Di ruangan komentar blog ini kadang-kadang lahir mini debat di antara para pembaca blog.
Seperti yang telah saya perkatakan, blog ini mengambil posisi untuk menyiarkan apa sahaja mesej yang diterima dari para pembaca tidak kira ianya negatif atau positif iaitu yang menerima atau menolak hujah saya.
Jika ada komentar yang terpadam, saya ingin memohon maaf. Saya kurang pasti bagaimana ia terjadi.
Mungkin ianya terjadi secara tidak sengaja memandangkan layar yang kecil apabila saya mengguna telefon pintar.
Saya berpendapat untuk mencari kebenaran yang hakiki kita perlu mendengar semua pendapat.
Dengan aliran kesemua pendapat yang diterima ini kita mengambil pendapat yang paling baik di antara pendapat-pendapat itu.
Namun begitu, khalayak tidak perlu mengguna bahasa kesat, kasar, menyakitkan hati, menyindir atau berbaur kebencian apabila mengeluarkan pendapat.
Ini adalah kerana Tuhan telah memberi akal kepada setiap para hambanya. Dengan akal inilah kita membuat keputusan yang paling muktamad.
Maka sekeras atau sekesat manapun cara kita mengeluarkan pendapat, atau setinggi manapun jeritan kebencian kita semasa kita mengeluarkan pendapat kepada orang lain, akhirnya yang memproses informasi ini adalah akal orang yang sedang kita berdebat itu.
Mungkin kekangan undang-undang tradisi, undang-undang perlembagaan dan adat setempat menyebabkan lawan anda mengiyakan sahaja pendapat yang disampaikan secara kesat, kasar, menyakitkan hati atau menyindir ini.
Namun hakikatnya, lawan anda akan memproses kesemua informasi yang diterimanya tidak kira secara kasar atau lembut di dalam akalnya.
Balik nanti sebelum tidur beliau pasti akan mengenang kembali peristiwa ini, seterusnya mengambil keputusan beliau sendiri menurut apa yang paling baik di akalnya.
Oleh itu, tidakkah anda rasa segala kata-kata kesat, kasar, menyakitkan hati atau menyindir dengan jeritan berbaur kebencian yang paling tinggi ini adalah perbuatan yang sia-sia ?
Tiada sesiapun boleh menukar corak pemikiran orang lain melainkan orang itu sendiri yang mahukan ia begitu.
Tiada sesiapun boleh menukar corak pemikiran orang lain melainkan orang itu sendiri yang mahukan ia begitu.
Sedarlah bahawa "Tiada Paksaan Di dalam Deen".
"Tidak ada paksaan dalam aturan hidup (deen-i). Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui" AQ 2:256
Pembawa Utusan
Menurut perspektif Al Quran, perkataan Rasul membawa erti Pembawa Utusan atau Messenger.
Apakah yang di bawa oleh mereka ?
Sudah tentulah mereka membawa utusan atau message.
Saya sudah menerangkan perbezaan di antara Nabi dan Rasul di sini; http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/nabi-aqeemu-sollah-dan-zakkah.html

Namun, Informasi yang kita terima sejak zaman berzaman telah memutar kebenaran mudah ini.
Oleh sebab itu, kita mengguna keterangan ini dengan pandangan yang terhad
"Sesiapa taati Rasul, sesungguhnya dia taati Allah; dan sesiapa berpaling, maka Kami tidak utus kamu untuk jadi penjaga kepada mereka" AQ 4:80
Kebiasaanya kita menggunapakai keterangan ini untuk menjelaskan keperluan mentaati Nabi Terakhir yang kita mahu kenali namanya sebagai "Muhammad".
Bagaimana untuk mentaati Nabi ini pula kita kata ialah dengan mengikuti suatu ilmu yang kita kenali sebagai Hadis dan Sunnah.
Namun, cuba kita tanya diri sendiri akan maksud keterangan AQ 4:80 ini.
Jika maksud Rasul ialah Messenger dan Rasul pula bilangannya terlalu ramai maka Rasul yang mana yang perlu kita taati ?
Jika pun kita mahu menerima pengertian maksud Rasul juga secara bahasa merangkumi para Nabi, maka tanyalah kepada diri sendiri, Nabi mana ?
Jika Nabi Terakhir sendiri diperintahkan supaya mengikuti Nabi Ibrahim, maka kenapa pula kita tidak mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim ?
"Kemudian Kami wahyukan kamu, "Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan bukan orang yang sekutukan" AQ 16:123
Begitu juga jika kita mengatakan bahawa kita mengikuti Nabi Terakhir kerana bagindalah yang paling di hormati di antara Nabi-Nabi.
Maka kenapa pula Al Quran memberitahu bahawa yang paling dihormati di antara para Nabi ialah Nabi ini yang dihormati di dunia dan "akhirat" ;
"Ketika malaikat-malaikat berkata, "Wahai Mariam, Allah beri kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang didekatkan" AQ 3:45
Jadi jujurlah kepada diri sendiri, apakah alasan sebenar kita ?
Jika kita mengatakan bahawa ia adalah kerana Nabi Terakhir ini diperintahkan Tuhan untuk membawa syariat kepada umat akhir zaman.
Syariat ini pula berbeza dengan syariat-syariat yang diturunkan kepada Nabi-Nabi di lain zaman.
Maka kenapa pula Al Quran memberitahu begini ;
"Dia syariatkan bagi kamu sebagai aturan hidup (deen-i) apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah aturan hidup (deen-na), dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan" AQ 42:13
Apakah jawapan anda sebenarnya ?
Perhatikan keterangan-keterangan ini ? Apakah persamaan di antaranya yang kita diperintahkan untuk taati ?
"Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik" AQ 4:59
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul", kemudian kamu lihat orang-orang munafik halangi kamu dengan halangan yang keras" AQ 4:61
Ketaksuban

"Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!" AQ 4:69
Manusia secara amnya mempunyai perasaan ingin mengambil orang lain sebagai idola.
Seringkali terjadi kisah hidup idola mereka ini akan ditokok tambah untuk menambah tahap ketaksuban kumpulan mereka.
Bayangkan jika ada 2 atau 3 kumpulan yang mempunyai idola berbeza dengan ketaksuban berbeza.
Masing-masing mahu berkeras bahawa idola merekalah yang paling hebat, paling benar dan paling suci dari idola kumpulan lain.
Pengikut 2 atau 3 kumpulan ini bukan di dalam bilangan 20, 30 orang tetapi berbillion manusia yang membentuk kependudukan dunia.
Secara amnya apakah yang anda rasa akan terjadi kepada pertembungan kumpulan ini ?
Pada mulanya mungkin kumpulan yang berbeza ini dapat mengikuti cara pertentangan atau perdebatan yang bertamadun.
Namun, pasti dari jumlah berbillion manusia ini akan ada individu yang secara sengaja menjerumus kepada kata-kata keras, kesat atau menyindir dan berbaur kebencian untuk menang hujah.
Akhirnya dari perdebatan intelektual yang bertamadun ia menjadi satu pertembungan yang akhirnya menjadi fizikal sehingga menitiskan darah.
Itulah yang terjadi di dalam sejarah ketamadunan dunia.
Kumpulan-kumpulan ini tidak dapat menerima bahawa semua orang mempunyai kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan.
Adakah kita masih belum dapat belajar dari sejarah ?
Kesimpulan
Para pengikut Judaism mengatakan Musa-lah yang paling benar.
Para pengikut Kristianiti pula mengatakan bahawa Isa-lah yang paling benar.
Manakala pengikut Islam pula mengatakan Muhammad-lah yang paling benar.
Jawapan yang anda cari sebenarnya bukan terletak kepada nama-nama ini atau susuk batang tubuh mereka.
Tidakkah kita terfikir bahawa mereka ini adalah Pembawa Utusan / Messenger dari Tuhan yang satu.
Dari sumber yang satu sudah pasti mesej yang mereka bawa sewajarnya adalah satu.
Jadi saudara semua, yang kita cari dan kita benarkan bukan Musa atau Isa atau Muhammad, tetapi yang kita benarkan ialah MESEJ MEREKA.
Inilah persamaan yang kita cari. Kita ikuti para Rasul/Pembawa Utusan/Messenger ini dengan MENTAATI MESEJ MEREKA.
Lantas, tanyalah kepada diri sendiri, ADAKAH ANDA SUDAH MENDAPAT MESEJ ITU ?
"Katakanlah, 'Jika kamu cintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan cintai kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih.'" (3:31)

Keterangan di atas dengan jelas mengkehendaki kita mengikuti mesej yang di bawa oleh Nabi Terakhir. Di manakah baginda merekodkan mesej-mesej yang dibawanya ?
Adakah baginda Nabi Terakhir ada mencatat buku lain selain Al Quran ?
Tetapi, manusia tetap mahu mengambil susuk individu untuk mereka taksubkan.
Walaupun mereka tahu individu tersebut makan, minum, tidur, buang air besar, buang air kecil dan mati sama seperti mereka.
"Tetapi ada manusia yang ambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang buat kezaliman dapat lihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab." (2:165)

Apabila di hati kita ada selain dari Tuhan, Zat Asal Yang Mencipta dan Pemelihara yang kita agongkan dan ikuti sebagai pemimpin maka sedarlah bahawa kini kita sebenarnya memuja dua tuhan.
"Allah berkata, "Janganlah ambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada-Ku-lah kamu berasa gerun." AQ 16:51
Ashwed
salamun alaykum..benar kata tuan ash wed..sungguh pemahaman kebanyakan manusia apabila ditunjukkan Q 4:59 akan menyatakan ikut rasul tu adalah ikut apa yang dibuat oleh rasul contoh macam pakai baju, tidur ngadap kiblat, kunyah 40 kali, makan kurma dan kambing dan sewaktu dengannya..sedangkan berulang kali Nabi cakap ikut apa yang diwahyukan saja..
ReplyDeletedan cukup rasa terkilan bila kita cakap jangan bezakan para nabi, tapi mereka tetap hanya mengangkat muhammad sebagai idola umat islam..
teringat kata2 tun dr m pada seorang pemimipin, "nabi pun tak boleh ubah dunia".
saya sangat setuju... tapi mcmana agaknya nak mengubah indoktrinasi ini? dan kembali ke asalnya?
Deletebila bercakap tudung tu tak perlu pon dalam islam.. melenting bukan main lagi kebanyakkan orang.
Setiap kaum minum masing masing
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAlamak I terikut trend pasang calligraphy tulis Allah & Muhammad.
Maybe ikut macam dalam satu masjid di Turkey yang I lawat yang pamer semua nama nabi.
Tak salahkan sebagai perhiasan. If I rajin letak summary pengajaran yang diperolehi from each of them seperti yang ada dalam AQ.
Non
Agama mereka ni agama pasang siap x perlu guna akal ikut aje apa ulamak2 mereka hadiskan salaamun alaikum...
ReplyDeleteAgama meraka ni agama pasang siap x perlu guna akal ikut je ap Ulamak2 mereka hadiskan....Salaamun Alaikum
ReplyDeleteAgama meraka ni agama pasang siap x perlu guna akal ikut je ap Ulamak2 mereka hadiskan....Salaamun Alaikum
ReplyDeleteAgama mereka ni agama pasang siap x perlu guna akal ikut aje apa ulamak2 mereka hadiskan salaamun alaikum...
ReplyDeleteAgama mereka ni agama pasang siap x perlu guna akal ikut aje apa ulamak2 mereka hadiskan salaamun alaikum...
ReplyDeleteSalaamun Alaikum
ReplyDeleteSalaamun Alaikum
ReplyDeleteSalamunalaikum saudara sekelian!
ReplyDeleteDisenaraikan ayat2 Quran (nombor surah dan ayat shj) yang terdapat kata 'waila' maka fahami/usahalan sendir;
2:79(3x)/5:31/11:72/14:2/18:49/19:37/20:61/21:14,18,46,97/25:28/28:80/36:52/37:20/38:27/39:22/41:6/43:65/45:7/ 46:17/51:60/52:11/68:31/77:15,19,24,28,34,37,40,45,47,49 /83:1,10/104:1/107:4...
Bacalah dengan hati yang tenang (mutmainah)..
Saya sekarang pun dah tak suka nak berdiskus pasal agama. Kalau orang nak cakap, saya dengar aje. Setuju tak setuju, simpan aje dalam hati. Quran pun kata kita bertanggungjawab sendiri atas apa yang kita lakukan. Hanya Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia mahu. Buat apalah kita nak bergaduh, bertegang urat nak menangkan fahaman kita kan?
ReplyDeleteMasa awal-awal dulu, nak juga saya share tentang soalan-soalan yang mencabar status quo agama. Tapi ramai saya tengok yang tak ready untuk berfikir dan challenge pendapat awam. Walaupun soalan-soalan tu logik. Setengah bila tak dapat nak jawab kata mereka cetek ilmu agama, setengah pulak bila tak dapat jawab kata kita sesat pulak!
So sekarang saya relax je. Njoy dan bersyukur dengan rahmat Allah. After all Allah kan menjanjikan kesenangan, syaitan yang menjanjikan kemiskinan dan kesusahan.
Bahagian 1/2
ReplyDeleteSalam Tuan Tanah Ashweb dan semua;
Pada Allah jua saya mohon petunjuk.
**Mesej
*Sedarlah bahawa "Tiada Paksaan Di dalam Deen". 2:256
>Setuju
>Tidaklah juga bermakna menjadi suatu ‘lesen’ untuk pertikai/persenda Islam atau agama lain;
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". 109.6
> Agama yg benar tetap Islam; 3:19, 21:92, 23:52, 3:85
**Pembawa Utusan
*Bagaimana untuk mentaati Nabi ini pula kita kata ialah dengan mengikuti suatu ilmu yang kita kenali sebagai Hadis dan Sunnah.
>Bukan Hadis dan Sunnah tapi Quran dan Sunnah.
*Jika maksud Rasul ialah Messenger dan Rasul pula bilangannya terlalu ramai maka Rasul yang mana yang perlu kita taati ?
*Jika pun kita mahu menerima pengertian maksud Rasul juga secara bahasa merangkumi para Nabi, maka tanyalah kepada diri sendiri, Nabi mana ?
> Sudah tentulah Nabi Muhammad saw;
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. 21:107
Terima kasih/KAS
saya setuju... tetapi:
Delete1. 2:256 - lebih bermaksud kepada tiada paksaan di dalam mengikuti Islam dan penguatkuasaan sebagaimana yang berlaku sekarang. Rujuk juga pada hukuman murtad. Jika diambilkira 4:137 secara jelas menerangkan 2:256.
2. 21:107 - kenapa ada perkataan dalam kurungan ()? walhal dalam Quran tiada? Surah 21 akan lebih bermakna sekiranya dibaca tanpa rujukan pada hanya satu Nabi.
Bahagian 2/2
ReplyDelete*Jika Nabi Terakhir sendiri diperintahkan supaya mengikuti Nabi Ibrahim, maka kenapa pula kita tidak mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim ?
> Ikut, jgn kata tak ikut;
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik". 2:135 dan juga;
Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik). 43:28
*Maka kenapa pula Al Quran memberitahu bahawa yang paling dihormati di antara para Nabi ialah Nabi ini yang dihormati di dunia dan "akhirat" ; Jadi jujurlah kepada diri sendiri, apakah alasan sebenar kita ?
> kalimah ‘wajihan’ pada ayat 3:45 hanyalah bermakna dimuliakan bukanlah paling dimuliakan, atau membawa maksud lebih mulia dari nabi lain.
*Syariat ini pula berbeza dengan syariat-syariat yang diturunkan kepada Nabi-Nabi di lain zaman. 42:13. Apakah jawapan anda sebenarnya ?
>Tiada beza kerana Allah menyuruh menegak agama yakni Islam dan umat tidak berpecah belah. 42:13
>Tiada beza kerana semua rasul membawa kalimah tauhid dan agama yg sama; 21:25, 46:9
>Perbezaan terdapat pada hukum-hukum syariat. 22:67, 5:48 dan juga;
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). 45:18
*Perhatikan keterangan-keterangan ini ? Apakah persamaan di antaranya yang kita diperintahkan untuk taati ?
>Tiada Isu.
**Ketaksuban
>Memang dilarang samada pd barang, berhala atau orang lain maupun diri sendiri, contohnya Firaun.
**Kesimpulan
>Membeza-bezakan antara nabi-nabi/rasul-rasul bukanlah ajaran Islam. 2:285, 4:152 , 3:84 dan juga;
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". 2:136
>Memuliakan nabi-nabi/rasul-rasul adalah wajib dan tidak boleh disamakan menduakan Allah. 7:157 dan;
Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. 37:181 dan juga;
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. 33:56
Terima kasih/KAS
Salam sdr Politicalamity918 January 2016 at 18:56
ReplyDeletesaya setuju... tetapi:
1. 2:256 - lebih bermaksud kepada tiada paksaan di dalam mengikuti Islam dan penguatkuasaan sebagaimana yang berlaku sekarang. Rujuk juga pada hukuman murtad. Jika diambilkira 4:137 secara jelas menerangkan 2:256.
1.Ayat 2:256 bermaksud kita tidak boleh MEMAKSA sesaorang memasuki agama Islam. Jika ada yg ingin masuk Islam, sesungguhnya dia telah mendapat hidayah, kita umat Islam akan dengan senang hati menerima mereka dan menjadikan mereka saudara. Tiada kena mengena dgn isu murtad 4:137 kerana ayat 2:256 berkaitan masuk Islam tanpa paksaan.
Tentang keluar Islam pula atau murtad ia berkaitan dgn ayat 4:137, 16:106 dan juga;
“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.“ petikan 2: 217
2. 21:107 - kenapa ada perkataan dalam kurungan ()? walhal dalam Quran tiada? Surah 21 akan lebih bermakna sekiranya dibaca tanpa rujukan pada hanya satu Nabi.
Memanglah tiada dlm Quran, hanya tafsir semata agar membantu. Perkataan arsalnāka bermaksud satu orang bukan untuk ramai orang yg saya selesa sebagai (Muhammad). Sila rujuk http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=21&verse=107#(21:107:1).
Sebagai tambahan rujukan 21:107 diatas - 61:6, 33:40, 3:144, 48:29 dan 47:2
Harap memfaat >KAS
Teruskan usaha untuk capai kebenaran.. cuma pemikiran anda masih sempit atau ada kekangan dalam pemikiran.
DeleteSalam Tuan,
DeleteKebenaran dah jumpa nak cari apa lagi? Cakaplah apa saja, tapi mana keterangan bukti/contoh tuan.
/KAS
Baguslah dah jumpa kebenaran. Jadi terangkanlah pada saya. Mana tau saya boleh nampak apa yang saya tak nampak.
Deletekepada encik KAZ... sabar... jangan "kalooot" (kata orang utara) dan jangan lah mencuba terlampau lebih dari kebolehan kita saperti kata omputih, "don't bite off more than you can chew," kerana ini akan menyesatkan diri kita sendiri.
Deletebuat kali ini saya hanya akan cuba menghuraikan apa yang saudara tulis:
<19:26 menceritakan masa bersalin bonda Maryam adalah dekat. Diajar Allah akan bonda Maryam lafadz tersebut sekira terlihat manusia. Tujuannya adalah agar mengandungnya bonda Maryam kekal rahsia. Takda kena-mengena langsung dgn puasa.
terutamanya ayat saudara yang terakhir sekali, iaitu, "takda kena-mengena langsung dgn puasa.
ternyata saudara KAZ sudah tersilap! ayat 19:26 memang ada kaitan dengan puasa kerana perkataan arab "sawman" yang bermaksud "puasa." (peringatan: apa hukum orang yang, walaupun dengan secara tidak langsung, memesongkan ayat2 al-Quran?)
ini teramat nyata jikalau KAZ betul2 ada membaca tulisan Ashwed.
kemungkinan besar KAZ tidak akan dapat memahami apa yang ditulis oleh Ashwed kerana KAZ masih membaca dengan hati yang tertutup... atau dengan minda yang
telah dipengaruhi oleh agamawan zaman moden.
walaubagaimana pun, ini dia ayat 19:26 didalam tulisan rumi(Transliteration):
Fakulee washrabee waqarree AAaynanfa-imma tarayinna mina albashari ahadan faqooleeinnee nathartu lirrahmani sawmanfalan okallima alyawma insiyya.
{sila tumpu perhatian kepada perkataan "sawman" (The noun's triliteral root is ṣād wāw mīm)}
sebagai semakkan, sila klik sini
ataupun di sini
ingatlah, apabila kita membaca al-Quran melalui terjermahannya ada bagusnya jikalau kita fasih didalam banyak bahasa ataupun kita rajin mencari terjermahan yang paling baik & sesuai untuk kefahaman kita... dan yang paling penting adalah niat kita membacanya adalah kerana mencari ilmu sabenar yang mutlak sebagai bekal diakhirat nanti dan bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk yang kita ini agamawan yang terhandal ataupun kita ini serba tahu!