2, 3 hari lepas, saya terbaca satu artikel di dalam laman sesawang Free Malaysia Today mengenai betapa sukarnya menjadi seorang Muslim di negara kita.
Kemungkinan besar ia ditulis sebagai tindakbalas kepada saranan Menteri untuk membuat peraturan penggunaan trolley berbeza bagi barangan halal dan tidak halal di supermarket negara kita.
Kemungkinan besar ia ditulis sebagai tindakbalas kepada saranan Menteri untuk membuat peraturan penggunaan trolley berbeza bagi barangan halal dan tidak halal di supermarket negara kita.
Penulis tersebut meneruskan gaya sindirannya dengan menyoal pelbagai perkara yang di halal dan di haramkan oleh pihak yang bertanggungjawab di negara kita.
Tidak lama kemudian, anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Ismail yang banyak berjasa membuat kenyataan supaya pihak berkuasa yang bertanggungjawab di dalam soal ini dimansuhkan.
Saya sebenarnya cuba mengelak dari memberi sebarang komen berkenaan dengan isu semasa kerana saya merasakan suasana negara kita tidak begitu inklusif untuk menyuarakan pendapat dengan bebas.
Namun, sebagai seorang warga negara ini kita harus ingat bahawa keputusan yang dibuat oleh kita iaitu rakyatlah yang akan mengolah nasib negara kita di kemudian hari.
Banyak contoh negara yang hampir maju kembali mundur malah lebih teruk dari sebelumnya, antaranya Afghanistan, Pakistan dan yang terbaru Syria kerana kegagalan rakyat yang menghuni negara itu untuk menyoal peneraju Kerajaan yang mewakili mereka.
Bukanlah suatu kebetulan bahawa negara-negara yang kembali mundur ini kesemuanya mengamalkan Sistem Islam arca tradisi.
Tidaklah sukar untuk kita meneka bahawa Sistem Islam yang mereka amalkan ini bukanlah berdasarkan Al Quran kerana jika ia berdasarkan Al Quran sudah tentu ia akan berjaya.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” AQ 3:139
Bagi saya, kesalahan utama yang negara-negara ini buat ialah mereka memberi satu tugas untuk mentakrif agama kepada satu golongan yang salah di dalam negara mereka.
Kebanyakkannya berselindung disebalik perkataan "ulama".
Ulama yang sebenar adalah saintis dan pemikir seperti yang diterangkan oleh keterangan ini. Merekalah yang takut kepada Tuhan dengan sebenar-benar takut ;
Ulama yang sebenar adalah saintis dan pemikir seperti yang diterangkan oleh keterangan ini. Merekalah yang takut kepada Tuhan dengan sebenar-benar takut ;
"Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya? Dan di gunung-gunung itu terdapat garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang ternak yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama’. Sesungguhnya Tuhan Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun" AQ 35 : 27-28
Sedangkan mereka yang diberikan tanggungjawab untuk menggalas tugas mentakrif ini hanyalah seorang ahli agama, mereka ini tidak sedikit pun takut kepada Tuhan, malah mereka kerapkali berlagak mahu menjadi Tuhan.
Seorang ahli agama akan membuat dikri berdasarkan kepercayaan beliau semata-mata, sedangkan seorang ulama (saintis/pemikir) akan membuat dikri berdasarkan keputusan research and development.
Raksasa dan Obsesi
Apabila kita memberi tugas dan tanggungjawab kepada seseorang yang tidak layak mereka akhirnya akan menyalah guna kuasa dan sistem tersebut untuk cuba melindungi ketidaklayakan ini.
Diskusi Intelektual tidak akan dibenarkan. Sesiapa sahaja yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan mereka akan di denda, di penjara dan diperingkat yang ekstrim seperti di negara yang saya sebut di atas para intelektual akan dibunuh.
Sedikit demi sedikit golongan ini akan menguasai persepsi minda rakyat sesuatu negara.
Kemuncaknya, mereka mungkin akan merekayasa perspektif bahawa tugas mereka adalah suci untuk mengelak diri mereka dari disoal.
Apabila ini terjadi maka kitalah sebenarnya yang bertanggungjawab melahirkan raksasa ini.
Di setiap negara yang saya sebut di atas, obsesi golongan ini hanyalah untuk menjatuhkan hukum halal/haram ke atas sesuatu isu.
Hukuman ini ditambah pula dengan perkara baru yang langsung tidak pernah wujud di dalam Al Quran iaitu harus, makruh, sunat, sunat muakad dan lain-lain.
Hukuman ini ditambah pula dengan perkara baru yang langsung tidak pernah wujud di dalam Al Quran iaitu harus, makruh, sunat, sunat muakad dan lain-lain.
Berikut adalah beberapa contoh kemelut yang dihadapi oleh orang-orang Islam yang di ajukan kepada badan berwajib mereka.
Soalan-soalan sebegini kebiasaannya ditanya di dalam "majlis-majlis ilmu".
Kadang-kadang saya merasa malu dengan tahap intelektualiti orang kita.
Saya agak, dunia kemungkinan akan kiamat jika jawapan kepada persoalan sebegini tidak di jawab oleh para cendikiawan agama Islam.
Soalan-soalan sebegini kebiasaannya ditanya di dalam "majlis-majlis ilmu".
Kadang-kadang saya merasa malu dengan tahap intelektualiti orang kita.
Saya agak, dunia kemungkinan akan kiamat jika jawapan kepada persoalan sebegini tidak di jawab oleh para cendikiawan agama Islam.
Ini adalah isu kegemaran orang Islam. Malah, apa-apa sahaja yang berkenaan dengan seks, orang Islamlah juara.
Itu belum masuk bab samada halal/haram minum air tongkat ali.
Aisayman bro ! Takkanlah bab tengok faraj pun nak kena tanya sampai mufti ? Bagilah peluang mufti fikir hal kemaslahatan rakyat.
Itu belum masuk bab samada halal/haram minum air tongkat ali.
Aisayman bro ! Takkanlah bab tengok faraj pun nak kena tanya sampai mufti ? Bagilah peluang mufti fikir hal kemaslahatan rakyat.
Saya tidak tahu dari mana sumber keratan akhbar ini. Namun, saya agak sudah tentu dari sudut "bicara ilmu" akhbar-akhbar tempatan.
Alahai ! Nampak gayanya ramailah bakal isteri muka seperti bangun tidur dihari persandingan mereka.
Sesungguhnya banyak lagi contoh seperti ini berlaku setiap hari di negara kita.
Kadang-kadang saya terfikir di manakah letak logik akal orang-orang kita. Terbukti Teori Evolusi Lamarckian memang benar.
Oleh kerana terlampau lama dilarang dari mengguna akal, lebih dari 500 tahun, saya kira orang kita semakin hilang organ akal ini.
Bagaimanakah kita mahu menjadi suatu masyarakat sivil yang maju jika perkara remeh sebegini pun kita tidak boleh berfikir dengan sendiri.
Masyarakat yang maju adalah mereka yang matang dari segi intelektual. Apabila ini sudah dicapai barulah masyarakat dapat beralih dan mula membuat innovasi sains dan teknoloji.
Dalam hal ini, saya menyalahkan sistem pendidikan kita yang terlalu menumpu kepada agama.
Al Quran melarang kita dari beragama (bergolongan/syi-ya-an). Al Quran menyamakan perbuatan ini sama dengan mempersekutukan Tuhan.
Sebaliknya, kita sudah menjadi terlalu obses dengan agama sehinggakan kita sudah hilang sifat semulajadi orang Melayu iaitu menghormati orang lain.
Bayangkan, apakah justifikasi kita untuk menyembelih lembu di dalam kawasan sekolah ?
Tidakkah kita menghormati mereka yang beragama Hindu yang tidak dibenarkan memakan daging ?
Setelah semua itu, kita membuang masa lagi mengkaji kenapa bangsa lain tidak mahu menyertai sekolah-sekolah kerajaan.
Ashwed
Sesungguhnya banyak lagi contoh seperti ini berlaku setiap hari di negara kita.
Kadang-kadang saya terfikir di manakah letak logik akal orang-orang kita. Terbukti Teori Evolusi Lamarckian memang benar.
Oleh kerana terlampau lama dilarang dari mengguna akal, lebih dari 500 tahun, saya kira orang kita semakin hilang organ akal ini.
Bagaimanakah kita mahu menjadi suatu masyarakat sivil yang maju jika perkara remeh sebegini pun kita tidak boleh berfikir dengan sendiri.
Masyarakat yang maju adalah mereka yang matang dari segi intelektual. Apabila ini sudah dicapai barulah masyarakat dapat beralih dan mula membuat innovasi sains dan teknoloji.
Dalam hal ini, saya menyalahkan sistem pendidikan kita yang terlalu menumpu kepada agama.
Al Quran melarang kita dari beragama (bergolongan/syi-ya-an). Al Quran menyamakan perbuatan ini sama dengan mempersekutukan Tuhan.
Sebaliknya, kita sudah menjadi terlalu obses dengan agama sehinggakan kita sudah hilang sifat semulajadi orang Melayu iaitu menghormati orang lain.
Bayangkan, apakah justifikasi kita untuk menyembelih lembu di dalam kawasan sekolah ?
Tidakkah kita menghormati mereka yang beragama Hindu yang tidak dibenarkan memakan daging ?
Setelah semua itu, kita membuang masa lagi mengkaji kenapa bangsa lain tidak mahu menyertai sekolah-sekolah kerajaan.
Ashwed
Salam hormat,
ReplyDeleteDalam Surah Al Fateha yg kita wajib lafazkan 17 kali sehari sudah terhurai RAHSIA segala KEBENARAN & KEBATILAN yg berada didepan mata & pemikiran kita seoerti berikut -
1. "Segala pujian hanyalah untuk Allah." Hanya Allah yg layak memuji Allah; kerana hanya Allah yg mengenal Allah. Puji2an itu hanya berMAKNA sekiranya ia diberi oleh yg mulia kpd yg hina - bukan sebaliknya. Kita tidak LAYAK memuji Allah - "Raja segala ILMU" dalam ertikata segala KEBENARAN.
3. Dia PUNCA segala "Potensi ("Rahman") & Realiti ("Rahim")".
4. Dia Raja di hari penghakiman iaitu SEKARANG (the Present, NOW). kerana hisabNya TUNAI (Q 2:202, 3:19, 3:199, 5:4, 6:62, 6:165, 7:167, 13:41, 14:51, 24:39, 40:17).
5. "Berkhidmatnya kita hanya kpdNya, dan kpdNya kita Berserah" ( tertakluknya kita kpd hukum Fizik iaitu "Sunatullah" - Sunnah atau hukum Allah) kerana "tiadalah kamu berkehendak selain drp kehendakNYA jua". (Q76:30, 81:29).
6. Jalan yg LURUS adalah laluan yg paling dekat diantara kesucian HATI kita dan Kebenaran pada MINDA kita iaitu REALITI kita.
7. Tiga laluan yg NYATA adalah (1) yg diBERKATI Allah; (2) yg diMURKAI Allah dan (3) laluan mereka yg SESAT. Janji Allah itu pasti (Q2:80, 3:194, 13:51, 17:108, 18:98, 30:6, 31:9, 39:20, 40:77, 46:17, 73:18) dan hisabNya TUNAI. Sekiranya realiti kita mundur, miskin & merana (seperti mana negara2 Islam berfahaman & berbudaya ARAB) PASTInya kita berada diatas laluan yg diMURKAI Allah atau laluan mereka yg SESAT. Sekiranya Allah tidak memBERKATI kita didunia ini PASTInya kita tidak diberkati diakhirat kelak - INILAH sebenarnya realiti umat Islam acuan ARAB!!!
Hakikatnya, Pesuruh Allah yg terakhir diutuskan untuk mengISLAMkan Arab dan BUKANnya untuk mengARABkan Islam.
Sudah terang lagi bersuluh, melainkan Allah telah menutup pintu hati dan minda kita seperti dalam Surah Yasin (Q36:8-10).
~ HANYA Allah yg. layak memuji Allah; Dialah rahsia segala ILMU..
Salam
DeleteSekadar nak tanya. Apakah yg dimaksudkan untuk perkara yg no 4 oleh tuan penulis tersebut?
Maksud 'sekarang' untuk ayat itu sahaja(juga rujukan lain- no ayat2 yg diberikan? atau untuk keseluruhan keterangan Tuhan(maknanya tiada perhimpunan kepada Tuhan)?
Apa maksud si penulis?
Saya agak keliru tentang penjelasan no 4.
Bagaimana dgn satu contoh ini? Adakah ianya perumpamaan bagi si penulis?
8:24 Wahai orang yang amanah sahutilah seruan Allah dan rasulnya apabila dihadirkan kehidupan kepadamu dan ketahuilah bahawasanya yang Allah hadir disetiap jiwa dimana sahaja kamu berada malahan hanya kepada Dia kamu dihimpunkan.
Bukan nak berlawan komen sekadar bertukar pendapat. Fikiran org lain saya tak boleh baca apa yg tersirat. Cuma saya suka berfikir, jika ada yg berlainan dari saya, saya akan fikir-kenapa?kenapa? Mesti dan mungkin ada sebab tersendiri yg menarik untuk difikirkan.
Damai semua..
Tuan Ashwed! Apakah 12 ayat berikut dapat memberi sedikit pelajaran mungkin;
ReplyDelete7:143 Ketika muusaa datang pada waktu yang ditetapkan, Pemeliharanya berinteraksi dengannya maka dia berkata Pemeliharaku perlihatkan Kamu kepadaku, Dia berkata kamu tidak upaya melihat Aku tetapi lihatlah kepada bukit itu jika dia kekal ditempatnya kelak kamu dapat melihat Aku maka Pemeliharanya menjadikan bukit itu hancur seperti debu maka muusaa pengsan dan setelah sedar dia berkata hanya Kamu disanjung dan aku bertaubat kepada Kamu dan akulah orang yang terutama amanah kepada Kamu.
7:144 Berkata wahai muusaa Aku memilih kamu dari sekelian manusia dengan risalah dan kalimah Aku maka ambillah apa yang Aku berikan kamu dan jadilah kamu darinya orang yang berterima kasih.
7:145 Dan Kami wahyukan kepadanya segala amaran dan penjelasan maka ambillah sekelianya dengan teguh dan perintahkan kaum kamu supaya mengambil yang terbaik darinya dan Aku akan perlihatkan kepadamu daerah orang yang fasik.
7:146 Aku akan palingkan ayat-ayatKu dari orang yang takbur dibumi tanpa hak dan jika mereka melihat setiap ayat mereka tidak amanah dan jika mereka melihat jalan yang betul mereka tidak mengambilnya sebagai jalan dan jika mereka melihat jalan yang salah/menyeleweng mereka mengambilnya sebagai jalan demikian itulah cara mereka mendustakan ayat-ayat Kami maka mereka itulah orang yang lalai.
7:147 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhiratnya telah mensia-siakan amalan mereka dan tidaklah mereka diberi balasan melainkan dengan apa yang telah mereka lakukan.
7:148 Dan kaum muusaa dari sesudahnya telah mengambil anak lembu dihiasi tubuhnya dengan perhiasan mereka dan dibaginya suara apakah tidak mereka melihat dianya tidak boleh bercakap dan tidak dapat memberi petunjuk atau jalan maka mereka itulah orang yang zalim.
7:149 Dan setelah menyesali atas perbuatan tangan mereka dan melihat dianya menyesatkan maka mereka berkata jika Pemelihara kami tidak memberi kerahmatan dan mengampunkan kami pasti kami darinya menjadi orang-orang yang dalam kerugian.
7:150 Dan sekembali muusaa kepada kaumnya dengan marah dan kecewa dia berkata alangkah buruknya kamu pengganti sesudahku dan apakah kamu hendak mendahului perintah Pemeliharamu maka dilemparkan -l alwaaha dan diambil kepala saudaranya dan menarik kepadanya dan saudaranya berkata wahai anak ibuku kaumku telah melemahkan aku malahan mereka hampir hapuskan aku dan jangan kamu persalahkan aku dan jangan kamu samakan aku dengan kaum yang zalim.
7:151. Berkata Pemeliharaku ampunkan aku dan saudaraku dan masukkan kami kedalam rahmatMu dan Kamu yang Pemurah yang Penyayang.
7:152 Dan orang yang menghiasi anak lembu pasti mereka diliputi kemurkaan Pemelihara mereka dan menghadapi kesulitan dalam kehidupan duniawi demikianlah pembalasan Kami keatas orang yang mengadakan dusta.
7:153 Dan orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat dengannya dan mereka amanah sesudahnya maka hanya Pemeliharamu yang Pengampun yang Penyayang.
7:154 Dan setelah muusaa tenang dari kemarahanya dia mengambil -l alwaaha/tablet yang tercatat petunjuk dan rahmat didalamnya bagi orang yang mengkagumi dengan Pemelihara mereka.
Salam semua,
ReplyDeleteRamai yang bertanya apakah pemahaman saya mengenai beberapa potong keterangan Al Quran, saya ingin memohon maaf jika sekiranya jawapan saya agak lewat sedikit.
Bukan kerana saya mahu menjual mahal, hanya perlu berhati-hati. Sesungguhnya saya sendiri tidak pasti berapa lama blog ini dapat bersiaran sebelum ianya disekat.
Oleh yang demikian, saya berharap, jika sekiranya anda merasakan mesej Al Quran yang telah saya sampaikan ini membawa manafaat, maka sebarkanlah ia kepada kenalan, sanak saudara dan sesiapa sahaja. Sekurang-kurangnya biarlah mesej Al Quran ini menjadi pencetus minda mereka yang mahu mengunakan akal.
Yang keduanya, saya sendiri masih mempelajari Al Quran, masih banyak perkara yang saya belum tahu. Saya tidak mahu memberi jawapan kepada perkara yang saya belum pasti.
Gerakan Al Quran sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Orang-orang yang terdahulu dari kita seperti arwah Othman Ali amat besar jasa mereka di dalam mencetus pengunaan akal di kalangan kita.
Mereka ini mempunyai pengetahuan yang amat luas di dalam bidang pengkajian Al Quran. Saya pasti ada di antara generasi mereka yang mengikuti blog ini. Saya amat berbesar hati jika sekiranya mereka dapat memberi pendapat dan tunjuk ajar di ruang blog ini.
Akhir sekali, objektif saya apabila mempelajari Al Quran ialah untuk menjadikannya ianya konsisten dari mula hingga ke akhir. Marilah kita sama-sama bersatu tenaga dan akal menjadikan al Quran suatu mesej yang konsisten untuk kegunaan generasi depan.
Terima kasih.
Surah Anfal/Harta Awam (8) - 75 ayat;
ReplyDelete8:1 Jika mereka bertanya kamu berkaitan harta awam katakan harta awam dimiliki Allah dan rasulnya maka prihatinlah kepada Allah maka tingkatkan kefahaman berkaitanya dikalangan kamu dan taatilah Allah dan rasulnya jika kamu darinya orang yang amanah.
8:2 Orang yang amanah apabila diingatkan Allah akan berdebar hatinya dan ketika dibacakan ayat-ayatnya kepada mereka akan bertambah keamanahanya dan mereka pasrah hanya kepada Pemeliharanya.
8:3 Dan orang yang melaksanakan kewajipan mereka dan dari apa yang Kami rezekikan mereka membelanjakanya.
8:4 Mereka itulah orang yang amanah sebenarnya dan bagi mereka suatu darjat disisi Pemeliharanya dan keampunan dan rezeki yang mulia.
8:5 Malahan Pemeliharamu membenarkan mereka keluar dari rumah mereka tetapi sebahagian dari orang yang amanah tidak menyukainya.
8:6 Mereka pertikaikan kebenaran setelah dijelaskan kepada mereka seakan mereka dikejar kematian yang mereka sedang menunggunya.
8:7 Dan ketika Allah mejanjikan salah satu dari dua golongan dikhaskan bagimu sedangkan kamu inginkan yang tanpa kelengkapan malahan Allah menginginkan yang benar dari kalimahnya dan menghapuskan orang terdahulu darinya orang yang tidak percaya.
8:8 Bagi menjelaskan yang benar supaya dianya dapat melenyapkan yang palsu walau dianya sangat dibenci oleh orang yang berdosa.
8:9 Apabila kamu memohon pertolongan dari Pemelihara kamu pasti disalurkan bagimu dengan seribu malaikat datang berturutan.
8:10 Malahan Allah tidak turunkan melainkan dianya khabar berita bagi mententeramkan hatimu dan tiada pertolongan melainkan dari Allah malahan hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
8:11 Ketika dilitupi mengantuk kamu tidur sebagai suatu amanat darinya maka diturunkan hujan dari langitnya bagi membersihkan kamu dan menghilangkan kekotoran syaitan dan bagi memantapkan hatimu dan meneguhkan pendirianmu.
8:12 Ketika Pemeliharamu mengilhamkan malaikatnya, Aku bersama kamu bagi meneguhkan orang yang amanah dan melemparkan kedalam hati orang yang tidak percaya kecurigaan maka gempurlah mereka dan kawal-rapi dan bendung setiap pergerakan mereka.
8:13 Demikian itulah tindakan bagi mereka yang menentang Allah dan rasulnya dan sesiapa menentang Allah dan rasulnya maka ingatlah akan pembalasan yang dahsyat dari Allah.
8:14 Maka rasakan pembalasanya malahan bagi orang yang tidak percaya azabnya tidak lain melainkan api.
8:15 Wahai orang yang amanah jika kamu bertemu orang yang tidak percaya maka gempurlah mereka dan jangan sesekali berundur dari mereka.
bsmbg..
bsmbg..
ReplyDelete8:16 Dan sesiapa berundur pada hari itu kecuali yang berpatah balik bagi menyusun strategi atau bergabung dengan pasukan bantuan akan mengakibatkan kemurkaan Allah malahan tempat mereka jahannamu dan sangat buruk tempat kembali mereka.
8:17 Maka bukan kamu yang hapuskan mereka tetapi Allah dan bukan kamu yang melempar tetapi Allah yang melemparkanya bagi menguji orang yang amanah dan siapa yang terbaik diantara mereka dan pastinya Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
8:18 Demikianlah Allah menlenyapkan muslihat orang yang tidak percaya.
8:19 Jika kejayaan yang kamu ingini telah datang kepadamu kejayaan dan jika kamu hentikan lebih utama bagimu dan jika kamu bersedia Kami menyediakan bagimu dan tidak mencukupi dari pasukanmu walaupun dianya banyak dan pastinya Allah bersama orang yang amanah.
8:20 Wahai orang yang amanah taatilah Allah dan rasulnya dan jangan kamu berpaling setelah kamu mendengarnya.
8:21 Dan jangan kamu menjadi seperti orang yang berkata kami mendengar walhal mereka tidak mendengarnya.
8:22 Sesungguhnya seburuk-buruk mahluk disisi Allah adalah orang yang berpura-pura pekak dan bisu dan yang tidak menggunakan akalnya.
8:23 Sekiranya Allah menghendaki kebaikan bagi mereka pasti dijadikan mereka mendengar dan jika mereka mendengar sekali pun nescaya mereka berpaling maka mereka itulah orang yang menyeleweng.
8:24 Wahai orang yang amanah sahutilah seruan Allah dan rasulnya apabila dihadirkan kehidupan kepadamu dan ketahuilah bahawasanya yang Allah hadir disetiap jiwa dimana sahaja kamu berada malahan hanya kepada Dia kamu dihimpunkan.
8:25 Maka prihatinlah ujianya dan tidak dikhaskan bagi orang yang zalim sahaja malahan ketahuilah yang pembalasan Allah sangat dahsyat.
8:26 Dan ingatlah ketika kamu sedikit dan lemah dibumi dan takut ditawan manusia maka Kami diteguhkan kedudukan kamu dengan bantuan dan rezeki yang terbaik supaya kamu berterima kasih.
8:27 Wahai orang yang amanah jangan kamu mengkhianati Allah dan rasulnya dan segala amanat yang diberikan kepadamu sepertimana kamu telah dimaklumkanya.
8:28 Dan ketahuilah bahawa harta dan anak-anak kamu hanyalah ujian dari Allah malahan hanya Dia yang memiliki ganjaran agung.
8:29 Wahai orang yang amanah jika kamu prihatin kepada Allah pasti dijadikan kamu misalan dan dimansuhkan dosamu dan dilindungi kamu dan pastinya hanya Allah yang memiliki kurniaan agung.
8:30 Dan ketika orang yang tidak percaya merancang untuk menahan atau menghapus atau mengusir kamu maka sebenarnya mereka bermuslihat terhadap Allah malahan Allah yang terutama perancang muslihat.
8:31 Dan apabila dibacakan ayat-ayat Kami kepada mereka maka mereka berkata kami mendengar dan jika kami menghendaki pasti kami berkata tidaklah ini melainkan dongengan orang terdahulu.
8:32 Dan ketika mereka berkata ya! Allah, jika ini benar dari Kamu maka hujanilah kami dengan hujan batu dari langitnya atau datangkan kepada kami azab Kamu yang dahsyat itu.
8:33 Dan Allah tidak menurunkan azab yang dahsyat selagi kamu berada dikalangan mereka dan Allah tidak mengazabkan mereka sekiranya mereka memohon keampunan dari Dia.
8:34 Dan apakah yang mereka miliki hinggakan Allah tidak azabkan mereka sedangkan mereka menghalang kamu dari mematuhi larangannya dan mereka bukanlah penguasanya maka tidaklah menguasainya melainkan orang yang prihatin tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
8:35 Dan tidak lain penyembahan mereka dirumah itu hanyalah siulan dan tepukkan tangan maka rasakan azabnya atas keingkaran mereka.
smbg..
Salam tuan,
ReplyDeleteMinta Tuan jelaskan makna dari surah AlHijr:87. Apakah 7 perkara yg sering diulang2 itu? Saya telah cuba mencari dari berbagai sumber tapi tiada jawapan meyakinkan.
Anon 22 November 2015 at 02:31;
DeletePls refer to; DICTIONARY OF THE HOLY QUR'AN by Abdul Manna'n 'Ummar Editor, Encyclopedia of Islam - An Noor Foundation - International Inc. page 87, 2nd column, right-top-corner. Thank You.
Salam anon 22 November 2015 at 2:31,
DeleteMungkin saudara boleh lihat dan dalami Surah Al-Fatiha. Surah tersebut mempunyai 7 ayat. Saudara Anonymous 20 November 2015 at 06:28 ada memberi kupasan yang terperinci.
Isi Surah Al Fatihah juga adalah bersamaan dengan Gayathri Mantra (Vedas), Ha Patchah (Jewish prayer) dan the Lord's Prayer (Bible). Saya telah menulis mengenainya di sebuah artikel bertajuk "Siri Ramadhan : Kalimah Taubat".
Terima Kasih
Thanks ash wed! setiap soalan berkaitan Al Qur'an telah tersedia jawaban didalam Al Quran itu sendiri! permasalahanya, kebayakkan soalan yang dikemukakan, bermotifkan/kononnya nak uji sedalam mana 'ilmu' individu yang 'deal' jawaban hanya dengan ayat2 Quran sahaja??
DeleteThank you so much, both of you. I will go dig it out
Deletetuan ashwed, according to anon 20 nov 06.28... we are to recite alfateha 17 times a day - meaning we hv to do the ritual prayer. but wht i understand from your writing is that God didnt ask us to do the ritual prayer. how is that?
DeleteSalam hormat anon 05:24 dan sahabat2 sekalian..
DeleteI did not say that you have to perform RITUAL prayers i.e. "memuji" Allah. Sesungguhnya, "hanya Allah yg layak memuji Allah" kerana "hanya Allah yg mengenal Allah". When yg "hina" memuji yg "mulia", it is nothing more than a futile exercise of "membodek".
1,400 years of Arabisation has yielded a decaying "Islamic" community with nothing to show or contribute to mankind (read: the promotion & apathy towards inequality, injustice, unaccountability, exclusivity, regression, oppression, terror etc - no thanks to the self-serving religious "intermediaries" who exists by the grace of, NOT Allah, but their masters who are the ruling elites).
We have to shift (berhijrah) our understanding & practice towards the REAL & UNIVERSAL understanding of the Quran. As we know, the Quran was revealed to address the prevailing issues. That is the CONTEXT of the revelation, but what is universally relevant (transcending space & time) is the CONCEPT of the revelation. We have to understand the relation & application between the DISCRIPTIVE & PRECIPTIVE so as to be PROGRESSIVE and not REGRESSIVE.
The ritualised, institutionalised & hierarchical Islam has failed. Nothing is more empowering that the message that "there is no 'intermediaries' between you & the Omnipresent. And the portal is the Quran, because Allah has NO partners.
And if you are wondering as to why 1,400 years of ritualised prayers have not been answered, it is simply because -
"Solat is surrender. It is more about about selflessness in the presence of Allah, than about one's selfishness for provisions from Allah."
Salam hormat again,
DeleteCorrection ..DESCRIPTIVE & PRESCRIPTIVE..
As to "Solat is surrender. It is more about about selflessness in the presence of Allah, rather than about one's selfishness for provisions from Allah."..
The Apostle of Allah is EGOLESS. Neither ridicule nor reverence affect him. Insult or praise affects only our Ego - individually or collectively.
Ego is the feeling of separation, pride, self-promotion and self-preservation - in other word, Selfishness.
Egolessness is Selflessness. This is the most formidable and empowering "Sunnah" of the Apostle of Allah that we have unwittingly overlooked.
Egolessness is the long forgotten premise of our "Solat" which is to keep us continuously grounded to our selflessness in the Majesty of Allah who is infinite, limitless and without boundary - the One & Only that Truly Exists ("Al Haqq") without any (partner) besides Him.
If during our Solat, we are still conscious of our 'presence' besides the One Who is without limits or boundary, then we are in what is referred to as the state of "Shirik” (separation) instead of submission.
Just as the safest place to hide a leaf is in the woods, the safest place for "Iblis" to hide and promote "Shirik" is in our services (Solat, Sedeqah etc) when it is performed not to serve Allah, but to serve our own ego, or selfishness.
Solat is surrender. It is more about 'selflessness' in the presence of Allah, rather than about our 'selfishness' for the provisions from Allah.
Verily, what can ever be more powerful, peaceful & fulfilling than to be selflessly absorbed in the essence, presence, benevolence, glory & majesty of Allah during the perfect "Solat".
Blessed be..
8:36 Sesungguhnya orang yang tidak percaya membelanjakan harta mereka bagi menghalangi dijalan Allah maka apa yang mereka belanjakan pasti menjadi penyesalan dan kecundangan malahan orang yang tidak percaya pasti dihimpunkan didalam jahannama.
ReplyDelete8:37 Pasti Allah mengenali yang buruk dari yang baik dan dilonggokan yang buruk kesemuanya didalam jahannama maka mereka itulah orang yang dalam kerugian.
8:38 Katakan kepada orang yang tidak percaya jika mereka berhenti maka diampunkan dosa mereka yang lalu dan jika mereka menuruskan pasti berulang sunnatu orang-orang terdahulu.
8:39 Dan hapuskan mereka sehingga tiada lagi fitnah malahan -ddiinu adalah bagi Allah dan jika mereka menghentikanya maka Allah dengan apa yang mereka lakukan pasti melihat.
8:40 Dan jika mereka berpaling maka ketahuilah hanya Allah Pelindung dan Pemberi pertolongan terbaik.
8:41 Dan ketahuilah hasil rampasan yang diperolehi adalah 1/5 darinya bahagian Allah dan rasulnya dan kerabat terdekat dan anak-anak yatim dan orang miskin dan yang musafir jika kamu darinya amanah kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada hamba Kami dari -lfurqaani hingga hari pertemuanya malahan Allah berkuasa keatas segalanya.
8:42 Dan ketika kamu berada dilembah dunia dan mereka dipinggir lembah dan suatu kafilah berdekatan lebih rendah dari kamu jika kamu adakan perjanjian pasti kamu berseliseh dengannya malahan jika Allah yang menetapkan perintah pasti dilaksanakanya maka sesiapa binasa pasti dibinasakan dengan penjelasanya dan sesiapa hidup pasti dihidupkan dengan penjelasanya malahan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
8:43 Ketika Allah perlihatkan dalam mimpimu mereka hanya sedikit dan jika diperlihatkan mereka banyak pasti kamu gementar dan lemah maka kamu pertikaikan perintah Dia, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu dan hanya Dia yang Mengetahui segala isi hatimu.
8:44 Dan ketika pertemuan dengan mereka diperlihatkan mereka sedikit dan diperlihatkan kamu juga sedikit dari pandangan mereka dan hanya Allah yang menetapkan segala perintah dan pasti dilaksanakanya dan hanya kepada Allah segala perintah dikembalikan.
8:45 Wahai orang yang amanah apabila kamu bertemu dengan kafilah maka teguhkan hatimu dan ingatlah Allah supaya kamu mendapat kejayaan.
8:46 Dan taatilah Allah dan rasulnya dan jangan kamu berbalahan jika demikian kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan maka bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
8:47 Dan jangan kamu menjadi seperti orang yang keluar dari daerah mereka dengan sombong dan angkuh dan riak sesama manusia dan mereka menjadi penghalang dijalan Allah maka pastinya Allah mengawasi setiap sesuatu yang mereka lakukan.
8:48 Dan ketika syaitan menampakan indah segala amalan mereka dengan berkata tiada manusia lain berjaya seperti kamu kerana aku jiranmu dan apabila dilihatnya kedua-dua pasukkan terpinga-pinga dia berkata aku berlepas diri darimu dan aku melihat apa yang tidak kamu lihat dan aku takutkan Allah malahan pembalasan Allah sangat dahsyat.
bsmbg..
8:49 Ketika berkata orang munafik dan orang yang dalam hati mereka ada penyakit mereka ini telah tertipu dengan diinu mereka maka siapa pasrah kepada Allah maka hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
ReplyDelete8:50 Dan jika kamu melihat ketika malaikat mewafatkan orang yang tidak percaya mereka dipukul dimuka dan dibelakangnya dan dirasakan atas mereka azab yang membakar.
8:51 Demikian itulah apa yang tangan kamu mendahuluinya dan bukanlah bagi Allah menzalimi hambanya.
8:52 Seperti yang dilakukan pengikut fir’auna dan orang sebelum mereka mengingkari ayat-ayat Allah maka Allah memberi balasan keatas dosa mereka dan Allah sangat dahsyat pembalasanya.
8:53 Demikianlah Allah tidak mengubah nikmatnya keatas sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya sesungguhnya Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
8:54 Seperti yang telah dilakukan pengikut fir’auna dan orang sebelumnya mereka mendustakan ayat-ayat Pemelihara mereka maka Kami laknati mereka atas dosa mereka dan Kami tenggelamkan pengikut fir’auna malahan kesemua mereka adalah orang yang zalim.
8:55 Seburuk-buruk mahluk disisi Allah adalah orang yang tidak percaya dan pastinya mereka tidak amanah.
8:56 Orang yang berjanji denganmu kemudian mereka mengingkari janjinya setiap kali janji dibuat malahan mereka tidak prihatin dengannya.
8:57 Malahan jika kamu bertemu mereka perangilah mereka dan pisahkan mereka dengan orang yang mengikuti kamu supaya mereka jadikan sebagai suatu peringatan.
8:58 Dan sekiranya kamu takut kepada kaum pengkhianat maka kembalikan yang serupa dengan apa yang mereka telah lakukan terhadap kamu sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang khianat.
8:59 Dan jangan kamu anggap orang yang tidak percaya dapat mendahului kamu malahan mereka tidak akan dapat mengecewakan kamu.
8:60 Dan bersedialah dengan kelengkapan yang kamu mampu supaya kamu dapat menakutkan musuh Allah dan musuh kamu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya malahan Allah mengetahui mereka dan apa yang kamu belanjakan dijalan Allah pasti dicukupkan kembali kepadamu dan kamu tidak dizalimi.
8:61 Dan jika mereka condong kepada kedamaian maka kamu condonglah kepadanya dan pasrah kepada Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
8:62 Jika mereka mendurhakai kamu maka cukup hanya Allah yang mantapkan kamu dengan pertolonganya dan orang yang amanah.
bsmbg..
8:63 Dan hanya Dia yang dapat menyatukan hati mereka walau kamu membelanjakan seisi bumi ini maka tidaklah dapat kamu menyatukan hati mereka melainkan Allah yang dapat menyatukan hati mereka malahan Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
ReplyDelete8:64 Wahai nabi cukuplah Allah bagimu dan sesiapa yang mengikuti kamu maka mereka itulah orang yang amanah.
8:65 Wahai nabi gesalah orang yang amanah berperang dan jika kamu dua puluh orang yang sabar maka dapatlah kamu kalahkan dua ratus dan jika kamu seratus orang dapatlah kamu kalahkan seribu orang yang tidak percaya kerana mereka kaum yang tidak faham.
8:66 Kini Allah telah meringankan bebanmu dan Dia mengetahui yang kamu lemah dan jika kamu punyai seratus orang yang sabar maka dapat kamu kalahkan dua ratus dan jika kamu seribu maka dapat kamu kalahkan dua ribu dengan izin Allah dan Allah bersama orang yang sabar.
8:67 Tidaklah bagi seseorang nabi menjadi tawanan malahan dia pasti mencapai kejayaan dibuminya sedang kamu menghendaki duniawi dan Allah menghendaki akhirat dan Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
8:68 Jika Allah tidak kitabkan sejak dahulu pasti kamu ditimpakan azab yang dahsyat dengan apa yang telah kamu ambil.
8:69 Maka makanlah dari yang mudah didapati yang halal dan terbaik maka prihatinlah Allah malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
8:70 Wahai nabi katakan kepada tawananmu jika Allah mengetahui isi hatimu baik pasti diberikan yang terbaik dari apa yang hilang darimu dan diampunkan kamu dan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
8:71 Jika mereka mengkhianati kamu sebenarnya mereka mengkhianati Allah sejak dahulu maka ditimpakan bencana keatas mereka malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
8:72 Orang yang amanah dan yang berpindah dan yang berjuang dengan harta dan jiwa mereka dijalan Allah dan orang yang memaafkan dan membantu maka mereka pemimpin dikalangan mereka dan orang yang amanah tetapi belum berpindah tiada bagi mereka kepimpinan sehingga mereka berpindah jika mereka meminta pertolongan dalam -diini maka terpulang kepadamu memberi pertolongan jika kamu ada perjanjian dengan mereka dan Allah melihat segala apa yang kamu lakukan.
8:73 Dan orang yang tidak percaya hanya menjadi pemimpin dikalangan mereka dan setiap apa yang kamu lakukan mereka menganggap sebagai fitnah dibumi mereka dan suatu kefasikan yang besar.
8:74 Orang yang amanah dan yang berhijrah dan yang berjuang dijalan Allah dan memaafkan dan memberi bantuan maka mereka itulah orang yang amanah dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia.
8:75 Orang yang amanah sesudah itu dan mereka berubah dan berjuang bersamamu maka mereka punyai hubungan darah dengan kamu dan mereka yang lain malahan Allah telah mengkitabkanya dan hanya Allah yang mengetahui segalanya.
Saudara AshWed,
ReplyDeleteSalamun Alaikum
You may want to read-biblicalmullahs.blogspot.my
AshKc