Perhatikan betul-betul gambar ini. Apakah yang tidak kena dengan gambar dan kenyataan yang tertera.
Melalui machine gun yang dikendong dan suasana negara yang beliau diami kita dapat mengagak bahawa orang ini sedang menanti peluang untuk membunuh seorang insan lain.
Jika beliau berjaya membunuh atau beliau sendiri terbunuh akibat perbuatan puak yang bermusuh ketahuilah bahawa perbuatan itu sama dengan membunuh keseluruhan spesis manusia.
Menurut satu kajian terdapat lebih kurang 11 peratus rakyat Malaysia menyokong perjuangan Islamic State (I.S) di negara-negara Timur Tengah.
Jika kita mengira peratusan ini di kelompok mereka yang beragama Islam sahaja maka sudah tentulah nisbah peratusannya akan menaik secara mendadak.
Gambar yang tertera di atas adalah satu contoh dari beribu laman sesawang atau fanpage facebook yang di dirikan khas dengan tujuan menyatakan sokongan kepada I.S.
Saudara pembaca budiman. Ini adalah contoh jelas kenapa saya berkali-kali memberitahu bahawa kebanyakkan orang kita hanya setakat tahu bahawa Tuhan itu wujud sahaja.
Namun, pada dasarnya mereka tidak menaruh keyakinan kepada Tuhan, Zat Asal yang Maha Memelihara, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan lain-lain sifat Tuhan yang kita ketahui.
Kepercayaan mereka kepada Tuhan hanyalah di mulut sahaja. Sedangkan di jiwa mereka tidak ada keyakinan tersebut.
Inilah yang di beri nama paradoks.
Mula-mula mereka bermati-matian mengatakan Tuhan adalah Maha Berkuasa menguasai seluruh dunia dan isinya.
Tetapi setelah mereka mengakui perkara ini mereka berpatah balik.
Kini, mereka merasakan bahawa mereka perlu mempertahankan Zat yang Maha Berkuasa ini lalu merasakan perlu berperang dengan "musuh-musuh Allah" seolah-olah Zat itu begitu lemah.
Apabila keyakinan ini tiada di jiwa mereka, maka mereka merasakan bahawa diri merekalah sekutu Tuhan yang dilantik untuk mempertahankan nama, agama dan menjadi pejuang Tuhan.
Malah, ada yang menubuhkan Parti Politik kononnya demi mempertahankan Tuhan yang pada mulanya mereka akui Maha Berkuasa itu.
Ketahuilah bahawa Tuhan tidak mempunyai sekutu di dalam KerajaanNya. Kita sekali-kali bukanlah sekutu Tuhan.
Tetapi setelah mereka mengakui perkara ini mereka berpatah balik.
Kini, mereka merasakan bahawa mereka perlu mempertahankan Zat yang Maha Berkuasa ini lalu merasakan perlu berperang dengan "musuh-musuh Allah" seolah-olah Zat itu begitu lemah.
Apabila keyakinan ini tiada di jiwa mereka, maka mereka merasakan bahawa diri merekalah sekutu Tuhan yang dilantik untuk mempertahankan nama, agama dan menjadi pejuang Tuhan.
Malah, ada yang menubuhkan Parti Politik kononnya demi mempertahankan Tuhan yang pada mulanya mereka akui Maha Berkuasa itu.
Ketahuilah bahawa Tuhan tidak mempunyai sekutu di dalam KerajaanNya. Kita sekali-kali bukanlah sekutu Tuhan.
"Dan katakanlah : "Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan sekutu di dalam kerajaanNya dan Dia bukanlah hina yang memerlukan penolong dan agongkanlah Dia dengan pengagongan yang sebesar-besarnya" AQ 17:111
Penyakit tiada keyakinan ini adalah punca kepada banyak masalah di dalam dunia kini terutamanya peperangan.
Walaupun ia juga terjadi di dalam agama-agama lain terutamanya di zaman lampau, namun mereka berjaya keluar dari belenggu tersebut.
Kini penyakit ini sudah kurang ketara di negara mereka, namun ianya masih sangat ketara di dalam kelompok negara yang memanggil diri mereka Islam.
Mengapakah kita merasakan bahawa kita adalah sekutu Tuhan ?
Apakah kita masih tidak mengerti bahawa tiada satu pun di dunia ini adalah milik kita. Keluarga, harta, kekayaan, pengaruh, kebahagiaan segalanya bukan milik kita.
Kita hanya menikmatinya. Itupun masih ramai yang angkuh.
Ada yang tidak suka dengan kentut, ada yang tidak suka dengan rambut dan pelbagai alasan yang kita reka untuk menolak nikmat Tuhan.
Kita hanya menikmatinya. Itupun masih ramai yang angkuh.
Ada yang tidak suka dengan kentut, ada yang tidak suka dengan rambut dan pelbagai alasan yang kita reka untuk menolak nikmat Tuhan.
Jika semua ini bukan milik kita jadi mengapakah kita masih mahu berperang untuk mempertahankan sesuatu yang asalnya adalah bukan hak kita ?
Kalau kita tidak merasa begitu, iaitu diri kita sebagai sekutu Tuhan.
Kita ambil pula para Nabi dan Rasul sebagai sekutu Tuhan dan kita jadikan mereka ini setaraf dengan Tuhan.
Kita merasa tidak senang apabila hanya nama Tuhan sahaja di sebut.
Kita mahu ada nama-nama lain di sebut di samping Tuhan barulah kita merasa senang hati.
"Dan apabila hanya nama Allah saja disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati" AQ 39:45
Sepuluh tahun lepas semasa saya memulakan pengembaraan saya mencari kebenaran melalui Al Quran, saya merasai sendiri bagaimana gundahnya perasaan apabila saya cuba menyebut " La Illah Ha illallah " sahaja tanpa menyebut ungkapan yang kedua.
Alhamdulillah, dengan membaca dan membuat kajian dengan lebih mendalam akhirnya saya dapat meyakinkan diri sendiri bahawa sebenarnya tiada satu jenis ungkapan pun yang bisa kita lafazkan untuk menjadikan diri kita beriman.
Semuanya berada di dalam pengetahuan Tuhan kerana Dia Maha Mengetahui.
Apabila semakin yakin dengan kajian yang dilakukan yakni mengenai kebenaran Al Quran maka saya cuba menyebarluaskannya kepada ahli keluarga dan rakan taulan.
Di sini saya dapat merasai sendiri pengalaman di tolak mentah-mentah dan di panggil gila, isim dan sesat
Perlu di ingat bahawa saya bukan bercerita mengenai kebenaran Al Quran kepada jiran saya yang beragama Buddha atau Hindu atau Kristian.
Saya cuba menerangkan Al Quran kepada mereka yang menggelar diri mereka Islam.
Yang sejak dari kecil belajar mengaji Al Quran di sekolah formal atau tidak formal.
Yang saban "Ramadhan" dengan bangga memberitahu bagaimana mereka berjaya bertaddarus sehingga khatam Al Quran di dalam tempoh sebulan.
Maka benarlah keterangan ini ;
"Dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak memahaminya. Dan apabila kamu menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al Quran, nescaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya" AQ 17:46
Hakikatnya mereka tidak merasakan Al Quran ini lengkap untuk kegunaan manusia. Keyakinan mereka hanya sekadar di mulut namun tidak di jiwa.
Malangnya, mereka percaya dengan membaca ayat dari surah sekian, nombor sekian ke sekian ia akan dapat menghalau hantu dan jembalang.
Jika membaca ayat-ayat yang lain pula maka rezeki mereka akan bertambah.
Ada juga ayat yang boleh mengubat pelbagai jenis penyakit. Dari kanser sehinggalah kepada tetemeh (jampi akibat tersampuk) kesemuanya mereka percaya terdapat di dalam Al Quran.
Dalam lain perkataan mereka menyangka bahawa Al Quran ini adalah suatu Kitab Hikmat yang boleh membawa 1001 keajaiban di dalam lingkaran hidup mereka.
Untuk itu, kepada mereka, Al Quran ini tidak boleh di langkah.
Jika terlangkah ia perlu disucikan kembali dengan meletakkannya di dahi, hidung dan mulut sebanyak 3 kali.
Apabila ada orang yang memijak Al Quran maka timbullah kemarahan yang amat sangat dihati mereka yang menganggap Al Quran sebagai Kitab Hikmat. Banyak kejadian buruk berlaku bermula dari peristiwa sebegini.
Mengapa kita merasa marah jika Al Quran dipijak ?
Tidakkah kita ketahui bahawa Tuhan yang Maha Berkuasa tidak akan jatuh dari Arasy hanya kerana ada manusia ciptaannya memijak Al Quran.
Al Quran bukan simbol atau punca kuasa Tuhan. Al Quran ini juga bukan sekutu Tuhan. Ia sekadar pelajaran. Maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Tidakkah kita ketahui bahawa Tuhan yang Maha Berkuasa tidak akan jatuh dari Arasy hanya kerana ada manusia ciptaannya memijak Al Quran.
Al Quran bukan simbol atau punca kuasa Tuhan. Al Quran ini juga bukan sekutu Tuhan. Ia sekadar pelajaran. Maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Sedarlah bahawa segala perkara yang menyebabkan kita marah kononnya sebagai penghinaan kepada Tuhan hanyalah persangkaan kita sahaja.
Apabila kita marah, amarah itu hanya boleh merosakkan diri sendiri dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita sahaja.
Hakikatnya tiada apa pun yang kita buat mampu mengetis sedikitpun kekuasaan Tuhan.
Janganlah kita menjadi gulana atau merasa tercabar dengan ketidakmampuan orang lain untuk memahami kekuasaan Tuhan.
Jika seluruh manusia yang hidup kini tidak lagi mempercayai Tuhan pun, Dia tetap akan wujud dan mempunyai kekuasaan yang sama.
Itulah Tuhan, Pemelihara alam semesta yang kita abdikan diri penuh seluruh dengan mendengar dan mematuhi arahan-arahanNya.
Kita merujuk Tuhan, Zat Asal ini sebagai Allah di dalam Al Quran.
Hakikatnya kita bukan beriman kepada terma rujukan Allah, yang sebenarnya pengadbian kita adalah kepada Zat Asal yang tidak mempunyai nama, demi sesungguhnya tiada nama yang mampu mentafsir keagonganNya.
Kita merujuk Tuhan, Zat Asal ini sebagai Allah di dalam Al Quran.
Hakikatnya kita bukan beriman kepada terma rujukan Allah, yang sebenarnya pengadbian kita adalah kepada Zat Asal yang tidak mempunyai nama, demi sesungguhnya tiada nama yang mampu mentafsir keagonganNya.
Perang Mazhab
Maka jika Tuhan itu mempunyai kekuasaan yang Maha Luas sehingga kita tidak diperlukan untuk mempertahankanNya, lalu apa sebenarnya alasan kepada peperangan yang manusia masuki.
Sedarlah, kesemua perang yang kita masuki adalah kerana kehendak kita untuk mempertahankan ideologi pemikiran kumpulan kita.
Islam berperang dengan Kristian.
Islam berperang dengan Judaism.
Hindu berperang dengan Islam.
Buddha berperang dengan Islam
Buddha berperang dengan Islam
Kristian Protestan berperang dengan Kristian Katolik.
Islam Sunni berperang dengan Islam Syiah.
Semua peperangan ini tidak mampu mempertahankan Zat Tuhan. Ia hanya mampu mempertahankan ideologi kumpulan anda sahaja.
Maka tidaklah menjadi ganjil jika Tuhan menyamakan perbuatan mereka yang bergolongan (syi-ya-an iaitu mereka yang beragama dan bermazhab) sebagai perbuatan mempersekutukan Tuhan.
Kesimpulan
Saya berdoa supaya atuk yang gambarnya tertera di atas tidak berjaya membunuh sesiapapun pada hari itu.
Saya juga berdoa supaya beliau tidak terbunuh agar cucu-cicitnya nanti tidak pula membalas dendam di atas kematian datuk mereka itu.
Biarlah pusingan itu terhenti di situ sahaja.
Tidakkah kita sedar bahawa sesungguhnya tiada apa kebaikan yang boleh kita perolehi dari peperangan.
Ia hanyalah suatu manisfestasi betapa teruknya diri kita telah dipengaruhi oleh sifat buruk (syaitan) kita sendiri.
Ini bukanlah bermaksud saya tidak merasa kasihan kepada nasib yang menimpa anak-anak di Syria.
Diberitakan ada di antara mereka yang terpaksa memakan rumput kerana ketiadaan makanan.
Namun, kita tidak berupaya menolong mereka.
Adakah anda rasa dengan menderma berjuta-juta atau menghantar berkarung-karung guni makanan dan ubat-ubatan akan dapat mengubah nasib mereka ?
Sudah tentu tidak, kerana mereka tidak boleh berubah dengan duit, makanan atau ubat-ubatan.
Yang perlu mereka ubah ialah mentaliti mereka dan menjadi orang-orang yang damai (muslim). Hanya diri mereka yang mampu mengubahnya.
Selagi mereka menolak bahawa sesungguhnya satu-satunya aturan/cara/amalan hidup (deen) yang di redhai Tuhan ialah kedamaian (Islam) maka selagi itulah mereka akan berada di dalam api (naar).
Oleh yang demikian, kepada mereka yang hatinya hidup. Tetapkanlah keazaman iaitu untuk menegakkan kedamaian (Islam) moga dengan azam itu nasib kita menjadi lebih baik dari semalam.
Janganlah kita terjerumus menjadi paradoks. Mulut kata lain, jiwa ada benda yang lain.
Buanglah sikap merasa diri kita adalah sekutu Tuhan.
Para Nabi, Rasul, juga para "mailakat" yang begitu kita agongkan itu juga bukanlah sekutu Tuhan. Tuhan adalah tunggal yang tidak mempunyai sekutu.
Sesungguhnya boleh sahaja Tuhan memancarkan keterangan Al Quran ini di puncak mana-mana gunung ciptaanNya.
Namun, percayalah nescaya gunung ini pula akan manusia angkat menjadi sekutu Tuhan dan letakkan kedudukannya setaraf dengan Zat Tuhan seperti yang mereka buat ke atas para Nabi.
Sedarlah bahawa kita sekali-kali tidak boleh mempertahankan satu Zat yang mempunyai kuasa yang tidak terhingga agongnya.
Kita juga tidak mampu membuat jiwa yang sudah mati mendengar, apabila mereka sudah berpaling.
“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling ke belakang. Dan kamu sekali-kali tidak dapat memalingkan orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan (seorangpun) mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada tanda-tanda (bi-ayat-tina) Kami, lalu mereka menjadi orang yang damai (muslimuna)” AQ 28:80-81
Saya juga berdoa supaya beliau tidak terbunuh agar cucu-cicitnya nanti tidak pula membalas dendam di atas kematian datuk mereka itu.
Biarlah pusingan itu terhenti di situ sahaja.
Tidakkah kita sedar bahawa sesungguhnya tiada apa kebaikan yang boleh kita perolehi dari peperangan.
Ia hanyalah suatu manisfestasi betapa teruknya diri kita telah dipengaruhi oleh sifat buruk (syaitan) kita sendiri.
Ini bukanlah bermaksud saya tidak merasa kasihan kepada nasib yang menimpa anak-anak di Syria.
Diberitakan ada di antara mereka yang terpaksa memakan rumput kerana ketiadaan makanan.
Namun, kita tidak berupaya menolong mereka.
Adakah anda rasa dengan menderma berjuta-juta atau menghantar berkarung-karung guni makanan dan ubat-ubatan akan dapat mengubah nasib mereka ?
Sudah tentu tidak, kerana mereka tidak boleh berubah dengan duit, makanan atau ubat-ubatan.
Yang perlu mereka ubah ialah mentaliti mereka dan menjadi orang-orang yang damai (muslim). Hanya diri mereka yang mampu mengubahnya.
Selagi mereka menolak bahawa sesungguhnya satu-satunya aturan/cara/amalan hidup (deen) yang di redhai Tuhan ialah kedamaian (Islam) maka selagi itulah mereka akan berada di dalam api (naar).
Oleh yang demikian, kepada mereka yang hatinya hidup. Tetapkanlah keazaman iaitu untuk menegakkan kedamaian (Islam) moga dengan azam itu nasib kita menjadi lebih baik dari semalam.
Janganlah kita terjerumus menjadi paradoks. Mulut kata lain, jiwa ada benda yang lain.
Buanglah sikap merasa diri kita adalah sekutu Tuhan.
Para Nabi, Rasul, juga para "mailakat" yang begitu kita agongkan itu juga bukanlah sekutu Tuhan. Tuhan adalah tunggal yang tidak mempunyai sekutu.
Sesungguhnya boleh sahaja Tuhan memancarkan keterangan Al Quran ini di puncak mana-mana gunung ciptaanNya.
Namun, percayalah nescaya gunung ini pula akan manusia angkat menjadi sekutu Tuhan dan letakkan kedudukannya setaraf dengan Zat Tuhan seperti yang mereka buat ke atas para Nabi.
Sedarlah bahawa kita sekali-kali tidak boleh mempertahankan satu Zat yang mempunyai kuasa yang tidak terhingga agongnya.
Kita juga tidak mampu membuat jiwa yang sudah mati mendengar, apabila mereka sudah berpaling.
“Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling ke belakang. Dan kamu sekali-kali tidak dapat memalingkan orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan (seorangpun) mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada tanda-tanda (bi-ayat-tina) Kami, lalu mereka menjadi orang yang damai (muslimuna)” AQ 28:80-81
“Katakanlah: Sesungguhnya keazamanku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekelian alam.” AQ 6:162
Ashwed
salamun alaikum..sekadar perkongsiaan..
ReplyDeletebilik saya ada masanya bersepah dan kadang2 Quran berada atas lantai..satu hari tu kawan datang lepak dan kaki dia hampir2 dengan Quran..dia bertanya,"tak dosa ke macam ni?"..saya pun jawab,"entah aku pernah bayangkan yg ayat Quran mengalir dalam darah lalu urat2"..dia pun balas,"betul juga aku pernah baca yg DNA mengekod ayat Quran"..so kami pun berdiskusi tentang perkara ni, apakah intron atau exon dalam DNA yg kod ayat Quran sampailah topik ayat Quran boleh ditukar kepada kod binari untuk menggali lebih banyak ilmu..
tapi saya lebih berminat dengan terjemahan radikal seperti yg dikongsikan tuan ashwed dan beberapa anonymous yg komen di blog ni..terima kasih atas perkongsian ilmu dan saya akui semakin seronok membaca apa yg ada di sini..apa2 pun memang benar tiada kerugian dan kesedihan jika kita sedar yg kita tak memiliki apa pun..kebenaran dan ilmu untuk dicari, dikongsi dan dinikmati bukan untuk dimiliki..
Hanya Allah Pemilik segalanya..
The Quran (/kɔːrˈɑːn/[n 1] kor-ahn; Arabic: القرآن al-qurʼān,[n 2] literally meaning "the recitation"
ReplyDeleteini dikutip dari wiki.
yg kita ada sekarang ialah the recorded recitation.
Salamunalaikum! saudaraku sekelian,Terima Kasih ya! Allah yang telah memberi ke-IZIN-anNya merenungkan dan memahami ayat2 Kamu ya Allah! berikut di'p/c'kan keseluruhan Surah Muhammad (47:1 - 38) hayatilah dengan jiwa yang tenang;
ReplyDelete47:1 Orang yang tidak percaya dan mereka yang menghalangi dijalan Allah maka dilupuskan segala amalan mereka.
47:2 Dan orang yang amanah dan mereka yang beramal soleh dan percaya dengan apa yang diturunkan kepada muhammadin adalah yang sebenar dari Pemelihara mereka maka dilupuskan segala keburukan mereka dan dipulihkan keadaan dan pemikiran mereka.
47:3 Sesungguhnya orang yang tidak pecaya mengikuti yang palsu malahan orang yang amanah mengikuti yang sebenar dari Pemelihara mereka demikianlah Allah mencetuskan misalan bagi manusia.
47:4 Dan apabila kamu bertemu orang yang tidak percaya maka benteras kegiatan mereka sehingga lumpuh maka adakan perjanjian walaupun atas pemberian atau penebusan sehingga dapat meredakan sengketa dan tanggungan beban mereka jika dikehendaki Allah maka mereka tidak diberi pertolongan melainkan bagi menguji sebahagian kamu malahan orang yang gugur dijalan Allah tidak lupus amalan mereka.
47:5 Malahan hendaklah kamu berterusan memberi panduan kepada mereka dan pulihkan kefahaman mereka.
47:6 Malahan mereka dimasukkan kedalam syurga tertinggi yang telah diperkenalkan kepada mereka.
47:7 Wahai orang yang amanah sekiranya kamu menolong Allah pasti Dia menolong kamu malahan diteguhkan pendirian kamu.
47:8 Dan orang yang tidak percaya dalam kesengsaraan dan penderitaan dan terhapus segala amalan mereka.
47:9 Demikian itulah pembalasan keatas kebencian mereka dengan apa yang diturunkan Allah maka dibatalkan segala amalan mereka.
47:10 Mengapa tidak mereka mengembara dibuminya dan perhatikan akibat pembalasan orang sebelum mereka yang Allah telah musnahkan orang yang tidak percaya dan yang semisalan dengan mereka.
47:11 Sesungguhnya Allah melindungi orang yang amanah malahan Dia tidak melindungi orang yang tidak percaya.
47:12 Maka Allah masukkan orang yang amanah dan yang beramal soleh kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai malahan bagi orang yang tidak percaya kesenangan mereka hanyalah sementara dan makanan mereka seperti binatang makan malahan tempat penginapan bagi mereka hanyalah api.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete47:13 Telah beberapa banyak khariah yang lebih kuat dari khariah mereka yang mengusir kamu yang Kami melaknati mereka malahan tiada sesiapa pun yang dapat memberi petolongan kepada mereka.
47:14 Maka adakah mereka serupa dengan orang yang diberi penjelasan dari Pemelihara mereka dengan orang yang diilusikan indah amalan buruk mereka dan yang mengikuti nafsu mereka.
47:15 Dan misalan syurga yang dijanjikan kepada mereka yang prihatin adalah sungai-sungai tanpa pencemaran darinya susu asli yang tidak berubah rasanya dan dari perahan anggur yang lazat rasanya bagi siapa yang meminumnya dan dari madu yang ditapis dan dari segala buah-buahan dan keampunan dari Pemelihara mereka dan adakah serupa dengan mereka yang berkekalan didalam apinya yang diberi minum air mendidih maka melecur segala apa yang didalam perut mereka.
47:16 Dan dari mereka yang mendengar kamu apabila beredar darimu mereka berkata apakah ada ilmu baru yang diceritakan kepadamu malahan Allah menyita hati mereka yang mengikut nafsunya.
47:17 Dan bagi mereka yang diberi petunjuk pasti bertambah petunjuk dan keperihatinan bagi mereka.
47:18 Maka apakah yang mereka tunggu malahan tidak lain melainkan saat-detiknya yang akan datang dengan serta-merta pasti telah datang isyarat bagi mereka melalui peringatan kepada mereka.
47:19 Ketahuilah kamu bahawa tiada tuhan melainkan Allah maka mohonlah keampunan atas kesalahanmu bagi lelaki dan perempuan yang amanah malahan Allah mengetahui ulang-alik kamu dan penginapan kamu.
47:20 Dan berkata orang yang amanah mengapa tidak diturunkan suatu surah malahan ketika diturunkan surahnya yang jelas maksudnya sebagai peringatan didalamnya perjuangan maka kamu lihat orang yang hati mereka ada penyakit memandang sinis kepadamu seperti orang yang telah dikapan malahan dianya kebiasaan bagi mereka.
47:21 Ketaatan dan penghormatan jika kamu jadikan matlamat dalam urusan pentadbiran dengan izin Allah pasti diutamakan kebaikan bagimu.
47:22 Apakah sekiranya kamu berpaling darinya dan menjadi fasik dan memutuskan hubungan kemasyarakatan dibumi.
47:23 Maka mereka itulah orang yang dilaknati Allah malahan dipekakan telinga mereka dan dibutakan mata mereka.
47:24 Apakah tidak mereka merenungkan alqur-aana ini atau adakah hati mereka telah dikunci-mati darinya.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete47:25 Dan orang yang membelakangkan petunjuk yang jelas setelah datang kepada mereka telah memudahkan syaitan menggoda dan menjanjikan kepalsuan kepada mereka.
47:26 Dan bagi orang yang benci dengan apa yang diturunkan Allah mereka berkata kami mentaati sebahagian dari perintahnya malahan Allah pasti mengetahui segala muslihat mereka.
47:27 Maka bagaimana mereka dimatikan oleh malaikatnya malahan para malaikat memukul muka dan belakang mereka.
47:28 Demikian keingkaran mereka mengikuti apa yang dimurkai Allah dan membenci akan keredhanya maka dihapuskan segala amalan mereka.
47:29 Atau menganggap orang yang dalam hati mereka ada penyakit bahawa Allah tidak berupaya mendedahkan kedengkian mereka.
47:30 Jika Kami kehendaki pasti diperlihatkan kepadamu maka kamu dapat mengenali mereka dari nama dan percakapan mereka malahan Allah mengetahui segala apa yang mereka lakukan.
47:31 Dan Kami menguji diantara kamu sehingga Kami mengetahui siapa yang berjuang dan yang sabar malahan segala kegiatan kamu juga.
47:32 Dan orang yang tidak percaya dan menghalangi dijalan Allah dan menentang rasulnya setelah datang petunjuk yang jelas maka mereka tidak memudharatkan Allah sedikit pun malahan segala amalan mereka pasti terhapus.
47:33 Wahai orang yang amanah taatilah Allah dan taatilah rasul malahan jangan sesekali kamu memalsukan amalan kamu.
47:34 Maka orang yang tidak percaya dan menghalangi dijalan Allah dan mati dalam keingkaran maka Allah tidak mengampunkan mereka.
47:35 Maka jangan kamu merasa hina sedangkan kamu telah menyeru kepada ilas-salmi/kedamaian dan kamu telah menghebahkanya malahan Allah bersama kamu dan tidak dihapuskan amalan kamu.
47:36 Sesungguhnya kehidupan duniawi hanyalah permainan dan senda-guraun dan jika kamu amanah dan prihatin maka diberikan ganjaran kepadamu dan tidak diminta kekayanmu dikembalikan sedikit pun.
47:37 Jika diminta maka kamu akan menjadi tertekan dan kikir dengannya dan akan keluar darimu perasaan hasat dan dengki darinya.
47:38 Ingatlah bahawa kamu diseru supaya menafkahkan dijalan Allah maka diantara kamu menjadi kikir maka sesiapa kikir dia telah kikir kepada dirinya malahan Allah yang terkaya dan kamu yang fakir dan jika kamu berpaling maka digantikan kamu dengan generasi lain malahan mereka tidak sama sekali seperti kamu.
Sekian, SALAMUNALAIKUM.
Salam hormat Tuan Blog, terima kasih diatas percerahan yg bermakna bagi saya dan rakan2.
ReplyDelete1. Adalah “Iblis” itu satu sikap yg. buruk didalam kesedaran kita yg berperanan sebagai PEMISAH diantara – (a) Insan dgn Tuhannya, dan (b) insan dgn insan.
2. Hakikatnya, Iblis sejati adalah 'Ego' kita sendiri (samada secara individu atau berkumpulan) yg. obsess dgn pengiktirafan, kuasa & menghukum orang lain - iaitu punca utama segala keangkuhan, perbalahan & kesengsaraan.
3. Manakala Al Quran itu pula ialah Maklumat, Maksud, Makna & Mesej yg terkandung didalam Media ("Mushaf") samada dalam bentuk analog atau digital.
4. Sedangkan media itu boleh disentuh, dipijak, dibakar dsb.; ILMU & panduan drp Al Quran itu tetap TERPELIHARA kerana "Kita tidak boleh tidak tahu apa yang kita SUDAH tahu".
"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yg sangat mulia, pada kitab yg TERPELIHARA; tidak menyentuhnya kecuali orang2 yg diSUCIkan. Al-Quran itu diturunkan dari Tuhan sekalian ilmu." [Q56:77~80]
5. Ayat diatas ayat, dari Surah ke-4 (Al Mudathir) yg diwahyukan di Makkah sebelum Surah ke-5 iaitu Surah Al Fatehah, telah menerangkan bahawa kita perlu membaca Al Quran dgn jiwa yg murni dan minda yg jernih drp ikutan, fahaman, amalan & prejudis mengikut fahaman keturunan kita.
6. Jauh sekali tradisi & budaya Arab kerana teramatlah NYATA bahawa kaum2 Arab itu sendiri - dgn segala macam bencana & malapetaka - adalah kaum yg TIDAK diberkati oleh Tuhan dan sekaligus meletakkan mereka diatas laluan yg dimurkai Nya ataupun laluan org yg sesat (Ruj: ayat terakhir Surah Al Fateha). Dan sekiranya sudah tidak diberkati didunia ini, mana mungkin akan diberkati di akhirat kelak?
"Org2 Arab itu, lebih sangat kekafiran & kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum2 yg diturunkan Tuhan kpd Rasul-Nya. Dan Tuhan Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Q9:97)
"Di antara org2 Arab yg di sekelilingmu itu, ada org2 munafik; dan diantara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu tidak mengetahui mereka, Kamilah yg mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa DUA KALIi kemudian mereka akan dikembalikan kpd azab yg besar." (Q9:101)
7. Sedemikian, Pesuruh Tuhan yg terakhir itu telah diutuskan dikalangan bangsa Arab BUKAN untuk meng"Arab"kan Islam, tetapi adalah untuk meng"Islam"kan bangsa Arab jahilliyah, dan seterusnya manusia jahil sejagat.
Dan segala ilmu adalah milik Tuhan jua..
\Alhamd.
Brief translation/..
Delete8. "Iblis" is the arrogance within our consciousness whose primary objective is to SEVER the relationship - (1) between God and man; and (2) between man & man.
9. The truth is, Iblis is the Ego (individually or collectively) which is obsessed with validation, control & judgment - the source of arrogance, discord & misery.
10. And the Quran is the Message within the Medium (be it analogue or digital) it is written on. Whereas the Medium can be touched, stepped-on, burnt etc., the Message & Knowledge therein is INDESTRUCTIBLE - simply because one cannot 'NOT KNOW' what one already knew.
"Indeed, it is the Noble Quran; in the Register well-protected. None touch it except the purified. A revelation from the Lord of All Knowledge" (Q56:77~79)
11. The verse above is from the 4th Surah (Al Mudathir) delivered in Makkah (before the 5th Surah Al Fatehah) which tells us to read the Quran free from the tradition, custom, belief & prejudice of our ancestors and, God forbids, of the Arabs whom with their widespread conflicts & misery, is OBVIOUSLY on the path unblessed by God, or on the path of those who are lost (re: Surah Al Fatehah, the last verse). When one is unblessed in this world, how could one possibly be blessed in the hereafter?
12, Indeed, none can understand the Quran except the purified - not from the physical, but from the mental impurities and the bondage of our conditioning, coloured by Arab narratives with its FALSE notion that God sent forth His last messenger to ARABISE Islam, rather than to Islamise the Arabs.
And all knowledge belongs to God alone..
\Alhamd.
Salam sadara semua (Kali ke 5);
ReplyDelete(Saranan Tuan Ashweb diatasakan akan saya jawab nanti, insyallah).
Bagaimana pula dgn pendapat saya dibwh ini, setuju tak? Kalau setuju tentulah saya betul, kalau tidak kenapa? :
<KAS
Slm Tuan Ashweb,
DeleteSudah 5 kali saya hantar mesej diatas tapi tidak kelihatan sepenuhnya. Kalau ianya masalah teknikal sila betulkan.
<KAS
Salam.
ReplyDeleteWondering... why mesti digelar Sunnah wal Jamaah.
Apa kaitan dengan "Way of Life?"
Komunism.
Wahabbism.
Socialism.
Etc.
Non