sekadar kemampuanku malahan aku tiada upaya melainkan Allah dan hanya kepada Dia aku pasrah dan kepada Dia aku dikembalikan.
11:89 Wahai kaumku jangan kamu keraguan dan berpecah jika demikian kamu ditimpakan apa yang telah menimpa kaum nuuhin dan huudin dan shaalihin dan bukankah kaum luuthin jauh bezanya dari kamu.
11:90 Maka mohonlah keampunan dari Pemelihara kamu dan bertaubatlah kamu hanya kepada Dia sesungguhnya hanya Pemeliharaku yang Pengasih yang Penyayang.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete11:91 Mereka berkata wahai syu’aibu kami tidak memahami apa yang kamu katakan dan kami melihat kamu diantaranya orang yang lemah dan jika tidak kerana keturunanmu pasti kami baling kamu dan tidaklah kami akan mengagongkan kamu.
11:92 Berkata wahai kaumku adakah keturunanku lebih agong dari Allah malahan kamu telah membelakangi Dia dan yang pasti Pemeliharaku meliputi segala apa yang kamu lakukan.
11:93 Wahai kaumku beramallah dimana kamu berada dan aku juga beramal kelak kamu mengetahui kepada siapa didatangkan azab yang hina maka mereka itulah pendusta tegar dan tunggu aku juga menunggu.
11:94 Dan apabila datang perintah Kami maka diselamatkan syu’aiban dan orang yang amanah bersamanya dengan rahmat Kami dan ditimpakan azab keatas orang yang zalim dengan suatu tempikkan dahsyat maka bergelimpangan jasad mereka disekitaran daerah mereka.
11:95 Seakan mereka tidak pernah tinggal didalamnya maka ingat! dijauhi madyana sepertimana telah dijauhkan tsamuudu.
11:96 Sesungguhnya Kami yang utuskan kepada muusaa dengan ayat-ayat Kami dan kuasa mutlak Kami yang jelas.
11:97 Dan kepada fir’auna dan penguasanya yang mengikuti perintah fir’auna maka tidaklah perintah fir’auna menuju kepada kebenaran.
11:98 Dia mendahului kaumnya pada hari kebangkitanya maka didorong mereka kedalam api dan itulah seburuk-buruk tempat dorongan.
11:99 Dan mereka diikuti kelaknatan didunia dan pada hari kebangkitan mereka ditawarkan dengan seburuk-buruk tawaran.
11:100 Demikian berita negeri yang Kami ceritakan kepadamu dan ada diantaranya masih kukuh berdiri dan ada yang telah musnah.
11:101 Dan Kami tidak menzalimi mereka malahan mereka menzalimi diri mereka dan mereka tidak mendapat apa pun dari tuhan-tuhan yang mereka berkhidmat selain Allah malahan apabila datang perintah Pemeliharanya tidak menambah bagi mereka melainkan kemusnahan.
11:102 Demikianlah azab dari Pemeliharamu apabila penduduk negerinya melakukan kezaliman maka azabnya tersangat dahsyat.
11:103 Demikianlah tanda-ayat bagi sesiapa yang takutkan azab akhiratnya dan itulah hari perhimpunan dan hari kesaksian bagi sekelian manusia.
11:104 Dan Kami tidak undurkanya malahan itulah tempoh yang ditetapkan.
11:105 Dan akan datang suatu hari yang tidak berkata setiap jiwa melainkan dengan izin Dia dan bagi mereka kesengsaran atau kebahagian.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete11:106 Maka bagi orang yang sengsara didalam apinya bagi mereka tiada lain melainkan keluhan dan rintihan penuh penyesalan.
11:107 Mereka berkekalan didalamnya selagi ada langit dan bumi melainkan dikehendaki Pemeliharanya dan Dia melakukan apa yang dikehendaki.
11:108 Dan orang yang bahagia berada dalam syurga berkekalan selagi ada langit dan bumi melainkan dikehendaki Pemelihara mereka malahan itulah suatu pemberian yang berterusan.
11:109 Maka jangan kamu meragui apa yang mereka berkhidmat malahan mereka berkhidmat sepertimana moyang mereka berkhidmat sejak dahulu dan pasti Kami berikan bahagian mereka tanpa dikurangi.
11:110 Dan Kami berikan muusaa -lkitaaba malahan mereka pertikaikanya dan jika tidak dengan kalimah terdahulu dari Pemelihara mereka pasti diputuskan hukum keatas mereka malahan mereka dalam prasangka dan keraguan dengannya.
11:111 Pemeliharamu menyempurnakan pemberianya keatas setiap amalan mereka dan pastinya Dia menyedari apa yang mereka lakukan.
11:112 Maka lakukan ketelusan sepertimana diperintahkan dan siapa bertaubat bersamamu dan tidak angkuh maka Dia melihat apa yang kamu buat.
11:113 Dan jangan kamu condong kepada orang yang melakukan kezaliman pasti menyentuh apinya keatas kamu maka tiada bagimu pelindung selain Allah dan kamu tidak akan diberi pertolongan.
11:114 Maka laksanakan kewajipanmu ‘ditepi dua siang’ dan disebahagian malamnya sesungguhnya amalan baik menghapuskan amalan buruk demikian itulah peringatan bagi mereka yang ingat.
11:115 Maka bersabarlah, Allah tidak abaikan ganjaran bagi orang yang jujur.
11:116 Mengapa tidak baki generasi terdahulu mencegah kefasikan dibumi melainkan sedikit dari mereka yang Kami selamatkan dan diantara mereka mengikuti orang yang zalim maka adakah kehidupan mereka aman dan makmur malahan mereka itulah orang yang berdosa.
11:117 Dan Pemeliharamu tidak binasakan sesebuah negeri dengan kezaliman jika penduduknya terdiri dari orang yang melakukan pemulihan.
11:118 Jika Pemeliharamu kehendaki pasti dijadikan manusia dari ummat yang satu dan tidaklah mereka berselisehan sesama sendiri.
11:119 Kecuali siapa yang diberi rahmat dari Pemeliharanya demikianlah mereka dicipta maka sempurnalah kalimah Pemeliharamu malahan dipenuhi jahannama dengan jin dan manusia kesemuanya.
11:120 Dan segalanya Kami ceritakan kepadamu berita rasulnya supaya Kami teguhkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dengan benar dan sebagai pelajaran dan peringatan bagi orang yang amanah.
11:121 Dan katakan kepada orang yang tidak amanah, beramal dimana tempat kamu berada sesungguhnya kami juga beramal.
11:122 Dan tunggulah sesungguhnya kami juga orang yang menunggu.
11:123 Kepunyaan Allah sekelian yang ghaib dilangit dan dibumi dan kepada Dia dikembalikan segala urusan maka berkhidmatlah dan pasrahlah kepada Dia dan Pemeliharamu tidak abaikan amalan kamu.
Sekian selamat baca dan faham.
" Manusia secara asasnya mempunyai 5 jenis deria iaitu rasa melalui indera lidah, bau melalui indera hidung, lihat melalui indera mata, sentuh melalui indera kulit dan dengar melalui indera telinga. "
ReplyDeleteIni satu kesalahan .
Indra manusia bukan hanya 5 ; https://en.wikipedia.org/wiki/Sense
Humans have a multitude of senses. Sight (vision), hearing (audition), taste (gustation), smell (olfaction), and touch (somatosensation) are the five traditionally recognized senses. The ability to detect other stimuli beyond those governed by these most broadly recognized senses also exists, and these sensory modalities include temperature (thermoception), kinesthetic sense (proprioception), pain (nociception), balance (equilibrioception), vibration (mechanoreception), and various internal stimuli (e.g. the different chemoreceptors for detecting salt and carbon dioxide concentrations in the blood).
Hakikatnya ;
pendengaran ( audition )
penglihatan ( vision )
rasa ( taste / gustation )
bau ( smell / olfaction )
sentuhan ( somatosensation )
suhu ( thermoception )
gerakan ( proprioception )
kesakitan ( nociception )
keseimbangan ( equiliobrioception )
getaran ( mechanoreception )
mengesan kandungan darah seperti garam dan CO2 ( chemoreceptor )
Salam
ReplyDeleteHumans have a multitude of senses. Sight (vision), hearing (audition), taste (gustation), smell (olfaction), and touch (somatosensation) are the five traditionally recognized senses.
Peace/Damai/Shalom/Shanti
Depa cakap AQ tu jelas dan mudah tp x mudah pun dgn ayat berbelit2. 10org baca boleh jd 5,6 jenis pemahaman. Dok percaya lg wat pa.. jd benak dan x maju lansung agama islam ni.
ReplyDeletewalaupun berlaku 10 jenis pemahaman sekali pun...percayalah ianya takkan lari dari konsep sebenar ayat.....kalau kita sering dengar sebutan mukjizat quran...ini lah mukjizat yang terbukti...tak percaya boleh cuba..apa pun terjemahan tuan..pasti akan dihormati oleh golongan yang damai ( islam ).
Delete