Salamun 'Alaykum rakyat Malaysia.
Sudah agak lama blog ini bersiaran.
Untuk pengetahuan semua, blog ini di dedikasikan untuk pengkajian Al Quran.
Apabila kita menyebut mengenai Al Quran tentu ramai yang menyangka bahawa pastinya blog ini ditujukan khas kepada Umat Islam sahaja.
Kesimpulan sebegitu adalah sangat salah.
Blog ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia yang boleh memahami Bahasa Melayu mudah, tidak kira etnik atau agama.
Blog ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia yang boleh memahami Bahasa Melayu mudah, tidak kira etnik atau agama.
Ini adalah kerana Al Quran memberitahu bahawa dirinya ditulis kepada semua manusia.
"Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa" AQ 3:138
" Ia, tidak lain, melainkan Peringatan bagi semua alam" AQ 38:87
"Dan tiadalah ia, melainkan Peringatan bagi semua alam"AQ 68:52
"Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka tahu bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang empunya minda mengingati" AQ 14:52
Tidak kira samada anda orang Arab, Inggeris, Melayu, Cina, India, Senoi, Iban. Begitu juga sekiranya anda Kristian, Muslim, Hindu, Judais, Buddhist, Jains, Sikh dan lain-lain agama. Al Quran diturunkan untuk kegunaan anda.
Ianya bukan milik eksklusif orang Islam.
Itulah sebabnya fakta dan prinsip di dalam Al Quran adalah berbentuk universal.
Itulah sebabnya fakta dan prinsip di dalam Al Quran adalah berbentuk universal.
Oleh kerana itu, kita tidak boleh kata bahawa sekian, sekian keterangannya tidak ditujukan kepada kita.
Perkara ini selalu menjadi hujah mudah umat Islam. Ini adalah self denial.
Sebagai contoh bila diutarakan keterangan berikut orang Islam akan mengatakan bahawa ia tidak ditujukan kepada mereka.
Menurut mereka keterangan ini ditujukan khas kepada penganut Judaism dan Kristianiti sahaja.
Menurut mereka keterangan ini ditujukan khas kepada penganut Judaism dan Kristianiti sahaja.
"Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan" AQ 9:31
Pada mulanya mereka mengakui bahawa Al Quran ditujukan kepada seluruh manusia.
Tetapi pada keterangan di atas tiba-tiba mereka iaitu orang Islam bukan lagi spesis manusia homo sapien lantas keterangan di atas bukan untuk mereka.
Mereka mungkin menjadi adiwira pada ketika itu ... Sedangkan ia jatuh tepat di batang hidung mereka.
Mereka mungkin menjadi adiwira pada ketika itu ... Sedangkan ia jatuh tepat di batang hidung mereka.
Kerohanian
Beberapa pembaca blog ini mencadangkan supaya saya menulis lebih banyak mengenai aspek kerohanian.
Sememangnya tujuan besar blog ini ialah menulis tentang aspek kerohanian di dalam kehidupan seharian kita.
Namun, saya merasakan sebelum kita pergi ke aspek tersebut, marhaen perlu disedarkan dari mimpi mereka yang panjang itu.
Apabila semua kita sedar bahawa tiada siapa pun yang lebih suci dari orang lain maka barulah mudah kita berbincang mengenai aspek kerohanian.
Ianya bukanlah perkara senang namun ianya bukanlah mustahil. Jika majoriti bangsa Eropah berjaya melakukannya kenapa kita tidak boleh ?
Oleh kerana itu, untuk artikel kali ini mari kita kaji sedikit mengenai perkataan berlawanan yang biasanya diajar di sekolah-sekolah rendah.
Ketawa lawannya Menangis
Mati lawannya Hidup
Lelaki lawannya Perempuan
Kekayaan lawannya ___________ ?
Apakah jawapan kita kepada perkataan kekayaan ? Secara sekali imbas sudah tentulah kita menjawab kemiskinan, bukan.
Namun, menurut Al Quran, Tuhan tidak pernah menyebabkan hambaNya menjadi miskin.
Mari kita lihat jawapannya di dalam Al Quran iaitu di Surah An-Najm 43, 44, 45 dan 48 ;
"Dan bahawa Dialah yang jadikan ketawa dan jadikan menangis" AQ 53:43
"Dan bahawa Dialah yang mematikan, dan yang menghidupkan" AQ 53:44
"Dan bahawa Dia Sendiri yang mencipta dua jenis, lelaki dan perempuan" AQ 53:45
"Dan bahawa Dialah yang beri kekayaan dan yang mencukupkan" AQ 53:48
Ternyata jawaban kita sangat meleset.
Mungkinkah selama ini kita terjerumus bersikap prejudis terhadap Pencipta kita apabila mengaitkan nasib buruk kita seperti kemiskinan dan kesusahan sebagai disebabkan olehNya ?
Persoalannya adakah kita bersyukur dengan pemberian itu ? Jika kita bersyukur dengan berapa sahaja rezeki yang diberikan kepada kita maka kita sentiasa akan merasa cukup.
Dan pembaca yang budiman kecukupan adalah kekayaan yang tidak terhingga yang diberikan kepada hamba-hamba Tuhan yang percaya kepada rahmatNya. Kesemuanya berada di dalam akal kita.
Jika kita sedang hidup di sebuah rumah teres adakah kita merasa miskin dari mereka yang tinggal di sebuah rumah bungalow yang terletak di daerah elit ?
Ya, mungkin dari segi nombor yang tertulis di dalam buku akaun sudah tentu mereka yang tinggal di rumah teres mempunyai jumlah simpanan sedikit dari mereka yang tinggal di rumah bungalow di daerah elit (secara am).
Namun, nilai ini tidak sama jika diambil kira kecukupan di akal kita.
Seseorang yang mempunyai simpanan RM1,000 tetapi kos kehidupan RM 10 sahaja sudah tentu lebih cukup dari mereka yang mempunyai simpanan RM10,000 tetapi kos kehidupan mencecah RM10,010.00.
Inilah kecukupan.
Namun, perkara ini bukanlah bermakna kita tidak perlu mengubah nasib kita.
Orang-orang yang percaya kepada prinsip universal Al Quran sudah pasti akan sentiasa mendirikan iltizam atau keazaman (solat) di dalam hidupnya. Keazaman inilah yang pasti membuatkan mereka berjaya.
Iltizam/Keazaman Yang Berisiko
Namun, perkara ini bukanlah bermakna kita tidak perlu mengubah nasib kita.
Orang-orang yang percaya kepada prinsip universal Al Quran sudah pasti akan sentiasa mendirikan iltizam atau keazaman (solat) di dalam hidupnya. Keazaman inilah yang pasti membuatkan mereka berjaya.
Iltizam/Keazaman Yang Berisiko
Ramai yang mengambil keputusan mendedikasikan keseluruhan hidupnya untuk "hari akhirat". Mereka mahu memastikan diri mereka masuk ke "syurga".
Bagi saya perkara ini mempunyai beberapa risiko.
Di India terdapat sekumpulan manusia yang membuang kesemua aspek kehidupan dunia untuk mengejar "akhirat".
Di India terdapat sekumpulan manusia yang membuang kesemua aspek kehidupan dunia untuk mengejar "akhirat".
Mereka membuat upacara agama setiap masa malah di mulut mereka hanya menyebut nama Tuhan yang mereka pooja. Jika mereka memooja Tuhan bernama Ram maka itulah sahaja sebutan yang keluar dari mulut mereka.
Orang panggil. Mereka jawab Ram. Nak makan sebut Ram. Nak minum sebut Ram. Panggil orang lain sebut Ram. Hanya bahasa tubuh yang membolehkan kita faham maksud mereka.
Cumanya, adakah mereka ini benar-benar pasti bahawa kita sekarang bukan berada di "syurga".
Ketahuilah bahawa Tuhan tidak pernah memberi keburukan kepada kita. Hanya diri kita sendirilah yang menjadikan nasib kita buruk.
"Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi" AQ 4:79
Oleh yang demikian jika sekiranya kita menjadi miskin atau susah. Sedarlah bahawa kemiskinan atau kesusahan itu adalah disebabkan perbuatan kita sendiri.
Jangan sesekali menyalahkan Tuhan kerana Tuhan, Pemelihara kita sudah memberitahu bahawa Dia mencukupkan segala keperluan kita.
Maka benarlah keterangan ini ;
"Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri. Dan jika Allah hendakkan keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung" AQ 13:11
Dirikanlah keazaman (solat) Sekurang-kurangnya kita tahu yang kita sudah mencuba sedaya upaya kita. Nanti di saat kita dipanggil pulang kepadaNya, bolehlah kita menoleh dan berkata kepada diri sendiri .. I did it my way.
# Kesemua terjemahan Al Quran di artikel ini mengguna terjemahan Othman Ali, Bacaan
Ashwed
Salam tuan Aswed. Saya peminat blog tuan. Sudikah tuan untuk saya bertemu empat Mata.?kalau sudi bagaimana?
ReplyDeleteThank you for another enlightening article Sir. If I may share a humble thought -
ReplyDeleteVerily, the Enlightened are FEARLESS.
Why?
Because they UNDERSTAND, ACCEPT & REMEMBER the TRUTH that there is NO LOSS without OWNERSHIP.
"To God belongs all in the heavens & the earth." (Q2:107, 2:115, 2:116, 2:142, 2:255, 2:284, 3:109, 3:129, 3:180, 3:189, 4:126, 4:131, 4:132, 4:170, 4:171, 5:17, 5:18, 5:40, 5:120, 6:12, 6:13, 7:54, 7,128, 7:158, 9:116, 10:55, 10:66, 10:68, 11:123, 13:15, 14:2, 16:52, 16:77, 18:26, 20:6, 21:19, 22:64, 23:84, 24:42, 24:64, 25:2, 30:26, 30:27, 31:26, 34:1, 35:13, 37:5, 39:6, 39:44, 42:4, 42:12, 42:49, 42:53, 43:85, 45:27, 45:37, 48:14, 53:31, 57:2, 57:5, 57,10, 63:7, 64:1, 78:37, 85:9.)
Therefore, at the appointed time, the TRUSTEE shall return that which was entrusted to them - with GRACE & GRATITUDE, not with despair.
Translation -
Sesungguhnya, TIADA KERISAUAN atau KEKECEWAAN bagi mereka yg SEDAR.
Mengapa?
Kerana mereka FAHAM, TERIMA & INGAT pada HAKIKAT bahawa TIADA KERUGIAN tanpa HAKMILIK.
“Tuhan jua yg memiliki segala yg ada di langit & di bumi" (Q2:107, 2:115, 2:116, 2:142, 2:255, 2:284, 3:109, 3:129, 3:180, 3:189, 4:126, 4:131, 4:132, 4:170, 4:171, 5:17, 5:18, 5:40, 5:120, 6:12, 6:13, 7:54, 7,128, 7:158, 9:116, 10:55, 10:66, 10:68, 11:123, 13:15, 14:2, 16:52, 16:77, 18:26, 20:6, 21:19, 22:64, 23:84, 24:42, 24:64, 25:2, 30:26, 30:27, 31:26, 34:1, 35:13, 37:5, 39:6, 39:44, 42:4, 42:12, 42:49, 42:53, 43:85, 45:27, 45:37, 48:14, 53:31, 57:2, 57:5, 57,10, 63:7, 64:1, 78:37, 85:9.)
Oleh itu, apabila tiba masa yang ditetapkan, mereka yg AMANAH (baca: BERIMAN) akan memulangkan segala yg telah diamanahkan pada mereka - dengan KETENANGAN & KESYUKURAN, bukan dalam kekecewaan.
\Alhamd.
Salamunalaikum saudaraku sekelian,berikut disenaraikan 2-muka pertama dan 2-muka akhir dari Surah Asy Syuraa (26)bagi direnungkan bersama;
ReplyDelete1. Thoo siin miim.
2. Inilah ayat-ayat alkitaabi yang terang dan jelas.
3. Mungkin meresahkan jiwamu apabila mereka tidak amanah dengannya.
4 .Jika Kami kehendaki pasti diturunkan dari langitnya suatu ayat yang menjadikan tengkuk mereka tunduk patuh kepadanya.
5. Dan tidak datang kepada mereka peringatan dari yang Pemurah suatu muhdatsin melainkan mereka berpaling darinya.
6. Dan mereka telah mendustakanya malahan akan datang kepada mereka berita dengan apa yang telah mereka ambil ringan dengannya.
7. Apakah tidak mereka perhatikan dibuminya beberapa banyak telah Kami tumbuhkan didalamnya dari setiap pasangan yang mulia.
8. Itulah tanda-ayat Kami malahan kebanyakan mereka tidak amanah.
9. Sesungguhnya Pemelihara kamu yang Perkasa yang Penyayang.
10. Dan ketika Pemeliharanya menyeru muusa pergilah kamu berdua menemui kaum yang zalim.
11. Kaum fir’auna dan bertanya mengapa mereka tidak prihatin.
12. Berkata, Pemeliharaku! aku takut jika mereka mendustakan aku.
13. Sesak dadaku tidak lancar lisanku maka utuskan haaruna bersamaku.
14. Dan aku bersalah dengan mereka dan takut jika mereka hapuskan aku.
15. Berkata tidak! hadapilah kamu berdua dengan tanda-ayat Kami dan pastinya Kami bersamamu mendengar/mengawasi.
16. Maka hadapilah fir’aun dan katakan kepadanya kamu berdua adalah rasul Pemelihara ilmu diseluruh alam.
17. Bebaskan bersama kamu banii israa-iila.
18. Berkata bukankah kami yang memelihara kamu ketika bayi dan kamu telah menginap besama kami beberapa tahun.
19. Dan kamu telah melakukan apa yang tidak sepatutnya kamu lakukan maka kamu juga termasuk darinya orang yang tidak percaya.
20. Berkata aku melakukanya ketika berada dikalangan orang yang sesat.
21. Dan aku melarikan diri kerana takutkan mereka maka Pemeliharaku berikan hikmahnya dan dijadikan aku rasulnya.
bsmbg.
smbg..
ReplyDelete26:22 Malahan dianya suatu nikmat darimu yang kamu berikan kepadaku dan disamping itu kamu juga sedang perhambakan banii israa-iila.
26:23 Maka fir’aunu berkata siapakah Pemelihara ilmu diseluruh alam ini.
26:24 Berkata Pemelihara langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya jika kamu meyakini Dia.
26:25 Berkata kepada orang disekelilingnya apakah tidak kamu dengar.
26:26 Berkata Pemelihara kamu dan Pemelihara moyangmu sejak dahulu.
26:27 Berkata rasul yang diutuskan kepadamu pastinya seorang yang gila.
26:28 Berkata Dia Pemelihara timur dan barat dan apa yang diantara keduanya jika kamu orang yang berfikir.
26:29 Berkata jika kamu adakan tuhan selain aku pasti kamu dipenjarakan.
26:30 Berkata walaupun aku telah mendatangkan bukti yang jelas.
26:31 Berkata datangkanya jika kamu darinya orang yang benar.
26:32 Maka dilemparkan tongkatnya lalu menjelma ‘ular’ yang nyata.
26:33 Dan dikeluarkan tangannya maka kelihatan putih kepada yang melihat.
26:34 Berkata kepada ahli majlisnya pasti dianya ahli sihir yang mahir.
26:35 Dan dia menghendaki bagi mengeluarkan kamu dari bumi ini dengan sihirnya maka apakah perintah kamu selanjutnya.
26:36 Berkata tangguhkan dia dan saudaranya dan aturkan perhimpunan.
26:37 Dan kamu serulah sekelian ahli sihir yang mahir.
26:38 Maka dihimpunkan sekelian ahli sihir disuatu waktu yang ditetapkan.
26:39 Dan berkata kepada manusia adakah kamu akan berhimpun.
26:40 Pastinya kami akan mengikuti ahli sihir jika mereka yang menang.
26:41 Ketika datang ahli sihir mereka berkata kepada fir’auna apakah kami akan diberi ganjaran jika kami orang yang menang.
26:42 Berkata ya! jika demikian kamu pasti didekatkan kepada kami.
26:43 Mereka berkata muusa lemparkan apa yang ingin kamu lempar.
26:44 Maka mereka melemparkan tali dan tongkat mereka dan berkata dengan kekuasaan dan kebesaran fir’auna kami pasti menang.
26:45 Dan ketika muusaa melemparkan tongkatnya maka ditelanya segala apa yang telah mereka mengadakanya.
26:46 Maka para ahli sihir menjatuhkan diri bersujud kepadanya.
26:47 Mereka berkata kami amanah kepada Pemelihara seluruh alamnya.
26:48 Pemelihara muusaa dan haaruuna.
26:49 Berkata apakah kamu amanah kepadanya sebelum aku izinkan pasti dia pembesar kamu yang mengajar sihir kelak kamu akan mengetahuinya akan aku potong tangan dan kakimu bersilangan dan menyalib kamu.
26:50 Mereka berkata tiada kemudaratan sedikit pun dari kamu melainkan kami pasti akan dikembalikan kepada Pemelihara kami.
Bacalah dengan nama Allah..
smbg...
ReplyDelete155. Berkata ini unta betina beri dia minum sepertimana diperuntukan kamu minum pada hari yang telah dimaklumkan.
156. Jangan kamu menyentuhnya dengan kejahatan jika demikian kamu akan ditimpakan azab dahsyat pada hari agung.
157. Dan mereka mandulkanya maka mereka ditimpakan penyesalan.
158. Maka ditimpakan azab keatas mereka demikian tanda-ayat Kami malahan kebanyakan dari mereka tidak amanah denganya.
159. Sesungguhnya Pemeliharamu yang Perkasa dan Penyayang.
160. Kaum luuthi telah mendustakan rasul mereka.
161. Ketika berkata saudara mereka luuthun mengapa kamu tidak prihatin.
162. Sesungguhnya aku bagimu rasul yang amanah.
163. Maka prihatinlah kepada Allah dan taatilah aku.
164. Dan aku tidak meminta ganjaran darimu malahan ganjaranku hanya dari Pemelihara ilmu seluruh alamnya.
165. Mengapa kamu ‘mendatangi’ lelaki sedang kamu mengetahuinya.
166. Dan kamu tinggalkan pasanganmu yang Pemelihara kamu telah menciptakanya bagimu malahan kamu kaum yang memusuhi Dia.
167. Mereka berkata wahai luuthu jika tidak dihentikan kami usir kamu.
168. Berkata aku sangat benci dengan apa yang kamu lakukan.
169. Pemeliharaku selamatkan keluargaku dari apa yang mereka lakukan.
170. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya semua.
171. Kecuali perempuan tua dikalangan mereka yang ditinggalkan.
172. Kemudian Kami musnahkan mereka yang lain.
173. Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang dahsyat malahan sangat buruk hujannya bagi orang yang telah diberi amaran.
174. Itulah tanda-ayat Kami malahan kebanyakan mereka tidak amanah.
175. Sesungguhnya Pemeliharamu yang Perkasa yang Penyayang.
176. Dan penghuni -l aikati telah mendustakan rasul mereka.
177. Ketika berkata syu’aibun mengapa kamu tidak prihatin.
178. Sesungguhnya aku bagimu seorang rasul yang amanah.
179. Maka prihatinlah kepada Allah dan taatilah aku.
180. Dan aku tidak meminta ganjaran darimu melainkan ganjaranku hanya dari Pemelihara ilmu seluruh alamnya.
181. Cukupkan timbanganmu dan jangan kamu darinya orang yang rugi.
182.Dan timbanglah dengan adil dan tepat.
183. Dan jangan kamu kurangi hak mereka dan jangan melampaui batas dibuminya seperti apa yang telah dilakukan orang fasik terdahulu.
184. Dan prihatinlah kepada yang mencipta kamu dan ummat terdahulu.
185. Mereka berkata pasti kamu darinya orang yang terkena sihir.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete26:186 Dan bukankah kamu ini mahluk seperti kami malahan kami mensyaki kamu termasuk darinya orang yang berdusta.
26:187 Maka jatuhkan serpihan dari langitnya jika kamu berkata benar.
26:188 Berkata Pemeliharaku mengetahui segala apa yang kamu lakukan.
26:189 Malahan mereka mendustakanya maka diazabkan mereka dengan kegelapan demikian itulah azab hari agung.
26:190 Itulah tanda-ayat Kami malahan kebanyakan mereka tidak amanah.
26:191 Sesungguhnya Pemeliharamu yang Perkasa yang Penyayang.
26:192 Dan Pemelihara yang menurunkan ilmu diseluruh alamnya.
26:193 Dia yang menurunkan -rruuhul amiinu.
26:194 Kedalam hatimu supaya kamu memberi amaran dengannya.
26:195 Dengan lisan’arabiyyin yang jelas.
26:196 Dan dari zuburi terdahulu.
26:197 Bukankah tanda-ayat yang ’ulamaa-u banii israa-iila mengetahuinya.
26:198 Dan jika Kami turunkan sebahagianya bukan dalam bahasa arab.
26:199 Dan dibacakan kepada mereka pasti mereka tidak amanah dengannya.
26:200 Demikianlah Kami salurkan kedalam hati orang yang berdosa.
26:201 Tidaklah mereka amanah sehingga mereka melihat azab yang dahsyat.
26:202 Dan datang dengan mengejut malahan mereka tidak menyedarinya.
26:203 Maka mereka berkata mengapa kami tidak ditangguhkan.
26:204 Bukankah azab Kami yang mereka minta disegerakan.
26:205 Apa pandanganmu jika Kami berikan nikmatnya bertahun-tahun.
26:206 Kemudian datang kepada mereka apa yang telah dijanjikan.
26:207 Tidakkah cukup dengan nikmat yang Kami berikan.
26:208 Tidak dilaknati sesuatu khariah melainkan Kami berikan amaran.
26:209 Dan peringatan dan tidaklah Kami menzalimi mereka.
26:210 Dan tidaklah dianya diturunkan oleh syaitan.
26:211 Pasti bukan dari mereka malahan mereka tidak berkemampuan.
26:212 Malahan mereka ditegah darinya walaupun ingin mendengarnya.
26:213 Dan jangan menyeru tuhan selain Allah jika demikian kamu darinya orang yang diazabkan.
26:214 Dan berilah amaran kepada kerabat terdekat kamu.
26:215 Dan merendah diri kepada sesiapa yang amanah dan mengikutimu.
26:216 Jika mereka durhaka katakan aku berlepas diri dari apa kamu lakukan.
26:217 Dan pasrahlah kepada yang Perkasa yang Penyayang.
26:218 Yang Melihat kamu ketika berdiri.
26:219 Dan pergerakan kamu ketika malaksanakan kewajipanmu kepada Dia.
26:220 Dan Dia yang Mendengar yang Mengetahui.
26:221 Pasti aku telah khabarkan kepada siapa syaitan akan turun.
26:222 Mereka turun kepada setiap pendusta dan orang yang berdosa.
26:223 Dan yang melempar pendengaranya dan yang berkata dusta.
26:224 Dan para penyair dan hanya orang yang menyeleweng ikuti mereka.
26:225 Tidakkah kamu lihat mereka merayau-rayau disetiap lembah.
26:226 Malahan mereka mengatakan apa yang tidak mereka lakukan.
26:227 Kecuali orang yang amanah dan beramal soleh dan mengingati Allah dengan banyaknya dan mereka dibantu setelah dizalimi malahan orang yang zalim pasti mengetahui dimana tempat mereka dikembalikan.
Sekian..
Salam, saya cuba mencari terjemahan al Quran saudara melalui prakata yg diberi tetapi tidak berjumpa. Saya amat berharap dapat membaca terjemahan penuh saudara.
DeleteSaudara Ashwed, merujuk kpd artikel saudara mengenai Nabi Muhammad, mungkin terdapat separuh kebenaran dari kisah ini http://www.redicecreations.com/specialreports/2006/04apr/catholicislam.html yg menjelaskan kenapa sejarah Nabi Muhammad yg ditulis oleh manusia, berbeza dgn karaktor baginda dlm Quran.
ReplyDeleteSalam saudara Anonymous9 January 2016 at 17:48
DeleteBoleh nyatakan dimana 'mungkin terdapat separuh kebenaran' tersebut?
Tuan,
Delete. Boleh jelaskan tak apa perbezaan tersebut?
kepada Anonymous 9 Januari 2016 at 17:48...
Deletekelakar betul kamu nih... pecah perut aku ketawa apabila membaca cerita karut 100% kamu tu... tak ada satu pun buleh masuk akal... sudah tentunya penulis tersebut adalah seorang penagih candu dizaman itu... ha, ha, ha.
Saudara berdua boleh rujuk artikel tuan ashwed bertajuk Muhammad bukan Nabi.
DeleteAnonymous 11 January 2016 at 03:02;
DeleteDah baca dan saya masih tetap beriman baginda Nabi Muhammad saw adalah nabi akhir zaman. Sdr tak percaya, Allah tak paksa pun, kan? Eh, boleh bagitahu NAMA nabi terakhir yg saudara percaya tu, mesti ada nama kan?. Sila...
>KAS
Why are you angry? Why the cynical tone? Cant we discuss in a civilized manner?
DeleteSpt hujah saudara ashwed, God didnt reveal some of His prophets. So..the last prophet might not even named 'Muhammad' since Muhammad simply means 'yang terpuji', tak semestinya namanya.
Sbb itu ada ayat mengenai orang munafik yg mengaku menjadi saksi bahawa Muhammad itu Rasulullah.
Salam Anonymous 11 January 2016 at 18:36
Delete- Pada Allah jua saya memohon petunjuk.
Why are you angry?
> Sikit pun tak marah.
Why the cynical tone?
> Jgn ambil hati.
Cant we discuss in a civilized manner?
> Boleh, inilah sebenarnya yg saya inginkan:
1. Apa bila ditanya pd tuan badan, tuan badan jawablah. Jgn biarkan tergantung. Orang lain jangan menyibuk dulu. Sesudah tuan badan jawab, barulah join ramai-ramai.
2. Apabila tak dapat memberikan jawapan, ngaku sajalah atau mohon bantuan dari sesiapa, baru lah open to all.
3. Apa bila diskusi tentang A, hendaklah berkisar tentang A dan sepadan agar tak hilang kelestariannya.
4. Penghujung komen anda sila notakan gelaran anda. Contoh diri saya ialah >KAS, senang nak bagi salam.
5. Berbahasa, tidak merepek dsb.
Spt hujah saudara ashwed, God didnt reveal some of His prophets.
> Betul. rujuk 4:164
So..the last prophet might not even named 'Muhammad' since Muhammad simply means 'yang terpuji', tak semestinya namanya.
> Ini memang 100 persen SALAH sebab:
1. Muhammad/Ahmad dalam ayat-ayat Quran samada dari segi makna maupun dari konsep ontologynya adalah suatu nama bagi batang tubuh - manusia- (Proper Noun not Adjective nor Adverb neither anything unrelated).
2. Sila rujuk ayat 61:6:
Sahih International: And [mention] when Jesus, the son of Mary, said, "O children of Israel, indeed I am the messenger of Allah to you confirming what came before me of the Torah and bringing good tidings of a messenger to come after me, whose name is Ahmad." But when he came to them with clear evidences, they said, "This is obvious magic."
- Ayat ini menyatakan tentang kedatangan hanya seorang rasul bukan lebih (a messenger - bi rasūlin) selepas Nabi Isa as. yg namanya (us'muhu - whose name) Ahmad/Muhammad.
3. Nabi Muhammad saw penyudah segala nabi 33:40;
Sahih International: Muhammad is not the father of [any] one of your men, but [he is] the Messenger of Allah and last of the prophets. And ever is Allah , of all things, Knowing.
- Bukti jelas Nabi Muhammad saw. adalah nabi terakhir (wakhātamal-nabiyīna - and Seal of the Prophets).
4. Quran tidak ada menyebut walau satu ayat pun ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad, tapi sebelum memang ada, contoh 21:25 dan 3:144.
Sbb itu ada ayat mengenai orang munafik yg mengaku menjadi saksi bahawa Muhammad itu Rasulullah.
- Bukanlah disebabkan Nabi Muhammad itu bukan nabi terakhir tapi hati mereka dah penuh dgn berbagai penyakit. Sila rujuk 2:10. Ada berpuluh ayat dlm Quran berkaitan dgn munafik, rajin-rajinkanlah jari tu sikit. Dah nama pun MUNAFIK memang mendarah-daging lah ngaku itu ngaku ini kan?.
T.Kasih >KAS
U're on the Spot! KAS! Just see the word "munafikun" ie 'mu' - org yg/those who; / 'na' - mereka / 'anfika' - fasik - neglect/negligence/neglee/negligilbe... un - plural/majmuk, see dictionary pls Cakap/Tulis siapa2 pun boleh sertakanlah BUKTI beb!
DeleteMasih lagi bernada ego dan takbur.
DeleteAnyway, i get your point. But, i do hv my own understanding and if that is what your understanding is, then I'm not here to rebut you. I'm not here to prove I'm right as only Allah knows who is right. There is no point debating anymore.
Thank you and may Allah bless us all.
KAS,
DeleteMungkin orang yang munafik itu adalah golongan yang seperti awak, menjadi SAKSI kenabian Nabi Muhammad katanya. Padahal zaman kita tak pernah jumpa pun Nabi Yang dimaksudkan dalam Al-Quran dan tak pernah berdepan pun. Bagaimana awak berani mengucapkan 5x sehari yang awak SAKSINYA.
AQ 48:28
Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.
AQ 4:79
Apa jua kebaikan yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.
AQ 63:1
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan ALLAH MENGETAHUI bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.
Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini..Allah sahaja yang tahu siapa Rasul-Nya, kita tak tau siapakah orang yang dimaksudkan, kenapa kita nak terhegeh-hegeh mengaku saksi Rasul.
Aqil