Saya merasa sangat terkesan dengan peristiwa yang terjadi di Paris 2,3 hari lepas.
Golongan yang dipanggil Jihadist menyerang kota metropolitan tersebut mengakibatkan lebih dari 150 orang meninggal dunia.
Serangan dilakukan ke tempat-tempat awam seperti di dewan konsert yang penuh sesak dengan para peminat.
Bar dan restoran yang penuh dengan mereka yang menikmati minuman dan makanan.
Mereka juga cuba menyerang stadium bolasepak yang mana perlawanan persahabatan di antara pasukan Perancis dan Germany sedang berlangsung.
Mungkin orang politik dan media mahu mengterma golongan ini dengan pelbagai terma Jihadist, I.S, Al Qaeda, Pengganas dan lain-lain namun bagi saya mereka ini adalah tentera Abdul Al-Malik Bin Marwan.
Mereka lahir dari indoktrinasi yang sudah beribu-ribu tahun berlangsung tanpa dapat dihentikan oleh sesiapa atau mana-mana kerajaan.
Cuba lihat disekeliling anda, di antara para rakan dan ahli keluarga anda pasti terdapat tentera Abdul Al-Malik.
Mungkin bagi kita abang atau adik atau sesiapa sahaja orang yang memanggil diri mereka Islam adalah seorang yang normal.
Mereka hidup seperti orang lain. Pergi kerja balik kerja, bila terima gaji bawa anak-anak keluar makan bersama keluarga dan lain-lain perkara yang normal.
Namun, cuba anda lihat siapakah ikon mereka ? Hampir 80-90 peratus menjadikan "Muhammad" sebagai ikon mereka.
Ramai yang sanggup mati demi ikon ini. Ada yang menjadikan ikon ini seumpama adiwira. Boleh bercakap dengan tunggul pokok, boleh naik kuda terbang. Tidak pernah membuat dosa dan sebagainya.
Malah ada yang sanggup jadikan rambut, pedang, janggut dan jubah ikon ini sebagai pameran. Begitulah tingginya ketaksuban kepada ikon yang satu ini.
Cuba anda lihat pula logo media sosial para rakan anda. Sudah tentu ramai yang menjadikan kuda dan pedang sebagai logo mereka sebagai menandakan mereka ingin berjuang seperti ikon ini.
Perkara ini memang nampak remeh. Namun hakikatnya, ia adalah sebahagian dari proses indoktrinasi yang berlangsung tanpa henti. Ia telah menjadi begitu global sehingga ia berada di mana-mana jenis platform.
Dari sekolah tadika sehingga peringkat universiti sehinggalah kita keluar bekerja sehinggalah kita mati. Proses ini tidak pernah berhenti.
Malah ada setengah parti politik pergi labih jauh dengan mewajibkan para ahlinya mewarnakan kubur masing-masing dengan warna hijau. Bermakna ia berlangsung sehingga selepas kita mati.
Di bidang akademik dan intelektual pula proses indoktrinasi oleh mereka yang mahu mengagongkan ikon ini setaraf dengan Tuhan berlangsung setiap hari.
Pelbagai tema yang digunakan seperti "satu hadis satu hari" yang dipancarkan melalui semua media seperti telefon, radio, televisyen dan internet.
Untuk perkara ini saya mahu memberi sedikit analogi untuk kita membuat perbandingan dari pandangan masyarakat yang memanggil diri mereka Islam.
Agama Judaism
Kita memanggil golongan ini sesat kerana para pengikut agama ini secara dasarnya percaya bahawa kepada Nabi mereka iaitu Musa diturunkan sebuah kitab yang dipanggil Taurat.
Namun, kira-kira 200 tahun selepas Nabi ini wafat cendikiawan agama ini menulis satu siri buku yang diberi nama Pentateuch yang terdiri dari 5 buah buku.
Mereka mengatakan bahawa buku ini juga diturunkan kepada Nabi Musa tetapi kita orang Islam tahu Nabi Musa tidak menulis Pentateuch kerana di dalamnya tertulis bagaimana Nabi Musa mati.
Mereka juga menulis sendiri sebuah buku yang dijadikan satu undang-undang untuk agama mereka yang diberi nama Talmud.
Oleh kerana, mereka ini menolak Kitab Taurat dan menjadikan buku Pentateuch dan Talmud sebagai asas ajaran agama mereka maka kita memanggil mereka sesat.
Agama Kristian
Kepada golongan yang sama dihantar seorang Nabi untuk memperbetulkan ajaran yang mereka telah bengkokkan.
Para pengikut agama ini percaya kepada Nabi mereka iaitu Isa diberikan Kitab Injil.
Namun, kira-kira 200 tahun selepas Nabi ini wafat para cendikiawan agama ini menulis satu buku lain untuk dijadikan asas kepada agama mereka yang diberi nama Bible.
Oleh kerana Nabi Isa juga adalah bangsa yang sama dengan Nabi Musa maka mereka ambil buku Pentateuch yang lima dan menggelarnya sebagai Perjanjian Lama.
Sementara, untuk buku baru tulisan cendikiawan mereka sendiri, mereka gelar Perjanjian Baru.
Mereka sedar buku ini tidak ditulis oleh Nabi Isa sendiri namun mereka masih jual idea ini kepada marhaen. Maka Nabi Isa pun digelar "Nasara" atau pembantu kepada Nabi Musa.
Oleh kerana mereka ini menolak Injil dan menerima Bible versi Matthew, John, Luke dan Mark sebagai asas agama mereka maka kita memanggil mereka sesat.
Agama Islam
Kepada Nabi Terakhir yang berbangsa arab diturunkan Al Quran yang menjadi pembeda kepada apa yang telah dibengkokkan oleh para pengikut agama Judaism dan Kristian.
Namun, kira-kira 200 tahun selepas Nabi terakhir wafat para cendikiawan agama ini menulis satu buku sendiri yang digelar sebagai Hadis.
Terdapat pelbagai buku hadis yang ditulis oleh pelbagai penulis seperti Bukhary, Muslim, Sunan Abu Dawood, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain.
Buku-buku hadis inilah yang membentuk pelbagai undang-undang di dalam theologi Islam .
Buku-buku inilah yang dikaji siang dan malam oleh para cendikiawan agama Islam sehingga ia diangkat lebih tinggi dari Al Quran yang diturunkan kepada Nabi terakhir yang kononnya mereka sanjung.
Oleh kerana, para penganut agama Islam menolak Al Quran dan seterusnya menerima buku-buku hadis yang tidak ditulis oleh Nabi terakhir maka bukankah para pengikut ini sama saling tak tumpah seperti pengikut agama Judaism dan Kristian ?
Bukankah kita juga harus menggelar para pengikut ini sebagai sesat ?
Kesimpulan
Sesuatu penipuan akan dianggap benar jika ianya disebut secara berulang-ulang setiap hari dan masa.
Itu antara metodologi propaganda. Inilah yang berlaku kepada masyarakat kita.
Sebagai seorang manusia yang diberikan akal sebagai satu anugerah terbesar dari Pencipta, kita perlu membuat analisa sebelum semuanya menjadi terlambat untuk kita ubah.
Saya percaya untuk mengubah sesuatu yang sudah berakar umbi selama beribu tahun bukanlah perkara yang mudah.
Namun, saya berpegang kepada keterangan ini ;
"Agar Allah menetapkan yang hak (benar) dan membatalkan yang batil (penipuan) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya" AQ 8:8
Sesungguhnya yang haq (kebenaran) akan mengatasi yang bathil (penipuan)
Setelah mencari kebenaran dengan sebegitu lama saya merasakan lagu ini semakin relevan.
Tentera Abdul Al-Malik bin Marwan berada di sekeliling kita, adakah anda atau sanak saudara anda atau para rakan anda adalah salah seorang daripadanya ?
Ashwed
Perhatikan ayat Quran berikut, kebanyakan nabi2 disebut tetapi icon yang tuan maksudkan TIADA! mengapa? hanya guna gantinama 'kamu'...
ReplyDelete6:64 Katakan Allah yang menyelamatkan kamu dari bencana kemudian kamu sekutukan Dia pula.
6:65 Katakan Dia berkuasa bangkitkan azab dari atas dan bawah kakimu atau musnahkan kumpulan/syiya’an dan menimpakan bencana keatas sebahagian yang lain malahan perhatikan bagaimana Kami senaraikan ayat-ayat Kami supaya kamu memahaminya.
6:66 Kaumku mendustakan yang benar, katakan aku bukan wakil mereka.
6:67 Bagi setiap berita telah dipastikan kelak kamu akan mengetahuinya.
6:68 Apabila kamu melihat orang yang persendakan ayat-ayat Kami maka berpalinglah darinya sehingga mereka menceburi hadiitsin lain waima syaitan telah melalaikan kamu maka janganlah kamu duduk bersama kaum yang zalim setelah kamu menyedarinya.
6:69 Dan bukan orang yang prihatin perhitungan mereka sedikit pun malahan hanya peringatan yang dapat menjadikan mereka prihatin.
6:70 Dan jauhilah orang yang mengambil diina mereka ala-permainan dan kepalsuan dan terpedaya dengan kehidupan dunianwi dan ingatkan mereka setiap jiwa dibinasakan atas apa yang diusahakan dan tiada selain Allah pelindung dan perataraan jika ditebus dengan tebusan seisi dunia sekali pun maka tidak akan diambil darinya maka mereka itulah orang yang dibinasakan atas apa yang mereka usahakan dan mereka diberi minum air mendidih dan azab yang sangat dahsyat atas apa yang telah mereka mengingkari dengannya.
6:71 Katakan apakah kami akan menyeru selain Allah yang tidak memberi menafaat atau mudharat kepada kami malahan mereka berpaling sesudah Allah berikan petunjuk kepada mereka jika demikian kami dirasuk syaitan dibuminya dan kebingungan dengan sahabat kami yang menyeru kepada petunjuk dengan berkata marilah ikut kami pastinya hanya petunjuk Allah yang benar dan kami diperintahkan berserah kepada Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
6:72 Dan laksanakan kewajipanmu dan prihatinlah kepada Dia dan hanya kepada Dia kamu pasti dihimpunkan.
6:73 Dan Dia yang mencipta langit dan bumi dengan benar dan apabila Dia berkata jadilah dianya terjadi hanya kalimah Dia yang benar dan Dia berkuasa meniup semangat perubahan dan Dia mengetahui yang ghaib dan yang Menyaksikan yang Bijaksana yang Mengetahui.
bsmbg..
smbg...
ReplyDelete6:74 Dan ketika ibraahiimu berkata kepada bapanya aazara apakah kamu mengambil tuhan berhala malahan aku melihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata.
6:75 Dan demikian Kami perlihatkan kepada ibraahiima kerajaan langit dan bumi dan menjadikan dia seorang yang yakin.
6:76 Dan ketika datangnya malam dia melihat bintang dan berkata inilah tuhanku dan ketika dianya hilang darinya maka dia berkata aku tidak mencintai yang hilang.
6:77 Dan ketika dia melihat bulan memancarkan cahaya dia berkata inilah tuhanku dan apabila dianya hilang dia berkata jika Pemeliharaku tidak memberi petunjuk pasti aku termasuk darinya kaum yang sesat.
6:78 Dan ketika melihat matahari memancarkan sinarnya dia berkata inilah tuhanku dan dia lebih besar dan apabila hilang dia berkata wahai kaumku aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan dengannya.
6:79 Pasti aku hadapkan wajahku dengan setia kepada yang mengasaskan langit dan bumi ini dan aku bukanlah darinya orang yang sekutu.
6:80 Kaumnya berhujah dengannya maka dia berkata apakah kamu berhujah hal Allah malahan Dia yang memberi petunjuk kepadaku dan aku tidak takut dengan apa yang kamu menyekutukan dengannya melainkan dikehendaki Pemeliharaku malahan Dia tersangat luas ilmunya maka apakah tidak kamu mengingati hanya kepada Dia.
6:81 Mana mungkin aku takut kepada apa yang kamu sekutukan dengannya dan tidakkah kamu takut menyengutukan Allah dengan apa yang tidak diturunkan kuasa kepadanya maka dua golongan yang manakah lebih berhak amanah jika kamu mengetahui.
6:82 Orang yang amanah mereka tidak mengelirukan keamanahan dengan kezaliman mereka itulah orang yang amanah dan mendapat petunjuk.
6:83 Dan itulah hujah Kami berikan kepada kaum ibraahiima dan Kami angkatkan beberapa darjat keatas sesiapa yang Kami kehendaki dan hanya Pemeliharamu yang Bijaksana yang Mengetahui.
bsmbg..
smbg...
ReplyDelete6:84 Dan Kami berikan petunjuk kepada ishaaqa dan ya’quuba dan kepada nuuhan sejak dahulu dan dari keturunan daawuuda dan sulaimaana dan ayyuuba dan yuusufa dan muusaa dan haaruuna maka demikianlah Kami berikan pembalasan kepada orang yang jujur.
6:85 Dan zakariyyaa dan yahyaa dan ‘iisaa dan ilyaasa sekelian mereka itu darinya orang yang soleh.
6:86 Dan ismaa’iila dan alyasa’a dan yuunusa dan luuthan sekelianya Kami berikan kelebihan kepada mereka dengan ilmu pengetahuan yang telah diujudkan diseluruh alamnya.
6:87 Dan dari bapa-bapa mereka dan keturunanya dan saudara mereka Kami perkenankan mereka dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
6:88 Itulah petunjuk Allah yang diberikan kepada sesiapa dikehendaki dari hambanya jika mereka sekutu maka hapuslah segala amalan mereka.
6:89 Mereka itulah orang yang Kami berikan kitab dan hikmah dan kenabian tetapi mereka ingkar maka Kami berikan kepercayaan kepada kaum yang mereka bukan darinya orang yang tidak percaya.
6:90 Mereka itulah orang yang Allah berikan petunjuk dan mereka taat mengikuti petunjuknya maka katakan aku tidak meminta upah darimu melainkan dianya suatu peringatan ilmu bagi ummat diseluruh alamnya.
6:91 Dan mereka tidak menilai Allah dengan penilaian yang sebenar ketika mereka berkata Allah tidak menurunkan sesuatu kepada manusia maka katakan siapa yang menurunkan kitab kepada muusaa dengan cahaya petunjuk dan kepada manusia yang kamu telah zahirkan diatas kertas dan kebanyakan dari kamu dan bapa kamu telah sembunyikan yang diajarkan yang tidak kamu ketahui maka katakan Allah membiarkan mereka dalam kesesatan dengan apa yang mereka permainkanya.
6:92 Dan ini kitab yang Kami turunkan penuh keberkatan yang mengesahkan apa yang diantara kedua tangan mereka dan bagi memberi amaran kepada warga kotanya dan sesiapa disekitaranya dan orang yang amanah dengan akhiratnya dan mereka yang memelihara kewajipanya.
6:93 Dan siapa yang lebih zalim dari orang yang mengadakan dusta terhadap Allah atau yang berkata telah diilhamkan kepadaku ini dan tidak diilhamkan kepadamu sesuatu dan yang berkata aku yang menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah dan sekiranya kamu melihat ketika orang zalim menghadapi kesengsaraan kematianya malaikat hulurkan tanganya mencabut nyawa mereka dan inilah harinya mereka dibalas dengan azab yang sangat hina atas apa yang mereka katakan terhadap Allah apa yang tidak benar dan mereka takbur dengan ayat-ayatnya.
Salaamun Alaikum.
ReplyDeleteTuan membuatkan saya turut menggemari lagu yang memang telah lama 'legend' tu.
ProBacaan.