Nota : 1. Artikel ini sedikit kontroversi. Baca dengan minda yang terbuka.
2. Di dalam artikel ini perkataan Nabi Terakhir tidak merujuk kepada Nabi "Muhammad" seperti yang kita kenali di dalam sejarah hadis dan sirah.
2. Di dalam artikel ini perkataan Nabi Terakhir tidak merujuk kepada Nabi "Muhammad" seperti yang kita kenali di dalam sejarah hadis dan sirah.
##################################################################
Nabi Terakhir memang wujud. Baginda berbangsa Arab.
Ia dapat dibuktikan dengan kehadiran Al Quran di dalam Bahasa Arab dan juga fakta-fakta di dalam Al Quran mengenai seorang figura yang diperintah oleh Tuhannya untuk membuat revolusi minda dan reformasi terhadap bentuk kehidupan masyarakatnya.
Ia dapat dibuktikan dengan kehadiran Al Quran di dalam Bahasa Arab dan juga fakta-fakta di dalam Al Quran mengenai seorang figura yang diperintah oleh Tuhannya untuk membuat revolusi minda dan reformasi terhadap bentuk kehidupan masyarakatnya.
Tetapi sejauh manakah, kita mengenali baginda ?
Benarkah cerita berkenaan baginda yang kita baca selama hari ini di dalam Hadis dan Sirah ?
Benarkah cerita berkenaan baginda yang kita baca selama hari ini di dalam Hadis dan Sirah ?
Jika anda benar-benar membaca Al Quran dengan teliti anda akan dapati pertentangan fakta yang sangat ketara di antara tingkah laku dan perbuatan Nabi Terakhir ini di dalam Al Quran dengan tingkahlaku "Nabi Muhammad" di dalam Hadis dan Sirah.
Pertentangan ini sangat ketara sehingga baginda tergambar seperti seorang yang mempunyai dwi-identiti atau bi-polar identiti.
Seorang baik seorang lagi lagaknya seperti seekor raksasa.
Ia menggambarkan seolah-olah Nabi Terakhir ini mengalami sakit jiwa yang kronik.
Mengapakah ia terjadi sebegini ?
Ia menggambarkan seolah-olah Nabi Terakhir ini mengalami sakit jiwa yang kronik.
Mengapakah ia terjadi sebegini ?
Saya pernah menulis di artikel bertajuk Nabi Terakhir bahawa perkataan "muhammadoo" dan "ahmadoo" yang merujuk kepada Nabi Terakhir ini di dalam Al Quran bukanlah satu nama khas atau isim makrifah di dalam bahasa arab.
Ia hanyalah satu perkataan yang membawa maksud "Yang Terpuji" atau "Praiseworthy".
Ia hanyalah satu perkataan yang membawa maksud "Yang Terpuji" atau "Praiseworthy".
Semasa cuti hujung minggu baru-baru ini, sambil-sambil menunggu perlawanan Piala Dunia Rugby, di tambah pula dengan cuaca jerebu yang menyebabkan saya tidak boleh ke mana-mana maka saya berkesempatan menghabiskan sebuah buku yang sangat menarik bertajuk "Biblical Mullah".
Buku ini menguatkan lagi kesimpulan saya mengenai perkara ini.
Abu Hurairah
Buku ini ditulis oleh seorang yang dikenali dengan non de plume "Abu Hurairah".
Penulis buku ini memilih nama Abu Hurairah kerana pada beliau Abu Hurairah memegang kunci kepada banyak penipuan di dalam penulisan hadis.
Abu Hurairah (menurut sejarah hadis) adalah seorang watak yang misteri. Kebanyakkan ilmu hadis mengguna beliau sebagai otoriti di dalam riwayat mereka. Iaitu dari perkataan beliaulah kebanyakkan hadis di sampaikan.
Dengan kata mudah sebaik sahaja "Nabi Muhammad" berkata-kata Abu Hurairahlah orang yang pertama sekali mendengar perkataan itu.
Namun, Abu Hurairah menurut sejarah hadis hanya memeluk "Islam" kira-kira 3 tahun sebelum "Nabi Muhammad" wafat. Iaitu selepas peperangan khaybar.
Adalah menjadi sesuatu yang pelik apabila seorang yang baru sahaja mengenali baginda dianggarkan dapat meriwayat lebih kurang 5,300 hadis.
Sedangkan Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah kedua hanya meriwayatkan lebih kurang 537 hadis dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah pertama hanya meriwayat 142 hadis.
Bukankah mereka ini lebih lama mengenali "Nabi Muhammad" ?
Kesimpulan Biblical Mullah
Agamawan Islam mengikuti ajaran Bible secara menyeluruh.
Jika anda pernah membaca artikel saya bertajuk Hudud Kelantan : Inspirasi Dari Bible, saya pernah memberi penerangan terperinci dari mana sumber sebenar kepada semua hukuman yang disarankan di dalam Undang-undang Hudud.
Ya, ia dari Bible Old Testament.
Menurut Biblical Mullah, terdapat banyak hadis yang dikatakan di ambil dari tradisi Israel yang menjadi sumber ajaran para agamawan Islam.
Hadis-hadis ini dikenali sebagai Hadis Israiliyat (keterangan ini bukan bermaksud kita perlu membenci orang-orang dari negara Israel).
Jika anda pernah membaca artikel saya bertajuk Hudud Kelantan : Inspirasi Dari Bible, saya pernah memberi penerangan terperinci dari mana sumber sebenar kepada semua hukuman yang disarankan di dalam Undang-undang Hudud.
Ya, ia dari Bible Old Testament.
Menurut Biblical Mullah, terdapat banyak hadis yang dikatakan di ambil dari tradisi Israel yang menjadi sumber ajaran para agamawan Islam.
Hadis-hadis ini dikenali sebagai Hadis Israiliyat (keterangan ini bukan bermaksud kita perlu membenci orang-orang dari negara Israel).
Ahli agama menyatakan bahawa Nabi Terakhir mengetahui mengenai ajaran Bible dan Taurat dan Baginda mengambil ajaran-ajaran yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Itulah sebabnya ia dikenali sebagai Hadis Israiliyat.
Itulah sebabnya ia dikenali sebagai Hadis Israiliyat.
Menurut mereka, Nabi Terakhir kadang-kadang menyampaikan ajaran-ajaran ini melalui "hadis" dan "Sunnah" baginda.
Al Quran memberitahu kita sebaliknya, menurut Al Quran ;
"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidak pernah mengetahui apakah Al-Kitab ( Al Kitab merujuk kepada semua kitab sebelum Al Quran ) dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan ia (Al Quran) itu cahaya yang Kami tunjuki dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus" AQ 42:52
Oleh kerana Nabi Terakhir tidak pernah membaca atau mengetahui mengenai mana-mana Al Kitab ( yang asli dan juga yang telah diseleweng) yang di turunkan sebelum baginda, maka ia adalah mustahil untuk baginda mengajar mengenai ajaran yang terkandung di dalamnya.
Lagipun, Al Quran memberitahu bahawa dirinya adalah Al Furqaan, iaitu pembeda.
Ia memperbetulkan segala fakta yang telah diseleweng melalui Kitab sebelumnya (Vedas, Suhuf Ibrahim, Taurat, Zabur dan Injil dan lain-lain).
Ia memperbetulkan segala fakta yang telah diseleweng melalui Kitab sebelumnya (Vedas, Suhuf Ibrahim, Taurat, Zabur dan Injil dan lain-lain).
"Ia menurunkan Al Kitab (Al-Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil" AQ 3:3
"sebelum (Al-Quran), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Dia menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat Allah akan memperoleh siksa yang berat. Dan Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai balasan" AQ 3:4.
Ia juga memberitahu bahawa semua kitab yang ada di muka bumi pada waktu ini telah mengalami korupsi kecuali Al Quran.
"Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja" AQ 2:78
"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka lalu berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu" AQ 2:79
Oleh itu, jika Al Quran memberitahu A, B dan C ia sekali-kali tidak boleh mengiyakan fakta D, E dan F yang ditulis di dalam kitab-kitab lain.
Bermakna Al Quran hanya boleh mengesahkan apa yang ada di lembarannya sahaja.
Tuhan telah memberi amaran kepada Nabi Terakhir ini bahawa baginda akan mendapati sesetengah pihak yang mahu menyesatkan baginda dari mesej Al Quran ;
"Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedarinya "AQ 3:69
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti cara mereka . Katakanlah : "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datang pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi mu" AQ 2:120
Oleh yang demikian, Nabi Terakhir tidak mungkin mengikuti Bible, Taurat dan lain-lain kitab kerana kesemua kitab-kitab ini menurut Al Quran, telah diseleweng.
Di dalam sejarah yang diceritakan di dalam Al Quran, ingat, Al Quran menitipkan sejarah yang paling tepat kerana Tuhan sentiasa ada dekat bersama-sama dengan kita. Begitu juga Tuhan berada dekat dengan Nabi Terakhir ini.
Baginda diperintahkan supaya bersabda seperti berikut apabila berhadapan dengan manusia yang mahu menolak Al Quran;
"Katakanlah : "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu ingkari keterangan-keterangan Allah, padahal Allah maha menyaksikan apa yang kamu lakukan?" AQ 3:98
Baginda juga bersabda ;
Katakanlah: "Hai Ahli-ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah beriman, kamu mengkehendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan ? Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan" AQ 3:99
Kemudian baginda menoleh kepada orang-orang yang yakin (beriman) dan bersabda ;
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman "AQ 3:100
Inilah yang terjadi kepada agamawan Islam terutamanya orang Arab.
Kebanyakkan ajaran yang di ajar oleh mereka pada hari ini ditiru bulat-bulat dari kitab-kitab yang telah menyeleweng ini. Terutamanya Bible.
Kebanyakkan ajaran yang di ajar oleh mereka pada hari ini ditiru bulat-bulat dari kitab-kitab yang telah menyeleweng ini. Terutamanya Bible.
"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya ? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)" AQ 3:101
Dengan hujah-hujah ini, maka kita boleh buat kesimpulan bahawa Nabi Terakhir ini tidak mungkin mengetahui isikandungan Taurat (asli dan seleweng), Bible (asli dan seleweng), zabur (asli dan seleweng) suhuf ibrahim (asli dan seleweng) dan Vedas (asli dan seleweng) kerana baginda tidak pernah pun membaca kitab-kitab ini.
Perbandingan Fakta Di Antara Nabi Terakhir Dan Nabi "Muhammad"
Berikut adalah keterangan-keterangan Al Quran (sumber asal dan "pembeda" dari keterangan-keterangan palsu) mengenai perilaku dan perintah Tuhan untuk Nabi Terakhir ini ikuti.
Mari kita buat perbandingan dengan tingkahlaku seorang yang digelar "Nabi Muhammad" di dalam hadis dan sirah (sumber selain Al Quran yang ditulis dan dikumpul oleh manusia ).
Anda boleh membuat kesimpulan sendiri samada fakta-fakta ini adalah selaras di antara satu sama lain.
Hamba
Kitab Ikrah, Bukhary m.s 669
"The Holy Prophet Asked, "Who will buy this slave from me ?" Naeem bought it him 800 Dirham (pieces of silver)
Di dalam keterangan Hadis di atas ia menunjukkan bahawa Nabi "Muhammad" mempraktik perhambaan.
Al Quran
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan" AQ 90:10
"memerdekakan hamba abdi" AQ 90:13
Sumber sebenar Hadis Bukhary
"'Your male and female slaves are to come from the nations around you; from them you may buy slaves" Lev 25:44
"You can bequeath them to your children as inherited property and can make them slaves for life, but you must not rule over your fellow Israelites ruthlessly" Lev 25:46
Kesimpulan
Menurut Al Quran, kesemua Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Terakhir di utus untuk memerangi perhambaan.
Tetapi, Bible dan Hadis Bukhary mengajar sebaliknya.
Jihad Dan Balasan 72 Dara Syurga
Balasan ini adalah war-chant orang-orang Arab. Perlu diingatkan bahawa bangsa ini adalah suatu bangsa yang sukakan peperangan. Mereka bangga dengan semua perang yang telah mereka tempuhi.
Jalan yang paling mudah untuk meniup semangat perang ialah dengan menjanjikan balasan seks yang tiada taranya kepada para remaja arab.
Akhirnya ramai pemuda ini sanggup membunuh diri dengan meletupkan diri sambil membunuh orang tidak berdosa disekeliling mereka.
Hadis
Dari Musnad Ahmad ibn Hanbal dan Sunan Al-Tirmidzi
For the shahid (martyr) in the Divine presence there will be six qualities
1. He will be forgiven from the first moment his blood is spilled;
2. He shall sees his seat in Paradise and be protected against the punishment of the grave;
3.He shall be safe from the greatest terror (the rising of the dead)
4. He shall be crowned with the diadem of dignity, one ruby of which is worth more than the entire world and its content
5. He sahll be coupled with 72 spouses from the wide-eyed maidens of paradise
6. He shall be granted to intercede for 70 of his relatives
Al Quran
"Masuklah kamu ke dalam Taman (jannah) bersama-sama isteri-isteri kamu dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan" AQ 43:70
Apabila kita diberikan balasan jannah, kita tidak memasukinya dengan 72 orang dara "syurga". Kita memasukinya dengan pasangan kita iaitu isteri atau suami kita.
Nabi Terakhir di utuskan untuk menyeru supaya manusia berdamai. Ianya adalah satu cara hidup yang dipanggil Islam atau kedamaian.
Takkan pula Nabi ini menyeru kaum pemudanya berperang sambil berjanji dengan janji palsu. Apakah mereka memberi idea bahawa Nabi Terakhir ini seorang penipu ?
Penganiayaan Banduan Perang
Hadis
Bukhary, Book of Sales and Book of Nikah Vol 3 m.s 59
"After the fall of Khyber, people described the beauty of Safia Binti Hui, the new bride of a slain enemy soldier. The Prophet chose her for himself. On the way to Madina he stopped and had intercourse with her. His companions did not know if she was a wife or a concubine. Later, a veil was drawn between her and the men-folk and they came to know that she was a wife"
Al Quran
"Dan jika seorang dari kaum yang mempersekutukan Allah (musyrikin) meminta perlindungan
kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia
beroleh aman. Demikian itu ialah kerana mereka itu kaum yang
tidak mengetahui" AQ 9:6
Di dalam Hadis di atas, Nabi Terakhir ini digambarkan sebagai seorang yang gila seks dan mengambil kesempatan ke atas wanita banduan perang.
Namun, Al Quran memberitahu sebaliknya.
Yang mana satukah yang benar ? Apakah mungkin Nabi Terakhir ini bukan "Nabi Muhammad" yang kita kenali dan bacanya melalui sejarah sirah dan hadis ?
Apakah mungkin mereka ini adalah figura yang berbeza yang hidup di era yang berbeza ? ..... bersambung
Ashwed
Salam Ashwed,
ReplyDeleteJangan lupa sebut pasal hadis yg cerita pasal Nabi (umur 50++) kawin dengan budak umur 6 tahun and consumate the marriage bila dia umur 9 tahun. Naik bulu roma orang-orang yg bermoral bila dengar and yet orang-orang "alim" rasa benda tu ok aje sebab punca cerita dari sahih Bukhari..
Kesian Nabi Terakhir kita.. kalau dia Allah takdirkan dihidupkan kembali sekarang ni, I bet ya.. dia akan sue all these "alim ulamak" for libel and slander..
Salam,
DeleteUntuk perbandingan saya ambil contoh 3 senario sahaja. Namun, berkenaan paedofilia saya sudah kupas di artikel bertajuk "Imam Al Bukhary Si Penjenayah Islam"
Salam sdra ash wed!
ReplyDeleteSaya setuju tajuk sdra kali ini, ya! memang pun 'muhammad' bukan nabi tetapi 'orang yang memuji' atau BI-nya 'those who praise(d).....
Tajuk post ni buat saya tercari buku Robert Spencer bertajuk "Did Muhammad Exist?". Dia buat kajian atas kewujudan Nabi Muhammad. Sesiapa yang berminat boleh download buku tu di sini http://gallery.mobile9.com/f/2626033/
ReplyDeleteLagi satu buku dia yang controversial "The Truth About Muhammad" boleh didapati di sini http://gallery.mobile9.com/f/2557345/
Moga kita semua mendapat petunjuk Allah dalam mencari kebenaran.
Salam,
DeleteSaya terpaksa menahan komen saudara sehingga bahagian kedua artikel saya siap. Saudara boleh lihat nota di bawah artikel bahagian dua ini. Saya letak buku-buku yang menjadi panduan saya untuk finding ini. Terima kasih.
Kalau istilah "firaun" merujuk kepada bukan satu individu, mungkin begitu juga dengan istilah "yang terpuji".
ReplyDelete