Salamun Alaykum. Segala Puji Bagi Tuhan. Sebetulnya saya mengalami kejutan apabila komentar datang bertalu-talu.
Saya terkial-kial mencari cara membalas komen-komen ini. Terkial-kial juga mencuri masa untuk menjawab.
Oleh kerana masih baru di dalam bidang blogging maka banyak perkara yang saya masih belum pandai gunakan di blogger dashboard sendiri.
Ada komentar yang terpadam, ada juga blog lain yang mahu menjadi "followers" tetapi tidak dapat dipenuhi.
Selepas beberapa kali mencuba saya dapati terdapat sedikit masalah teknikal di blogger dashboard saya.
Sementara menunggu masalah teknikal ini diperbetulkan, saya mengambil keputusan untuk menjawab beberapa komentar dengan post ini sahaja.
Memandangkan ruang waktu yang amat terhad, kemungkinan besar saya hanya dapat menjawab komentar-komentar lain melalui ruangan komentar yang sebenar secara serba ringkas.
Saya amat berharap jika sekiranya pemberi-pemberi komen dapat meletak nama masing-masing. Pseudonym pun tidak mengapa.
Nota : Saya tidak mempunyai jawapan tepat kepada setiap pertanyaan anda. Saya juga adalah pelajar seperti anda di dalam satu ruang pembelajaran yang tiada penghujung. Jawapan ini hanyalah kesimpulan dari kajian ilmiah yang saya lakukan semenjak tahun 2005. Terima kasih.

God Particle
Berikut adalah komentar dari seorang pembaca yang tidak bernama pada artikel saya yang bertajuk "Meyakini Tuhan adalah Meyakini Dirimu Sendiri" ;
A very interesting writeup sir. In my opinion, God is pure energy. Think about it. We cannot create nor destroy energy but we definitely can harness part of it, like electricity. We all know how electricity works (according to God's law) but we cant really define what electricity really is. I am also very fascinated about our world on a subatomic level. Everybody knows the nature of mass but nobody knows what creates mass. Google god particle and you would know what I'am talking about.
God bless on your journey sir. May you continuously be confused yet clarified all the time. I know I am :)
Jawapan
Saya bukan seorang ahli fizik. Bidang yang saya ceburi sejak dari bangku sekolah lagi ialah sains sosial.
Untuk berdiskusi mengenai Particle Physic memerlukan kepakaran, pengalaman dan pembacaan yang luas.
Namun, dari pembacaan secara ringkas saya dapati bahawa God Particle adalah suatu nama yang diberi oleh seorang ahli fizik/penulis yang pernah memenangi Nobel Physic Prize bernama Leon Lederman.
Partikel ini lebih dikenali sebagai Higgs Boson atau Higgs Particle.
Ia adalah sejenis Elementary Particle iaitu satu partikel substruktur yang tidak boleh dikenalpasti samada ia partikel asal atau partikel campuran.
Menurut Lederman sendiri Higgs Particle adalah amat mustahil untuk diperolehi namun secara teori ia merangkumi keseluruhan alam semesta.
Di dalam disiplin kajian ilmiah yang saya buat semenjak tahun 2005. Saya menggunapakai Al Quran sebagai garis panduan muktamad.
Menurut perspektif Al Quran, energy, tenaga atau kuasa diterjemahkan melalui akar kata mim-lam-kaf iaitu malaikat dan kata terbitan daripadanya.
Seperti unsur-unsur lain energy, tenaga atau kuasa boleh dimatikan. Sebagai contoh cahaya, jika kita menutup punca cahaya, persekitaran sesuatu tempat atau bilik akan menjadi gelap.
Energy, tenaga atau kuasa ini adakalanya boleh kelihatan, dan juga kalanya tidak kelihatan di pandangan mata.
Di organ manusia energy, tenaga atau kuasa paling optimum berada di organ otak.
Kesimpulannya energy, tenaga atau kuasa tidak kekal.
Menurut Al Quran Zat Azal/Tuhan tidak mati, tidak minum, tidak tidur dll. Ia berada di mana-mana sahaja mata kita melihat. Ia kekal selama-lamanya.
Saya ambil sedikit penerangan saya mengenai Zat Asal untuk bacaan bersama. Ia boleh di dapati melalui artikel saya yang bertajuk "Israk Mikraj - Dongengan Arab Dahulukala"
++++++++++++++++++++++
Zat Asal dan sains
Tuhan adalah ghaib. Ia tidak nampak di pandangan mata, tidak oleh Nabi Muhammad atau sesiapun jua. Dari artikel saya yang bertajuk Tuhan saya telah menulis dengan panjang lebar apakah dia Tuhan. Ringkasnya, Tuhan adalah Zat Asal.
Apakah hakikat kewujudan Zat Asal menurut Al Quran ? Mula-mula kita perlu mengkaji keterangan di bawah ini
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati serta akal fikiran supaya kamu bersyukur" AQ 16:78
Bolehkah Nabi Muhammad melihat KETIADAAN. Ianya adalah mustahil. Melainkan dongengan yang dipaksa menjadi persepsi kebenaran. Hakikatnya ketiadaan tidak boleh dicapai dengan penglihatan mata. Ia ghaib.
++++++++++++++++++++++++++
Sesungguhnya manusia mempunyai pengetahuan yang terhad setakat yang diberi oleh sang pencipta sahaja. Bolehkah kita menerangkan apa yang ada selepas KETIADAAN ?
Sudah tentu tidak kerana kita tidak pernah berada di dalam keadaan itu.
Tuhan/Zat Asal adalah suatu misteri yang tidak dapat terungkap. Kita memang tidak boleh menerangkannya secara tepat. Tetapi kita boleh merasai pengalamannya.
Dr Shabbir Ahmed dan Quranaissance
Berikut adalah komentar dari saudara mimn ;
Salam.
Sy juga kenal blog ini melalui ostb. Sy ingin ucapkan ribuan terima kasih atas usaha anda. Kerana insan seperti anda, SAA, En Kassim Ahmad dan ramai lg yg mencabar kita semua org2 biasa untuk kembali kpd sumber asal.
Sy telah melalui proses pembelajaran semula semenjak beberapa tahun lepas setelah sy membaca buku En Kassim Ahmad. Hadith: Penilaian Semula. Segala apa yg telah sy percayai selama sy dilahirkan sbg seorg sunni telah menjadi satu persoalan yg besar. Terima kasih lg skali sy ucapkan kerana sumbangan tuan akan byk membantu kami yg masih giat mencari kebenaran.
Disamping itu sy ingin bertanya akan pendapat tuan ttg sumber terjemahan "The Quran as it Explains Itself, by Dr. Shabbir Ahmed". Ia boleh didapati di website quranaissance. Terjemahan ini adalah sumber rujukan sy buat masa ini.
Sy baru habis membaca beberapa artikel awal tuan dan Alhamdulillah lebih jelas dan senang untuk difahami apabila tuan menulis di dalam bahasa melayu. Sy harap usaha murni ini diteruskan.
-mimn
Jawapan
Dr Shabbir Ahmed banyak membuat penampilan pada forum soal-jawab di antara Islam dan Kristian di TV Amerika. Saya banyak juga membaca hasil kerja beliau.
Sebenarnya, saya tidak mempunyai preference di dalam soal penterjemah Al Quran. Di awal-awal penglibatan saya dahulu saya membaca terjemahan yang ada terjual dikedai-kedai buku.
Namun, semasa saya mula serius mengkaji, saya banyak mengguna terjemahan Dr Rashad Khalifa edisi pertama.
Edisi yang seterusnya saya dapati gagal membawa semangat Dr Rashad bersama berikutan dengan kematian beliau pada tahun 1990.
Sebetulnya untuk mendalami Al Quran, saya berpendapat kita jangan sesekali membenarkan diri kita untuk dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain.
Kita perlu belajar sendiri dan membenarkan pemikiran kita mencapai keputusannya sendiri.
Antara perkara yang perlu kita pelajari ialah penggunaan root word kerana Al Quran terbina melalui rangkaian root word. Root word adalah kaedah Al Quran untuk melindungi dirinya daripada korupsi.
Ia boleh di dapati secara mudah melalui Al Quran Concordance atau Lexicon Arab seperti Lane's Arabic Lexicon.
Website yang paling banyak membantu saya ialah Openburhan.com kerana di sini kita boleh membuat cross-reference kepada setiap patah perkataan di dalam Al Quran.
Website ini mengguna terjemahan Yusof Ali sebagai panduan.
Namun, terdapat juga hasil kerja terjemahan yang sangat tidak bagus. Terutama terjemahan yang terlalu banyak perkataan di dalam "bracket".
Perkataan di dalam bracket adalah pendapat penterjemah. Ia cuba memandu kita supaya mempercayai pemahaman penterjemah tersebut. Ia tidak membuat keadilan kepada Kitab Tuhan. Ia membuat korupsi.
Apabila sudah biasa, anda akan dapat menangkap penyelewengan ini dengan agak mudah.
Semoga jawapan saya ini membawa manafaat kepada saudara.
Yang paling perlu kita ingat ialah semangat keterangan ini ;
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta dipertanggung jawabkan" AQ 17:36
Sesungguhnya dunia Melayu sekarang sedang berada di dalam satu gelombang.
Kalau di Barat ada Age of Enlightenment yang diterajui oleh Thomas Paine, Martin Luther dan lain-lain di mana Tamadun Barat mengguna era ini sebagai launchpad kepada renaissance mereka.
Kita pula ada era sekarang di mana ramai orang melayu mula berminat menyelidik Al Quran.
Moga-moga inilah era Age of Enlightenment versi kita. Sudah ramai penulis-penulis melayu yang sedang mencabar minda kita melalui blog, e-book dan buku muncul kini.
Semoga kita dapat memanafaatkan gelombang ini sebaik mungkin dan keluar menjadi bangsa yang lebih yakin, gigih dan maju.
Ashwed

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui" AQ 2:115
Dari keterangan di atas kita boleh buat kesimpulan bahawa Zat Asal ini berada di mana-mana sahaja yang kita melihat.
Cuba anda semua fikir
benda apakah yang boleh berada di mana-mana sahaja seluas mata kita
memandang atau melalui pandangan mesin seperti teleskop dan sebagainya?
Ia juga mesti termasuk di bumi dan di angkasalepas.
Bolehkah cahaya berada di
mana-mana ? Cahaya apabila dilindung unsur asalnya ia akan menjadi
gelap. Di angkasa yang sangat luas, cahaya matahari hanya dapat dilihat
sejauh cahayanya bergerak. Cahaya bergerak sangat laju, itupun ia tidak
dapat merangkumi keseluruhan angkasalepas.
Bolehkah angin berada di mana-mana ? Angin hanya ada apabila bumi berputar. Angin tiada di angkasalepas.
Bolehkah unsur paling asas iaitu sel berada di mana-mana. Bolehkah proton atau neutron berada di mana-mana?
Kesemua unsur yang wujud mesti ada punca asalnya. Oleh itu ia akan berhenti wujud apabila punca asal ini mati.
Perkara
yang boleh berada di mana-mana dengan tidak mempunyai punca asal. Tidak
boleh mati. Tidak makan tidak minum dan lain-lain sifat Tuhan itulah
KETIADAAN atau NOTHINGNESS. Inilah hakikat kewujudan Zat Asal.
KETIADAAN tidak dapat
dilihat oleh mata. Ia berada di mana-mana. Malah sains moden telah
membuktikan melalui Teori Relativity dan Kuantum Fizik bahawa setiap
unsur bermula dari KETIADAAN mengembang serta berevolusi sehingga
memuncak dan kemudian apabila menurun dan mati, ia kembali kepada Zat
Asalnya iaitu ketiadaan.
Galaksi yang kita diami,
yang mana planet bumi terbentuk bermula dengan KETIADAAN kemudian
terjadi letupan supernova membentuk bintang dan planet. Ia kemudian
berevolusi membentuk sel-sel hidup. Apabila sampai masanya seluruh
galaksi ini musnah dan kembali kepada Zat Asalnya iaitu KETIADAAN.
Seluruh angkasaraya yang tersangat luas itu di antara ADA, iaitu planet, bintang dan meteor terwujud KETIADAAN.
Kita manusia sebelum
diwujud oleh Tuhan di dunia ini kita TIADA. Kemudian Tuhan mengADAkan
kita, memberi kita pengetahuan dan lain-lain pancaindera;
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati serta akal fikiran supaya kamu bersyukur" AQ 16:78
Dari keadaan ADA ini, kita tiba-tiba dimatikan dan kita kembali kepada Zat Asal kita iaitu TIADA.
Bolehkah Nabi Muhammad melihat KETIADAAN. Ianya adalah mustahil. Melainkan dongengan yang dipaksa menjadi persepsi kebenaran. Hakikatnya ketiadaan tidak boleh dicapai dengan penglihatan mata. Ia ghaib.
"Dia
tidak dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala
yang kelihatan; Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui" AQ 6:103
++++++++++++++++++++++++++
Sesungguhnya manusia mempunyai pengetahuan yang terhad setakat yang diberi oleh sang pencipta sahaja. Bolehkah kita menerangkan apa yang ada selepas KETIADAAN ?
Sudah tentu tidak kerana kita tidak pernah berada di dalam keadaan itu.
Tuhan/Zat Asal adalah suatu misteri yang tidak dapat terungkap. Kita memang tidak boleh menerangkannya secara tepat. Tetapi kita boleh merasai pengalamannya.
Dr Shabbir Ahmed dan Quranaissance
Berikut adalah komentar dari saudara mimn ;
Salam.
Sy juga kenal blog ini melalui ostb. Sy ingin ucapkan ribuan terima kasih atas usaha anda. Kerana insan seperti anda, SAA, En Kassim Ahmad dan ramai lg yg mencabar kita semua org2 biasa untuk kembali kpd sumber asal.
Sy telah melalui proses pembelajaran semula semenjak beberapa tahun lepas setelah sy membaca buku En Kassim Ahmad. Hadith: Penilaian Semula. Segala apa yg telah sy percayai selama sy dilahirkan sbg seorg sunni telah menjadi satu persoalan yg besar. Terima kasih lg skali sy ucapkan kerana sumbangan tuan akan byk membantu kami yg masih giat mencari kebenaran.
Disamping itu sy ingin bertanya akan pendapat tuan ttg sumber terjemahan "The Quran as it Explains Itself, by Dr. Shabbir Ahmed". Ia boleh didapati di website quranaissance. Terjemahan ini adalah sumber rujukan sy buat masa ini.
Sy baru habis membaca beberapa artikel awal tuan dan Alhamdulillah lebih jelas dan senang untuk difahami apabila tuan menulis di dalam bahasa melayu. Sy harap usaha murni ini diteruskan.
-mimn
Jawapan
Dr Shabbir Ahmed banyak membuat penampilan pada forum soal-jawab di antara Islam dan Kristian di TV Amerika. Saya banyak juga membaca hasil kerja beliau.
Sebenarnya, saya tidak mempunyai preference di dalam soal penterjemah Al Quran. Di awal-awal penglibatan saya dahulu saya membaca terjemahan yang ada terjual dikedai-kedai buku.
Namun, semasa saya mula serius mengkaji, saya banyak mengguna terjemahan Dr Rashad Khalifa edisi pertama.
Edisi yang seterusnya saya dapati gagal membawa semangat Dr Rashad bersama berikutan dengan kematian beliau pada tahun 1990.
Sebetulnya untuk mendalami Al Quran, saya berpendapat kita jangan sesekali membenarkan diri kita untuk dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain.
Kita perlu belajar sendiri dan membenarkan pemikiran kita mencapai keputusannya sendiri.
Antara perkara yang perlu kita pelajari ialah penggunaan root word kerana Al Quran terbina melalui rangkaian root word. Root word adalah kaedah Al Quran untuk melindungi dirinya daripada korupsi.
Ia boleh di dapati secara mudah melalui Al Quran Concordance atau Lexicon Arab seperti Lane's Arabic Lexicon.
Website yang paling banyak membantu saya ialah Openburhan.com kerana di sini kita boleh membuat cross-reference kepada setiap patah perkataan di dalam Al Quran.
Website ini mengguna terjemahan Yusof Ali sebagai panduan.
Namun, terdapat juga hasil kerja terjemahan yang sangat tidak bagus. Terutama terjemahan yang terlalu banyak perkataan di dalam "bracket".
Perkataan di dalam bracket adalah pendapat penterjemah. Ia cuba memandu kita supaya mempercayai pemahaman penterjemah tersebut. Ia tidak membuat keadilan kepada Kitab Tuhan. Ia membuat korupsi.
Apabila sudah biasa, anda akan dapat menangkap penyelewengan ini dengan agak mudah.
Semoga jawapan saya ini membawa manafaat kepada saudara.
Yang paling perlu kita ingat ialah semangat keterangan ini ;
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta dipertanggung jawabkan" AQ 17:36
Sesungguhnya dunia Melayu sekarang sedang berada di dalam satu gelombang.
Kalau di Barat ada Age of Enlightenment yang diterajui oleh Thomas Paine, Martin Luther dan lain-lain di mana Tamadun Barat mengguna era ini sebagai launchpad kepada renaissance mereka.
Kita pula ada era sekarang di mana ramai orang melayu mula berminat menyelidik Al Quran.
Moga-moga inilah era Age of Enlightenment versi kita. Sudah ramai penulis-penulis melayu yang sedang mencabar minda kita melalui blog, e-book dan buku muncul kini.
Semoga kita dapat memanafaatkan gelombang ini sebaik mungkin dan keluar menjadi bangsa yang lebih yakin, gigih dan maju.
Ashwed
Salamunalaikum saudaraku Ashwed! saya tidak pandai berhujah atau memberi penerangan lanjut seperti saudara tetapi hanya dapat memberi ayat2 yang saya fikir ada kaitan dengan apa yang dibincangkan, terpulanglah kepada pembaca fikirkan;
ReplyDeleteBerikut di c-pkan 25 ayat dari surah Al Imran ie. ayat 50 - 75.....
3:50 Dan mengesahkan apa yang ditanganku -ttauraati yang menghalalkan sebahagian apa yang telah diharamkan bagimu dan aku datang dengan tanda-ayat dari Pemeliharamu maka prihatinlah Allah dan taati Dia.
3:51 Dan hanya Allah Pemeliharaku dan Pemeliharamu maka berkhidmatlah kepadaNya dan inilah jalan yang lurus.
3:52 Ketika ‘iisa menyedari keingkaran mereka dia berkata siapa penolong kepada Allah berkata penyokong setianya kami penolong Allah dan kami amanah kepada Allah maka saksikan kami orang yang berserah.
3:53 Pemelihara kami, kami amanah kepada apa yang diturunkan dan kami mentaati para nabiMu maka kitabkan kami sebagai saksiMu.
3:54 Mereka telah merancang muslihat terhadap Allah malahan Allah yang terutama perancang segala muslihat.
3:55 Ketika Allah berkata wahai ‘iisa Aku akan mengambil dan mengangkat kamu kepadaKu dan mensucikan kamu dari orang yang tidak percaya dan menjadikan pengikut kamu mendominasi orang yang tidak percaya sehingga hari kebangkitan kemudian kepadaKu tempat kembali mereka maka Aku menghukum mereka atas apa yang mereka pertikaikan.
3:56 Maka bagi orang yang tidak percaya, Aku azabkan mereka dengan azab yang dahsyat didunia dan diakhirat dan mereka tidak akan ditolong.
3:57 Dan bagi orang yang amanah dan beramal soleh Aku berikan ganjaran kepada mereka dan Allah tidak mencintai orang yang zalim.
3:58 Demikianlah Kami membacakan kepadamu tanda-ayat dari peringatan yang penuh hikmah.
3:59 Sesungguhnya misalan bagi ‘iisa disisi Allah seperti misalan aadama diciptakan dari tanah maka Dia berkata jadilah maka jadilah dianya.
3:60 Yang benar hanya dari Pemeliharamu maka jangan kamu menjadi darinya orang yang dalam keraguan.
bsmbg..
smbgn...
ReplyDelete3:61 Maka sesiapa berhujah dengan apa yang didatangkan kepadamu dari ilmuNya maka katakan marilah kita bersama menyeru anak kita dan pasangan kita dan jiwa kita semua bermohon dengan merendah diri bersungguh-sungguh supaya segala kelaknatan Allah ditimpakan keatas orang yang berdusta.
3:62 Inilah kisah sebenar dan tiada tuhan melainkan Allah dan hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
3:63 Jika mereka berpaling maka Allah mengetahui setiap orang yang fasik.
3:64 Katakan wahai ahli kitab taatilah kepada satu kalimah yang sama antara kita bahawa kita tidak akan berkhidmat selain Allah dan kita tidak akan menyengutukaNya dengan sesuatu dan tidak akan mengambil seseorang dari kalangan kita tuhan selain Allah dan sesiapa berpaling darinya maka katakan sesungguhnya kami muslimuuna.
3:65 Wahai ahli kitab mengapa kamu berhujah hal ibraahiima sedangkan -ttauraatu dan injiilu diturunkan sesudahnya apakah tidak kamu fikir.
3:66 Beginilah kamu berhujah hal yang kamu tiada pengetahuan dengannya maka mengapa kamu berhujah sesuatu yang kamu tiada pengetahuan dengannya dan hanya Allah yang mengetahui segalanya sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu pun.
3:67 Bukanlah ibraahiimu itu yahuudiyyan atau nashraaniyyan malahan dia seorang yang taat dan setia dan menyerah dan dia tidak sekutu.
3:68 Sesungguhnya manusia sangat sinonim dengan ibraahiima dan orang yang mengikutinya dan dia seorang nabi yang amanah malahan Allah Pelindung bagi orang yang amanah.
3:69 Segolongan dari ahli kitab sangat berkeinginan menyesatkan kamu tetapi mereka tidak sesat melainkan diri mereka yang disesatkanya malahan mereka tidak menyedarinya.
3:70 Wahai ahli kitab mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah sedang kamu mengetahuinya.
3:71 Wahai ahli kitab mengapa kamu campurkan yang benar dengan yang palsu dan menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.
3:72 Dan berkata segolongan dari ahli kitab, amanahlah kamu dengan apa yang diturunkan kepada orang yang amanah diawal penampilanya dan mengingkari diakhirnya sesungguhnya mereka pasti dikembalikan.
3:73 Dan jangan kamu amanah melainkan kepada orang yang mengikuti diina kamu sesungguhnya petunjuk yang diberikan Allah kepada seseorang sama seperti apa yang diberikan kepadamu atau apa yang telah mereka membantah dengannya disisi Pemeliharamu malahan pengurniaan hanya ditangan Allah dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan hanya Allah yang teramat luas ilmuNya.
3:74 Dia yang menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendaki dan hanya Allah memiliki keagungan.
3:75 Dan dari ahli kitab jika diamanahkan harta mereka akan kembalikan kepadamu dan diantaranya jika diamanahkan walau satu dinar mereka tidak kembalikan kecuali kamu minta dan mereka berkata bukan urusan kami dengan orang yang tiada pengetahuan tentang jalanNya dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya.
Diharapkan dapat penghayatan dari Dia yang Berkuasa.....
Saya masih berfikir berkenaan mengapa Allah meletakkan manusia sebagai Khalifah setelah berjuta-juta tahun tanpa Khalifah ? saya juga sependapat dengan saudara berkenaan Nabi Adam bukan manusia pertama..masakan Allah bertanyakan manusia samada mahu menjadi khalifah di bumi sedangkan Nabi Adam masih lagi belum dicipta.
ReplyDelete-Hairi.
Salam saudara Hairi,
DeleteSaya setuju dengan saudara.
Menyamakan Tuhan sebagai tenaga,particle etc saya rasa berkemungkinan salah. Tuhan adalah pencipta alam semesta maka tenaga,particle juga merupakan salah satu unsur yang dicipta Tuhan jadi Zat Tuhan bukanlah terdiri daripada tenaga ( walaupun tenaga2,particle2 yang masih belum dikenal pasti) disebabkan unsur2 ini juga merupakan ciptaan Tuhan. Contoh : jika tenaga diambil kira sebagai Zat Tuhan .. ia masih memerlukan kepada penciptaan. Persoalannya siapa pula yang mencipta Zat Tuhan?
ReplyDeleteAlam semesta bermula dengan nothingness.. tapi zat Tuhan tiada permulaan atau pengakhiran. tidak hidup macam kita dan tidak mati.,tiada proses dalam zat tuhan yg memerlukan perkembangan masa (evolusi) yang mana kita kena memahami iaitu MASA juga merupakan ciptaan Tuhan.
-Hairi
Apabila saya baca terjemahan saya tidak baca ayat dalam kurungan.
ReplyDeleteSebab saya inginkan makna yang tahap saya boleh fikirkan sendiri.
Dan ada ayat yang berbeza makna antara saya dengan penterjemah.
Saya ada kemukakan perihal ni kepada ustaz (ustaz ni rajin bagi ceramah di surau/masjid & tv al hijrah).
Tapi sampai sekarang belum ada jawapan.
Saya masih menunggu jawapannya di blognya atau di fb.
Mungkin dia sibuk.
tiga3
Salam semua
ReplyDelete3:61 Maka sesiapa berhujah dengan apa yang didatangkan kepadamu dari ilmuNya maka katakan marilah kita bersama menyeru anak kita dan pasangan kita dan jiwa kita semua bermohon dengan merendah diri bersungguh-sungguh supaya segala kelaknatan Allah ditimpakan keatas orang yang berdusta.
3:62 Inilah kisah sebenar dan tiada tuhan melainkan Allah dan hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
3:63 Jika mereka berpaling maka Allah mengetahui setiap orang yang fasik.
Apa yg saya faham tentang ayat2 di atas adalah sesiapa yg berhujah dgn ilmuNya, Tuhan cabar seru anak kita, pasangan kita dan juga jiwa kita untuk bermohon laknat ditimpakan ke sesiapa yg berdusta. Kalau tak berani buat maknanya dia seorang fasik.
Jika ada pendapat lain sila kongsikan.
Smbgn
ReplyDelete'hujah' dimaksudkan keraguan atau pertikaian tentang apa yg diturunkan kepada nabi