Frasa di atas di dalam Bahasa Arab Al Quran dikenali sebagai "Deen-ul-lah-hil-Islam".
"Sesungguhnya cara hidup (deen) yang diredhai di sisi Allah hanyalah kedamaian (Islam). Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Buku (Al Kitab) kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNYa" AQ 3:19
Ada yang menterjemah deen sebagai Jalan hidup. Ada yang menterjemahnya sebagai Aturan Hidup dan ada pula yang menterjemahnya sebagai Cara Hidup.
Yang pasti perkataan "deen" ini sama sekali tidak boleh diterjemahkan sebagai agama. Hujah yang paling nyata ialah di Surah Al Fatihah ayat ke-4 iaitu "Malik-iyau-mid-deen".
Tiada penterjemah yang berani menterjemah ayat di atas sebagai "Penguasa Di hari Agama" atau "Yang Menguasai Hari Agama".
Mengapa ramai penterjemah berani menterjemah perkataan "deen" yang muncul di keseluruhan Al Quran sebagai agama. Tetapi di satu ayat ini mereka tidak berani menterjemahnya sebagai "agama" ?
Jawapannya adalah ianya tidak logik. Takkan pula Tuhan Yang Maha Esa mempunyai agama bukan ?
Di sinilah kita dapat menangkap korupsi yang timbul. Beginilah cara root word melindungi Al Quran.
Al Quran pasti konsisten. Ia tidak boleh flip flop kerana Tuhan Yang Maha Mengetahui sifatnya tidak begitu.
Ramai juga yang mengatakan bahawa Islam adalah "agama Allah". Apabila kita berkata demikian maka kita secara tidak langsung menyatakan bahawa Tuhan Yang Maha Esa ini juga perlu menyempurnakan 5 Rukun Islam (yang kita reka sendiri).
Kini, kita mengatakan bahawa Tuhan juga kena mengucap syahadah, Tuhan perlu "solat", Tuhan perlu berpuasa, Tuhan perlu bayar zakat dan yang paling best Tuhan perlu pergi ke bandar Mekah untuk melakukan ritual haji.
Tidakkah perkara ini sangat melucukan ? Mengapakah kita tidak mahu memikirkannya dengan lebih mendalam ?
Kedamaian
Kesalahan utama yang berlaku sekarang ialah kita menganggap kedamaian sebagai satu matlamat.
Disebabkan kesilapan besar ini maka kini kita menyaksikan Syria dilanda perang saudara yang sangat meruncing.
Sehingga dunia, terutamanya benua Eropah mengalami krisis pelarian perang yang besar.
Anda boleh membaca mengenainya dipautan ini ;
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0CDAQqQIwAGoVChMIhZfg_uWlyAIVQQeOCh2_GQx2&url=http%3A%2F%2Fwww.bbc.com%2Fnews%2Fworld-middle-east-34419003&usg=AFQjCNHSlWoZEF4x5j2wPHGYj14K57nqGA
Ia berlaku kerana pihak-pihak yang berperang itu merasakan kepada kumpulan merekalah terletaknya matlamat kedamaian.
Pihak Sunni merasakan bahawa kedamaian hanya boleh dicapai jika pemahaman mereka menguasai keseluruhan Syria. Begitu juga dengan pihak Syiah.
Dengan matlamat mencapai kedamaian inilah mereka berperang sesama sendiri.
Menurut ajaran yang diajar kepada kita oleh Nabi Terakhir, melalui mesej Al Quran. Kedamaian bukanlah matlamat. Ia adalah asas kehidupan.
Ini bermakna untuk mencapai kedamaian kita tidak boleh melakukanya di luar dari diri kita. Kita perlu melakukannya di dalam diri kita.
Bolehkah anda duduk makan dengan damai jika fikiran anda berada di dalam kecelaruan yang amat sangat ?
Begitu juga, bolehkah anda menumpukan fikiran membaca artikel ini jika fikiran anda sekarang ini tidak bertenang lalu membolehkan anda duduk sambil membaca ? Sudah tentu tidak boleh.
Kita hanya boleh mencapai kedamaian dan mempunyai kuasa untuk mencapai kedamaian ini di dalam diri kita sendiri sahaja.
Kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat fikiran dan diri orang lain berada di dalam keadaan damai kerana kita bukan mereka.
Oleh itu, untuk berdamai kita perlu belajar menguasai diri kita yang dicipta oleh Tuhan dengan penuh sofistikated.
Untuk berbuat begitu kita perlu memahami bagaimana cara diri kita beroperasi.
Siapakah diri anda ?
Kita perlu sedar bahawa diri kita sekarang pada asasnya dibina oleh persekitaran kita.
Sebagai contoh semasa kita bayi, kita kecil sahaja. Ibu kita menyuap kita makanan yang diambil dari persekitaran yang dicipta Tuhan sepertu susu, buah, kanji dan sebagai.
Dengan pemakanan dari persekitaran inilah kita membesar menjadi seperti sekarang.
Secara dasarnya, badan kita adalah makanan yang kita makan sejak dari kita kecil. Bermakna kita sebenarnya adalah satu dengan persekitaran kita. Kita adalah apa yang kita makan. Bukankah begitu ?
Begitu juga dengan pemikiran kita. Pemikiran kita dibina dari koleksi pengalaman yang kita rasai. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang menakutkan dan pelbagai koleksi pengalaman yang terjadi sepanjang hidup kita.
Koleksi inilah yang menjadi dasar pemikiran kita.
Jika kita mengalami pengalaman pahit, kita mungkin menjadi depress. Jika pengalaman kita menyeronokkan kemungkinan kita menjadi seorang yang happy-go-lucky.
Namun, kita pada hakikatnya mempunyai kuasa untuk memilih samada untuk menjadi seorang yang depress atau happy-go-lucky jika kita memahami bahawa hanya diri kita sahaja yang boleh menguasai fikiran sendiri.
Kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk memilih menjadi seorang yang periang, atau penyedih atau pembengis atau apa jenis emosi pun.
Esok pagi, sebaik sahaja bangun dari tidur cuba kita pilih untuk menjadi seronok sepanjang hari.
Katalah pada hari esok anda sudah menempah sebuah bilik hotel untuk urusan kerja anda di luar dari negeri anda tinggal.
Anda tidak tahu rupabentuk bilik yang anda tempah. Tidak tahu samada katilnya sudah dibasuh. Bilik airnya sudah dicuci atau tidak. Tetapi, sebaik sahaja bangun dari tidur anda memilih untuk merasa happy dengan bilik anda.
Sesudah sampai di bilik tersebut anda dapati katilnya penuh dengan pepijat dan berbau. Bilik airnya pula tidak dicuci.
Bolehkah perkara ini menukar pilihan yang anda buat sebaik sahaja bangun tidur tadi. Iaitu untuk menjadi riang sepanjang hari.
Sudah tentu tidak boleh. Yang boleh merubah pendirian anda pada pagi tadi sudah tentulah diri anda sendiri sahaja bukan towkay hotel tersebut dia tidak tahu menahu pun akan pilihan yang anda buat di dalam fikiran anda pagi tadi. Bukankah begitu ?
Kesimpulan
Inilah ajaran yang diajar oleh Nabi Terakhir melalui mesej Al Quran. Iaitu untuk berdamai terutamanya dengan diri sendiri.
Jika kita fikirkan dengan lebih mendalam melalui keterangan-keterangan yang boleh di dapati di dalam Al Quran. Kita akan berfikir dua tiga kali apakah benar sejarah yang kita baca selama hari ini sebenarnya adalah mengenai Nabi ini.
Sejarah yang kita baca selama hari ini penuh dengan peperangan, pembunuhan, penganiayaan dan kisah pengkhianatan.
Sedangkan Al Quran memberitahu supaya Nabi ini supaya berdamai.
Apakah mungkin ia sebenarnya adalah kisah hidup orang lain memandangkan wujudnya terlalu banyak fakta yang tidak bertepatan dengan Al Quran ?
Kedamaian adalah asas kehidupan kita. Ianya bukan matlamat.
Kedamaian sepatutnya datang secara semulajadi.
Ia boleh dicapai dengan pemikiran sendiri.
Dengan izin Tuhan, jika setiap orang berdamai dengan diri sendiri dunia akan menjadi lebih aman dari sekarang.
Selamat datang ke "Deen-ul-lah-hil-Islam". Tiada syarat, rukun dan ritual di dalam dunia ini. Hanya jalan hidup kedamaian untuk kebaikan diri kita sendiri.
Ashwed
Salaamun Alaikum.
ReplyDeleteSaya agak kabur untuk mengerti. Mohon penjelasan di sini.
Ada yang menterjemah deen sebagai Jalan hidup. Ada yang menterjemahnya sebagai Aturan Hidup dan ada pula yang menterjemahnya sebagai Cara Hidup.
Yang pasti perkataan "deen" ini sama sekali tidak boleh diterjemahkan sebagai agama. Hujah yang paling nyata ialah di Surah Al Fatihah ayat ke-4 iaitu "Malik-iyau-mid-deen".
Tiada penterjemah yang berani menterjemah ayat di atas sebagai "Penguasa Di hari Agama" atau "Yang Menguasai Hari Agama".
Mengapa ramai penterjemah berani menterjemah perkataan "deen" yang muncul di keseluruhan Al Quran sebagai agama. Tetapi di satu ayat ini mereka tidak berani menterjemahnya sebagai "agama" ?
Jawapannya adalah ianya tidak logik. Takkan pula Tuhan Yang Maha Esa mempunyai agama bukan ?
**Ini terjemahan dari Allahyarham Othman Ali:
1:4. Merajai Hari Agama (Pengadilan).
Semoga mencapai manfaat bersama. Allah Al-A'laam.
proquran@gmail.com
Salamun alaykum,
ReplyDeleteSebab itu saya melabelkan arwah Othman Ali sebagai seorang legenda. Hanya beliau yang berani pergi ke suatu daerah yang ramai tidak mampu pergi .
Saya mengaku bahawa saya belum lagi membaca "Bacaan". Saya sudah membaca sedikit pandangan-pandangan di dalam e-Bacaan.
Sudah tentu Arwah Othman Ali mempunyai penerangan mengenai perkara ini apabila beliau menterjemah "Merajai Hari Agama (pengadilan)". Oleh kerana saya bukan Othman Ali maka saya tidak layak untuk mengupas apa yang tersemat dipemikiran beliau.
Untuk kedudukan yang saya capai mengenai perkataan deen ialah mengikut prinsip ini "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya " AQ 4:82. Al Quran perlu konsisten untuk kita mencapai kebenaran.
Lagipun perkataan yang lebih sesuai untuk menerangkan konsep agama di dalam Al Quran ialah syi-ya-an atau bergolongan.
Wallahualam
saya setuju dgn pemikiran saudara kerana saya juga sesak dengan keadaan "agama Islam" yg saya anuti atau lebih tepat diwarisi dan diterap dalam otak kita sejak kecik tanpa kita bertanya mana kebenaran dan mana logiknya dan mana buktinya.
ReplyDeletesaya tidak bersetuju dgn penyataan "Kesalahan utama yang berlaku sekarang ialah kita menganggap kedamaian sebagai satu matlamat."
pada saya ISLAM yang juga maksudnya damai, sejahtera, aman, selamat dan yang sewaktu dengannya, maka kedaimaian dan keselamatan bertuhankan satu ialah matlamat.
islam ialah deen bermaksud kedamaian/keselamatan/kesejahteraan ialah cara hidup.
semua undang2 dan cara hidup Quran ialah supaya kita boleh hidup dalam keadaan selamat aman dan sejahtera.
Saya tidak rasa KEDAMAIAN adalah MATLAMAT mana2 PIHAK yang bergaduh sekarang esp dalam kalangan negara atau umat "islam"
Peperangan, perpecahan, porak peranda lebih2 lagi terhadap negara2 yang mengaku "islam" dan orang2 yang mengaku "islam" bukan disebabkan "kedamaian sebagai matlamat" tetapi disebabkan
1. meninggalkan quran dan mencipta kitab kedua yang sememangnya dilarang tuhan dalam quran. tidak mengamalkan islam yang sebenar dari quran. islam yang majoriti kita amalkan ialah agama rekaan. maka bila kita tidak ikut quran, balasan dan bala Allah akan melanda dan itu yang terjadi. sebab Allah janji akan tolong jika kita beriman dan mengikut al quran.
2. masing2 nak kata islam ciptaan dia lebih baik dari islam pihak lain dan masing2 nak kata islam dia lebih betul dari orang lain dan masing2 nak kata dia lebih islam dari orang lain. hakikat nya masing2 tinggalkan quran.
2. politik dan kuasa (begitu juga asal perpecahan sunni dan shiah) disebabkan nak memilih siapa lebih layak memimpin dan berkuasa
3. duit dan harta (obviously siapa yg berkuasa lebih banyak cara nak songlap dan korup demi kekayaan harta)
4. lebih takutkan dunia dan tidak Yakin dgn quran bahawa kita semua akan mati dan akan menemui hari pembalasan. hanya di mulut je kata quran, iman hakikatnya smua termasuk ulama, ahli agama, ustaz, lebih takut kehilangan pendapatan, harta, pangkat dan dunia.
5. tidak menggunakan AKAL yang diberikan tuhan dan tidak mahu berfikir. kita telah di brain wash utk mengikut je ape yg ulama, ustaz dan ahli agama cakap. jangan melawan, jangan soal sbb kita bukan ahli dan kita serahkan pada mereka. kalau kita lawan maka kita akan 'sesat', rosak akidah, mencabar tuhan, mencabar nabi, anti hadis, anti ulama dan semua label2 yang 'menakutkan' bagi orang2 yg tidak mahu menggunakan akal fikiran. sedangkan quran terang2 menyuruh kita berfikir, menyiasat kebenaran, dan menggunakan mata, telinga serta pancaindera kurniaan tuhan.
Apa pun saya sependapat dgn saudara ttg banyak perkara, dan saya sendiri sedang bergolak dalam diri mempersoalkan islam yang kita dah amalkan secara warisan nenek moyang atau lebih tepat warisan nenek moyang arab.
Salaam Saudara!
ReplyDeleteSebagai contoh ikutilah 7 ayat dari Surah Yusuf (12) dan analisalah sendiri pelajaran yang terdapat dalam ceritanya;
12:15 Dan apabila mereka diizinkan berpergian dengannya mereka sepakat melemparkan dia kedalam perigi terpencil maka Kami ilhamkan kepada dia pastinya kamu akan dapat mengkhabarkan kepada mereka segala muslihat mereka ini sedang mereka tidak menyedarinya.
12:16 Maka mereka kembali kepada bapa mereka pada malamnya menangis.
12:17 Mereka berkata, bapa kami ketika berpergian kami telah berlumba dan tinggalkan yuusufa dan harta kami dan serigala telah memakanya maka tidakkah kamu amanah kepada kami malahan kami berkata benar.
12:18 Dan mereka tunjukkan pakaianya berlumuran darah maka dia berkata kamu menipu dirimu maka inilah kesabaran yang indah hanya Allah tempat memohon bantuan dengan apa yang telah kamu sifatkanya.
12:19 Dan ketika datang pengembara, mereka utuskan pemungut air maka dihulurkan penyedok kedalam perigi dan dia berkata alahai! ini berita gembira, aku menemui seorang remaja maka diambilnya sebagai bahan dagangan pastinya Allah Mengetahui apa yang akan mereka lakukan.
12:20 Dan mereka menjualnya dengan harga sedikit dengan hanya beberapa dirham malahan mereka tidak mengetahui nilainya.
12:21 Dan berkata orang yang membelinya dari mishra kepada puannya berikan penginapan kepadanya mungkin kita dapat manfaat atau mengambilnya sebagai anak demikianlah Kami meneguhkan yuusufa didunia dan mengajar kepadanya tafsir mimpi dan Allah berkuasa keatas segalanya malahan kebanyakan manusia tidak memikirkanya.
Berlapang dadalah kamu dengan ayat-ayat Qur'annulkariimi!!
Salam...
ReplyDeleteSaya selalu mendapat komen atau soalan dari rakan2 'apa itu islam'?? pada mulanya jawapan saya ialah Islam bermaksud kedamaian atau 'peace'... kemudian jawapan saya berubah kepada 'deen' sebab itulah yg saya selalu dengar di ceramah2 agama...
Apabila saya membuat kajian yg lebih mendalam tentang Al-Quran, saya mendapati Islam bukan lah 'deen' seperti yg diceritakan oleh ustad2/imam2 di ceramah2 agama mereka... (kajian saya masih lagi on-going jadi ini bukanlah kesimpulan muktamad tapi pemahaman saya yg terbaik setakat ini. mungkin di masa depan saya akan discover penjelasan yg lebih baik)...
Islam bukan deen.. Islam bukan lah juga agama atau religion.. Islam bukan juga cara hidup atau way of life.. Islam ialah sebuah Sistem... Allah telah menciptakan kita manusia sebuah sistem yg kita panggil atau label (tag) sebagai Islam.. sebuah sistem yg terpelihara, menyeluruh dan sangat lengkap tanpa cacat cela dan Allah sebagai Administrator-Nya... Sistem ini memerlukan input dari kita untuk dapatkan output... Input yg betul akan menghasilkan output yg betul/baik manakala input yg salah akan menghasilkan output yg salah/rosak.. Sistem ini tidak akan fail atau gagal... Kita tidak dapat merubah, me're-program', mengkorupkan sistem Islam ini... Sistem ini diterangkan dengan meluas dalam Al-Quran cara untuk memanfaatkannya... kita tidak perlu menjadi ahli untuk memanfaatkan atau menggunakan sistem ini...
Deen pula adalah cara hidup (way of life). Kita perlu memanfaatkan Islam (sistem) untuk memperoleh Deen..
Agama ialah satu institusi yg diterajui oleh individu2 tertentu (Imam/Mullah/Priest/Rabbi etc) dengan mengenakan ahli2nya peraturan2 sekatan (restrictive house rules) buatan sendiri bertujuan untuk memperalat manusia dengan menjanjikan 'false personal salvation' (perlindungan palsu) sebagai reward atau ganjaran... antara peraturan yg paling terkenal ialah tidak boleh menggunakan akal fikiran.. jika langgar ini peraturan, aqidah lari atau terpesong.. akibatnya, pemikiran terus kian sempit turun temurun, generasi ke generasi selama beberapa ratus tahun...
Becks
Salam saudara becks,
DeleteSudah jauh perjalanan saudara. Dari satu artikel ke satu artikel. Saya berterima kasih krn saudara sudi membaca blog ini dari awal bukan terus ke artikel terkini lalu membuat komen yg pra-matang. Sekurang2nya saudara memahami kedudukan blog ini. Terima kasih.
Mungkin saudara boleh mendalami perkataan bayt. Ramai mereka yang mendalami al quran berpendapat perkataan ini membawa maksud sistem.
Damai
Salam Tuan Ash Wed...
DeleteSudah menjadi kebiasaan atau tabiat (habit) saya untuk bermula dari bawah and work my way up atau bermula dari A sampai la ke Z secara langkah demi langkah... mungkin ini disebabkan cara saya 'di ajar' di Universiti dahulu untuk menguasai ketepatan (precision) dlm bidang kejuruteraan... untuk mengecapi ketepatan kita tidak boleh ambil jalan pintas (shortcuts), cut corners, halfway, half-cooked, half-full, secara rawak (random), guessings and wild assumptions..
Saya bersetuju bahawa Bayt bermaksud Sistem, bukannya Rumah seperti yg diterjemahkan oleh traditional Imams... izinkan saya memberi penerangan lanjut... untuk memanfaatkan Islam (sistem), kita perlukan akal fikiran (common sense and reasoning).. akal fikiran adalah kunci (key) kerana akal fikiran adalah penggerak pencarian ilmu pengetahuan (knowledge)..
YUSUF ALI
[2:171] The parable of those who reject Faith is as if one were to shout Like a goat-herd, to things that listen to nothing but calls and cries: Deaf, dumb, and blind, they are void of wisdom (la yaAAqiloon).
[8:22] For the worst of beasts in the sight of Allah are the deaf and the dumb,- those who understand not (la yaAAqiloon).
Allah says sesiapa yg gagal guna pakai his reasoning (akal - yaAAqiloon), he is as good as deaf, dumb and blind like a cattle / goat…
YUSUF ALI
[1:2] Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds
Pemahaman saya
[1:2] Praise be to Allah, Lord of all Knowledge
YUSUF ALI
[2:31] And He taught Adam the names of all things; then He placed them before the angels, and said: "Tell me the names of these if ye are right."
Perkara pertama yg Nabi Adam lakukan di bumi ini ialah belajar.. Allah ajar Nabi Adam nama benda2.. Dlm erti kata lain, Nabi Adam menimba ilmu pengetahuan...
Segala ilmu atau knowledge yg kita ketahui atau pelajari di alam semesta ini adalah knowledge Allah. Kita sebenarnya mempelajari ilmu-Nya.. Segala penemuan atau discovery termasuk lah yg terkini dan terhebat 'God Particle' atau Higgs Boson dlm Quantum Mechanics di CERN Switzerland sebenarnya adalah ilmu / knowledge-Nya.. Contoh yg saya suka pakai ialah industri penerbangan atau kajiterbang (aeronautical), ia adalah sebahagian daripada 'Deen' kerana penerbangan di zaman ini adalah cara hidup (way of life)... Umum mengetahui bahawa the Wright Brothers adalah manusia pertama yg telah 'discover' dan merealisasikan ilmu kajiterbang (aviation) yg membolehkan manusia terbang menggunakan kapal terbang.. Adik-beradik ini sebenarnya hanya menemui (discover) ilmu Allah lebih kurang 100 tahun dahulu tetapi sebenarnya ilmu kajiterbang (aviation) atau sejarah kajiterbang telah wujud lebih kurang 65 juta tahun dahulu, Pterodactyl sejenis dinosaur yg mempunyai keupayaan untuk terbang.. The Wright Brothers telah menkaji bagaimana aerodynamics sayap (wings) pada seekor burung pada sudut tertentu dan pada kelajuan tertentu menghasilkan tekanan rendah pada bahagian atas sayap dan menghasilkan daya tujahan atas (upwards) pada bahagian bawah sayap.. Prinsip yg sama digunapakai dlm rekabentuk kereta Formula 1 cuma daya tujahan nya ke bawah..
ini tidak akan terjadi melainkan adik-beradik Wright telah memanfaatkan Islam (sistem) dan akhirnya memperoleh 'Deen' (way of life)... ini hanya lah satu contoh dari berjuta lagi.. 'Deen' is there for the taking..
Ulamak maksudnya 'man with knowledge'.. bukan nya pakar 5 waktu ritual, turban, celak and black marking on forehead..
Becks
Segala puji Tuan Semesta Alam
ReplyDelete