Sunday, 7 January 2018

Melayu, Dulu Hindu .. Sekarang Hindu 2

Kedamaian Buat Semua,

Tidak lama dahulu saya pernah menulis mengenai isu ini. Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2017/08/melayu-dulu-hindu-sekarang-hindu.html

2, 3 hari lepas terima kasih kepada blog Outsyed The Box, saya baru sedar bahawa orang Melayu benar-benar meminum air kencing binatang iaitu binatang dari jenis unta.

Sebenarnya sudah lama saya mendengar mengenai perkara ini. Namun, saya hanya menganggapnya sebagai mitos dengan niat jahat. Takkan lah begitu melampau sekali perbuatan orang melayu, sangka saya.

Sangkaan saya meleset. Sesungguhnya, orang melayu benar-benar melampau diakibatkan agama.

Hanya setelah terdapat jemaah umrah/haji Malaysia yang dijangkiti virus MERS-CoV yang mengakibatkan penyakit berkaitan respiratory, baharulah Kerajaan Malaysia melalui, Kementerian Pelancongan mengeluarkan kenyataan melarang jemaah mengunjungi ladang unta (masih berkias. Malu agaknya mahu mengakui bahawa orang melayu minum air kencing unta)

Perbuatan meminum air kencing binatang ini sebenarnya sudah pun dilakukan oleh rakan agama orang melayu yang lain iaitu oleh mereka yang mengikuti ajaran agama Hindu.

Perbuatan ini tidak lain tidak bukan timbul dari sifat kecintaan yang tinggi terhadap binatang tersebut

Sifat obses ini mengakibatkan mereka gagal mencerna logika sistem alam. Di mana segala toksin dan kotoran dari badan di buang dari badan melalui sistem kumbahan semulajadi iaitu melalui air besar dan air kecil.

Secara logiknya, air besar dan air kecil atau bahasa kotornya kita gelar tahi dan kencing mengandungi segala toksin, bakteria, virus dan segala kotoran yang dibuang dari badan.

(Boleh sahaja minta para saintis melakukan eksperimen terlebih dahulu mengenai perkara tersebut sebelum mempercayai logik yang diutarakan blog ini)

Semalam saya menayangkan video perbuatan melampau Ustaz Bachtiar meminum air kencing unta kepada anak saya hanya untuk mendengar apa komen beliau.

Belum sempat habis video tersebut, beliau mengeluarkan pendapat. "Makan babi tak boleh, minum air kencing unta boleh pulak ?". 

Saya hanya tersenyum mendengar pendapat tersebut sambil merasakan sifat critical thinking yang saya tanamkan kepada anak-anak saya nampaknya membuahkan hasil.

Video mengenai meminum air kencing unta tersebut membuktikan kebenaran teori saya bahawa Melayu masih Hindu.


Orang Hindu melakukannya kerana mereka menganggap lembu adalah Tuhan.

Agaknya apakah alasan paling munasabah yang boleh diberikan oleh orang melayu mengenai perkara ini.

Jikalah kita manusia melayu sanggup minum air kencing unta dan hindu air kencing lembu. Apakah sebenarnya status akal kita jika mahu dibandingkan dengan binatang-binatang itu ?

Siapakah yang lebih bijak. Lembu, unta atau manusia melayu dan hindu ?

Setakat hari ini saya belum lagi berjumpa unta atau lembu minum air kencing manusia ?

Selembu-lembu lembu dan seunta-unta unta mereka masih belum minum air kencing sendiri apatah lagi air kencing manusia. Agaknya mereka lebih memahami sistem alam (sunnatullah) daripada manusia.

A179 

"Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai" AQ 7:179     

Perumpamaan "bodoh macam lembu" perlu diberikan dinamik yang lebih segar nampak gayanya.

Ashwed  

12 comments:

  1. bodoh macam melayu??? hahahaha

    ReplyDelete
  2. cuba tengok video ini..

    https://www.youtube.com/watch?v=RvdXTNjHKaw

    Bandingkan cara presentation

    --- siap dengan reference hadist
    supaya kita boleh check and verify

    Bukan macam melayu mengaku ustaz ( saperti azhar ) yang merepek

    -- hingga dia invent hadis buatan sendiri..lain pulak hadis dia

    Quality explaination dia pun rendah...


    by the way.. bila orang menipu atau berbohong...

    tendency to touch the nose or mouth is obvious..
    just look at the so called ustaz video.. see if you can spot it.





    dan t

    ReplyDelete
  3. Perhatikan 'pelajaran' yang dapat dari 06 ayat berikut;

    2:66 Maka Kami jadikan tauladan atas kejadian terdahulu dan sekarang sebagai pelajaran bagi orang yang prihatin.
    2:67 Dan ketika muusaa berkata kepada kaumnya, Allah telah perintahkan kamu supaya menyembelih lembu maka mereka berkata apakah kamu mengambil kami sebagai gurauan, dia berkata aku berlindung kepada Allah dari menjadi orang yang bodoh.
    2:68 Mereka berkata serulah Pemeliharamu supaya diterangkan cirinya maka dia berkata lembunya tidak yang tua dan tidak terlalu muda malahan sederhana diantaranya maka lakukan apa yang diperintahkanya.
    2:69 Mereka berkata serulah Pemeliharamu supaya diterangkan apakah warna yang sebenarnya maka dia berkata lembu itu yang kekuningan warnanya dan menyenangkan orang yang melihatnya.
    2:70 Mereka berkata serulah Pemeliharamu supaya diterangkan apakah ciri-cirinya yang sebenar kerana semua lembu serupa bagi kami dan jika dikehendaki Allah pasti kami mendapat petunjuk.
    2:71 Dia berkata dianya lembu yang tidak pernah digunakan bagi membajak tanah atau bagi mengairi ladang tanaman dan sejahtera kesihatanya dan tidak berbelang badannya maka mereka berkata kamu berkata benar dengan penjelasanya maka mereka menyembelihnya malahan hampir tidak mereka melakukanya.

    Sekian.

    ReplyDelete
  4. melayu dulu ikut budaya hindu, sekarang ikut budaya arab...

    mana jati diri kita kalau asyik ikut cara orang je

    ReplyDelete
  5. Kaki kencing minum air kencing sebab lama sangat kencing orang. Jenis ni yg suka lalat masuk air minuman sebab depa percaya pada hadis nabi depa.



    ReplyDelete
  6. Hayati ayat2 dari Surah At Taubah, mengapa dianya tiada 'BISMILAH'/basmalah;

    9:1 Penentuan/baara-tun daripada Allah dan rasulnya dan bagi orang yang kamu adakan perjanjian dari kalangan orang yang sekutu.
    9:2 Maka mengembaralah kamu dibuminya empat bulan dan ketahuilah kamu tidak dapat melemahkan Allah malahan Allah yang pasti dapat melemahkan orang yang tidak percaya.
    9:3 Dan suatu pengumuman dari Allah dan rasulnya bagi manusia pada hari cabaran besar bahawa Allah berlepas diri dari orang yang sekutu dan rasulnya dan jika kamu bertaubat dianya keutamaan bagimu dan jika kamu berpaling maka ketahuilah kamu tidak melemahkan Allah sedikit pun malahan telah diperjelaskan kepada orang yang tidak percaya yang azab Allah tersangat dahsyat.
    9:4 Kecuali kamu membuat perjanjian dengan orang yang sekutu kemudian mereka tidak mungkiri kamu dan tidak membantah sesiapa diantara kamu maka tunaikan janjimu dengan mereka apabila sampai tempoh yang ditetapkan malahan Allah mencintai orang yang prihatin.
    9:5 Dan apabila tamat tempoh bulan larangan maka hapuskan orang yang sekutu apabila kamu menemui mereka dan tangkap dan tahan dan intip pergerakan mereka disegenap tempat dan jika mereka bertaubat dan melaksanakan kewajipan dan menunaikan kemurnian mereka maka beri laluan bagi mereka malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    9:6 Dan jika sesiapa dari orang yang sekutu meminta perlindungan darimu maka lindungilah mereka supaya dapat mereka mendengar kalimah Allah kemudian kembalikan mereka kepada tempat aman demikianlah layanan bagi kaum yang tidak mengetahui.
    9:7 Mana mungkin orang yang sekutu adakan perjanjian dengan Allah dan rasulnya melainkan orang yang mengadakan perjanjian denganmu bagi mematuhi laranganya dan jika mereka prihatin maka prihatinlah kamu dengan mereka malahan Allah mencintai orang yang prihatin.
    9:8 Mana mungkin mereka menyokong malahan mereka tidak pedulikan dan tiada persetujuan yang menyenangkan dari mulut/hati mereka malahan mereka menolak kamu dan kebanyakan dari mereka fasik.
    9:9 Mereka menilai ayat-ayat Allah dengan nilai terendah dan menghalangi dijalan Allah malahan sangat buruk apa yang mereka lakukan.
    9:10 Mereka tidak pedulikan orang yang amanah malahan tiada persetujuan dari mereka maka mereka itulah orang yang melampaui batas.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  7. smbg,
    9:11 Jika mereka bertaubat dan melaksanakan kewajipanya dan menunaikan kemurnianya maka mereka saudara kamu dalam -ddiini malahan Kami menjelaskan ayat-ayatnya kepada kaum yang mengetahui.
    9:12 Jika mereka mungkiri janjinya dan mencerca -diini kamu maka perangi kepimpinan orang yang tidak percaya dan jangan adakan perjanjian dengan mereka dan kamu adakan sekatan keatas mereka.
    9:13 Mengapa tidak kamu perangi kaum yang mungkir janji denganmu dan yang mengusir rasul-rasul terdahulu maka apakah kamu takut kepada mereka melebihi takutkan Allah malahan orang yang amanah lebih berhak takut hanya kepada Allah.
    9:14 Perangilah mereka pastinya Allah mengazabkan mereka ditangan kamu malahan Dia menghina mereka dan menolong kamu mengatasi mereka dan pastinya Dia yang merawat hati orang yang amanah.
    9:15 Allah hilangkan kemarahan dihati orang yang amanah dan menerima taubat sesiapa dikehendaki dan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    9:16 Apakah kamu menganggap yang Allah mengabaikan kamu dan tidak mengetahui siapa yang berjuang dan tidak rasulnya dan tidak orang yang amanah dan tidak orang yang sekutukan Allah malahan Allah menyedari segala apa yang kamu lakukan.
    9:17 Dan orang yang sekutu tidak akan makmurkan institusi kepatuhan Allah dan mereka hanya bersaksikan diri mereka sendiri dan mereka ingkar dan mensia-siakan amalan mereka malahan mereka itu pasti berkekalan didalam apinya.

    9:18 Maka yang memakmurkan institusi kepatuhan Allah hanyalah yang amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan yang melaksanakan kewajipanya dan tunaikan kemurnianya dan tidak merasa takut kepada sesiapa selain Allah malahan itulah orang yang mendapat petunjuk.
    9:19 Apakah kamu yang memberi minum kepada orang yang menyahut cabaran dan yang memakmurkan institusi laranganya sama seperti orang yang amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan berjuang dijalan Allah malahan mereka tidak sama disisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
    9:20 Orang yang amanah dan yang berhijrah dan berjuang dijalan Allah dengan harta dan jiwa mereka lebih tinggi darjatnya disisi Allah dan mereka itulah orang yang mendapat kejayaan.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  8. smbg,
    9:21 Pemelihara mereka memberikan khabar gembira dan rahmat dan keredhaan dan syurga dan mereka mendapat nikmat yang berkekalan.
    9:22 Mereka kekal didalamnya dan hanya Allah memiliki ganjaran agung.
    9:23 Wahai orang yang amanah jangan ambil bapamu dan saudaramu sebagai pelindung jika mereka mencintai keingkaran dari keamanahan dan siapa menjadikan mereka kawan maka mereka orang yang zalim.
    9:24 Katakan jika bapamu dan anakmu dan saudaramu dan pasanganmu dan kaum kerabatmu dan kekayaan yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takut kerugian dan tempat tinggal mewah yang kamu lebih mencintainya dari berjuang dijalan Allah dan rasulnya maka tunggulah sehingga datangnya perintah Allah dan pastinya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
    9:25 Pasti Allah menolong menempatkan kamu dikawasan yang luas dan menakjubkan tetapi kamu merasakan tidak cukup dan sempit bumi ini walaupun sebenarnya luas kemudian kamu berpaling dan berundur.
    9:26 Malahan Allah menurunkan ketenangan kepada para rasul dan orang yang amanah dan diturunkan juga suatu angkatan yang tidak kamu melihatnya maka diazabkan orang yang tidak percaya demikian itulah pembalasan keatas orang yang tidak percaya.
    9:27 Kemudian Allah menerima taubat sesudah itu dari sesiapa dikehendaki malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    9:28 Wahai orang yang amanah, orang yang sekutu adalah najis maka jangan izinkan mereka dekati institusi kepatuhan laranganya pada tahun itu dan jika kamu takutkan kemiskinan maka Allah memberi kekayaan kepada sesiapa dikehendaki malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    9:29 Perangilah orang yang tidak amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan rasulnya dan mereka tidak ikuti petunjuk diina yang sebenar dari orang yang telah diberi kitab sehingga mereka menjelaskan -ljizata dari usaha tangan mereka jika tidak mereka diperkecilkan.
    9:30 Dan -lyahuudu berkata’uzairu putera Allah dan -anashaara berkata -lmasiihu putera Allah demikian itulah ucapan dari mulut mereka dan ucapan mereka itu sama seperti orang yang tidak percaya sebelumnya maka Allah hapuskan mereka dan dipalingkan mereka.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  9. smbg,9:31 Mereka mengambil ulamak dan rahib dan almasiiha -bna maryama sebagai tuhan selain Allah sedangkan mereka tidak diperintahkan berkhidmat selain Tuhan yang satu dan tiada Tuhan selain Dia malahan Dia disanjung dari apa yang mereka sekutukan dengannya.
    9:32 Mereka ingin menghilangkan cahaya Allah dengan mulut mereka pasti Allah tidak mengizinkanya dan Dia yang teramat sempurna cahayanya malahan dianya kebencian bagi orang yang tidak percaya.
    9:33 Dia yang mengutuskan rasulnya dengan petunjuk dan diini yang benar bagi mengatasi diini selain darinya walaupun dianya suatu kebencian bagi orang yang sekutu.
    9:34 Wahai orang yang amanah kebanyakan ulamak dan rahib memakan harta manusia dengan palsu dan menghalangi dijalan Allah dan mereka sembunyikan emas dan perak dan tidak dibelanjakan dijalan Allah maka sampaikan khabar gembira ini dengan azab yang dahsyat.
    9:35 Pada hari dipanaskan api jahanama lalu dilebelkan didahi dan dirusuk dan dipunggung mereka maka dikatakan inilah apa yang kamu simpan bagi dirimu maka rasakan apa yang telah kamu simpan.
    9:36 Bilangan bulan disisi Allah dua belas bulan seperti yang dikitabkan Allah pada hari langit dan bumi diciptakan dan empat darinya bulan hurumun demikian itulah –ddiinu yang betul maka jangan sesekali kamu zalimi dirimu dalam bulan-bulan itu maka perangilah orang yang sekutu kesemuanya sepertimana mereka telah memerangi kamu malahan Allah bersama orang yang prihatin/-lmuttaqiina.
    9:37 Mengubah bilangan bulan adalah amalan ingkar dan dianya menambah kesesatan bagi orang yang tidak percaya malahan mereka menghalalkan bulan yang diharamkan Allah maka Allah mengilusikan indah segala amalan buruk yang mereka lakukan malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
    9:38 Wahai orang yang amanah mengapa ketika dikatakan majulah dijalan Allah kamu lebih cenderung kepada jalan duniawi maka adakah kamu telah melebihkan duniawi dari akhiratnya malahan tiada kesenangan duniawi melebihi dari kesenangan akhiratnya.
    9:39 Jika kamu tidak maju dengannya maka diazabkan kamu dengan azab dahsyat dan digantikan dengan generasi lain yang tidak mudharatkan Dia sedikit pun malahan Allah yang Berkuasa keatas segalanya.
    9:40 Jika kamu tidak menolong mereka pasti Allah menolong mereka ketika dikeluarkan dua orang yang tidak percaya dari ‘jurang yang dalam’dan berkata seorang dari sahabatnya jangan kamu berdukacita pasti Allah bersama kita maka Allah turunkan ketenangan dan bantuan dengan angkatan yang kamu tidak melihatnya maka dijadikan kalimah keatas orang yang tidak percaya sangat hina/merempat malahan kalimah Allah yang terunggul hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  10. smbg,
    9:41 Majulah sama ada berat atau ringan dan berjuang dengan harta dan jiwa dijalan Allah yang demikian keutamaan jika kamu mengetahuinya.
    9:42 Jika dunia ini dekat dan perjalananya ringkas pasti mereka ikuti kamu tetapi dianya jauh dan sukar malahan mereka berikrar kepada Allah jika kami mampu pasti kami bersamamu malahan mereka binasakan diri mereka malahan Allah mengetahui yang mereka itu berdusta.
    9:43 Allah maafkan dan mengizinkan bagi mereka sehingga jelas bagi mereka siapa yang benar dan siapa yang berdusta.
    9:44 Orang yang amanah kepada Allah dan akhirat tidak minta izin berjuang dengan harta dan jiwa mereka pasti Allah ketahui siapa prihatin.
    9:45 Tetapi yang perlu minta izin adalah orang yang tidak amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan yang hati mereka dalam keraguan dan yang berpaling dan yang menyeleweng.
    9:46 Jika mereka ingin keluar maka mereka perlu sediakan persiapan tetapi Allah benci dengan penyertaan mereka maka mereka dilarang darinya dan dikatakan duduklah kamu bersama orang yang duduk.
    9:47 Jika mereka keluar bersama kamu maka tidaklah mereka menambah melainkan menimbulkan masa’alah dan menabur fitnah dan cacian terhadap kamu malahan dikalangan kamu ada yang mendengar mereka pastinya Allah mengetahui siapa yang zalim.
    9:48 Sesungguhnya mereka mencari-cari fitnah sejak dahulu dan memutar-belitkan urusan hingga menghasilkan kebenaran yang Allah zahirkan bagi segala urusan malahan mereka itulah orang yang Dia benci.
    9:49 Dan diantara mereka yang berkata izinkan kami dan jangan mendakwa kami dan jangan pilih-kasih diantara kami pasti mereka itu menemui kegagalan malahan jahannama pasti meliputi mereka.
    9:50 Jika kebaikan menimpa kamu, mereka resah dan jika musibah menimpa kamu mereka berkata kami telah mengambil amaran sejak dahulu dan mereka berpaling dari kamu malahan mereka bergembira dengannya.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  11. Kemana hilangnya ayat 1 - 10 kena 'hijack' ke? ni ganti;

    9:1 Penentuan/baara-tun daripada Allah dan rasulnya dan bagi orang yang kamu adakan perjanjian dari kalangan orang yang sekutu.
    9:2 Maka mengembaralah kamu dibuminya empat bulan dan ketahuilah kamu tidak dapat melemahkan Allah malahan Allah yang pasti dapat melemahkan orang yang tidak percaya.
    9:3 Dan suatu pengumuman dari Allah dan rasulnya bagi manusia pada hari cabaran besar bahawa Allah berlepas diri dari orang yang sekutu dan rasulnya dan jika kamu bertaubat dianya keutamaan bagimu dan jika kamu berpaling maka ketahuilah kamu tidak melemahkan Allah sedikit pun malahan telah diperjelaskan kepada orang yang tidak percaya yang azab Allah tersangat dahsyat.
    9:4 Kecuali kamu membuat perjanjian dengan orang yang sekutu kemudian mereka tidak mungkiri kamu dan tidak membantah sesiapa diantara kamu maka tunaikan janjimu dengan mereka apabila sampai tempoh yang ditetapkan malahan Allah mencintai orang yang prihatin.
    9:5 Dan apabila tamat tempoh bulan larangan maka hapuskan orang yang sekutu apabila kamu menemui mereka dan tangkap dan tahan dan intip pergerakan mereka disegenap tempat dan jika mereka bertaubat dan melaksanakan kewajipan dan menunaikan kemurnian mereka maka beri laluan bagi mereka malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    9:6 Dan jika sesiapa dari orang yang sekutu meminta perlindungan darimu maka lindungilah mereka supaya dapat mereka mendengar kalimah Allah kemudian kembalikan mereka kepada tempat aman demikianlah layanan bagi kaum yang tidak mengetahui.
    9:7 Mana mungkin orang yang sekutu adakan perjanjian dengan Allah dan rasulnya melainkan orang yang mengadakan perjanjian denganmu bagi mematuhi laranganya dan jika mereka prihatin maka prihatinlah kamu dengan mereka malahan Allah mencintai orang yang prihatin.
    9:8 Mana mungkin mereka menyokong malahan mereka tidak pedulikan dan tiada persetujuan yang menyenangkan dari mulut/hati mereka malahan mereka menolak kamu dan kebanyakan dari mereka fasik.
    9:9 Mereka menilai ayat-ayat Allah dengan nilai terendah dan menghalangi dijalan Allah malahan sangat buruk apa yang mereka lakukan.
    9:10 Mereka tidak pedulikan orang yang amanah malahan tiada persetujuan dari mereka maka mereka itulah orang yang melampaui batas.
    Sekian.

    ReplyDelete