Kedamaian Buat Semua,
SUHAKAM singkatan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia sedang menjalankan siasatan awam berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan tiga warganegara Malaysia yang lain iaitu Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmy bersama isterinya Ruth
Mereka hilang di dalam kes yang berasingan di beberapa tempat di sekitar tanah air kita.
Walaupun bukti yang ada hanyalah setakat keterangan dengar cakap. Namun, ianya menjadi hangat apabila sebuah kamera litar berjaya merakam detik-detik kehilangan Pastor Raymond Koh.
Rakaman tersebut menerbitkan teori bahawa Pastor Koh diculik.
Anda boleh membacanya di sini http://www.bbc.com/news/world-asia-39252139.
Merasai isu ini boleh ditunggang bagi menghangatkan suasana politik, beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan Parti Politik pantas memperjuang isu ini.
Mereka memulakan perhimpunan kesedaran lilin (candlelight vigil) dengan harapan perhimpunan tersebut dapat menyemarakkan gelombang politik yang memihak kepada mereka.
Pada mulanya saya kurang mengambil endah akan isu ini memandangkan sepanjang urusan harian saya berhadapan dengan banyak kes-kes yang lebih berat seperti jenayah akibat kemiskinan tegar, jenayah rogol di dalam keluarga, jenayah bunuh ibubapa akibat halusinasi najis dadah dll.
Namun ianya berubah apabila membaca cara laporan satu portal berita yang terkenal.
Saya amat memahami bahawa wartawan mempunyai tugas untuk menjual laporan berita mereka. Samada mereka bekerja di media tradisional atau media atas talian tugas mereka adalah sama. Jual seberapa banyak berita yang mampu.
Biarpun begitu, saya percaya para wartawan mempunyai etika kewartawanan yang perlu dipatuhi. Tugas wartawan adalah berat kerana tulisan mereka sebenarnya boleh membina dan juga merosakkan sesebuah negara.
Mereka boleh bermain dengan minda rakyat melalui tulisan penuh emosi apabila membentangkan laporan berita-berita semasa.
Anda boleh membacanya di sini http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/01/22/wife-of-missing-perlis-activists-suspects-mufti-asri-shahidan-kassim/
Secara peribadi saya merasakan laporan berita ini sebenarnya adalah pertuduhan secara tidak langsung kepada penjawat awam. Ia merupakan suatu pertuduhan yang serius dengan secara halus membuat kesimpulan bahawa penculikan ini direstui oleh Kerajaan Malaysia.
Dengan meletusnya teknologi media sosial para wartawan tidak bertauliah lahir di sana sini bak cendawan selepas hujan.
Cara mereka melaporkan berita lebih menjurus kepada sensasi daripada memberikan laporan berita yang jujur. Ini adalah kerana para pemberita ini tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai etika kewartawanan.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat perlu memahami bahawa negara ini dibentuk dengan Peraturan Perundangan atau Rule of Law.
Jika demokrasi di negara ini di pecahkan kepada 3 cabang iaitu eksekutif, penggubalan dan kehakiman. Maka ia juga di amalkan di dalam sistem perundangan Malaysia, di mana sesuatu kes perlu melalui proses siasatan, pertuduhan dan penghakiman.
Ketiga-tiga cabang ini tidak boleh melanggar sempadan kuasa cabang yang lain. Abuse of Power atau Pencabulan Kuasa adalah perkataan yang sesuai digunakan jika terdapat individu yang melakukan perlanggaran sebegini.
Sedar atau tidak, para wartawan mempunyai ketiga-tiga kuasa ini apabila membentangkan laporan mereka. Di tangan mereka, sempadan ketiga-tiga kuasa ini dipisahkan dengan sehelai benang yang amat halus.
Mereka boleh membuat scoop iaitu menyiasat sesuatu kes, sekaligus menuduh seseorang dan di akhir berita menghukum individu tersebut dengan memintas semua teori demokrasi.
Untuk semua wartawan, di tangan anda kuasa FIRAUN seperti yang diterangkan melalui AQ 28:4 seakan menjadi kabur.
"Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi, serta dia menjadikan penduduknya bergolongan (syi-yaa-an). Dia menindas segolongan di antaranya dengan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan" AQ 28:4
Anda boleh membaca artikel ini untuk pencerahan lebih lanjut http://ashwed1973.blogspot.my/2016/11/rumah-yang-bernama-politik.html
Peperangan Agama
Jujur saya menyatakan bahawa, saya bukanlah seorang yang meminati agama. Anda boleh menekanya dari bentuk tulisan saya di dalam blog ini.
Namun, saya juga amat-amat sedar bahawa saya hidup dengan dikelilingi oleh mereka yang menganuti sekurang-kurangnya satu jenis agama.
Biar sekuat mana pun penjelasan yang dapat saya berikan sehingga berjaya membuktikan bahawa organisasi agama adalah ciptaan manusia, saya perlu sedar bahawa ia bukanlah pendapat aliran utama masyarakat negara ini.
Untuk itu, demi sebuah kedamaian yang abadi, pendapat ini perlu disampaikan dengan satu perasaan tanggungjawab yang tinggi. Iaitu kedamaian yang dinikmati adalah lebih utama dari pendapat peribadi.
Saya berpendapat, kejadian yang menimpa Pastor Raymond Koh, Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth serta Sdr Amri Che Mat adalah akibat ego peribadi.
Penyakit ini sebenarnya dihidapi oleh kebanyakkan individu yang kuat beragama. Semakin kuat pegangan agama seseorang maka semakin tinggilah keegoan yang mencengkam jiwa mereka.
Mereka merasakan diri mereka di pihak yang benar dan berhalusinasi bahawa di bahu mereka tergalas tanggungjawab untuk menarik orang lain ke dalam kepercayaan keagamaan mereka. Yang parah ialah setiap individu ini merasakan Tuhanlah yang memberi mereka tanggungjawab ini.
Mereka merasakan agama yang menjadi anutan mereka adalah lebih superior dari agama jiran tetangga dan ahli masyarakat yang lain.
Untuk itu, Pastor Raymond Koh merasakan beliau mempunyai tanggungjawab suci untuk menukar pegangan rakan-rakannya yang berbangsa Melayu. Mereka perlu di"sedarkan" untuk menjiwai anutan Kristian Methodist seperti yang dianutinya.
Dengan melakukan perkara ini, bukankah Pastor Raymond Koh berpendapat bahawa agama anutan rakan-rakan Melayunya berkelas rendah dibandingkan dengan anutan Kristian Methodist ? Sehinggakan beliau merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan mereka ?
Bagaimana pula dengan mazhab Krsitian yang lain seperti Katolik, Protestan dan sebagainya, apakah Pastor Raymond Koh merasakan mazhab-mazhab ini juga berkelas rendah melainkan mereka mengikuti mazhab Methodist sepertinya ?
Sdr Amri Che Mat pula di katakan mengetuai NGO bernama Perlis Hope yang juga difahamkan bergiat aktif menukar mazhab rakyat di Perlis kepada pegangan Syiah. Persoalan saya mengapa ini perlu dilakukan ?
Adakah Sdr Amri Che Mat merasakan mazhab Sunni yang dipegang oleh majoriti rakyat Perlis itu berkelas rendah sehingga beliau perlu menyelamatkan mereka dengan menyeru mengikuti mazhab anutannya ?
Persoalan ini juga perlu ditanya kepada mereka yang berpegang kepada ajaran Islam Shafie, mengapa anda merasakan anda layak menarik seorang Kristian, Hindu dan Buddha menganuti ajaran Islam mazhab anda. Apa kurang kelaskah pegangan kepercayaan mereka berbanding dengan pegangan anda ?
Mari kita lihat apakah pendapat Pastor Joshua Hilmy mengenai pegangan rakan-rakannya yang beragama Islam ;
Jelas sekali ego sudah merasuk jiwa mereka.
Keegoan ini menjadikan mereka buta untuk berbuat baik dan menghormati pegangan yang dianut orang lain. Ego inilah menjadi tuhan mereka yang sebenar.
"Terangkan kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya ?" AQ 25:43
Saya terbaca di dalam salah satu berita mengenai kehilangan Pastor Raymond Koh bahawa rakan-rakan menyifatkan beliau sebagai seorang yang kuat kecintaannya kepada Tuhan.
Pada pendapat saya, Pastor Raymond Koh bukan cinta kepada Tuhan.
Beliau sebenarnya cinta dan obses kepada organisasi keagaaman yang disertai sahaja. Kerana, jika Pastor Raymond Koh benar-benar mencintai Tuhan pasti beliau yakin bahawa Tuhan adalah Maha Berkuasa.
Pastor Raymond Koh tidak berupaya yakin bahawa dengan kekuasaan yang tiada tolok bandingnya, Tuhan tidak memerlukan beliau makhluk ciptaanNya untuk menggalas tugas bagi pihak Tuhan.
Kesimpulan
Wartawan mempunyai tugas berat di dalam sistem maysrakat majmuk yang serba mencabar ini.
Janganlah ditabur minyak ke atas api yang sedang membara.
Tulisan anda dibaca oleh berjuta manusia. Tanpa sedar akibat tulisan itu anda berupaya mengapi-api segelintir jiwa yang ekstrim.
Jika sesuatu yang buruk terjadi di negara ini, kita semua termasuk diri anda sendiri akan terjerumus ke lembah kebinasaan.
Jika tidak secara meluas pun, ia akan tercetus secara diam-diam seperti api di dalam sekam. Asapnya keluar berkepul-kepul. Sedikit tiupan angin sudah cukup untuk menyemarakkan api kebinasaan itu.
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/2-pengganas-daesh-rancang-serang-pusat-hiburan-bukit-aman-balai-diberkas-1.595037
Sebagai orang awam kami menyedari bahawa tidak ada media samada tradisional atau di atas talian yang tidak dibiayai oleh kumpulan ahli politik sehingga ia tergambar jelas dari laporan bias yang disajikan oleh anda.
Sungguhpun anda perlu menulis laporan yang memihak kepada kumpulan politik yang menbiayai anda, namun, sensiviti agama adalah suatu perkara yang perlu sentiasa dijaga jika kita inginkan nikmat kedamaian yang dikecapi kini berpanjangan.
Amalkan tanggungjawab yang tinggi semasa membuat laporan mengenai isu-isu keagamaan.
Untuk para Pastor dan pengamal agama yang ekstrim. Dengar baik-baik apa yang diperkatakan oleh ahli agama ini ;
Ashwed
what is love? how do we love someone we've never met? how do we love Allah?
ReplyDeleteTeringat lagu Whitesnake... 'Is this love'
DeleteSemua group menyambut orang baru. Hanya beza tang nak keluar group. Satu group klu nak keluar antara hidup dan mati. Group lain bergantung pada ahli la samada boleh accept, kena boikot,kena character assassination, etc.
Non
Salamalaika! di'cp'kan 77-ayat dari Surah Al Furqan;
ReplyDelete25:1 Telah diberkatkan oleh yang menurunkan -lfurqaana bagi hambanya supaya memberi amaran kepada sekelian penghuni alamnya.
25:2 Yang menguasai langit dan bumi dan tidak punyai anak dan tidak bersekutu kerajaanya dan Pencipta dan Penentu segala takdir.
25:3 Malahan mereka mengambil tuhan-tuhan selain Dia yang tidak dapat mencipta sesuatu malahan mereka pun Dia yang menciptanya dan mereka tidak berkuasa keatas diri mereka bagi mudaratkan atau manfaatkan dan dimatikan atau dihidupkan dan dibangkitkan.
25:4 Dan berkata orang yang tidak percaya tidaklah ini melainkan suatu penipuan yang diadakan dan dibantu oleh kaum terdahulu malahan mereka itulah yang mengadakan kezaliman dan kepalsuan.
25:5 Malahan mereka berkata dianya dongengan orang terdahulu yang dikitabkan dan dibacakan diwaktu pagi dan petangnya.
25:6 Maka katakan telah diturunkan oleh yang mengetahui segala rahsia dilangit dan dibumi dan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
25:7 Dan mereka berkata mengapa rasulnya memakan makanan dan berjalan dipasar malahan mengapa tidak diturunkan malaikat supaya mereka dapat memberi amaran bersamanya.
25:8 Atau diturunkan kepadanya perbendaharaan atau ladang tanaman didalamnya terdapat makanan maka berkata orang yang zalim tidak lain kamu hanyalah mengikuti seorang lelaki yang menguasai sihir.
25:9 Perhatikan bagaimana mereka mengadakan misalan bagimu maka sesatlah mereka malahan mereka tidak mengikuti apa-apa jalan pun.
25:10 Keberkatan atasmu dan jika dikehendaki dijadikan bagimu keutamaan dan darinya ladang dan syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai malahan penginapanmu seperti didalam istana.
25:11 Dan mereka juga mendustakan detik-saatnya maka Kami sediakan bagi mereka detik-saatnya dengan yang marak menyala.
25:12 Dari jauh mereka dapat mendengar kemarakan dan percikkan apinya.
25:13 Ketika dilemparkan kedalam tempat sempit mereka dibelenggu dan berkata disinilah tempat penentuan kebinasaan kami.
25:14 Tidak kamu menyeru melainkan kepada satu penentuan pada hari ini malahan serulah sebanyak-banyak penentuan bagimu.
25:15 Katakan apakah kebaikan atau syurga berkekalan yang dijanjikan bagi orang yang prihatin sebagai balasan tempat kembali mereka.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete25:16 Didalamnya apa saja yang mereka kehendaki dan mereka berkekalan didalamnya dan itulah janji Pemeliharamu apa yang kamu tanyakan.
25:17 Pada hari dihimpunkan mereka dan apa yang telah mereka berkhidmat selain Allah maka Dia berkata apakah kamu yang telah menyesatkan hamba-hambaKu atau mereka sendiri yang sesat dari jalannya.
25:18 Mereka berkata Kamu disanjung tidaklah kami ini berguna bagiMu malahan kami mengambil selain Kamu sebagai pelindung sedangkan Kamu yang memberi kesenangan bagi kami dan moyang kami dan kami lupakan peringatanMu maka kamilah kaum yang dibinasakan.
25:19 Dan mereka yang mendustakan kamu dengan apa yang mereka katakan apakah kamu menafikanya dan tiada pertolongan bagi sesiapa yang zalim malahan Kami timpakan azab dahsyat keatas mereka.
25:20 Kami tidak utuskan rasul sebelum kamu melainkan mereka makan makanan dan berjalan dipasar malahan Kami jadikan ujian bagimu maka dapatkah kamu bersabar malahan Pemeliharamu pasti melihat.
25:21 Maka berkata orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami mengapa tidak diturunkan kepada kami malaikatnya atau diperlihatkan Pemeliharanya malahan mereka takbur dan meninggi diri dan mereka penentang tegar dan menentang dengan besar-besaran.
25:22 Pada hari mereka melihat malaikatnya maka tiada khabar gembira pada hari itu bagi orang yang berdosa dan mereka berkata tidaklah ini melainkan dianya batu penghalang/hijran mahjuuran.
25:23 Dan Kami dahulukan menghitung amalan yang telah mereka lakukan maka Kami jadikan mereka seperti debu yang berterbangan.
25:24 Dan penghuni syurga pada hari itu diberi keutamaan tempat penginapan dan tempat istirehat mereka yang terbaik.
25:25 Dan pada hari terbelahnya langit dan awan mendung maka diturunkan para malaikat dengan sebenar-benar penurunan.
25:26 Pada hari itu Dia Penguasa yang Agung dan yang Pemurah dan bagi orang yang tidak percaya dianya suatu hari yang sangat azab.
25:27 Dan hari bagi mereka yang zalim menggigit jari-jemarinya dan berkata alahai! menyesalnya aku tidak mengambil jalan bersama rasulnya.
25:28 Dan celakalah aku telah mengambil sipolan sebagai teman karibku.
25:29 Pasti dia yang telah menyesatkan aku dari peringatan setelah dia datang kepadaku malahan syaitan adalah pembelot bagi manusia.
25:30 Dan telah berkata para rasul mereka Pemeliharaku kaumku telah mengambil -lqur-aana sebagai penghalang bagi mereka.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete25:31 Demikian Kami jadikan bagi setiap nabi musuh darinya orang yang berdosa malahan Pemeliharamu memberi petunjuk dan pertolongan.
25:32 Berkata orang yang tidak pecaya mengapa tidak diturunkan -lqur-aana dengan sekali gus demikian Kami meneguhkan hatimu malahan Kami yang menyusunya dengan rapi dan teliti.
25:33 Dan mereka tidak mendatangkan satu misalan pun bagimu melainkan Kami yang mendatangkan bagimu yang benar dan yang terbaik.
25:34 Orang yang dihimpunkan penampilan mereka kepada jahanama maka itulah penempatan yang sangat buruk dan satu-satunya jalan yang sesat.
25:35 Dan pasti Kami yang memberikan muusa kitab dan Kami jadikan haruuna saudaranya sebagai pembantunya.
25:36 Dan Kami katakan pergi kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami malahan dimusnahkan mereka semusnahnya.
25:37 Dan kaum nuuhin ketika mereka mendustakan rasulnya Kami lemaskan mereka dan Kami jadikan pengajaran bagi sekelian manusia dan Kami sediakan bagi orang yang zalim azab yang sangat dahsyat.
25:38 Dan ‘aadan dan tsamuuda dan penghuni -rrassi dan generasi yang diantara yang demikian itu sangatlah ramai.
25:39 Dan bagi mereka Kami telah mencetuskan berbagai misalan sebelum Kami musnahkan mereka dengan sebenar-benar kemusnahan.
25:40 Pasti mereka melalui khariah yang ditaburi hujan yang dahsyat apakah tidak mereka melihat malahan mereka tidak akan dibangkitkan.
25:41 Dan ketika mereka melihat kamu mereka jadikan kamu bahan ejekkan dan berkata inikah yang dibangkitkan Allah sebagai rasulnya.
25:42 Dan dialah yang hampir menyesatkan kami dari sembahan kami jika kami tidak bersabar dengannya kelak mereka akan mengetahui siapa yang sebenarnya sesat dari jalannya.
25:43 Tidakkah kamu perhatikan mereka yang mengambil nafsu dan ego sebagai ‘tuhan’ dan adakah kamu menjadikan mereka wakil kamu.
25:44 Atau kamu anggap kebanyakan mereka dengar dan faham malahan mereka seperti ‘binatang’ maka mereka telah sesat dari jalannya.
25:45 Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Pemeliharamu memanjangkan bayangnya malahan jika Dia kehendaki pasti dijadikanya pegun maka Kami jadikan matahari sebagai dalilnya.
bsmbg,
bsmbg,
ReplyDelete25:46 Kemudian Kami menariknya kepada Kami dengan perlahan-lahan.
25:47 Dan Dia yang menjadikan bagimu malam sebagai pakaian tidur dan kerehatan dan dijadikan siangnya bagimu bangun.
25:48 Dia yang utuskan khabar gembira diantara dua tanganmu dengan rahmatnya dan Kami yang turunkan air dari langitnya.
25:49 Supaya Kami hidupkan tanah yang mati dan mengeluarkan minuman yang Kami cipta dari ternakan dan manusia sebanyaknya.
25:50 Dan Kami jelaskan berbagai cara supaya mereka mengambil ingatan malahan kebanyakan manusia menolaknya dengan keingkaran.
25:51 Malahan jika Kami kehendaki pasti Kami bangkitkan disetiap khariah seorang pemberi amaran.
25:52 Maka jangan kamu mentaati orang yang tidak percaya dan berjuanglah menentang mereka dengan perjuangan yang besar.
25:53 Dia menyalirkan dua lautan yang tawar yang segar yang masin yang pahit dan dijadikan diantaranya sekatan dan penghadang.
25:54 Dan Dia yang mencipta manusia dari air maka dijadikan keturunanya melalui perkahwinan malahan Pemeliharamu berkuasa atas segalanya.
25:55 Malahan mereka berkhidmat selain Allah apa yang tidak memberi manfaat atau mudharat dan adalah orang yang tidak percaya dengan tuhan-tuhan mereka saling bantu membantu.
25:56 Dan tidaklah Kami utuskan kamu melainkan sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi amaran.
25:57 Katakan aku tidak meminta sebarang upah darimu melainkan sesiapa yang menghendaki menuju kepada jalan Pemeliharanya.
25:58 Dan pasrah kepada yang hidup berkekalan dan Dia yang disanjung dengan pujian tertinggi malahan Dia menyedari setiap dosa hambaNya.
25:59 Yang mencipta langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya dalam enam fasa dan dimantapkan kuasa yang Pemurah diatas‘arsyi maka bertanyalah yang berkaitan kepada yang mengetahui.
25:60 Dan apabila dikatakan kepada mereka patuhilah kepada yang Pemurah mereka berkata siapakah yang Pemurah dan apakah kami mesti patuh kepada apa yang kamu perintahkan supaya kami menjadi pelarian.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete25:61 Keberkatan keatas yang menjadikan gugusan bintang dilangitnya dan matahari dan bulan yang menyinarkan cahayanya.
25:62 Dan Dia yang menjadikan malam dan siang bersileh-ganti bagi sesiapa yang ingin mengambil ingatan atau yang ingin berterima kasih.
25:63 Hamba yang Pemurah adalah orang yang berjalan dibumi merendah diri dan apabila berurusan dengan orang jahil mereka berkata ‘salaaman’.
25:64 Dan orang yang bersengkang mata pada malamnya kerana Pemelihara mereka pasti diteguhkan pendirianya.
25:65 Dan yang berkata Pemelihara kami jauhilah kami dari azab jahanama yang azabnya sangat mengerikan.
25:66 Dan sangat buruk sebagai tempat menetap dan tempat penginapan.
25:67 Dan orang yang apabila berbelanja mereka tidak membazir dan tidak lokek maka yang demikian itulah hendaknya pendirian mereka.
25:68 Dan mereka yang tidak berkhidmat kepada tuhan selain Allah dan tidak hapuskan jiwa yang diharamkan Allah melainkan yang dibenarkan dan tidak berzinah maka sesiapa melakukanya maka mereka berdosa.
25:69 Akan digandakan azab pada hari kebangkitan dan dikekalkan kehinaan.
25:70 Kecuali sesiapa yang bertaubat dan amanah dan melakukan amalan soleh maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikanya malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
25:71 Dan sesiapa yang bertaubat dan beramal soleh sesungguhnya dia telah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.
25:72 Dan mereka yang tidak bersaksikan dengan kepalsuan apabila bertemu perkara yang sia-sia mereka bersegera menuju kepada yang Mulia.
25:73 Dan apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Pemeliharanya mereka tidak patuh seperti mana patuhnya orang pekak dan buta.
25:74 Dan orang yang berkata Pemelihara kami berikan kami keturunan dari pasangan kami sebagai pendingin mata bagi kami dan jadikan bagi kami pemimpin dari kalangan orang yang prihatin.
25:75 Maka mereka dianugerahkan martabat tertinggi atas kesabaran mereka dan dikurniakan penghormatan dan kesejahteraan keatas mereka.
25:76 Mereka kekal didalam tempat penginapan yang terbaik statusnya.
25:77 Katakan Pemeliharaku tidak pedulikan kamu jika kamu tidak menyeru Dia malahan kamu mendustakanya kelak datang penentuanya.
Sekian.
http://www.bbc.com/news/world-asia-india-42815702
ReplyDeleteApabila bertindak tanpa ambil tahu cerita sebenarnya.
Non
Jika kita mengata orang lain ego, pastikan dahulu bahawa
ReplyDelete1. Agamawan islam kita tidak berdakwah mengislamkan orang agama lain. Hanya Allah yg boleh berikan hidayah.
2. Agamawan islam yg membuat peraturan yg memaksa org islam lain mengikut cara mereka shj. Tiada paksaan dalam deen
Salam.
DeleteSaya ada kemusykilan pasal bab sembahyang Jumaat. Syaratnya mesti ada 40 orang. Adalah beberapa syarat lain tapi nak focus kat jumlah orang.
Katalah cukup-cukup jer tapi ada seorang ni buat-buat jer. Niat pun tarak sebab contoh dia atheist. Klu dia habaq kat orang pasti buruk akibatnya.
Kira camner impact sembahyang Jumaat ni kat yang lain. Batal ke tak.
Non
saudaria Non,
Deletecamner plak klu dia bukan atheist tetapi transgender/bapok/maknusia dua alam?
Camner tu ek. Kata mesti anak jantan 100%.
DeleteNon
salam...
Delete'Saya ada kemusykilan pasal bab sembahyang Jumaat. Syaratnya mesti ada 40 orang. Adalah beberapa syarat lain tapi nak focus kat jumlah orang.'
Quran does not mention anything about 'sembahyang jumaat' let alone telling/instructing to do 'sembahyang jumaat'. Sembahyang Jumaat cannot be found inside the Quran - meaning it came from outside the Quran..
becks
Salam,
DeleteSila baca artikel ini http://ashwed1973.blogspot.com/2015/05/tidak-solat-jumaat-kerajaan-negeri.html?m=0
Ashwed
Nampaknya MCMC dah mula sekat blog tuan. Tapi MCMC byk upah kontraktor luar utk buat kerja2 sekatan IT. Kontraktor masih amatur dlm selok-belok teknologi komputer dan internet. Mudah je nk bypass.....hahahaha.
ReplyDeleteSalam,
DeletePadan tak boleh access guna safari. Tq zack.
Ashwed
Saya access dr tablet android dulu. Kemudian cuba pd phone, mac dan terakhir dr laptop windows. Rasanya MCMC boleh intip e-mel, wasap, fb seseorang pengguna internet. MCMC sasarkan sekatan melalui ip address. Tp mudah nk bypass. Bwh kerajaan mesti tak kompeten laksanakan tugas hahaha...������.
DeleteSalam,
DeleteKalau kat android. No problem, pakai UC Browser. Kalau android Chrome dah kena sekat. OSTB pun sama, kena sekat lama dah. Tapi dekat2 election OSTB asyik cerita politik saja, aisehh..
Salam,
DeleteGuna search engine Opera Mini. Sehingga kini semua site boleh access.
Ashwed
Salam,
ReplyDeleteUntuk bypass restriction dari MCMC, :-
a) guna DNS Changer untuk android (iphone x pasti)
b) tukar DNS address dalam network properties untuk Windows desktop
c) guna proxy atau vpn
politik malaysia: peperangan agama dan bangsa
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteConfirm MCMC dah blok...
Workaround 1 - rename/change domain (utk blog ashwed1973)
Workaround 2 - use free proxy services (utk para pembaca). klu tak tau, just google 'free proxy'
becks
Kalau guna google chrome di android, on option data saver, akan boleh surf semua website yang kena blok.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya akan pakai tablet kalau berada dlm rumah. Jadi, kalau ada blog/site kena sekat saya akan tahu dari tablet dulu. Phone, mac, laptop semua dah pasang kod DNS. Petang tadi blog saya pulak kena sekat, tp boleh dicapai dari device lain.
Saya rasa intipan oleh MCMC terhadap aktiviti pengguna internet melanggar akta2 tertentu. Apa pendapat tuan?