Monday, 30 November 2015

Quranic Geography By Dan Gibson

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ASHKC yang telah bersusah payah menghantar secara email salinan buku tersebut untuk bacaan pembaca yang lain termasuk kepada saya.

Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa saudara.

Sejujurnya saya belum sempat membaca buku ini kerana jadual yang ketat. Dalam waktu yang sama saya sedang cuba menghabiskan sebuah buku bertajuk "A Brief History of Time" tulisan Stephen Hawking yang sangat terkenal itu.

Oleh kerana, buku ini adalah mengenai ilmu fizik maka saya memerlukan masa yang sedikit panjang untuk memahaminya.

Sudah lebih dua minggu saudara ASHKC menghantar email salinan buku Dan Gibson, Quranic Geography kepada mereka yang berminat. 

Oleh yang demikian saya beranggapan tentulah ada pembaca yang sudah menghabiskan buku tersebut.

Saya menjemput mereka yang sudah membaca buku ini termasuk ASHKC sendiri untuk sama-sama berbincang mengenai isi kandungan Quranic Geography.

Adakah buku ini dapat menjadikan pemahaman kita mengenai Al Quran semakin konsisten atau sebagainya ?

Terima kasih. Salamun Alaykum.

Ashwed




49 comments:

  1. salam tuan, mohon kalau dapat share link buku ni di sini supaya sama sama kita mendapat ilmu manfaat.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam hormat,

    Sedikit keterangan untuk dikongsi di pagi Jumaat ini..

    ~ "Bawalah keterangan dan BUKTI kamu..” (Q2:111, 21:24, 27:64, 28:75)

    Fakta2 yg menunjukkan bahawa Rasullullah & Islam berkembang bukan dari Mekah. Malahan, TIDAK mungkin dari Makkah berdasarkan keterangan dan BUKTI2 berikut -

    1. Rekod2 sejarah, geografi, senibina dan QURAN menunjukkan bahawa Nabi adalah dari PETRA, dan BUKAN Mekah.

    2 Petra terletak di UTARA Mekah dalam wilayah JORDAN.

    3. Tanggapan “pusat" bandaraya adalah bertepatan dengan Bandar Petra, bukan Mekah. (Cuba cari photo bandar Mekah yang paling awal dan unjurkan 1,400 tahun sebelum itu untuk mendapat gambaran kampung Mekah pada 600 A.D.)

    4. Mekah mula ujud di peta dunia 300 tahun selepas era Rasullulah. Maka ini tidak selari dengan Mekah sebagai laluan perdagagan utama, maupun pusat ziarah yg masyur sebelumnya.

    5. Sejarah lama Yemen di SELATAN Mekah merekodkan bahawa Pusat Ziarah tahunan sebanyak dua kali setahun dibuat ke Petra, manakala Mekah tidak langsung wujud atau dirujuk!

    6. Mekah tidak mempunyai lurah dan bukit sekelilingnya (Q22:7) sepertimana bandar Petra.

    7. Kitab lama Yahudi tiada rekod bahawa Nabi Ibrahim pernah ke Mekah atau di sekelilingnya. Ia juga meletakkan tempat besarnya Nabi Ismail diutara Mekah.

    8. Quran 48:24 merujuk kepada “Bakka” iaitu kesedihan atau kesengsaraan. Petra adalah makam pengebumian Arab Nabatean. Ia juga telah mengalami beberapa gempa bumi.

    9. SEMUA Masjid yang terawal 100 tahun selepas era Rasullulah berkiblat ke Petra, bukan ke Jerusalem (atau ke Makah).

    10. Antara 100 ke 200 tahun selepas itu, 12% Masjid berkiblat ke Petra, 50% ke Mekah, 38% selari dgn orientasi latitud.

    11. 200 tahun kemudian semua Masjid berkiblat ke Mekah. Ini juga adalah era penyebaran hadith2 daripada Imam2 Dinasti Abbasiyah.

    12. Naratif Quran banyak merujuk kepada tamadun di UTARA Arabia - Aad, Thamud, Madyan, Kaum Nabi Lut dll. Ini bermakna teladan dan pesanan diberi khusus kepada, dan relevan untuk, keturunan setempat.

    13. Skrip tulisan bahasa Arab adalah daripada tamadun Nabatean iaitu berasal di PETRA terletak di UTARA Saudi Arabia.

    14. Sejarah Islam menyebut bahwa Quraish menyerang Medinah dari UTARA (ia itu dari Petra, bukan dari Mekah di selatan).

    15. Syiling emas pada Q3:75 adalah duit Rom yang jajahannya sampai ke Petra dan tidak ke Mekah.

    16. Al’Lat, Al’Uzza & Al’Manat yang disebut pada Q53:19~20 adalah anak2 perempuan kepada Dushara iaitu tuhan lelaki Arab Nabatean penghuni PETRA.

    ~ "Dan Kami keluarkan dari tiap2 umat seorang saksi, lalu Kami katakan: “Bawalah keterangan dan BUKTI kebenaran kamu”. Maka ketahuilah mereka bahawa kebenaran itu tertentu bagi Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ADA-ADAKAN secara dusta dahulu.” (28:75)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon 3 December 2015 at 21:19, para pembaca

      Ini pendapat saya. Moga Allah ampuni saya kalau ada salah;

      1. Rekod2 sejarah, geografi, senibina dan QURAN menunjukkan bahawa Nabi adalah dari PETRA, dan BUKAN Mekah.
      = ada juga rekod-rekod menceritakan disebaliknya.

      2 Petra terletak di UTARA Mekah dalam wilayah JORDAN.
      = ini betul.

      3. Tanggapan “pusat" bandaraya adalah bertepatan dengan Bandar Petra, bukan Mekah. (Cuba cari photo bandar Mekah yang paling awal dan unjurkan 1,400 tahun sebelum itu untuk mendapat gambaran kampung Mekah pada 600 A.D.)
      = Kena ingat Petra hanya mashyur/terkenal masa zaman Nabatean dan Roman sehinggalah terjadinya gempa bumi 331 AD dan makin ditinggalkan pada gempa bumi kedua 551 AD. Nabi Muhammad S.A.W. belum lahir pun.

      4. Mekah mula ujud di peta dunia 300 tahun selepas era Rasullulah. Maka ini tidak selari dengan Mekah sebagai laluan perdagagan utama, maupun pusat ziarah yg masyur sebelumnya.
      = Apa ada hal, peta moden pertama pun pada abad ke 14. Jgn lupa, Islam/Arab takluk Petra pada 663 AD, 31 tahun selepas Rasullullah wafat.

      5. Sejarah lama Yemen di SELATAN Mekah merekodkan bahawa Pusat Ziarah tahunan sebanyak dua kali setahun dibuat ke Petra, manakala Mekah tidak langsung wujud atau dirujuk!
      = Memanglah, masa tengah masyur. rujuk 3. & 4.

      6. Mekah tidak mempunyai lurah dan bukit sekelilingnya (Q22:7) sepertimana bandar Petra.
      = Q22:7 adalah berkaitan kiamat. Apabila ada temadun, mukabumi tempat itu akan berubah. Tau-tau ajelah apa tangan manusia ni mampu buat.

      7. Kitab lama Yahudi tiada rekod bahawa Nabi Ibrahim pernah ke Mekah atau di sekelilingnya. Ia juga meletakkan tempat besarnya Nabi Ismail diutara Mekah.
      = Ini nama-nama lama Mekah: Bakkah, Baca, Baka, Bakah, Bakka, Becca, Bekka, Tihamah, Faran, Pharan. Tengok balik, jumpa tak?

      8. Quran 48:24 merujuk kepada “Bakka” iaitu kesedihan atau kesengsaraan. Petra adalah makam pengebumian Arab Nabatean. Ia juga telah mengalami beberapa gempa bumi.
      = Takda kena mengenakan pun. Ayat ini menerangkan Allah sendiri yg menahan pertumpahan darah dari berlaku di Mekah. Baca balik.

      9. SEMUA Masjid yang terawal 100 tahun selepas era Rasullulah berkiblat ke Petra, bukan ke Jerusalem (atau ke Makah).
      = Kenapa masjid lama (bnyk dah diruntuhkan) di Mekah mengadap Kaabah? Mungkin itu bangunan lama dijadikan masjid, dari luar nampak salah ataupun mungkin salah hisab/arah. Zaman sekarang ada demikian. Bab ni memang ada balahannya.

      Delete
    2. /sambungan

      10. Antara 100 ke 200 tahun selepas itu, 12% Masjid berkiblat ke Petra, 50% ke Mekah, 38% selari dgn orientasi latitud.
      = rujuk 9.

      11. 200 tahun kemudian semua Masjid berkiblat ke Mekah. Ini juga adalah era penyebaran hadith2 daripada Imam2 Dinasti Abbasiyah.
      = Penyebaran telah berlaku pada zaman Rasullullah sendiri dan zaman Sahabat, cuma lebih pada vokal. Imam Hanafi yg pernah hidup zaman sahabat dan era awal khalifah Ummaiyah ada rekodkan hadis. Harap maklum.

      12. Naratif Quran banyak merujuk kepada tamadun di UTARA Arabia - Aad, Thamud, Madyan, Kaum Nabi Lut dll. Ini bermakna teladan dan pesanan diberi khusus kepada, dan relevan untuk, keturunan setempat.
      = Pembetulan, Termasuk seluruh Asia Barat dan sekitar Mediterannean sekurang-kurangnya tidak termasuk Rasullullah S.A.W. kerana baginda adalah pesuruh Allah untuk semua bangsa pada semua tempat dan syariat baginda tetap berjalan hingga kiamat.

      13. Skrip tulisan bahasa Arab adalah daripada tamadun Nabatean iaitu berasal di PETRA terletak di UTARA Saudi Arabia.
      = Bahasa Nabatean/Aramaic mempunyai fonem (bunyi bahasa) kurang dari bahasa Arab. Itu sebab kadang-kala makna perkataan didalam Quran ada kelainan pada kedua bahasa ini.

      14. Sejarah Islam menyebut bahwa Quraish menyerang Medinah dari UTARA (ia itu dari Petra, bukan dari Mekah di selatan).
      = Tak kisahlah dari mana pun atau waktu apapun. Itu strateji namanya. Nama pun perang, main nyawa tu.

      15. Syiling emas pada Q3:75 adalah duit Rom yang jajahannya sampai ke Petra dan tidak ke Mekah.
      = Tak masuk akal. Saya ada duit Arab, US, GB tapi tak pernah pi pun ke Negara tersebut. Cam mana tu? Orang yg di Mekah tu takde yg begituke?

      16. Al’Lat, Al’Uzza & Al’Manat yang disebut pada Q53:19~20 adalah anak2 perempuan kepada Dushara iaitu tuhan lelaki Arab Nabatean penghuni PETRA.
      = Ada direkodkan Al’Lat tu bentuk seakan manusia, Al’Uzza tu pohon yg disembah dan Al’Manat sebiji batu putih bentuk betina. Macam mana rupa betulnya, sy tak pernah tengok, jgn tanya.

      Harap kita tak ada dlm geng ini:
      Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. Q53:28

      Moga memfaat. -MANU-

      Delete
    3. /sambungan

      "Dan jika engkau menurut KEBANYAKAN orang yg ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yg mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." [Q6:116]

      "Dan KEBANYAKAN mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui akan apa yg mereka lakukan." [Q10:36]

      "Atau adakah engkau menyangka bahawa KEBANYAKAN mereka mendengar atau memahami (apa yg engkau sampaikan kpd mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi." [Q24:44]

      Cuba kita kaji tentang "bangunan buatan tangan manusia" yg telah di"sekutu"kan dgn Tuhan sebagai "rumah" Nya.

      Mana mungkin terjawab persoalan tentang bencana & malapetaka yg sering berlaku (termasuk peristiwa ngeri baru-baru ini) sedangkan berbondong2 kita menjadi "tetamu" di"rumah" Nya?

      Secara tidak sedar, KEBANYAKAN kita mungkin telah "sekutu"kan Dia dgn "rumah" Nya di Timur tengah, dan mengapa pula hanya disitu kita berasa DEKAT sebagai "tetamu" Nya sedangkan Dia adalah sedekat2nya "urat leher" kita..

      DEKATnya Dia [Q2:186, 17:60], lebih dekat dari "urat leher" kita [Q50:16]. Adalah "SHIRIK" jika di"SEKUTU"kan apa jua dgn Nya [Q3:64, 4:36, 4:48, 4:116, 6:88, 6:148, 6:151, 7:191, 13:36, 22:26, 22:31]. Kemuliaan Nya teramatlah TINGGI drp apa yg di"sekutu"kan dgn Nya [Q7:190, 9:31, 10:18, 12:108, 16:1, 16:3, 16:57, 17:43, 21:22, 23:92, 27:63, 28:68, 30:40, 37:159, 39:67, 36:83, 43:82, 52:43, 59:23]. Sesungguhnya, menyekutukan sesuatu dgn Nya adalah perbuatan ["Shirik"] yg "SIA-SIA" [Q6:88, 39:65].

      Demi sesungguhnya KEBANYAKAN insan tidak percaya dan mengkaji Quran & Sunnah Tuhan (Law of Nature & the Science of Physics) yg mana SEGALA2nya adalah tertakluk & berserah. KEBANYAKAN kita lebih selesa mengambil jalan mudah dgn menyerahkan otak kita kpd pihak ketiga yg dikagumi tentang "kesucian" mereka.

      "Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yg melata, pada sisi (hukum & ketetapan) Allah, ialah orang2 yang pekak lagi bisu, yg tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)." [Q8:22]

      "Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yg diturunkan kpdmu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi KEBANYAKAN manusia tidak (mahu) beriman." [Q13:1]

      "Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yg ditinggalkan, tidak dipakai". [Q25:30]

      Sudah sampai masanya kita menggunakan deria dan OTAK kita sendiri untuk mengkaji samaada REALITI masyarakat Islam selari dengan PRINSIP Quran dan sekiranya TIDAK (berperang, tindas-menindas, miskin, mundur, merana, jumud) kita perlu mengaji amalan ikut2tan yang kita buat selama ini.

      Untuk renungan ❤❤❤❤.

      Delete
    4. Dari 1 - 9 /
      Ini pendapat saya. Moga Allah ampuni saya kalau ada salah;

      1. Rekod2 sejarah, geografi, senibina dan QURAN menunjukkan bahawa Nabi adalah dari PETRA, dan BUKAN Mekah.
      = ada juga rekod-rekod menceritakan disebaliknya.

      2 Petra terletak di UTARA Mekah dalam wilayah JORDAN.
      = ini betul.

      3. Tanggapan “pusat" bandaraya adalah bertepatan dengan Bandar Petra, bukan Mekah. (Cuba cari photo bandar Mekah yang paling awal dan unjurkan 1,400 tahun sebelum itu untuk mendapat gambaran kampung Mekah pada 600 A.D.)
      = Kena ingat Petra hanya mashyur/terkenal masa zaman Nabatean dan Roman sehinggalah terjadinya gempa bumi 331 AD dan makin ditinggalkan pada gempa bumi kedua 551 AD. Nabi Muhammad S.A.W. belum lahir pun.

      4. Mekah mula ujud di peta dunia 300 tahun selepas era Rasullulah. Maka ini tidak selari dengan Mekah sebagai laluan perdagagan utama, maupun pusat ziarah yg masyur sebelumnya.
      = Apa ada hal, peta moden pertama pun pada abad ke 14. Jgn lupa, Islam/Arab takluk Petra pada 663 AD, 31 tahun selepas
      Rasullullah wafat.

      5. Sejarah lama Yemen di SELATAN Mekah merekodkan bahawa Pusat Ziarah tahunan sebanyak dua kali setahun dibuat ke Petra, manakala Mekah tidak langsung wujud atau dirujuk!
      = Memanglah, masa tengah masyur. rujuk 3. & 4.

      6. Mekah tidak mempunyai lurah dan bukit sekelilingnya (Q22:7) sepertimana bandar Petra.
      = Q22:7 adalah berkaitan kiamat. Apabila ada temadun, mukabumi tempat itu akan berubah. Tau-tau ajelah apa tangan manusia ni mampu buat.

      7. Kitab lama Yahudi tiada rekod bahawa Nabi Ibrahim pernah ke Mekah atau di sekelilingnya. Ia juga meletakkan tempat besarnya Nabi Ismail diutara Mekah.
      = Ini nama-nama lama Mekah: Bakkah, Baca, Baka, Bakah, Bakka, Becca, Bekka, Tihamah, Faran, Pharan. Tengok balik, jumpa tak?

      8. Quran 48:24 merujuk kepada “Bakka” iaitu kesedihan atau kesengsaraan. Petra adalah makam pengebumian Arab Nabatean. Ia juga telah mengalami beberapa gempa bumi.
      = Takda kena mengenakan pun. Ayat ini menerangkan Allah sendiri yg menahan pertumpahan darah dari berlaku di Mekah. Baca balik.

      9. SEMUA Masjid yang terawal 100 tahun selepas era Rasullulah berkiblat ke Petra, bukan ke Jerusalem (atau ke Makah).
      = Kenapa masjid lama (bnyk dah diruntuhkan) di Mekah mengadap Kaabah? Mungkin itu bangunan lama dijadikan masjid, dari luar nampak salah ataupun mungkin salah hisab/arah. Zaman sekarang ada demikian. Bab ni memang ada balahannya.

      Delete
    5. /sambungan


      Samaada Dan Gibson itu benar atau tidak, hakikatnya kita dah tak ikut ajaran Quran supaya jangan menyekutukan Allah dengan benda-benda. Ramai dari kita yang berduyun-duyun pergi berjumpa benda ini untuk bertaubat pada hal Allah ada di-mana mana.

      Delete
  3. salam. boleh saya dapatkan salinan juga?
    nanatron14@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, boleh pergi dekat thread 15/11, cari di dalam komen ada link dia

      Delete
  4. Saudara Ashwed,

    Link untok semua yang berhajat-Rujuk to your article bertajuk ASAL USUL.Proceed to readers comments.
    Semoga kita semua diberi hidayah oleh Zat yang Maha Agung untok mendapatkan kebenaran .
    Salamun alaykum

    AshKc

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi bagi link ebook ni.

      Delete
  5. Sudah menjadi izmi orang msia xkira bangsa/agama hanya tahu meminta tetapi xtahu langsung berusaha. Gunapakai otak itu sikit. Pergi cari link yg terdahulu dan muatturun dari link yg sudah lama disediakan. Camni pun kena bagitahu jugak. Memanglah sebab dari bangku sekolah lagi dah kena "spoon-feeding." Bila dah dewasa otak dah jadi beku & xpandai. Camna nak jadi seorang muslim yg bijak mengunakan akal???

    ReplyDelete
  6. Berbondong2 orang ke mekah menjadi penyembah batu kiub (manusia dan batu) menjadi bahan bakar...tanpa disedari. Kejayaan iblis yang utama utk mengelincirkan manusia dari jalan lurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Nony 5 December 2015 at 06:05:
      Amat X baik sekali berkata demikian, kerana catitan Sdr Nony 3 December 2015 at 21:19 masih belum dipastikan sahih. Bagi saya X mengapa berbeza pendapat asalkan jgn latah menghukum.

      Delete
    2. Saya tak rasakan yang Anon 3 Dec 21:19 telah menjatuhkan hukum. Pada pandangan saya dia merumuskan hasil pembacaan buku tersebut.
      Perlu diingat dan diambil maklum bahawa buku tulisan Dan Gibson itu tidak sama sekali menidakkan kewujudan Al Quran, Tanah Haram serta Nabi Muhammad dan Islam itu sendiri. Dan perlu dibezakan antara ulasan dan argument berkenaan Tanah Haram dan bandar Makkah, Saudi Arabia sekarang. Dari segi analoginya, persoalan yang ditimbulkan adalah....adakah Al Makkah, Saudi Arabia sekarang ini adalah Tanah Haram yang di nyatakan di dalam Al Quran dan tempat berkembangnya Islam di zaman Nabi Muhammad?
      Untuk menganalisa bab-bab ini, pemikiran kita perlulah neutral dan perlu dibawa ke zaman 1500 tahun dahulu dan bukannya pada masa sekarang. Perlu juga dilihat dari konteks peradaban yang wujud pada zaman zaman sebelum itu.
      Saya pernah mengulas di dalam tulisan blog ang lain, yang saya terpanggil untuk mencari jawaban dan terjumpa buku Dan Gibson ini setelah tinggal di Makkah dan bekerja di sana. Saya rasakan yang ia tidak mencerminkan 'Tanah Haram' sebagaimana yang diusulkan. Jenayah dan maksiat berlaku. Hipokrasi di dalam pekerjaan dan peradaban berlaku. Tahukah anda yang sempadan wilayah bandar Makkah sebagai 'Tanah Haram' itu sendiri di ubah beberapa kali oleh pemerintah awal atas sebab-sebab politik dan ekonomi? Mengapakah nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad kesemuanya berkisar di sekitar utara tanah Arab sekarang ini dan tidak satu pun di semenanjung arab?
      Saya sarankan pembacaan yang lengkap dan terperinci buku Dan Gibson tersebut untuk kita sama-sama mentelaah pandangan-pandangan serta ulasan yang diberikan. Saya juga tertarik pada penulisan tersebut sebab penulis mengambilkira semua penulisan terdahulu dan tidak hanya berat kepada samada pandangan dari ulama Sunni atau Shia.
      Sekadar pandangan.

      Delete
    3. Slm Politicalamity9;

      "Berbondong2 orang ke mekah menjadi penyembah batu kiub (manusia dan batu) menjadi bahan bakar"

      Sy harap biarlah Sdr Nony 5 December 2015 at 06:05 sendiri yg jawab.
      - apa alasan kamu mereka yg pi haji itu (walaupun pun katakan Mekah itu tempat yg salah) menjadi penyembah batu kiub dan bukan mengesakan Allah?
      - mana kamu tahu mereka jadi bahan bakar (mereka X dapat ampunan Allah)?

      Bab Dan Gibson dan tempat sebenar tanah Haram tu adalah pendapat beliau. Ada pro ada kontra, Benar salah sy belum tahu. Jadi No Komen lah. Taufik & hidayah Allah utk kita semua adanya.

      Delete
    4. Mungkin awak tidak perasan post ini, boleh baca kot..
      http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/manusia-dan-batu.html

      Delete
  7. Salam

    Sekadar kongsi dari Quranic Geography By Dan Gibson(penulis ini lebih focus pada mempertikaikan lokasi gunung Safa & Marwah sekarang. Tapi saya tertarik dengan kenyataan tentang ada dua penyembahan pada zaman jahiliyah di kedua-dua puncak gunung tersebut.)

    Page 230
    Note that in the times before Islam two idols or places of worship existed:
    one on top of Mount Ṣafa and the other on top of Mount Marwah. Today
    there is no evidence of these idols, neither idol bases nor inscriptions.
    Ṣafa and Marwah as they used to do in the days of Jahiliyya while two idols
    were set on top of Ṣafa and Marwah. (Fiqh us-Sunnah 5:86)
    ’Amr set up an image on al-Ṣafa called Nahlik Mujawid al-Rih and one on
    al-Marwa called Mut’im al-Tayr. (Isḥāq 56, pg 30)
    The trip between the two mountains was so strenuous that some people
    could not do the seven crossings in one day:
    could not do the seven crossings in one day:
    The author of Al-Mughni observes: “Aḥmad says there is no harm in delaying
    the Sa’i after performing ṭawāf until one is rested, or postponing it until evening.
    ’Aṭa’ and Al-Ḥasan also see no harm in someone making ṭawāf early in the day and
    postponing the Sa’i between Ṣafa and Marwah until evening. Al-Qāsim and Sa’īd
    bin Jubair followed this, because the continuity of Sa’i is, as such, not a condition,
    much less the continuity of ṭawāf and Sa’i. Sa’īd bin Manṣūr reported that Saudah,
    the wife of ’Urwah bin al-Zubair performed Sa in between Ṣafa and Marwah
    and because she was a big and heavy woman, she completed it in three days. (Fiqh
    us-Sunnah 5:88a)
    Climbing Ṣafa and Marwah and making supplications for one’s material and
    spiritual well being and welfare is encouraged. During the supplications one should
    face the Ka’ba. It is well known that the Prophet (peace be upon him) went through
    the Ṣafa Gate, and on approaching Ṣafa he recited the Qur'ānic verse 2.158 “Verily,
    Ṣafa and Marwah are among the symbols of Allāh” and then saying “I begin
    with what Allāh himself began” he climbed Ṣafa until he could see the Ka’ba from
    where he stood. He faced the Ka’ba, thrice proclaimed Allāh’s oneness, glorified
    him, praised him, and then said, “There is no deity worthy of worship except Allāh.
    He has no partners. To him belongs the kingdom and all praise. He alone grants
    life and causes death, he has power over all things. There is no God but he. He has
    fulfilled his promise, given victory to his servant, and he alone defeated the confederates.”
    Thrice he made similar supplications. Then he walked toward Marwah
    and climbed it, until he could see the Ka’ba. There he made supplications as he had
    at Ṣafa. (Fiqh us-Sannah 5:90)
    Today there is no evidence of an ancient gate at Sufa, nor walls, nor stairs
    to climb the mountain.

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Ini petikan dari Quranic Geography By Dan Gibson page 285 yang ada kaitan tentang kepercayaan orang Islam tentang peristiwa Israk dan Mikraj.


    9. The Zumurrud
    Abū al-Ḥusayn Aḥmad ibn Yaḥyā ibn Isḥāq al-Rawandi was born in Marwarrudh
    Iraq, about the year 815 AD. As a young man he joined the Mutazila
    of Baghdad and gained prominence among them. Around the age of forty
    he became estranged from this group and formed close alliances with more
    traditional Muslims as well as non-Muslims such as Manichaeans, Jews and
    also Christians. He wrote against the Mutazila, and they reciprocated in kind.
    While most Muslim theologians described him as an outspoken and dangerous
    heretic, some appear to present him in a neutral or even positive light.
    One of his more controversial books is known as Kitāb al-Zumurrud in which
    he mentions the miracles of the prophets such as Abraham, Moses, Jesus and
    Muḥammad. The text of the Zumurrud has not survived to our times, but
    we can surmise his arguments from the writings of various later scholars who
    quoted him and argued against him.

    The Zumurrud contained arguments both for and against the existence of
    prophets. This is stated explicitly in the Majalis Muayyadiyya of the Ismā’īli al-
    Muayyad fi’l-Din al-Shirazi (1077 AD). The Majalis Muayyadiyya is the only
    source that contains relatively long citations of arguments against prophecy
    which are identified explicitly as belonging to the Zumurrud. (Kraus, 1994)

    While this is not a place to argue Muslim theology, it is important to notice
    that al-Rawandi argues that Muḥammad’s night journey to Jerusalem was
    not a miracle because these two cities are close enough together so that a person could go from one to the other and back in one night. (Stroumsa, 1994)

    Muslim scholars have rejected the authenticity of the Zumurrud because
    of statements like this. Since they believed he was obviously wrong on this
    point, all of the materials in the Zumurrud are considered wrong. However,
    if the original Holy City of Islam was located at Petra, this description would
    be absolutely correct. The distance from Petra to Jerusalem is only 100 miles.
    While it would be a strenuous trip on a horse, one could indeed travel from one
    to the other and back in one day. Thus al-Rawandi’s argument does support
    the idea that Islam’s Holy
    City was in Petra, not in
    Mecca in Saudi Arabia.Years later when the Muslims
    only remembered
    Mecca, al-Rawandi’s arguments
    seemed totally absurd.
    Everyone knew that
    Mecca was more than 760
    miles from Jerusalem, and
    that the passage crossed
    some of the most barren
    and challenging deserts in
    the world.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hormat tuan,

      Cerita Israk & Miraj kita boleh bandingkan dgn mitos Zoroater (sebelum Islam) dimana Arda Wiraf ber"mikraj" bertemankan oleh Srosh..

      https://en.m.wikipedia.org/wiki/Book_of_Arda_Viraf

      Sekadar berkongsi..

      Delete
    2. Salam Anonymous8 December 2015 at 14:35;

      Kita rujuk Quran dulu:
      Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
      (Al-Israa' 17:1)

      Kita pergi pula pada argumen Dan Gibson:
      Makkah ke Masjid Al-Aqsa 760 batu naik kuda pergi balik satu malam - mengarut
      Petra ke Masjid Al-Aqsa 100 batu naik kuda pergi balik satu malam - masuk akal
      Jadi konklusi dia Masjidil Haram ada di Petra. Tu yg ramai sangat terangkat kening tu. OKlah, kata kuncinya ialah KUDA.

      Sekarang kita rujuk ayat Quran tersebut diatas. Ada KUDA tak?, atau apa-apa ayat yg boleh bermaksud demikian? Tak ada kan? Kan ayat itu dengan jelas menyatakan Allah sendiri, saya ulang, Allah sendiri yg menjalankan hamba nya.........

      Ingat cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Seorang manusia boleh memindahkan singgahsana Ratu Balqis sekelip mata lebih pantas dari Jin. Fuhyoooo! Alahai, apalah sangat bagi Allah untuk menjalankan Rasullullah S.A.W. kemanapun di alam apa pun dalam satu malam dgn selamat.

      Noktah- KAS

      Delete
    3. Tiada isu atas peristiwa isra' dan mikraj yang sememangnya dinyatakan dalam Al Quran dan kita tidak menidakkan ia. Yang menjadi isu adalah peristiwa-peristiwa semasa isra mikraj itu yang menyerupai cerita zoroastrian.
      Kita juga tidak mengetahui bahawa perjumpaan Allah dan Nabi Muhammad adalah dalam bentuk physical atau batin. Tetapi pada hakikatnya ianya berlaku.
      Konteks Dan Gibson adalah salah satu perbandingan antara banyak banyak perbandingan dan ulasan yang ingin mengusulkan bahawa tanah haram adalah bukannya di lokasi sedia ada (mekah, Saudi Arabia).

      Delete
    4. salam anonymous 9 dec 2015 11:48

      anda membaca ayat 1 surah al Isra tapi tak memahaminya. Ayat ni adalah untuk menceritakan perihal perjalanan Nabi Musa di waktu malam. Kenapa Musaa? jawapannya mudah sebab ayat kedua disambung dengan "dan" sebagai permulaan. Allah bagi maklumat yang mudah untuk manusia fahami tetapi kenapa manusia lebih memilih terjemah dan tafsiran orang lain tanpa menggunakan akal sendiri?

      mok

      Delete
    5. hmmm... thinking of it, that is why I hate all the translations with the parentheses (). Deviates the understanding and luring the readers for a meaning and understanding of the writers.

      Delete
  9. Salam Mok
    Kita rujuk surah seterusnya:
    (Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.
    (Al-Israa' 17:3)
    Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua
    kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
    (Al-Israa' 17:4)

    sebabkan ada "DAN" nanti ada yg cakap Bani Israil dah ujud sejak Nabi Nuh lagi, Mok tak geli ke?

    Noktah- KAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Bani Israil dari keturunan Nabi Nuh yang pernah diselamatkan dari bencana kerana mempercayai kenabian Nabi Nuh. Dan ayat itu sebagai peringatan dari Allah untuk Bani Israil berfikir dengan akal supaya bersyukur tentang moyangnya yang pernah diselamatkan dari bencana yang dasyat akibat dari perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi.

      Delete
  10. penerangan untuk ayat seterusnya 3 & 4 tu menerangkan tentang Child of Israel yg menjadikan anak cucu nabi Nuh sebagai pemujaan selain Allah(penolong selain Allah)..saya pun masih belajar..harap ada yg boleh menerangkan dengan lebih baik

    ReplyDelete
  11. Kalau pun kita terima ayat 2 tu sebagai kisah isra mikraj, sebut la ayat alquran yg mana lg cerita details pasal isra mikraj, jika kita yakin alquran tu details.
    Ceritanya details hanya ada dlm kitab tulisan manusia, dlm alquran xdak.
    Isra mikraj hanya dongengan utk mencipta rituals.

    Jadi ayat 2 tu lebih tepat utk nabi musa sebab takdak sebut pun nama muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous10 December 2015 at 21:27'

      -Langsung tidak tepat kerana pada masa Musa as. (Nabi yg ke 14) masjid tersebut belum ujud lagi. Ia dibina oleh Nabi Sulaiman as. (Nabi yg ke 18). Harap maklum.
      -Saya amat yakin tentang peristiwa Isra mikraj ini namun tidaklah seperti yg digemburkan.
      - memanglah takde detail, dari mula kejadian alam ini hingga akhirnya nanti boleh kamu tunjuk saya mana-mana yg detail. Contoh Iblis. Sapa mak/bapaknya, berapa anaknya, kalau ia bercakap ada asap keluar tak, makan minum apa? blah blah??? Silakan, silakan....
      Noktah- KAS

      Delete
    2. Dengan rendah hati, sila baca semula post awal2, mungkin awak tidak perasan:
      http://ashwed1973.blogspot.my/2015/05/isra-mikraj-dongengan-arab-dahulukala.html

      Delete
  12. Utk membantu pemahaman pembacaan Alquran, 30 Terjemahan serentak:
    http://www.islamawakened.com/index.php/qur-an

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan,
      Terima kasih, maaf lambat.
      Noktah- KAS

      Delete
  13. untuk kisah mikraj di dalam Quran, kebanyakkan terjemahan dan tafsiran merujuk kepada surah bintang Quran 53:1-19. ayat ini menceritakan tentang pertemuan Nabi Terakhir dan Jibril. ada pendapat mengatakan ayat ini juga sebenarnya merujuk kepada pertemuan antara Musa dan Allah. so saya sangat berharap topik ini dapat dibahaskan lagi sebab isra mikraj ni penentu batu asas bagi solat fardhu 5 waktu yg diwajibkan pada orang yg berAGAMA Islam.
    saya juga ada kemusykilan. apa maksud sebenarnya masjidil haram dan masjidil aqsa pada ayat 1 surah al Isra? adakah ia merujuk kepada tempat ataupun merujuk kepada kata kerja atau kata sifat? harap dapat penerangan dari para pembahas dan tuan blog ni saudara ash wed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Cuba baca pada entry May - Isra' Mikraj - Dongengan Arab Dahulukala.. mungkin membantu sedikit.

      Delete
    2. Salam hormat,

      On the matter of the Miraj, it is interesting to note that it was NARRATED (read: HERESAY) that during the ascension, our Prophet passed through seven (7) levels of heaven and along the way met, in ASCENDING order, with the Prophets Adam, Jesus & John, Joseph, Enoch, Aaron, Moses & Abraham RESPECTIVELY before "meeting" with Allah and was enjoined with, initially, 50 daily prayers. (Surely NOT, or different from, the compulsory daily prayers as we know it! No?).

      On his descent (bypassing Abraham, mind you) our Prophet met with Moses who just happened to be the PATRIACH of the JEWS (and who APPARENTLY has more FORESIGHT than our Prophet, and Allah COMBINED!) who advised on the reduction in prayers which was eventually reduced, BACK & FORTH, from 50 to 40 to 30 to 10 to 5!

      It is INCONCEIVABLE that the Prophet Muhammad NEGOTIATED with Allah to subsequently accepting five prayers a day!

      Simply put, the heresay of the Israk & Mikraj is NOT in the Quran and intellectually NOT conceivable. Verily "..Allah make clear to you His verses [in the Quran] that you might use reason." (2:242); Say, “I ask you to do just one thing: For God’s sake!  Stand up in pairs and singly, and then think!” (34:46); For, "Indeed, the worst of living creatures in the sight of Allah are the deaf & dumb who do not use reason." (8:22).

      And then of course there was this coincidently similar pre-Islamic Zoroatrian tale of the ascension of Arda Wiraf to the heavens accompanied by Srosh the pious and Adar the angel.

      Salam ❤❤❤

      Delete
    3. http://ashwed1973.blogspot.my/2015/05/isra-mikraj-dongengan-arab-dahulukala.html

      Delete
  14. Salamun Alaykum,

    Surah 17 keterangan 1-4 adalah sangat konsisten. Ia adalah kisah Nabi Musa yang diberikan kitab untuk diterangkan kepada Bani Israil, iaitu keturunan anak cucu orang-orang yang terselamat bersama dengan Nabi Nuh .

    Sebenarnya di dalam teks asal Al Quran tiada perkataan taurat setiap kali nama Nabi Musa di sebut, hanya disebut kitab. Taurat dan Injil kebiasaanya disebut bersama dengan nama Nabi Isa.

    Masjid Al Aqsa seperti yang kita ketahui hari ini di bina oleh Abdul Al-Malik bin Marwan selepas beliau menakluk Jerusalem. Ia dibina pada tahun 692 masihi dan disiapkan sepenuhnya oleh anak abd malik bernama al walid pada 705 masihi.

    Masajid berasal dari perkataan sujud (patuh) ia bukan sejenis bangunan. Ia adalah satu dikri dari Tuhan untuk kita patuhi. Haram membawa maksud sanction. Sanction boleh jadi negative atau positif. Sementara Aqsa berasal dari perkataan qasa yang membawa maksud pinggir.

    Dari akarkata ini kita boleh boleh lebih memahami Surah 17 ayat 1-4.

    Semoga memberi manfaat.

    Ashwed

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas pencerahan yg diberi.
    semoga perkongsian di ruangan ini mendekatkan kita kepada kebenaran.

    ReplyDelete
  16. Salam Tuan Tanah Ashwed dan semua,

    Surah 17 keterangan 1-4 adalah sangat konsisten. Ia adalah kisah Nabi Musa yang diberikan kitab untuk diterangkan kepada Bani Israil, iaitu keturunan anak cucu orang-orang yang terselamat bersama dengan Nabi Nuh .
    - Telahpun diberi penjelasan. Tentang Dongeng Zoroastrian Arda Wiraf itu kita tak mainlah, ok.

    Sebenarnya di dalam teks asal Al Quran tiada perkataan taurat setiap kali nama Nabi Musa di sebut, hanya disebut kitab.
    - Betul disebut Al Kitab seperti dalil dibawah:
    Dan (ingatlah), ketika Kami berikan kepada Musa Al Kitab (Taurat) dan keterangan yang membedakan antara yang benar dan yang salah, agar kamu mendapat petunjuk. 2:53
    - Jadi kalau Al Kitab itu bukan Taurat apa dia?

    Taurat dan Injil kebiasaanya disebut bersama dengan nama Nabi Isa.
    -Tidaklah bermakna Taurat/Torah turun melalui Isa as.:
    Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: \"Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)\". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: \"Ini adalah sihir yang nyata\". 61:6
    - Ini jelas Taurat sudah ada sebelum Isa as, jadi Taurat diberikan pada siapa?
    - Jadi Quran diberi pada nabi sebelum Isa as. atau selepas? Siapa dia?

    Masjid Al Aqsa seperti yang kita ketahui hari ini di bina oleh Abdul Al-Malik bin Marwan selepas beliau menakluk Jerusalem. Ia dibina pada tahun 692 masihi dan disiapkan sepenuhnya oleh anak abd malik bernama al walid pada 705 masihi.
    - Sila rujuk sejarah. Selepas era Nabi Muhammad saw. kerja-kerja pembinaan samada baik pulih atau bina semula telah berlaku berulangkali semenjak Khalifah Umar Al Khatab, Muawiyah, Saladin, termasuklah Al Walid dan lain-lain hingga sekarang. Ini berlaku kerana gempa, perang, mencantikan, renovasi, meluaskan, mengubah semula dsb. Asalnya dibina oleh Nabi Sulaiman as. 1004 BC. Pendekkan cerita sama juga telah banyak kali dimusnahkan/bina semula oleh puak Babylon, Roman dll. Bab ini tak ada isu.

    Masajid berasal dari perkataan sujud (patuh) ia bukan sejenis bangunan. Ia adalah satu dikri dari Tuhan untuk kita patuhi. Haram membawa maksud sanction. Sanction boleh jadi negative atau positif. Sementara Aqsa berasal dari perkataan qasa yang membawa maksud pinggir.

    Dari akarkata ini kita boleh boleh lebih memahami Surah 17 ayat 1-4.
    - Setuju akan akar kata tersebut. Bukan isu pun. Masjid-masjid itu sebagai tanda tempat darimana kemana. Yang jadi isu ialah siapa "hambaNya" itu? Pendapat mengatakan ia nya Musa as. adalah tertolak dengan sendirinya kerana:
    1). Masjidil Aqsa mula ujud zaman Nabi Sulaiman as (Nabi yg ke 18). ratusan tahun selepas Musa as. (Nabi yg ke 14).
    2). Selain pada Firaun, kerja dakwahnya lebih tertumpu pada kaumnya Bani Israil tidak pada semua bangsa sedunia. 17:2
    3). Bahkan gagal menakluk Palestin kerana kaumnya amatlah penakut telah disumpah laknat tidak dapat memasuki Palestin selama 40 tahun. 5:20-26
    4). Sejarah mencatitkan Nabi Musa as., Nabi Harun dan kesemua genarasi tua itu telah meninggal dalam waktu 40 tahun tersebut.
    5). Nabi Musa as. telahpun diberi peluang untuk melihat Allah. 7:143
    6). Cukuplah tu, insyallah ada taufik dan hidayah dari Allah saya sambung lagi.

    Noktah- KAS

    ReplyDelete
  17. Salamun Alaykum,

    Saya sudah menulis sebanyak 56 artikel di dalam blog ini, Untuk pengetahuan semua, artikel yang paling banyak pembaca ialah sebuah artikel bertajuk "Israk Mikraj:Dongengan Arab dahulukala".

    Saya berpendapat orang kita mempunyai tarikan untuk membaca mengenai hal ini kerana sentimen paranormal yang dapat dikaitkan dengan peristiwa tersebut. Manusia secara semulajadi memang meminati perkara yang ada unsur paranormal.

    Saya selalu mengelak untuk menjawab soalan-soalan yang mempunyai tema sebegini kerana satu sebab. Saya tidak berada di sana semasa kejadian maka saya tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

    Untuk menjadi saksi kita perlu berada dan melihat kejadian tersebut barulah penyaksian kita boleh diterima.

    Apa yang saya buat ialah menyelidik fakta dari sebuah buku yang saya terima sebagai "Kebenaran Paling Tinggi". Jika sekiranya ditakdirkan buku inipun sudah mengalami korupsi dan dapat dibuktikan dengan saintifik ianya telah korup maka sebagai manusia yang diberikan akal terpaksalah saya juga menolaknya.

    Namun, setakat ini saya dapati buku ini sangat konsisten. Dan ia menuntut kita supaya menjadikannya sebagai panduan hidup yakni ianya mahukan kita memajukan diri kita dengan mengguna prinsip-prinsip yang dibentangkan di dalam lembaran-lembarannya.

    Sebagai seorang penulis blog, ingat blog bukan buku. Saya berpendapat penulisan saya perlu berevolusi mengikut tahap pengetahuan yang saya cerna setiap hari.

    Saya tidak perlu membuat thesis yang saya perlu pertahankan sehingga hujung hayat. Artikel-artikel saya buat masa ini banyak berkisar mengenai isu-isu yang sudah menjadi makanan orang Melayu sejak zaman-berzaman. Saya mahu mencuba memecahkan tembok ini dahulu sebelum memulakan fasa seterusnya iaitu untuk cuba memberi pendapat-pendapat baru tentang bagaimana kita boleh memajukan diri kita (terutamanya orang melayu, sebab itu saya menulis di dalam Bahasa melayu) berdasarkan sains dan teknologi.

    Kita semua boleh berbeza pendapat mengenai perkara israk mikraj, namun soal pokoknya, adakah kita menyaksikan kejadian ini ?

    Oleh yang demikian, untuk kita mengguna Al Quran secara maksimum, kita perlu berbalik kepada soal pokok mengapa ia diturunkan, iaitu sebagai panduan hidup yakni kita perlu berjaya di dalam hidup dengan menggunapakai prinsip-prinsipnya. Adakah berdebat mengenai peristiwa israk mikraj yang kita sendiri tidak meyaksikan kejadian tersebut dengan mata kepala kita sendiri akan dapat menjadikan kita maju berpandukan Al Quran ?

    Ashwed

    ReplyDelete
  18. Salam, Untuk renungan kita bersama.
    http://sonsofsunnah.com/2011/04/03/did-islam-copy-from-zoroastrianism/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaada Israk & Mikraj tiru Arda Wiraf Namag, ataupun sebaliknya, yg penting kita kena menghayati tuntutan Quran iaitu menggunakan akal (Q8:22).

      Sila rujuk Anon 10 December 2015 at 01:32 dan Anon 11 December 2015 at 10:47.

      Delete
  19. Selepas membaca quranic geohraphic, boleh saya simpulkan yang bahawa 'black stone' atau dikenali sebagai Hajarul Aswad adalah punca utama bangsa Arab melakukan haji sebelum dan selepas zaman Nabi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous15 December 2015 at 07:45

      Bang, pekerjaan haji tu perintah Allah sejak Nabi Ibrahim as. dan Nabi Ismail as. bukannya Hajarul Aswad. Masa berlalu lama-kelamaan manusia jadi sesat. Tu sebab banyak berhala merata tempat termasuk didlm Kaabah. Buku apa pun abang baca lebih lagi ada berkaitan Islam kesudahannya moleklah rujuk Quran. Sedia maklum Hajarul Aswad dah ada sebelum Muhammad diangkat menjadi nabi dan rasul. Hajarul Aswad tetap kekal selepas itu kerana Nabi Muhammad saw. tiada wahyu dari Allah untuk musnahkannya.

      Delete
    2. /sambungan

      Adalah MUSTAHIL bahawa;

      - Nabi MENIRU ritual pagan Arab jahilliyah;
      - Nabi menYEKUTUkan Tuhan dgn benda2 buatan tangan manusia.

      Oleh itu, BESAR kemungkinan bahawa;

      - Nabi tidak pernah BERASAL dari Makkah di Arab Saudi;
      - Nabi tidak pernah BERMASTAUTIN di Makkah di Arab Saudi.

      Persoalannya;

      - Dimanakah kedudukan Arab Saudi didalam memperjuangkan KEMAJUAN & KEAMANAN dunia Islam khasnya dan manusia sejagat amnya?
      - Sedangkan Arab Saudi (melalui duit minyak & pelancungan umat Islam) dengan sekutunya - iaitu kuasa Barat dan Zionist - adalah PUNCA utama PEPERANGAN & KESENGSARAAN di Timur Tengah dan KEGANASAN di seluruh dunia.

      Hakikatnya;

      - Ada tiga jalan yg disediakan oleh Tuhan - Jalan yg diBERKATI Nya; jalan yg diMURKAI Nya dan; jalan orang2 yg SESAT.
      - Sekiranya REALITI kita mundur, miskin, sengsara dsb., amat NYATA kita adalah dijalan yg diMURKAI Tuhan.
      - Sekiranya REALITI kita tidak selari dgn PRINSIP Islam kita, ternyatalah kita berada diatas jalan mereka2 yg SESAT.
      - Sekiranya kita diMURKAI Tuhan ataupun SESAT didunia ini, mana mungkin kita diBERKATI Tuhan diakhirat kelak?

      ~ Katakanlah: "Aku hanyalah mengajar & menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua, atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu BERFIKIR".

      Delete
    3. Betulkan saya kalau salah...sebenarnya kita tak ada kepastian pon yang hajar aswad wujud semasa zaman nabi muhammad di Makkah.
      Kalau ada rujukan dalam Quran minta diberi pada saya.

      Delete
    4. Salam,

      Kepada Anon 14:10,

      Al-Quran jelas terbukti di pelihara oleh Allah. Bagaimana dengan cara untuk kita mengetahui Allah peliharakan Al-Quran tersebut supaya tidak di salah ubah? Adalah dengan menjaga kata akar setiap perkataan di dalam ayat Al-Quran.

      Kita ambil contoh tentang Haji ini, Surah 2, Ayat 125; "Remember We made the House a place of assembly for men and a place of safety; and take ye the station of Abraham as a place of prayer; and We covenanted with Abraham and Isma'il, that they should sanctify My House for those who compass it round, or use it as a retreat, or bow, or prostrate themselves (therein in prayer)." - Translation Yusof Ali.

      Adakah betul intepretasi ayat di atas? Sila lihat terjemahan di bawah;

      "And when We designated the system as providence (bayta-masha-batan) for mankind and security.Take (learn) from the status (maqam) of Abraham who was committed(mu-Sol-lan). We contracted Abraham and Ishmael to cleanse My system (bayti-ya), for
      throngs of people (thor-iffin),those who are devoted (a’kiffin) to it,and those who humble themselves consentingly.(wa-ruku’is-sujud)"

      Boleh kita lihat perbezaan yang jelas? Ini lah yang dikatakan bagaimana kata akar digunakan untuk mengenal pasti kesilapan dalam terjemahan dan juga putar belit para Agamawan.

      Anon 16.00,

      Saudara seorang yang benar dan saya berharap agar saudara memberikan lagi pengetahuan supaya saya dapat belajar dari saudara.

      Politicalamity9,

      Black stone merupakan salah satu berhala di zaman pra-Islam. Keterangan tentang black stone boleh di baca di dalam buku Quranic Geographic ini.



      Delete
    5. Anonymous15 December 2015 at 16:00
      /sambungan

      Adalah MUSTAHIL bahawa;

      - Nabi MENIRU ritual pagan Arab jahilliyah;
      - Nabi menYEKUTUkan Tuhan dgn benda2 buatan tangan manusia.
      = Setuju.

      Oleh itu, BESAR kemungkinan bahawa;

      - Nabi tidak pernah BERASAL dari Makkah di Arab Saudi;
      - Nabi tidak pernah BERMASTAUTIN di Makkah di Arab Saudi.
      = Kalau anda maksudkan Petra, sila rujuk thread awal dari pendapat saudara KAS:
      3. Kena ingat Petra hanya mashyur/terkenal masa zaman Nabatean dan Roman sehinggalah terjadinya gempa bumi 331 AD dan makin ditinggalkan pada gempa bumi kedua 551 AD. Nabi Muhammad S.A.W. belum lahir pun.
      4. Apa ada hal, peta moden pertama pun pada abad ke 14. Jgn lupa, Islam/Arab takluk Petra pada 663 AD, 31 tahun
      selepas Rasullullah wafat.
      Pendapat KAS ini lebih menyakinkan.

      Persoalannya;

      - Dimanakah kedudukan Arab Saudi didalam memperjuangkan KEMAJUAN & KEAMANAN dunia Islam khasnya dan manusia sejagat amnya?
      - Sedangkan Arab Saudi (melalui duit minyak & pelancungan umat Islam) dengan sekutunya - iaitu kuasa Barat dan Zionist - adalah PUNCA utama PEPERANGAN & KESENGSARAAN di Timur Tengah dan KEGANASAN di seluruh dunia.
      = Kamu meleret sampai kesini. Takpe lah saya layan, pendek dan mudah. Nak maju/kaya/kuat kita kena cintai ilmu,gigih berusaha dsb. Tak kira Islam/Kafir/Pagan. Allah Maha Pemberi tak lokek pun.

      Hakikatnya;

      - Ada tiga jalan yg disediakan oleh Tuhan - Jalan yg diBERKATI Nya; jalan yg diMURKAI Nya dan; jalan orang2 yg

      SESAT.
      - Sekiranya REALITI kita mundur, miskin, sengsara dsb., amat NYATA kita adalah dijalan yg diMURKAI Tuhan.
      - Sekiranya REALITI kita tidak selari dgn PRINSIP Islam kita, ternyatalah kita berada diatas jalan mereka2 yg

      SESAT.
      - Sekiranya kita diMURKAI Tuhan ataupun SESAT didunia ini, mana mungkin kita diBERKATI Tuhan diakhirat kelak?

      ~ Katakanlah: "Aku hanyalah mengajar & menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu

      bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua, atau seorang

      diri; kemudian hendaklah kamu BERFIKIR".
      = OK.

      Politicalamity915 December 2015 at 16:31
      Betulkan saya kalau salah...sebenarnya kita tak ada kepastian pon yang hajar aswad wujud semasa zaman nabi
      muhammad di Makkah.
      = Hajar aswad tu ada diluar Kaaba, Mekah. Tercatit pada Hearsay (Hadis) dan sejarah.
      Kalau ada rujukan dalam Quran minta diberi pada saya.
      = Tak jumpa.

      Anonymous15 December 2015 at 21:18

      Al-Quran jelas terbukti di pelihara oleh Allah.
      = Ya Benar. 6:115

      Bagaimana dengan cara untuk kita mengetahui Allah peliharakan Al-Quran tersebut supaya tidak di salah ubah?
      Adalah dengan menjaga kata akar setiap perkataan di dalam ayat Al-Quran.
      Kita ambil contoh tentang Haji ini, Surah 2, Ayat 125; "Remember We made the House a place of assembly for men
      and a place of safety; and take ye the station of Abraham as a place of prayer; and We covenanted with Abraham and Isma'il, that they should sanctify My House for those who compass it round, or use it as a retreat, or bow, or prostrate themselves (therein in prayer)." - Translation Yusof Ali.

      Adakah betul intepretasi ayat di atas? Sila lihat terjemahan di bawah;

      "And when We designated the system as providence (bayta-masha-batan) for mankind and security.Take (learn) from the status (maqam) of Abraham who was committed(mu-Sol-lan). We contracted Abraham and Ishmael to cleanse My

      system (bayti-ya), for throngs of people (thor-ffin),those who are devoted (a’kiffin) to it,and those who humble
      themselves consentingly.(wa-ruku’is-sujud)"

      Boleh kita lihat perbezaan yang jelas?

      = perbezaan ada juga pada sini;
      http://www.islamawakened.com/quran/2/125/default.htm

      Ini lah yang dikatakan bagaimana kata akar digunakan untuk mengenal pasti kesilapan dalam terjemahan dan juga putar belit para Agamawan.
      = Bang ooi, bukan aje kata akar, termasuk juga mendalam ilmunya, bahasa, keterangan dari Kitab terdahulu dsb...
      Antara yang penting ialah NIAT pentafsir. Sila rujuk 3:7

      T.kasih

      Delete
  20. is there a reference of this "hajarul al-aswad" anywhere to be found in the quran?

    jikalau batu hajarul al-aswad ini saperti mana yg digembar-gemburkan sudah tentunya ada disebut dalam quran... ada sesiapa yg tahu di surah & ayat yg keberapa? sila tunjukkan buktinya, jikalau ada!

    Yg.Benar!

    ReplyDelete