Thursday, 11 January 2018

Politik : Perkara 3 - Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Kedamaian Buat Semua,

Pada beberapa bulan lepas, saya dikunjungi seorang veteran Al Quran.

Beliau adalah bekas ahli korporat yang amat dikenali di zamannya. 

Kami banyak berbicara mengenai kehidupan, diselang-seli dengan cerita-cerita  mengenai rakan-rakan Al Quran lain yang sudah sekian lama saya tidak sertai.

Pesan beliau yang akan sentiasa saya ingati ialah supaya saya mengambil langkah-langkah yang pro-aktif agar tidak terperangkap tinggal di dalam satu daerah pemikiran sahaja sepanjang hidup saya.

Beliau adalah seorang yang percaya kepada slogan "bikin" bukan "gebang" iaitu suatu metod pragmatik untuk mengecapi jannah.

Di dalam perbualan kami itu, entah macamana saya berjanji untuk menulis sebuah artikel mengenai Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan Malaysia usai perbincangan mengenai isu dobi mesra muslim di Johor.

Oleh yang demikian, bagi memenuhi janji, saya nukilkan serba sedikit buah fikiran saya mengenai Perkara 3 dan mengapa terdapat beberapa pihak di negara ini telah melampaui kuasa (ultra vires) yang diberikan undang-undang kepada mereka.

Agama bagi Persekutuan
 
3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
 
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
 
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
 
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
 
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Persekutuan

Persekutuan Malaysia adalah terdiri dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat, Sabah dan Sarawak yang membuat Perjanjian untuk bersekutu membentuk Malaysia.

Sebelum negeri-negeri ini membentuk Persekutuan, rakyat di negeri-negeri ini adalah menjadi subjek Sultannya (Sarawak di bawah Rajah) kecuali Negeri-Negeri Selat dan Sabah yang menjadi subjek Ratu England.

Ini bermakna jika Persekutuan Tanah Melayu tidak terbentuk, kita hanya layak di gelar sebagai rakyat Selangor, Kelantan, Terengganu atau Pahang dll sahaja bukan sebagai rakyat Malaysia. 

Kepala bagi Persekutuan adalah Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih secara bergilir di antara 9 Sultan negeri-negeri Tanah Melayu.

Kita mengamalkan Demokrasi jenis Raja Berperlembagaan di mana kuasa Raja-Raja Melayu yang dulunya tidak terbatas kini dibataskan melalui Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. 

Perlu diingat bahawa apa yang saya tulis di ruangan hanyalah sejarah ringkas Persekutuan Malaysia sahaja tanpa mengambil kira sejarah-sejarah yang lebih terperinci pra kurun ke-20.

Perlembagaan Persekutuan

Selepas membentuk Persekutuan Malaysia, negeri-negeri ini bersetuju untuk menggunapakai Perlembagaan Persekutuan sebagai garisan utama undang-undang yang mengawal pentadbiran dan rakyat yang hidup di dalamnya.

Pada artikel ini, saya tidak bercadang untuk pergi jauh membincangkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, tetapi sekadar berbincang mengenai realiti Artikel 3 Perlembagaan tersebut sahaja.

Untuk memudahkan pemahaman, elok kita ketahui bahawa di dalam memerintah Persekutuan Malaysia. Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri dibahagi kepada bidang kuasa masing-masing.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan berdasarkan Senarai Persekutuan adalah seperti berikut :-
1) Hal-ehwal luar negara: Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra.
2) Pertahanan negara: Kementerian Pertahanan
3) Keselamatan dalam negeri: Jabatan Polis, Imigresen.
4) Undang-undang dan kehakiman/keadilan: Mahkamah Awam Sivil dan Jenayah.
5) Kewarganegaraan persekutuan: Jabatan Pendaftaran Negara.
6) Jentera Kerajaan: Kementerian, jabatan dan agensi awam
7) Kewangan: Kementerian Kewangan, Bank Negara, Perbendaharaan Negara.
8) Perdagangan dan perusahaan: MITI, MATRADE
9) Perkapalan dan pelayaran; Perikanan: Kementerian Pengangkutan.
10) Perhubungan dan Pengangkutan: Kementerian Pengangkutan.
11) Kerja-kerja persekutuan: Kerja Raya dan Pembekalan utility.
12) Kerja penyelidikan/siasatan: Bancian , penyelidikan sains dan teknik
13) Pelajaran: Pelajaran Persekutuan.
14) Ubat dan kesihatan: Kementerian Kesihatan.
15) Buruh dan Keselamatan social: Kementerian Tenaga Manusia dan Jabatan Buruh.
16)Hari Pelepasan Persekutuan: Jabatan Perdana Menteri
17) Akhbar dan penapisan: Kementerian Keselamatan
18) Syarikat Kerjasama: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
19) Pelancongan: Kementerian Pelancongan
20)Kebajikan orang asli: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Pembahagian Kuasa perundangan berasaskan Senarai Bersama :-
1) Kebajikan Masyarakat
2) Biasiswa
3) Ternakan
4) Perlindungan binatang dan burung liar.
5) Perancangan Bandar dan kampung.
6) Pemaritan dan pengairan
7) Pemulihan tanah perlombongan
8) Pemulihan tanah perlombongan.
9) Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar.
10) Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit.
11) Perumahan.
12) Kebudayaan dan sukan.

Pembahagian Kuasa Perundangan berasaskan Senarai Negeri :-
1) Hal ehwal agama Islam
2) Tanah
3) Pertanian dan Perhutanan
4) Kerajaan Tempatan
5) Jentera pentadbiran kerajaan negeri
6) Kerja-kerja negeri dan kerja air.
7) Hari kelepasan negeri .
8) Penyu dan menangkap ikan di sungai.
9) Siasatan bagi maksud negeri
10) Persekutuan, muzium serta rekod purbakala dan sejarah.
Dari senarai bidang kuasa yang tertera di atas, dapatlah kita hadam bahawa kuasa tertinggi mengenai Agama Islam dan segala apa yang berkaitan dengan pentadbirannya adalah di bawah kuasa mutlak Sultan.
Sementara negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan serta wilayah-wilayah persekutuan, kuasa mutlak mengenai Islam adalah terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang boleh digunapakai untuk membuktikan konsep agama sebenarnya adalah ciptaan manusia semata-mata.
Oleh kerana ia dicipta oleh manusia, maka ia perlu diketuai oleh manusia. Ini dibuktikan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan apabila ia melantik manusia untuk mengetuai pengawalan pentadbiran agama ini.
Jikalah benar pernyataan yang sering digunapakai oleh agamawan bahawa Islam adalah agama Allah, maka kenapa ia tidak diketuai oleh Allah jua ? 
Dengan meletakkan seorang manusia menjadi ketua kepada agama Allah ini tidakkah kini kita menjatuhkan kedudukan Allah kepada tahap dewa-dewi kayangan sahaja.
Di tangan manusia, Allah yang Maha Berkuasa ini dihadkan kuasanya sekadar bait-bait lembaran dokumen undang-undang sahaja. 
Penguasa utama yang berkuasa penuh kepada agama Allah ini sebenarnya adalah Raja yang memerintah negeri masing-masing.
Oleh kerana Raja-raja ini berkuasa penuh mengenai agama Islam maka dari segi undang-undang mereka boleh sahaja mengisytiharkan bahawa "ibadat puasa" bulan Ramadhan boleh sahaja dilakukan pada bulan Zulhijah dengan menggazet perisytiharan ini di Dewan Undangan Negeri mereka. Tidakkah begitu ?
Tetapi, adakah ia sebenarnya begitu ? Adakah benar Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam negeri masing-masing dengan kuasa mutlak ?
Fait Accompli 
Tanpa mereka sedari, (atau mungkin sahaja mereka sedar tetapi terpaksa mendiamkan diri) yang sebenarnya berkuasa mengenai Agama Islam bukanlah Raja-Raja Melayu tetapi para ustaz yang berceramah di serata pelusuk tanah air. 
Terutama para ustaz popular dan mempunyai bakat besar melawak, seterusnya menjadikan mereka pakar membuai perasaan orang Melayu.
Tidakkah anda sedar di mulut merekalah terletak kuasa tradisi agama Islam.
Apa sahaja yang mereka katakan menjadi undang-undang senyap di kalangan penganut agama Islam.
Undang-undang senyap ini membentuk mentaliti yang memasung segala tindak-tanduk dan pemikiran penganut Agama Islam.
Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang keluar dari mulut seorang "penggubal" undang-undang senyap ini.
http://www.1clickdaily.com/Azhar-Idrus-Wanita-Islam-Tak-Boleh-Bergambar-Di-Kedai-Bukan-Islam-3873120.html
Tanpa perlu korum. Tanpa perlu sidang dewan. Tanpa perlu bertanding untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang melayakkan seseorang menggubal undang-undang.
Dengan kuasanya yang ada pada mulutnya beliau menggubal satu undang-undang senyap.
Saya sangat percaya, pasti ada mangkuk hayun yang menganggap apa yang keluar dari mulut ustaz ini adalah undang-undang Allah tanpa usul periksa.
Si ayah mula melarang keluarga masing-masing dari bergambar di kedai gambar bukan Islam. 
Mungkin ada ahli keluarga itu yang mahu membantah tapi resam melayu yang tidak mahu berkonfrontasi, malas mahu bergaduh maka diikutkan sahaja larangan tersebut.
Lama kelamaan ia  menjadi tradisi yang diikuti oleh keturunan keluarga itu. Yang pada akhirnya membentuk mentaliti dan kekangan halimunan yang sangat sukar untuk dipecahkan oleh generasi yang seterusnya.
Nah ! Pernahkan ustaz ini mendapat mandat dari Sultan negerinya sebelum mengeluarkan undang-undang ini ?
Tidak. Sama sekali tidak. Beliau cakap ikut sedap mulut dia pada malam itu sahaja.
Sedangkan Sultan yang memerintah, sebelum baginda mengeluarkan apa-apa dikri mengenai hal-hal yang berkaitan Agama Islam, baginda perlu duduk bersidang dengan penasihat-penasihat di Majlis Agama Negeri.
Setelah duduk bersidang dan mendapat persetujuan baharulah Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam negeri boleh mengeluarkan kenyataan yang melibatkan para penganut Agama Islam.
Maka kini, anda bolehlah membuat andaian siapakah sebenarnya lebih berkuasa di dalam soal Agama Islam. Sultan Negeri Terengganu atau Ustaz Azhar Idrus ?
Sudah sekian lama, ustaz-ustaz ini menggunakan taktik sebegini di dalam memaksa penganut Agama Islam mengenepikan kuasa Sultan.
Taktik ini dinamakan fait accompli, sebuah frasa Bahasa Perancis.
Ia bermaksud "A thing that has already happened or been decided before those affected hear about it, leaving them with no option but to accept it".
Kadang-kadang tanpa segan silu mereka menyanggah pula titah Sultan mengenai Agama Islam.
Alasan yang diberi kononnya mereka menyampaikan amanat Allah seolah-olah Allah itu bapa mereka yang baharu mereka jumpa masa sarapan pagi tadi.
http://gigitankerengga.blogspot.com/2017/10/zamihan-selar-sultan-johor-bidas-cina.html
Jikalah Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam negeri, wakil Allah di bumi negeri masing-masing pun ustaz-ustaz ini tidak hormat.
Maka, siapakah yang sebenarnya "maha berkuasa" mengawal kehidupan penganut Agama Islam ? Sultan atau para ustaz. Jeng Jeng Jeng .... 
Ashwed

Sunday, 7 January 2018

Melayu, Dulu Hindu .. Sekarang Hindu 2

Kedamaian Buat Semua,

Tidak lama dahulu saya pernah menulis mengenai isu ini. Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2017/08/melayu-dulu-hindu-sekarang-hindu.html

2, 3 hari lepas terima kasih kepada blog Outsyed The Box, saya baru sedar bahawa orang Melayu benar-benar meminum air kencing binatang iaitu binatang dari jenis unta.

Sebenarnya sudah lama saya mendengar mengenai perkara ini. Namun, saya hanya menganggapnya sebagai mitos dengan niat jahat. Takkan lah begitu melampau sekali perbuatan orang melayu, sangka saya.

Sangkaan saya meleset. Sesungguhnya, orang melayu benar-benar melampau diakibatkan agama.

Hanya setelah terdapat jemaah umrah/haji Malaysia yang dijangkiti virus MERS-CoV yang mengakibatkan penyakit berkaitan respiratory, baharulah Kerajaan Malaysia melalui, Kementerian Pelancongan mengeluarkan kenyataan melarang jemaah mengunjungi ladang unta (masih berkias. Malu agaknya mahu mengakui bahawa orang melayu minum air kencing unta)

Perbuatan meminum air kencing binatang ini sebenarnya sudah pun dilakukan oleh rakan agama orang melayu yang lain iaitu oleh mereka yang mengikuti ajaran agama Hindu.

Perbuatan ini tidak lain tidak bukan timbul dari sifat kecintaan yang tinggi terhadap binatang tersebut

Sifat obses ini mengakibatkan mereka gagal mencerna logika sistem alam. Di mana segala toksin dan kotoran dari badan di buang dari badan melalui sistem kumbahan semulajadi iaitu melalui air besar dan air kecil.

Secara logiknya, air besar dan air kecil atau bahasa kotornya kita gelar tahi dan kencing mengandungi segala toksin, bakteria, virus dan segala kotoran yang dibuang dari badan.

(Boleh sahaja minta para saintis melakukan eksperimen terlebih dahulu mengenai perkara tersebut sebelum mempercayai logik yang diutarakan blog ini)

Semalam saya menayangkan video perbuatan melampau Ustaz Bachtiar meminum air kencing unta kepada anak saya hanya untuk mendengar apa komen beliau.

Belum sempat habis video tersebut, beliau mengeluarkan pendapat. "Makan babi tak boleh, minum air kencing unta boleh pulak ?". 

Saya hanya tersenyum mendengar pendapat tersebut sambil merasakan sifat critical thinking yang saya tanamkan kepada anak-anak saya nampaknya membuahkan hasil.

Video mengenai meminum air kencing unta tersebut membuktikan kebenaran teori saya bahawa Melayu masih Hindu.


Orang Hindu melakukannya kerana mereka menganggap lembu adalah Tuhan.

Agaknya apakah alasan paling munasabah yang boleh diberikan oleh orang melayu mengenai perkara ini.

Jikalah kita manusia melayu sanggup minum air kencing unta dan hindu air kencing lembu. Apakah sebenarnya status akal kita jika mahu dibandingkan dengan binatang-binatang itu ?

Siapakah yang lebih bijak. Lembu, unta atau manusia melayu dan hindu ?

Setakat hari ini saya belum lagi berjumpa unta atau lembu minum air kencing manusia ?

Selembu-lembu lembu dan seunta-unta unta mereka masih belum minum air kencing sendiri apatah lagi air kencing manusia. Agaknya mereka lebih memahami sistem alam (sunnatullah) daripada manusia.

A179 

"Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai" AQ 7:179     

Perumpamaan "bodoh macam lembu" perlu diberikan dinamik yang lebih segar nampak gayanya.

Ashwed  

Friday, 5 January 2018

Doa Awal Tahun

Kedamaian Buat Semua,

"PELIHARALAH KAMI DARI KEB_D_HAN YANG MELAMPAU"



  

Mungkin bagi para pembaca yang baru pertama kali membaca blog ini merasakan saya mempunyai pemikiran prejudis memandangkan fahaman saya yang berbeza.

Untuk itu, saya sertakan di sini video dari seorang agamawan popular yang sering memberi ceramahnya di tanahair kita.


  

Saya rasa tak perlu pun kita mendengar Ustaz Azhar Idrus memberi jawapan sarkastik sebegini baru masyarakat kita boleh berfikir. Jika ditanya kepada anak saya yang masih di pra-sekolah pun, saya pasti beliau boleh memberi jawapan yang munasabah.

Ke manakah perginya daya pemikiran kita sehingga sampai begitu teruk sekali kita dikorupkan oleh agama ciptaan manusia ?

Mula-mula memang ketawa bila melihat video di atas. 

Lama sedikit ia menyebabkan kita berfikir. 

Lebih lama kemudian, ianya pasti membuatkan kita menjadi sedih dan pilu melihat masyarakat yang tentunya terdiri dari ibu-bapa, adik-beradik, keponakan, orang kampung kita menjadi sebegini.

Ashwed
 

What Do You See ?

Kedamaian Buat Semua,


Image result for logik brings you from a to b imagination get you everywhere

Musim persekolahan 2018 sudah bermula. Ramai ibubapa yang sedang sibuk melayan kerenah anak-anak pada minggu ini.

Saya sendiri melayan kerenah 4 orang anak. Seorang di sekolah menengah sementara 3 lagi masih bersekolah rendah.

Dalam suasana ini, saya kira ramai ibubapa yang sudah mengeluarkan belanja untuk membeli persiapan persekolahan anak masing-masing.

Apakah perasaan anda jika sekiranya kasut sekolah yang anda beli untuk anak-anak pergi mencari ilmu pengetahuan dianggap begini ?


Inilah imaginasi orang-orang yang terlalu banyak berpra-sangka. Mereka berimaginasi bahawa semua perkara merujuk kepada fahaman mereka.

 A004
"Apabila kamu lihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan! AQ 63:4 - terjemahan E-Bacaan

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?  AQ 63:4 Terjemahan Surah.My

# Sengaja saya letakkan dua terjemahan dari 2 fahaman berbeza untuk perbandingan para pembaca.
Benarlah kata seorang rakan peguam saya "If you look close enough, you will imagine a lot of weird things".

Mari kita buktikan kata-kata beliau dengan menguji diri sendiri. Apakah yang anda boleh lihat dari gambar di bawah ini ;








Image result for pictures from the natural world that looks like sex object 



Sesungguhnya imaginasi kita memberitahu apakah yang selalu berada di fikiran masing-masing. Lol ....


Ashwed

Saturday, 30 December 2017

Selamat Datang Ke Tahun 2018

Kedamaian Buat Semua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU.

Sudah 2000 tahun berlalu dari Zaman Isa. Begitu juga sudah 1400 tahun berlalu dari Zaman Nabi Terakhir.

Hakikatnya, bumi ini berusia lebih dari 2000 tahun iaitu kira-kira 6 billion tahun. Jika dibandingkan di antara 6,000,000,000 tahun dengan 2000 tahun umpama sezarah habuk sahaja besarnya.

Begitulah perumpamaan tamadun yang kita jalani ini. Sangat kecil jika dibandingkan dengan usia bumi ini.

Namun, tidaklah dapat kita nafikan bahawa manusia telah mencapai kemajuan sains dan teknoloji yang sangat hebat. Sehinggakan idea untuk berkoloni di Planet Marikh sedang cuba ditetas.

Sedang bangsa-bangsa di seantero dunia mara ke hadapan dengan ciptaan-ciptaan dan idea-idea yang membawa faedah kepada kemanusiaan, masih terdapat manusia di Nusantara dan beberapa tempat lain di dunia ini yang masih mabuk berkhayal dengan video-video seperti di bawah. Video ini dibuat secara troll untuk mentertawakan tahap pemikiran pelampau agama.

Semoga kehidupan harian kita tidak berhadapan dengan manusia yang sebegini dan semoga kita tidak dikuasai oleh pemikiran sebegini.

Selamat Datang Tahun 2018.




Ashwed