Monday, 30 November 2015

Quranic Geography By Dan Gibson

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ASHKC yang telah bersusah payah menghantar secara email salinan buku tersebut untuk bacaan pembaca yang lain termasuk kepada saya.

Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa saudara.

Sejujurnya saya belum sempat membaca buku ini kerana jadual yang ketat. Dalam waktu yang sama saya sedang cuba menghabiskan sebuah buku bertajuk "A Brief History of Time" tulisan Stephen Hawking yang sangat terkenal itu.

Oleh kerana, buku ini adalah mengenai ilmu fizik maka saya memerlukan masa yang sedikit panjang untuk memahaminya.

Sudah lebih dua minggu saudara ASHKC menghantar email salinan buku Dan Gibson, Quranic Geography kepada mereka yang berminat. 

Oleh yang demikian saya beranggapan tentulah ada pembaca yang sudah menghabiskan buku tersebut.

Saya menjemput mereka yang sudah membaca buku ini termasuk ASHKC sendiri untuk sama-sama berbincang mengenai isi kandungan Quranic Geography.

Adakah buku ini dapat menjadikan pemahaman kita mengenai Al Quran semakin konsisten atau sebagainya ?

Terima kasih. Salamun Alaykum.

Ashwed




Muslim dan Toleransi

Sebagai seorang Melayu, dibesarkan dalam budaya Melayu bercampur baur dengan Arab saya merasakan kita semakin sukar bertoleransi dengan manusia lain.

Kadang-kadang saya merasakan kita orang Islam semakin menyisihkan diri dari masyarakat dunia. 

Kita menjadi bongkak tidak bertempat. Kita syok sendiri merasakan kitalah umat yang diberi petunjuk dan akan berakhir di Svarga. Kita sedikitpun tidak ambil kisah untuk mencari asal perkataan sanskrit itu serta penggunaanya.

Kadang-kadang saya merasa lucu membaca kisah-kisah yang diviralkan melalui saluran media sosial yang kita, orang Islam sertai.

Tidakkah kita malu membaca kisah-kisah mitos ini. Tergamak kita menggelar fakta-fakta tahyul ini sebagai "Perkongsian Ilmu". 

Kenapa kita menggelar buku dan filem Harry Potter sebagai sci-fiction sedangkan ia sama sahaja dengan cerita-cerita mitos yang kita kongsi ? Kenapa tidak kita gelar filem dan buku Harry Potter sebagai perkongsian ilmu juga ?

Apabila ada individu yang mahu menyanggah kisah tak masuk dek akal ini maka sudah tentunya individu itu pula dituduh sesat. 

Pelajaran Dari Seorang Sahabat Lama

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan yang sekian lama menghilangkan diri.

Beliau dikhabarkan oleh rakan-rakan lain sebagai seorang yang aktif berkongsi ilmu Hadis dan Sunnah yang beliau dalami. Beliau menyebarkannya melalui saluran media Facebook.

Dari riaknya, saya dapat menangkap beliau begitu bersemangat meneruskan perjuangan ikon beliau "Muhammad". 

Menurut beliau orang Islam perlu menuturkan ucapan khas yang beliau pelajari dari Kitab Hadis dan Sunnah sahih iaitu dengan mengucapkan "Assalamualaikum Wahai Mereka Yang Mendapat Petunjuk".

Saya sempat berdebat dengan beliau apabila beliau menyatakan bahawa adalah haram mengucapan "Assalamualaikum" kepada mereka yang bukan Islam.

Beliau memberi nas-nas dari kitab-kitab yang ditulis oleh imam-imam yang menjadi ikon beliau

Beliau tidak sedar bahawa dari tajuk kitab-kitab itupun sudah tertulis dengan terang bahawa ia adalah buku tulisan manusia bernama Bukhary, Muslim, Ibnu Majah dan lain-lain, yang sama sekali bukan seorang Nabi atau Rasul.

Beliau tidak sedar bahawa tiada satu pun dalil dan nas yang beliau keluarkan datang dari kitab Tuhan. Beliau sedang menolak fakta-fakta dari Tuhan.

Beliau tidak sedar bahawa beliau sedang menjadikan para imam ikon beliau ini sebagai ganti kepada Tuhan persis keterangan ini;



AQ 9:31

Begitulah bongkak dan taksubnya orang Islam kini. Kita menjadi begitu jumud sehingga tidak boleh lagi mengucapkan ucapan selamat kepada manusia lain.

Malah di negara Brunei, mereka sudahpun membuat undang-undang di mana orang Islam akan dikenakan tuduhan jenayah jika mengucapkan "Assalamualaikum" kepada orang bukan Islam.

Tidak cukup lagikah penderitaan yang orang Islam terima sehingga rakan mereka sendiri pula mahu menjatuhkan hukuman penjara untuk perkara sia-sia menambah lagi satu beban


Tidkkah kita sedar bahawa perkataan "Assalamualaikum" itu sendiri pun tidak pernah wujud di dalam Al Quran ?

Lagipun, bukankah Salam, Salamun Alaykum, Shalom, Shalom Eleichem, Om Swasiastu, Om Shanti Shanti Om, Namo Buddhaya dan ratusan ucapan lain hanyalah jenis ucapan dalam pelbagai bahasa yang dituturkan bangsa-bangsa di dalam dunia.

Jika kita mengucapkan Salamun Alaykum ianya adalah di dalam Bahasa Arab. Ia bermaksud "Kedamaian Bagi Kamu Semua" ia menjadi begitu sebagai kata ganti kepada bilangan yang ramai atau jamak (plural).

Jika anda semua perasan artis hip-hop juga sering menuturkan ucapan ini kepada khalayak mereka. Namun, ia disebut di dalam Bahasa Inggeris.

Mereka sering mengucapkan "Peace Y'all". Ucapan ini juga membawa maksud Kedamaian Bagi Kamu Semua. 

Adakah ini bermakna jika artis hip-hop itu bukan beragama Islam maka ianya adalah haram untuk mengucapkan "Peace Y'all" ? Kenapakah masyarakat kita begitu taksub mahu menjatuh hukum halal/haram ?

Berbalik kepada rakan saya tadi oleh kerana beliau begitu berkeras mengatakan bahawa beliau adalah orang yang diberi petunjuk saya akhirnya  terdetik untuk memberi hujah ini ;

A006

"Katakanlah: "Hai orang-orang yang mendapat petunjuk (hadoo - dari perkataan huda yg bererti petunjuk. Yahood seperti yang kita org melayu panggil bani israel yahudi), jika kamu mendakwakan bahawa sesungguhnya kamu sahajalah kekasih Allah bukan manusia-manusia yang lain, maka harapkanlah kematianmu, jika kamu adalah orang-orang yang benar" AQ 62:6

Hadoo di  dalam keterangan di atas tidak merujuk kepada bangsa Yahudi. Hadoo berasal dari perkataan huda yang membawa maksud orang yang diberi petunjuk.

Ia hanya merujuk kepada sesuatu golongan manusia yang begitu percaya bahawa kepada merekalah diberi petunjuk yang melayakkan mereka menjadi kekasih Tuhan

Lalu mereka menyatakan orang lain sesat kerana tidak mahu mengikuti cara mereka.

Tuhan mencabar golongan ini supaya mati segera agar mereka boleh mengetahui samada mereka berakhir di Svarga seperti yang mereka katakan.  

Sesungguhnya, hanya itulah cara untuk mereka tahu samada mereka benar-benar telah diberi petunjuk.

Namun, bila difikirkan saya akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan niat itu kerana merasakan rakan saya itu bukanlah musuh saya.  

Saya hanya memberi hujah berikut sambil mengharapkan supaya rakan saya dan orang Islam lain sedar bahawa tiada sesiapa pun sebenarnya adalah musuh kepada orang lain.

AQ 4:86

Permusuhan
  
Mengapakah bangsa-bangsa di dunia sering bermusuhan di antara satu sama lain sehingga banyak peperangan tercetus ?

Jawapan ringkas yang saya boleh beri ialah kerana mereka beragama.

Sikap "kami diberi petunjuk kerana kami percaya kepada sekian-sekian perkara, manakala kamu sesat kerana kamu percaya kepada sekian-sekian perkara" perlu dibuang jauh jika kita mahu benar-benar hidup dengan harmoni di dunia ini.

Kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya tiada kuasa untuk mengetahui dengan benar bahawa kita ini beriman atau sesat. Hanya Tuhan yang ada kuasa ini.

Oleh itu, kita perlu buang sikap permusuhan ini. Kita tidak boleh menjadi bergolongan (syi-ya-an) kerana ini adalah perbuatan mereka yang mempersekutukan Tuhan.  Sila lihat AQ 30:31-32

Selagi kita bergolongan (dibaca sebagai beragama) selagi itulah kita akan bermusuhan.

Tuhan menjadikan kita berbangsa dan bersuku supaya kita dapat belajar di antara satu sama lain, bukan untuk berperang, menakluk sesama kita lantas berlaku zalim kepada bangsa lain ;

AQ 49:13

Kita perlu raikan kepelbagaian ini dan menyedari bahawa kita semua tidak lain hanyalah satu spesis yang dipanggil KEMANUSIAAN.

Jangka hayat kita di dunia ini pun bukannya panjang. Kebiasaannya kita kembali kepada Pencipta kita secara purata pada umur 60 tahun. 

Tidakkah kita mahu mempergunakan jangka hayat yang singkat ini untuk memikirkan sesuatu yang berguna untuk ditinggalkan sebagai legasi kepada generasi hadapan ?

Adakah dengan membuat permusuhan yang berpanjangan selama tempoh 60 tahun ini membolehkan kita mencapai kegemilangan ? Sudah tentu tidak, bukankah begitu ?

Sikap Buruk Masyarakat Era Kini

Di zaman ledakan media sosial kini, apa yang saya boleh katakan ialah sikap buruk masyarakat kita semakin terserlah.

Terlalu banyak sikap tidak boleh bertoleransi ditunjukkan oleh kita. Ia diterajui oleh para imam yang kita tersilap angkat lebih tinggi dari sepatutnya.

Saya secara peribadi beranggapan bahawa tokoh yang layak untuk kita hormati ialah mereka yang mempunyai pemikiran yang besar serta bijak.

Untuk perbandingan, kebiasannya mereka yang bijak iaitu yang mendapat tempat pertama di dalam kelas tidak akan menjadi ustaz dan imam. 

Mereka yang mencapai keupayaan akademik yang tinggi pasti akan menjadi seorang profesional seperti doktor, peguam dan arkitek.

Hanya mereka yang mendapat tempat corot, di mana tiada Universiti mahu menerima mereka sebagai pelajar sahaja yang terpaksa membuat keputusan untuk ke sekolah agama atau madrasah.

Mereka ini akan melanjutkan pula pembelajaran "ilmu akhirat" ini di negara-negara yang mempunyai sistem yang gagal seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain. 

Negara-negara  ini sangat terkenal menzalimi rakyat sendiri sehingga rakyat negara-negara itu bangkit membuat coup d'etat.    

Lantas, apakah yang bakal imam dan ustaz ini boleh pelajari dan bawa balik ke negara kita ? Sudah tentulah mereka mempelajari sistem yang gagal ini. Apabila balik ke sini, mereka mengajar pula anak-anak kita sistem ini. 

Maka sempurnalah satu pusingan yang kejam, di mana ia membentuk keseluruhan masyarakat Islam dunia secara umum.

Adakah kita masih mahu meletakkan kesalahan ini sebagai konspirasi Israel (dibaca sebagai Yahudi)? Orang Yahudikah yang menghantar anak-anak kita mempelajari sistem yang GAGAL ini ?

Berikut adalah beberapa insiden yang menunjukkan sikap tiada toleransi dan cetek pemikiran di kalangan masyarakat kita ;

Insiden 1;


Saya bersetuju bahawa menurut perspektif Al Quran Nabi Isa tidak dilahirkan pada bulan Disember. 

Baginda dilahirkan pada bulan Ogos. Ini kerana ibu baginda diperintahkan untuk makan buah kurma dari pohon tempat ibunya bersandar semasa melahirkan Nabi Isa

Kebiasaanya buah kurma mula meranum pada bulan Ogos ditempat-tempat sekitar Palestin.

Namun, adakah ianya haram dan syirik untuk mengucapkan ucapan selamat kepada rakan manusia kita yang lain.

Kalau rakan kita mahu menerima Nabi Isa sebagai anak Tuhan apa kena mengena dengan kita

Adakah anda rasa Tuhan akan menzalimi kita atas sebab pemikiran orang lain? Sudah tentu tidak. Namun, Tuhan memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada manusia lain. 

Bukankah mengucapkan ucapan selamat sempena sesuatu perayaan adalah dari perbuatan membuat baik kepada manusia lain ? 

Tdakkah kita tahu bahawa Tuhan adalah Maha Mengetahui, tiadakah keyakinan itu sehingga kita sangka dengan mengucapkan Merry Christmas, tiba-tiba Tuhan kata kita bersetuju bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan ?

Insiden 2 ;





Di atas adalah gambar seorang ahli gimnastik Malaysia yang telah memenangi pingat Emas di Sukan Sea baru-baru ini. 

Namun, masyarakat kita bukan mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau sebaliknya kita mengecam anak muda ini kerana tidak berpakaian menurut piawaian yang kita reka sendiri. 






Bro, takkan bertanding gimnastik nak pakai burqa ? Macamana nak lompat ? Lu bolehke buat aksi balik kuang macam tu bro ? Lagipun, orang lain tak tengok pun kat tempat yang tak sepatutnya tengok. Lu sorang aje yang tenung di situ. Bermakna yang sakit jiwa ialah lu. Nafsu sendiri, control sendirilah bro !

Kepada Farah Ann Hadi, tahniah anda telah berjaya menjulang nama negara kita. Anda sedang mendirikan iltizam (solat) dengan murni (zakka), anda pasti berjaya.

Insiden 3 ;



Pelajar pintar di atas bernama Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir. Beliau dianugerahkan dengan Biasiswa Kijang Emas 2015 di sebabkan kecemerlangan akademik beliau.


Namun, masyarakat kita mengecam beliau di media sosial kerana beliau tidak memakai tudung.

Aisayman bro, kenapa lu marah sangat dengan rambut yang Tuhan tumbuhkan di kepala kita ni. Kalau lu tak suka lu pegilah buang rambut lu sendiri.

Orang lain sayang pemberian Tuhan, mereka bersyukur kerana Tuhan mencipta rambut khusus untuk melindungi kulit kepala di samping  menyerlahkan lagi kejelitaan ciptaan Tuhan.

Kesimpulan

Masyarakat era kini begitu cetek pengetahuan mengenai Al Quran di bandingkan dengan zaman awal kemerdekaan dahulu.

Di zaman itu, masyarakat kita adalah sebuah masyarakat yang yakin kepada diri sendiri. Mungkin hasil dari pendidikan British.

Di sebabkan pengetahuan yang cetek ini, kita menjadi sebuah masyarakat penghukum. 

Tumpuan kita ialah halal/haram. Di sebabkan ini kita tidak mampu menjadi sebuah masyarakat berinovasi seperti di negara maju. 

Bukan kita yang memakmurkan bumi Tuhan ini. Janganlah kita syok sendiri. Orang Islam hanya tahu memusnahkan ciptaan Tuhan dengan peperangan demi peperangan yang kita masuki sesama sendiri.

Apabila kita bermusuh dan tidak mahu bersyukur dengan setiap pemberian yang Tuhan berikan kepada kita dari tubuh badan, kepada rezeki, kepada kesihatan dan kesenangan di 'ard ini.

Apabila kita menjadi tuhan olok-olok dan memandai-mandai menghalal dan mengharamkan serba serbi pemberian Tuhan ini, akhirnya kita menjadi mundur. 

Sebenarnya kita menolak Tuhan. Tapi kita tak sedar. Kita asyik menuding jari mengatakan orang lain menolak Tuhan. 

Orang lain maju dan makmur, kita merempat di negara sendiri. Bukankah itu bukti yang kukuh ?

 AQ 10:59


Nota : Untuk artikel kali ini saya meletak screenshot dari Al Quran Bahasa Indonesia digital yang saya muat turun mengguna aplikasi playstore samsung android secara percuma. Ini adalah sumber utama Al Quran yang saya bawa ke mana-mana sahaja untuk rujukan.

Ashwed

Tuesday, 24 November 2015

Kesempurnaan

Saya ingin menulis sesuatu yang bermakna sempena cuti penggal persekolahan di negara kita.

Lama juga saya mencari idea untuk dikaitkan dengan musim cuti sekolah ini.

Akhirnya, saya memilih tajuk ini. Kesempurnaan. Lebih tepat lagi, kesempurnaan tubuh badan.

Sebagai seorang yang mengaku bahawa Tuhan adalah Maha Mencipta, maka sudah tentulah kita perlu mempercayai bahawa segala yang dicipta oleh Tuhan adalah sempurna tanpa cacat celanya.

Dengan melihat sekeliling kita, maka sudah tentu kita perlu bersetuju akan kenyataan ini.

Di mana-mana sahaja kita memandang, kita pasti akan dapati ciptaan Tuhan sedang patuh (sujud) melakukan tugasan masing-masing dengan sempurna. 

Matahari setiap masa memancarkan cahayanya tanpa henti selama berbillion-billion tahun.

Begitu juga dengan bumi yang tidak pernah berhenti berputar di atas paksinya walau sesaatpun. 

Begitulah patuhnya (sujud) makhluk-makhluk lain kepada kehendak Tuhan. Kecuali manusia, manusia memang banyak membantah.

A054 

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam jenis perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah" AQ 18:54

Maka apakah benar kita perlu mengubah kesempurnaan ini sebagai memenuhi kehendak sesuatu budaya ? Atau, adakah ia hanyalah sebahagian dari ritual yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri kita ?

Menurut Al Quran tubuh badan kita sudah dijadikan sempurna oleh Tuhan;

A064

"Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu menyempurnakanmu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agong Allah, Tuhan semesta alam" AQ 40:64

Oleh yang demikian perlukah kita mencacatkan tubuh badan kita demi memenuhi sesuatu tuntutan ?

Bukankah dengan mencacatkan tubuh kita maka ini bermakna ianya sudah tidak sempurna lagi ?

BERKHATAN DAN BUDAYA MELAYU

Kebiasaannya di musim cuti sekolah sebegini, pasti masyarakat kita mengadakan pesta khatan beramai-ramai.

Sebagai seorang yang dibesarkan dengan budaya melayu saya mengaku bahawa saya sendiri sudahpun menjalani proses ini.

Saya berkhatan sewaktu berumur 6 tahun tanpa paksaan oleh ibubapa saya. Semuanya atas kerelaan saya sendiri. 

Pada waktu itu yang saya fikir ialah untuk melakukan proses ini secepat mungkin supaya dikemudian hari tidak perlu lagi memikirkannya.

Ia juga hasil dari tekanan rakan-rakan di kampung yang lebih tua dari saya. Bayangkan setiap hari diejek masih belum berkhatan. 

Lama kelamaan sudah tentu kita mahu membuktikan bahawa kita juga mampu memasuki kelab mereka.

Sesudah saya membaca Al Quran dan mengkajinya dengan lebih mendalam timbul rasa penyesalan di dalam diri saya. 

Bagaimanakah saya boleh mencacatkan diri yang sudah sempurna demi memenuhi tuntuan thaghut rekaan manusia ?

Walaupun begitu, saya tidak menyalahkan ibubapa saya. Mereka juga menjadi mangsa budaya ikut-ikutan masyarakat kita.

Namun, setelah mempelajarinya di dalam Al Quran, saya nekad supaya anak saya tidak mengalami nasib yang serupa.

Menghormati Hak Orang Lain

Anak kita bukanlah hak kita. Mereka dilahirkan dengan kehendak Tuhan. Sampai waktunya, Pencipta kita dan mereka akan memanggil kita semua pulang.

Kita bukanlah pihak yang bertanggungjawab memberi mereka penglihatan, pendengaran dan akal. 

Pencipta kitalah yang bertanggungjawab memberi kesemua ini kepada mereka dan kepada kita.

Begitu juga dengan tubuh badan anak-anak kita. Ini semua bukanlah hak kita.

Untuk satu tahap yang tertentu bolehlah kita katakan bahawa yang mempunyai hak ke atas tubuh badan kita adalah diri kita sendiri. Begitu juga dengan anak-anak kita.

Oleh yang demikian, hormatilah tubuh badan mereka. Janganlah kita memandai membuat keputusan bagi pihak anak-anak kita.

Berilah mereka peluang untuk membuat keputusan sendiri. Sekurang-kurangnya sebelum berkhatan tanyalah anak-anak ini.

Adakah mereka setuju untuk di cacatkan selama-lamanya ?

Sebelum kita memberi mereka peluang untuk membuat keputusan, kita sendiri perlu memberi mereka informasi yang betul untuk mereka fikirkan.

Informasi yang pertama

Tuhan sudah mencipta diri manusia dengan sempurna ;

A001
 A002
 A003
 A004

"Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi Bukit Sinai, dan demi kota yang aman, Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” AQ 95:1-4

Informasi Kedua

Tuhan adalah sebaik-baik Pencipta;

A014

"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik " AQ 23:14


A007

"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah." AQ 32:7

A002 

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan haq. Dia membentuk rupamu dan disempurnakanNya rupamu itu dan hanya kepada Allah-lah kembali(mu)." AQ 64:3


A003

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" AQ 67:3

Informasi Ketiga

Sifat buruk kita (syaitan) akan membisikkan perkara yang diada-adakan melalui budaya dan tradisi ;


A119 
A120 
"Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." AQ 4:119-120

Asal-Usul Berkhatan

Seperti yang telah saya katakan di beberapa artikel sebelum ini kebanyakkan ritual yang orang Islam lakukan hari ini adalah berasal dari Bible.

Anda boleh membaca sebuah buku bertajuk Biblical Mullah untuk mendalami hal ini. Buku tersebut boleh dilayari di biblicalmullahs.blogspot.com


Berikut adalah keterangan Bible mengenai berkhatan ;

[Gen 17:14.13] Any uncircumcised male who is not circumcised in the flesh of his foreskin shall be cut off from his people; he has broken my covenant."

[Gen 17:24] Abraham was ninety-nine years old when he was circumcised in theflesh of his foreskin.
 
[Gen 17:25.18] And Ishmael his son was thirteen years old when he was circumcised in the flesh of his foreskin. 
 
Ianya kemudian diterima sebagai fakta yang dikaitkan dengan Nabi Terakhir oleh Imam Bukhary ;
 
Bukhari Volume 4, Book 55, Number 575: Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "Abraham did his circumcision with an adze at the age of eighty" 
Kesimpulan
Di dalam soal berkhatan, kita perlu menghormati hak anak-anak kita kerana ia adalah soal tubuh badan mereka. Tanyalah persetujuan mereka sebelum mahu meneruskan prosedur ini.


Sesuatu yang sudah dipotong akan hilang selama-lamanya. Organ ini tidak akan dapat tumbuh kembali. Tuhan tidak memberi kita kelebihan tersebut seperti yang ada pada cicak.

Selepas dipotong, diri kita tidak lagi sempurna seperti asalnya. Kita sebenarnya telah menolak pemberian Tuhan. Kita menjadi bongkak tanpa kita sedari.
Berikut adalah sedikit informasi berkaitan dengan organ reproduksi manusia (lelaki)
Male Reproductive Organ as Allah Intended it
Natural Penis
The Prepuce (foreskin) protects the highly sensitive internal glans from abrasion and becoming desensitised through abrasion of clothing. The foreskin also contains thousands of nerve endings for sexual pleasure. For the female during sex, the gliding action of the foreskin with the vaginal wall and entrance produces exquisite sexual pleasure for her, as well as pleasure for him ( see here ). Circumcision destroys all these.
This is the flaccid state (un-aroused) with the glans covered (foreskin retracts automatically revealing the glans during love-making). The foreskin returns over the glans (as seen here) to protect it once the job of the glans to receive and give pleasure with the vaginal wall is complete - ensuring it is kept protected in the state suitable for the environment of the vagina. The 'frenulum' of the penis does this job of pulling back the foreskin over the glans (frenulum not visible in this diagram). The frenulum is a striking proof of Allah, that adult males were designed to be intact just as Allah made them when they were born ( see here ).
"And He designed you, and has perfected your design. " (Qur'an 40:64)
Nota : Kesemua informasi yang merujuk kepada gender lelaki perlu dibaca sebagai merujuk kepada gender perempuan juga. Cuma perlu mencari informasi/diagram mengenainya secara sendiri-sendiri.
Ashwed