Frasa di atas di dalam Bahasa Arab Al Quran dikenali sebagai "Deen-ul-lah-hil-Islam".
"Sesungguhnya cara hidup (deen) yang diredhai di sisi Allah hanyalah kedamaian (Islam). Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Buku (Al Kitab) kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNYa" AQ 3:19
Ada yang menterjemah deen sebagai Jalan hidup. Ada yang menterjemahnya sebagai Aturan Hidup dan ada pula yang menterjemahnya sebagai Cara Hidup.
Yang pasti perkataan "deen" ini sama sekali tidak boleh diterjemahkan sebagai agama. Hujah yang paling nyata ialah di Surah Al Fatihah ayat ke-4 iaitu "Malik-iyau-mid-deen".
Tiada penterjemah yang berani menterjemah ayat di atas sebagai "Penguasa Di hari Agama" atau "Yang Menguasai Hari Agama".
Mengapa ramai penterjemah berani menterjemah perkataan "deen" yang muncul di keseluruhan Al Quran sebagai agama. Tetapi di satu ayat ini mereka tidak berani menterjemahnya sebagai "agama" ?
Jawapannya adalah ianya tidak logik. Takkan pula Tuhan Yang Maha Esa mempunyai agama bukan ?
Di sinilah kita dapat menangkap korupsi yang timbul. Beginilah cara root word melindungi Al Quran.
Al Quran pasti konsisten. Ia tidak boleh flip flop kerana Tuhan Yang Maha Mengetahui sifatnya tidak begitu.
Ramai juga yang mengatakan bahawa Islam adalah "agama Allah". Apabila kita berkata demikian maka kita secara tidak langsung menyatakan bahawa Tuhan Yang Maha Esa ini juga perlu menyempurnakan 5 Rukun Islam (yang kita reka sendiri).
Kini, kita mengatakan bahawa Tuhan juga kena mengucap syahadah, Tuhan perlu "solat", Tuhan perlu berpuasa, Tuhan perlu bayar zakat dan yang paling best Tuhan perlu pergi ke bandar Mekah untuk melakukan ritual haji.
Tidakkah perkara ini sangat melucukan ? Mengapakah kita tidak mahu memikirkannya dengan lebih mendalam ?
Kedamaian
Kesalahan utama yang berlaku sekarang ialah kita menganggap kedamaian sebagai satu matlamat.
Disebabkan kesilapan besar ini maka kini kita menyaksikan Syria dilanda perang saudara yang sangat meruncing.
Sehingga dunia, terutamanya benua Eropah mengalami krisis pelarian perang yang besar.
Anda boleh membaca mengenainya dipautan ini ;
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0CDAQqQIwAGoVChMIhZfg_uWlyAIVQQeOCh2_GQx2&url=http%3A%2F%2Fwww.bbc.com%2Fnews%2Fworld-middle-east-34419003&usg=AFQjCNHSlWoZEF4x5j2wPHGYj14K57nqGA
Ia berlaku kerana pihak-pihak yang berperang itu merasakan kepada kumpulan merekalah terletaknya matlamat kedamaian.
Pihak Sunni merasakan bahawa kedamaian hanya boleh dicapai jika pemahaman mereka menguasai keseluruhan Syria. Begitu juga dengan pihak Syiah.
Dengan matlamat mencapai kedamaian inilah mereka berperang sesama sendiri.
Menurut ajaran yang diajar kepada kita oleh Nabi Terakhir, melalui mesej Al Quran. Kedamaian bukanlah matlamat. Ia adalah asas kehidupan.
Ini bermakna untuk mencapai kedamaian kita tidak boleh melakukanya di luar dari diri kita. Kita perlu melakukannya di dalam diri kita.
Bolehkah anda duduk makan dengan damai jika fikiran anda berada di dalam kecelaruan yang amat sangat ?
Begitu juga, bolehkah anda menumpukan fikiran membaca artikel ini jika fikiran anda sekarang ini tidak bertenang lalu membolehkan anda duduk sambil membaca ? Sudah tentu tidak boleh.
Kita hanya boleh mencapai kedamaian dan mempunyai kuasa untuk mencapai kedamaian ini di dalam diri kita sendiri sahaja.
Kita tidak mempunyai kuasa untuk membuat fikiran dan diri orang lain berada di dalam keadaan damai kerana kita bukan mereka.
Oleh itu, untuk berdamai kita perlu belajar menguasai diri kita yang dicipta oleh Tuhan dengan penuh sofistikated.
Untuk berbuat begitu kita perlu memahami bagaimana cara diri kita beroperasi.
Siapakah diri anda ?
Kita perlu sedar bahawa diri kita sekarang pada asasnya dibina oleh persekitaran kita.
Sebagai contoh semasa kita bayi, kita kecil sahaja. Ibu kita menyuap kita makanan yang diambil dari persekitaran yang dicipta Tuhan sepertu susu, buah, kanji dan sebagai.
Dengan pemakanan dari persekitaran inilah kita membesar menjadi seperti sekarang.
Secara dasarnya, badan kita adalah makanan yang kita makan sejak dari kita kecil. Bermakna kita sebenarnya adalah satu dengan persekitaran kita. Kita adalah apa yang kita makan. Bukankah begitu ?
Begitu juga dengan pemikiran kita. Pemikiran kita dibina dari koleksi pengalaman yang kita rasai. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang menakutkan dan pelbagai koleksi pengalaman yang terjadi sepanjang hidup kita.
Koleksi inilah yang menjadi dasar pemikiran kita.
Jika kita mengalami pengalaman pahit, kita mungkin menjadi depress. Jika pengalaman kita menyeronokkan kemungkinan kita menjadi seorang yang happy-go-lucky.
Namun, kita pada hakikatnya mempunyai kuasa untuk memilih samada untuk menjadi seorang yang depress atau happy-go-lucky jika kita memahami bahawa hanya diri kita sahaja yang boleh menguasai fikiran sendiri.
Kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk memilih menjadi seorang yang periang, atau penyedih atau pembengis atau apa jenis emosi pun.
Esok pagi, sebaik sahaja bangun dari tidur cuba kita pilih untuk menjadi seronok sepanjang hari.
Katalah pada hari esok anda sudah menempah sebuah bilik hotel untuk urusan kerja anda di luar dari negeri anda tinggal.
Anda tidak tahu rupabentuk bilik yang anda tempah. Tidak tahu samada katilnya sudah dibasuh. Bilik airnya sudah dicuci atau tidak. Tetapi, sebaik sahaja bangun dari tidur anda memilih untuk merasa happy dengan bilik anda.
Sesudah sampai di bilik tersebut anda dapati katilnya penuh dengan pepijat dan berbau. Bilik airnya pula tidak dicuci.
Bolehkah perkara ini menukar pilihan yang anda buat sebaik sahaja bangun tidur tadi. Iaitu untuk menjadi riang sepanjang hari.
Sudah tentu tidak boleh. Yang boleh merubah pendirian anda pada pagi tadi sudah tentulah diri anda sendiri sahaja bukan towkay hotel tersebut dia tidak tahu menahu pun akan pilihan yang anda buat di dalam fikiran anda pagi tadi. Bukankah begitu ?
Kesimpulan
Inilah ajaran yang diajar oleh Nabi Terakhir melalui mesej Al Quran. Iaitu untuk berdamai terutamanya dengan diri sendiri.
Jika kita fikirkan dengan lebih mendalam melalui keterangan-keterangan yang boleh di dapati di dalam Al Quran. Kita akan berfikir dua tiga kali apakah benar sejarah yang kita baca selama hari ini sebenarnya adalah mengenai Nabi ini.
Sejarah yang kita baca selama hari ini penuh dengan peperangan, pembunuhan, penganiayaan dan kisah pengkhianatan.
Sedangkan Al Quran memberitahu supaya Nabi ini supaya berdamai.
Apakah mungkin ia sebenarnya adalah kisah hidup orang lain memandangkan wujudnya terlalu banyak fakta yang tidak bertepatan dengan Al Quran ?
Kedamaian adalah asas kehidupan kita. Ianya bukan matlamat.
Kedamaian sepatutnya datang secara semulajadi.
Ia boleh dicapai dengan pemikiran sendiri.
Dengan izin Tuhan, jika setiap orang berdamai dengan diri sendiri dunia akan menjadi lebih aman dari sekarang.
Selamat datang ke "Deen-ul-lah-hil-Islam". Tiada syarat, rukun dan ritual di dalam dunia ini. Hanya jalan hidup kedamaian untuk kebaikan diri kita sendiri.
Ashwed


