Friday, 10 April 2015

Organisasi Agama

 A116

"Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang (majoriti) yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) AQ 6:116

Siapakah manusia yang majoriti di muka bumi ini?

Penganut agama kristian - 2 billion
Penganut agama Islam   - 1.5 billion
Penganut agama Hindu  - 1.2 billion
Penganut agama Buddha - 1.2 billion
Penganut agama Judaism - lebih dari 100 juta
Penganut-penganut agama lain - lebih dari 500 juta

Mereka inilah membentuk majoriti manusia di muka bumi. 

Para penganut agama.

Agama 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat - "Agama" bermaksud kepercayaan kepada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.

Manakala menurut Advance English Dictionary (New Edition) dalam bahasa Inggeris "agama" diterjemahkan sebagai "Religion" - belief in or the worship of God or Gods.

Religion di ambil dari perkataan latin "Religio" yang bermaksud - how to observe God. Ia dicipta oleh seorang penganut ajaran agama kristianiti di kurun pertama bernama Ciceros.

Ciceros adalah seorang ahli falsafah. Beliau dikatakan adalah orang pertama yang mencipta profesyen kepeguaman.

Secara ringkasnya, kita boleh simpulkan bahawa maksud perkataan "agama" dan "religion" adalah serupa.

Erti Sebenar "Agama"

Dalam kajian yang saya lakukan saya dapati bahawa perkataan Bahasa Melayu "Agama" adalah berasal dari leksikon Bahasa Sanskrit yang dikenali sebagai "Dharma".

[Memang terdapat perkataan tepat "agamas" dalam Bahasa Sanskrit yang lebih muda. Namun leksikon perkataan itu sangat berbeza dengan maksud modennya. 

Agamas bermaksud koleksi teks tulisan purba berkenaan dengan pembinaan berhala. Namun, perkataan ini adalah Bahasa Sanskrit yang digunapakai beribu-ribu tahun selepas zaman Krishna.]

Bahasa Sanskrit adalah bahasa ketamadunan terawal di dunia. Ia dituturkan di benua kecil India. Walaupun bahasa ini sudah pupus, namun kita boleh dapat mengenali bahasa ini daripada para pengikut Hinduism.

Dharma dalam Bahasa Sanskrit terawal bermaksud - cara hidup, aturan hidup, way of life atau fitrah hidup. 

Dari kajian saya, saya mendapati bahawa perkataan Dharma adalah bersamaan dengan satu perkataan bahasa Arab Al Quran, iaitu Ad Deen.

Jadi Ad Deen = Dharma = cara hidup, aturan hidup, way of life atau fitrah hidup.

Ad Deen = Dharma tetapi ia tidak sama dengan maksud moden perkataan "agama" dan "religion".

Kesimpulannya ialah "agama/religion" adalah satu kategori perkataan yang mempunyai erti yang sama. 

Kesemua Hinduism, Buddhism, Judaism, kristianiti dan Islam adalah sama. Semua ini adalah agama dengan brand yang berbeza.


Oleh itu, bila kita katakan bahawa kita "sudah mendalami agama islam" itu tidak bermakna kita sudah memahami agama kerana masih ada agama lain yang kita belum tahu dan kenal. 

Bagaimana dengan judaism atau kristian, itu juga agama kenapa kita tidak belajar tentangnya ?

Untuk mengenal apa dia agama kita perlu belajar dari mula. Dari mana ia tercipta dan bagaimana ia berevolusi. Kita perlu melihat bagaimana ia berevolusi dari zaman ke zaman dari Nabi ke Nabi.

Sesudah melihat agama dari sudut yang besar barulah kita boleh dipanggil pakar agama. Setelah itu barulah kita boleh membuat keputusan mana yang benar dan mana yang salah.

Agama adalah sama sekali berbeza dengan "ad deen/dharma". Ad Deen adalah cara hidup yang teratur yang Tuhan perintahkan untuk kita ikut.

Manusia Pertama 

Menurut Al Quran spesis keturunan manusia pertama yang diberikan pengetahuan adalah seorang yang kita kenali sebagai "Nabi Adam" (adama - segumpal/seketul daging). 

Baginda berkemungkinan besar bersusur galur dari genus homo atau lebih spesifik lagi dari susur galur keturunan yang dikenali sebagai HOMO SAPIENS.
Sesunggunya, sebelum Nabi Adam sudah ada manusia yang kita kenali sebagai manusia  pra-sejarah yang dikenali dengan nama Poleolithic, Mesolithic dan Neolithic. 

Spesis ini berevolusi sehingga muncul genus homo sapiens di mana kita adalah bukti evolusi itu.

Oleh yang demikian, tanggapan bahawa "Nabi Adam" adalah manusia pertama adalah sangat tersasar.

Jika kita meneliti keterangan bagaimana "Nabi Adam" dicipta kita akan berjumpa dengan satu informasi yang sangat kritikal untuk menolak tanggapan "Nabi Adam" adalah manusia pertama.

Melalui keterangan ini kita akan mendapati satu informasi di mana Malaikat (makhluk yang bukan berbentuk fizikal - sila baca artikel bertajuk Malaikat, Iblis, Jin dan Syaitan) meragui keputusan Tuhan menghantar keturunan manusia sebagai wakil Tuhan (khalifah) di bumi.

Berikut adalah keterangan tersebut : 

 A030

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau ?" Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." AQ 2:30

Informasi ini memberitahu kita bahawa Malaikat sudah tahu bahawa manusia adalah spesis yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah. 


Malaikat seperti juga kita manusia, tidak mempunyai kuasa untuk mengetahui hal-hal di masa hadapan. 

Malaikat hanya tahu ilmu setakat yang di ajar oleh Tuhan sahaja. Sama seperti kita.




A032

"Mereka (malaikat) menjawab : "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." AQ 2:32

Dari keterangan di atas kita boleh simpulkan bahawa Malaikat sudah melihat kerosakan dan pertumpahan darah yang dilakukan oleh manusia-manusia yang sedang hidup pada masa tersebut sebelum "Nabi Adam". 

Maknanya "Nabi Adam" bukanlah manusia pertama yang dicipta Tuhan. 

Informasi yang kita ada ialah manusia sebelum mendapat ciri-ciri homosapien seperti sekarang berevolusi dari ciri-ciri poleolithic kemudian neolithic dan akhirnya menjadi homosapien.

Buktinya boleh didapati dengan melawat ke Tapak Warisan Dunia UNESCO, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, di Lenggong, Perak.

"Nabi Adam"


# Dapatan ini disimpulkan melalui informasi-informasi beberapa fahaman agama seperti Judaism, Kristian dan Hindu juga melalui History of Civilisation oleh National Geography. Ia tidak dibuat berdasarkan informasi Al Quran semata-mata.

Jika kita teliti peta Sri Langka. Kita akan menemui satu gunung yang bernama Adam's Peak. 

"Nabi Adam" di katakan menghuni di sini dan besar kemungkinan berkeluarga dan memulakan ketamadunan di situ.

Zaman ini dikenali sebagai Zaman Gangsa.

Zaman Gangsa ditandai dengan peringkat akhir Revolusi Neolithic di mana manusia neolithic telah berjaya menemui cara menternak haiwan dan menanam tanaman secara domestic.

Dengan penemuan ini, manusia mula membina sistem dalam masyarakat. Secara ringkas, sistem manusia di akhir zaman neolithic mula mengenalpasti siapa ketua, siapa bertani, siapa pengembala dll.

Ketamadunan Gangsa ini dikatakan tumbuh di beberapa tempat lain selain dari benua kecil India. Ia ada di Yangtze dan Yellow River Basin, China. Juga di Northe Chico, Peru dan beberapa tempat lain.

Pada waktu inilah Tuhan menghantar utusannya yang pertama yang telah diberi ilmu pengetahuan (akal) oleh Tuhan sendiri bagi menyampaikan mesejNya.

A031 

"Dan Dia mengajarkan kepada Adama nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman : "Sebutkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar ! " AQ 2:31

Seperti juga utusan yang lain, Nabi Adam diberi tanda (ayat) oleh Tuhan sebagai alat baginda untuk mengajar manusia. Tanda ini adalah Kitab atau Buku. Dalam ketamadunan India mereka memanggilnya sebagai Vedic/Vedas.

 A037

"Kemudian Adamu menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat  lagi Maha Penyayang: AQ 2:37

Terdapat 4 jilid buku Vedic/Vedas yang orang-orang Hindu mengenalinya sebagai Rig Vedic/Vedas.

Maka Nabi Adam pun mengajar manusia di benua India dengan ajaran dari mesej Tuhan. Menurut sejarah, pelajaran ini dikenali sebagai "Sanatana Dharma". 

Sanatana = abadi/eternal atau ada setengah pengkaji mengatakan ia bermaksud benar/right.

Apabila digabung dengan "dharma" seperti maksud yang telah saya terangkan di atas maka ia membawa erti "cara hidup yang abadi/eternal way of life" atau "cara hidup yang benar/ right way of life".
Perlu diingatkan kembali bahawa pada zaman inilah manusia mula mencipta sistem. Mereka menyusun masyarakat, mengklasifikasi ilmu, membina peraturan pertanian dan ternakan dll. 

Menurut ajaran Sanatana Dharma di dalam kitab-kitab vedic, Tuhan Yang Maha Esa dikenali sebagai EKAN ANEKAN. 

Seperti yang telah saya terangkan di artikel bertajuk TUHAN. Tuhan mengajar manusia meyakiniNya dengan mengajar sifat-sifat atau ciri-ciri Tuhan. 

Di dalam ajaran Sanatana Dharma (sama juga dalam mana-mana kitab Tuhan), Nabi Adam mengajar sifat-sifat Tuhan. Tiga sifat yang penting adalah:-

a. Brahman (Yang Maha Mencipta)
b. Vishnu (Yang Maha Mengekalkan)
c. Sheva (Yang Maha Membinasa)

Hakikatnya Brahman, Vishnu dan Sheva adalah nama sifat-sifat Tuhan yang dijadikan terma rujukan. Begitu juga dengan Ekan Anekan. 

Hakikatnya lagi, manusia tidak beriman kepada terma-terma rujukan ini. Manusia berriman kepada Zat asal yang menjadikan mereka. Zat yang satu. Zat yang tiada tandingannya.

Objektif ajaran Sanatana Dharma adalah supaya manusia dapat mengikuti satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Tuhan (dalam Bahasa Al Quran ia dikenali sebagai Bait-tullah atau Sistem Allah).

Ajaran Nabi Adam ini begitu berjaya sehingga manusia berjaya membuka tamadun-tamadun lain dari arca Sistem Tuhan ini. Mereka hidup dengan harmoni.

Ajaran ini berjaya menakluk ke tempat-tempat yang jauh sehingga ia sampai ke Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayadvipa dalam Bahasa Sanskrit.

Organisasi Agama Pertama di Dunia di Cipta

Ketamadunan yang dibina melalui ajaran Sanatana Dharma berjaya membawa keamanan dan kemodenan selama beribu-ribu tahun. 

Sehinggalah manusia berkepentingan mula mendengar bisikan syaitan supaya menukar ajaran ini kepada suatu bentuk organisasi tersusun yang kita kenali sebagai organisasi agama.

Semua ini dilakukan untuk memegang kuasa, harta dan pengaruh. Atau apa yang kita kenali sebagai nafsu.

Untuk melakukan ini perkara pertama yang perlu dibuat ialah membengkokkan kebenaran.

Maka mereka mula membuat penyelewengan kepada perkara asas, iaitu sifat-sifat Tuhan. 

Setelah beribu tahun kini orang-orang berkepentingan ini mula menyebar informasi bahawa, Brahman adalah satu Tuhan, Vishnu adalah satu Tuhan dan Sheva adalah satu Tuhan.

Mereka mencipta konsep yang digelar Trimurti. Iaitu Tuhan tiga dalam satu. Manusia menurut mereka bebas "menyembah" mana-mana Tuhan mengikut pegangan yang di anuti.

Tuhan menghantar utusannya untuk membawa manusia kembali ke jalan yang benar. Utusan ini bernama Krishna (seorang Nabi kerana mempunyai misi yang spesifik). 

Krishna kemungkinan besar adalah Nabi Khidir. Ini berdasarkan kepada persamaan intipati di antara epik Hindu, Bhagavad Gita (sebahagian daripada Mahabrata) dengan kisah Nabi Musa bertemu Nabi Khidir.

Bhagavad Gita adalah perbualan di antara Arjuna dan Krishna. Manakala perbualan di antara Nabi Musa dan Nabi Khidir boleh dibaca dalam Surah Al Kahfi ayat 60 hingga 82.

Namun, selepas Krishna wafat, orang-orang berkepentingan ini membuat cerita bahawa Krishna adalah salah satu dari Tuhan dan layak disembah.

Maka terciptalah agama pertama di dunia dengan sistem penyembahan (ritual) dan kelas masyarakat yang kompleks. Agama ini kita kenali sebagai HINDUISM.

Hinduism mempunyai pengaruh yang sangat kuat kepada organisasi agama yang dicipta selepasnya. Tidak ada satu pun agama di dunia yang boleh mengatakan bahawa ianya tidak dipengaruhi oleh agama Hindu. 

Ini termasuklah agama Islam Moden. Agama Islam moden adalah cabang agama Hindu. 

Ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad, utusan terakhir Tuhan di dunia tiada kena mengena langsung dengan agama Islam moden.


CIRI-CIRI AGAMA

Sebagai agama yang pertama di dunia. Agama Hindu mempelopori beberapa ciri yang diikuti oleh semua agama lain di dunia secara total.

Untuk tujuan perbandingan saya hanya mengambil contoh agama-agama besar dunia. Iaitu Hindu, Buddha, Judaism, Kristian dan Islam.

A. Sistem Kasta

Ahli Agama Hindu mencipta satu konsep untuk membuat golongan dalam masyarakat. Ia diberi nama kasta.
Tujuan utama sistem kasta ialah supaya hanya ada satu golongan sahaja yang boleh memberi takrif kepada agama yang mereka cipta. Dengan cara inilah mereka mengawal pemikiran manusia di bawah mereka. Merekalah elit agama atau agamawan.


Dalam agama Hindu, kasta ini dikenali sebagai Brahmin. Brahmin adalah kelas manusia hindu yang menjadi sami.

Mereka inilah yang dikatakan berhak mentakrif hal agama. Mereka melantik diri mereka sendiri sebagai wakil Tuhan.

Dalam agama Buddha mereka dikenali sebagai monks dan lain-lain nama mengikut pangkat.

Dalam agama Judaism mereka dikenali sebagai Rabbi dan lain-lain nama mengikut pangkat.


Dalam agama Kristianiti mereka dikenali sebagai Paderi dan lain-lain nama mengikut pangkat .

Dan dalam agama Islam mereka dikenali sebagai Imam, ustaz dan mufti dan lain-lain nama mengikut pangkat.

Untuk pengawalan yang total mereka mencipta doktrin bahawa dalam hal agama manusia tidak boleh mengguna akal. Doktrin inilah senjata utama mereka selama beribu-ribu tahun.

Menurut Al Quran, semua manusia adalah sama. Diciptakan dari tanah. Kemudian membiak dengan setitis mani. Tiada manusia yang lebih suci dari yang lain semuanya dicipta untuk menjadi abdi kepada Tuhan

 “Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” AQ 51:56.

B. Kod Pakaian

Untuk membezakan mereka dengan manusia yang lain. Mereka mencipta kod pakaian tersendiri. Kod ini dikatakan suci dan mengikut dewa atau Nabi pilihan mereka.

Kod pakaian Sami Hindu




Kod Pakaian Sami Buddha



Kod Pakaian Rabbi dalam Agama Judaism




Kod Pakaian Paderi Kristian



Kod Pakaian Imam Islam




                               Yang ini sudah jadi kapten hook

Kesemua kod pakaian ini dibeza-bezakan melalui warna, fesyen, cara dan waktu pemakaian. Mereka sendirilah yang mencipta kod ini lalu mereka mengatakan bahawa kod pakaian ini adalah suci.

A026

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat" AQ 7:26

Tuhan tidak pernah menghalang kita untuk memakai apa jenis pakaian pun. Yang Tuhan lihat ialah ketaqwaan kita kepadanya.

C. Simbol

Para agamawan mencipta simbol yang tersendiri sebagai tanda untuk kumpulan agama mereka. 

Asalnya simbol ini datang dari budaya masyarakat setempat. Akhirnya, simbol ini menjadi tanda suci dan dikaitkan dengan Tuhan. Tuhan Yang Maha Kuasa tidak perlu sebarang simbol untuk menunjukkan kekuasaaNya.

Semua simbol ini tidak ada kena mengena dengan Tuhan. Ianya berasal dari budaya manusia dan akan kekal sebegitu sampai bila-bila.




Pendirian seseorang terhadap kepercayaan dirinya kepada Tuhan tidak dihakimi melalui simbol yang dia pakai atau gantung di mana-mana. Tetapi ianya dihakimi melalui akal dan hatinya.


D. Ritual Penyembahan

Terdapat tiga jenis ritual penyembahan yang utama dalam agama Hindu. Ia menjadi ikutan semua agama yang wujud di dunia teruatama agama Islam moden.

Pooja

Pooja biasanya dilakukan di dalam sebuah bangunan yang dikenali sebagai kuil. Ia juga boleh dilakukan di rumah. Namun, ianya lebih mendapat pahala jika diadakan di kuil dengan kehadiran upacaras/penduduk setempat.

Kuil ini dipanggil Rumah Tuhan. Dalam agama Buddha ia dikenali sebagai pagoda, dalam judaism dikenali sebagai synagogue, dalam kristianiti ia dikenali sebagai gereja dan dalam agama Islam ia dikenali sebagai masjid.

Kesemua agama ini percaya bahawa Tuhan tinggal di rumah-rumah ibadat mereka. Sedangkan Tuhan tidak perlu apa-apa rumah untuk dijadikan tempat tinggal.

Tuhan berada di mana-mana sahaja yang kita melihat. Tetapi ianya ghaib dari pandangan mata.

A115

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui" AQ 2:115

Jika ritual pooja dilakukan di kuil, sebelum memasuki ruang pooja utama mereka perlu membersihkan beberapa bahagian badan untuk mensucikan diri. 

Di dalam agama Islam moden ia dipanggil wuduk. Seolah-olah Tuhan Yang Maha Mengetahui tidak tahu apa yang mereka buat sebelum mereka ke kuil.

Perkara yang paling penting dalam ritual pooja ialah kehadiran satu batu yang dipanggil berhala. Berhala adalah berbeza dari patung. Walhal kedua-duanya di perbuat dari batu.

Menurut ilmu yang di cipta oleh agamawan Hindu berhala dibezakan dengan patung melalui kritam (bahagian kepala iaitu melalui mahkota yang dipakai), mudra (gaya jejari dan tangan), ayudham (kenderaan) dan valhala (senjata yang dibawa). 

Dari tanda inilah mereka membezakan Tuhan Brahman, Tuhan Vishnu dan Tuhan Sheva daripada para dewa (patung) yang lain.

Batu berhala ini dijadikan medium untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.

Soalan penting ? Adakah dalam agama Islam tiada berhala. Jawapannya ada. Ia juga diperbuat daripada batu.

Pradakshina

Pradakshina (Circumambulate) adalah satu ritual berjalan mengelilingi sesuatu. 

Biasanya ia dilakukan dengan mengelilingi batu sebanyak 7 pusingan. Tetapi ia juga boleh dilakukan dengan mengelilingi api atau pokok.


Ia boleh dilakukan mengikut arah jam atau melawan arah jam mengikut pendapat ketua mazhab masing-masing.

Dalam agama Islam moden ia dikenali sebagai tawaf.

Ia dilakukan secara formal dengan mengenakan dua kain tidak berjahit yang di pakai di pinggang dan bahu.

Dalam agama Islam kain ini dikenali sebagai kain ihram.

                                                           Mahatma Gandhi dalam kain ihram




Apabila selesai  membuat ritual ini kebiasaanya para penganut akan membotakkan kepala untuk membayar nazar. Dalam bahasa arab ia dikenali sebagai tahalul.


                              Video ritual ini dilakukan penganut buddha
                                      di tibet. Buddha adalah cabang Hindu

Pancha Maha Yagna

Secara ringkas Pancha Maha Yagna membawa maksud lima kali sembah sehari semalam.

Ia berkaitan dengan upacara pooja di mana ritual ini dilakukan mengikut waktu-waktu tertentu. 

Ada juga informasi mengatakan bahawa ia bermaksud lima pengorbanan suci.

E. Menolak Kitab-Kitab Tuhan

Hindu

Kitab yang diturunkan Tuhan kepada penganut agama Hindu ada 4 jilid. Mereka menggelar keempat-empat jilid ini dengan nama "srutis" atau kebenaran yang abadi. 

Tiada siapa tahu siapa penulis Kitab-kitab ini. Melalui bukti-bukti yang saya tampilkan di atas saya membuat konklusi ia ditulis Nabi Adam sendiri.

Rig Vedic/Vedas mengandungi informasi dan mesej tentang bagaimana mahu menjalani kehidupan dengan mengikuti sistem Tuhan. Ia adalah buku tentang cara hidup yang teratur di dalam Sistem Tuhan.

Selepas beribu-ribu tahun para penganut ajaran Nabi Adam yang berkepentingan telah menulis kitab-kitab lain dari idea mereka sendiri. Perbuatan mereka ini melahirkan apa yang kita kenali sebagai "agama".

Kitab-kitab yang mereka tulis digelar sebagai "smriti" atau memory. Ia termasuk Mahabratas, Ramayana, Dharmasutras, Puranas, Kavya dan tradisi nenek-moyang dahulukala.

Sehingga sekarang, Kitab-kitab Srutis dikatakan sebagai sumber utama "agama Hindu" kerana ia datang dari Tuhan sendiri. Namun hakikatnya, para penganut agama ini lebih bergantung kepada smriti dalam kehidupan mereka.

Buddhism

Siddharta Gautama Buddha (juga seorang Nabi berdasarkan kepada misi spesifiknya) di hantar kepada kaum yang sama seperti Krishna. Iaitu kaum India di benua kecil India.

Kes Krishna dan Buddha adalah sama seperti Nabi Musa dan Nabi Isa. Diutus kepada kaum yang sama. Tetapi kaum berkenaan mencipta dua agama yang berbeza atas nama Nabi-Nabi ini.

Siddharta Gautama Buddha berkemungkinan besar adalah Nabi Zakaria. Buddha dihantar untuk memperbetulkan penganut agama Hindu yang telah menyelewengkan ajaran Krishna.

Buddha mengajak kaumnya supaya kembali kepada ajaran Rig Vedic dengan meninggalkan ritual rekaan mereka dan tidak menyekutukan Tuhan dengan apa-apa pun.

Namun, selepas 450 tahun Buddha wafat, para pengikutnya mengumpul semua percakapan Buddha ke dalam beberapa teks. Kesemua teks ini di panggil "Sutras"

Antara teks yang terkenal ialah Buddhavacana, Mahayana dan Vajrayana. Dengan tertulisnya teks ini maka terciptalah "Agama Buddha". Ajaran bagaimana mahu hidup dalam Sistem Tuhan menjadi ritual penyembahan dengan mempersekutukan Tuhan melalui medium batu.

Judaism

Semua orang tahu bahawa kepada penganut ajaran Nabi Musa, Tuhan telah menurunkan Kitab Taurat (Instruction). Ia ditulis oleh Nabi Musa sendiri melalui wahyu/ilham yang diberi Tuhan.

Ia mengandungi suruhan, perintah dan larangan Tuhan dalam menjalani kehidupan yang teratur di dalam Sistem Tuhan.

Selepas 300 tahun kewafatan Nabi Musa para penganut ajaran Nabi Musa telah menulis kitab dari idea mereka sendiri yang diberi nama "Talmud". Melalui penulisan ini maka terciptalah "agama Judaism"

Talmud adalah satu kumpulan undang-undang. Ia mengandungi "mishnah" atau hadis iaitu percakapan Nabi Musa dan "gemarrah" atau sunnah iaitu perbuatan Nabi Musa. 

Selain itu ia mengandungi tradisi-tradisi para ilmuwan dahulu kala, nenek moyang mereka. Ajaran Nabi Mus berevolusi menjadi ritual dengan fokus kepada tarikh dan upacara penyembahan.

Kristianiti

Tuhan menurunkan kitab Injil (God Spell) kepada Nabi Isa. Ia ditulis oleh Nabi Isa sendiri melali wahyu/ilham dari Tuhan.

Kitab ini juga seperti kitab-kitab Tuhan yang lain mengandungi informasi dan mesej dari Tuhan tentang bagaimana menjalani kehidupan yang teratur di dalam Sistem Tuhan.

Kira-kira 250 tahun selepas kewafatan Nabi Isa. Para ilmuwan ajaran Nabi isa membuat satu muktamar di suatu tempat bernama Nicea.

Di sana para ilmuwan ini membuat keputusan untuk menggunapakai buku karangan sahabat Nabi Isa iaitu John, Mark, Matthew dan Luke. Buku ini dipanggil Bible.

Bible terdiri dari Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang didapati dari tulisan dan ingatan nenek moyang mereka. 

Fakta terpenting yang ilmuwan ini ubah ialah konsep Tuhan adalah esa menjadi konsep triniti (3 dalam 1) iaitu mengikuti agama Hindu secara total. Maka terciptalah sebuah agama bernama Kristian.

Agama ini juga memfokus tarikh dan upacara penyembahan melalui tradisi-tradisi nenek-moyang selama beribu-ribu tahun.

Islam

Kepada Nabi Muhammad, Tuhan menurunkan Al Quran. Ia ditulis oleh Nabi Muhammad sendiri melalui wahyu/ilham dari Tuhan.

Ia mengandungi informasi dan mesej dari Tuhan tentang bagaimana mahu menjalani kehidupan mengikut Sistem Tuhan.

Kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad. Para pengikut ajaran baginda telah mengumpul maklumat dari nenek-moyang mereka yang didapati dari mulut ke mulut ke dalam sebuah buku yang dipanggil Ilmu Hadis dan Sunnah.

Mereka mencipta satu kaedah yang yang dipanggil sanad bagi meyakinkan orang-orang yang hidup selepas mereka bahawa semua informasi yang mereka rekod adalah dari nabi Muhammad.

Mereka lupa yang Nabi Muhammad sendiri telah merekod segala informasi yang kita perlu tahu tentang diri beliau di dalam Al Quran.

Maka terciptalah sebuah agama yang bernama Islam. Agama Islam memfokus kepada tradisi nenek-moyang orang-orang Arab.

Mereka menekan kepada bentuk ritual berdasarkan tarikh dan waktu yang mereka anggap suci. Pusat kepada segala penyembahan mereka ialah sebuah kiub batu di bandar Mekah.

KEBENARANNYA IALAH, Islam bukan suatu bentuk agama yang memerlukan para penganutnya melakukan rukun-rukun untuk diterima sebagai ahli. 

Islam ialah cara hidup yang teratur di dalam sistem Tuhan. Ia di ajar kepada kita melalui Nabi Muhammad.

Islam berasal dari akar kata sin-lam-mim (s-l-m) atau salam yang bermaksud damai. Maka maksud Islam yang sebenar ialah kedamaian. Inilah cara hidup orang-orang yang yakin kepada Tuhan.

A019 




"Sesungguhnya cara hidup (deen) yang diredhai di sisi Allah hanyalah kedamaian (Islam). Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Buku (Al Kitab) kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNYa" AQ 3:19

Tuhan memberitahu kita dalam ayat di atas bahawa apa yang terjadi dalam lipatan sejarah. Dari zaman Nabi Adam sehingga ke zaman Nabi Muhammad adalah berpunca dari perasaan dengki.


Kesimpulan

Begitulah ciri-ciri agama yang dicipta oleh orang-orang India di benua kecil India. Ia diikuti oleh semua agama di dunia. 

Pengaruh Hinduism sangat kuat mencengkam seluruh dunia sehingga jika ada orang berakal yang menyatakan bahawa perbuatan itu salah, maka orang itu akan dipulau.

Malah, ada penganut agama mencipta satu undang-undang untuk membunuh sesiapa sahaja yang menyatakan perbuatan mempersekutukan Tuhan itu adalah salah.

Oleh kerana majoriti manusia tidak boleh menerima bahawa Tuhan itu adalah ghaib maka penganut semua agama mengambil sesuatu yang mereka boleh nampak sebagai medium untuk mendekatkan diri mereka dengan Tuhan. 


Ia boleh jadi batu, para Nabi dan Rasul (yang diangkat ke taraf Dewa) atau orang-orang alim dikalangan mereka.

Tuhan telah memberitahu kita bahawa sebahagian besar (majoriti) manusia tidak yakin kepadaNya :

 A103

"Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya" AQ 12:103

Jika pun mereka merasa diri mereka beriman, mereka sebenarnya berbuat begitu dalam keadaan mempersekutukan Tuhan.

A106  

"Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain)" AQ 12:106

Batu, para Nabi dan Rasul atau orang-orang alim di kalangan mereka dianggap sebagai sekutu Tuhan. Mereka ini menjadi tandingan kepada Tuhan.

 A040

"Katakanlah: “terangkanlah kepadaku tentang sekutu-sekutumu yang kamu seru selain Allah, perlihatkanlah kepadaku ( bahagian ) manakah dari bumi ini yang telah mereka ciptakan ataukah mereka mempunyai saham dalam (penciptaan) langit atau adakah kami memberi kepada mereka sebuah kitab sehingga mereka mendapat keterangan-keterangan yang jelas daripadanya? Sebenarnya orang-orang yang zalim itu sebahagian dari mereka tidak menjanjikan kepada sebahagian yang lain, melainkan tipuan belaka” AQ 35:40


Mereka tahu bahawa Tuhan tidak ada sekutu atau tandingan. Mereka juga tahu bahawa Tuhan-lah yang mencipta mereka. Tetapi mereka masih mahu membuat ritual penyembahan kepada batu, menyeru nama para Nabi dan Rasul dan menjadikan orang-orang alim mereka sebagai pemimpin selain dari Tuhan.

A087 


"Jika kamu,  bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab, "Allah", maka bagaimanakah mereka dipalingkan " AQ 43:87


Mereka berbuat begitu, semata-mata untuk mendekatkan diri mereka kepada Tuhan. Mereka gagal menerima bahawa Tuhan adalah ghaib.

A003 

"Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah cara hidup (deen) yang bersih. Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain dari Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar" AQ 39:3

Walaubagaimanapun, di Hari Peraturan, kesemua batu, para Nabi dan Rasul, orang-orang alim, kod pakaian, kitab-kitab tulisan sendiri yang dijadikan tandingan kepada Tuhan Yang Esa  akan menyatakan bahawa ini semua adalah perbuatan dusta. 

Kesemua simbol duniawi itu akan tunduk kepada Tuhan yang sebenar, Zat yang mencipta mereka.

 A086

"Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain dari Engkau." Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta." AQ 16:86

A087 


"Dan mereka menyatakan ketundukannya kepada Allah pada hari itu dan hilanglah dari mereka apa yang selalu mereka ada-adakan" AQ 16:87 

AKHIR SEKALI, Tuhan tidak pernah memerintahkan kita untuk mendaftar diri ke dalam sesebuah organisasi agama dan menjadi bergolongan. 

Di mana, untuk diterima sebagai ahli seseorang disyaratkan mesti melakukan beberapa perbuatan yang dipanggil rukun.

Dalam Al Quran, Tuhan memberitahu bahawa manusia yang masuk ke dalam organisasi agama dan menjadi bergolongan (syi-ya-an) adalah orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Setiap golongan menyatakan Nabi ikutan merekalah yang benar. 

 A030
A031
A032


Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada cara hidup (deen) Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) cara hidup (deen) yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah tanggungjawabmu/komitmenmu (solat) dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (mushrikin), yaitu orang-orang yang memecah-belah cara hidup (deen) mereka dan mereka menjadi beberapa golongan (syi-ya-an). Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka " AQ 30:30-32


Dari ayat di atas adalah jelas bahawa Tuhan memerintahkan kita supaya mengikut cara hidupNya sahaja. 

Cara hidup ini hanya boleh di dapati dari Kitab-kitab yang diturunkanNya. Bukan mengikut kumpulan organisasi agama yang memecahbelahkan kehidupan manusia menjadi bergolongan. 

Masing-masing mahu merasa bangga dengan kumpulan mereka sehingga berperang untuk menyatakan pendirian merekalah yang paling benar. Perang yang dicetuskan oleh agama-agama ini telah berlarutan beribu-ribu tahun. 

Agama memecahbelahkan manusia. Kita tidak perlukan agama untuk hidup. Yang kita perlu ialah mengikuti satu cara hidup yang boleh mendamaikan seluruh umat manusia. Kita semua adalah sama, abdi ciptaan Tuhan. Kita tidak perlu berbunuhan sesama kita.

Ashwed 
 

6 comments:

  1. Salam Ashwed,
    Thank you for writing this. So many people have died due to religion. Will it ever cease? I doubt it. I hope more people will read your writings.

    ReplyDelete
  2. Salaamun Alaikum

    Tuan, mengenai agama, ada pernah saya terbaca dalam satu penulisan bahawa di dalam Al-Qur'an Sha'ian adalah lebih menghampiri maksud agama, manakala deen pula jauh dari apa yang orang Islam sekarang fahami. Mohon di bincang. Terima kasih.

    proquran@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salaamun Alaikum.

    Syi'ian itulah agama, bukan Deen.... proquran.

    proquran@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamun Alaykum,

      Setuju dengan pendapat saudara. Syi-ya-an itulah agama. Antara manusia yang mempelopori syi-ya-an sehingga kisahnya diceritakan di dalam al quran ialah firaun.

      Wallahualam

      Delete
  4. cuba kita baca terjemahan al Quran tanpa perkataan2 di dalam kurungan ()...nescaya lebih rapat dan dekat pemahaman terhadap diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Selepas baca banyak kali your posts, perkataan pesong boleh digunakan untuk bengkok.

    Non

    ReplyDelete