Sunday, 14 January 2018

Di Antara Kuman Di Seberang Laut dan Gajah Di Depan Mata

Kedamaian Buat Semua,

Pepatah melayu ada mengatakan sebegini "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak".

Perayaan Hari Natal 2017 masih segar dalam ingatan. 

Di sebalik kemeriahan itu, seperti biasa orang Melayu yang aktif di Facebook mengambil peluang untuk berkongsi video-video panas mengenai pembohongan perayaan itu sesama sendiri. Sungguhpun mereka sebenarnya sangat sedar bahawa pasti terdapat penganut agama Kristian di dalam senarai sahabat facebook semasa mengepos video tersebut.

Mungkin di hati kecil mereka berpendapat video itu dipos untuk menyuluh kebenaran di sanubari rakan Kristian mereka.

Setelah berjaya memecah tembok agama yang ada pada diri sendiri. Saya secara peribadi merasa kelakar apabila melihat agamawan berhempas pulas mencari dasar untuk dijadikan asas bagi mengkritik kepercayaan yang tidak sefahaman dengan anutan nenek-moyangnya.

Ini adalah kerana kritikan mereka itu tidak lain adalah seperti meludah ke langit lalu terkena batang hidung sendiri.

Perhatikan di awal video di bawah bagaimana agamawan ini berhujah bahawa manusia dahulukala mempunyai kecenderungan untuk memuja ciptaan Tuhan berbanding Tuhan itu sendiri (soal yang paling utama pada saya ialah apa itu Tuhan ?).

Beliau memberi contoh bagaimana manusia-manusia ini mengambil aspek-aspek kehidupan sebagai asas pemujaan. Jika mereka ini tinggal di sepanjang sungai, maka sungai itu menjadi tuhan.

Yang paling pahit, beliau memberi contoh bagaimana manusia yang tinggal di padang pasir dan berkebetulan mempunyai seketul batu besar berdekatan kediamaan mereka, lalu mereka membuat pemujaan di sekliling batu besar tersebut.

Adakah Dr. Abdulah Hakim Quick sedang memberi mesej berkriptik ?


Pelik memikirkan bagaimana, agamawan seperti Dr Abdullah Hakim Quick boleh tidak sedar bahawa beliau juga melakukan perkara yang sama saling tak tumpah seperti hujahan yang di bawanya. Sedangkan, beliau mempunyai pemikiran cerdas yang begitu terserlah dari lenggok bahasa pertuturannya.

Obsesi telah meracuni serta mengkaburi pegangan hidupnya. 

Di dalam video ini juga, terdapat penerangan secara panjang lebar mengenai pemujaan matahari seperti yang pernah saya tulis tidak lama dahulu.

Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2016/03/navagraha_12.html

A076
Allah buat satu persamaan: dua lelaki, seorang daripada mereka bisu, tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan dia menjadi beban kepada tuannya - di mana sahaja dia hadapkannya, dia tidak datangkan kebaikan. Adakah dia sama dengan orang yang menyuruh pada keadilan, dan berada di atas jalan lurus? AQ 16:76

Ashwed

11 comments:

  1. jelaslah disini bahawa ‘kebijaksanaan’ bukanlah pada pangkat,sijil dan sebagainya...’kebijaksanaan adalah bagaimana melihat ALAM ini dgn penuh KESEDARAN...

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat, sila hayati 60 ayat dari Surah An'am(6);

    6:1 Segala pujian bagi Allah yang mencipta langit dan bumi dan yang mejadikan gelap dan terang malahan orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka pasti dalam kesesatan.
    6:2 Dia yang mencipta kamu dari debu tanah dan ditentukan ajalnya kepada tempoh yang ditetapkan disisinya sedangkan kamu meraguinya.
    6:3 Dia Allah dilangit dan dibumi dan mengetahui rahsiamu walau tidak kamu zahirkan pasti Dia yang mengetahui apa yang kamu usahakan.
    6:4 Dan tidak datang kepada mereka suatu ayat dari ayat-ayat Pemelihara mereka melainkan mereka berpaling darinya.
    6:5 Pasti mereka mendustakan kebenaran apabila datang kepada mereka maka didatangkan berita dengan apa yang mereka persendakan.
    6:6 Apakah tidak mereka perhatikan beberapa banyak generasi telah Kami laknati sebelum Kami mantapkan mereka dibumi dan Kami yang turunkan dari langitnya hujan dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawahnya kemudian Kami laknati mereka atas dosa-dosa mereka dan Kami bangkitkan sesudah mereka generasi terkini.
    6:7 Walaupun Kami turunkan kepadamu catatan diatas kertas dan mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka pasti berkata orang yang tidak percaya tidaklah ini melainkan sihir yang nyata.
    6:8 Dan mereka berkata kenapa tidak diturunkan malaikat jika diturunkan maka terlaksana perintah Kami malahan mereka tidak diberi tangguh.
    6:9 Sekiranya Kami jadikan malaikat pasti dijadikan dari lelaki maka bertambah keraguan mereka dengan apa yang sedang meraguinya.
    6:10 Dan telah dipersendakan beberapa rasul sebelum kamu termasuk orang yang memandang rendah dan yang mengejeknya.
    6:11 Katakan terokailah buminya dan perhatikan bagaimana kesudahan azab pembalasan keatas orang yang berdusta.
    6:12 Katakan bagi siapakah apa yang dilangit dan dibumi katakan bagi Allah dan telah dikitabkan didalam jiwamu pengasihan dan pasti dihimpunkan kamu dan pada hari kebangkitan yang tiada keraguan padanya maka orang yang keraguan jiwa mereka pasti tidak amanah.
    6:13 Dan bagi sekelian penghuni malam dan siang hanya Dia yang dapat mendengar dan mengetahui bolak-balik/circumstance mereka.
    6:14 Katakan apakah selain Allah aku mengambil Pelindung dan Pengasas langit dan bumi sedang Dia yang memberi makan atau tidak memberi makan maka katakan aku diperintahkan menjadi yang terawal aslama dan janganlah hendaknya dijadikan aku darinya orang yang sekutu.
    6:15 Katakan aku takut jika mendurhakai Pemeliharaku dan azab hari agung.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  3. smbg,
    6:16 Dan sesiapa dipalingkan dari yang demikian pada hari itu pasti dianya telah dirahmati yang demikian itu suatu keuntungan yang nyata.
    6:17 Jika Allah menimpakan bencana keatasmu maka tiada sesiapa dapat menghilangkanya melainkan Dia dan jika ditimpakan kebaikan maka Dia dengan segala sesuatu berkuasa keatasnya.
    6:18 Dia yang Bijaksana yang Mengetahui yang Berkuasa keatas segalanya.
    6:19 Katakan apakah yang lebih besar dari selain kesaksian katakan Allah menjadi saksi diantara aku dan kamu dan telah diilhamkan -lquraanu supaya aku memberi amaran kepada kamu dan sesiapa yang sampai kepadanya maka adakah kamu bersaksikan tuhan selain Allah katakan tidak! aku tidak bersaksikan selain Dia malahan Tuhan hanya satu dan aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan Dia dengannya.
    6:20 Dan orang yang Kami berikan kitab mereka mengenalinya seperti mana mereka mengenali anak-anak mereka malahan orang yang merugikan diri maka mereka itulah orang yang tidak amanah/laayu’minuna.
    6:21 Dan siapakah yang lebih zalim dari orang yang telah mengadakan dusta terhadap Allah dan yang mendustakan ayat-ayatnya malahan tidaklah mendapat kejayaan bagi orang yang zalim.
    6:22 Dan pada hari Kami himpunkan mereka kesemuanya maka Kami tanya kepada orang yang sekutu dimanakah orang yang telah kamu sekutukan dengan Aku dan yang kamu mengagung-agungkan itu.
    6:23 Maka tidaklah mereka dianaiya sekiranya mereka berkata demi Allah hanya Kamu Pemelihara kami dan bukanlah kami orang yang sekutu.
    6:24 Perhatikan bagaimana mereka telah mendustakan diri mereka maka hilanglah dari mereka apa yang telah mereka mengadakanya.
    6:25 Dan bagi mereka yang tidak mendengar kamu, Kami sita hati mereka dari memahaminya dan telinga mereka tersumbat jika mereka melihat tanda-ayat Kami mereka tidak amanah dan apabila mereka datang kepadamu mereka berhujah denganmu maka berkata orang yang tidak percaya tidak lain ini dongengan orang terdahulu.
    6:26 Dan mereka jauhinya dan bertambah jauh dan mereka tidak musnah melainkan diri mereka sendiri malahan mereka tidak menyedarinya.
    6:27 Jika kamu lihat mereka ketika menghadapi apinya mereka berkata alahai! jika kami dikembalikan tidaklah kami mendustakan ayat-ayat Pemelihara kami malahan kami akan menjadi orang yang amanah.
    6:28 Maka telah jelas dengan apa yang mereka sembunyikan sejak dahulu dan sekiranya mereka dikembalikan pasti mereka mengulangi apa yang mereka dilarang darinya malahan mereka itulah pendusta sebenar.
    6:29 Dan mereka berkata tiada kehidupan selain dari kehidupan duniawi dan kami bukanlah orang yang akan dibangkitkan.
    6:30 Jika kamu melihat mereka ketika menghadap Pemelihara mereka Dia berkata bukankah Aku ini yang benar mereka berkata ya! benar dan Pemelihara mereka berkata rasakan azab yang kamu mengingkarinya.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbg,
    6:31 Pasti rugi orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah apabila datang detik-saatnya dengan serta-merta maka mereka berkata alahai! menyesalnya atas kelalaian kami dan mereka memikul beban azabnya atas belakang mereka dan sangat buruk apa yang mereka pikul.
    6:32 Dan tidaklah kehidupan duniawi melainkan suatu permainan dan kepalsuan sesungguhnya daerah akhirat lebih utama bagi orang yang prihatin maka apakah kamu tidak fikirkan.
    6:33 Sesungguhnya Kami mengetahui pasti menyedihkan kamu dengan apa yang mereka katakan malahan mereka tidak mendustakan kamu akan tetapi orang yang zalim telah pertikaikan ayat-ayat Allah.
    6:34 Malahan mereka mendustakan para rasul mereka sebelum kamu maka bersabarlah dengan apa yang telah mereka dustakan dan sakiti kamu sehingga datang pertolongan Kami malahan tidak berubah kalimah Allah dan pasti telah datang kepadamu berita ini dari para rasul Kami.
    6:35 Jika berat bagi kamu maka berpalinglah dari mereka dan jika kamu mendapati terowong dibumi atau ‘bagi menaiki tangga kelangit bagi mendatangkan keterangan tanda-ayatnya jika dikehendaki Allah’ pasti dihimpunkan mereka kepada pertunjuknya maka janganlah kamu menjadi darinya orang yang bodoh.
    6:36 Malahan diperkenankan bagi orang yang mendengar dan orang mati yang dibangkitkan Allah kemudian kepada Dia mereka dikembalikan.
    6:37 Dan mereka berkata mengapa tidak diturunkan ayat-ayat Pemelihara kamu katakan Allah yang berkuasa menurunkan tanda-ayatnya malahan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
    6:38 Dan tiada mahluk dibumi dan tiada burung yang terbang dengan sayapnya melainkan semua itu adalah ummat yang semisalan kamu dan tidaklah Kami abaikan sesuatu pun didalam kitabnya kemudian hanya kepada Pemeliharanya, kamu pasti dihimpunkan.
    6:39 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami mereka pekak mereka bisu dan mereka dalam kegelapan maka terpulang kepada Allah sesiapa yang dikehendaki sesat atau sesiapa diatas jalan yang lurus.
    6:40 Katakan apakah pandangan kamu jika datang kepadamu azab Allah atau datang kepadamu detik-saatnya sedangkan kamu menyeru kepada selain Allah jika kamu orang yang benar.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  5. smbg,
    6:41 Malahan hanya kepada Dia hendaknya kamu menyeru maka hilanglah apa yang kamu seru selain dari Dia malahan Dia mengkehendaki kamu melupakan apa yang telah kamu sekutukan dengannya terdahulu.
    6:42 Pasti Kami telah utuskan kepada umat sebelum kamu maka Kami ambil mereka dengan kesengsaraan dan penderitaan supaya mereka patuh dan merendah diri.
    6:43 Maka mengapa mereka tidak merendah diri ketika datang bencana Kami malahan hati mereka menjadi keras maka memudahkan syaitan mengillusikan indah segala apa yang mereka lakukan.
    6:44 Dan ketika mereka lupa apa yang diingatkan kepada mereka Kami buka segala pintu sehingga mereka gembira dengan apa yang diberikan maka Kami azabkan mereka serta-merta lalu mereka berputus-asa.
    6:45 Maka dihapuskan sekelian kaum yang zalim dan segala pujian bagi Allah Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
    6:46 Katakan apa pandangan kamu jika Allah mengambil pendengaranmu dan penglihatanmu dan menutup hatimu maka siapakah tuhan selain Allah yang dapat mengadakanya dan perhatikan bagaimana Kami mengulangi ayat-ayatnya malahan mereka berpaling darinya.
    6:47 Katakan apa pandanganmu jika datang azab Allah serta-merta dengan jelas malahan tidak akan binasa melainkan kaum yang zalim.
    6:48 Dan Kami tidak utuskan rasul melainkan bagi memberi khabar gembira dan memberi amaran maka sesiapa amanah dan mengadakan pemulihan maka tiada ketakutan dan tiada keraguan bagi mereka.
    6:49 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami maka ditimpakan dengan azab dahsyat atas apa yang telah mereka lakukan kefasikan dengannya.
    6:50 Katakan aku tidak berkata kepadamu bahawa disisiku perbendaharaan Allah dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan aku tidak katakan yang aku malaikat dan tidaklah aku mengikuti melainkan apa yang telah diilhamkan kepadaku dan apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat maka tidakkah kamu merenungkanya.
    6:51 Dan berilah amaran kepada orang yang takut akan dihimpunkan kepada Pemelihara mereka malahan tidak akan ada bagi mereka pelindungan dan perantaraan selain dari Dia supaya mereka prihatin.
    6:52 Dan jangan kamu usir orang yang menyeru Pemelihara mereka ketika pagi dan petang malahan mereka hanya menginginkan penampilan Dia dan bukan urusan kamu perhitungan mereka sedikit pun dan bukan perhitungan mereka dengan urusan kamu malahan kamu telah mengusir mereka maka jadilah kamu darinya orang yang zalim.
    6:53 Demikianlah Kami menguji sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka berkata inikah anugerah Allah kepada kami dan mereka malahan Allah mengetahui siapa yang berterima kasih.
    6:54 Dan apabila datang kepada kamu orang yang amanah dengan ayat-ayat Kami maka katakan salaamun alaikum malahan Pemeliharamu mengkitabkan pengasihan bagimu maka sesiapa melakukan kejahatan atas kebodohanya kemudian dia bertaubat dan melakukan pemulihan sesudahnya maka Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    6:55 Demikianlah Kami menerangkan ayat-ayatnya supaya menjadi jelas jalannya bagi orang yang telah melakukan dosa.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  6. smbg,
    6:56 Katakan aku dilarang berkhidmat kepada orang yang kamu seru selain Allah dan aku tidak ikuti nafsuku jika demikian aku sesat dan tidaklah aku darinya orang yang mendapat petunjuk.
    6:57 Katakan aku diatas keterangan yang jelas dari Pemeliharaku dan kamu mendustakanya dan tiada disisiku apa yang kamu minta disegerakan dengannya dan tiada hukuman melainkan dari Allah dan diterangkan hanya yang benar dan Dia yang terbaik pemberi penentuan.
    6:58 Katakan jika disisiku apa yang kamu minta disegerakan pasti telah disempurnakan perintah diantara aku dan kamu malahan Allah pasti mengetahui siapa yang zalim.
    6:59 Dan disisi Dia kunci keghaiban dan tiada yang mengetahuinya kecuali Dia dan Dia mengetahui segala apa yang didaratan dan dilautan dan apa yang berguguran walau sehelai daun dan tiada sebiji benih dalam kegelapan bumi dan tiada bijirin segar atau bijirin kering melainkan telah dikitabkan dengan sejelas-jelasnya.
    6:60 Dia yang mewafatkan kamu ketika malamnya dan mengetahui apa yang kamu lakukan pada siangnya kemudian dibangkitkan kamu sempurna dan ditentukan ajal kamu kemudian kepada Dia kamu dikembalikan dan dikhabarkan apa yang telah kamu lakukan.
    6:61 Dia yang berkuasa keatas sekelian hambanya dan Dia yang utuskan pelindungan hingga datang kematian kamu malahan ‘rasul’ Dia yang datang mengambilnya malahan mereka tidak abaikan kewajipanya.
    6:62 Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah Penguasa yang benar dan Dia yang menghukum malahan Dia pantas perhitunganya.
    6:63 Katakan siapakah yang selamatkan kamu dari kegelapan dilautan dan didaratan ketika kamu bermohon dengan merendah diri atau sembunyi katakan, sekiranya Dia selamatkan kami pasti kami berterima kasih.
    6:64 Katakan Allah yang selamatkan kamu dari bencana kemudian kamu sekutukan Dia pula.
    6:65 Katakan Dia berkuasa menimpakan azab dari atas dan bawah kakimu atau musnahkan golongan/syiya’an dan ditimpakan bencana keatas sebahagian yang lain malahan perhatikan bagaimana Kami senaraikan ayat-ayat Kami supaya kamu dapat memahaminya.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Bagaimana dengan orang dahulu menyambut hari menuai? Rasanya dahulu kala mereka sambut dengan activities gembira sebab usaha bertani ada hasil.

    Naturally manusia akan rasa gembira maka buat celebration.

    Fast forward. Manusia pun celebrate untuk merai kejayaan dalam skala samada kecil atau besar. Kalau tak celebrate pekerja akan kata management tak prihatin, tak appreciate, etc.

    Jika tak menjadi, itu yang ada berbagai cara. Sacrifice, sembahan, etc.

    Akhirnya ianya menjadi ritual. Samada menjadi tradisi atau keagamaan.

    Folk story dan legend pun boleh boleh bertukar menjadi benar.

    Mungkin juga untuk menunjukkan kehebatan pemerintah pada masa tu. Pihak lawan pun tengok gerun.

    Rasanyalah....


    Non

    ReplyDelete
  8. https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/304345/rm1000-denda-ponteng-solat

    Nampak sangat orang dah tak nak sembah batu suruh paksa lak.

    ReplyDelete
  9. If you talk to god, you are praying.
    If god talks to you, you have schizophrenia.

    ReplyDelete
  10. Kuil batu di padang pasir tu akan tenggelam akibat gunung berapi dan gempa bumi. ������

    ReplyDelete
  11. Terbaru Yusof Al Qaradawi semasa diinterview oleh satu siaram tv mesir mengatakan yang
    " Ugama Islam dapat bertahan/ujud hingga sekarang hanya kerana umat Islam takut dihukum bunuh sekiranya jadi murtad"

    ReplyDelete