Kedamaian Untuk Semua,
Gerakan yoga secara asasnya di praktis oleh kebanyakkan agama-agama besar dunia.
Dari agama pertama dunia iaitu Hindu melalui postur Hatha Yoga ;
Agama Hindu berkembang berbelas tahun
sebelum agama-agama lain
Kepada serpihan Hindu melalui agama Buddha, yang menjadi anutan tanah-tanah di timur benua India ;

sebelum agama-agama lain
Kepada serpihan Hindu melalui agama Buddha, yang menjadi anutan tanah-tanah di timur benua India ;
Kemudian digunapakai oleh agama adik kembarnya iaitu Zoroastrianism kira-kira 8000 tahun dahulu.
sama tapi masih ramai tidak mahu mengaku ia serupa..
Gah Worship ini dilakukan lima kali sehari
berpandukan kepada gerakan matahari.
solat jenazah zoroastrianism
kepada batu jugak yang manusia serahkan
jiwa dan raga
Juga dikongsi oleh tamadun-tamadun besar dunia yang lain ;

Kemudiannya oleh orang-orang Yahudi melalui Kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru iaitu melalui agama Judaism dan Nasara kira-kira 2500 tahun dahulu.
Maka, di sebalik semua ini adalah tidak munasabah jika masyarakat kita mempercayai bahawa Tuhan secara khusus menurunkan "Ritual Solat" kepada Nabi Terakhir seperti yang kita amalkan sekarang.
Sedang informasi-informasi di hadapan kita menunjukkan dengan jelas bagaimana masyarakat lain terlebih dahulu mempraktikkannya.
Agama yang masyarakat kita amalkan baharu berusia lebih kurang 1400 sahaja.
Ia adalah antara agama termuda jika dibandingkan dengan agama-agama lain.
Maka sudah tentulah di dalam sejarah awal penubuhan sistem agama ini para pemain terawalnya berkemungkinan besar mengembara dan melihat rakan agamawan mereka yang lain sedang mengamalkan ritual-ritual yoga ini terlebih dahulu.
Mereka kemudiannya memasukkan ritual ini ke dalam theologi agama mereka yang masih muda bersama-sama dengan perkataan "suci" maka kini semuanya menjadi tidak lagi boleh dipertikaikan
Perkara ini diterangkan tanpa bukti kukuh melainkan memaksa khalayak mempercayainya secara halus yakni dengan menggelar sesiapa yang cuba membantah dengan gelaran sesat, kafir dan murtad.
Ramai yang cuba mempertikaikan perkara ini dikenakan tindakan samada secara undang-undang atau dipencilkan dari masyarakat sekelilingnya.
Saya percaya, postur yoga ini sememangnya memberi manfaat kepada manusia sejagat dengan melicinkan aliran perjalanan darah ke bahagian tubuh yang memerlukan.
Aliran ini akan membawa oksigen bersama-sama dengannya, seterusnya menyihatkan bahagian tubuh berkenaan.
Tetapi, menyatakan secara paksa bahawa gerakan ini perlu dibuat sebagai "ibadah" kepada Tuhan adalah sesuatu yang keterlaluan.
Tidakkah kita tahu bahawa Tuhan adalah Maha Kaya yang tidak memerlukan sesuatu dari makhluk ciptaanNya ?
Jika kita membuat gerakan ini, ia hanya memberi manfaat kepada diri kita sendiri sahaja bukan untuk Tuhan.
"Sesiapa berjuang, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam" AQ 29:6
Dengan meledaknya era internet, kini segala-galanya tidak dapat ditutup lagi.
Kita perlu berfikir dengan lebih mendalam. Selain dari mengelak diri dari cepat menghukum pemikiran rakan masyarakat kita yang lain.
Jika kita membuka mata dan sedikit dari minda kita, kita akan mengakui bahawa di dalam dunia sekarang, masyarakat Kristian di baratlah yang paling ke hadapan. Mengapakah ia terjadi sedemikian ?
Ini adalah kerana masyarakat Kristian barat saat ini mengadaptasi prinsip-prinsip Al Quran di dalam kehidupan mereka.
Terutamanya prinsip-prinsip seperti di tiga keterangan-keterangan berikut ;
"Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling
baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk
kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya
minda" AQ 39:18
"Wahai orang-orang
yang percaya, apabila dikatakan kepada kamu, "Adakanlah ruang dalam
perhimpunan", maka adakanlah ruang, dan Allah akan adakan ruang untuk kamu;
dan apabila dikatakan, "Bangunlah kamu", maka bangunlah, dan Allah akan
naikkan darjat orang-orang antara kamu yang percaya dan yang diberi
pengetahuan. Dan Allah sedar apa kamu buat" AQ 58:11
"Wahai orang-orang yang percaya,
taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul (utusan), dan orang-orang yang dalam
urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada
Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik,
dan kesudahan yang lebih baik" AQ 4:59
Masyarakat Kristian barat menggunapakai prinsip sebuah negara demokrasi yang progresif serta menghormati kebebasan berfikir persis di tiga keterangan seperti di atas.
Mereka sudah lama membuang ideologi Bible melainkan hanya segelintir sahaja yang masih meneruskan pemikiran sebegitu.
Mereka menghidupkan dan percaya kepada prinsip Al Quran tanpa mereka sedari lalu masyarakat ini dijanjikan Allah dengan kejayaan.
Mereka tidak lagi menghukum pemikiran orang lain, sebaliknya berdebat mengenainya untuk mendapat jawapan yang terbaik sebelum menyerapnya sebagai pengetahuan di dalam masyarakat mereka.
Saudara dan saudari para pembaca yang dihormati sekalian, bukanlah saya seorang yang anti masyarakat Islam atau pro-barat.
Saya adalah seorang yang sangat ingin menyaksikan negara kita menjadi maju serta berteknologi tinggi seperti negara maju yang lain.
Untuk melakukannya kita perlu melakukan anjakan paradigma, iaitu menukar cara berfikir kita.
Membuang semua pemikiran lama dan mendorong serta mencetus daya pemikiran baru.
Janganlah kita mengguna agama demi melangsungkan sebuah pemikiran yang begitu jumud dan tertutup yang terpinggir dari arus kemodenan dunia lalu kita bertegas menyatakan bahawa kitalah kumpulan terpilih.
Tidakkah kita nampak bahawa Tuhan sedang menjatuhkan azab kepada kumpulan kita disebabkan ketidakmahuan kita berfikir ?
Ashwed
