Berita ini dipetik daripada laman The Guardian bertarikh 30hb September, 2015
Iranian death sentence commuted to two years' theology study
Soheil Arabi ordered to read 13 religious books and serve 90 days in prison after court annuls original sentence.
An Iranian man who was on death row for allegedly insulting the prophet Muhammad has had his sentence commuted to reading 13 religious books and studying theology for two years.
Soheil Arabi, 31, was arrested by members of the Iranian revolutionary guards in November 2013 in connection with Facebook postings which the Iranian judiciary deemed insulting to the founder of Islam. He was convicted of blasphemy and sentenced to death.
A higher court annulled his death penalty, and his new sentence, which includes a 90-day jail term, emerged this week. Arabi will not be coming out of prison time any time soon, as he is also serving a separate seven-and-a-half-year sentence for allegedly insulting the supreme leader, Ayatollah Ali Khamenei, alongside similar charges.
The commuting of Arabi’s death sentence is the first such decision to have been taken by a judiciary court in Iran. It is not clear how many people are on death row in the country for blasphemy, heresy or other religious grounds. Last year a 37-year-old man was executed after being found guilty of insulting the prophet Jonah, making “innovations in the religion” and “spreading corruption on earth”. He had interpreted Jonah’s story in the Qur’an as a symbolic tale.
The state-owned Jamejam newspaper said Arabi was required to prepare a five-10-page summary of each of the 13 religious books he must read. He then has to write an article about religion and reference at least five -10 of those books. He should study theology for two years and report to the authorities every three months on his progress.
Amnesty welcomed the development but said Arabi should not have been jailed in the first place. Nassim Papayiann, Amnesty’s campaigner on Iran, said: “International law clearly protects the right to criticise political leaders and religious institutions, even if the criticisms are thought to be shocking or offensive. A sentence that requires an individual to serve time in prison, study theology and read certain books as a punishment, if handed down for peacefully exercised their freedom of expression, clearly tramples over a range of rights, including the right to freedom of belief.”
Amnesty has raised alarms in recent years about Iran’s ongoing crackdown on internet users, especially those active on Facebook. “The increasing, and sometimes creative, ways in which the Iranian authorities are cracking down on freedom of expression, particularly on social media, is truly alarming and goes counter to the fundamental principles of human rights,” Papayianni said.
Iran’s judiciary, dominated by hardliners, operates independently of President Hassan Rouhani’s government and is at times at odds with the administration’s drive for more social freedoms. Some analysts believe that the judiciary is tightening its grip to send a signal that it is will resist Rouhani’s repeated calls for reform. Rouhani, meanwhile, has largely remained quiet about human rights violations in the country.
####################################################################
Berita di atas dan banyak lagi berita mengenai hukuman ke atas perbuatan penghinaan ke atas para Nabi dan Rasul terutamanya "Nabi Muhammad" seringkali mengisi ruangan berita dunia.
Sudah tentu kita masih ingat kepada peristiwa serangan ke atas pejabat pengeluar komik bernama Charlie Hebdo di Paris, Perancis pada 7hb Januari 2015 ?
11 orang terbunuh di dalam peristiwa serangan itu. 11 lagi tercedera.
Apabila membaca berita-berita ini, pasti kita merasa terkedu melihat betapa jauhnya tahap yang seseorang sanggup pergi untuk mempertahankan Nabi yang mereka kenalpasti sebagai mewakili mereka.
Perbuatan komik Charlie Hebdo menghina orang lain sememangnya perkara yang tidak bertamadun. Ia bukanlah jalan untuk kita menyatakan pendirian kita. Ia juga bukan jalan untuk mencari kebenaran.
Namun, perbuatan membunuh atau menghukum dengan hukuman keras ke atas penghina yang dikatakan menghina Nabi dan Rasul adalah satu perbuatan yang lebih hina daripada perbuatan menghina itu sendiri.
Kenapa ? Sebabnya yang pertama. Para Nabi dan Rasul ini dilantik oleh Tuhan.
Oleh kerana itu, pada dasarnya satu-satunya pihak yang boleh mengesahkan perlantikan ini sudah pastinya adalah Tuhan sahaja.
Kita orang biasa sama sekali tidak boleh mengesahkan si polan dan si polan sebagai Nabi atau Rasul, kerana kita memang tiada di situ semasa peristiwa perlantikan ini.
Sesuatu yang kita tidak saksi, kita tidak boleh sahkan. Ini adalah "General Rule" undang-undang yang diamalkan diseluruh dunia.
Ia adalah di antara Tuhan dan orang yang dilantik itu sahaja.
Sesuatu yang kita tidak saksi, kita tidak boleh sahkan. Ini adalah "General Rule" undang-undang yang diamalkan diseluruh dunia.
Ia adalah di antara Tuhan dan orang yang dilantik itu sahaja.
Itulah sebabnya Al Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa saksi yang paling benar di dalam hal perlantikan ini adalah Tuhan sahaja.
"Berkatalah orang-orang kafir " Kamu bukanlah seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah :
"Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan di antara orang yang mempunyai ilmu Al-Kitab" AQ 13:43
"Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi" AQ 4:79
Oleh yang demikian, bagaimanakah kita mahu mempertahankan sesuatu yang kita tidak ada kuasa untuk mengesahkan perlantikannya.
Katalah, kita hidup di zaman Nabi Terakhir, kebetulan Nabi Terakhir adalah jiran kita.
Satu hari, kita dengar baginda beritahu bahawa dia adalah Nabi Terakhir yang dilantik Tuhan.
Satu hari, kita dengar baginda beritahu bahawa dia adalah Nabi Terakhir yang dilantik Tuhan.
Bolehkah kita mengesahkan perlantikan ini ? Sudah tentu tidak.
Kita akan buat perkara yang sama dibuat oleh orang kampung kita. Kita akan minta bukti.
Kita akan buat perkara yang sama dibuat oleh orang kampung kita. Kita akan minta bukti.
Daripada bukti ini kita akan mengguna pengetahuan yang kita miliki untuk samada menolak atau menerima fakta itu.
Itu sahaja cara yang kita ada. Kita tidak berupaya menyatakan dengan pasti bahawa si polan dan si polan ini adalah Nabi dan Rasul. Hanya Tuhan yang ada pengetahuan ini.
Sebab yang kedua pula ialah, Nabi Terakhir sendiri menyatakan bahawa baginda dihantar bukanlah untuk menjadi wakil dan menjaga urusan kepada kita semua.
"Dan kaummu mendustakannya, padahal ia adalah benar. Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu (bi-wakil-lin)" AQ 6:66
Jikalau para Nabi dan Rasul itu sendiri tidak dihantar untuk mewakili dan memperbetul urusan-urusan umatnya, maka kenapa pula kita tiba-tiba mahu menjadi juara seolah-olah kita pula wakil kepada para Nabi dan Rasul ini ?
Di manakah datangnya otoriti ini sehingga kita merasa kita diberi kuasa untuk mempertahankan para Nabi dan Rasul ?
Siapa yang lebih layak mewakili siapa. Para Nabi atau Rasulkah yang lebih layak mewakili umatnya ataupun yang sebaliknya ?
وَكَذَّبَ بِهِۦ قَوْمُكَ وَهُوَ ٱلْحَقُّ ۚ قُل لَّسْتُ عَلَيْكُم بِوَكِيلٍ (٦٦)
But your people have denied it while it is the truth. Say, "I am not over you a manager."
Dan
kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran), padahal ia
adalah benar. Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga
urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul yang menyampaikan
perintah-perintah Allah kepada kamu)".
- See more at: http://quran.islamicevents.sg/6/59/66#sthash.3f5a49tZ.dpuf
وَكَذَّبَ بِهِۦ قَوْمُكَ وَهُوَ ٱلْحَقُّ ۚ قُل لَّسْتُ عَلَيْكُم بِوَكِيلٍ (٦٦)
But your people have denied it while it is the truth. Say, "I am not over you a manager."
Dan
kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran), padahal ia
adalah benar. Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga
urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul yang menyampaikan
perintah-perintah Allah kepada kamu)".
- See more at: http://quran.islamicevents.sg/6/59/66#sthash.3f5a49tZ.dpuf"Dan kaummu mendustakannya, padahal ia adalah benar. Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu (bi-wakil-lin)" AQ 6:66
Jikalau para Nabi dan Rasul itu sendiri tidak dihantar untuk mewakili dan memperbetul urusan-urusan umatnya, maka kenapa pula kita tiba-tiba mahu menjadi juara seolah-olah kita pula wakil kepada para Nabi dan Rasul ini ?
Di manakah datangnya otoriti ini sehingga kita merasa kita diberi kuasa untuk mempertahankan para Nabi dan Rasul ?
Siapa yang lebih layak mewakili siapa. Para Nabi atau Rasulkah yang lebih layak mewakili umatnya ataupun yang sebaliknya ?
Yang ketiga, tiada apa-apa penghinaan walaupun yang paling buruk sekali daripada sesiapa pun jua dapat membatalkan perlantikan Nabi dan Rasul.
Ia akan kekal begitu. Para Nabi dan Rasul ini tetap akan mendapat balasan yang baik daripada Tuhan ke atas budi baik yang mereka buat kepada nilai kemanusiaan.
Tuhan Yang Maha Kuasa tidak akan bertukar fikiran lalu membatalkan perlantikan ini akibat penghinaan dari mana-mana pihak.
Tuhan Yang Maha Kuasa tidak akan bertukar fikiran lalu membatalkan perlantikan ini akibat penghinaan dari mana-mana pihak.
Kesimpulan
Penghinaan kepada Nabi Muhammad tidak akan menyebabkan perlantikan baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul terbatal.
Maka kita tidak perlu merasa marah jika ada mana-mana pihak menghina baginda setiap hari dan setiap waktu.
Tidakkah kita merasa hairan ?
Mengapa kita menjadi begitu marah apabila ada pihak menghina Nabi Muhammad tetapi boleh buat tak reti bila ada pihak menghina Nabi lain, Nabi Isa misalnya ?
Adakah kemarahan kita itu adalah kerana kita merasakan bahawa Nabi Muhammad mewakili Agama Islam, iaitu "agama kita" sedangkan Nabi Isa mewakili Agama Kristian ?
Jika begitulah perasaan kita, maka terbuktilah Al Quran yang kita baca tidak dapat memberi petunjuk kepada diri kita. Ia sekadar buku lagu yang kita nyanyikan pada masa dan hari yang tertentu sahaja.
Mengapa kita menjadi begitu marah apabila ada pihak menghina Nabi Muhammad tetapi boleh buat tak reti bila ada pihak menghina Nabi lain, Nabi Isa misalnya ?
Adakah kemarahan kita itu adalah kerana kita merasakan bahawa Nabi Muhammad mewakili Agama Islam, iaitu "agama kita" sedangkan Nabi Isa mewakili Agama Kristian ?
Jika begitulah perasaan kita, maka terbuktilah Al Quran yang kita baca tidak dapat memberi petunjuk kepada diri kita. Ia sekadar buku lagu yang kita nyanyikan pada masa dan hari yang tertentu sahaja.
Bukankah syarat orang yang beriman ialah kita perlu menyamatarafkan semua Nabi dan Rasul ?
"Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan demikian juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali" AQ 2:285
... dan cukuplah Tuhan sebagai saksi.
Ashwed
Sudah beratus-ratus tahun manusia membunuh dan menyeksa manusia yang lain atas sebab "menghina" ugama mereka. Yang peliknya semua ugama suka war-warkan yang ugama mereka menyeru ke arah kebaikkan dan kedamaian. Walhal hakikatnya pendeta-pendeta dan orang-orang alim mereka siang malam menghasut untuk membenci orang yang lain dari kepercayaan mereka.
ReplyDeleteQuran sudah terang dan nyata kata tiada paksaan dalam ugama. Ada orang Islam peduli? Sudah ternyata benar ayat 25:30.
Salam,
DeleteJika diteliti perenggan ke-3 berita The Guardian. Arabi setelah rayuan, dikenakan hukuman membaca buku keagamaan berserta 90 hari penjara kerana menghina Nabi Muhammad.
Arabi juga dikenakan hukuman kerana menghina Imam Ayatollah Khomeini. Untuk kesalahan menghina imam, Arabi dikenakan hukuman penjara 7 setengah tahun.
Kesimpulan ... anda boleh buat kesimpulan masing-masing.
kesimpulannya mereka lebih beriman pada tokoh agama berbanding Nabi
DeleteSalamun alaikum.
ReplyDeleteAlhamdullilah you are back .
For awhile I was quite worried over your silence.
Plse do continue with sharing of your thoughts. .Seek your assistance to share your views on ayat 2: 238 and 17:78., 17:79.
ASHKC
Salamun Alaykum saudara ASHKC,
DeleteI was away. Had to recharge. Al Quran AQ 2:238 (and other timing for iltizam, 3 of them actually as per AQ 17:78) to me is about your iltizam in accordance of your period in life that is being a remaja, dewasa and matang. At every period our goal might be different. As an example when you are a remaja your school, classes and exam might be your greatest goal.
But when you are dewasa maybe your goal now is to have your own family, better education for your kids etc.
While when you are matang you may have want to contribute to your society etc. Its all up to you.
The greatest iltizam is the one that you already plan since you were young and work thoroughly thru your life to achieve it.
Tahajjud as per AQ17:79 to me is a time for reflection. You can do your reading especially Al Quran and other stuff to live your life in accordance to your potential. It also a time to rethink about your life strategy.
Wallahualam.
Saudara Ash wed,
DeleteBerbanyak terima kasih.
Salamun alaikum.
ASHKC
Saya merasa amat yakin bahawa selama ini kita had been dupped into a wrong beliefs by the Orthodox Persian and the stupid Arab Dogol after the death of Prophet Muhammad saw. The culprits are the 4 great imams(morons) of hadiths( Arabian fairy tales).
ReplyDeleteSaya merasa amat yakin bahawa selama ini kita had been dupped into a wrong beliefs by the Orthodox Persian and the stupid Arab Dogol after the death of Prophet Muhammad saw. The culprits are the 4 great imams(morons) of hadiths( Arabian fairy tales).
ReplyDeleteBukan Nabi Muhammad yang cuba dipertahankan sebenarnya,tetapi para pemimpin dan ahli politik.
ReplyDeleteKebebasan mengkritik ahli politik dan ahli agama memang suatu dikhuatiri jika ahli politik itu seorang yang korup dan ahli agama itu seorang yang menyeleweng.
ReplyDeleteTerbaru, negara 'Islam' milik satu keluarga memotong tangan seorang wanita pembantu rumah dari India.Inilah 'daawah' yang mengikut ajaran iblis.Selepas Nabi wafat,Arab kembali ke era jahilliah.Manakala kita pulak tidak henti-henti mengimpot produk jahilliah ini.Pemimpin kita yang kononnya mendapat derma daripada mereka turut 'berlindung' di sebalik jubah imam Arab dan mesra jahilliah.
ReplyDeleteTerima kasih. Sampai sudah masa untuk mempersoal adakah Islam yang dikenali sekarang sama dengan islam yg disebut dalam quran? Atau hanya kepercayaan baru yang dilabel sebagai islam?
ReplyDelete