Wednesday, 15 April 2015

Manusia Dan batu

Manusia secara asasnya telah mencapai ketamadunan yang maha hebat. Pencapaian manusia dalam sains dan teknoloji kini berada di kemuncak.

Bayangkan kita boleh berinteraksi dengan rakan-rakan kita yang berada beribu-ribu kilometer seperti kita berada dekat dengannya. 

Kini, sesiapa sahaja boleh membina sesuatu seperti seorang jurutera dengan hanya menggunapakai mesin cetak 3D. Pelbagai perkara kita boleh bina termasuklah pistol, mesin dan juga apartmen bertingkat-tingkat.

Al Quran memberitahu bahawa di dalam sejarah telah terdapat kaum yang pencapaian mereka sangat luarbiasa melebihi teknoloji yang kita ada sekarang.

 A070

"Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) kaum Nuh, 'Aad, Tsamud, Kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah ? Telah datang kepada mereka Rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri" AQ 9:70

A009

"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) oleh orang-orang sebelum mereka ? Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka dan telah mengolah bumi serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri " AQ 30:9

Kaum-kaum sebelum kita dibinasakan Tuhan adalah kerana perbuatan mereka yang mempersekutukan Tuhan. Terdapat banyak lagi keterangan dari Tuhan mengenai perkara ini. Sila lihat AQ 40:82, 50:36, 20:128, 22:45

Ketaksuban

Walaupun berjaya melakar pencapaian pengetahuan dan kemajuan sains teknoloji yang tinggi namun manusia di zaman lampau dan juga di zaman ini mempunyai satu ketaksuban yang amat memalukan.

Kita taksub kepada batu. Suatu benda yang tidak boleh memberi kita sebarang manafaat atau pun memberi kita mudarat.

Berikut adalah keterangan Al Quran tentang perkara ini.

A023
A024

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongMu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya, dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir" AQ 2:23-24

Saya mengambil masa yang agak lama untuk memikirkan sebab mengapa Tuhan memilih batu untuk dijadikan bahan bakar api neraka. 

Sedangkan, Tuhan telah mencipta pelbagai lagi benda yang senang menyalakan api seperti kayu, minyak atau gas.

Akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa Tuhan memilih batu kerana itulah perkara yang kebanyakkan manusia taksub. Ia dijadikan tandingan dan ganti kepada Tuhan di sepanjang kehidupan mereka.

Hindu, Buddha juga Jains dan Sikhs

Semasa ritual pooja. Perkara yang paling utama ialah kehadiran sebuah batu yang diukir mengikut sifat-sifat Tuhan. Batu ini di panggil berhala.

Menurut penganut agama Hindu, berhala adalah berbeza dengan patung.

Berhala hanya boleh diukir oleh seorang "silpi" kebiasannya mestilah ahli kasta atasan dan mempunyai karier sebagai "wakil Tuhan" seperti sami, satu karier yang sama dengan rabbi, paderi dan imam.

Seorang silpi wajib mempelajari ilmu murtisilpa atau ikonografi iaitu pelajaran sains imejan.

Menurut para penganut agama Hindu dan agama-agama lain yang bertradisi dari India mereka tidak menyembah batu. Mereka sebenarnya menyembah Tuhan Yang Esa. Batu berhala adalah medium untuk mendekatkan diri mereka dengan Tuhan.

Ianya sama seperti penjelasan yang diberi oleh penganut agama Islam apabila ditanya tentang batu ka'abah.

Pada setiap upacara pooja, penganut agama Hindu dan juga lain-lain agama yang mengikut tradisi yang serupa akan memberi "dana" atau persembahan. 

Ia diletakkan di hadapan berhala. Mereka tetap berbuat begitu sungguhpun mereka tahu bahawa batu tidak perlu makan dan minum. 

Begitu juga, batu tidak perlu mengguna segala apa yang mereka persembahkan selain dari barang makanan dan minuman.

Selepas itu, satu ritual megikut mazhab/tradisi atau fahaman guru masing-masing akan dibuat. Ada yang memusing asap, air atau membaling bunga. Gerakan badan ini mesti dilakukan mengikut standard yang diajar oleh ketua mazhab.

Semasa melakukan gerakan badan mereka akan membaca keterangan ayat atau dalam bahasa sanskrit dipanggil selokhas dan mantra dari kitab yang mereka pelajari.


                                                              pooja sewaktu matahari
                                                                                 terbit

                                                                dana atau persembahan


                                                      ritual mengikut
                                                                                 fahaman masing-masing 

Upacara pooja dilakukan mengikut tarikh-tarikh atau bersempena upacara tertentu. Tarikh-tarikh ini biasanya ada kena mengena dengan peristiwa yang berlaku di zaman nenek-moyang dahulukala.

Mereka memperingati peristiwa itu dan mereka anggap ianya suci. Mereka lupa yang Tuhan tidak pernah mati dan Tuhan melihat semua peristiwa yang terjadi di dalam kehidupan yang di ciptaNya. 

Semua peristiwa yang terjadi di waktu dahulu, kini dan masa hadapan semuanya berlaku kerana Tuhan mengizinkan ia terjadi.

Untuk apa mereka membuat sambutan untuk memperingati peristiwa lampau, sedangkan ianya dalam rahsia Tuhan ?

Judaism

Para pengikut Judaism mendapati memberi persembahan dan membuat gerakan-gerakan tubuh di hadapan sebuah batu yang diukir menyerupai mahkluk hibrid di antara haiwan dan manusia adalah kurang waras dan tidak boleh diterima akal.

Mereka merasakan gerakan-gerakan tubuh ini paling logik dibuat di hadapan sebuah tembok yang juga diperbuat daripada batu.

Mereka menggelar tembok ini sebagai "wailing wall" atau tembok menangis ada juga yang menggelarnya sebagai "western wall"



                                                   Macam pernah nampak gaya brader ni
                                                                    tapi di mana yer...

Selain dari membuat gerakan badan, para penganut agama Judaism menulis mesej dan diletakkan dicelah-celah batu "wailing wall". Ia adalah mesej dan doa mereka kepada Tuhan. Mereka lupa bahawa Tuhan adalah Maha Mendengar.

Tuhan mengetahui apa saja bisikan hati kita biarpun ia dibisikkan semasa kita membuang air besar dalam tandas yang paling kotor di dalam dunia. ia tidak perlu diselitkan di celah sebuah batu.

Yang paling lucu ialah apabila sudah cukup banyak mesej-mesej yang terselit. Terpaksa pulak kontraktor pembersihan membuang mesej ini. Kemungkinan besar pekerja kontraktor ini adalah seorang bangla. 

Bayangkan, ritual yang begitu suci sehingga orang-orang Israel berperang untuk memastikan tembok batu ini dalam tangan mereka, penyudahnya berakhir di tangan seorang bangla bekerja sebagai penyapu sampah.

Seperti agama-agama samawi lain yang dikatakan bertradisi dari Nabi Ibrahim (saya percaya Nabi Ibrahim tidak pernah melakukan gerakan tubuh seperti ini). Mereka mencipta satu gerakan ritual yang orang arab gelar sebagai "solat". Saya akan menerangkan maksud sebenar "solat" di artikel selepas ini.

Para penganut agama Judaism juga mengambil "wuduk" seperti rakan Islam mereka, sebelum memulakan ritual solat.

Semasa ritual solat mereka membaca sepotong ayat daripada Kitab asal Tuhan. Dalam Judaism mereka membaca sepotong keterangan dari Kitab Taurat yang asal. Iaitu yang direkod oleh Nabi Musa.

Mereka lupa yang Tuhanlah penulis asal Kitab Taurat. Mengapa perlu baca dari keterangan yang diberi oleh penulis itu sendiri ?




                                   Macam sama aje "solat" judaism
                                                                       dengan orang Islam?

Kristianiti

Para penganut agama Kristianiti mendapati bahawa membuat gerakan di hadapan berhala batu dan juga tembok batu adalah kurang waras.

Gerakan ini sepatutnya dilakukan dihadapan sebuah patung batu yang menyerupai Nabi Isa sewaktu baginda disalib. Atau boleh juga berupa sebuah salib besar yang juga diperbuat daripada batu.

                                 perlu batu untuk dekatkan diri dengan Tuhan

Ia juga perlu membuat gerakan tubuh seperti juga yang bertradisi dari Nabi Ibrahim (sekali lagi saya perlu tekankan bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah bersolat dengan membuat gerakan tubuh di hadapan batu).

Mereka juga mengambil wuduk seperti rakan-rakan mereka yang menyatakan mengikuti tradisi Nabi Ibrahim.

Para penganut agama kristian juga akan mengasap dan membunyikan loceng atau juga alatan muzik lain. Ini dilakukan mengikut mazhab masing-masing.

                                  "solat" penganut agama kristian

Islam

Kepada para penganut agama Islam moden pula. Mereka merasakan bahawa perbuatan melakukan penyembahan di hadapan batu berhala, batu tembok dan batu ukiran manusia atau batu salib adalah perbuatan mempersekutukan Tuhan.

Kepada mereka ia adalah paling benar dilakukan di hadapan sebuah batu berbentuk empat segi yang mereka gelar ka'abah (sebenarnya dalam Bahasa Al Quran "ka'abah" memberi erti pergelangan kaki atau ankle. Sila lihat AQ 5:6) . 

Di sinilah mereka kata Tuhan tinggal dengan sebab itu mereka menggelar batu itu sebagai Rumah Tuhan atau Baitullah dalam Bahasa Arab. 

Perlukah Tuhan Yang Maha Berkuasa sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal seperti manusia?

Dalam Bahasa Arab Rumah=Buyut. Bukan bait. Bila diutarakan kepada penganut agama Islam akan perkara ini mereka menjawab bahawa bait adalah jamak (plural) untuk buyut.

Jamak untuk buyut ialah buyutan bukan bait. 

A087

"Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya : "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah (buyutan) di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu (buyutakom) itu tempat solat (kiblatan) dan dirikanlah olehmu tanggungjawabmu/komitmenmu (solat) serta gembirakanlah orang-orang yang beriman" AQ 10:87

Bait adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang tersendiri. Secara ringkasnya ia bermaksud Sistem. Sila lihat AQ  14:37


                                                         Batu-batu untuk membina kiub ini
                                                                      diambil dari gunung-ganang ciptaan Tuhan


                                           Setiap batu berhala mengikut agama "arabian family star"
                                                        akan dipakaikan dengan kain hitam (kiswah).
                                     

                                        padan macam pernah nampak 
                                                                                gambar orang israel tadi  
                               
 


                                         dalam agama hindu batu ini dikenali
                                                                     sbg sheva lingga (alat kemaluan perempuan
                                                                          tuhan Sheva)


Paradoks

Bagi memperkuatkan hujah bahawa Tuhan menyuruh para penganut agama Islam membuat ritual penyembahan di hadapan sebuah kiub batu (mereka bermati-matian mengatakan inilah "solat" seperti yang tertulis di dalam Al Quran).

Agamawan Islam merekayarsa satu kisah di mana Nabi Ibrahim diperintah oleh Tuhan untuk pergi ke suatu lembah tandus di semenanjung arab untuk membina ka'abah. 

Tempat ini bernama Makkah tetapi di dalam Al Quran ia dikenali dengan nama lama iaitu Bakkah. 

Ini terpaksa diterang sebegitu kerana di dalam keterangan yang berkaitan perkataan yang digunakan adalah Bakkah.

Berikut adalah keterangan tersebut ;

A096

"Baitin (sistem) yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam" AQ 3:96

Sebenarnya Bakkah adalah nama suatu tempat di pinggir Jerusalem. Ia wujud sehingga sekarang.

Ia juga telah disebut di dalam Psalm 84:4-6 .."Blessed are those who dwell in your house; they are ever praising You. "Selah". Blessed are those who strength is in You, who have set their hearts on pilgrimage. As they pass through the Valley of Baca, they make it a place pf springs; the autumn rains also cover it pools".

Psalm 84 adalah cerita tentang Abraham (Nabi Ibrahim). Wajar kita sedar bahawa Psalm atau Zabur turun dulu sebelum Al Quran..

Menurut kisah yang diceritakan oleh agamawan. Nabi Ibrahim membawa isterinya yang kedua bernama Siti Hajar.

Pada waktu itu Nabi Ismail masih bayi. Nabi Ibrahim meninggalkan Nabi Ismail bersama isterinya di situ. 

Semasa ketiadaan baginda terjadi beberapa peristiwa. Peritiwa ini menjadi ritual yang diikut oleh para penganut agama Islam sehingga kini seperti berjalan di antara Safa ke Marwah  dan meminum air dari telaga zam-zam. Menurut mereka ini adalah perintah Tuhan.

Di sinilah kita boleh mengenal sifat paradoks orang Melayu. Pada mulanya orang-orang Melayu percaya bahawa Tuhan Maha Mengetahui.

Tetapi apabila Tuhan memberitahu mereka fakta berikut, mereka tiba-tiba berpaling seolah-olah Tuhan tidak begitu mengetahui akan fakta sejarah ini.

A046

"Dan tiadalah kamu berada di dekat Gunung Thur ketika kami menyeru (Musa), tetapi (Kami beritahukan itu kepadamu) sebagai rahmat dari Tuhanmu, supaya kamu memberi peringatan kepada kaum (Quraisy) yang sekali-kali belum datang kepada mereka pemberi peringatan sebelum kamu agar mereka ingat" AQ 28:46

Mereka kini kata untuk mengetahui tentang perkara ini kita perlu merujuk kepada Imam Shafie kerana kita bermazhab Shafie. 

Mereka tidak boleh percaya kepada fakta yang dihadapkan di depan mereka kerana mereka masih mahu mempersekutukan Tuhan dengan sebongkah batu seperti yang selama ini mereka lakukan.

Berdasarkan fakta di atas, Tuhan memberitahu bahawa Nabi Muhammad dihantar kepada satu kaum yang tiada pernah seorang Nabi atau Rasul ataupun mana-mana Kitab Tuhan pernah sampai ke tempat itu.

Ini bermakna Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tidak pernah sampai ke Mekah. Begitu juga Rasul-rasul lain.

Begitu juga Kitab Taurat, Kitab Injil semua pemberi peringatan ini tidak pernah sampai ke tempat kelahiran Nabi Muhammad.

Fakta ini memberitahu kita dengan jelas kesimpulan bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tidak pernah membina satu binaan batu atau "Ka'abah" untuk dijadikan pusat penyembahan, medium untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan.

Adalah tidak munasabah Nabi Ibrahim yang direkodkan di dalam Al Quran sebagai pernah meruntuhkan berhala-berhala batu kaumnya, tiba-tiba membina sebuah bongkah batu yang lebih besar untuk manusia sembah.

Anda boleh membaca kisah Nabi Ibrahim di AQ 37:85-99 AQ 21:51-66

Tuhan memberitahu fakta ini bukan sekali malah berkali-kali supaya kita ingat. Tetapi manusia memang suka membantah.

A054

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah"  AQ 18:54

Dalam Surah Saba' ;

A044

"Dan kami tidak pernah memberikan kepada mereka kitab-kitab yang mereka baca dan sekali-kali tidak pernah (pula) mengutus kepada mereka sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun" AQ 34:44

Dalam Surah Yaasin

A001
A002
A003
A004
A005
A006

"Yaa siin. Demi Al Quran yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari Rasul-Rasul, (yang berada) di atas jalan yang lurus. (Sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai" AQ 36:1-6

Arahan Tuhan kepada kita seluruh umat manusia adalah seperti berikut ;

A088

"Janganlah kamu sembah (tad-oo) disamping Allah, tuhan apapun yang lain. Tidak ada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. BagiNyalah segala penentu, dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan" AQ 28:88

Oleh itu, segala yang manusia sembah selain dari Tuhan adalah berhala. Batu tidak bernyawa yang tidak boleh memberi manafaat atau memudaratkan kita.

A117

"Yang mereka sembah (yad-oo-naa) selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang derhaka" AQ 4:117
 
Cuba tanya kepada diri kita sendiri. Apabila Tuhan memberitahu kepada kita. Jangan kamu mempersekutukan aku dengan sesuatu atau sesiapapun. Bahagian manakah dari ayat itu yang kita tidak faham?

Apakah sebongkah binaan batu adalah Tuhan. Mengapa kita samakan batu ini dengan Tuhan ?

A076

"Katakanlah : "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?" Dan Allah-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" AQ 5:76

Perkara ini terjadi adalah kerana orang Melayu tidak PERCAYA kepada Tuhan. Mereka belajar semua sifat Tuhan malah ada kelas khas untuk perkara ini. Tetapi orang melayu tidak benar-benar YAKIN kepada Tuhan. Mereka hanya tahu bahawa Tuhan itu wujud.

Orang Melayu seperti juga manusia-manusia lain tidak dapat dapat meyakini sifat bahawa Tuhan itu adalah ghaib. Tidak ada sesiapapun yang boleh melihat Tuhan.

Manusia biasa, Nabi, Rasul, Raja, Hakim, burung, katak, pokok, matahari, bulan semua makhluk yang dicipta Tuhan tidak mempunyai kuasa untuk melihat Tuhan. Tuhan adalah ghaib. Kita wajib mempercayai hakikat ini supaya kita tidak mudah ditipu.

Orang Melayu, apabila dikata wajib mempercayai perkara ghaib mereka ingat perkara ghaib ini adalah alam mistik. Maka terjadilah hal seperti sekarang orang Melayu percaya dan takut kepada pocong, toyol, puaka dan hantu.

A103

"Dia tidak dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui" AQ 6:103

Dalam agama Hindu

"That which cannot be seen by the eye but through which the eye itself sees, know that to be Brahman (God) and not what people worship here (in the manifest world)" Kena Upanishad 1.7

Dalam agama Judaism

“Then the Lord spoke to you from the midst of the fire; you heard the sound of words, but you saw no form—only a voice” (Deuteronomy 4:12).
 
Dalam agama Kristianiti
 
‘No one has ever seen God’ (John 1:18; 1 John 4:12). God is ‘invisible’ (Col. 1:15; 1 Tim. 1:17; Heb. 11:27), ‘whom no one has seen or is able to see’ (1 Tim. 6:16)


Oleh kerana manusia tidak dapat mempercayai perkara yang mereka tidak nampak. Akhirnya manusia mencari simbol di dunia untuk menguatkan kepercayaan mereka. 

Ada yang mengambil batu, bulan, matahari dan ada yang mengambil pula seorang manusia untuk menjadi simbol Tuhan seperti yang terjadi kepada Putera Uzair, Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

Kesimpulan

Orang Melayu perlu berfikir kembali kedudukan mereka. Kita perlu menggunakan akal kerana itulah perintah Tuhan yang utama.

Sudah beratus-ratus tahun orang Melayu menolak kekuasaan Tuhan dengan mendengar dan mengikut rakan-rakan arab mereka.

Adalah mustahil untuk mengatakan bahawa kita tidak mempersekutukan Tuhan dengan batu, bila perbuatan kita menyatakan sebaliknya.

Setiap hari kita diwajibkan menyembah sebongkah kiub  batu sebanyak 5 kali sehari semalam. Sungguhpun kita berada beribu-ribu kilometer dari batu itu, kita masih diwajibkan menghadap ke arahnya. 

Kita tidak berusaha membawa pemikiran kita supaya mempercayai bahawa Tuhan menguasai keseluruhan sistem cakerawala. Oleh yang demikian, kita tidak perlu menghadapkan tubuh kita ke timur atau ke barat untuk menghadap Tuhan.

Kita mengikut rakan-rakan India kita sepenuhnya apabila sambil menyembah itu kita mengucapkan sedikit keterangan dari Kitab Tuhan.

Cuba fikir, logikkah sekiranya kita berdiri di hadapan Tuhan dan menggesa Tuhan berkata seperti keterangan di bawah sedangkan Tuhan merupakan penulis asal keterangan tersebut ;

A001
A002
A003
A004

"Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia" AQ 112:1-4

Kita juga mengelilingi batu, mencium batu yang kita anggap suci, berlari-lari anak di antara batu ke batu (safa ke marwah) memastikan kita berada dekat dengan gunung batu pada hari-hari tertentu, lalu kita berdoa di batu itu. Kemudian kita diwajibkan mengumpul batu-batu kecil, kita baling pula batu-batu kecil ini ke arah sebuah batu yang lebih besar.

Semua perkara ini tidak pernah direkodkan oleh Nabi Muhammad di dalam Al Quran. Orang-orang selepas Nabi Muhammad yang merekacipta dan membuat korupsi ke atas ayat-ayat Al Quran yang berkaitan. Kita ikut sahaja tanpa membantah.

Kita juga perlu jujur kepada diri sendiri. Pernahkah Tuhan menulis langkah-langkah untuk membuat ritual solat seperti yang kita praktikkan ?

Adakah kita rasa Tuhan terlupa ilhamkan kepada Nabi Muhammad untuk baginda rekodkan tentang perkara ini. Sedangkan Tuhan beritahu kita bahawa Dia tidak tertinggal sesuatu apa pun di dalam Al Quran. Ianya lengkap untuk kegunaan manusia.

A038

"Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat seperti kamu. Tiadalah kami alpakan sesuatupun dalam Buku ini, kemudian kepada Tuhanlah mereka akan dihimpunkan" AQ 6:38

Kita memberi nama kepada semua perbuatan-perbuatan mempersekutukan Tuhan ini dan kita mengganggap perbuatan ini suci.

Klip video ini adalah manifestasi kepada perbuatan kita. Adakah kita masih tidak mahu memikirkan tentang perkara ini dengan lebih mendalam ?



Ashwed

18 comments:

  1. Apa yg tuan tulis dlm blog ni,saya dh sedar sejak 10 tahun lepas. Saya pernah buat satu blog membincangkan perkara2 ini tp dh diprivatekan. Hampir 3 tahun saya tak menulis blog tersebut. Harap kita boleh bertemu suatu hari nanti kerana byk perkara yg saya nk kongsikan.

    ReplyDelete
  2. Salam Ashwed,
    "Kita juga mengelilingi batu, mencium batu yang kita anggap suci, berlari-lari anak di antara batu ke batu (safa ke marwah) memastikan kita berada dekat dengan gunung batu pada hari-hari tertentu, lalu kita berdoa di batu itu. Kemudian kita diwajibkan mengumpul batu-batu kecil, kita baling pula batu-batu kecil ini ke arah sebuah batu yang lebih besar."

    Masa saya pergi umrah saya dapat dekat dengan batu hajaral aswad. Masa kecik2 ustad selalu kata yg batu tu bau surga. Jadi bila saya dapat dekat, saya bau ajelah. Bau macam minyak attar aje. Lepas tu saya cerita kat kawan. Mereka ketawa dan kata yang saya tak patut bau aje, sepatutnya cium batu tu.

    So sebab tak puas hati, saya pergi lagi sekali kat batu tu. Kali ni saya cium. Masa saya cium tu berdetik di fikiran saya apahal yg saya ni bodoh sangat gi cium batu? Bukan batu ni boleh buat apa2 kebaikan pun. Bukan batu tu batu surga pun. Bermula dari situlah saya mula sangsi tentang ritual haji ni. Betul ke bersumberkan Al Quran?

    ReplyDelete
  3. adehh... terimakasih saudara ashwed. moga dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  4. Dengan 'penelanjangan' ini maka industri pelancongan agama anjuran bangsa Arab akan tergugat. Bertambah parah bila sering berlaku kemalangan di sebabkan kerja-kerja pengindahan batu di tanah haram.

    @probacaan.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam saudara Ashwed,
    Bagaimana pula dgn keterangan ayat 142-145 Surah Al-Baqarah berkenaan wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhammad utk menghadap kiblat baru iaitu Masjidil Haram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamun alaykum saudara MA,

      Saudara boleh fikir dengan lebih mendalam mengenai maksud kiblat yang sebenar melalui keterangan ini ;

      وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰ وَأَخِيهِ أَن تَبَوَّءَا لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَٱجْعَلُوا۟ بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُؤْمِنِينَ

      "Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu kiblatan dan dirikanlah olehmu iltizam serta gembirakanlah orang-orang yang beriman" AQ 10:87

      Adakah Tuhan memerintahkan supaya Nabi Musa tad-oo (sembah) beberapa buah rumah-rumah di Mesir ? Ia sudah tentu mempunyai maksud lain yang lebih logik.

      Saudara juga boleh memahami dengan lebih mendalam maksud masajidil-il-haram dengan mencari akar kata s-j-d atau sujud dan maksud perkataan haram yang paling sesuai. Haram ada ketika ia adalah positif. Ada ketikanya ia adalah negatif.

      Wallahualam

      Delete
    2. 10:87 And We inspired to Moses and his brother: “You shall seek out homes for your people in Egypt; and leave your homes to be a focal point, and hold the contact prayer. And give good news to the believers.”
      Focal point could mean as the source of reference to the followers of Nabi Musa.
      The shift of kiblah indeed refers t a focal point for muslims... but the question is...where is the REAL, ACTUAL masjidil haram?

      Delete
  7. Salam,
    Saya syorkan membaca keseluruhan posting dari awal hingga yang terbaru untuk kita lebih memahami apa yang ditulis oleh penulis..

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan,

    Saya ingin bertanya tentang sikap masyarakat kita yang taksub dengan rawatan alternatif seperti pusat rawatan darul syifa, rawatan surgeri tanpa bius dan tidak ketinggalan jugak pawang-pawang.Dari manakah mereka perolehi sumber rawatan demikian dan kebanyakkan mereka hanyalah Ustaz2 yang tiada asas latar belakang perubatan. Apa komen tuan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Saya mencari dan meneliti hampir semu tulisan tuan Ashwed dan cukup menarik dan tertarik. Selama ini saya mencari dan tidak ada satu pun yang boleh melogikkan minda saya. Bolehkan saya kongsi sedikit pendapat saudara dengan mengambil sedikit sebanyak pandangan dan pendapat saudara? Izinkan.

    ReplyDelete
  10. As a proud non muslim I find your views as refreshing and very relevant. Please keep up the good work and many of us still need guidance after many brain washing acts over the years.

    ReplyDelete
  11. Dari kecil lagi saya sudah sangsi dengan kata2 ostad
    - bunuh cicak malam jumaat
    - majlis tilawah tarik suara tinggi2 tapi tak bincang tafsir/terjemahan
    - hadis org dlm kubur tak basuh kencing, dll
    Dan semakin dewasa saya sangsi dengan perkara yang lebih serius
    - ritual haji
    - gerak solat
    - fungsi kehidupan manusia

    Tiada tempat utk disuarakan/ kongsi.
    Sampailah saya terjumpa Al Fatun Nawa dan seterusnya blog ini

    ReplyDelete
  12. Agamawan umpamakan sujud pada kaabah macam kita tengok perlawanan bola dalam tv, kita tengok tv je tapi stadium dan perlawanan bola xde pun dalam tv tu. Sama macam sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah walau pun dalam Kaabah tak ada Allah. Tapi mereka tak tahu yang kita tak pergi tawaf keliling tv tu, tak cium tv tu & ritual2 lain macam kita buat di mekah.

    Mereka juga cakap kita sujud dekat kaabah ni tanda kita bersatu. Tapi umat Islam tak pernah pun bersatu, banyak je perpecahan.

    ReplyDelete
  13. Salamun alaikum
    Apabila kita mengetahui bahawa Allah ialah pencipta and pengatur seluruh cakerawala, maka kita akan dapati bahawa kaabah dan amalan haji adalah langsung tidak masuk akal. Allah menjadi begitu kecil dan ia menjadikan islam itu hanyalah satu agama yg tiada bezanya dgn agama2 yg lain.

    Saya amat setuju dgn tulisan saudara. Namun terdapat beberapa pertanyaan yg bermain di fikiran.

    Ayat2 di bawah adalah antara ayat2 yg menerangkan perincian ibadah haji yg digunakan oleh traditionlist. Jika dibaca, terdapat juga beberapa amalan/rituals yg perlu dilakukan dan penamaan lokasi tertentu.

    Jadi apakah maksud haji sebenarnya?

    Jika saudara dapat berkongsi sesuatu tentang hal ini, saya amat menghargainya.

    “The Pilgrimage are months which have been appointed. So whosoever decides to perform the Pilgrimage in them, then there shall be no sexual approach, nor vileness, nor baseless argument in the Pilgrimage. And any good that you do, God is aware of it; and bring provisions for yourselves, though the best provision is righteousness; and be aware of Me O people of understanding. (Quran 2:197)

    “When you have completed your rites, then remember God as you remember your fathers or even greater. From among the people are those who say: “Our Lord, give us from this world!”, but in the Hereafter he has no part.” (Quran 2:200)

    “And remember God during a few number of days. Whoever hurries to two days, there is no sin upon him; and whoever delays, there is no sin upon him if he is being righteous. And be aware of God, and know that it is to Him that you will be gathered.” (Quran 2:203)

    “The Safa and Marwah are amongst God’s decrees. So whosoever makes Pilgrimage to the Sanctuary, or is merely passing through, commits no error that he should traverse them. And whoever donates for goodness, then God is Appreciative, Knowledgeable.” (Quran 2:158)

    R.Ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara R. Ahmad,

      Cabaran utama di dalam mengkaji Al Quran pada zaman ini ialah untuk mencari makna sebenar sesuatu perkataan menurut lenggok dan erti bahasa seperti pada zaman ianya ditulis.

      Cth. Jika anak muda sekarang menulis ayat sebegini "Mamat tu nampak poyo". Mungkin di zaman ini kita masih boleh memahami maksud ayat ini tetapi bayangkan jika kita hidup 1400 tahun dari tahun 2016 ? Di waktu itu kemungkinan besar poyo sudah berubah makna. Maka dengan sendirinya pemahaman kita mengenai perkataan itu sudah sangat berbeza.

      Begitu juga dengan Al Quran, ia ditulis dengan mengguna Bahasa Arab di zaman Nabi Terakhir masih hidup. Sudah tentu di dalam tempoh masa 1400 tahun banyak perkataan telah mengalami evolusi.

      Semasa mengkaji serba sedikit mengenai ayat-ayat yang berkaitan dengan ritual haji saya menjumpai beberapa perkataan yang diterjemah secara out-of-context. Di mana saya menyimpulkan bahawa ia terjadi kerana si penterjemah mahu menyampaikan pemahaman mazhab beliau.

      Saudara boleh cuba cari perkataan ini ;

      Thoifin diterjemah sbg tawaf
      Hadya diterjemah sbg haiwan korban
      Kaa'baini diterjemah sebagai kiub batu
      Huruman diterjemah sebagai kain ihram

      Glossary kepada akar kata perkataan ini terdapat di dalam Al Quran sendiri. Kita cuma perlu rajin mencarinya. Saudara boleh guna al quran concordance, corpus al quran atau openburhan.com

      Begitu juga dengan nama tempat. Jika saudara mempunyai pengaruh yang kuat, masa yang panjang dan dana yang banyak saudara boleh sahaja pergi ke belakang rumah sendiri dan isytiharkan 2 bongkah batu di belakang rumah saudara sebagai safa dan marwah.

      Jika saudara berupaya menggerakkan askar dan membuat siri penaklukan nescaya saudara akan sekurang-kurangnya berjaya membuatkan para penduduk di bandar yang saudara takluk tadi percaya bahawa safa dan marwah berada di belakang rumah saudara. Kenapa ?

      Bayangkan jika saudara hidup 1400 tahun lepas di mana berita sangat sukar di dapati. Kemudian saudara dan orang-orang kampong saudara dapat tahu bahawa terdapat ketumbukan askar yang sangat ramai sudah menakluk kampung-kampung jiran saudara. Sesiapa yang melawan tidak mahu mengikut ideologi ketua askar ini disembelih, disiksa, dikorek mata dan sebagainya.

      Apakah yang saudara dan penduduk kampong akan buat ? Besar kemungkinan penduduk kampong akan bermesyuarat mencari jalan selamat daripada disiksa dan dibunuh. Sudah tentu ada yang menyarankan supaya mengikut sahaja kata ketua askar ini untuk menyelamatkan diri.

      Lama-kelamaan apabila ideologi ini sudah bertukar menjadi budaya. Bijak pandai komuniti itu pun mencari jalan untuk menyelaras scripture yang berada di tangan mereka dengan ideologi ciptaan ketua askar yang mereka sudah amalkan secara turun temurun.

      Inilah yang dibuat oleh orang-orang Mekah. Mereka mengisytihar 2 bongkah batu di halaman bandar mereka sebagai safa dan marwah. Ketakutan dan penaklukan menyebabkan ia dipercayai.

      Safa dan Marwah tertulis di dalam kisah Nabi Ibrahim. Sekarang tanya kepada diri sendiri, pernahkan Nabi Ibrahim sampai di bandar Mekah untuk melayakkan 2 bongkah batu itu dikenali sebagai Safa dan Marwah ?

      Sudah tentu Safa dan Marwah merujuk kepada suatu tempat yang lain. Suatu tempat yang sudahpun wujud di zaman Nabi Ibrahim di mana baginda berurusan secara harian atau pernah melaluinya.

      Begitu juga dengan Masjidil-Haram. Mereka membina masjid yang di Mekah itu terkemudian iaitu selepas semuanya sudah tertulis di dalam al quran lalu mengisytiharkannya mengikut nama-nama yang tertulis di dalam al quran.

      Maka oleh sebab itu Al Quran menuntut kita supaya membaca dirinya dengan teliti. “Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik‐baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat” AQ 7:204

      Walaubagaimanapun, bukanlah menjadi tujuan blog ini untuk memaksa sesiapa pun mempercayai sebagaimana kupasan yang sudah dibuat. Terpulanglah kepada diri sendiri. "Tiada paksaan di dalam deen".

      Damai

      Delete
    2. Bg pendapat sy AQ itu diolah sedemikian rupa supaya selari dgn history dr cerita nabi ibrahim dan nabi2 terdahulu. Ini semua bkn wahyu tp mimpi2 angan2 dan idealogi shj supaya mewujudkan kehidupan yg lebih baik. Lebih pada utk kerohanian shj. The way of life.

      Baru2 ini sy ada terlihat satu dokumentari yg scientist jlnkan... manusia ini perlu diwujudkan seorang tuhan yg invisible yg 24jam sentiasa memerhati tingkah laku manusia. Dan bila manusia ni percaya yg ada tuhan invisible ni perhatikan setiap tindak tanduk manusia, baru manusia itu tidak menipu.

      Apa yg beliau lakukan adalah pada kanak2 yg berumur 6,7 tahun. Beliau minta kanak2 tu baling dart ke belakang dan dlm masa yg sama bgtau yg seorang halimunan bernana alice ada duduk ditepi dart itu memerhati. Beliau x ckp pun pd kanak2 tu supaya jgn menipu... cuma suruh baling dart ke belakang shj supaya kena pada papan dart dan sapa yg berjaya akan dpt hadiah. Kemudian beliau keluar dr bilik itu tinggalkn kanak2 tadi bersama alice si halimunan itu.

      Apa yg menakjubkan... kanak2 tadi tetap baling dart itu ke belakang sbb percaya alice ada didlm bilik itu.

      Yg paling menakjubkn utk set yg kedua... scientist td ambil kanak2 lain dan suruh buat benda yg sama tp kali ini tiada alice si halimunan didlm bilik itu dan kanak2 ini terus MENIPU dgn lekatkan dart itu terus ke papan dart.

      So mmg lumrah manusia perlu di didik percaya kewujudan tuhan baru manusia tidak akan melakukan kekejaman. Idealogi ini mmg sesuai di waktu dahulu kerana dunia waktu itu mmg kejammm.... zaman jahiliyah.

      Tp skrg sudah dizaman moden... kesedaran dr jahil itu dah semakin kecil dan kesedaran utk bertolenrasi dan byk adat2 yg kejam sudah kita tinggalkan.

      Yg sedih byk pihak fanatik agama pula yg merosakkan idealogi ini.

      Delete