Tuesday, 12 January 2016

Mesej

Di ruangan komentar blog ini kadang-kadang lahir mini debat di antara para pembaca blog.

Seperti yang telah saya perkatakan, blog ini mengambil posisi untuk menyiarkan apa sahaja mesej yang diterima dari para pembaca tidak kira ianya negatif atau positif iaitu yang menerima atau menolak hujah saya.

Jika ada komentar yang terpadam, saya ingin memohon maaf. Saya kurang pasti bagaimana ia terjadi.

Mungkin ianya terjadi secara tidak sengaja memandangkan layar yang kecil apabila saya mengguna telefon pintar.

Saya berpendapat untuk mencari kebenaran yang hakiki kita perlu mendengar semua pendapat.

Dengan aliran kesemua pendapat yang diterima ini kita mengambil pendapat yang paling baik di antara pendapat-pendapat itu.

Namun begitu, khalayak tidak perlu mengguna bahasa kesat, kasar, menyakitkan hati, menyindir atau berbaur kebencian apabila mengeluarkan pendapat.

Ini adalah kerana Tuhan telah memberi akal kepada setiap para hambanya. Dengan akal inilah kita membuat keputusan yang paling muktamad.

Maka sekeras atau sekesat manapun cara kita mengeluarkan pendapat, atau setinggi manapun jeritan kebencian kita semasa kita mengeluarkan pendapat kepada orang lain, akhirnya yang memproses informasi ini adalah akal orang yang sedang kita berdebat itu.

Mungkin kekangan undang-undang tradisi, undang-undang perlembagaan dan adat setempat menyebabkan lawan anda mengiyakan sahaja pendapat yang disampaikan secara kesat, kasar, menyakitkan hati atau menyindir ini.

Namun hakikatnya, lawan anda akan memproses kesemua informasi yang diterimanya tidak kira secara kasar atau lembut di dalam akalnya.

Balik nanti sebelum tidur beliau pasti akan mengenang kembali peristiwa ini, seterusnya mengambil keputusan beliau sendiri menurut apa yang paling baik di akalnya.

Oleh itu, tidakkah anda rasa segala kata-kata kesat, kasar, menyakitkan hati atau menyindir dengan jeritan berbaur kebencian yang paling tinggi ini adalah perbuatan yang sia-sia ?

Tiada sesiapun boleh menukar corak pemikiran orang lain melainkan orang itu sendiri yang mahukan ia begitu.

Sedarlah bahawa "Tiada Paksaan Di dalam Deen".

 A256

"Tidak ada paksaan dalam aturan hidup (deen-i). Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui" AQ 2:256

Pembawa Utusan

Menurut perspektif Al Quran, perkataan Rasul membawa erti Pembawa Utusan atau Messenger.

Apakah yang di bawa oleh mereka ?

Sudah tentulah mereka membawa utusan atau message.

Saya sudah menerangkan perbezaan di antara Nabi dan Rasul di sini; http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/nabi-aqeemu-sollah-dan-zakkah.html

Namun, Informasi yang kita terima sejak zaman berzaman telah memutar kebenaran mudah ini.

Oleh sebab itu, kita mengguna keterangan ini dengan pandangan yang terhad

 A080


"Sesiapa taati Rasul, sesungguhnya dia taati Allah; dan sesiapa berpaling, maka Kami tidak utus kamu untuk jadi penjaga kepada mereka" AQ 4:80

Kebiasaanya kita menggunapakai keterangan ini untuk menjelaskan keperluan mentaati Nabi Terakhir yang kita mahu kenali namanya sebagai "Muhammad".

Bagaimana untuk mentaati Nabi ini pula kita kata ialah dengan mengikuti suatu ilmu yang kita kenali sebagai Hadis dan Sunnah.

Namun, cuba kita tanya diri sendiri akan maksud keterangan AQ 4:80 ini.

Jika maksud Rasul ialah Messenger dan Rasul pula bilangannya terlalu ramai maka Rasul yang mana yang perlu kita taati ?

Jika pun kita mahu menerima pengertian maksud Rasul juga secara bahasa merangkumi para Nabi, maka tanyalah kepada diri sendiri, Nabi mana ?

Jika Nabi Terakhir sendiri diperintahkan supaya mengikuti Nabi Ibrahim, maka kenapa pula kita tidak mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim ?

 A123



"Kemudian Kami wahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan" AQ 16:123

Begitu juga jika kita mengatakan bahawa kita mengikuti Nabi Terakhir kerana bagindalah yang paling di hormati di antara Nabi-Nabi. 

Maka kenapa pula Al Quran memberitahu bahawa yang paling dihormati di antara para Nabi ialah Nabi ini yang dihormati di dunia dan "akhirat" ;

A045 

"Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah beri kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan" AQ 3:45

Jadi jujurlah kepada diri sendiri, apakah alasan sebenar kita ?

Jika kita mengatakan bahawa ia adalah kerana Nabi Terakhir ini diperintahkan Tuhan untuk membawa syariat kepada umat akhir zaman.

Syariat ini pula berbeza dengan syariat-syariat yang diturunkan kepada Nabi-Nabi di lain zaman.

Maka kenapa pula Al Quran memberitahu begini ;


A013 

"Dia syariatkan bagi kamu sebagai aturan hidup (deen-i) apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah aturan hidup (deen-na), dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan" AQ 42:13

Apakah jawapan anda sebenarnya ?


Perhatikan keterangan-keterangan ini ? Apakah persamaan di antaranya yang kita diperintahkan untuk taati ?

A059

"Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik" AQ 4:59

A061 



"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul", kemudian kamu lihat orang-orang munafik halangi kamu dengan halangan yang keras" AQ 4:61

 A069


"Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!" AQ 4:69

Ketaksuban

Manusia secara amnya mempunyai perasaan ingin mengambil orang lain sebagai idola.

Seringkali terjadi kisah hidup idola mereka ini akan ditokok tambah untuk menambah tahap ketaksuban kumpulan mereka.

Bayangkan jika ada 2 atau 3 kumpulan yang mempunyai idola berbeza dengan ketaksuban berbeza.

Masing-masing mahu berkeras bahawa idola merekalah yang paling hebat, paling benar dan paling suci dari idola kumpulan lain.

Pengikut 2 atau 3 kumpulan ini bukan di dalam bilangan 20, 30 orang tetapi berbillion manusia yang membentuk kependudukan dunia.

Secara amnya apakah yang anda rasa akan terjadi kepada pertembungan kumpulan ini ?

Pada mulanya mungkin kumpulan yang berbeza ini dapat mengikuti cara pertentangan atau perdebatan yang bertamadun.

Namun, pasti dari jumlah berbillion manusia ini akan ada individu yang secara sengaja menjerumus kepada kata-kata keras, kesat atau menyindir dan berbaur kebencian untuk menang hujah.

Akhirnya dari perdebatan intelektual yang bertamadun ia menjadi satu pertembungan yang akhirnya menjadi fizikal sehingga menitiskan darah.

Itulah yang terjadi di dalam sejarah ketamadunan dunia.

Kumpulan-kumpulan ini tidak dapat menerima bahawa semua orang mempunyai kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan.

Adakah kita masih belum dapat belajar dari sejarah ?

Kesimpulan

Para pengikut Judaism mengatakan Musa-lah yang paling benar.

Para pengikut Kristianiti pula mengatakan bahawa Isa-lah yang paling benar.

Manakala pengikut Islam pula mengatakan Muhammad-lah yang paling benar.

Jawapan yang anda cari sebenarnya bukan terletak kepada nama-nama ini atau susuk batang tubuh mereka.

Tidakkah kita terfikir bahawa mereka ini adalah Pembawa Utusan / Messenger dari Tuhan yang satu. 

Dari sumber yang satu sudah pasti mesej yang mereka bawa sewajarnya adalah satu.

Jadi saudara semua, yang kita cari dan kita benarkan bukan Musa atau Isa atau Muhammad, tetapi yang kita benarkan ialah MESEJ MEREKA. 

Inilah persamaan yang kita cari. Kita ikuti para Rasul/Pembawa Utusan/Messenger ini dengan MENTAATI MESEJ MEREKA.

Lantas, tanyalah kepada diri sendiri, ADAKAH ANDA SUDAH MENDAPAT MESEJ ITU ?


A031




"Katakanlah, 'Jika kamu cintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan cintai kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih.'" (3:31)

Keterangan di atas dengan jelas mengkehendaki kita mengikuti mesej yang di bawa oleh Nabi Terakhir. Di manakah baginda merekodkan mesej-mesej yang dibawanya ? 

Adakah baginda Nabi Terakhir ada mencatat buku lain selain Al Quran ?

Tetapi, manusia tetap mahu mengambil susuk individu untuk mereka taksubkan. 

Walaupun mereka tahu individu tersebut makan, minum, tidur, buang air besar, buang air kecil dan mati sama seperti mereka.

 A165

"Tetapi ada manusia yang ambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang buat kezaliman dapat lihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab." (2:165)

Apabila di hati kita ada selain dari Tuhan, Zat Asal Yang Mencipta dan Pemelihara yang kita agongkan dan ikuti sebagai pemimpin maka sedarlah bahawa kini kita sebenarnya memuja dua tuhan.

A051

"Allah berkata, "Janganlah ambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada-Ku-lah kamu berasa gerun." AQ 16:51

Ashwed

Friday, 8 January 2016

Kekayaan lawannya Kecukupan

Salamun 'Alaykum rakyat Malaysia.

Sudah agak lama blog ini bersiaran.

Untuk pengetahuan semua, blog ini di dedikasikan untuk pengkajian Al Quran.

Apabila kita menyebut mengenai Al Quran tentu ramai yang menyangka bahawa pastinya blog ini ditujukan khas kepada Umat Islam sahaja.

Kesimpulan sebegitu adalah sangat salah. 

Blog ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia yang boleh memahami Bahasa Melayu mudah, tidak kira etnik atau agama.

Ini adalah kerana Al Quran memberitahu bahawa dirinya ditulis kepada semua manusia.


A138 

"Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa" AQ 3:138



    A087 

" Ia, tidak lain, melainkan Peringatan bagi semua alam" AQ 38:87


    A052 

"Dan tiadalah ia, melainkan Peringatan bagi semua alam"AQ 68:52

A052

"Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka tahu bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang empunya minda mengingati" AQ 14:52


Tidak kira samada anda orang Arab, Inggeris, Melayu, Cina, India, Senoi, Iban. Begitu juga sekiranya anda Kristian, Muslim, Hindu, Judais, Buddhist, Jains, Sikh dan lain-lain agama. Al Quran diturunkan untuk kegunaan anda.

Ianya bukan milik eksklusif orang Islam.

Itulah sebabnya fakta dan prinsip di dalam Al Quran adalah berbentuk universal.

Oleh kerana itu, kita tidak boleh kata bahawa sekian, sekian keterangannya tidak ditujukan kepada kita.

Perkara ini selalu menjadi hujah mudah umat Islam. Ini adalah self denial.

Sebagai contoh bila diutarakan keterangan berikut orang Islam akan mengatakan bahawa ia tidak ditujukan kepada mereka.

Menurut mereka keterangan ini ditujukan khas kepada penganut Judaism dan Kristianiti sahaja.

Quran, Surah At-Tauba, Ayat 31

"Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan" AQ 9:31

Pada mulanya mereka mengakui bahawa Al Quran ditujukan kepada seluruh manusia.

Tetapi pada keterangan di atas tiba-tiba mereka iaitu orang Islam bukan lagi spesis manusia homo sapien lantas keterangan di atas bukan untuk mereka.

Mereka mungkin menjadi adiwira pada ketika itu ... Sedangkan ia jatuh tepat di batang hidung mereka.

Kerohanian

Beberapa pembaca blog ini mencadangkan supaya saya menulis lebih banyak mengenai aspek kerohanian.

Sememangnya tujuan besar blog ini ialah menulis tentang aspek kerohanian di dalam kehidupan seharian kita.

Namun, saya merasakan sebelum kita pergi ke aspek tersebut, marhaen perlu disedarkan dari mimpi mereka yang panjang itu.

Apabila semua kita sedar bahawa tiada siapa pun yang lebih suci dari orang lain maka barulah mudah kita berbincang mengenai aspek kerohanian.

Ianya bukanlah perkara senang namun ianya bukanlah mustahil. Jika majoriti bangsa Eropah berjaya melakukannya kenapa kita tidak boleh ?

Oleh kerana itu, untuk artikel kali ini mari kita kaji sedikit mengenai perkataan berlawanan yang biasanya diajar di sekolah-sekolah rendah.

Ketawa lawannya Menangis
Mati lawannya Hidup
Lelaki lawannya Perempuan
Kekayaan lawannya ___________ ?

Apakah jawapan kita kepada perkataan kekayaan ? Secara sekali imbas sudah tentulah kita menjawab kemiskinan, bukan.

Namun, menurut Al Quran, Tuhan tidak pernah menyebabkan hambaNya menjadi miskin.

Mari kita lihat jawapannya di dalam Al Quran iaitu di Surah An-Najm 43, 44, 45 dan 48 ;

A043 

"Dan bahawa Dialah yang jadikan ketawa dan jadikan menangis" AQ 53:43

A044

"Dan bahawa Dialah yang mematikan, dan  yang menghidupkan" AQ 53:44

A045

"Dan bahawa Dia Sendiri yang mencipta dua jenis, lelaki dan perempuan" AQ 53:45

A048

"Dan bahawa Dialah yang beri kekayaan dan yang mencukupkan" AQ 53:48


Ternyata jawaban kita sangat meleset. 

Mungkinkah selama ini kita terjerumus bersikap prejudis terhadap Pencipta kita apabila mengaitkan nasib buruk kita seperti kemiskinan dan kesusahan sebagai disebabkan olehNya ?

Sebagai Pemelihara, Tuhan sentiasa mencukupkan keperluan hambanya.


Persoalannya adakah kita bersyukur dengan pemberian itu ? Jika kita bersyukur dengan berapa sahaja rezeki yang diberikan kepada kita maka kita sentiasa akan merasa cukup.

Dan pembaca yang budiman kecukupan adalah kekayaan yang tidak terhingga yang diberikan kepada hamba-hamba Tuhan yang percaya kepada rahmatNya. Kesemuanya berada di dalam akal kita.

Jika kita sedang hidup di sebuah rumah teres adakah kita merasa miskin dari mereka yang tinggal di sebuah rumah bungalow yang terletak di daerah elit ?

Ya, mungkin dari segi nombor yang tertulis di dalam buku akaun sudah tentu mereka yang tinggal di rumah teres mempunyai jumlah simpanan sedikit dari mereka yang tinggal di rumah bungalow di daerah elit (secara am).

Namun, nilai ini tidak sama jika diambil kira kecukupan di akal kita.

Seseorang yang mempunyai simpanan RM1,000 tetapi kos kehidupan RM 10 sahaja sudah tentu lebih cukup dari mereka yang mempunyai simpanan RM10,000 tetapi kos kehidupan mencecah RM10,010.00.

Inilah kecukupan. 

Namun, perkara ini bukanlah bermakna kita tidak perlu mengubah nasib kita.  

Orang-orang yang percaya kepada prinsip universal Al Quran sudah pasti akan sentiasa mendirikan iltizam atau keazaman (solat) di dalam hidupnya. Keazaman inilah yang pasti membuatkan mereka berjaya.

Iltizam/Keazaman Yang Berisiko

Ramai yang mengambil keputusan mendedikasikan keseluruhan hidupnya untuk "hari akhirat". Mereka mahu memastikan diri mereka masuk ke "syurga".

Bagi saya perkara ini mempunyai beberapa risiko. 

Di India terdapat sekumpulan manusia yang membuang kesemua aspek kehidupan dunia untuk mengejar "akhirat".

Mereka membuat upacara agama setiap masa malah di mulut mereka hanya menyebut nama Tuhan yang mereka pooja. Jika mereka memooja Tuhan bernama Ram maka itulah sahaja sebutan yang keluar dari mulut mereka.

Orang panggil. Mereka jawab Ram. Nak makan sebut Ram. Nak minum sebut Ram. Panggil orang lain sebut Ram. Hanya bahasa tubuh yang membolehkan kita faham maksud mereka.

Cumanya, adakah mereka ini benar-benar pasti bahawa kita sekarang bukan berada di "syurga".

Ketahuilah bahawa Tuhan tidak pernah memberi keburukan kepada kita. Hanya diri kita sendirilah yang menjadikan nasib kita buruk.


A079

"Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi" AQ 4:79

Oleh yang demikian jika sekiranya kita menjadi miskin atau susah. Sedarlah bahawa kemiskinan atau kesusahan itu adalah disebabkan perbuatan kita sendiri.

Jangan sesekali menyalahkan Tuhan kerana Tuhan, Pemelihara kita sudah memberitahu bahawa Dia mencukupkan segala keperluan kita.

Maka benarlah keterangan ini ;

A011 

"Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri. Dan jika Allah hendakkan keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung" AQ 13:11

Dirikanlah keazaman (solat) Sekurang-kurangnya kita tahu yang kita sudah mencuba sedaya upaya kita. Nanti di saat kita dipanggil pulang kepadaNya, bolehlah kita menoleh dan berkata kepada diri sendiri .. I did it my way.



# Kesemua terjemahan Al Quran di artikel ini mengguna terjemahan Othman Ali, Bacaan

Ashwed

Wednesday, 30 December 2015

Hari Natal dan Azam Tahun Baru

Dunia baru merayakan perayaan Hari Natal (dari Bahasa Portugis yang bermaksud kelahiran) dan dalam beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru.

Seperti kebiasaan sudah tentulah ada sahaja agamawan yang menghalang kita dari bersama-sama merayakan festival ini sehinggakan ke peringkat yang lebih ekstrim iaitu tidak membenarkan kita mengucap selamat kepada rakan kita yang merayakannya.

Mungkin agamawan ini tidak mahu membuka pemikiran mereka dengan lebih luas, iaitu kemungkinan terdapat sebuah keluarga, terutamanya di Sabah dan Sarawak (mereka lebih terbuka di dalam soal agama) yang dianggotai oleh mereka yang beragama Islam, Kristian dan lain-lain agama.

Katalah si anak beragama Islam sementara si ibu beragama Kristian, adakah anda mahu anak ini menjadi derhaka kepada ibunya sedangkan Al Quran memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada ibubapa ?


Malah perkataan "ah" pun tidak dibenar untuk dikeluarkan kepada ibubapa, inikan pula bertindak kurang sopan kepada ibu sendiri.

A023
 
“Pemelihara kamu perintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia, hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Samada seorang atau keduanya sudah sampai kepada umur tua di sisi kamu, dan janganlah berkata kepada mereka, ‘Ah!’. Dan jangan juga mengherdik mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.” AQ 17:23

Di dalam keadaan ini, adakah patut sang anak bertindak kurang ajar dengan tidak mengucap selamat kepada ibunya ?

Bagi saya, ini adalah keistimewaan negara kita. Kita memiliki pelbagai bangsa dan agama. 

Kita sepatutnya menjadikan ia sebagai suatu rahmat daripada Tuhan untuk memahami dengan ertikata yang sebenar tentang apa dia agama.

Untuk mereka yang ekstrim sehingga tidak mahu memberikan ucapan selamat kepada rakan kita yang beragama Kristian, mungkin keterangan Al Quran ini boleh memberi sedikit idea bagaimana hubungan di antara agama dan kaum sepatutnya berjalan.

 A086

"Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu" AQ 4:86

Nabi Isa dan 25hb Disember

Kebanyakkan kita dibesarkan dengan idea bahawa pada setiap 25hb Disember kita merayakan Perayaan Hari Natal (Christmas) iaitu hari Nabi Isa dilahirkan.

Sebenarnya perkataan Christmas berasal dari dua perkataan Christ dan Mass yang membawa erti bahawa ia adalah perayaan atau perjumpaan besar orang yang menganut agama kristian.

Hari ini dipilih oleh agamawa kristian untuk disambut oleh mereka memandangkan pada Musim Dingin kebanyakkan negara Kristian tidak mempunyai apa-apa sambutan berdasarkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Ia adalah pemangkin untuk menceriakan suasana Musim Dingin. Ia terbukti menjadi fenomena global.

Yang pastinya tarikh ini tiada kena mengena dengan tarikh lahir Nabi Isa. 

Malah agamawan Kristian sendiri ramai yang menafikan bahawa 25hb Disember adalah tarikh lahir Nabi Isa.

Perkara ini sepatutnya membuka mata kita tentang bagaimana sesuatu perkara yang kecil boleh bertukar menjadi persepsi yang sangat besar sehingga ke peringkat ia menjadi teras kepercayaan sesuatu kumpulan.

Ia memberitahu kita bahawa adalah tidak mustahil di dalam "Agama Islam" yang kita amalkan, perkara sebegini juga berkemungkinan terjadi.

Dari sesuatu yang dilakukan secara suka-suka sebagai usaha untuk memberi sedikit hiburan kepada masyarakat, akhirnya ia berubah menjadi sesuatu yang tidak terkawal hingga membentuk teras utama kepercayaan dan "akidah" kita.  
Oleh yang demikian bilakah sebenarnya tarikh lahir Nabi Isa menurut perspektif Al Quran ?

Perkara ini boleh diamati melalui Surah Maryam dari keterangan 16 sehngga 40.

Di mana ia memuncak di keterangan seperti berikut ;

A023

"Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon kurma/tamar (nakhlati - date palm). Dia berkata "Aduhai, sekiranya aku mati sebelum ini, dan jadi sesuatu yang dilupakan" AQ 19:23

A024

"Tetapi yang di bawahnya memanggilnya, "Tidak, jangan kamu sedih; sesungguhnya Pemelihara kamu adakan di bawah kamu sebuah anak sungai" AQ 19:24


A025

"Goyangkanlah kepada kamu batang tamar/kurma ; ia akan menjatuhkan kepada kamu tamar/kurma yang segar dan masak" AQ 19:25

Keterangan nombor 25 dari Surah 19 adalah indikasi utama tentang tarikh kelahiran Nabi Isa. Iaitu baginda lahir pada masa buah kurma sedang masak ranum dan boleh di makan di negeri kelahirannya.

Indikasi ini membawa kita kepada suatu kesimpulan bahawa 25 haribulan Disember iaitu di kala Musim Dingin sedang memuncak adalah suatu tarikh yang sangat silap kerana buah-buahan tidak bisa meranum di kala Musim Dingin.

Di manakah negeri kelahiran Nabi Isa ? Ahli sejarah menyatakan Nabi Isa lahir di negara yang kita kenali sebagai Palestine/Israel.

Oleh yang demikian bilakah agaknya buah kurma meranum di daerah ini ?

Berikut adalah carta aliran bulanan bagi kalendar Bani Israel yang secara tradisinya hidup di sekitar Palestine/Israel . Sila lihat bulan yang dikenali sebagai Elul.


MonthsWeatherCrops & activity
Tishri ( Sep/Oct )First rainsPloughing begins
Heshvan ( Oct/Nov ) Ploughing / grain planting
Kislev ( Nov/Dec ) Grain planting continues
Tebeth ( Dec/Jan )Main rains 
Sebat ( Jan/Feb )  
Adar ( Feb/Mar )Spring rainsAlmond in bloom / flax harvest
Abib ( Mar/Apr ) Barley harvest begins
Zif ( Apr/May ) Barley harvest completed
Sivan ( May/Jun )Dry seasonWheat harvest begins
Tamuz ( Jun/Jul ) Wheat harvest completed / first figs
Ab ( Jul/Aug )Summer heatVintage ( grape harvest ) begins
Elul ( Aug/Sep ) Date harvest / summer figs

Maka dengan sendirinya kita boleh membuat rumusan bahawa Nabi Isa dilahirkan pada bulan Elul iaitu antara Ogos dan September yang mana buah kurma atau tamar sedang meranum. Bukannya pada 25hb Disember.

Rencana Baru

Apakah signifikan tarikh dan peristiwa ini kepada kita manusia yang hidup di zaman ini ? 

Tiada apa-apa signifikan pun sebenarnya. Kita masih hidup seperti biasa, setiap hujung bulan terima gaji. 

Yang berniaga masih lagi perlu mengutip bayaran dari pelanggan, yang sakit masih perlu mencari penawar untuk penyakit dan sebagainya.

Jika tiada apa-apa signifikan, maka, apakah yang menyebabkan kita masih berbunuhan di antara agama ?

Mengapa masih ada yang menyatakan kami betul, kamu salah ? 

Sedarlah, bahawa kita tidak berada di sana semasa peristiwa ini berlaku, maka kita bukanlah saksi.

Kita dilahirkan bukanlah untuk menjadi saksi siapakah yang lebih benar, Nabi Isa atau "Nabi Muhammad". 

Kita lahir dan akhirnya mati. Apa yang kita buat d iantara lahir dan kematian ini adalah survivalship kita.

Ada yang dilahirkan di dalam keluarga Islam, ada yang Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Itu bukanlah pilihan kita. Ia adalah tradisi masyarakat dan keluarga yang kita dilahirkan di dalamnya.

Satu-satunya pilihan yang kita ada sebagai seorang manusia yang masih hidup ialah memilih untuk kekal dengan nasib sekarang atau mahu berubah ?

Azam Baru

Berikut adalah senarai gambar manusia-manusia billionaire dunia. Apakah persamaan yang boleh kita dapati dari mereka ? ;



Bill Gates di lahirkan di dalam keluarga yang beragama kristian
mazhab protestan


Mark Zuckenberg di lahirkan di dalam keluarga yang
menganut Judaism


Mukesh Ambani dilahirkan di dalam keluarga yang 
menganut Hinduism


Tan Sri Dato Seri (Dr) Lim Goh Tong dilahirkan
di dalam keluarga yang menganut Buddhism


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dilahirkan di dalam
keluarga yang menganut Islam

Mereka ini adalah antara billionaire dunia. Ada yang masih hidup. Ada yang sudah meninggal dunia.

Secara amnya kita bolehlah menggariskan bahawa mereka semua berlatarbelakangkan agama yang berbeza-beza.

Sekarang, sudah tentu dengan agama yang berbeza mereka pastinya melakukan upacara dan adat resam agama yang berbeza, bukan ?

Jika sekiranya kita berpendapat bahawa Islamlah yang betul (yakni upacara dan adat resam agamanya) maka mengapakah bukan semua orang Islam menjadi billionaire seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ?

Begitu juga, jika sekiranya penganut Kristian mengatakan bahawa Kristianlah yang paling benar, maka mengapa tidak semua orang Kristian menjadi billionaire seperti Bill Gates.

Begitu juga dengan Mark Zuckenberg yang mewakili Judaism, Mukesh Ambani yang mewakili Hinduism dan Tan Sro Dato Seri (Dr) Lim Goh Tong yang mewakili Buddhism. 

Mengapakah penganut agama mereka yang lain tidak menjadi billionaire dan berjaya seperti mereka ?

Adakah upacara dan adat resam agama yang menjadikan mereka berjaya ? Sudah tentu tidak.

Yang menjadikan mereka berjaya adalah suatu perkara yang sama. Iaitu sifat berusaha bersungguh-sungguh atau Iltizam yang ada pada diri setiap mereka.

Inilah persamaan di antara kesemua mereka ini. 

Maka, jika itulah jawapannya, adakah kita masih merasakan agama kitalah yang benar dari agama orang lain?

Kita boleh membuat sebanyak manapun upacara dan adat resam agama, dengan doa 24 jam sehari semalam, tetapi asasnya tetap sama kita tetap tidak akan berjaya jika kita tidak berusaha melakukan langkah yang pertama. 

INILAH YANG DIKENALI SEBAGAI ILTIZAM.

DAN PEMBACA YANG BUDIMAN INILAH DIA MAKNA PERKATAAN SOLAT YANG DISEBUT BERULANG-KALI DI DALAM AL QURAN. IA ADALAH FORMULA KEJAYAAN YANG UNIVERSAL TIDAK MENGIRA AGAMA, BANGSA DAN RUPA PARAS.

Oleh itu, untuk tahun baru ini marilah kita membuat rencana baru yakni BERILTIZAM bersungguh-sungguh di dalam apa jua bidang yang kita sedang ceburi.

Iltizam ini perlu direncanakan dengan bijak iaitu dengan strategi dan pelan, dengan menghormati masa, berintegriti, hormat menghormati sesama manusia dan dengan tidak melupakan ibubapa yang melahirkan dan mendidik kita.

Selamat Hari Natal kepada penganut Kristianiti dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia.

Ashwed.

 

 

 

Wednesday, 23 December 2015

Ulang Siar 5

Artikel berikut ini adalah yang terakhir di dalam siri ulang siar. 

Ia adalah berkenaan maksud satu perkataan yang maha penting di dalam kehidupan manusia.

Ia juga adalah satu perkataan yang paling sering disalahertikan di dalam kehidupan seharian masyarakat Islam.

Jika kita bertanya kepada anggota masyarakat Islam tentang apakah tugas Al Quran di dalam kehidupan seharian mereka, pasti jawapan yang kita akan dengar ialah Al Quran adalah panduan hidup kami.

Namun hakikatnya, ianya tidak begitu. Al Quran hanya digunakan sebagai panduan kematian masyarakat Islam bukan panduan hidup mereka.

Untuk kehidupan, masyarakat Islam mengguna buku-buku lain hasil tulisan ketua-ketua mazhab mereka sebagai panduan. 

Al Quran ditinggalkan dan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Ia ditinggalkan berhabuk di rak-rak buku sehinggakan Nabi Terakhir pernah memanjatkan aduan kepada Pemeliharanya "Tuhanku, sesungguhnya kaumku mengambil Al Quran ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan" AQ 25:30

Berikut adalah penerangan saya mengenai maksud perkataan solat.

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/nabi-aqeemu-sollah-dan-zakkah.html

Oleh yang demikian, jika kita dilarang dari memasuki syi-ya-an ( dibaca sebagai organisasi agama ) maka apakah sebenarnya yang perlu kita cari di dalam hidup ini ?

Al Quran menegaskan bahawa sebagai manusia kita perlu mengabdikan diri kepada Pemelihara kita iaitu zat asal yang mencipta sistem kehidupan yang kita sedang hidup di dalamnya.

Bagaimanakah caranya kita mengabdikan diri kepada Pemelihara kita. 

Kita mengabdikan diri kepada Pemelihara kita dengan "Mendengar dan Mematuhi" perintahnya yang hanya boleh dibaca dari dalam Al Quran sahaja.

Apakah perintah tersebut ? Ianya adalah sangat jelas, kita diperintahkan untuk menjadi seorang MANUSIA, jika tidak, sudah tentulah kita dapati diri kita sebagai seekor binatang atau pokok atau makhluk-makhluk lain.

Panduan untuk menjadi seorang MANUSIA itulah yang direkodkan secara terperinci di dalam Al Quran, di mana Tuhan berjanji jika kita "mendengar dan mematuhinya" kita akan diangkat menjadi seorang MANUSIA yang berjaya.

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/tuhan.html


Keterangan di atas memberitahu kita bahawa fakta yang dikemukakan oleh Tuhan adalah yang paling tepat. Fakta-fakta ini hanya boleh didapati dari dalam Al Quran bukan dari buku-buku lain.

Seterusnya, di frasa " .. Dan Al Quran ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu .. "  memberitahu kita bahawa Nabi Terakhir tidak sesekali mengguna buku lain selain dari Al Quran semasa menyeru masyarakatnya untuk berubah. Baginda hanya mengguna Al Quran.

Di manakah kedudukan kitab hadis yang sangat kita tegakkan sehingga menjadi panduan hidup dengan membelakangkan Al Quran ? 

Adakah Baginda, Nabi Terahir yang menulis kitab-kitab hadis ini ? Sudah tentu tidak. Mengapa kita tidak memikirkannya ?

Ashwed

Ulang Siar 4

Agama di dalam maknanya yang moden membawa erti suatu kumpulan manusia yang mempercayai kepada beberapa perkara-perkara teras yang diusulkan oleh kumpulan mereka.

Kebiasannya kumpulan ini akan bersikap melindungi ideologi yang menjadi identiti kumpulan mereka.

Pada awalnya setiap kumpulan mempercayai kepada kepada satu jalur kepercayaan yang sama.

Lama kelamaan kumpulan ini berpecah kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. 

Ia terjadi kerana manusia marhaen akan mengikuti ketua. Ketua pula secara semulajadi bersikap tamak kepada pengaruh dan pengikut.

Jika diamati setiap kumpulan ini bersikap sangat melindungi pemikiran ketua mereka. Inilah yang dipanggil mazhab. 

Secara dasarnya Agama tidak dipraktis oleh manusia. Kita mempraktik ajaran mazhab. 

Tidak kira apa pun cabang agama, kita sebenarnya mempraktik ajaran mazhab.

Mazhab diketuai oleh manusia biasa yang namanya tidak pernah tertulis di dalam kitab-kitab besar agama dunia. 

Itulah hakikat manusia kini. 

Majoriti kita di dunia ini meletakkan harap kepada manusia-manusia agong yang namanya tertulis di dalam kitab seperti Musa, Isa dan Muhammad.

Namun, hakikatnya kita tidak mengikuti nama besar ini. Kita mengikut ketua mazhab masing-masing.

Apabila ada masalah kumpulan ini perlu melihat cara penyelesaian mengikut ajaran ketua mazhab masing-masing. Para pengikut tidak dibenarkan untuk mengikuti cara penyelesaian mazhab lain.

Sebab itulah sangat sukar untuk kita menyatukan manusia. Perpecahan manusia sangat rumit. 

Hanya Tuhan sahaja yang tahu mengapa dunia masih belum dimusnahkan secara total oleh bom nuklear akibat dari perpecahan ini.

Namun begitu, kitab-kitab besar dunia tidak menyarankan supaya manusia beragama apatah lagi bermazhab. 

Kebiasaannya, kitab-kitab besar dunia menyarankan supaya manusia mengikuti cara hidup yang makmur dan damai.

Artikel yang seterusnya adalah mengenai Organisasi Agama secara am. 

Agak sukar untuk menjelaskan tentang perpecahan mazhab kerana ia perlu kepada isu-isu yang lebih teliti.

Alangkah baiknya jika saya boleh mengisytiharkan bahawa isi kandungan Al Quran tidak menyarankan kita untuk memasuki Agama malah Tuhan melarangnya dan menyamakan perbuatan beragama serupa dengan mempersekutukan Tuhan.

Saya seorang tidak boleh merubah dunia. Namun, pemikiran ini boleh dikongsi dengan harapan supaya ia berupaya membentuk gelombang.

Sangat sukar untuk kita menceritakan hakikat ini kepada masyarakat. Namun, itulah faktanya.

Bagaimana Organisasi Agama tercipta ? Berikut adalah penerangan saya.
 

 http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/organisasi-agama.html


Ashwed


Tuesday, 22 December 2015

Ulang Siar 3

Artikel seterusnya adalah seperti berikut ;

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/06/islam-moden-vs-islam-al-quran.html

Ianya sedikit panjang. Saya pernah dinasihati oleh seorang rakan supaya memecahkan artikel-artikel saya menjadi beberapa siri untuk memudahkan orang ramai membaca.

Saya berpendapat, jika seseorang itu enggan membaca artikel panjang bermakna mereka tidak berminat untuk mencari pengetahuan.

Namun begitu, saya merasakan nasihat itu ada benarnya. Mungkin apabila saya menemui ruang masa yang panjang saya akan berbuat begitu.

Ashwed

Monday, 21 December 2015

Ulang Siar 2

Artikel kedua yang menjadi kunci utama kepada kajian blog ini bertajuk manusia dan batu.

Kebenaran adalah satu proses pencarian. Ia sangat pedih untuk ditelan.

Semoga tulisan ini memberi manafaat kepada pencarian anda.

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/manusia-dan-batu.html

Ashwed