Berikut adalah usul yang saya bawa di dalam Mesyuarat Agong Cawangan sebuah Parti Politik yang saya sertai.
Usul ini di bawa bukanlah
untuk menukar pendirian mana-mana ahli **** cawangan ****** ***** terhadap agama
Islam.
Tetapi, ia di bawa atas dasar kebenaran, kerana sesungguhnya selama ini pemerintahan Parti kita di negara ini sudahpun berada dilandasan yang benar.
Tetapi, ia di bawa atas dasar kebenaran, kerana sesungguhnya selama ini pemerintahan Parti kita di negara ini sudahpun berada dilandasan yang benar.
Apa-apa yang sudah berada
di jalan yang benar tidak perlu diubah landasannya.
Kita harus faham bahawa jika
sekiranya kita ingin membawa suatu idea baru untuk diterapkan di sesebuah
negara sudah tentu kita akan cipta suatu kaedah bagi memastikan idea ini tidak
ditembak jatuh oleh pihak lawan.
Kaedah yang paling
strategik ialah dengan menyebar informasi bahawa asal idea ini adalah dari
Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui walaupun ianya tidak sebegitu. Maka, dengan
sendirinya para penganut agama Islam sudah tentu berasa serba salah untuk
membincangkan hal tersebut.
Kaedah lain pula ialah dengan
menyebar informasi bahawa masyarakat umum tidak boleh berbincang mengenai perkara
ini. Untuk berbincang, seseorang itu perlulah pakar dalam hal berkenaan. Perlu tahu berbagai ilmu dan metode mentafsir yang mereka cipta sebelum boleh berbincang mengenai Al Quran.
Di antaranya ialah lughat, nahwu, syaraf, isytiqak dll. Metodologi untuk mentafsir pun ada pelbagai ijmali, muqarin dan mauduin. Di waktu yang sama mereka menjual persepsi bahawa hanya individu yang berjanggut, berjubah dan berserban sahaja layak dipanggil pakar.
Di antaranya ialah lughat, nahwu, syaraf, isytiqak dll. Metodologi untuk mentafsir pun ada pelbagai ijmali, muqarin dan mauduin. Di waktu yang sama mereka menjual persepsi bahawa hanya individu yang berjanggut, berjubah dan berserban sahaja layak dipanggil pakar.
Cuba bayangkan kita sedang memandu kereta. Perlukah seseorang pemandu itu mengetahui bagaimana enjin berfungsi ? Perlukah kita mengetahui nama setiap komponen di dalam kereta tersebut untuk memandu? Yang penting ialah kita tahu memandu dan faham undang-undang jalanraya. Kereta adalah seumpama Al Quran, kenderaan yang berfungsi membawa kita ke destinasi dengan selamat.
Begitulah kaedah yang
diguna oleh para pendokong Undang-Undang Hudud bagi memastikan idea mereka
digunapakai oleh penduduk di negara ini secara paksa-rela.
Saya ingin membawa para
ahli **** cawangan ****** ***** kepada beberapa prinsip Al Quran. Oleh kerana
Al Quran adalah sumber utama agama kita, maka, kita boleh katakan bahawa ini
adalah prinsip Islam.
Prinsip pertama ialah
berdasarkan keterangan ini ;
“Dan orang-orang yang
menjauhi thaghut (iaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi
mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada kepada
hamba-hambaKu, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang paling baik di
antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan
mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal” AQ 39:17-18
Allah mengkehendaki kita
untuk mendengar semua pendapat dan mengambil yang paling baik di antaranya. Dari
prinsip ini kita diberitahu supaya membenarkan masyarakat berdebat, berhujah
atau membuat forum ke atas sesuatu idea baru yang ingin ditadbir ke atas
mereka.
Ini dinamakan kebebasan
bersuara. Ia perlu dibenar untuk diamalkan bagi mengambil kesimpulan yang
paling baik sebelum pemerintah memutuskan sesuatu untuk menjadi amalan dan
undang-undang negara itu.
Sentimen saya ini
sebenarnya dikongsi oleh bekas-bekas Presiden Parti ****. Setiap Presiden ****
yang juga adalah Perdana Menteri Malaysia menolak penggunaan Undang-Undang
Hudud ke atas rakyat berbilang bangsa di negara kita.
Saya pasti sebagai Perdana
Menteri Malaysia sudah tentu mereka mempunyai penasihat yang pakar di dalam
bidang undang-undang dan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.
Sebagai contoh, pada
15-04-2015 salah seorang bekas Presiden **** dan Perdana Menteri Malaysia yang
paling lama dalam sejarah telah menyatakan perasaan terperanjat beliau apabila
mengetahui **** Negeri ******** dengan sebulat suara menyokong Undang-undang Hudud
untuk dikenakan kepada penduduk Islam Negeri ******** .
Anda boleh membaca tentang
ini di blog Chedet yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Rujukan Akademik
Asas kepada usul ini ialah
berdasarkan kepada rujukan akademik yang dilakukan ke atas Kitab Al Quran di dalam hal yang
berkaitan dengan Undang-undang Hudud.
Menurut Al Quran apabila
kita berhujah kita mesti menyokong hujah itu dengan keterangan. Ini berdasarkan
AQ 2:111 “haatu burhannakum in kuntum sodikin” – Tunjukkanlah bukti kebenaranmu
jika kamu adalah orang yang benar.
Hudud
Hudud adalah kata gandaan
untuk perkataan dari akar kata hadd. Ia bermaksud batasan atau sempadan.
Saya dapati di dalam Al
Quran terdapat 14 kali perkataan ini digunakan Allah.
Dalam keterangan ini ada satu perkataan hudud disebut;
“Dihalalkan bagi kamu pada
malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah
pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui
bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu
dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa
yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu
benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu
sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu
beriktikaf di dalam masjid. Itulah sempadan Allah (tilka hudud-dullah),
maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya
kepada manusia, supaya mereka bertakwa” AQ 2:187
Dari keterangan di atas
adalah jelas bahawa ianya adalah mengenai hubungan di antara lelaki dan
perempuan.
Dalam dua keterangan
berikut terdapat 6 kali perkataan hudud di sebut ;
“Talak (yang dapat
dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang ma’aruf
(baik) atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil
sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya
khuatir tidak akan dapat mengekalkan sempadan-sempadan
(hudu-dallah) Allah. Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami-isteri) tidak
dapat mengekalkan sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah, maka tidak ada
dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus
dirinya. Itulah sempadan-sempadan (tilka hudud-dullah) Allah, maka
janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar sempadan-sempadan
(hudu-dallah) Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. AQ 2:229
“Kemudian jika si suami
mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal
baginya hingga dia kahwin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain
itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama)
untuk kahwin kembali jika keduanya dapat berpendapat dapat mengekalkan
sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah. Itulah sempadan-sempadan (wa-tilka-hudud-dullah)
Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu) mengetahui” AQ 2:230
Dua keterangan di atas
adalah juga berkenaan dengan nikah dan cerai.
Seterusnya, dalam ayat AQ
4:13-14 terdapat 2 kali perkataan hudud disebut;
“Inilah sempadan-sempadan
(tilka hudud-dullah) Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya nescaya
Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sunga-sungai,
sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan besar” AQ 4:13
“Dan barangsiapa yang
mendurhakai Allah dan RasulNya dan melanggar sempadan-sempadan (hududahoo),
nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya;
dan baginya siksa yang menghinakan” AQ 4:14
Jika kita membaca 2
keterangan sebelum AQ 4:13-14 iaitu AQ 4:11-12 kita akan mendapati bahawa ayat
ini adalah berkenaan dengan pembahagian harta pusaka.
Keterangan seterusnya
memang menarik, perkataan hudud disebut sekali di dalam ayat tersebut;
“Orang-orang Arab itu,
lebih sangat kekafirannya dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui
sempadan-sempadan (yak-lamoo-hudu-dama) yang diturunkan Allah kepada RasulNya.
Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” AQ 9:97
Di dalam ayat di atas
Allah memperingatkan kita akan perangai sebenar orang-orang Arab untuk kita
jadikan sempadan.
Kebiasaannya para penterjemah akan meletak perkataan "badwi" selepas perkataan Arab. Namun di dalam teks asal dalam Bahasa Arab perkataan badwi tidak tertulis pun. Mereka takut untuk mengakui akan hal ini. Mungkin kerana kebanyakkan ketua mazhab adalah orang Arab.
Keterangan seterusnya
disebut perkataan hudud sebanyak sekali;
“Mereka itu adalah
orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang
rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar
dan yang memelihara sempadan-sempadan (li-hudu-dillah). Dan gembirakanlah
orang-orang yang mukmin itu” AQ 9:112
Ayat di atas bercerita
tentang orang-orang yang berbuat kebaikan dan menghindar dari kejahatan.
Keterangan seterusnya ada
disebut perkataan hudud sebanyak sekali;
“Barangsiapa yang tidak
mendapatkan (budak) maka (wajib atasnya) berpuasa dua bulan berturut-turut
sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak kuasa (wajiblah atasnya)
memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada
Allah dan RasulNya. Dan itulah sempadan-sempadan (wa-tilka-hudud-dullah), dan
bagi orang kafir ada siksaan yang sangat pedih” AQ 58:4
Ayat diatas adalah hukuman
kepada perbuatan yang dipanggil zihar (menyamakan isteri dengan ibu sendiri).
Ayat ini juga adalah berkaitan dengan hubungan suami isteri.
Dan akhir sekali
keterangan yang seterusnya terdapat perkataan hudud disebut sebanyak dua kali;
“Hai Nabi, apabila kamu
menceraian isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu
mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu
serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dan
janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji
yang terang. Itulah sempadan-sempadan (tilka hudud-dullah) Allah dan barang
siapa yang melanggar sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah, maka sesungguhnya
dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui
barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru” AQ 65:1
Sekali lagi, ia adalah
berkaitan dengan nikah dan cerai di dalam hubungan suami isteri.
Begitulah keseluruhan 14
kali perkataan hudud disebut dan digunapakai di dalam Al Quran.
Tiada satu pun keterangan
yang memerintahkan manusia membuat satu hukuman tetap (fix punishment) ke atas
kesalahan-kesalahan seperti yang disenaraikan oleh Dewan Undangan Negeri
Kelantan.
Ini adalah kerana dari
segi praktikal had atau batasan atau sempadan mempunyai maksud bahawa, untuk
sesuatu kesalahan itu, hukuman yang paling maksima yang dikenakan tidak boleh
melebihi sempadan-sempadan yang Allah tetapkan di dalam Al Quran.
Hudud PAS
Kesalahan utama yang dilakukan oleh PAS ialah mengisytihar bahawa Kerajaan mereka akan mengenakan penghukuman yang berbeza untuk satu kesalahan yang sama di dalam masyarakat yang diperintah mereka. Iaitu di antara Muslim dengan Non-Muslim.
Ini adalah kesalahan besar di dalam Juripruden Undang-Undang. Bayangkan jika kita mahu masuk tandas. Bayaran masuk tandas itu ialah sepuluh sen. Tetapi untuk satu golongan manusia kita isytiharkan mereka kena bayar dua puluh sen. Apakah perasaan golongan yang di anak tirikan ini ?.
Kemudian kita buat cerita yang mereka kena bayar dua puluh sen kerana mereka adalah golongan yang terpilih. Percayalah dalam tempoh tidak sampai setahun golongan ini akan memulakan anarki di tempat tersebut.
Inilah yang akan berlaku terhadap implementasi Undang-Undang Hudud di Kelantan jika PAS mahu meneruskannya. Rakyat Islam di sana akan memberontak apabila melihat rakan-rakan bukan Islam yang mencuri masih mempunyai tangan tetapi anak-anak mereka yang ditangkap mencuri sudah tiada tangan.
Secara ringkas terdapat enam kesalahan yang dikategorikan di bawah kesalahan hudud di Kelantan.
Di antara enam kesalahan
itu, tiada satu pun yang selaras dengan Al Quran.
Sebagai perbandingan mari
kita lihat setiap satu kesalahan tersebut dan buat perbandingan dengan Al Quran
dan sumber sebenar hukuman ini diambil, iaitu Bible – Kitab Perjanjian Lama.
Murtad
Hudud Pas - Hukuman Bunuh
Al Quran – Tiada hukuman
Dalil
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian
kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan
memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan
yang lurus” AQ 4:137
Old Testament – Hukuman
Bunuh/Rejam sampai mati
“And he that blasphemeth
the name of the LORD, he shall surely be put to death, and all the
congregation shall certainly stone him” Leviticus 24:16
"If your very own
brother, or your son or daughter, or the wife you love, or your closest friend
secretly entices you, saying: Let us go and worship other gods (gods that
neither you nor your fathers have known, gods of the peoples around you,
whether near or far, from one end of the land to the other, or gods of other
religions), do not yield to him or listen to him. Show him no pity. Do not
spare him or shield him. You must certainly put him to death. Your hand
must be the first in putting him to death, and then the hands of all the
people." Deuteronomy 13:6-9
Zina
Hudud Pas – 1. Belum
berkahwin 100 kali sebat
2. Berkahwin – Rejam sampai
mati
Al Quran – Hanya seratus
kali sebat tiada hukuman rejam sampai mati kepada lelaki dan perempuan yang
sudah berkahwin.
Dalil
“Perempuan yang
berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya
mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah,
dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh
sekumpulan orang-orang yang beriman” AQ 24:2
Old Testament – Rejam
sampai mati
"If there is a girl
who is a virgin engaged to a man, and another man finds her in the city and
lies with her, then you shall bring them both out to the gate of that city and
you shall stone them to death; the girl, because she did not cry out in
the city, and the man, because he has violated his neighbor's wife. Thus you
shall purge the evil from among you” Deuteronomy 22:23-24
Nota : Dalam Al Quran
tiada hukuman rejam dengan batu sampai mati. Ia hanya di dapati melalui sumber
selain dari Al Quran. Malah, Al Quran memberitahu bahawa hukuman rejam sampai
mati dengan batu hanya dilakukan oleh golongan manusia yang melampaui batas. Sila lihat AQ
11:91, AQ 19:46, AQ 26:116, AQ 18:20
Qazaf
Zina
Hudud Pas – Sebat 100 kali
lelaki dan perempuan
Al Quran – 80 kali sebat
tetapi hanya terpakai jika seseorang menuduh perempuan baik berzina. Tidak
terpakai jika menuduh lelaki.
“Orang yang melemparkan
tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka
tidak membawakan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan
janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka
adalah orang yang fasik.” AQ 24:4
Old Testament Tradition –
Sebat dan denda
If
a man takes a wife and sleeps with her, but then hates her 14and brings
charges
against her and causes an evil name to come upon her, saying, “I
married
this woman, but when I approached her, I did not find in her the
take
the signs of her virginity and bring them to the elders of the city at the
gate.
The father of the young woman shall say to the elders, “I gave my
daughter
to this man as a wife, and he has hated her. See, he has brought charges
against her, saying, ‘I did not find in your daughter the signs of virginity.’ But
these are the signs of my daughter’s virginity.” And they shall
spread the garment before
the elders of the city. Then the elders of the city shall take the man and
flog him, and they shall fine him one hundred shekels of silver and give them
to the father of the young woman, because he has caused an evil name to
come upon a virgin of Israel. And she shall be his wife; he may not divorce her
for the rest of his days. But if the charge is true signs of virginity were not
found in the young woman then they shall bring the young woman to the door of her
father’s house, and the men of her city shall stone her to death, because she
has committed a shameful act in Israel by prostituting herself in her father’
Minum Arak
Hudud Pas – 80 kali sebat
Al Quran – Tiada hukuman
Dalil
“Wahai orang-orang
yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan
mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji)
dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya." AQ 5:90
“Mereka bertanya kepadamu
tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang
besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.
Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir” AQ 2:219
Old Testament – Tiada
hukuman
“Wine is a mocker, strong
drink a brawler, And whoever is intoxicated by it is not wise” Proverbs
20:1
Merompak
Hudud Pas – Potong satu
tangan dan satu kaki
Al Quran – Tiada kesalahan yang bertepatan dengan merompak. Kebanyakkan pendokong hudud mengguna AQ 5:33 namun ianya tidak tepat kerana hal yang diterangkan adalah berkenaan dengan satu peperangan.
Oleh yang demikian hukuman untuk merompak perlu diambil asas dari keterangan di bawah.
Oleh yang demikian hukuman untuk merompak perlu diambil asas dari keterangan di bawah.
“laki-laki yang mencuri
dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi
apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana”. AQ 5:38
Walaubagaimanapun, jika terdapat kematian maka hukuman berkaitan dengan membunuh perlu dikenakan iaitu dibunuh balas.
Membunuh adalah satu-satunya kesalahan di dalam Al Quran yang dibenarkan untuk dikenakan hukuman bunuh balas. Namun, jika keluarga yang dibunuh memaafkan kesalahan itu dan meminta diyat maka si pembunuh dibenarkan untuk dilepas.
Mencuri
Hudud Pas – Potong tangan
Al Quran – Potong sumber pendapatan
Dalil
“Laki-laki yang mencuri
dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi
apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana”. AQ 5:38
Keterangan ini perlu di baca bersama-sama keterangan seterusnya iaitu ;
"Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" AQ 5:39
Persoalan utama - Katalah tangan si pencuri sudah di potong. Kemudian si pencuri mengaku salah, bertaubat dan menyesali perbuatannya, bolehkah tangan beliau tumbuh kembali ? Menurut AQ 5:39 Allah menerima taubat si pencuri.
Bagaimanakah si pencuri mahu membuat Islah atau reform kepada kehidupan yang lebih baik sedangkan beliau sudah tiada tangan ?
Antara prinsip Al Quran ialah ianya ditulis secara perumpamaan;
"Sesungguhnya Allah tidak
malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu. Adapun
orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa
perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini perumpamaan ?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaa itu (pula) banyak orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik" AQ 2:26
Oleh yang demikian mari kita lihat kembali kata kunci keterangan AQ 5:38
“Laki-laki yang mencuri
dan perempuan yang mencuri (eqta'u), potonglah tangan (aydiyahumma) keduanya (sebagai) pembalasan bagi
apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana” AQ 5:38
Perkataan "eqta'u" adalah jelas bermaksud potong.
Tangan di dalam Bahasa Arab ialah "Yad". Yad bermaksud tangan yang berpasang.
Walaubagaimanapun, perkataan yang digunakan di dalam AQ 5:38 ialah "aydiyahumma" yang membawa erti kata gandaan tiga atau lebih.
Walaubagaimanapun, perkataan yang digunakan di dalam AQ 5:38 ialah "aydiyahumma" yang membawa erti kata gandaan tiga atau lebih.
Bolehkah kita potong tiga tangan sedangkan manusia hanya ada sepasang tangan ?
Oleh yang demikian aydiyahumma adalah perkataan perumpamaan.
Keterangan di bawah mengguna perkataan dari akar kata yang sama iaitu "yad", namun ia digunakan dengan konteks yang berbeza iaitu sumber.
"Dan ingatlah juga akan hamba-hamba kami: Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub yang mempunyai - (uli-al-aydee) sumber yang banyak dan pengetahuan yang tinggi" AQ 38:45
Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa perkataan "aydiyahumma" di dalam AQ 5:38 membawa maksud memotong sumber si pencuri.
Berikut adalah contoh yang telah dibuat di negara lain.
Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa perkataan "aydiyahumma" di dalam AQ 5:38 membawa maksud memotong sumber si pencuri.
Berikut adalah contoh yang telah dibuat di negara lain.
Sebenarnya para orientalis sudah lama mentelaah Al Quran, mereka telah sekian lama mempraktikkan apa yang di saran oleh Allah melalui Al Quran.
Kita dapat lihat bagaimana orang-orang agama kristian di England mempraktikkan Al Quran secara tuntas. Inilah Undang-undang Kedamaian (Islam).
Jika sesiapa di dapati bersalah kerana mencuri, si pencuri akan di potong dari sumber pendapatan mereka dengan melakukan kerja kebajikan tanpa diberi upah mengikut kadar yang dicuri.
Barang yang dicuri jika dijumpai akan dipulangkan kembali kepada tuan punya.
Kita dapat lihat bagaimana orang-orang agama kristian di England mempraktikkan Al Quran secara tuntas. Inilah Undang-undang Kedamaian (Islam).
Jika sesiapa di dapati bersalah kerana mencuri, si pencuri akan di potong dari sumber pendapatan mereka dengan melakukan kerja kebajikan tanpa diberi upah mengikut kadar yang dicuri.
Barang yang dicuri jika dijumpai akan dipulangkan kembali kepada tuan punya.
Kesimpulan
Kita perlu faham
bahawa setiap hukuman yang di tulis di dalam Al Quran tiada kena mengena
dengan Undang-Undang Hudud.
Ia hanyalah pedoman kepada kita di dalam melakukan
hukuman.
NAMUN, Al Quran menekankan bahawa jika kita mahu menghukum,
hukumlah dengan adil. Hampir 30 kali perkataan adil diulang-ulang di dalam
Al Quran.
“Mereka sangat suka
mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram rasuah dan
sebagainya, oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara
mereka dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah, atau berpalinglah dari
mereka, dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat
membahayakanmu sedikitpun, dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara
mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku
adil” AQ 5:42
Pada hemah saya, Al Quran
mahukan kita membuat Undang-Undang berdasarkan Qisas. Keterangan tentang Qisas
ialah seperti berikut ;
“Hai orang-orang yang
beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh;
orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan
wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya,
hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang
diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik
(pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu
rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang
sangat pedih. Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu,
hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” AQ 2:178-179
“Dan Kami telah tetapkan
terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa,
mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan
gigi, dan luka luka (pun) ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak
qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya.
Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” AQ 5:45
Adalah jelas dari
ayat-ayat di atas bahawa Qisas membawa maksud keadilan. Merdeka dengan merdeka,
hamba dengan hamba, wanita dengan wanita.
Ini bermakna sesuatu
Undang-undang itu akan dikira sebagai Islamik seandainya ianya adil. Tidak kiralah
sesiapapun pembuatnya.
Sebenarnya, Malaysia sejak
dari zaman British lagi sudah menggunapakai qisas sebagai asas undang-undang.
Kita ada Kanun Kesiksaan Jenayah, Kod Prosedur Jenayah, Akta Kontrak, Akta
Keluarga dan bermacam-macam lagi undang-undang yang kesemuanya dirangka berasaskan
prinsip keadilan.
Malah, secara teknikal,
kesemua negara-negara maju menggunapakai qisas sebagai asas undang-undang
mereka.
Islam berasal dari akar
kata sin-lam-mim atau salam yang bermaksud damai. Maka dari segi bahasa Islam
bermakna kedamaian.
Bolehkah kita panggil
Undang-Undang Hudud Pas sebagai Undang-Undang Kedamaian (Islam) jika sekiranya
ia dengan secara salah membunuh seseorang tanpa keterangan yang nyata dari
Allah ?
Akhir sekali, apabila Tun
Mahathir mengistiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sebenarnya
dari segi bahasa ianya memang benar dan tepat.
Ini adalah kerana sudah terbukti
bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang damai. Malaysia dijadikan tempat
tinggal oleh bangsa-bangsa besar dunia. Mereka memilih negara ini adalah kerana
kedamaian (Islam) yang ditunjukkan oleh penduduk asalnya.
Ashwed