Monday, 2 November 2015

"Muhammad" Bukan Nabi ... Indoktrinasi Bermula

Bayangkan anda adalah seorang penakluk yang mempunyai obsesi melampau berkenaan dengan peperangan.

Anda telah melalui kempen peperangan yang sangat berjaya di luar imaginasi anda sendiri.

Anda kini menjadi penguasa di sebuah empayar yang sangat luas jajahannya dengan rakyat pelbagai bangsa merentas benua mendiami tanah jajahan ini

Tanah jajahan ini pula terdedah kepada satu kondisi di mana para penguasa dari empayar lain seringkali menghidu peluang untuk merampasnya dari tangan anda.

Di dalam keadaan ini apakah yang anda akan cuba lakukan ?

Sudah tentu anda akan memastikan empayar anda mempunyai pasukan tentera yang ramai dan kuat untuk menjaga tanah jajahan di bawah empayar anda bukan ?

Namun, sebagai sebuah empayar yang baru dibina anda mempunyai satu masalah besar. Anda tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk anda mengemudi keadaan ini ?

Jika anda mempunyai cara untuk merekrut tentera dengan tidak mengeluarkan walau satu sen pun kewangan mahukah anda melakukannya ? Sudah tentu anda mahu ye tak ?

Bayangkan tentera yang ramai tanpa perlu keluar kos.

Bagaimanakah caranya ? Ianya perlu sedikit proses, kebijaksanaan dan kadar penipuan yang tinggi. Proses ini dipanggil INDOKTRINASI.

Sesiapa sahaja yang termakan dengan proses ini akan menyerahkan jiwa raga mereka untuk satu matlamat ciptaan anda.

Inilah yang telah dilakukan oleh Abdul Al-Malik Bin Marwan dan saya boleh katakan inilah proses indoktrinasi terhebat pernah dicipta oleh manusia dalam sejarah dunia.

Indoktrinasi ini masih berjalan sehingga sekarang. Generasi demi generasi manusia "muslim" telah menjadi askar perang Abdul Al-Malik Bin Marwan tanpa mereka sendiri sedari.

Ramai yang telah berkorban nyawa demi kerana orang ini dan saya percaya berjuta lagi yang sanggup melakukannya.

Namun, yang paling menyedihkan mereka yang terkorban ini berbuat demikian kerana mereka percaya mereka berbuat begitu demi untuk "Agama Allah dan RasulNya".

Ramai yang beriman kepada Tuhan, namun tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah berpatah balik. Mereka tidak sedar bahawa Tuhan itu adalah MAHA PERKASA DAN BERKUASA.

Anda tidak boleh sama sekali mempertahankan Zat Yang Maha Hebat ini.

Sesuatu yang mempunyai kuasa yang tidak terhingga tidak memerlukan manusia biasa seperti kita untuk mempertahankanNya.

Kitalah yang memerlukan Tuhan untuk mempertahankan kita bukan sebaliknya.

Anda tertipu. Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri kerana tidak mahu berfikir dengan lebih mendalam.

Kaedah Indoktrinasi

Jika anda meneliti Al Quran, anda pasti akan menemui keterangan ini ;

A032

"Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam membuat kerosakan di muka bumi" AQ 5:32

Ini adalah ketetapan Al Quran mengenai perbuatan membunuh. Sesiapa sahaja yang membunuh satu jiwa, perbuatan itu seolah-olah membunuh keseluruhan spesis manusia.

KECUALI jika ia dilakukan di atas sebab undang-undang seperti seorang algojo yang ditugaskan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas individu yang di dapati bersalah menurut undang-undang melakukan perbuatan membunuh orang lain.

Ingat ! Al Quran sentiasa konsisten. Oleh itu, suatu ketetapan Al Quran tidak akan sama sekali konflik dengan ketetapannya yang lain.

Tetapi diketerangan ini, Al Quran tiba-tiba menjadi tidak konsisten, ia seolah-olah membuat konflik dengan keterangan sebelumnya ;

A005

"Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan shalat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" AQ 9:5

Adakah benar ini yang Tuhan perintahkan kita buat ? Sesudah Tuhan melarang kita melakukan pembunuhan, kini secara tiba-tiba ia berpaling arah ?

Jelaslah, keterangan di atas adalah alat propaganda dari zaman Abdul Al-Malik Bin Marwan.

Ia adalah mesin propaganda yang telah bekerja sehingga ke hari ini.

Keterangan yang ternyata di salah ertikan ini telah menyebabkan berlakunya peperangan demi peperangan, pembunuhan demi pembunuhan.

Keterangan berupa seperti di atas boleh di dapati di dalam mana-mana Al Quran terjemahan Bahasa Melayu yang boleh kita dapati samada di dalam internet atau di rak-rak kedai buku.

Sesiapa sahaja yang membaca secara sekali imbas akan keterangan di atas akan memahami bahawa Tuhan sedang memerintahkan mereka untuk membunuh orang-orang "musyrikin" (golongan yang mempersekutukan Tuhan).

Tidakkah anda merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan terjemahan ini.

Pada mulanya Tuhan memerintahkan kita supaya menjalani cara hidup (ad deen) kedamaian (Islam). Namun, kini Tuhan yang sama memerintahkan kita supaya menjadi pembunuh ?

Adakah Tuhan tiba-tiba flip-flop. Sekejap suruh menjadi damai, sekejap yang lain pula menyuruh kita membunuh.

Bagaimana pula kita hendak tahu samada seseorang itu beriman, musyrik dan munafik ? 

Bukankah Tuhan juga telah memberitahu kita bahawa hanya Dia sahaja yang tahu dengan pasti samada seseorang itu beriman atau sesat. Kita bukan Tuhan maka sudah tentu kita tidak tahu.

A007

"Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya; dan Dialah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" AQ 68:7

Macamana nak bunuh sedangkan kita sendiri tidak boleh tahu dengan pasti siapa beriman, siapa kafir dan siapa munafik ? Kalau salah bunuh macamana, siapa nak tanggung dosa kita ?

Jika kita perhati lagi AQ 9:5 yang telah saya tandakan dengan warna kuning kita akan dapati ia berbunyi seperti berikut "Jika mereka bertaubat dan mendirikan shalat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan.

Tidakkah kita terfikir kalau kita sudah membunuh orang-orang musyrik ini bagaimanakah pula kita mahu berikan kebebasan kepada orang yang sudah mati dan biarkan mereka berjalan "Jika mereka bertaubat dan mendirikan shalat dan menunaikan zakat".

Bukankah ini konflik yang sangat nyata ? Mengapakah kita tidak memikirkannya dengan lebih mendalam ?

Sudah tentulah keterangan ini telah diselewengkan sebegini rupa untuk dijadikan alat demi mencapai satu matlamat.

Mungkin matlamat ini berbeza dari zaman ke zaman.

Bagi saya, ia sangat jelas telah dijadikan alat oleh seorang yang baru mendirikan empayarnya. Satu empayar yang masih miskin kerana belum mencapai kematangan ekonomi.

Mereka mencari cara merekrut seberapa ramai tentera dengan sumber yang terhad.

Ini adalah suatu proses indoktrinasi untuk menukar setiap rakyat di dalam empayar muda ini menjadi tentera yang rela berjuang jiwa dan raga tanpa upah.

Kaedah ini sangat berjaya. Mungkin si penciptanya sendiri tidak terfikir bahawa kaedah beliau berjaya menakluk dunia selama 1,400 tahun.

Tidaklah keterlaluan jika kita simpulkan bahawa setiap muslim yang dilahirkan akan membesar menjadi tentera Abdul Al-Malik hanya dengan menyeleweng makna satu perkataan di dalam Al Quran.

Kesimpulan

Untuk artikel kali ini saya tidak akan membuat kesimpulan.

Kali ini mari kita sama-sama mencari di manakah penyelewengan yang telah dilakukan oleh manusia sebelum kita.

Sebagai panduan, berikut adalah beberapa tempat di mana perkataan yang telah diseleweng di ulang-ulang;

AQ 8:39, AQ 9:14, AQ 9:29, AQ 9:123, AQ 66:9

Menurut Openburhan.com perkataan ini telah diulang-ulang sebanyak 154 kali.

Dengan melihat kepada setiap makna yang mana perkataan ini muncul kita boleh agak apakah makna sebenarnya.

Anda juga boleh menggunakan The Quranic Arabic Corpus word by word untuk melihat makna akar kata perkataan ini.

Perkataan yang kita cari ialah "fouqtu-loo". Anda juga perlu melihat kata kunci lain yang boleh membawa kita untuk mencapai suatu kesimpulan.

Kesimpulan ini mesti konsisten dengan tema Al Quran itu sendiri iaitu untuk menjalani cara hidup (ad deen) kedamaian (islam).

Semoga kita sama-sama dapat mencari kebenaran.

Ashwed
 

15 comments:

  1. Salam hormat..

    Saya rasa & nampak dgn jelas bahawa ada sesuatu yg sangat tak kena dgn pembawakan "ugama" Islam dewasa ini.

    Kalau realiti kita dihimpit dgn berbagai2 musibah - termasuk tertindas, berperang, miskin, mundur & merana maka ini terang2 bukan satu kehidupan yg diredhai Allah. Sedangkan Hisab Allah itu TUNAI (Q 2:202, 3:19, 3:199, 5:4, 6:62, 6:165, 7:167, 13:41, 14:51, 24:39, 40:17) dan janjiNya PASTI (Q2:80, 3:194, 13:51, 17:108, 18:98, 30:6, 31:9, 39:20, 40:77, 46:17, 73:18).

    Ada tiga jalan yg kita hafal setiap rakaat (Q1:7) macam burung kakaktua. Sekiranya kita bukan di jalan yg diberkati Allah ini bermakna bahawa kita adalah dijalan yg dimurkaiNya ataupun dijalan orang2 yg sesat.

    Sekiranya Allah tidak memberkati kita di dunia ini mana mungkin kita diberkatiNya diakhirat kelak?

    Sudah terang lagi bersuluh, melainkan Allah telah menutup pintu hati dan minda kita seperti dalam Surah Yasin (Q36:8-10).

    ~ HANYA Allah yg. layak memuji Allah; Dialah rahsia segala ILMU..

    ReplyDelete
  2. Salamun Alaikum.

    Anda telah berjaya membuka minda pembaca untuk terus berfikir. Tetapi ada juga yang fikiran mereka terkongkong dengan nilai-nilai sediada tanpa mahu susah payah.

    ReplyDelete
  3. Saya hari ini dah dibebaskan dari cekngkaman pemikian mullah....terima kasih.....sahabat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Segala puji bagi Tuhan Pemelihara sekelian alam

      Terima kasih kembali

      Delete
  4. Salamunalaikum saudara sekelian;
    Pastinya benar apa yang dikatakan Anon 3 November 2015 at 07:11, sehari semalam 17x wajib kata 'tunjukan aku JALAN yang LURUS....itu belum masuk yang sunat2 yang lainnya dan akhir kalam 'anu dia yang disunatkanya' hi!!! sebagai contoh perhatikan 11 ayat dari Surah A' Fath..

    48:1 Pasti Kami yang memberikan kejayaan dan kemenangan yang nyata.
    48:2 Malahan Allah memberi keampunan atas kesalahan kamu yang lalu dan yang akan datang dan nikmat dan petunjuk kepada jalan yang lurus.
    48:3 Dan Allah menolong kamu dengan pertolongan yang teguh/perkasa.
    48:4 Dia yang menurunkan ketenangan kedalam hati orang yang amanah supaya bertambah amanah mereka dan Allah yang memiliki angkatan dilangit dan dibumi dan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    48:5 Dan dimasukan lelaki dan perempuan yang amanah kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan berkekalan didalamnya dan dilupuskan keburukan mereka malahan disisi Allah kejayaan agung.
    48:6 Dan diazabkan lelaki dan perempuan munafik dan yang sekutu dan yang berprasangka terhadap Allah apabila sampai giliran mereka yang dimurkai Allah maka dilaknati mereka dan disediakan jahannama bagi mereka malahan sangat buruk tempat kembali mereka.
    48:7 Kepunyan Allah angkatan dilangit dan dibumi sesungguhnya hanya Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
    48:8 Malahan Kami yang mengutuskan kamu sebagai saksi dan pembawa khabar gembira dan pemberi amaran kepada mereka.
    48:9 Supaya mereka amanah kepada Dia dan rasulnya maka bantulah dan prihatinlah dan sanjungilah Dia pagi dan petang.
    48:10 Sesungguhnya orang yang berikrar setia kepadamu maka mereka itulah yang berikrar setia kepada Allah malahan ‘tangan’ Allah mengatasi tangan mereka maka sesiapa memungkiri janjinya maka dia mungkiri atas kehendaknya dan sesiapa menepati janjinya setelah dimeterainya dengan Allah mereka diberikan ganjaran agung.
    48:11 Telah berkata orang a’raabi yang ditingalkan kami sibuk dengan harta dan keluarga kami maka mohonlah keampunan bagi kami malahan mereka berkata dengan lidah mereka apa yang bukan dari hati mereka maka katakanlah siapakah yang berkuasa selain Allah jika Dia menghendaki kemudharatan atau kemanfa’atan keatas kamu malahan Allah mengetahui segala apa yang kamu lakukan.


    ReplyDelete
  5. Salamunalaikum! berikut perhatikan 09 ayat dari Surah Asf Syaff - Barisan, dan beri tumpuan kepada kata "ahmadu" dianya "majmuk/plural" WHY???

    61:6 Dan ketika berkata ‘iisa -bnu maryama wahai banii israailla aku utusan Allah bagimu yang benar apa yang ditanganku -tauraati dan khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang sesudahku namanya 'ahmadu' dan ketika dia datang dengan keterangan jelas mereka berkata dia adalah sihir yang nyata.
    61:7 Dan siapa lebih zalim dari yang mengadakan dusta terhadap Allah dan dia yang menyeru kamu kepada -l islaami malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
    61:8 Mereka hendak padamkan cahaya Allah dengan mulut mereka malahan Allah sempurna cahayanya walau dibenci orang yang tidak percaya.
    61:9 Dia yang mengutuskan rasulnya dengan petunjuk dan -diini yang benar dan menjadikanya terkemuka mengatasi diini selain darinya walaupun sangat dibenci oleh orang yang sekutu.
    61:10 Wahai orang yang amanah hendakkah kamu sekiranya Aku tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab dahsyat.
    61:11 Kamu amanah kepada Allah dan rasulnya dan berjuang dijalan Allah dengan hartamu dan jiwamu maka itulah yang diutamakan bagimu jika kamu mengetahuinya.
    61:12 Dan diampunkan segala dosamu dan dimasukkan kamu kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan tempat penginapan terbaik dalam syurga ‘adnin demikian itulah kejayaan agung.
    61:13 Dan selainya kamu suka menolong Allah dan mendapat kemenangan maka berilah khabar gembira kepada orang yang amanah.
    61:14 Wahai orang yang amanah sudahkah kamu membantu Allah seperti berkata ‘iisa -bnu maryama kepada pengikut setianya siapa bersamaku yang membantu Allah maka berkata pengikut setianya kami telah membantu Allah maka segolongan dari banii israa-illa amanah dan segolongan lagi tidak amanah maka Kami teguhkan orang yang amanah mengatasi musuh mereka dan dijadikan mereka orang yang terkemuka.

    Teruskan carian kepada kebenaran!!

    ReplyDelete
  6. Saya kaji ajaran buddha di internet termasuk google images dan saya jumpa 99% ialah nilai kerohanian. Tapi bila cari agama 'Islam', almost 80-90% ialah obsesi terhadap keganasan, kekejaman, penyeksaan, perhambaan, kelucahan, penindasan, kebosanan, kebodohan dan yg lebih kurang macam tu.

    Tulisan tuan mengesahkan apa yg saya fikir selama ini, 'Islam' hari ini tidak sama seperti Islam yg dibawa oleh para nabi2 dan rasul2. Saya yakin usaha tuan dan yang lain akan mencetuskan revolusi minda orang Melayu terutamanya di kalangan generasi muda spt saya. Terima kasih. Tahniah saya ucapkan dan teruskan usaha. Saya akan sokong apa yg termampu. Kalau ada apa-apa pembentukan kumpulan pemikir jgn lupa jemput saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamun Alaykum,

      Terima kasih saudara zack. Insyallah saya akan menjemput saudara.

      Ashwed

      Delete
  7. Salamun Alaykum,

    Segala Puji Bagi Tuhan, Pemelihara Alam Semesta. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca yang memberi komentar.

    Sesungguhnya, segala komentar saudara memberi saya harapan dan semangat untuk terus menulis. Terima kasih sekali lagi.

    Ashwed

    ReplyDelete
  8. Salam saudara Ash wed ,

    Tidakkah kita tertanya2 mengapakah nabi selain dari Muhammad digambarkan hanya mengalami penderitaan/penganiayaan dari kaum2 mereka. Tiada peperangan selain hanya percakapan/ perdebatan rasul2 melalui ayat2 wahyu tuhan tetapi hanya Nabi Muhammad digambarkan begitu hebat melalui kemenangan beberapa siri2 kemenangan..? bukankah ini berlawanan dari konsep asal untuk membawa kedamaian..?

    -Hairi

    ReplyDelete
  9. salam tuan,

    terima kasih kerana berani memberikan pendapat yang lain dari arus utama. iaitu aliran ajaran ulama terdahulu.

    saya sebenarnya telah memberikan pandangan pada satu soalan yang telah dikemukan oleh seorang anon di blog tuan syed. soalan itu di tuju khusus kepada tuan. mohon benarkan saya copy paste pandangan saya ini untuk bersama kita berbincang.

    " salam tuan syed, tumpang komen.

    for anon 5:1, to be precisely to point something as a god, there is a no way. since everything, including matter and antimatter as scientist says particle god, is only a god will.

    to understand the concept of god, is better we understand a concept of creator and creation. creator makes creation as proof the existences of the creator.

    every creation has its limit, lifetime, and its process of evolving. for example, the wheel which first created by the Sumerians, is not the same as wheel we have nowadays. and probably your car's wheel lifetime are very much longer than that Sumerian wheel.
    The wheel itself has to evolve synonymous with time. you cannot put the Sumerian wheel to replace your car wheel since it's impossible to make it and its really looking weird. therefore, every creation itself had to evolve starting from the time it was created or facing extinction
    A question, can the wheel be created by itself? like you woke up in the morning, and suddenly you find a wheel on your bedside. And you dont have any ideas what is that thing? of course, there is no way to make it happen. if so, then how can we, human exist here on this planet called earth? Earth is the only planet in this solar system have everything in correct position from moon and sun. the distance so perfect to make earth as a living planet.

    and yet, this planet has not been created by itself. Its just a fragment compare to the sun, and so on in this universe. Is it this universe was being created by itself?

    we discovered that this universe is created from the big bang, the collision between matter and antimatter. this collision creates time and space, expanding as we can see now. All planets, star, solar system, nebula and else was created by this collision.

    Everyone is agreeing that this collision creates everything. But one thing for sure, what makes this collision happened? nobody no. Its beyond human thinking.

    To answer your question, to define god in your perspective view, I surely cannot answer it. however, to me, god itself makes the big bang and we as creation, is proof of His existence. as He already said in Quran thousand years ago."

    ReplyDelete
  10. Salam hormat, if I may share again..

    To define something is to LIMIT it.

    Allah as described in Surah Al Ikhlas is the all-encompassing One; upon Whom all depends; He does not originate from anything, neither nor anything originate from Him; He is incomparable.

    Now if we were to take a leaf from the above, Allah is indeed infinite, limitless & without boundary which therefore invalidate the notion of separation between Creator & creation.

    Therefore in the case of man's freewill, where does Allah''s will & power stops and your's starts?

    The Quran further testifies that you do not will, except Allah wills it. (Q 76:30, 81:29)

    ~ All praise belongs to Allah alone, the Lord of all knowledge.

    ReplyDelete
  11. Salam. Ash wed, saya setiap hari membuka blog anda dan mengharapkan post yg baru. Harap tuan ash wed mempunyai banyak masa lapang dan teruskan menulis di blog ini.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  12. some additional reading:
    http://www.ourbeacon.com/cgi-bin/bbs60x/webbbs_config.pl/md/read/id/314123119207217

    ReplyDelete
  13. Ada pernahah saya terfikir...Allah Cipta manusia Dan manusia Cipta Agama...hmm..yang Kekal abadi hanya Allah tapi agama Akan beau ah
    ....oleh itu saya suka baca buka Makrifat Tok Kenali..walaupun saya kini hid up mengikut Luna's ajar an guru Nanak tapi buka no orang Sikh.Semoga pembaca dapat haluskan consciousness and a Semua walaupun jalan yang Sukar Di Negara Kita ini...say as kepad a blogger AshWed..be rani kerana ikhlas

    ReplyDelete