Tentera Abdul Al-Malik Bin Marwan sudah berada di sini.
Saya lebih senang memanggil mereka ini setan. Seperti yang telah saya katakan syaitan ialah sifat buruk.
Maka itulah mereka. Adakah membunuh orang yang sedang menghirup kopi pada waktu pagi itu adalah sifat mulia ? Sudah tentu tidak.
Cubalah tanya rakan-rakan anda yang tidak beragama Islam. Tidak kira apa jenis agama kesemuanya menolak perbuatan membunuh. Ini adalah agama-agama yang kamu, si setan, panggil kafir.
Jadi mengapa pula kamu yang kononnya beriman bertindak membunuh manusia yang lain. Merekakah yang kafir atau kamu yang kafir ?
Lorong Terrorism
Pada zaman dahulukala manusia memerlukan orang-orang agama kerana orang-orang agama di zaman silam memegang kunci ilmu pengetahuan.
Mereka adalah kumpulan manusia yang boleh membaca dan menulis. Maka oleh sebab itulah timbul pelbagai macam istilah menyanjung kumpulan ini.
Pada waktu tersebut memang adalah wajar memandang tinggi kumpulan ini memandangkan mereka ini mendirikan keazaman/iltizam (solat) untuk belajar membaca dan menulis.
Apabila mereka menguasai skil ini sudah tentulah kehidupan mereka bersinar gemilang dan seterusnya menguasai asas-asas sains dan teknologi yang tidak dikuasai oleh manusia-manusia lain sezaman dengan mereka.
Maka, pada waktu tersebut mereka layak disanjung.
Namun, di zaman moden ini, berkat usaha orang-orang yang terdahulu seperti para intelek dan politikus, kini boleh dikatakan hampir seluruh manusia di dalam dunia ini mempunyai skil membaca dan menulis.
Oleh kerana itu, orang-orang agama sudah tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan bahawa merekalah kumpulan yang berdaya maju membangunkan dunia dan memegang kunci ilmu.
Geraf keazaman/iltizam (solat) mereka ternyata sudah tidak lagi mengikut garis menaik. Malah, garis keupayaan mereka setiap hari menurun.
Tempat mereka kini diganti oleh para saintis yang bukan sahaja menguasai skil membaca dan menulis malah mengusasi pelbagai jenis ilmu dan memahami alam semulajadi dengan lebih teliti dari orang-orang agama zaman silam.
Realiti ini menyebabkan kumpulan orang-orang agama ini menukar strategi demi menguasai marhaen sepertimana yang telah mereka nikmati selama hari ini.
Mereka masuk ke dunia bawah tanah dengan mendirikan madrasah, sekolah pondok dan lain-lain pusat penyebaran dakyah alternatif yang tidak ditadbir oleh undang-undang rasmi sesebuah negara.
Apabila sedar diri mereka sudah tidak mampu menguasai minda penduduk marhaen yang majoriti maka mereka menukar strategi dengan menyebar informasi untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Mereka memanggil informasi-informasi dongeng ini sebagail "Ilmu Akhirat". Strategi ini ternyata berhasil.
Ini adalah kerana biarpun manusia majoriti dan para saintis mereka berupaya menguasai sains dan teknologi, namun mereka termasuk diri kita sendiri sehingga sekarang masih belum berupaya merungkai misteri Tuhan.
Lohongan kosong inilah yang digunapakai secara tuntas oleh kumpulan orang-orang agama.
Mereka memberitahu dunia bahawa kunci rantai di antara manusia dengan Tuhan ialah diri mereka.
Kenyataan demi kenyataan dongeng di keluarkan oleh mereka.
Penipuan jika setiap hari dihambur kepada manusia akhirnya ianya akan menjadi fakta melekat di dalam minda seseorang.
Kuda asalnya berlari. Ini dibuktikan dengan jelas di hadapan mata kita. Tidak perlu membuat kajian sains. Buktinya cukup nyata.
Namun, cuba setiap hari kita memberitahu anak-anak kita bahawa kuda mampu terbang.
Tambahan pula jika yang memberitahu informasi ini adalah bapanya sendiri yang anak-anak ini sanjung sudah tentulah akhirnya mereka percaya bahawa kuda boleh terbang.
Dari khayalan ia bertukar menjadi fakta. Tidak perlu lagi ia dibuktikan dengan kajian ilmiah. Cukuplah dengan menimbulkan ketakutan (terrorism) bahawa jika mereka tidak percaya nescaya mereka kafir.
Lama-kelamaan, sedikit demi sedikit, kumpulan orang-orang agama ini kembali berjaya menguasai marhaen setempat.
Namun, penguasaan mereka adalah di sisi khayalan minda masyarakat mereka sahaja.
Itulah sebabnya menurut pandangan masyarakat masa kini ilmu terbahagi kepada dua. Yang pertama dipanggil ilmu dunia.
Dan satu lagi ialah "Ilmu Akhirat". Inilah sisi minda yang dikuasai oleh kumpulan orang-orang agama. Ia adalah penguasaan khayalan seseorang.
Kini, kumpulan orang-orang agama ini kembali menguasai aliran arus perdana. Penguasaan ini begitu mencengkam sehingga tiada tempat yang kita toleh tanpa kesan pengaruh mereka.
Sekolah adalah pusat utama penguasaan mereka. Begitu juga dengan tempat perniagaan, kedai makan, radio, t.v, saluran media, fesyen, institusi kewangan.
Baru-baru ini pula syarikat kapal terbang pun sudah mula terpengaruh demi untuk mengaut untung.
Pengaruh Politikus
Kalau boleh saya tidak mahu menulis mengenai isu ini. Saya sangat faham mengenai kesan yang akan saya hadapi dari agensi-agensi yang berkaitan.
Namun, saya mengubah kedudukan ini apabila menerima pos di saluran media whatsapp supaya menghindarkan tempat-tempat tertentu di dalam negara kita untuk mengelak dari serangan terrorist.
Ini adalah negara saya. Tanahair kita yang tercinta.
Adakah anda mahu hidup diselubungi ketakutan yang tak kunjung padam.
Mahu naik LRT takut, nak pergi shopping takut, nak pergi minum takut.
Apa gunanya kita menyediakan segala fasiliti kelas dunia jika kita sendiri takut untuk menggunakannya.
Penyudahnya yang menikmati semua ini adalah orang luar yang mencari rezeki di sini.
Oleh sebab itu, kita perlu buat sesuatu supaya anak-cucu kita nanti tidak diselubungi ketakutan di kemudian hari.
Saya juga sedar bahawa blog ini semakin di baca oleh mereka yang memegang tampuk kuasa di agensi-agensi yang berkaitan.
Saya ingin menyatakan bahawa sebab utama kehadiran setan-setan ini adalah KAMU yang memegang tampuk pentadbiran di agensi-agensi berkaitan.
Satu perkataan yang menjadi punca segala masalah ini ialah POLISI.
Bagaimanakah kita mahu menghentikan terrorism sedangkan kitalah yang sebenarnya menyemai benihnya.
Kementerian Pendidikan adalah penyebab utama kepada keadaan ini. Mereka yang memegang tampuk mendidik anak-anak kita telah gagal.
Polisi pendidikan mereka saban tahun bertukar ganti. Sudahlah kita mempunyai syllabus pendidikan yang membahagi-bahagikan warga kita menjadi melayu, cina dan india.
Kita pecahkan lagi dengan menekan kepada agama di dalam syllabus persekolahan sehinggakan orang-orang cina dan india tidak mahu lagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan.
Apabila tiada anak-anak dari bangsa lain, maka sekolah-sekolah ini bertukar dari sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama yang penuh dengan peraturan-peraturan dongeng.
Ini bukan agenda nationalis.
Kita bangsa malaysia yang terdiri dari bangsa melayu, cina, india, iban, kadazan, senoi dan lain-lain.
Mengapa pula kita mahu mengajar anak-anak kita jadi orang arab ? Kita perlu jadi bangsa Malaysia.
Nampak sangat perjuangan kita caca-marba tidak berdiri dari idealism yang kononnya kita perjuangkan.
Agaknya kita sendiri keliru atau tidak faham apa maksud nationalis ?
Mengapakah kekeliruan ini terjadi. Sudah tentulah ianya disebabkan ahli politik yang penggubal polisi membenarkannya.
Selagi ahli-ahli politik membenarkan polisi keagamaan di sekolah-sekolah.
Membenarkan penubuhan sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama diceruk-ceruk pedalaman dengan kewangan dari cukai yang kami rakyat malaysia bayar.
Selagi itulah benih-benih kebencian dan keganasan akan bercambah. Ia akhirnya bertukar menjadi terrorism.
Pihak polis banteras terrorism, Kementerian Pendidikan tanam balik benihnya. Siapa yang menanam angin, mereka akan menuai badai.
Sementara itu, parti politik yang memperjuang idealism nationalis perlu berfikir kembali platform anda.
Saya percaya bahawa parti ini pada suatu waktu dahulu sudah berada di lorong yang benar.
Cuba anda semua fikir, Presiden Parti manakah yang membenarkan bangsa cina dan india sama-sama menjadi warga bumi ini ?
Presiden Parti manakah yang melawan peristiwa hitam 13 mei dan meletak kembali negara ini ke laluan yang betul ?
Jika anda semua memahami sejarah ini maka mengapa sekarang anda membenarkan kumpulan orang-orang agama menguasa pemikiran marhaen dengan dakyah mereka.
Anda menanam benih kebencian sesama bangsa malaysia dengan polisi keagamaan.
Adakah anda lupa kenyataan dari presiden parti anda pada suatu waktu dahulu.
Beliau yang sangat berjasa dan disanjung rakyat negara ini berkata "... bahaya turun dari gunung" merujuk kepada tertubuhnya satu-satunya parti berasaskan agama di negara ini.
Dari situ terjadi bermacam-macam bahaya di negara kita. Sehinggakan ada yang sanggup memulakan peperangan kecil dengan pihak polis negara ini. Adakah anda semua lupa ?
" ... bahaya turun dari gunung" kini bahaya tersebut sudah mahu dipeluk akibat survival politik.
Ashwed
Salam.
ReplyDeleteSampai sekarang tak faham kenapa perlu kepada kaedah ketakutan, kegelisahan, kesuraman dan pemaksaan.
Banyak yang tak faham sebenarnya.
Banyak management teori seperti kaizen (continues improvement) sebenarnya ada Quran. Buat kajian, cari bukti, etc. Sebab tu Islam gemilang dan cemerlang suatu ketika dulu. A lot can be learn from observing and studying nature.
Non
Kita nampak mcm islam gemilang je dulu sebab masa tu islam di pihak yg menang... jd byk ilmuan yg terpaksa masuk islam.
DeleteCuba perhatikan sejarah lebih terbuka dan mendalam.
Mana org tak takut.. golongan islam masa tu suka berperang... mula2 mmg islam ni dlm golongan yg ditidas to lama2 bila dah ramai geng, kerja asik berperang je atas alasan nak sebarkan agama.
Salam saudara2 yang arif, disenaraikan 17-ayat dari Surah An Naml (Semut)??!!?? Apakah dikehendaki Allah dengan kisah sebigini, harap dapatlah jawapanya.
ReplyDelete27:25. Mengapa mereka tidak patuh kepada Allah yang mengeluarkan apa yang tersembunyi dilangit dan dibumi dan Dia yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.
27:26. Allah tiada tuhan selain Dia, Pemelihara yang Unggul yang Agung.
27:27. Berkata kami mengambil perhatian sama ada kamu benar atau berdusta.
27:28. Pergilah kamu dengan kitabku ini dan lemparkanya dan berpaling dari mereka dan perhatikan apa yang akan mereka kembalikan.
27:29. Berkata wahai -lmala-u telah dilemparkan kepadaku kitab yang mulia.
27:30. Sesungguhnya dari sulaimaana dengan nama Allah yang Pemurah yang Penyayang (Bismillaahi -rrahmaani -rrahiimi).
27:31. Jangan kamu meninggi diri dan sombong kepadaKu dan datanglah kamu kepadaKu sebagai muslimiina.
27:32. Berkata wahai penguasa majlisku berikan keputusanya atas perintah ini sehingga pertemuanku denganmu kemudianya.
27:33. Maka mereka berkata kami miliki kekuatan dan kerakusan nyata maka perintahkan kami pasti kami melaksanakan perintahmu.
27:34. Berkata sekiranya penguasaku masuki sesuatu khariah pasti mereka menjadikan penduduknya fasik dan mereka yang mulia kepada yang hina demikianlah apa yang telah mereka lakukan.
27:35. Dan aku telah mengutuskan kepada mereka hadiah maka tunggulah apa yang akan dikembalikan kepada utusanku itu.
27:36. Dan ketika utusan tiba sulaimaana berkata apakah kamu hendak tambah hartaku malahan apa yang diberikan Allah kepadaku adalah lebih baik dari harta kamu itu maka gembiralah kamu dengan hartamu itu.
27:37. Kembalikan kepada mereka dan katakan kami akan musnahkan mereka dengan angkatan yang tidak berupaya mereka hadapinya dan kami akan mengeluarkan mereka dengan kehinaan dan mengecilkan mereka.
27:38. Berkata wahai penguasaku sesiapa diantara kamu dapat datangkan singgahsananya sebelum mereka datang sebagai orang yang menyerah.
27:39. Berkata’ifriitun dari jenis jinni, aku boleh datangkanya sebelum kamu berdiri dari dudukmu dan aku berupaya dan yakin dengannya.
27:40. Berkata orang yang mendalami ilmu alkitaabi aku berupaya membawa kepadamu sebelum terbuka matamu dari kelipanya dan ketika dilihat dianya tersergam dihadapanya dia berkata ini pengurnian Pemeliharaku bagi menguji aku sama ada berterima kasih atau mengingkarinya maka sesiapa berterima kasih dianya berterima kasih bagi dirinya dan sesiapa ingkar sesungguhnya Pemeliharaku yang Kaya yang Mulia.
27:41. Berkata ‘ubahsui’ astakanya supaya dapat kita menilainya sama-ada dia darinya orang yang mendapat petunjuk.
Selamat membaca.