Sunday, 15 November 2015

Asal-Usul

Untuk memahami sesuatu, kita perlu mencari dari mana asal-usulnya.

Dengan memahami asal-usul sesuatu barulah kita boleh merasai kewajaran perbuatan kita.

Adakah ianya hanya simbolik atau membawa faedah kepada teras hidup kita.

Hari ini saya mahu bercerita sedikit tentang asal-usul Yoga.

YOGA

Yoga adalah aliran falsafah di dalam Hinduism. Ia adalah salah satu dari 6 astika (kewujudan) Hinduism. Astika yang lain ialah Samkhya, Nyaya, Vaisheshika, Mimamsa dan Vedanta.


Terdapat pertindihan aliran Yoga di dalam Hinduism, Buddhism dan Jains. 

Namun, asal-usulnya bolehlah dikatakan bermula 10,000-15,000 tahun dahulu berdasarkan kepada teks Vedas.

Dari segi bahasa Yoga dalam sanskrit membawa maksud "to unite". Guru-guru pakar untuk aliran falsafah Yoga di panggil Yogi.

Secara ringkas Yoga di bahagi kepada Classical Yoga (aliran falsafah), Ashtanga Yoga dan Hatha Yoga.

Pada kurun ke-20 dan ke-21 iaitu pada zaman yang kita hidup sekarang, Hatha Yoga, iaitu cabang Yoga yang memfokus kepada bentuk postur tubuh untuk membebaskan minda dan diri dari stress duniawi menjadi begitu terkenal di kalangan warga metropolitan dunia. Ia menjadi trending.

Maka, seperti biasa pasti ada satu golongan manusia yang mula mencari hukum/hakam perbuatan ini mengikut resam agama masing-masing. Ini termasuklah di negara kita.

Saya tidak bercadang untuk mencari hukum kepada amalan ini kerana pada saya Hatha Yoga mempunyai faedah kesihatan kepada si pengamalnya.

Yang saya mahu fokus ialah bagaimana golongan yang berkuasa membuat hukum/hakam ini memperolehi konklusi mereka ? Serta adakah justifikasi mereka mempunyai merit ?

Asas Postur Yoga

Yoga mempunyai banyak postur dari yang asas kepada yang kompleks.

Mari kita lihat beberapa postur asas Yoga dan cuba bandingkan dengan beberapa gerakan yang sudah sekian lama diterima di dalam masyarakat kita.

Tadasana

Kesemua postur Yoga dimulakan dengan postur ini

 




















Kemudian diteruskan dengan postur-postur lain. Tadasana adalah antara postur asas Yoga untuk mereka yang baru mula belajar.

Postur ini juga di panggil tadasana, tetapi dari jenis palm trees pose



Namaste

Uttanasana


Balasana


Vajrasana

 


Perbandingan

Mengapa saya meletak semua postur-postur ini ?

Ia adalah untuk mengingatkan kita kepada asal-usul amalan yang beratus tahun kita buat tetapi tidak pernah bertanya dan mencari pengetahuan mengenainya.

Inilah asal-usul postur solat yang kita buat 5 kali sehari. 

 



yoga
yoga2
yoga3
 yoga4
Kesimpulan

Saya merasa hairan, apakah justifikasi untuk kita mengharamkan yoga? Bukankah kita juga membuat gerakan badan yang sama ?

Adakah kerana ada diseru perkataan Om semasa melakukan senaman Yoga ini? 

Bukankah Om, Tuhan, God, Yahweh, Elohym, Illahi, Ellah, Allah, Brahman, Vishnu, Sheva dan lain-lain hanyalah terma rujukan.

Kita tidak beriman kepada terma rujukan. Kita beriman kepada zat asal yang mencipta kita dari tidak tahu suatu apa pun.

Oleh kerana agama Hindu bermula berpuluh ribu tahun lebih awal maka kita tidak boleh mengatakan Hatha Yoga meniru gerakan solat.

Ia mesti sebaliknya, kitalah yang meniru orang-orang yang terdahulu daripada kita.

Menurut falsafah Hinduism, gerakan postur ini dibuat supaya manusia bersatu dengan Penciptanya. Ia adalah makanan rohani dan santapan jiwa.

Saya bukan mahu menyarankan para pembaca supaya mula masuk kelas Yoga. Saya cuma mahu kita semua berfikir dan membuat analisa.

Bagi saya masyarakat kita terlalu obses dengan hukum/hakam. Kita lupa bahawa satu-satunya entiti yang benar-benar mempunyai hak untuk menjatuhkan hukum ialah Tuhan.

A116


"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta 'ini halal dan ini haram' untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung" AQ 16:116



Ashwed


43 comments:

  1. this is too deep for the common ostads and mainstream muslims to comprehend.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Very interesting. Never strike in my mind of the similarities between the two.
    And similar with some other religions.

    Non

    ReplyDelete
  3. salam tuan,
    terima kasih memberi satu lagi ilmu pengetahuan bagi saya.

    ReplyDelete
  4. Hmm...only the truth will set us free...really kicks my head...gud one bro....

    ReplyDelete
  5. Semua amalan ritual adalah ciplak. Dari ritual sembahyang sampailah ritual haji. Cuma dengan menambah bacaan dlm bahasa arab maka lengkaplah amalan ritual ciplak tersebut. Sungguh dasyat permainan mereka.

    Adam

    ReplyDelete
  6. Salam Ashwed, saya pun dah berhenti dari melakukan ritual sembahyang yang saya dah buat dari umur 8 sehingga 40 tahun. Perbuatan sia-sia menyembah batu.

    Ramai orang akan kata Kaabah cuma kiblat. Kalau Kaabah runtuh pun, no sweat sebab Kaabah cuma arah kiblat. Tapi kalau kita pergi Mekah, kita tahu yg Kaabah itu bukan hanya kiblat untuk umat Islam. Kalau hanya kiblat, kenapa ustad claimed if tengok Kaabah aje boleh dapat 10 rahmat? Kalau hanya kiblat, kenapa orang bergantung macam spiderman kat pintu Kaabah? Kalau hanya kiblat, kenapa selimut Kaabah kerajaan Arab Saudi jual untuk umat Islam buat tangkal?

    Sebenarnya saya mula tertanya-tanya betul ke Islam yang kita praktis selepas balik dari Mekah. Bila kita tengok perangai umat Islam di sana, macam mana mereka mendewakan Kaabah. Bertolak-tolak dan sanggup mati hanya sebab nak cium batu hitam. Terasa sangat bodoh cium batu yang tak boleh memberi apa-apa faedah.

    Syukur alhamdulillah Allah beri petunjuk supaya saya hidup hanya berpaksikan Quran. Perjalanan masih jauh. Susah nak lepaskan diri dari belenggu agama ni sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamun Alaikum Anon,
      Saya bersependapat dengan saudara. Pencarian saya terhadap Islam yang betul betul bertitik tolak dari semasa saya bekerja di Middle East dan tinggal di Mekah itu sendiri selama setahun lebih. Saya nampak banyak kejanggalan dari segi interpretasi, kelakuan dan aktiviti yang saya rasakan bercanggah dan tidak menepati saranan 'tanah haram' itu sendiri sebagai satu tempat yang terpelihara. Contoh yang paling senang sekali adalah sempadan tanah haram itu sendiri yang telah beberapa kali diubah selepas dari era Nabi Muhammad. Ini tidak lebih hanyalah berlaku atas faktor politik selepas dari itu. Tinggal dan bekerja di sana mendedahkan saya kepada perkara2 dalaman, bukan sekadar hiasan luaran yang kebanyakan orang hanya nampak semasa mengerjakan haji atau umrah. Jenayah dan maksiat ada... dan saya terpikir benarkah ini? bagaimana dengan jaminan Allah yang tanah haram itu adalah terpelihara dan sesiapa di sana adalah selamat?
      Sejak dari itu lah saya mencari cari dan tejumpa blog-blog seperti ini, gerakan quranist only dan yang paling menarik adalah sebuah buku dari barat yang bertajuk - Quranic Geography oleh Dan Gibson. Cuba cari dan baca kalau berkesempatan. Amat menarik dan seolah olah mencantumkan the misssing pieces dalam persoalan saya.

      Delete
    2. Saya pun ada baca berita2 tentang tanah haram. How drugs, prostitution, human trafficking and thefts berleluasa kat sana. Tapi kalau kita dengar ustad haji berceramah.. mak ooi sampai pasir kat kasut pun kena make sure tak terbawa balik ke Malaysia. Kalau tak, bala menimpa. Punyalah hebat tanah suci.

      Hakikatnya, tanah suci tu tempat Pak Arab mencekik darah orang Islam yang lain dengan overpriced property rental. Hotel room yang RM1k semalam, musim haji boleh jadi RM10k semalam. Bukan service bagus pun. House keeping pun tak buat hari2 unlike other expensive hotels around the world. Pak Arab bila melakukan riba' tak segan silu punya!

      Ok nanti saya cari the book. Thanks for the info :)

      Anon 17:32

      Delete
    3. Hairan kenapa perkataan Haram diterjemahkan kpd Suci. Nyata ketololan pada mereka yg berkata begitu. Dlm Quran pun tiada perkataan Mekah. Tapi yg ada ialah Bakkah. Tiba2 ditukar. Nampak sangat permaianan yg sungguh kasar tapi jadi halus bila dikaitkan dgn Tuhan.

      Adam

      Delete
    4. Kedua-dua Makkah (48:24) dan Bakkah (3:96) ada disebut di dalam Al Quran....tetapi persoalannya adalah lokasi yang sebenarnya. Ianya di ulas dan cuba dirungkai oleh Dan Gibson dalam bukunya m/s 221.

      Delete
  7. Salamun alaikum.

    Saudara Ashwed,

    I have bought a soft copy version of Quranic Geography.Good read.Factual.Please revert with email address if anyone wants to read the book.Its 400 plus pages .So email must accommodate the size failing which it will bounced back.
    Ashkc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ashkc, do send me the softcopy of the book. Many thanks!

      great.escape.club@gmail.com

      Delete
    2. Salam, I would love to read the book. Pls do send to me too. Tq.
      koolglazz2u@gmail.com

      Delete
    3. Pls send to hariinisebelas@gmail.com..many thanks!

      Delete
    4. Salam. Appreciate if you could email to atrglobal@gmail.com
      Thank you..

      Delete
    5. Salam Ashkc. me too. :) Tqvm. impianproduction@gmail.com

      Delete
    6. Salam Saudara ASHKC,

      Terima kasih kerana sudi berkongsi buku Quranic Geogrpahy. Kita boleh berbincang mengenainya di sini. Email saya ashwed1973@gmail.com

      Tq

      Delete
    7. Salam Ashkc

      email kpd saya juga..
      pembelit12@gmail.com
      TQ

      Delete
    8. Salaamun Alaikum ASHKC.

      Email saya:

      proquran@gmail.com.

      Terima kasih

      Delete
    9. please email to me too: nihaz_my@yahoo.com. Thanks so much

      Delete
    10. please email to me too: ridhwan83@gmail.com. Thanks so much

      Delete
    11. Salam Ashkc, please email to me too: qosman@gmail.com. Thank you.

      Delete
    12. Salam saudara ashkc, sy pun mahu,ni email sy:
      mohdaidhil88@gmail.com

      Delete
    13. Salam saudara ashkc,sy pon mahu juga,ni email sy:
      mohdaidhil88@gmail.com

      Delete
    14. Salam saudara . Masih boleh tolong e-mail e-book terbabit ;

      jameelheusen@gmail.com

      terima kasih .

      Delete
    15. Salam...please email me at
      suhkryfoto017@gmail.com

      Delete
  8. salamun alaikum.to saudara yang request quranic geography.Saya dah email.
    plse acknowledge receipt of the book.page 221 is on makkah and the holy city.
    Ashkc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Ashkc..tolong email kpd sy jgk..
      yangterpuji.hairi@gmail.com

      Terima kasih banyak2..

      Delete
  9. Salaam Ashkc. Would love to read the book. My email add is ellyysf@gmail.com. Tq in advance for your generosity.

    ReplyDelete
  10. Saudara Ashkc, kalau tak keberatan email pada saya astf98@yahoo.com. rgds

    ReplyDelete
  11. Another related reading:
    http://free-minds.org/where-was-mohammed

    ReplyDelete
  12. Saudara Ashwed,& Saudara saudara semua

    Salamun alaikum.
    FYI I have sent a copy to pembelit12 and astf98.
    Plse acknowledge receipt.

    AshKc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AshKc.. saya teringin membaca buku Quranic Geography ni..
      mohon email ke globiformis88@gmail.com

      Delete
  13. Saudara Ashwed,

    Saya dah respond to the request from yang terpuji hairi.
    Fyi .
    salam.
    AshKc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AshKc.. saya teringin membaca buku Quranic Geography ni..
      mohon email zulfadlee92@gmail.com

      Delete
  14. Lihatlah 36-ayat dari saringan Surah At Taubah/Bertaubat (9) apa kata Allah!

    9:20 Orang yang amanah dan yang berhijrah dan berjuang dijalan Allah dengan harta dan jiwa mereka lebih tinggi darjatnya disisi Allah dan mereka itulah orang yang mendapat kejayaan.
    9:23 Wahai orang yang amanah jangan kamu ambil bapamu dan saudaramu sebagai pelindung jika mereka mencintai keingkaran dari keamanahan dan sesiapa menjadikan mereka kawan maka mereka orang yang zalim.
    9:29 Perangilah orang yang tidak amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan rasulnya dan mereka tidak ikuti petunjuk diina yang sebenar dari orang yang telah diberi kitab sehingga mereka menjelaskan -ljizata dari usaha tangan mereka jika tidak mereka diperkecilkan.
    9:31 Mereka mengambil ulamak dan rahib dan almasiiha -bna maryama sebagai tuhan selain Allah sedangkan mereka tidak diperintahkan berkhidmat selain Tuhan yang satu dan tiada Tuhan selain Dia malahan Dia disanjung dari apa yang mereka sekutukan dengannya.
    9:34 Wahai orang yang amanah kebanyakan ulamak dan rahib memakan harta manusia dengan palsu dan menghalangi dijalan Allah dan mereka sembunyikan emas dan perak dan tidak dibelanjakan dijalan Allah maka sampaikan khabar gembira ini dengan azab yang dahsyat.
    9:38 Wahai orang yang amanah mengapa ketika dikatakan majulah dijalan Allah kamu lebih cenderung kepada jalan duniawi maka adakah kamu telah melebihkan duniawi dari akhiratnya malahan tiada kesenangan duniawi melebihi dari kesenangan akhiratnya.
    9:39 Jika kamu tidak maju dengannya maka diazabkan kamu dengan azab dahsyat dan digantikan dengan generasi lain yang tidak mudharatkan Dia sedikit pun malahan Allah yang Berkuasa keatas segalanya.
    9:47 Jika mereka keluar bersama kamu maka tidaklah mereka menambah melainkan menimbulkan masa’alah dan menabur cacian dan fitnah terhadap kamu malahan dikalangan kamu ada yang mendengar mereka pastinya Allah mengetahui siapa yang zalim.
    9:48 Sesungguhnya mereka mencari-cari fitnah sejak dahulu dan memutar-belitkan urusan hingga menghasilkan kebenaran yang Allah zahirkan bagi segala urusan malahan mereka itulah orang yang Dia benci.
    9:50 Jika kebaikan menimpa kamu, mereka resah dan jika musibah menimpa kamu mereka berkata kami telah mengambil amaran sejak dahulu dan mereka berpaling dari kamu malahan mereka bergembira dengannya.
    9:54 Dan tiada yang menghalang nafaka mereka tidak diterima melainkan mereka tidak percayakan Allah dan rasulnya malahan mereka tidak melaksanakan kewajipan mereka melainkan dilakukan dengan malas dan mereka tidak berbebelanja melainkan terpaksa.
    9:56 Dan mereka berikrar kepada Allah yang mereka mengikuti kamu sedangkan mereka tidak mengikuti kamu malahan yang sebenarnya mereka mengikuti kaum yang berpecah-belah.
    bsmbg..

    ReplyDelete
  15. smbg.
    9:60 Sedekah diperuntukan bagi yang memerlukan dan yang miskin dan yang mengurusnya dan mu-allafati dan hamba yang menebus diri dan yang berhutang dan yang mengembara dijalan Allah maka itulah ketetapan/bahagian Allah dan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    9:63 Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa menentang Allah dan rasulNya maka bagi mereka jahannama dan mereka kekal didalamnya dan yang demikian adalah suatu penghinaan yang sangat besar.
    9:65 Jika kamu bertanya mereka pasti mereka berkata kami hanya bersenda dan bermain dengannya maka katakan apakah dengan ayat-ayat Allah dan rasulnya kamu persendakan dan permainkan.
    9:67 Munafik lelaki dan munafik perempuan mereka saling bantu-membantu dan menyeru kepada kemungkaran dan mencegah akan kebaikan dan bergandingan-tangan melupai akan Allah pasti Allah melupai mereka malahan orang munafik itulah yang sebenarnya orang fasik.
    9:71 Orang yang amanah lelaki dan perempuan pelindung sesama mereka, mereka menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran dan laksanakan kewajipan dan tunaikan kemurnianya dan mentaati Allah dan rasulnya malahan Allah Pemberi Rahmat dan yang Perkasa dan Bijaksana.
    9:76 Malahan setelah diberikan pemberianya mereka menjadi bakhil dan berpaling darinya maka mereka itu orang yang murtad/mu’ridhuuna.
    9:80 Sama ada kamu mohon keampunan atau tidak atau kamu mohon tujuh puluh kali keampunan sekali pun Allah tidak mengampunkan mereka atas tiada kepercayaan mereka kepada Allah dan rasulnya malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
    9:84 Dan jangan kamu tushalli sesiapa pun diantara mereka yang mati selamanya dan jangan berdiri atas kubur mereka malahan mereka itulah orang yang tidak percayakan Allah dan rasulnya malahan mereka itu mati dalam kefasikan.
    9:87 Mereka redha ditinggalkan bersama orang yang tinggal maka disita hati mereka maka mereka tidak akan memahaminya.
    9:90 Maka datanglah orang yang bermasa’alah dari orang a’raabi meminta izin duduk bersama orang yang mendustakan Allah dan rasulnya maka ditimpakan keatas orang yang tidak percaya azab yang dahsyat.
    9:93 Malahan jalan bagi orang yang meminta izin darimu sedang mereka kaya dan rela tinggal bersama orang yang tinggal maka Allah menyita hati mereka dan mereka tidak akan memahami sesuatu pun.
    9:97 Orang al a’raabu teramat sangat dahsyat keingkaran dan kemunafikan mereka maka sangat wajar bagi mereka jika tidak mengetahui huduuda Allah yang diturunkan kepada rasulnya malahan hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    9:98 Dan diantara orang a’raabi ada yang mendapat nafkah dari denda yang tidak patut dan mereka hanya menunggu yang baik dan bagi kamu yang buruk malahan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
    bsmg..

    ReplyDelete
  16. 9:99 Dan diantara orang a’raabi sesiapa amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan berbelanja dijalan Allah dan membantu rasulnya maka Allah dekatkan mereka dan dimasukan kedalam rahmatNya dan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    9:101 Dan dikalangan a’raabi disekeliling kamu adalah orang munafik dari penduduk -lmadiinati mereka berbangga dengan kemunafikan mereka dan kamu tidak ketahui mereka tetapi Kami ketahui mereka maka diazabkan mereka dua kali dan dikembalikan kepada azad dahsyat.
    9:103 Maka keluarkan sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah supaya dapat kamu mensucikan dan memurnikan mereka dengannya dan mendoakan mereka dan kewajipanmu dapat mententeramkan mereka malahan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
    9:107 Dan orang yang mengambil masjidan sebagai kemudharatan dan keingkaran dan pecah-belahkan orang yang amanah dan tempat menentang Allah dan rasulnya sejak dahulu dan bersumpah palsu dan berkata kami tidak menghendaki melainkan yang terbaik malahan Allah menyaksikan mereka itulah sebenarnya pendusta.
    9:109 Maka sesiapa yang mengasaskan pembinaan diatas keperihatinan dan keredhaan Allah diutamakan dan sesiapa mengasaskan pembinaan ‘dipinggir tebing yang curam’ pasti runtuh kedalam jahannama dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
    9:112 Orang yang bertaubat dan bekhidmat dan memuji dan mengembara dan merendah diri dan patuh dan menyeru kepada kemakrufan dan mencegah dari kemunkaran dan yang memelihara huduudi Allah maka khabarkan berita gembira ini kepada orang yang amanah.
    9:115 Dan Allah tidak sesatkan sesuatu kaum setelah diberi petunjuk dan penjelasan dan mereka prihatin malahan Allah yang Mengetahui.
    9:120 Dan tiada warga -lmadiinati dan sesiapa disekitaran dari kalangan orang a’araabi yang tinggal dibelakang rasul melainkan Allah dahului demikian mereka tidak dilanda kehausan/zhama-un dan keletihan dan kebuluran dijalan Allah dan tidak menimbulkan kemarahan bagi orang yang tidak percaya dan mereka tidak memberi tekanan kepada musuh melainkan yang dikitabkan malahan bagi mereka dianya amalan soleh maka Allah tidak mensia-siakan ganjaran bagi orang yang jujur.
    9:122 Dan tidak bagi orang yang amanah berpergian kesemuanya melainkan segolongan mereka yang mempelajari dan mendalami diini mereka bagi memberi amaran kepada kaumnya apabila mereka kembali supaya mereka menjadi orang yang prihatin.
    9:124 Apabila diturunkan suatu surah mereka berkata siapa yang bertambah keimananya maka bagi orang yang amanah bertambah keamanahanya dan mereka mendapat berita gembira darinya.
    9:126 Apakah tidak mereka perhatikan, mereka diuji setiap tahun sekali atau dua malahan mereka tidak bertaubat dan tidak ambil peringatan.
    9:129 Jika mereka berpaling maka katakan tiada tuhan melainkan Allah dan kepadaNya aku pasrah dan Dia Pemelihara -l’arsyi yang Agong.

    ReplyDelete
  17. Salaman Tuan! perhatikan 9:120 ....demikian mrk tidak dilanda "kehausan / ZHAMA-UN" . Inilah akibatnya penganut 'islam' yg tak faham sepatah pun kata-kata Al Qur"an....Zam-Zam....maksudnya ...dahaga!! dahaga!!

    ReplyDelete
  18. Saudara Ashwed

    Link to Quranic Geography
    https://drive.google.com/file/d/0B5DWLMsY0Qfbc056TWxJTDQwQUE/view?usp=sharing

    AshKc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah... for your effort.

      Delete
    2. assalamualaikum tuan. saya terpandang ayat2 berikut:

      "Oleh kerana agama Hindu bermula berpuluh ribu tahun lebih awal maka kita tidak boleh mengatakan Hatha Yoga meniru gerakan solat.

      Ia mesti sebaliknya, kitalah yang meniru orang-orang yang terdahulu daripada kita."

      bab ini sy berbeza pendapat..Al Quran menyatakan bahawa Nabi Adam A.S manusia pertama diciptakan Allah. Kesemua Nabi dan seluruh manusia di dunia berasal dr Adam & Hawa..Allah menurunkan setiap Nabi bertujuan menyampaikan kepada umat manusia utk menyembahNya..setiap kitab yg diturunkan kesemuanya bertujuan sama..sebagai seorg Muslim, sy percaya Islam itu wujud di muka bumi ini bersama2 Adam & Hawa. Jd bagaimana mungkin ajaran hindu boleh wujud sebelum manusia pertama diciptakan..ye tak?

      Delete