Tuesday, 20 October 2015

"Muhammad" Bukan Nabi .... sambungan

Baru-baru ini dunia Melayu dikejutkan dengan satu video yang diviralkan melalui aplikasi media sosial.


Video tersebut bermula dengan pesanan kepada semua penganut agama Islam supaya berhati-hati dengan satu mazhab Kristian baru dari Syria yang sangat mirip dengan agama Islam seperti "solat" dan lain-lain.

Benarkah ianya ajaran baru ? Benarkah mazhab ini meniru Islam sedangkan Agama Kristian dicipta 500 tahun lebih dahulu dari agama Islam ?

Siapa yang meniru siapa ?

Untuk mencari jawapan mengenai perkara ini kita perlu kembali mengkaji sejarah.

Kita perlu kembali ke zaman akhir era kegemilangan Empayar Rom iaitu kira-kira 400-500 tahun selepas zaman Nabi Isa.

Di waktu ini Empayar Rom sedang mengalami proses Kristianisasi kerana rakyat di dalam Empayar Rom semakin bosan dengan perbuatan dan tingkahlaku Caesar mereka yang amat kejam.

Sebelum proses ini bermula ramai rakyat Empayar Rom yang menganut ajaran Kristian dibunuh. 


Namun suatu gerakan telah berjaya ditubuhkan oleh para penganut Kristian yang menjadi batu loncatan untuk mereka menguasai Empayar Rom.

Gerakan ini mendapat tempat di kalangan marhaen yang sudah bosan dengan kezaliman dan kekejaman yang mereka terima. Gerakan ini dikenali sebagai "Order of Benedictine".

Mereka berjaya menakluk Empayar Rom dengan ajaran baru ini. Walaupun begitu, ajaran Kristian mempunyai terlalu banyak mazhab.

Salah satu mazhab ini dikenali sebagai Koptic Kristian. Ajaran ini menguasai salah satu wilayah Rom yang dikenali sebagai Byzantine. 

Oleh kerana Empayar Rom sudah tidak perkasa seperti dahulunya maka Byzantine diberi hak otonomi, di mana penguasanya mentadbir Byzantine secara sendiri. Syria adalah salah satu negara yang dikuasai Byzantine.

Kemuncaknya, Empayar Rom mengambil keputusan untuk menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi mereka dengan harapan supaya rakyat akan lebih bersatu di bawah satu faktor yang sama iaitu panji-panji agama.

Maka jelaslah, bahawa video di atas adalah amalan asal Mazhab Koptic Kristian dari Empayar Byzantine yang telah dipraktis 500 tahun lebih awal dari rakan Islam mereka.

Ia bukanlah satu ajaran mazhab baru. Soalnya mengapa ia begitu mirip ?

Disiplin Pengkaji Sejarah

Di dalam membuat kajian berkenaan seseorang tokoh silam. Ahli sejarah akan mengguna tinggalan legasi yang boleh dikaitkan dengan tokoh yang mereka kaji seperti tinggalan bangunan, perjanjian, atau yang paling mereka cari ialah duit syiling emas atau perak dari zaman itu.

Duit syiling emas dan perak pada zaman silam kebiasaannya akan dicetak bagi mengingati peristiwa penting yang terjadi pada waktu tersebut.

Ini adalah cara untuk ahli sejarah membezakan fakta dengan dongengan dan legenda. 

Seperti yang kita ketahui dongengan dan legenda adalah cara propaganda zaman silam. Dongeng dan legenda akan menjadikan seseorang tokoh itu lebih besar dari dirinya sendiri.

Anehnya, apabila ahli kaji sejarah mengkaji legasi seorang tokoh bernama "Muhammad" yang dikatakan menjadi Nabi dan Rasul pada sekitar tahun 571-632 masihi, mereka tidak menjumpai apa-apa pun tinggalan yang boleh dikaitkan dengan tokoh ini.

Mereka tidak menjumpai sebarang tinggalan bangunan seperti masjid, juga tiada apa-apa tinggalan dari orang-orang yang menganut dan mengamalkan ajaran ini disekitar kawasan ia dikatakan berkembang iaitu Mekah dan Madinah.

Yang paling memeranjatkan ialah tiada langsung tinggalan duit syiling emas berkenaan dengan tokoh ini sedangkan beliau diceritakan menjadi penguasa politik.

Satu-satunya yang mereka ada ialah Perjanjian Hudaibiyah. Namun, perjanjian ini telah dipatahkan dengan mudah melalui keterangan Al Quran yang saya kemukakan sebelum ini iaitu ;


A006


"Dan jika seorang dari kaum yang mempersekutukan Allah (musyrikin) meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Demikian itu ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui" AQ 9:6


Bertahun-tahun ahli kaji sejarah cuba membentangkan kertas penyelidikan mereka kepada orang Islam namun kita dengan mudah memanggil mereka dengan panggilan berbaur kebencian. Kita tidak menjadi seperti keterangan ini;

A017


A018


“Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (iaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada kepada hamba-hambaKu, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akalAQ 39:17-18

Oleh kerana ketiadaan bukti dan legasi dari tahun 571-632 masihi (masihi mewakili Nabi Isa Al-Masih ia dikira dari tahun Nabi Isa dilahirkan) maka para pengkaji sejarah terpaksa membuat kesimpulan bahawa orang yang bernama "Muhammad" ini tidak wujud melainkan sebagai suatu dongengan untuk menjadi propaganda kepada satu tokoh lain.

Oleh itu, siapakah tokoh sebenar yang mengguna nama "Muhammad" sebagai proksi ?

Abd Al-Malik Bin Marwan (646-705 masihi)

Abd Al-Malik, lahir pada tahun 646 masihi di Mekah. Beliau dibesarkan di Yathrib (Madinah). 

Beliau menjadi khalifah kelima Bani Umaiyyah yang berpusat di Damsyik, Syria. Beliau mengetuai pemberontakan Bani Umaiyyah dari penguasa Byzantine. 

Oleh kerana agama rasmi Empayar Byzantine yang di dalamnya terdapat wilayah Syria adalah Koptic Kristian, maka kita boleh simpulkan tokoh ini juga mengamalkan ajaran mazhab ini (ingat ! menurut video di atas ajaran ini adalah mirip islam)

Abd Al Malik memberontak dan dengan bala tenteranya yang kuat telah berperang dan menguasai bandar-bandar penting di dalam kerajaan Empayar Byzantine.

Bandar-bandar ini di antaranya ialah Mekah dikuasai beliau pada tahun 692 masihi. Inilah yang menjadi tandatanya yang paling besar ?

Mengapa beliau berperang dengan Mekah sedangkan bandar ini telah dikuasai oleh "Nabi Muhammad" sebelum itu lagi ? 
Semasa kempen peperangan inilah Abd Al-Malik menjumpai Al Quran di antara khazanah harta rampasan perang yang lain. 

Beliau kemudiannya mengguna buku ini sebagai cara propaganda empayar yang beliau asaskan. Bagaimana caranya ? Sila baca lagi ...

Kemuncak kepada kempen perang Abd Al-Malik ialah beliau berjaya menguasai bandar Jerusalem dari tangan Byzantine pada tahun 688 masihi dan memulakan pembinaan bangunan yang kita kenali sebagai Masjid Al Aqsa yang disiapkan pada tahun 691/692 masihi.

Selepas sahaja masjid ini disiapkan beliau membuat satu langkah yang menjadi petunjuk kepada ahli sejarah moden untuk memahami apa sebenarnya yang terjadi di zaman itu.

Beliau mengeluarkan duit syiling emas Kerajaan Bani Umaiyyah hasil dari keputusan propagandis kerajaan beliau untuk menguasai persepsi penduduk negeri dan bandar yang beliau takluki.

Propagandis ini dipercayai mengambil keputusan untuk mencipta satu agama baru untuk membezakan diri mereka dengan Empayar Byzantine dan duit syiling emas inilah mesin propaganda mereka.

Pada waktu inilah Empayar Byzantine menggelar pemberontakan ini dengan nama Ishmaelites atau Hagarenes yang merujuk kepada asal usul bangsa Arab.

Byzantine menganggap kerajaan baru ini sebagai penganut agama Kristian yang murtad.

Para propagandis Kerajaan Bani Umaiyyah mengguna pakai Al Quran sebagai pemangkin propaganda mereka. 

Ini dapat dilihat dengan jelas melalui duit syiling emas pertama yang dikeluarkan beliau bagi mengingati peristiwa siapnya Masjid Al Aqsa.

Masjid Al Aqsa menjadi lambang penguasaan beliau dan kekalahan agama Judaism dan Kristian di Jerusalem kepada Kerajaan Bani Umaiyah



coin
Gambar Abd Al-Malik menghunus pedang. Juga tertera gelaran beliau "Muhammad" atau Yang Terpuji.
Juga perkataan khalifat Allah atau deputy of God. Ini adalah mesin propaganda zaman silam


























coin
Di bahagian belakang syiling ini dicetak dengan lambang ini.
Ia adalah lambang bahawa agama baru ini menolak konsep trinity

Mari kita bandingkan dengan syiling yang dikeluarkan oleh penguasa Empayar Byzantine pada era itu yang bernama Justinian II Rhinometus



Image result for the muslim wordpress abd al malik real creator of islam

Sebelah kiri adalah syiling emas Empayar Byzantine (muka depan) ia tertulis perkataan latin "Ihesus Cristus Dominus Salvator Rex Reginorum yang bermaksud “Jesus Christ Lord Savior King of Those Who Rule”. 

Muka belakang tertulis perkataan "Victoria Augusti" yang bermaksud “Victory of the Emperor” dan lambang cross trinity.

Syiling di sebelah kanan adalah juga dikeluarkan oleh Kerajaan baru Abd Al-Malik. Muka depan adalah gambar "Nabi Muhammad, Saidina Abu Bakar dan Saidatina Aisha" yang baru mereka cipta. 

Muka belakang masih mengekalkan penolakan mereka kepada konsep trinity.

Kesimpulan

Abd Al-Malik Bin Marwan dan propagandis kerajaan beliau telah membuat keputusan untuk mencipta agama baru semata-mata untuk menyatakan pemberontakan mereka kepada agama yang diamalkan oleh Empayar Byzantine.

Agama baru ini mengekalkan ciri-ciri asal agama asal mereka seperti video di atas. 

Namun, melalui Al Quran yang mereka jumpai mereka mengambil keputusan untuk menolak konsep triniti. Ia dinyatakan dengan tegas melalui pengeluaran syiling emas seperti tertera di atas.

Propagandis kerajaan baru ini kita boleh kenali dengan jelas. Mereka ialah para imam yang empat yang hidup satu era dengan Abd Al-Malik bin Marwan atau generasi selepas beliau. Mereka ialah Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.

Penulis sirah iaitu Ibn Ishak, Ibn Bakkai dan Ibn Hisham juga hidup sezaman dengan Abd Al Malik atau zaman generasi anak Abd Al-Malik. Mereka juga adalah propagandis.

Kebanyakkan sejarah hadis dan sirah yang kita baca sebenarnya adalah kisah kehidupan Abd Al-Malik Bin Marwan seorang yang suka berperang dan kejam. Beliaulah yang memakai gelaran "Yang Terpuji" atau "Muhammad" satu perkataan yang mereka jumpa di dalam Al Quran.

Sebab itulah terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara tingkah laku dan arahan yang diberi kepada Nabi Terakhir dengan "Nabi Muhammad".

Selain daripada itu Kerajaan baru ini mengguna agama baru yang mereka cipta untuk menyatukan rakyat di negeri dan bandar yang mereka takluki. Ini adalah kaedah biasa di dalam mana-mana empayar baru.

Mereka menggelar agama baru ini Islam.

.. dan Nabi Terakhir  kekal sebagai satu kisah yang Tuhan tidak ceritakan kepada kita secara terperinci..

A164

"Dan (Kami telah mengutus) Rasul-rasul yang telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan Rasul-Rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung" AQ 4:164

.. dan Tuhan sudah mengingatkan kita tentang perangai buruk bangsa arab ...

A097
“Orang-orang Arab itu, lebih sangat kekafirannya dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui sempadan-sempadan (yak-lamoo-hudu-dama) yang diturunkan Allah kepada RasulNya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” AQ 9:97

Adakah kita masih tidak mahu mempercayainya ?

Nota : Bahagian dua artikel ini adalah berpandu kepada buku 1. Robert Spencer : Did Muhammad Exist ? 2. Karl-Heinz Ohlig, Dr Gerd-R Puin : The Hidden Origin of Islam 3. Essays - Dr Muhammad Sven Kalisch 4. E.H Gombrich - A little History of The World

Ashwed
 

Friday, 16 October 2015

"Muhammad" Bukan Nabi

Nota : 1. Artikel ini sedikit kontroversi. Baca dengan minda yang terbuka.

2. Di dalam artikel ini perkataan Nabi Terakhir tidak merujuk kepada Nabi "Muhammad" seperti yang kita kenali di dalam sejarah hadis dan sirah.

##################################################################

Nabi Terakhir memang wujud. Baginda berbangsa Arab. 

Ia dapat dibuktikan dengan kehadiran Al Quran di dalam Bahasa Arab dan juga fakta-fakta di dalam Al Quran mengenai seorang figura yang diperintah oleh Tuhannya untuk membuat revolusi minda dan reformasi terhadap bentuk kehidupan masyarakatnya.

Tetapi sejauh manakah, kita mengenali baginda ? 

Benarkah cerita berkenaan baginda yang kita baca selama hari ini di dalam Hadis dan Sirah ?

Jika anda benar-benar membaca Al Quran dengan teliti anda akan dapati pertentangan fakta yang sangat ketara di antara tingkah laku dan perbuatan Nabi Terakhir ini di dalam Al Quran dengan tingkahlaku "Nabi Muhammad" di dalam Hadis dan Sirah.

Pertentangan ini sangat ketara sehingga baginda tergambar seperti seorang yang mempunyai dwi-identiti atau bi-polar identiti. 

Seorang baik seorang lagi lagaknya seperti seekor raksasa. 

Ia menggambarkan seolah-olah Nabi Terakhir ini mengalami sakit jiwa yang kronik.

Mengapakah ia terjadi sebegini ?

Saya pernah menulis di artikel bertajuk Nabi Terakhir bahawa perkataan "muhammadoo" dan "ahmadoo" yang merujuk kepada Nabi Terakhir ini di dalam Al Quran bukanlah satu nama khas atau isim makrifah di dalam bahasa arab.

Ia hanyalah satu perkataan yang membawa maksud "Yang Terpuji" atau "Praiseworthy".

Semasa cuti hujung minggu baru-baru ini, sambil-sambil menunggu perlawanan Piala Dunia Rugby, di tambah pula dengan cuaca jerebu yang menyebabkan saya tidak boleh ke mana-mana maka saya berkesempatan menghabiskan sebuah buku yang sangat menarik bertajuk "Biblical Mullah".

Buku ini menguatkan lagi kesimpulan saya mengenai perkara ini.

Abu Hurairah

Buku ini ditulis oleh seorang yang dikenali dengan non de plume "Abu Hurairah". 

Penulis buku ini memilih nama Abu Hurairah kerana pada beliau Abu Hurairah memegang kunci kepada banyak penipuan di dalam penulisan hadis.

Abu Hurairah (menurut sejarah hadis) adalah seorang watak yang misteri. Kebanyakkan ilmu hadis mengguna beliau sebagai otoriti di dalam riwayat mereka. Iaitu dari perkataan beliaulah kebanyakkan hadis di sampaikan. 

Dengan kata mudah sebaik sahaja "Nabi Muhammad" berkata-kata Abu Hurairahlah orang yang pertama sekali mendengar perkataan itu.

Namun, Abu Hurairah menurut sejarah hadis hanya memeluk "Islam" kira-kira 3 tahun sebelum "Nabi Muhammad" wafat. Iaitu selepas peperangan khaybar.

Adalah menjadi sesuatu yang pelik apabila seorang yang baru sahaja mengenali baginda dianggarkan dapat meriwayat lebih kurang 5,300 hadis.

Sedangkan Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah kedua hanya meriwayatkan lebih kurang 537 hadis dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah pertama hanya meriwayat 142 hadis.

Bukankah mereka ini lebih lama mengenali "Nabi Muhammad" ?

Kesimpulan Biblical Mullah

Agamawan Islam mengikuti ajaran Bible secara menyeluruh.

Jika anda pernah membaca artikel saya bertajuk Hudud Kelantan : Inspirasi Dari Bible, saya pernah memberi penerangan terperinci dari mana sumber sebenar kepada semua hukuman yang disarankan di dalam Undang-undang Hudud. 

Ya, ia dari Bible Old Testament.

Menurut Biblical Mullah, terdapat banyak hadis yang dikatakan di ambil dari tradisi Israel yang menjadi sumber ajaran para agamawan Islam.

Hadis-hadis ini dikenali sebagai Hadis Israiliyat (keterangan ini bukan bermaksud kita perlu membenci orang-orang dari negara Israel).

Ahli agama menyatakan bahawa Nabi Terakhir mengetahui mengenai ajaran Bible dan Taurat dan Baginda mengambil ajaran-ajaran yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Itulah sebabnya ia dikenali sebagai Hadis Israiliyat.

Menurut mereka, Nabi Terakhir kadang-kadang menyampaikan ajaran-ajaran ini melalui "hadis" dan "Sunnah" baginda.

Al Quran memberitahu kita sebaliknya, menurut Al Quran ;

A052


"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak pernah mengetahui apakah Al-Kitab ( Al Kitab merujuk kepada semua kitab sebelum Al Quran ) dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan ia (Al Quran) itu cahaya yang Kami tunjuki dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus" AQ 42:52

Oleh kerana Nabi Terakhir tidak pernah membaca atau mengetahui mengenai mana-mana Al Kitab ( yang asli dan juga yang telah diseleweng) yang di turunkan sebelum baginda, maka ia adalah mustahil untuk baginda mengajar mengenai ajaran yang terkandung di dalamnya.

Lagipun, Al Quran memberitahu bahawa dirinya adalah Al Furqaan, iaitu pembeda. 

Ia memperbetulkan segala fakta yang telah diseleweng melalui Kitab sebelumnya (Vedas, Suhuf Ibrahim, Taurat, Zabur dan Injil dan lain-lain). 

A003 

"Ia menurunkan Al Kitab (Al-Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil" AQ 3:3

A004

"sebelum (Al-Quran), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia  menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat Allah akan memperoleh siksa yang berat. Dan Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai balasan" AQ 3:4.

Ia juga memberitahu bahawa semua kitab yang ada di muka bumi pada waktu ini telah mengalami korupsi kecuali Al Quran. 

A078 

"Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja" AQ 2:78

 A079

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka lalu berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu" AQ 2:79

Oleh itu, jika Al Quran memberitahu A, B dan C ia sekali-kali tidak boleh mengiyakan fakta D, E dan F yang ditulis di dalam kitab-kitab lain.

Bermakna Al Quran hanya boleh mengesahkan apa yang ada di lembarannya sahaja.

Tuhan telah memberi amaran kepada Nabi Terakhir ini bahawa baginda akan mendapati sesetengah pihak yang mahu menyesatkan baginda dari mesej Al Quran ;

A069

"Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedarinya "AQ 3:69



A120

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti cara mereka . Katakanlah : "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datang pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi mu" AQ 2:120

Oleh yang demikian, Nabi Terakhir tidak mungkin mengikuti Bible, Taurat dan lain-lain kitab kerana kesemua kitab-kitab ini menurut Al Quran, telah diseleweng.

Di dalam sejarah yang diceritakan di dalam Al Quran, ingat, Al Quran menitipkan sejarah yang paling tepat kerana Tuhan sentiasa ada dekat bersama-sama dengan kita. Begitu juga Tuhan berada dekat dengan Nabi Terakhir ini.

Baginda diperintahkan supaya bersabda seperti berikut apabila berhadapan dengan manusia yang mahu menolak Al Quran;

A098

"Katakanlah : "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu ingkari keterangan-keterangan Allah, padahal Allah maha menyaksikan apa yang kamu lakukan?" AQ 3:98

Baginda juga bersabda ;

A099

Katakanlah: "Hai Ahli-ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah beriman, kamu mengkehendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan ?  Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan" AQ 3:99

Kemudian baginda menoleh kepada orang-orang yang yakin (beriman) dan bersabda ;

A100

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman "AQ 3:100

Inilah yang terjadi kepada agamawan Islam terutamanya orang Arab. 

Kebanyakkan ajaran yang di ajar oleh mereka pada hari ini ditiru bulat-bulat dari kitab-kitab yang telah menyeleweng ini. Terutamanya Bible. 


A101

"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya ? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)" AQ 3:101

Dengan hujah-hujah ini, maka kita boleh buat kesimpulan bahawa Nabi Terakhir ini tidak mungkin mengetahui isikandungan Taurat (asli dan seleweng), Bible (asli dan seleweng), zabur (asli dan seleweng) suhuf ibrahim (asli dan seleweng) dan Vedas (asli dan seleweng) kerana baginda tidak pernah pun membaca kitab-kitab ini.

Perbandingan Fakta Di Antara Nabi Terakhir Dan Nabi "Muhammad"

Berikut adalah keterangan-keterangan Al Quran (sumber asal dan "pembeda" dari keterangan-keterangan palsu) mengenai perilaku dan perintah Tuhan untuk Nabi Terakhir ini ikuti. 

Mari kita buat perbandingan dengan tingkahlaku seorang yang digelar "Nabi Muhammad" di dalam hadis dan sirah (sumber selain  Al Quran yang ditulis dan dikumpul oleh manusia ).

Anda boleh membuat kesimpulan sendiri samada fakta-fakta ini adalah selaras di antara satu sama lain.

Hamba

Kitab Ikrah, Bukhary m.s 669

"The Holy Prophet Asked, "Who will buy this slave from me ?" Naeem bought it him 800 Dirham (pieces of silver)

Di dalam keterangan Hadis di atas ia menunjukkan bahawa Nabi "Muhammad" mempraktik perhambaan.

Al Quran

A010

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan" AQ 90:10


A011

"Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar" AQ 90:11

A012

"Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu"  AQ 90:12

A013

"memerdekakan hamba abdi" AQ 90:13

Sumber sebenar Hadis Bukhary

"'Your male and female slaves are to come from the nations around you; from them you may buy slaves" Lev 25:44
 
"You can bequeath them to your children as inherited property and can make them slaves for life, but you must not rule over your fellow Israelites ruthlessly" Lev 25:46

Kesimpulan

Menurut Al Quran, kesemua Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Terakhir di utus untuk memerangi perhambaan. 

Tetapi, Bible dan Hadis Bukhary mengajar sebaliknya.

Jihad Dan Balasan 72 Dara Syurga

Balasan ini adalah war-chant orang-orang Arab. Perlu diingatkan bahawa bangsa ini adalah suatu bangsa yang sukakan peperangan. Mereka bangga dengan semua perang yang telah mereka tempuhi.

Jalan yang paling mudah untuk meniup semangat perang ialah dengan menjanjikan balasan seks yang tiada taranya kepada para remaja arab.

Akhirnya ramai pemuda ini sanggup membunuh diri dengan meletupkan diri sambil membunuh orang tidak berdosa  disekeliling mereka.

Hadis

Dari Musnad Ahmad ibn Hanbal dan Sunan Al-Tirmidzi

For the shahid (martyr) in the Divine presence there will be six qualities 
1. He will be forgiven from the first moment his blood is spilled;
2. He shall sees his seat in Paradise and be protected against the punishment of the grave;
3.He shall be safe from the greatest terror (the rising of the dead)
4. He shall be crowned with the diadem of dignity, one ruby of which is worth more than the entire world and its content
5. He sahll be coupled with 72 spouses from the wide-eyed maidens of paradise
6. He shall be granted to intercede for 70 of his relatives

Al Quran

A070

"Masuklah kamu ke dalam Taman (jannah) bersama-sama isteri-isteri kamu dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan" AQ 43:70


Apabila kita diberikan balasan jannah, kita tidak memasukinya dengan 72 orang dara "syurga". Kita memasukinya dengan pasangan kita iaitu isteri atau suami kita.

Nabi Terakhir di utuskan untuk menyeru supaya manusia berdamai. Ianya adalah satu cara hidup yang dipanggil Islam atau kedamaian.

Takkan pula Nabi ini menyeru kaum pemudanya berperang sambil berjanji dengan janji palsu. Apakah mereka memberi idea bahawa Nabi Terakhir ini seorang penipu ?


Penganiayaan Banduan Perang

Hadis

Bukhary, Book of Sales and Book of Nikah Vol 3 m.s 59

"After the fall of Khyber, people described the beauty of Safia Binti Hui, the new bride of a slain enemy soldier. The Prophet chose her for himself. On the way to Madina he stopped and had intercourse with her. His companions did not know if she was a wife or a concubine. Later, a veil was drawn between her and the men-folk and they came to know that she was a wife"

Al Quran

A006

"Dan jika seorang dari kaum yang mempersekutukan Allah (musyrikin) meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Demikian itu ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui" AQ 9:6

Di dalam Hadis di atas, Nabi Terakhir ini digambarkan sebagai seorang yang gila seks dan mengambil kesempatan ke atas wanita banduan perang. 

Namun, Al Quran memberitahu sebaliknya. 

Yang mana satukah yang benar ? Apakah mungkin Nabi Terakhir ini bukan "Nabi Muhammad" yang kita kenali dan bacanya melalui sejarah sirah dan hadis ?

Apakah mungkin mereka ini adalah figura yang berbeza yang hidup di era yang berbeza ? ..... bersambung

Ashwed

Thursday, 8 October 2015

Menghina Para Nabi dan Rasul

Berita ini dipetik daripada laman The Guardian bertarikh 30hb September, 2015

Iranian death sentence commuted to two years' theology study

Soheil Arabi ordered to read 13 religious books and serve 90 days in prison after court annuls original sentence.

An Iranian man who was on death row for allegedly insulting the prophet Muhammad has had his sentence commuted to reading 13 religious books and studying theology for two years.

Soheil Arabi, 31, was arrested by members of the Iranian revolutionary guards in November 2013 in connection with Facebook postings which the Iranian judiciary deemed insulting to the founder of Islam. He was convicted of blasphemy and sentenced to death.

A higher court annulled his death penalty, and his new sentence, which includes a 90-day jail term, emerged this week. Arabi will not be coming out of prison time any time soon, as he is also serving a separate seven-and-a-half-year sentence for allegedly insulting the supreme leader, Ayatollah Ali Khamenei, alongside similar charges.

The commuting of Arabi’s death sentence is the first such decision to have been taken by a judiciary court in Iran. It is not clear how many people are on death row in the country for blasphemy, heresy or other religious grounds. Last year a 37-year-old man was executed after being found guilty of insulting the prophet Jonah, making “innovations in the religion” and “spreading corruption on earth”. He had interpreted Jonah’s story in the Qur’an as a symbolic tale.

The state-owned Jamejam newspaper said Arabi was required to prepare a five-10-page summary of each of the 13 religious books he must read. He then has to write an article about religion and reference at least five -10 of those books. He should study theology for two years and report to the authorities every three months on his progress.

Amnesty welcomed the development but said Arabi should not have been jailed in the first place. Nassim Papayiann, Amnesty’s campaigner on Iran, said: “International law clearly protects the right to criticise political leaders and religious institutions, even if the criticisms are thought to be shocking or offensive. A sentence that requires an individual to serve time in prison, study theology and read certain books as a punishment, if handed down for peacefully exercised their freedom of expression, clearly tramples over a range of rights, including the right to freedom of belief.”

Amnesty has raised alarms in recent years about Iran’s ongoing crackdown on internet users, especially those active on Facebook. “The increasing, and sometimes creative, ways in which the Iranian authorities are cracking down on freedom of expression, particularly on social media, is truly alarming and goes counter to the fundamental principles of human rights,” Papayianni said.

Iran’s judiciary, dominated by hardliners, operates independently of President Hassan Rouhani’s government and is at times at odds with the administration’s drive for more social freedoms. Some analysts believe that the judiciary is tightening its grip to send a signal that it is will resist Rouhani’s repeated calls for reform. Rouhani, meanwhile, has largely remained quiet about human rights violations in the country.

####################################################################

Berita di atas dan banyak lagi berita mengenai hukuman ke atas perbuatan penghinaan ke atas para Nabi dan Rasul terutamanya "Nabi Muhammad" seringkali mengisi ruangan berita dunia.

Sudah tentu kita masih ingat kepada peristiwa serangan ke atas pejabat pengeluar komik bernama Charlie Hebdo di Paris, Perancis pada 7hb Januari 2015 ? 

11 orang terbunuh di dalam peristiwa serangan itu. 11 lagi tercedera.

Apabila membaca berita-berita ini, pasti kita merasa terkedu melihat betapa jauhnya tahap yang seseorang sanggup pergi untuk mempertahankan Nabi yang mereka kenalpasti sebagai mewakili mereka.

Perbuatan komik Charlie Hebdo menghina orang lain sememangnya perkara yang tidak bertamadun. Ia bukanlah jalan untuk kita menyatakan pendirian kita. Ia juga bukan jalan untuk mencari kebenaran.

Namun, perbuatan membunuh atau menghukum dengan hukuman keras ke atas penghina yang dikatakan menghina Nabi dan Rasul adalah satu perbuatan yang lebih hina daripada perbuatan menghina itu sendiri.

Kenapa ? Sebabnya yang pertama. Para Nabi dan Rasul ini dilantik oleh Tuhan. 

Oleh kerana itu, pada dasarnya satu-satunya pihak yang boleh mengesahkan perlantikan ini sudah pastinya adalah Tuhan sahaja.

Kita orang biasa sama sekali tidak boleh mengesahkan si polan dan si polan sebagai Nabi atau Rasul, kerana kita memang tiada di situ semasa peristiwa perlantikan ini. 

Sesuatu yang kita tidak saksi, kita tidak boleh sahkan. Ini adalah "General Rule" undang-undang yang diamalkan diseluruh dunia. 

Ia adalah di antara Tuhan dan orang yang dilantik itu sahaja.

Itulah sebabnya Al Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa saksi yang paling benar di dalam hal perlantikan ini adalah Tuhan sahaja.


"Berkatalah orang-orang kafir " Kamu bukanlah seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah : "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan di antara orang yang mempunyai ilmu Al-Kitab" AQ 13:43
 A079
"Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi" AQ 4:79

Oleh yang demikian, bagaimanakah kita mahu mempertahankan sesuatu yang kita tidak ada kuasa untuk mengesahkan perlantikannya.

Katalah, kita hidup di zaman Nabi Terakhir, kebetulan Nabi Terakhir adalah jiran kita. 

Satu hari, kita dengar baginda beritahu bahawa dia adalah Nabi Terakhir yang dilantik Tuhan.

Bolehkah kita mengesahkan perlantikan ini ? Sudah tentu tidak. 

Kita akan buat perkara yang sama dibuat oleh orang kampung kita. Kita akan minta bukti.

Daripada bukti ini kita akan mengguna pengetahuan yang kita miliki untuk samada menolak atau menerima fakta itu. 

Itu sahaja cara yang kita ada. Kita tidak berupaya menyatakan dengan pasti bahawa si polan dan si polan ini adalah Nabi dan Rasul. Hanya Tuhan yang ada pengetahuan ini.

Sebab yang kedua pula ialah, Nabi Terakhir sendiri menyatakan bahawa baginda dihantar bukanlah untuk menjadi wakil dan menjaga urusan kepada kita semua.


وَكَذَّبَ بِهِۦ قَوْمُكَ وَهُوَ ٱلْحَقُّ ۚ قُل لَّسْتُ عَلَيْكُم بِوَكِيلٍ (٦٦)
But your people have denied it while it is the truth. Say, "I am not over you a manager."
Dan kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran), padahal ia adalah benar. Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul yang menyampaikan perintah-perintah Allah kepada kamu)".
- See more at: http://quran.islamicevents.sg/6/59/66#sthash.3f5a49tZ.dpuf
وَكَذَّبَ بِهِۦ قَوْمُكَ وَهُوَ ٱلْحَقُّ ۚ قُل لَّسْتُ عَلَيْكُم بِوَكِيلٍ (٦٦)
But your people have denied it while it is the truth. Say, "I am not over you a manager."
Dan kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran), padahal ia adalah benar. Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul yang menyampaikan perintah-perintah Allah kepada kamu)".
- See more at: http://quran.islamicevents.sg/6/59/66#sthash.3f5a49tZ.dpuf
A066 

"Dan kaummu mendustakannya, padahal ia adalah benar. Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu (bi-wakil-lin)" AQ 6:66

Jikalau para Nabi dan Rasul itu sendiri tidak dihantar untuk mewakili dan memperbetul urusan-urusan umatnya, maka kenapa pula kita tiba-tiba mahu menjadi juara seolah-olah kita pula wakil kepada para Nabi dan Rasul ini ? 

Di manakah datangnya otoriti ini sehingga kita merasa kita diberi kuasa untuk mempertahankan para Nabi dan Rasul ?

Siapa yang lebih layak mewakili siapa. Para Nabi atau Rasulkah yang lebih layak mewakili umatnya ataupun yang sebaliknya ?

Yang ketiga, tiada apa-apa penghinaan walaupun yang paling buruk sekali daripada sesiapa pun jua dapat membatalkan perlantikan Nabi dan Rasul.

Ia akan kekal begitu. Para Nabi dan Rasul ini tetap akan mendapat balasan yang baik daripada Tuhan ke atas budi baik yang mereka buat kepada nilai kemanusiaan.

Tuhan Yang Maha Kuasa tidak akan bertukar fikiran lalu membatalkan perlantikan ini akibat penghinaan dari mana-mana pihak.

Kesimpulan

Penghinaan kepada Nabi Muhammad tidak akan menyebabkan perlantikan baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul terbatal. 

Maka kita tidak perlu merasa marah jika ada mana-mana pihak menghina baginda setiap hari dan setiap waktu.

Tidakkah kita merasa hairan ?

Mengapa kita menjadi begitu marah apabila ada pihak menghina Nabi Muhammad tetapi boleh buat tak reti bila ada pihak menghina Nabi lain, Nabi Isa misalnya ?

Adakah kemarahan kita itu adalah kerana kita merasakan bahawa Nabi Muhammad mewakili Agama Islam, iaitu "agama kita" sedangkan Nabi Isa mewakili Agama Kristian ?

Jika begitulah perasaan kita, maka terbuktilah Al Quran yang kita baca tidak dapat memberi petunjuk kepada diri kita. Ia sekadar buku lagu yang kita nyanyikan pada masa dan hari yang tertentu sahaja.

Bukankah syarat orang yang beriman ialah kita perlu menyamatarafkan semua Nabi dan Rasul ?

A285

"Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan demikian juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali" AQ 2:285


... dan cukuplah Tuhan sebagai saksi.

Ashwed