Tuesday, 19 January 2016

Takdir





Takdir adalah alasan umum orang kita apabila mahu melarikan diri dari ketanggungjawaban.

Malah ia dijadikan Rukun Iman rekaan sendiri lalu diterapkan ke dada generasi kita. Untuk Rukun Iman yang sebenar sila lihat AQ 2:285 dan AQ 2:177 

Ia digunakan oleh manusia-manusia yang sudah mati secara mental iaitu mereka yang mencari 1001 satu alasan untuk gagal.

Kematian mental ini secara amnya tidak mengenal bangsa dan agama. 

Namun, secara umum kita boleh mengetahui perkara ini dengan melihat prestasi seseorang itu. 

Mereka yang percaya kepada diri iaitu yang hidup mentalnya adalah manusia yang sentiasa mencari jalan untuk mencapai kejayaan. Tidak kira di dalam apa  jua bidang yang mereka ceburi.

Ini adalah mereka yang yakin kepada POTENSI DIRI.

Video di atas adalah salah satu contoh mereka yang percaya kepada POTENSI DIRI.

POTENSI apabila digabungkan dengan iltizam/keazaman (solla) yang dilakukan dengan penuh murni (zakka) iaitu tanpa mengenal erti jemu atau lebih senang dipanggil dedikasi adalah resipi kejayaan terulung.  

Baru-baru ini saya terbaca satu terjemahan yang sangat menarik. 

Ia memberi pandangan baru kepada perkataan takdir yang selama hari ini di lihat dari sudut yang pasif.

Ia selaras dengan pemahaman maksud perkataan solla dan zakka yang sudah sekian lama saya cuba jelaskan di blog ini.

 
A002

"He to Whom belongs the Kingship of the heavens and earth. He has chosen no son, nor does He have a partner in His Kingship. He is the One Who creates all things in precise design and gives them the potential (takdir) to become what they are meant to be" AQ 25:2

# Terjemahan oleh Dr Shabbir Ahmed bagi mereka yang ingin membaca lebih lanjut anda boleh layari http://quranaissance.com/why-did-god-create-evil-and-other-existential-questions/

Bagi mereka yang hidup hatinya, yakinlah kepada POTENSI DIRI. Jangan melengah-lengahkan kejayaan anda dengan 1001 satu macam alasan.

Inilah mesej universal yang dibawa oleh Al Quran.

Ashwed 

12 comments:

  1. Salam hormat,

    Adalah sikap org2 Melayu sangat suka berdoa dan kalau doanya tidak termakbul, akan dianggap sebagai TAKDIR sahaja.

    Di kalangan kebanyakan Whatsapp Berkumpulan (Whatsapp Group) orang2 Melayu, pasti ada ahli yg terSANGATlah rajin "Cut & Paste" doa2 tertentu untuk SETIAP hari (yg selalunya dihantar sebelum sembahyang Subuh) bagi menunjukkan yg mereka adalah diantara yg org2 alim dikalangan kumpulan tersebut dan berkemungkinan BESAR, bahawa mereka akan merasa megah sekiranya posting mereka itu di"amin"kan oleh ahli2 yg sewaktu dgn mereka.

    Kalau kita mengakaji (bukan hadis, tetapi) Al Quran yg SEMPURNA, LENGKAP, MUDAH difahami, TERPERINCI & TERPELIHARA oleh Tuhan, maka kita akan dapati bahawa -

    "Adalah benar bahawa Tuhan suka kita berdoa kpd Nya (Q40:60, 2:186) dan Dia amatlah dekat (Q2:186), sedekat urat leher kita (Q50:16) kecuali tiada apa2 bagi kita selain drp usaha kita sendiri (Q59:39) sesungguhnya Dia tidak merubah nikmat & nasib kita melainkan kita merubah apa yg dalam diri kita sendiri.(Q8:53, 13:11)."

    Al Quran itu amat JELAS bahawa setakat berdoa siang & malam tidak akan merubah nikmat & nasib kita - tanpa diDAHULUI dgn USAHA kita SENDIRI sebelum kita menyerah kpd TAKDIR.

    \Alhamd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo - (Q59:39) should read (Q53:39)

      Verily God is the SOURCE of every potential ("Rahman") dan reality ("Rahim") whereby He is CLOSE (Q2:186), even closer than our jugular vein (Q50:16), except that there is nothing for us apart from our own effort (Q53:39), because He does not change our blessings or fate without we first changing it from within us (Q8:53, 13:11).

      Translation/terjemahan..

      Sesungguhnya Tuhan itu juga adalah SUMBER segala potensi ("Rahman") dan realiti ("Rahim") manakala Dia adalah DEKAT (2:186), sedekat2nya urat leher kita (50:16), kecuali tiada apa2 bagi kita selain drp USAHA kita sendiri (Q53:29) kerana Dia tidak mengubah nikmat & nasib kita sekiranya kita tidak mengubah apa yg didalam diri kita sendiri (Q8:53,13:11).

      \Alhamd.

      Delete
  2. saudara ashwed,
    salam sejahtera.mohon laluan untok share kisah saya bertemu Doktor Haiwan untok rawatan kucing kampong yang turut menghuni di porch rumah dan diterima sebagai penghuni rumah saya oleh semua ahli keluarga saya.
    Kucing satu keluarga 3 ekor sakit.Putri sulong saya bertegas untok dapatkan rawatan .sEtelah di periksa Dr sahkan kucing kena virus . selain dari ubat ubat serta suntikan Dr juga Prescribe supaya DIBERI AIR ZAM ZAM DICAMPUR DENGAN JUS TOK GURU SUPAYA CEPAT SEMBUH.KATA DR JUS TOKGURU BAGUS KERANA MENGANDUNGI HABBATUL SAUDA.
    setelah selesai BIL RAWATAN 700 .terkejut dan tak sangka dengan kos rawatan.selepas nego dan dikurangkan ubat kos rawatan rm500 plus minus.

    SAYA rujuk AQ, TAK PERNAH jumpa ayat ayat mengenai air zam zam ,serta habbatul sauda yang di iktiraf dikalangan org islam sebagai penawar kepada segala jenis penyakit.buah zaitun ,kurma dan theen serta madu juga sangat popular sebagai penawar kerana disebut dalam AQ.

    PERSOALAN SAYA - adakah perkara ini benar atau tidak benar .?
    rata rata semua percaya yang air zam zam dan buah buah yang trsebut diatas ini adalah penawar segala penyakit.
    Saya percaya perkara sedemikian berlaku kerana nak lariskan product
    Sangat mudah untok tarik minat org islam.jenamakan as islamic product .kaitkan kepada hadiths dan AQ.pasti laris.
    Mohon dapatkan pandangan semua pembaca blog Saudara Ashwed.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan,

      Betol apa yang tuan perkatakan. Org melayu kita senang sgt terpengaruh dgn benda yg mujarab katanya. Air zam zam saya pernah terbaca laporan BBC news yg mengatakan mengandungi kandungan arsenic yg tinggi. Tapi ada juga mengatakan yg laporan tersebut sengaja di buat utk mencemarkan nama air zam zam. Tak tahu la mana yg pasti. Tapi pelik jugak kenapa sampai skrg tidak ada report pasal kualiti air zam zam.(atau saya tak jumpa lagi) Atau kita tidak boleh menyoal nya? Takut pecah tembelang.

      -Bo-

      Delete
  3. Salam.
    Pada pendapat saya jika seorang dietician ingin mengajar penduduk setempat makanan yang baik sudah semestinya suggest apa yang mudah didapati.
    Dan jika suggest benda yang tak pernah didengar dan sukar didapati yang kutang mampu tak dapat la nak ikut suggestion dietician.
    Tapi sekarang zaman global ni we can enjoy all the goods that God had created. Janji tak berlebihan.

    Non

    ReplyDelete
  4. Salamunalaikum saudaraku hayatilah 30-ayat dari Surah Al Qasas/Kisah/Cerita (30)sarapan minda dipagi cuti;

    28:1 Tho siin miim.
    28:2 Inilah ayat-ayat -lkitaabi yang jelas.
    28:3 Kami bacakan kepadamu dari berita muusaa dan fir’auna dengan benar bagi kaum yang amanah.
    28:4 Dan fir’auna meninggi diri dan sombong dibuminya dan dijadikan penduduknya syiya’an/berpuak-puak dan menindas golongan yang lemah dan membunuh semua anak-anak lelaki dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka malahan dia zalim dan fasik dibuminya.
    28:5 Pastinya Kami berikan pengurniaan bagi mereka yang ditindas dan menjadikan mereka pemimpin dan pewarisnya.
    28:6 Maka Kami mantapkan mereka dibumi dan perlihatkan kepada fir’auna dan haamaana dan angkatanya apa yang mereka bimbangkan.
    28:7 Dan Kami mengilhamkan ibu muusaa selepas meyusukanya jika kamu takut akan musuhnya maka hanyutkan dia disungai malahan jangan kamu takut dan bersedih perihalnya pasti Kami akan kembalikan dia kepadamu dan menjadikan dia -lmursaliina.
    28:8 Maka dia dipungut keluarga fir’auna dan akan menjadi musuh mereka supaya dapat mengecewakan mereka kemudian malahan fir’auna dan haamaana dan angkatannya adalah orang yang melampaui batasnya.
    28:9 Dan berkata puan fir’auna dia menjadi pendingin mataku dan matamu maka jangan hapuskan dia mungkin dia memberi manfa’at kepada kita dan ambil dia sebagai anak sedang mereka tidak menyedarinya.
    28:10 Maka menjadi goyah hati ibu muusaa dan cemas dan hampir dia perkenalkan dirinya jika tidak Kami teguhkan hatinya menjadi aman.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  5. smbg.

    28:11 Dan berkata ibunya kepada saudara perempuanya jejaki dan perhatikan dia dari jauh sedang mereka tidak menyedarinya.
    28:12 Dan Kami mengharamkan perempuan lain selain ibunya menyusukan dia kemudianya maka berkata saudara perempuanya bagaimana jika aku cadangkan kepadamu satu keluarga yang akan memeliharanya bagimu dan pasti mereka dapat memberi penjagaan rapi dengan ikhlas.
    28:13 Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya sejuk matanya dan tidak bersedih lagi supaya diketahuinya yang janji Allah pasti benar malahan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.
    28:14 Dan setelah dia dewasa dan luas pengetahuanya Kami berikan hikmah dan ilmu demikian itulah pembalasan Kami kepada orang yang jujur.
    28:15 Maka masuklah dia kekota sedang penduduknya tidak mengenalinya maka terdapat dua lelaki sedang bersengketa dari golongannya maka mereka telah meminta perlindungan dariya maka muusaa meninju musuhnya dan ditakdirkan dianya mati maka dia berkata ini amalan syaitan pasti dia adalah musuh yang nyata.
    28:16 Dia berkata Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku maka ampuni aku maka dia diampunkan malahan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
    28:17 Berkata Pemeliharaku atas kesenangan yang diberikan kepadaku maka aku tidak akan memberi bantuan kepada orang yang berdosa.
    28:18 Pagi esoknya dia kekota ketakutan dan berwaspada apabila muncul orang yang semalam meminta ditolong atau memohon bantuanya maka muusaa berkata kamu ini tidaklah berguna dan hanya mensia-siakan.
    28:19 Dan ketika dia hendak menyerang musuh keduanya dia berkata wahai muusaa apakah kamu hendak hapuskan satu jiwa seperti sebelumnya atau kamu hendak menjadi penindas dibumi ini dan tidakkah kamu ingin menjadi seorang yang jujur dan berkebajikan.
    28:20 Dan bergegas seorang lelaki dari pinggiran kotanya dan berkata wahai muusaa para penguasa majlis mereka sedang berbincang hal kamu yang semalam dan mereka hendak menghapuskan kamu maka keluarlah segera dari daerah ini malahan aku hanyalah menasihati kamu.

    bsmbg.

    ReplyDelete
  6. smbg.

    28:21 Maka dia keluar dengan ketakutan dan berwaspada dan dia berkata Pemeliharaku selamatkan aku dari kaum yang zalim.
    28:22 Dan ketika dia menuju kearah madyana dia berkata mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
    28:23 Dan apabila tiba ditempat mengambil air minuman di-madyana didapati suatu kumpulan manusia sedang mengambil air minuman dan dia mendapati dikalangan mereka dua perempuan telah menunggu lama maka dia berkata apakah masaalah kamu berdua maka mereka berkata tidaklah kami akan mendapat air minuman sehinggalah beredarnya pengembala itu sedang bapa kami seorang yang telah lanjut usia.
    28:24 Maka dia membantu mengambil air minuman bagi dua perempuan itu kemudian dia beredar ketempat teduh dan bermohon, Pemeliharaku turunkan kepadaku apa yang keutamaan bagiku dan pasti hanya Kamu yang mengetahui apa yang aku perlukan.
    28:25 Maka datang salah seorang dari perempuan yang semalam berjalan menemuinya dengan sopan keperawanan dan berkata bapaku perintah menjemput kamu menemuinya bagi memberi ganjaran atas pertolongan kamu memberi minuman bagi kami dan apabila dia datang diceritakan segala kisahnya kepada bapa mereka maka dia berkata jangan kamu takut pastinya kamu telah terselamat dari kaum yang zalim.
    28:26 Berkata seorang dari mereka bapaku ambillah dia sebagai orang upahan malahan diutamakan mengambil orang upahan yang kuat dan amanah.
    28:27 Berkata aku ingin nikahkan kamu dengan salah seorang dari anak perempuanku dengan syarat kamu menjadi orang upahanku selama lapan tahun jika kamu sempurnakanya sepuluh dianya keutamaan bagimu dan aku tidak membebani kamu malahan jika dikehendaki Allah pasti kamu menjadi darinya seorang yang soleh.
    28:28 Berkata itulah persetujuan diantara kita maka yang mana satu tempoh aku dapat sempurnakan maka tiadalah permusuhan diantara kita dan hanya Allah yang mewakili kita.
    28:29 Maka setelah muusa sempurnakan tempohnya dia berangkat bersama keluarganya maka dia terpandang seakan api disebelah gunung maka dia berkata kepada keluarganya sesungguhnya aku melihat api mungkin aku akan mendapat khabar berita darinya atau bahan nyalaan api bagi memanaskan badan kamu.
    28:30 Dan apabila tiba, dia diseru dari pinggir lembah disebelah kanan disuatu tempat terpencil yang diberkati dengan pepehon tumbuhan, wahai muusaa sesungguhnya Aku Allah, Pemelihara ilmu seluruh alamnya.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. 28:31 Maka lemparkan tongkatmu dan apabila dilihat menjelma hidup seakan jaannun dia berpaling dan tidak menoleh dan berkata wahai muusaa kembalilah dan jangan takut dan kamu darinya seorang yang amanah.
    28:32 Masukkan tanganmu dibawah ketiakmu dan akan keluar putih tanpa cela dan peluklah rusukmu apabila ketakutan maka itulah dua bukti dari Pemeliharamu kepada fir’auna dan penguasanya malahan mereka itu darinya kaum yang fasik.
    28:33 Berkata Pemeliharaku, aku telah hapuskan suatu jiwa dari kalangan mereka maka aku takut jika mereka akan menghapuskan aku.
    28:34 Dan saudaraku haaruuna fasih lisannya maka utuskan dia bersamaku membantu dan menjadi saksiku, aku takut mereka mendustakan aku.
    28:35 Berkata pasti Kami bantu kamu dan saudaramu dan Kami berikan kamu berdua kekuasaan supaya mereka tidak dapat atasi kamu berdua dengan tanda-ayat Kami maka kamu dan sesiapa yang mengikuti kamu berdua pasti mendapat kemenangan.
    28:36 Apabila muusaa datang kepada mereka dengan tanda-ayat Kami yang terang dan jelas mereka berkata tidaklah ini melainkan sihir yang diada-adakan dan kami tidak pernah dengar dari bapa kami sebelumnya.
    28:37 Maka muusaa berkata Pemeliharaku mengetahui siapa datang dengan petunjuknya dan dimana tempat kesudahanya dan orang yang zalim pasti tidak akan mendapat kemenangan.
    28:38 Dan berkata fir’aunu wahai penguasaku tidak aku ketahui ada tuhan selain aku maka nyalakan api wahai haamaanu dan dirikan diatas bumi sebuah menara supaya dapat aku meninjau tuhan muusaa dan aku beranggapan yang dia pastinya seorang pendusta.
    28:39 Malahan dia dan angkatanya sangat takbur dibumi tanpa hak dan menyangka yang mereka tidak akan dikembalikan kepada Aku.
    28:40 Maka Kami mengambil dia dan angkatannya dan dilemaskan mereka dilautan maka lihatlah akibat pembalasan keatas orang yang zalim.

    bsmbg.

    ReplyDelete
  8. smbg.

    28:41 Ketika Kami menjadikan mereka pemimpin, mereka menyeru kepada api malahan pada hari kebangkitan mereka tidak akan ditolong.
    28:42 Dan Kami iringkan mereka didunia ini kepada jalan kelaknatan dan pada hari kebangkitan mereka tergolong dalam orang yang terhina.
    28:43 Dan pastinya Kami berikan muusaa kitab setelah Kami laknati generasi terdahulu sebagai perhatian dan petunjuk dan rahmat kepada manusia supaya mereka menjadikan peringatan.
    28:44 Dan kamu tidak berada disebelah barat ketika Kami menetapkan perintah kepada muusaa dan kamu bukanlah saksinya.
    28:45 Dan Kami yang telah bangkitkan beberapa generasi sebelumnya dan dipanjangkan umur mereka dan tidaklah kamu tinggal bersama penduduk madyana dan membacakan kepada mereka ayat-ayat Kami malahan Kami yang mengutuskan rasul kepada mereka.
    28:46 Dan kamu tidak berada disebelah kemuncaknya ketika Kami menyeru malahan dianya suatu rahmat dari Pemeliharamu bagi kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum diberi peringatan sebelumnya supaya mereka menjadikanya peringatan selama-lamanya.
    28:47 Dan tidak ditimpakan musibah atas apa yang dilakuan tangan mereka melainkan mereka berkata Pemelihara kami mengapa tidak diutuskan kepada kami seorang rasul supaya dapat kami ikuti ayat-ayat Kamu dan menjadikan kami orang yang amanah.
    28:48 Dan ketika datang kebenaran Kami, mereka berkata mengapa tidak diberikan seperti apa yang diberikan kepada muusaa bukankah mereka mengingkari dengan apa yang telah diberikan muusaa sejak dahulu dan mereka berkata dua orang ahli sihir ini saling bantu membantu malahan kami tidak mempercayai mereka.
    28:49 Dan mereka berkata datangkan sebuah kitab dari Allah yang dapat memberi petunjuk dari kamu berdua supaya dapat kami ikutinya jika kamu berkata benar.
    28:50 Dan jika tidak! bersedialah akan tindakkan kami maka ketahuilah mereka hanya mengikuti nafsu mereka maka siapa lebih sesat dari orang yang mengikuti nafsu mereka tanpa petunjuk dari Allah malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

    bsmg.

    ReplyDelete
  9. smbg.

    28:51 Dan pasti Kami telah sampaikan kepada mereka perkataanya supaya mereka menjadikanya peringatan.
    28:52 Orang yang Kami datangkan kitab sebelumnya mereka amanah.
    28:53 Dan apabila dibacakan kepada mereka, mereka berkata kami amanah dengannya dan dianya yang benar dari Pemelihara kami malahan kami sebelumnya adalah muslimiina.
    28:54 Maka mereka diberi ganjaran dua kali ganda atas kesabaran mereka dan mereka menghindari kejahatan dan mengambil kebaikan dan dari apa Kami rezekikan mereka membelanjakanya.
    28:55 Dan ketika mereka mendengar percakapan -laghwa/sia-sia mereka berpaling darinya dan mereka berkata bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu dan salamun ‘alaikum dan kami tidak ingin bersekongkol dengan orang yang bodoh.
    28:56 Dan kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu cintai malahan Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki malahan Dia mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.
    28:57 Dan mereka berkata jika kami ikuti petunjuk maka kami terpesong dibumi ini, apakah tidak Kami mantapkan dan sucikan dan amankan mereka yang memungut segala macam buah-buahan sebagai rezeki dari Kami malahan kebanyakan dari mereka tidak mengetahuinya.
    28:58 Dan berapa banyak khariah yang Kami laknati kehidupan berlandaskan kemaksiatan dan tempat penginapan mereka malahan tidak tinggal sesudahnya melainkan sedikit dari apa yang Kami telah wariskanya.
    28:59 Dan tidaklah Pemeliharamu musnahkan sesuatu negeri melainkan dibangkitkan di-ibu-negeri mereka seorang rasul dan dibacakan ayat-ayatnya dan tidak dimusnahkan sesuatu negeri melainkan penduduknya telah melakukan kezaliman didalamnya.
    28:60 Dan dari apa yang diberi kepada kamu dari kesenangan dan perhiasan adalah kehidupan duniawi malahan apa yang disisi Allah lebih utama dan berkekalan maka tidakkah kamu fikirkan.

    Sekian.

    ReplyDelete
  10. Salam.
    Wabak virus KEMATIAN MENTAL sudah merebak dikalangan para pakar pakar perubatan serta bijak pandai Mlayasia.? Facts or Fiction.
    Terima kasih kepada Tuan Ashwed kerana highlight penyakit Kematian mental.
    Apa ubat yang di PRESCRIBE oleh ZAT YANG MAHA AGUNG (dalam ALQURAN ) untok penyakit ini ?

    Abdulalshakur





    ReplyDelete